lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
124 Penagih Ditahan Dalam Ops Sarang
Mohd Said IbrahimLima wanita antara 124 penagih dan pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu di sekitar Kemaman selama dua hari berakhir malam semalam.Dalam operasi melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kemaman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu, kesemua suspek diberkas dalam 92 serbuan yang dilakukan.Operasi yang bermula jam 2 pagi kelmarin itu dijalankan lima pegawai dan 49 anggota polis diketuai Pegawai Turus Risikan, Operasi dan Tahanan IPK Terengganu, Asisten Superintendan (ASP) Meor Hisyamudin Al Hafiz.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua individu termasuk lima wanita yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu berusia antara 20 hingga 60 tahun dan majoriti mereka bekerja sebagai buruh dan penganggur."Operasi diadakan untuk membasmi kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Kemaman seterusnya mengurangkan kadar jenayah akibat dadah selain dapat memastikan keselamatan dan kententeraman awam terjamin," katanya.Katanya, polis membuat tangkapan terhadap suspek selepas selesai memeriksa seramai 149 orang individu yang ditahan.Antara penagih yang dicekup dalam ops tersebut.Tambahnya, daripada 124 orang suspek yang diberkas dalam operasi berkenaan adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing."Dengan penahanan yang dibuat kita turut rampas sejumlah dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM2,000," katanya.Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya telah merampas dadah jenis pil kuda sebanyak 20.35 gram, heroin (10.27 gram), syabu (7.83 gram), eramin 5 (tiga biji) serta methadone sebanyak 15 milimeter (ml) dan air ketum (100 ml).Keadaan sarang penagih yang diserbu oleh polis .Daripada keseluruhan tangkapan, Mohd Said berkata, satu kes melibatkan dua tangkapan dipercayai mempunyai bekalan dadah sementara 13 kes yang melibatkan  16 tangkapan dipercayai memiliki dadah dan hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati seramai 108 individu positif dadah.Penagih yang ditahan dibawa untuk siasatan lanjutBagi membantu siasatan, suspek yang ditahan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 direman selama tujuh hari dan reman empat terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan bagi Seksyen 12(3) akta sama.Kata Mohd Said lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3), Seksyen 15 (1)A yang kesemua di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 6 Akta Racun 1952.
21 Jul 18
88
Empty Image
Pekebun Bimbang Serangan Gajah Liar Berulang
Pekebun memeriksa pokok kelapa sawit yang musnah akibat serangan gajah liarDua pemilik kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Kemaman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas 200 batang pokok kelapa sawit yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah dalam serangan gajah liar, pagi tadi.Menurut mereka, serangan ituberlaku pada awal pagi tadi apabila empat sekawan gajah liar yang datang dari Hutan Simpan Air Putih memasuki kebun seluas 12.5 hektar untuk mencari makanan di situ.Antara pokok kelapa sawit yang dimusnahkan oleh gajah liarPekebun itu mendakwa, kejadian sebegini bukanlah kali pertama kerana sepanjang lima tahun mengusahakan kebun berkenaan sudah berlaku banyak kes serangan gajah terhadap tanaman yang diusahakan mereka sehingga terpaksa menanggung begitu banyak kerugian.Mokhtar JunohMenurut pekebun berkenaan, Mokhtar Junoh, 63, serangan pada awal memusnahkan sebanyak 40 batang pokok kelapa sawit yang berumur lima tahun menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000.Katanya, aduan kepada Pejabat Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) mengenai masalah ini sudah dibuat namun sehingga sekarang tiada tindakan yang serius diambil bagi menangani masalah tersebut."Perkara ini sudah lama berlaku, bukan kebun saya sahaja yang kena tapi ramai lagi. Namun rakan yang lain semua mempunyai kebun yang besar jadi tidaklah terbeban sangat kalau pokok mereka musnah."Tapi bagi kami yang mempunyai kebun yang kecil memang terasa kerugiannya kerana banyak modal sudah dihabiskan untuk menanam pokok dan sekarang semua sudah musnah, jadi bagaimana kami hendak mencari modal untuk tanam semula," katanya.Dia berharap supaya pihak berkaitan dapat memandang serius berkenaan perkara tersebut supaya kehadiran gajah liar di kawasan kebun mereka dapat diatasi.Rosli AbdullahBagi Rosli Abdullah, 37 , dia sudah empat kali membuat aduan kepada Perhilitan namun tiada tindakan serius seperti usaha untuk menangkap  gajah liar tersebut dan serangan terbaru itu memusnahkan kira-kira 130 batang pokok kelapa sawitnya menyebabkannya kerugian sebanyak RM20,000."Kebanyakan pokok yang musnah sudah cukup umur dan boleh dituai hasilnya tetapi pagi ini bila lihat pokok yang hendak dituai sudah rosak memang sedih kerana semua usaha selama ini menjadi sia-sia."Banyak aduan sudah dibuat tetapi sehingga sekarang senyap begitu sahaja dan kami pernah berjaga sehingga lewat pagi untuk menghalau gajah sekiranya datang tetapi bagaimana dengan keselamatan kami sekiranya ia menyerang dan kami tidak mempunyai senjata untuk melawannya, " katanya.Rosli berharap supaya keadaan yang membelenggu mereka sejak sekian lama ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mengancam keselamatan setiap kali di kebun.Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan dari pekebun terbabit dan akan berhubung dengan pihak Perhilitan Negeri  untuk mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan perkara itu sebaik sahaja menerima laporan penuh.
21 Jul 18
275
Empty Image
Kecurian Diesel Subsidi Di Jeti LKIM Akan Ditangani - Dr Azman
Dr Azman dalam satu perjumpaan dengan nelayan baru-baru ini."Tidak sepatutnya berlaku dan amat mendukacitakan bila ada rungutan para nelayan bahawa minyak diesel subsidi milik mereka di jeti LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) pun boleh dicuri," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, dalam keadaan pihak berkuasa perlu memastikan bahawa hanya nelayan yang benar-benar ke laut menangkap ikan sahaja yang berhak menikmati kemudahan subsidi diesel itu, prosedur agihan juga perlu diteliti semula agar menjadi lebih mudah dan ringkas serta tidak menyulitkan nelayan."Nelayan kita sudah berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran ketika mencari rezeki di laut."Dari masalah muara cetek, pencerobohan nelayan pukat tunda dan pencerobohan nelayan asing ianya sudah cukup menjadikan nelayan berada dalam dilema kesukaran ketika mencari rezeki,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Dr Azman berkata, hasil tangkapan juga semakin berkurangan menyebabkan ramai nelayan yang naik ke darat dengan wajah muram tanpa hasil tangkapan.Pada masa yang sama, kata beliau lagi, kecurian boleh berlaku apabila terdapat kelonggaran dari aspek kawalan keselamatan.Tambahnya, kelalaian pasti akan membuka ruang untuk berlakunya kejadian jenayah."LKIM sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap operasi jeti-jeti perikanan di seluruh negara perlu meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang dikuatkuasakan sebelum ini kerana tentunya terdapat aspek kelemahan yang memerlukan tindakan pembetulan segera,"katanya.Beliau juga akan memanggil pihak LKIM untuk mengadakan perbincangan segera agar isu kecurian minyak diesel ini boleh ditangani sebaik mungkin dan mengelakkan nelayan terus berdepan kerugian.Dalam laporan akhbar sebelum ini, kadar kecurian diesel subsidi berlaku hampir setiap minggu menyebabkan pemilik bot di jeti LKIM di Bandar Marang makin muak dengan kejadian berkenaan.Kejadian kecurian itu membantutkan kegiatan untuk keluar ke laut berikutan tong minyak diesel mereka dicuri.
21 Jul 18
69
Empty Image
Kerajaan Negeri Salur RM58,000 Untuk Mangsa Kebakaran Teluk Menara
Hilmi menyerahkan sumbangan kepada Muda Muda Mat Ali, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Menara baru-baru ini bakal menerima bantuan pembinaan rumah bernilai RM58,000 daripada kerajaan negeri.Perkara ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Hilmi Dato' Harun ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini."Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Iman (TDI) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di mana kita akan membina rumah siap untuk beliau."Pada hari kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah memberikan bantuan awal berupa barang keperluan dan wang tunai RM3,000," katanya.Hilmi hadir ke rumah mangsa bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Pantai Timur, Dato' Maaruf Kasim dan setiausaha Terengganu Fourwheeler Team (TFT) Mohd Hasmadi Embong yang menyumbang bantuan wang tunai dan barang keperluan harian untuk menringankan beban mangsa.Dalam pada itu, Muda yang merupakan imam Masjid Kampung Teluk Menara meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak."Sejak kejadian sehingga kini, ramai yang datang menghulurkan bantuan, bahkan individu yang saya tidak kenal juga ada datang memberi bantuan," katanya.
18 Jul 18
375
Empty Image
ADUN Paka Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran
Satiful Bahari menyampaikan sumbangan kepada Yusuf AwangPejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo  Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan gambaran sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu (terutama produk Industri Kecil dan Sederhana). “Motif bulan dan bintang pula melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo bulat pula membawa maksud kepada permuafakatan, persefahaman dan kerjasama di antara kita dalam menggerakkan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ulas beliau lagi.Ahmad Samsuri dalam ucapannya juga menyeru dan mengajak semua pegawai tadbir untuk bersama beliau berganding bahu sebagai satu pasukan bagi menjayakan PITAS 2030 dengan meletakkan kesejahteraan negeri serta rakyat Terengganu sebagai keutamaan dan `mardhatillah’ menjadi matlamat semua.  ADUN ) Paka menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang mangsa kebakaran, Yusuf Awang , 60,  yang kediamannya musnah dalam kejadian kebakaran pada bulan Jun lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, sumbangan tersebut disampaikan  melalui kutipan yang dilakukan oleh orang ramai di kawasan Bandar Paka melalui Tabung Markas Ihsan yang diwujudkan bagi membantu penduduk yang memerlukan.Tambahnya, kerajaan negeri juga sudah meluluskan bantuan sebanyak RM25 ribu melalui Tabung Darul Iman untuk membina semula kediaman yang musnah dalam kebakaran tersebut dan kerja - kerja pembinaannya akan dilakukan dalam masa yang terdekat."Kita berharap kerja - kerja pembinaan dapat disiapkan dengan kadar segera agar mangsa dapat kembali menetap di kediamannya dan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan orang ramai amatlah dihargai," katanya.Satiful Bahari ditemui selepas menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada mangsa kebakaran tersebut melalui Tabung Markas Ihsan di Felda Kerteh 3,Kemaman, semalam.Dalam kejadian pada bulan Ramadhan lalu, kediaman yang didiami oleh Yusuf bersama tiga ahli keluarganya yang lain musnah keseluruhannya.Sementara itu Yusuf ketika ditemui berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengahari dan dia berada di rumahnya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di bahagian tepi rumah."Saya ingatkan budak-budak bermain mercun di rumah sebelah kerana mereka selalu bermain disitu namun saya berasa pelik kerana terbau seperti ada benda yang terbakar dan bila saya pergi melihat di dalam bilik, saya lihat api sudah menjadi besar, katanya.Yusuf cuba memadamkan kebakaran itu namun tidak berjaya sebelum membawa keluar barangan yang penting dan tidak dapat memasuki semula rumahnya kerana kebakaran semakin merebak."Saya bersyukur kesemua ahli keluarga saya terselamat dalam kejadian tersebut dan sedih juga kerana banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan"katanya.Dia turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dalam meringankan beban yang ditanggungnya di dalam kejadian tersebut.
18 Jul 18
52
Empty Image
Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar
Nurul Najihah Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn Bhd, di kawasan perindustrian Teluk Kalong, pada 5 Julai lalu.Nurul Najihah Abu Bakar, 22, yang bertugas sebagai seorang pembantu tadbir perolehan sebuah kilang berkata, tindakan yang dibuat pada hari kejadian itu adalah merupakan tanggungjawabnya sebagai orang awam.Menurutnya, pada hari insiden berkenaan, dia berada di rumah emak saudaranya yang terletak tidak jauh dari kilang tersebut dan menyedari kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6.15 petang  (5 Julai)  selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan rumah ibu saudaranya turut bergegar."Ketika dengar dentuman dan rumah bergegar saya baru sampai di rumah ibu saudara di Bukit Kuang dan lepas gegaran itu saya segera keluar ke pintu dan tengok kepulan asap hitam naik ke udara," katanya.Nurul Najihah ketika menerima sijil penghargaan daripada Datuk Soiman Jahid Tambahnya,  selepas melihat asap tersebut dia terus menaiki motosikalnya sambil  menghubungi talian 999 dan bercakap dengan operator yang bertugas bagi memaklumkan mengenai insiden itu."Sambil menaiki motosikal saya memberitahu kepada operator berkenaan kejadian tersebut dan setibanya di kilang itu, memang benar ianya terbakar" katanya lagi.Nurul Najihah ditemui selepas menerima sijil penghargaan berkenaan yang disampaikan sendiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid pada Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan Sempena Operasi Pemamadaman Kebakaran di KBC di Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Kemaman, hari ini.Menurutnya, dia segera bertindak menghubungi talian kecemasan kerana pernah melalui pengalaman berdepan situasi cemas seperti itu apabila kereta meletup dari arah belakang rumahnya beberapa bulan lalu."Lepas kejadian letupan kereta itu, abah pesan supaya hati-hati dan cepat bertindak hubungi talian kecemasan kalau lihat kes-kes kecemasan jadi itulah yang saya buat, apabila lihat tangki minyak mentah terbakar ini," katanya.Katanya, pengiktirafan yang diterima itu menyuntik semangatnya untuk terus membantu masyarakat pada masa akan datang.Dia turut berterima kasih dengan pihak JBPM yang menghargai sumbangan kecilnya yang hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai penduduk.
16 Jul 18
234
Empty Image
Anak Yatim Dan Golongan Asnaf Terima Sumbangan RM13,000
Hanapiah bersama anak yatim dan golongan asnafSeramai 60 orang anak yatim dan 10 golongan asnaf diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kelab The Legends 33 Chukai.Pengerusi Kelab The Legends 33 Chukai, Mohd Zawawi Ahmad berkata, pada majlis tersebut anak yatim dan asnaf juga turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.“Selain itu, kesemua anak yatim dan asnaf turut menerima barangan dapur seperti beras, gula dan hamper,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan anak yatim dan golongan asnaf di Padang Astaka Kemaman semalam.Menurut Zawawi, pihaknya berjaya mengumpul wang kutipan sebanyak RM13,000 melalui tabung derma ahli-ahli kelab.“Wang tersebut berjaya dikumpul dalam masa tiga minggu sahaja dan semua penerima anak yatim dan asnaf tersebut adalah daripada penduduk Kemaman.“Program ini merupakan program yang pernah dijalankan pada tahun lalu dan pada malam ini merupakan kali kedua kami laksanakan,” katanya.Selepas ini pihaknya akan mengajurkan program derma darah terbuka kepada orang ramai terutama warga Kemaman.Zawawi berkata, dalam majlis itu juga turut mengadakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli kelab yang disampaikan oleh Hanafiah Mat.“Selain itu, pelbagai juadah turut disediakan seperti sate ikan, lemang, nasi minyak, kambing bakar, aiskrim potong dan minuman.“Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian kumpulan Kemaman iaitu BBS Akustika dan CK Band,” katanya.
14 Jul 18
72
Empty Image
200 Peserta Sertai Projek Tanaman Betik Manis Hybird
Wan Hapandi ( kanan ) menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Seramai 200 orang peserta telah menyertai projek Tanaman Betik Manis Hybrid yang diadakan di Surau Haji Wan Ismail, disini, hari ini.Projek  yang pertama kali diperkenalkan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kawasan Sura,  Wan Hapandi Wan Nik.Turut hadir pada majlis tersebut ialah pencetus projek tanaman itu,  Shaari Awang dan Pengerusi J3K cawangan Jalan Melati  Azahar Mohammad.Wan Hapandi berkata,  projek tanaman terbabit yang diseliakan oleh Jabatan Pertanian daerah itu mendapat permintaan  yang tinggi daripada pengemar." Peserta yang terpilih terdiri daripada penduduk Kampung Batu 48, Sura Jeti, Sura Hujung, Jalan Melati dan Sura Tengah "katanya.Antara peserta yang terpilih hadir pada perasmian tersebut.Wan Hapandi berkata, buat permulaan projek ini,  sebanyak 1,000 biji benih betik Hybrid akan diagihkan kepada peserta yang terpilih.Katanya,  atas permintaan yang tinggi itu,  beliau percaya peserta tanaman betik terbabit mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. "Pertanian pada masa sekarang merupakan salah satu bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya di lakukan dengan cara yang teratur," katanya. Menurut Wan Hapandi, peserta  akan dibimbing beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian,  Pertubuhan Peladang dan sebagainya.Katanya, peserta akan diberi bimbingan dari segi pengurusan tanaman seperti cara penjagaan tanaman dengan cara yang betul, teknik meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya. " Jabatan Pertanian mempunyai kepakaran dalam teknologi tanaman dan peserta yang mengikuti kursus ini dianggap antara yang betuah dan peluang sebegini perlu direbut," katanya. Katanya, bidang pertanian merupakan  salah satu bidang yang mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat dan golongan muda khususnya dan ianya merupakan satu perkembangan yang baik yang perlu direbut oleh semua."Kerjaya bercucuk tanam bukan sahaja mendatangkan hasil yang baik malah ia menyihatkan tubuh badan, "katanya.
14 Jul 18
61
Empty Image
Masjid Ladang Wujud Perpustakaan Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Ilmu
W. Mohd Al-Bakri (kiri) dan Nor Azzah (kanan) dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid.Perpustakaan Al-Ghazali yang terletak di Masjid Al- Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu berazam untuk menjadi pusat rujukan ilmu Islam kepada pusat pengajian dan masyarakat di negeri ini.Pengerusi Masjid itu, Datuk W. Mohd Al-Bakri W. Md Noor berkata, perpustakaan masjid perlu dimanfaatkan sebagai pusat keilmuan serta rujukan bagi masyarakat muslim."Perpustakaan masjid berbeza dengan perpustakaan awam di mana ia lebih menumpukan bahan-bahan lebih khusus kepada bidang agama," katanya.Menurut Mohd Al-Bakri, perpustakaan Al-Ghazali kini memiliki lebih 4,000 naskhah kitab agama dan buku umum.Perpustakaan Al-Ghazali."Rujukan sedia ada ini dapat menarik minat para pengkaji. Untuk lebih khusus, kami menumpukan bidang tafsir dengan pengumpulan tafsir al-Quran dan kini memiliki 20 jenis kitab Tafsir al-Quran."Ini memberi kelebihan kepada perpustakaan masjid untuk menyajikan maklumat tentang Islam dengan  pelbagai sudut pandang kepada masyarakat," katanya dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid di Karnival Taman Syurga, pagi ini.Karnival anjuran masjid dengan kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) itu bermula dari 7 Julai dan akan berakhir esok.Selain kuliah dan jualan buku, turut diadakan program seperti 'Free Market', Seminar Fiqh Wanita, 'Bike Meet' dan gunting rambut percuma.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM), Nor Azzah Momin berkata, di Malaysia tidak ada sebuah standard negera dalam pengelasan bidang bahan bacaan berkaitan agama Islam. "Ini yang JKPIM sedang laksanakan supaya bahan-bahan bacaan dalam bidang agama Islam seluruh negara memiliki standard yang selaras," katanya.Gunting rambut percuma antara program yang menjadi tumpuan.
10 Jul 18
779
Empty Image
120 Peserta Hadiri Syarahan Kewartawanan Dan Media Berita
Seramai 120 peserta pelbagai latar belakang termasuk jurufoto, wartawan serta pelajar menghadiri Program Syarahan Kewartawanan Dan Media Berita Dalam Konteks Dunia Kini: “Witness, Behind The Camera And On The Photo Desk” di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam.Program anjuran Pusat Antarabangsa dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZa itu menampilkan Tengku Idris Bahar, anak kelahiran Terengganu yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang fotografi khususnya dalam gambar kewartawanan (photo journalism) bagi berkongsi pengalaman. Tengku Idris Bahar yang kini berkhidmat di Agence-France Presse (AFP) sebagai Editor Asia-Pacific Photo Desk, Hong Kong pernah bekerja dengan AFP sejak 2004 di Malaysia, India dan Iraq.Program syarahan kewartawanan yang dianjurkan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga UniSZA khususnya berkenaan kepentingan fotografi dalam penghasilan berita dan karya yang melibatkan ilmu fotografi.
09 Jul 18
97