lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Penduduk Syukur Tragedi Berakhir
Keadaan tangki yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.                   Operasi pemadaman kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) yang berakhir semalam cukup melegakan kira-kira 2,000 penduduk sekitar kejadian itu.Bagi mereka, kejadian yang berlaku pada petang  Khamis lalu cukup menakutkan  kerana menjadi tragedi terburuk pernah dialami sepanjang hidup.Tinjauan di Kampung Bukit Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian mendapati penduduk sudah mula menjalankan rutin harian mereka walaupun masih trauma dengan kejadian itu.Kebimbangan yang melanda mereka selama tiga hari itu akhirnya reda dan membawa berita baik apabila pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri mengumumkan kebakaran pulih sepenuhnya kelmarin (Sabtu).Puziah JusohBagi seorang suri rumah, Puziah Jusoh, 61, ketika kejadian dia di rumah bersama anak dan cucunya yang berusia lapan bulan  sebelum letupan menggegarkan rumahnya dan situasi itu amat mencemaskan mereka."Hari kejadian tu saya duduk di luar rumah dengan suami saya, tiba-tiba saya terkejut mendengar satu letupan kuat dan rasa bergegar di tempat saya duduk. Saya ingatkan ada kemalangan lori ke apa, lepas itu saya nampak asap tebal naik tinggi."Dua malam saya tidur tak lena kerana cahaya api terang di dalam bilik saya dan  saya memang takut teramat sangat kerana bimbang meletup tangki itu," katanya.RokiahSeorang lagi surirumah, Rokiah Talib, 58, berkata letupan itu amat mengejutkannya dan sepanjang hidupnya tidak pernah mendengar letupan yang sekuat itu."Apabila dengar sahaja letupan, saya hanya kata..Allah, mati dah kita. Saya ingat ada kapal terbang yang jatuh ke apa. Saya suruh anak saya pergi tengok dekat atas jambatan, selepas itu jiran saya yang mahu pergi melihat memberitahu yang kilang tersebut terbakar," katanya.Beberapa orang penduduk yang ditemui turut mengucapkan rasa syukur kerana keadaan sudah kembali pulih seperti biasa serta berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat di atas kecekapan mahupun ketangkasan menangani kebakaran tersebut.DahlanBagi seorang lagi penduduk, Dahlan Rantang, 58, ketika ditemui berkata, dia mengucapkan rasa syukur kerana kejadian yang menakutkan itu sudah berakhir."Memang lega kerana segalanya sudah berakhir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertungkus lumus sepanjang tiga hari ini bagi memastikan kami semua selamat," katanya.Dalam kejadian itu,  dua buah tangki yang menyimpan simpanan minyak mentah untuk diproses menjadi minyak tar musnah sepenuhnya dalam kejadian yang dianggap terburuk dalam sejarah perindustrian Negeri Terengganu.Selepas 64 jam operasi pemadaman dilakukan, akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya Sabtu lalu.
09 Jul 18
34
Empty Image
18,000 Pengunjung Warnai Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun
Seramai 18,000 pengunjung dari pelbagai kaum memeriahkan Sambutan Hari Raya Parlimen Dungun yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen PAS Kawasan Dungun, di Dewan Merdeka (Arena Square), semalam.Majlis dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 3 petang turut dimeriahkan dengan persembahan pemuzik dari kumpulan Seedrain, Sahabat Akustika dan beberapa lagi penggiat seni tempatan.Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Yahaya Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Husain Awang dan  Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Saiful Bahri Mamat, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, Timbalan Pengerusi Perkasa Negeri, Dato' Mastura Othman dan Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.Sebanyak 46 buah kawah gulai daging telah disediakan untuk pengunjung yang hadir selain juadah tradisional seperti lemang, nasi minyak , nasi dagang dan beberapa lagi makanan tradisional.                                                                         Wan Hassan berkata, kehadiran pengunjung pada majlis tersebut amat memberangsangkan dan beliau terharu dengan sambutan yang diberikan sekali gus menunjukkan semangat perpaduan yang jitu di kalangan masayarakat setempat."Kita boleh lihat pengunjung dari pelbagai bangsa datang ke majlis ini dan duduk semeja bersama masyarakat melayu tanpa segan silu. Ini menunjukkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat di daerah ini masih subur dan ini yang patut diamalkan oleh semua," katanya.Wan Hassan turut memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh 600 orang petugas yang dilantik bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah."Petugas yang dilantik telah menunjukkan semangat bekerjasama di kalangan mereka dan kita lihat mereka bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjayakan program sebesar ini. Komitmenyang ditunjukkan oleh setiap petugas amatlah dihargai," katanya.Menurut Wan Hassan, dia amat berpuas hati dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut dan menurutnya sambutan yang serupa akan dibuat pada tahun akan datang dengan skala yang lebih besar.Pada majlis tersebut, beliau turut mengagihkan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir sebagai kemuncak dan meraikan golongan itu pada sambutan tersebut.
08 Jul 18
83
Empty Image
API Sasar Projek Perintis Kitar Semula Barang Terpakai
Ustaz Kamaruzaman AbdullahAngkatan Pemuda Islam Hulu Terengganu (API) yang baharu ditubuhkan mahu menjadikan projek kitar semula barangan terpakai di sekitar daerah ini sebagai program pertama yang bakal dilancarkan pada 14 Julai nanti.Penaung yang juga merangkap penasihat persatuan ini, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, projek itu dirangka oleh API yang berhasrat menyatukan kembali anak-anak muda menerusi kerja kebajikan.Tambahnya, projek tersebut juga mendapat sambutan dan kerjasama daripada beberapa syarikat sekitar daerah seperti pasaraya Xiri dan D.M Pemborong termasuk menyumbang kewangan bagi menampung operasi."Melalui projek ini, kita dapat kumpulkan barangan yang boleh dikitar semula untuk manfaat bersama di samping menghubungkan tali persaudaraan melalui khidmat yang diberikan."Selain itu, dapat melatih  dan memberi penekanan yang lebih kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan bersama-sama,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka PAS Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini yang turut dihadiri hampir 10 000 masyarakat sekitar.Suasana di Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Hulu TerengganuMenurut Kamaruzaman lagi, operasi sepenuhnya akan berjalan pada 4hb Ogos ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan."Antara lokasi yang kita telah pilih setakat hari ini ialah hadapan Maybank Kuala Berang, hadapan Masjid Sultan Mahmud dan hadapan pasaraya Xiri selain beberapa lokasi yang akan ditentukan kemudian."Pihak kami mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama yang semaksima bagi menjayakannya,"katanya.
07 Jul 18
329
Empty Image
Mangsa Bot Karam Dapat Perhatian Ahli Parlimen Dungun
Wan Hassan bertanya khabar Ramli selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa.Seorang nelayan diibaratkan mati hidup semula selepas terselamat dari lemas akibat bot gentian kaca dinaikinya bocor sebelum karam ketika keluar menangkap ikan pada jarak 13 kilometer dari perairan Kuala Dungun, Sabtu lalu.Kisah malang mangsa, Ramli Said, 62, membawa kunjungan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli untuk menghulurkan bantuan awal bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.Menurut Wan Hassan, pihaknya akan menyerahkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Wan Hapandi Wan Nik untuk menguruskan permohonan bantuan dan keperluan sepatutnya daripada mangsa kepada pihak yang berwajib.                               "Kita akan membuat tindakan susulan pada persidangan parlimen yang akan datang supaya pihak kerajaan dapat meluluskan bantuan kepada nelayan tersebut untuk meneruskan mencari rezeki di laut," katanya.Wan Hassan turut menasihatkan nelayan supaya lebih berhati-hati ketika berada di laut dan mementingkan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.Dalam insiden itu, Ramli terselamat selepas lima jam bergantung pada penutup tong ikan yang dijadikan pelampung untuk berenang sambil meminta bantuan selepas bot gentian kaca dinaikinya karam.Menurut mangsa, dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, lantai bot yang bocor dan pecah akibat dilambung oleh ombak besar dimasuki air dengan begitu cepat."Saya keluar dari rumah dan menaiki bot di Pengkalan Bot Sungai Buaya pada jam 6 pagi dan saya biasa pergi bersendirian kerana di tengah laut ramai rakan-rakan yang turut sama menangkap ikan," katanya.RamliMenurutnya, dalam keadaan cemas, dia mencapai jaket keselamatan dan penutup tong ikan sebelum terjun ke dalam laut."Dalam fikiran saya hanyalah untuk menyelamatkan diri dan selepas terjun saya berenang menggunakan penutup tong itu sebagai pelampung untuk meminta bantuan."Memang saya rasa letih yang amat sangat namun saya gagahkan juga untuk berenang dan tidak lama kemudian saya nampak seorang pemancing dan menjerit meminta bantuan,"katanya ketika ditemui di jeti pengkalan berkenaan, hari ini.Katanya, sebaik selamat dibawa ke pengkalan bot pada pukul 1 tengahari dia terus pengsan akibat kehabisan tenaga kerana berenang terlalu lama di lautan."Sepanjang 40 tahun saya menjadi nelayan ini merupakan pengalaman yang paling menakutkan  dan bersyukur nyawanya masih panjang dan tidak mematahkan saya  untuk turun ke laut lagi," katanya.Menurutnya lagi, buat sementara waktu, hasrat untuk ke laut semula terpaksa ditangguhkan seketika kerana dia kehilangan bot dan beberapa barangan lain seperti telefon bimbit serta dompet dengan nilai kerugian yang terpaksa ditanggung berjumlah kira-kira RM15,000.Susulan kejadian itu, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya mencari rezeki semula kerana itu sahaja punca pendapatannya untuk menyara keluarga.
03 Jul 18
160
Empty Image
RM200 Juta Untuk Dalamkan Muara Sungai Dungun
                                              Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh turun padang bagi meninjau masalah muara sungai Dungun cetek yang sudah sekian lama membelenggu nelayan di daerah itu.Beliau kemudiannya diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad berhubung isu itu.Ibrahim berkata, peruntukan sebanyak RM 200 juta diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut dan permohonan peruntukan sudah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan."Kita memerlukan sebanyak RM200 juta untuk mengatasi masalah ini dan memang nelayan sudah lama mengeluh. Keadaan muara sungai cetek juga menjadi penyebab kepada kes bot karam dan membawa kepada kematian serta kejadian tidak diingini."Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) sudah mohon peruntukan sebanyak RM200 juta dan kita akan membuat semakan semula dengan Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan itu boleh dipercepatkan," katanya. Tambahnya, nelayan di sekitar Kuala Dungun  berdepan masalah utama untuk keluar mencari rezeki apabila hanya boleh keluar masuk ke muara sungai apabila air pasang sahaja.Katanya lagi, permasalahan mendapan menyebabkan nelayan sukar untuk keluar masuk dan masalah tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama selain turut membahayakan nyawa nelayan yang terpaksa menggunakan bot kecil meredah ombak dan arus yang deras untuk masuk ke muka kuala berikutan bot besar mereka tidak dapat masuk ke muara tersebut.Malah, terdapat kes kematian pada tahun lalu, apabila empat orang nelayan mati lemas setelah bot kecil yang dinaiki mereka untuk pergi persisir pantai dipukul ombak besar di Pantai Kuala Dungun selepas bot besar mereka naiki sebelum itu terperangkap akibat muara sungai yang cetek.Dr Mamad diberi penerangan berkenaan masalah muara oleh pegawai JPS" Langkah sementara yang dilakukan ialah dengan mengorek dan menyedut pasir bagi mendalamkan muara sungai."Bagaimanapun, langkah ini tidak sesuai untuk jangka panjang dan kita harapkan permohonan peruntukan dilukuskan dengan lebih cepat supapa tindakan lebih drastik dapat dilaksanakan," katanya.
01 Jul 18
236
Empty Image
10,000 Rai Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Alur Limbat
Pengunjung merakamkan kenangan bersama ADUN dan isteri.Sekitar 10,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan sekitar Marang mengunjungi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ariffin Deraman sempena rumah terbuka beliau di Kampung Gelugor Che Hassan, Alur Limbat, semalam.Majlis yang menyajikan pelbagai juadah termasuk aiskrim berjalan lancar dengan bantuan petugas yang berpakaian sedondon hijau, mula dikunjungi orang ramai sejak jam 11 pagi.Ariffin berkata, majlis itu meraikan penduduk seluruh Alur Limbat sempena Aidilfitri dan menghargai sokongan penduduk terhadap parti itu sehingga mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum lalu."Ia sekali gus menjadi majlis kesyukuran kami dalam meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang tidak sempat diadakan," katanya.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri serta ADUN dalam Parlimen Marang.
30 Jun 18
502
Empty Image
200 Meriahkan Kabat Bukit Maras
Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit.Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam.Kabat, sebuah istilah rakyat Terengganu yang merujuk kepada aktiviti mendaki ini dianjurkan oleh Persatuan Luncur Udara Terengganu, Amazing Terengganu dan Fit Terengganu sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan persekitaran tempat tinggal mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang turut bersama dalam program itu berkata kerajaan turut merancang untuk membangun puncak pada ketinggian 1100 meter itu sebagai pusat rekreasi baharu bagi penduduk sekitar.Pemandangan sawah padi dari puncak menarik perhatian pendaki."Pejabat Daerah Kuala Nerus telah meneliti potensi lokasi ini dan bersetuju untuk membina kemudahan asas iaitu pondok rehat dan tandas awam di puncak bukit."Manakala, trek pendakian akan diperbaiki dengan aspek keselamatan tanpa tanpa pengubahsuaian bagi mengekalkan ekosistem dan alam sekitar," katanya.Beliau memaklumkan perancangan itu dijangka akan disepakati dalam masa terdekat setelah segala aspek diselidiki terlebih dahulu.
30 Jun 18
588
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Digilis Lori
Ariffin melihat keadaan Naufal di hospital.Kerajaan negeri akan berusaha membantu kanak-kanak berusia lapan tahun, Mohammad Naufal Yazid Mohd Salleh yang cedera parah dan kudung kaki akibat digilis lori pasir di Kampung Banggol Cempedak, Marang, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman ketika mengunjungi mangsa turut terkesan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak itu dan berharap keluarga mangsa tabah dengan ujian kepada keluarga mereka ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri."Kita sedih dengan kejadian yang berlaku. Namun, ini adalah ujian buat keluarga ini dan diharap mereka kuat menghadapinya, katanya ketika melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.Dalam kejadian pada 20 Jun (6 Syawal) lalu, menyebabkan adik Naufal putus kaki kanan dan hancur tangan kirinya.Mangsa dikatakan sedang mengayuh basikal dari Kampung Baharu Serada ke Banggol Cempedak secara tiba-tiba berpatah balik menyebabkan sebuah lori pasir yang bergerak di belakangnya tidak sempat mengelak.Dalam pada itu, penduduk Kampung Baharu Serada turut bekerjasama bagi meringankan bebanan yang sedang ditanggung keluarga mangsa dengan melaksanakan kutipan derma kilat.
26 Jun 18
26
Empty Image
Sentuhan Kasih Petronas Peruntuk RM1 Juta Bantu Golongan Miskin
Program Sentuhan Kasih Petronas memperuntukkan RM1 juta untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Terengganu.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pihaknya berbesar hati dapat membantu golongan miskin ba mengukuhkan lagi komitmen bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri Terengganu.“Sumbangan tersebut merangkumi pemberian bantuan makanan asas bernilai sebanyak RM80 setiap bulan selama setahun bermula Mei tahun ini hingga April tahun depan.“Sumbangan ini akan dibahagikan kepada 400 keluarga di tiga daerah iaitu di Kemaman, Dungun dan Kuala Nerus serta sebagai tambahan pula setiap keluarga turut menerima bantuan bernilai RM240 sempena musim perayaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena lawatan kerja Menteri Besar Terengganu di tempat letak kereta Astaka, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya.Mohd Hasnan berkata, peruntukan RM1 juta itu juga merangkumi pelaksanaan program pembangunan modal insan melibatkan 100 wanita daripada keluarga nelayan dan ibu tunggal di Kuala Nerus sepanjang setahun.“Melalui program dengan kerjasama Yayasan MyKasih, para peserta didedahkan dengan kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai salah satu usaha meningkatkan taraf hidup mereka.“Terengganu merupakan satu daripada lapan buah negeri yang mendapat faedah daripada program bantuan makanan,"katanya.Antara lapan negeri tersebut adalah Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang terbabit dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM7 juta.Menurutnya, program bantuan itu juga dapat membantu meringankan beban golongan orang kurang berkemampuan di seluruh negara termasuk Terengganu.
24 Jun 18
128
Empty Image
Dr Azman Turun Padang Jumpa Petani
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkesempatan turun padang berjumpa petani Baruh Gong Telikong, Bukit Tanah, hari ini.Beliau turut menyertai majlis solat hajat memohon Allah S.W.T memudahkan urusan para petani yang mula turun ke sawah untuk musim baru agar memberkati setiap titik rezeki yang dikurniakan. Malah, beliau turut membantu menangani beberapa isu berkaitan pengairan dan kemudahan asas yang dialami petani kawasan itu termasuk, langkah awal perlu disediakan BERNAS terhadap kemungkinan berulangnya lambakan padi ketika musim menuai nanti. Difahamkan, daerah Besut terutama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) ialah zon  pengeluaran padi utama negeri Terengganu dengan kapasiti hampir 80 peratus. Kawasan Lubok Kawah antara yang paling subur dengan kadar pengeluaran per hektar paling tinggi sekitar lebih 9 tan sehektar. Dalam pada itu, Dr. Azman turut mengharapkan bumi Terengganu terus subur dengan keberkatan dari Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki para petani negeri ini.
24 Jun 18
116