Artikel "Komuniti" Terkini
ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Masuk Kebun Durian
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Suhaili meraikan 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, Kerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Kerteh."Program bersama pelajar istimewa itu memberi satu pengalaman yang bermakna dan berbeza kepada golongan kurang bernasib itu apabila berpeluang melawat dusun buan-buahan serta dapat menikmati buah durian dengan sepuas hati.“Pendedahan kepada aktiviti luar ini adalah untuk menambahkan keyakinan kesemua pelajar tersebut untuk mengharungi kehidupan seharian walaupun mereka ada sedikit kekurangan,"katanya.Saiful berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan pelajar-pelajar tersebut di sebuah dusun berhampiran Kampung Batu Putih, Kerteh, semalam"Alhamdulillah semuanya gembira dan cukup seronok dapat menaiki kenderaan pancuan empat roda (4x4), melawat sekitar dusun serta memakan raja buah (durian) ini,” katanya.Menurut Saiful, guru-guru dan sukarelawan banyak membantu kejayaan program, dusun ini juga sesuai dan selamat untuk pelajar-pelajar mendapat pengalaman baru.Beliau seterusnya merakamkan perhargaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan Kertih (Perbaik) yang menganjurkan program berkenaan sebagai tanda keprihatinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut terhadap nasib pelajar-pelajar istimewa."NGO Perbaik sangat aktif membantu kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Dun Kemasik, tahniah kepada mereka, kita boleh berkolaborasi lagi di masa akan datang," katanya.
24 Jul 18
246
Masalah Bau Busuk Dari Kilang Industri Kerteh Dijangka Selesai
Alias RazakMasalah bau busuk dari sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan perindustran Kerteh , Kemaman, yang membelenggu penduduk di sekitar Bandar Paka sejak sekian lama dijangka akan selesai apabila pihak pengurusan kilang tersebut bersetuju untuk menambahbaik beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah tersebut.Keputusan tersebut diambil setelah pertemuan selama tiga jam oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak bersama pihak pengurusan kilang tersebut semalam.Turut hadir, wakil Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Kemaman dan penduduk.Pada pertemuan tersebut, Alias telah diberi penerangan berkenaan pengoperasian kilang itu dan beberapa perkara yang membawa kepada permasalahan yang timbul sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk sekitar.Alias ( kanan , hadapan ) sedang diberikan taklimat berkenaan pengoperasian kilang oleh pihak pengurusan kilangMenurut beliau, pertemuan itu atas dasar tanggungjawab kerajaan bagi membela dan menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada banyak aduan yang dibuat berkenaan perkara tersebut."Sebanyak 14 aduan telah dibuat oleh penduduk dan kita juga dimaklumkan kilang ini pernah diambil tindakan oleh mahkamah dan juga pernah disaman namun perkara yang sama masih berulang."Jadi lawatan pada kali ini sebagai untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan perkara tersebut agar satu penyelesaian yang terbaik dapat dibuat oleh pihak pengurusan kilang," katanya. Menurutnya, beliaau juga memandang serius permasalahan itu kerana melibatkan kesejahteraan penduduk yang terjejas apabila terpaksa menghidu bau busuk pada sepanjang masa.Tambahnya, kerajaan negeri juga akan memikirkan untuk mengambil tindakan perundangan sekiranya pihak pengurusan kilang tersebut gagal atau ingkar dengan arahan untuk menyelesaikan masalah tersebut."Kita dari pihak kerajaan mahu pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini supaya banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada penduduk setempat dan pada masa yang sama juga kita juga tidak mahu pelaburan yang dibuat membawa perkara negatif kepada masyarakat,"katanya. Alias berkata, pihak pengurusan kilang sudahpun melantik konsultan bagi membuat siasatan di sekitar kilang tersebut dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu masalah bau yang membelenggu penduduk sejak sekian lama itu."Pihak pengurusan kilang juga perlu bersama melakukan banyak program komuniti sosial (CSR) bersama penduduk agar sebarang permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dan penduduk dapat mengetahui sendiri setiap penyelesaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan kilang tersebut,"katanya.
24 Jul 18
408
Musim Buah Perah Jadi Pesta Penduduk Kampung Pauh
Rohana(kanan)bersama rakannya Rosmaria menunjukkan buah perah yang berjaya dikutip di perkarangan tanah perkuburan Kampung Pauh.Sesiapa sahaja yang pernah menikmati buah perah pasti terbayang keenakan isinya sama ada direbus, jeruk atau bakar yang mampu memikat hati penggemarnya.Bagi penduduk Kampung Pauh, Hulu Terengganu, musim buah perah merupakan satu pesta untuk mereka berkumpul bersama-sama dan mengutip buah luruh yang hanya muncul setahun sekali.Seorang penduduk yang ditemui, Rohana Ahmad,57, berkata nostalgia mengutip buah perah sewaktu kecil sentiasa menggamit dirinya dan kini aktiviti berkenaan masih diteruskan walaupun sudah berusia apabila tiba musimnya."Seronok bila dapat bersama orang ramai, berlumba mengutip buah perah setiap kali buahnya meletup dan luruh dengan suasana yang kecoh tetapi akrab."Saya kutip buah ini secara suka-suka dan kadang-kadang kami makan dengan cara bakar menggunakan arang, rasanya lebih enak dimakan begitu ,"katanya lagi ketika ditemui di perkarangan Tanah Perkuburan Kampung Pauh.Buah PerahRohana berkata, terdapat lebih sepuluh batang pokok perah di Tanah Perkuburan tersebut yang dianggarkan berusia hampir 100 tahun dan sentiasa berbuah lebat malah menjadi salah satu punca rezeki kepada penduduk tempatan sebagai barang jualan."Buah perah dijual RM5 bagi seratus biji dan ada yang menjualnya mengikut timbangan kilo, terpulang kepada masing-masing tentang cara jualannya," katanya.Tambahnya, terdapat kepercayaan yang menyatakan bahawa buah perah perlukan kemahiran untuk memasaknya dan bergantung kepada kemahiran."Buah perah memang memabukkan jika dimakan mentah-mentah kerana getahnya boleh memberi kesan sampingan namun bergantung juga kepada ketahanan badan si pemakan."Sebab itu, kita gunakan pelbagai cara untuk prosesnya sebelum dimakan seperti merebus, jeruk bersama petai atau bakar dan rasanya memang enak, lemak manis seolah-olah memakan kacang.Menurutnya, pokok perah mengeluarkan buahnya semusim dengan pokok durian dan penduduk menyifatkannya sebagai kembar durian kerana berbuah hampir serentak.Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila 'letupan' buahnya yang matang ataupun sudah cukup tua berlaku dalam cuaca panas dan terdapat antara dua hingga tiga biji dalam satu kulit.Sementara itu, bagi Rosmaria Ibrahim, 38, berasal dari Kelantan pula hanya mengenali buah perah selepas mengikuti suaminya Junaidi Mohd Adnan berpindah ke kampung setelah berkahwin."Pada mulanya saya tak kenal apa itu buah perah sehinggalah melihat orang ramai berpusu ke sini untuk mengutip buah yang luruh."Rasa teruja tengok dan saya pun menyertai mereka sambil belajar makan buah perah, dari situ saya mula menggemarinya malah menjadikan sumber rezeki apabila tiba musimnya berbuah,"katanya.Menurut Rosmaria lagi, setiap hari dia berjaya mengutip antara 150 hingga 250 biji buah perah dan ia bergantung kepada nasib dan cuaca."Saya jual kepada pembeli dengan harga RM5 seratus biji dan permintaan agak tinggi hingga ada masanya saya tak mampu untuk menyediakannya,"ujarnya.
24 Jul 18
2453
Kesedihan Ibu Insafkan Penagih Tegar
Nor Amirul AswadLinangan air mata seorang ibu berjaya melembutkan hati seorang penagih dadah tegar untuk kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan najis tersebut lebih 10 tahun.Nor Amirul Aswad Zakaria, 28, yang berasal dari Kemaman berkata kesedaran datang dengan tiba-tiba untuk keluar dari dunia hitam itu setelah ibunya menangis melihat dia dipenjarakan pada 2016."Saya mahu melakukan penghijrahan ini untuk diri sendiri dan membuat ibu saya gembira sekali lagi bagi memastikan dia tidak akan menangis lagi kerana saya,"katanya.Anak kepada imam dan seorang guru tadika itu berkata, dia memulakan tabiat buruk itu sebagai cara untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di sekolah menengah dan kawan melepak yang jauh lebih lebih baik dari segi kewangan."Hidup saya tak mampu tapi keinginan untuk hidup bergaya dan mewah begitu meruap dan pada umur 16 tahun saya mula terjebak dengan urusan dadah kecil-kecilan untuk cepat kaya dan penyalahgunaan dadah kategori 'hardcore' tidak lama selepas itu."Saya mendapat lingkungan RM12,000 sebulan dari hasil jualan dadah dan menghabiskan kebanyakan wang untuk membeli motosikal besar dan topi kerana saya peminar tegar motor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Nor Amirul berkata, kesedaran untuk berhenti menagih terbuka apabila timbul rasa berdosa kepada diri sendiri tetapi dalam masa yang sama masih meneruskan urusniaga jual beli dadah."Tak lama selepas berhenti menagih, saya terjebak pula dengan arak dan menjadi pemabuk selama empat tahun. Pada 2016, saat dipenjarakan atas kesalahan dadah, ibu datang sambil menangis, saya memutuskan untuk berubah dan kembali ke jalan yang benar."Saya cukup lemah sehingga saya memutuskan untuk datang ke sini setelah mendapat tahu kewujudannya melalui kawan-kawan di mana ia aman dan ada kumpulan sokongan yang hebat," katanya.Beliau menambah, dalam komuniti itu, dia mula mengenali dirinya dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan solat, berpuasa, berzikir dan melakukan aktiviti kerohanian.Katanya, kewajipan sedemikian dapat dilakukan dengan lebih mudah hasil sokongan masyarakat terutama ibu bapanya yang masih menerimanya dengan baik.Apabila ditanya sama ada beliau pulih sepenuhnya selepas dua tahun berada bersama komuniti berkenaan, Nor Amirul berkata ia tetap akan diteruskan sehingga nafas terakhirnya."Saya akan terus bekerja untuk diri saya, masa depan saya dan jika saya meninggal..saya ingin dikebumikan di sini juga," katanya.
24 Jul 18
55
Madrasah Khairul Insan Jenagor Berpotensi Jadi Hab Pelancongan Islam
Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu yang mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan serta sejarah ketamadunan Melayu lama berpotensi dimajukan sebagai hab pelancongan Islam di negeri ini.Pengerusi Homestay Negeri Terengganu, Md Azmi Aziz, berkata, madrasah itu dipilih sebagai merealisasikan saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang ingin memajukan perlancongan berkonsepkan islamik di Terengganu."Saya ada mengikuti seminar hala tuju pelancongan baru-baru ini di mana fokus kerajaan negeri adalah Terengganu sebagai hab pelancongan Islam."Jadi saya ambil kesempatan apabila dalam seminar tersebut ada menyebut tentang makam bersejarah yang terdapat di madrasah ini dan saya rasa ia sesuai untuk dimasukkan dalam pakej pelancongan."Satu keunikan untuk sampai ke sini kita terpaksa menaiki perahu, melihat penghuninya berpakaian melayu lama, adanya pelbagai aktiviti kesenian dan ia berpotensi untuk diiklankan ke Singapura, Indonesia dan Brunei,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Khairul Insan, Jenagor, hari ini sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan beberapa agensi dan persatuan.Md. Azmi AzizMenurut Azmi, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Madrasah untuk melaksanakan hub ini dalam pakej supaya selaras dengan konsep islam dan sesuai dengan bajet kerajaan negeri."Untuk penginapan, kita akan serahkan kepada pihak Madrasah membinanya sama ada menggunakan buluh atau kayu asalkan selesa diduduki dan tugas kami membantu untuk promosi."Pendapatan yang diperolehi akan disalurkan terus kepada Madrasah sebagai tambahan kewangan untuk meneruskan aktiviti harian mereka,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Insan Prihatin Terengganu Darul Iman (Hati) Mohd Ariff Yong, 71, berkata pihaknya berbesar hati apabila ada pihak tertentu yang ingin mempromosikan Kampung Belahan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Khairul Insan sebagai hab pelancongan slam.Tambahnya, sebelum ini mantan Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang sudah melihat potensi madrasah ini sebagai tempat pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelawat dan orang ramai.
24 Jul 18
2136
Tarian Balai Unik, Hanya Di Hulu Terengganu
Kesenian Tarian Balai yang indah kini menjadi satu tarikan seni budaya yang unik dan hanya terdapat di Daerah Hulu Terengganu.Tarian yang bersangkut dengan pemujaan semangat padi dan ditarikan oleh anak gadis desa berasal daripada Kampung Bukit Gemuruh kini menjadi khazanah kebudayaan Negeri Terengganu.Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu (MKDHT), Amran Ahmad berkata, tarian balai bergerak aktif pada tahun 70-an sehingga akhir 90-an, namun kesenian itu kini sudah malap dan hampir pupus kerana tiada golongan pelapis yang berminat untuk mempelajarinya.Jelasnya, ini disebabkan penari asalnya sudah berusia dan mulai dilupakan selari dengan peredaran zaman."Oleh sebab itu, sebagai inisiatif bagi menghidupkan kembali budaya ini, MKDHT memainkan peranan bagi memperkenalkan Tarian Balai dengan melatih generasi baru yang berminat untuk mempelajarinya di Kampung Bukit Gemuruh."Pihak kami juga menghidupkan kembali tarian ini di setiap program kebudayaan yang diadakan untuk generasi baru supaya menjiwai budaya yang hampir pupus,"kata beliau ketika ditemui Teganukita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.Menurutnya, tarian balai kini semakin dikenali dan berjaya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui jemputan yang diterima antara persembahan sempena Le Tour De Langkawi."Kami pernah dijemput mengadakan persembahan di festival kebudayaan di Singapura dua tahun lepas dan hampir seluruh Malaysia yang dibawa khas oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia."Syukur sehingga kini masih lagi dijemput untuk membuat persembahan setiap kali festival berlangsung dan saya harap ia akan berterusan bagi memastikan Tarian Balai bertahan sebagai kesenian anak Melayu,"ujarnya lagi.Amran berkata, pergerakan dalam tarian menggambarkan kebudayaan petani atau penanam padi.Tambahnya, payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yangmenjadi simbol dan lambang semangat padi."Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi danseumpamanya digunakan."Tarian ini pada kebiasaannya akan diiringi dengan nyanyian.Jika diteliti lirik lagunya banyak mengandungi kata-kata yang berunsurkan nasihat kepada mereka yang mendengarnya," katanya.
23 Jul 18
2094
Punca Kematian Terjerut Tali Bidai Langsir
Superitenden Baharudin AbdullahPihak polis menolak terdapatnya unsur jenayah terhadap mayat bayi berusia setahun lapan bulan, Muhammad Azhari Zul Azri yang maut selepas terjerut pada tali bidai tingkap dalam kejadian di rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah, (AMBS), Dungun, semalam.Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata proses bedah siasat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ ), Kuala Terengganu, bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari tadi.Menurut Baharudin, bedah siasat mendapati bayi tersebut meninggal dunia akibat daripada kesan jerutan di lehernya selepas terjatuh pada tali bidai tingkap tersebut."Jerutan pada leher bayi itu yang menjadi punca utama kepada kematiannya dan hasil pemeriksaan lanjut turut tidak menemui sebarang kecederaan lain pada mayat bayi tersebut," katanya.Menurutnya, kes tersebut di klasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya tidak akan melakukan sebarang siasatan terhadap ibu bapa bayi tersebut kerana hasil siasatan yang telah dilakukan tidak menemui sebarang unsur kecuaian di dalam kejadian tersebut.Dalam kejadian pukul 6.50 petang semalam, Muhammad Azhari dikatakan terjatuh dari sebuah sofa sebelum terjerut pada tali bidai langsir ketika bermain berseorangan .Ketika kejadian, ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin, 36, seorang pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 1 baru sahaja selesai menunaikan solat Asar sebelum melihat anaknya itu tergantung pada tali bidai tersebut.Nor Yasmin kemudiannya bertindak menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39, seorang pekerja swasta yang ketika itu sedang bekerja tidak jauh dari rumahnya.Menyedari anak mereka itu tidak memberikan sebarang respon, bayi tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar AMBS dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik pada pukul 7.30 petang.Jenazah Muhammad Azhari di bawa oleh bapanya untuk disemadikanJenazah bayi itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar AMBS selepas solat Zohor tadi.
23 Jul 18
63
Ibu Bapa Perlu Lebih Beri Perhatian Kepada Anak
Wan Hassan Mohd Ramli Ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan mengambil berat tentang anak mereka walaupun ketika di rumah. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyarankan demikian selepas menziarah jenazah bayi malang yang maut akibat terjerut pada bidai tingkap di rumahnya ketika bermain berseorangan di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah, (AMBS), Dungun, semalam.Beliau yang hadir menziarah jenazah Muhamad Azhari Zul Azri yang berumur setahun lapan bulan di Unit Forensik Hospital Dungun dan turut melahirkan rasa sedih serta simpati terhadap ahli keluarga akibat kejadian tidak diingini itu."Kejadian yang berlaku terhadap bayi tersebut cukup mengejutkan kita semua kerana dan saya juga berasa sedih di atas kehilangan nyawa bayi tersebut," katanya.Wan Hassan ( dua dari kiri) bersama waris keluarga terbabit ketika melakukan lawatan di Unit Forensik Wan Hassan berkata, sejak kebelakangan ini masyarakat di negara ini telah dikejutkan dengan pelbagai kes yang membabitkan keselamatan kanak-kanak termasuk isu dera yang membawa kepada kematian dan pelbagai lagi.Katanya, seluruh masyarakat khususnya ibu bapa disarankan supaya lebih berhati-hati dan lebih memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan anak-anak."Kes ini amat menyedihkan membabitkan isu keselamatan kanak-kanak dan hal ini menjadi satu perkara sensitif sekarang dan isu ini harus diambil berat dan diberi perhatian lebih bagi mengelak kejadian tidak diingini."Memang perkara sebegini tidak dijangka dan kemalangan boleh dielakkan sekiranya masyarakat lebih berwaspada dan mengambil berat berkenaan isu keselamatan anak mereka."Mudah-mudahan keluarga mangsa jadikan perkara ini untuk lebih menekankan penjagaan kepada anak-anak lain walaupun ia berlaku kerana kemalangan dan kita harap mereka bersabar dan jadikan anak-anak lain sebagai pembangkit semangat dan bagi yang telah pergi sebagai aset di akhirat kelak,"katanya.Pada lawatan itu, Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada bapa bayi tersebut, Zul Azri Hashim, 39, dan pihaknya bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi akan berusaha membantu bagi mengurangkan beban ditanggung oleh keluarga mangsa.
23 Jul 18
217
Bayi Maut Terjerut Bidai Langsir
Muhammad Azhari Zul AzriSeorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, petang semalam. Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, Muhammad Azhari Zul Azri dikatakan terjatuh dari sebuah sofa dan terjerut pada tali bidai langsir tersebut.Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Menurutnya bayi terbabit dikatakan bermain bersendirian di sebuah sofa berhampiran dengan tingkap rumahnya manakala ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin, 36 pula sedang solat Asar."Mangsa disedari tidak sedarkan diri oleh ibunya sebelum ibunya itu menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian itu," katanya.Tambahnya, ketika kejadian suami mangsa, Zul Azri Hashim, 39, berada di tempat kerjanya yang terletak tidak jauh dari rumahnya."Bapanya bergegas pulang ke rumah setelah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut sebelum mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya.Jenazah Muhammad Azhari dibawa oleh petugas Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasatBeliau berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia pada jam 7.30 malam.Katanya, jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. "Proses bedah siasat akan dilakukan pada pagi ini bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu," katanya.
21 Jul 18
145
100 Peserta Gotong Royong Bersih Pantai Teluk Lipat Anjuran Pemuda PAS
Peserta yang mengikuti gotong royong anjura Pemuda PAS.Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menganjurkan satu program gotong-royong membersihkan Pantai Teluk Lipat, semalam sebagai usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan di sepanjang pantai tersebut.Ahmad Mukrim AdnanKetua Pemudanya, Ahmad Mukrim Adnan berkata, program tersebut diadakan bagi menyedarkan orang ramai yang masih tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berkenaan kepentingan untuk menjaga kebersihan di kawasan tumpuan orang ramai.Menurutnya, sikap sedemikian menjadikan pemandangan di sepanjang pantai yang menjadi tempat tumpuan orang ramai dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang secara sengaja oleh sesetengah individu yang mengunjungi pantai tersebut."Tahap kesedaran orang ramai mengenai kebersihan masih rendah berikutan wujud segelintir individu yang tidak berdisplin menjaga kebersihan persekitaran walaupun di halaman rumah sendiri."Sikap sebegini yang menjadikan kawasan yang dahulunya bersih dan cantik sudah menjadi tercemar dengan timbunan sampah dan sikap sebegini yang kita tidak mahu ada di dalam masyarakat kita, " katanya.Ahmad Mukrim berkata, program yang bermula pada jam 5 petang disertai 100 peserta di kalangan penduduk Sura.Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Adun Kawasan Sura , Faqrukhairi Nagmuddin, isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaliha Mohamad dan Pengerusi J3K Cawangan Kampung Jalan Melati, Azahar Mohammad.Sebahagian peserta sedang mengutip sampah di pantai tersebut. Katanya, program tersebut diadakan sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Terengganu Bersih yang turut disokong oleh Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Kami akan sentiasa menyokong dan membantu kerajaan negeri demi memastikan negeri Terengganu sentiasa dalam keadaan terbaik, ""Kerajaan negeri amat serius dalam isu kebersihan dan mengharapkan kempen ini dapat menyedarkan orang awam tentang tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar,"katanya.Sementara itu seorang peserta Abdul Muhaimin Abdul Razak, 30, berkata dia menyokong penuh kempen Terengganu Bersih yang telah dilancarkan ini kerana secara tidak langsung dapat memupuk sikap untuk menjaga kebersihan ini bermula dari peringkat kanak - kanak itu sendiri."Saya menyokong penuh kempen yang diadakan ini kerana negeri ini dikenali mempunyai jajaran pantai yang cantik namun ianya memerlukan perhatian dari segi kebersihan oleh kerana sikap sesetengah masyarakat yang tidak tahu menjaga kebersihan dan semoga dengan kempen ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pantai kita, kitalah yang perlu menjaganya, " katanya.Pada akhir program tersebut sebanyak 200 kilogram sampah pelbagai jenis telah berjaya dikumpul dan secara umumnya objektif penganjuran gotong - royong tersebut telah berjaya dicapai dengan kehadiran peserta dalam program tersebut.Sebahagian sampah sarap yang berjaya dikumpul oleh peserta program.Menurut Ahmad Mukrim, pihaknya merancang untuk mengadakan lebih banyak program sebegini sebagai tanda sokongan terhadap kempen Terengganu Bersih dan ianya akan digerakkan di seluruh negeri dalam mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan kebersihan di kalangan masyarakat.
21 Jul 18
432