lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Abdul Manat Tidak Kisah Digelar Orang Gila
Abdul Manat bersama sebahagian koleksi peribadi yang unik daripada barangan terbuang dihadapan rumahnya di Kampung Paloh Nyior di Hulu TelemongMelangkah ke halaman sebuah rumah Kampung Paloh Nyior, Hulu Telemong, pasti ramai yang menyangkakan bahawa pemilik kediaman itu adalah orang kurang waras atau gila.Bukan disebabkan rumahnya, tetapi kerana terdapat puluhan barangan rosak dan terbuang termasuk kasut buruk pelbagai jenis yang tergantung kemas di setiap penjuru halaman kediaman ini.Melihatnya sekali imbas, sesiapa sahaja akan terasa seolah-olah berada di tempat buangan sampah kerana dipenuhi dengan barangan yang sudah tidak dapat digunakan lagi.Namun biasalah setiap orang mempunyai ragam dan pendiriannya tersendiri dalam mendefinasikan apa yang dirasakan berlainan dan ada di antaranya mengumpul barangan yang dirasakan unik mengikut pandangan mata mereka.Ada di antara kita cuba mempunyai hobi yang boleh dikongsi bersama tetapi ada juga yang mahukan kelainan supaya berbeza dengan orang lain.Abdul Manat menunjukkan papan tanda yang bertulis Orang Gila Sdn Bhd di luar kawasan rumahnya.Abdul Manat Ibrahim,57, seorang bekas tentera cuba mencari kelainan daripada yang sedia ada sebagai mengisi kekosongan dalam hidup dengan mengumpul barangan yang dianggap terbuang dan sudah tidak bernilai lagi.Dianggap sebagai orang gila atau kurang siuman tidak melunturkan semangat beliau untuk meneruskan hobinya yang mempunyai nilainya tersendiri malah mempunyai jenamanya tersendiri iaitu Orang Gila Sdn. Bhd."Ada yang melihat apa yang dilakukan oleh saya ini sebagai tidak boleh diterima akal malah digelar kurang siuman oleh sesetengah pihak termasuk penduduk kampung."Namun akhirnya mereka tersedar dengan apa yang digelar mengarut di mata mereka itu, sebenarnya mempunyai kelainan dan nilainya yang tersendiri, dan kelainan itulah yang menjadikan saya, Orang Gila Sdn. Bhd lebih unik dan bernilai," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.Tambah Abdul Manat, pemilihan nama Orang Gila Sdn. Bhd timbul apabila dia dikatakan mencerobohi tanah persendirian dan perkara itu telah di bawa ke Pejabat Tanah.Ekoran dari itu, dia memutuskan untuk menggunakan nama Orang Gila Sdn. Bhd sebagai sindiran kepada individu tersebut supaya tidak mudah menuduh seseorang dan ditambah pula dengan hobinya yang pelik itu.Datuk kepada lapan cucu ini juga berkata, segalanya bermula sejak 18 tahun lalu sebagai satu cara mengisi masa lapang sejak bersara dari tentera dan lebih suka memilih hobi yang dari kebiasaan walaupun orang ramai menganggapnya tidak waras lagi."Saya bukan buat salah pun, tidak kacau orang tetapi saya memang gemarkan sesuatu yang pelik demi kepuasan diri sendiri."Kini mereka yang dahulunya menganggap saya orang gila banyak membantu dengan menyumbangkan barangan terpakai yang hendak dibuang kepada saya untuk dipamerkan di sini," ujarnya lagi.Kini Orang Gila Sdn. Bhd mempunyai koleksi kira-kira 20 unit kipas siling, 12 televisyen, puluhan unit jam dinding serta beberapa unit komputer termasuk info jarak perjalanan yang menarik perhatian pengguna jalan raya untuk berhenti bergambar.Sementara itu, isteri Abdul Manat, Senah Ismail, 56, pernah menghalang hobi pelik suaminya kerana tidak tahan dengan tohmahan yang diterimanya."Tetapi kini saya dan anak-anak dapat menerima hobi suami saya saya dengan baik dan memahaminya kenapa memilih hobi yang lain daripada biasa dan unik...sejak itu saya tidak pernah menghalangnya untuk terus berkreativiti demi kepuasannya,"katanya.Bagi anak bongsu dari enam adik beradik, Zulshawal Manat, 20, dia tetap memberi sokongan selagi hobi tersebut tidak memudaratkan ayahnya dan keluarga."Nak katakan sokong sepenuhnya pun tidak, nak larang pun tak boleh jadi ayah nak buat apa pun buatlah selagi tak bahayakan dirinya."Mula-mula dahulu sewaktu ayah mulakan hobinya yang pelik ini, dengan gelaran yang diberi, memang saya rasa malu tetapi lama kelamaan saya dapat menerimanya kerana tahu itu adalah keistimewaan ayah yang unik dan tidak terdapat kepada orang lain,"kata Zulshawal.
29 Jul 18
1897
Empty Image
Berubah Kerana Allah S.W.T. - Bekas Mak Nyah
“Bagi saya penghijrahan bermula dari dalaman dan bukannya daripada luaran, kerana ianya tidak akan kekal. Jadi kebanyakan kawan-kawan saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari luaran, maksudnya potong rambut, buang baju-baju perempuan, tetapi bagi saya itu salah."Sebenarnya penghijrahan yang bagus, yang hebat yang betul-betul mantap, bila kita mengenali diri kita dan kita mengenali Allah S.W.T, kita mengenali Islam, dan di kala itulah kekuatan akidah Allah S.W.T akan campakkan,”  kata Mohd Khariri Mohamad Ramli.Begitulah antara luahan hati seorang bekas `mak nyah' yang terjebak lebih kurang 15 tahun secara serius sebagai transgender, iaitu sejak usia 18 tahun dan berjaya bebas dari masalah berkenaan kira kira lapan tahun lalu.Perubahan beliau bermula secara beransur-ansur dengan kembali mengerjakan perkara wajib dan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat dan mengaji al-Quran bagi menguatkan lagi keazamannya untuk berubah.Mohd Khariri yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Kelang, itu juga berkata dengan mengamalkan semua perkara ini, beliau dapat merasakan ada kesan positif dikurniakan Allah kepada beliau seperti ketenangan yang belum pernah dirasai sebelum ini.Dahulu, beliau juga sanggup mengambil hormon bagi menjadikan tubuh badannya lebih menarik sehingga pada satu masa, beliau sendiri  tidak nampak cara terbaik untuk berubah akibat tindakan itu.Menurutnya, semua itu terdorong oleh nafsu yang tidak berjaya dikawal, sehinggakan segala amalan baik doa-doa yang pernah diamalkannya dahulu ditinggalkan dan menjadikan beliau lebih jauh terpesong dari jalan Allah S.W.T.Bagaimanapun pada 2011, beliau berusaha keras mempersiapkan dalaman dirinya bagi melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu kembali kepada kehidupan normal, sehingga berjaya.Beliau ditemui dalam satu Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)), di Dewan Auditorium Jabatan hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Seminar selama sehari itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui JHEAT yang dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof  Rawa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.Mohd Khariri itu juga meminta agar masyarakat sentiasa memberikan dorongan dan kasih sayang kepada mana-mana golongan maknyah yang ingin berubah kepada kebaikan.“Bagi saya apa yang utamanya adalah golongan LGBT ini ataupun fenomena ini akan mencetuskan lebih banyak masalah sekiranya kita tidak menangani atau tidak membantu mereka dengan pendekatan yang lebih berhemah dan kasih sayang.Sebab apa yang utamanya, bagi saya sebagai seorang yang telah berhijrah, sebagai seorang pendakwah bebas, saya amat intim dengan konsep kasih dan sayang dan saya juga berubah dengan penuh kasih dan sayang, saya juga berubah kerana Allah S.W.T.“Kerana itu saya berjaya dalam pengekalan sebagai seorang lelaki, sebagai seorang muslim sehinggalah ke hari ini dan doakanlah semoga saya kekal berhijrah dan saya juga mengimpikan sebuah rumah tangga sebagaimana lelaki-lelaki di luar sana insyaAllah,” katanya lagi.Kepada golongan maknyah yang ingin berubah juga beliau menasihatkan agar berubah kerana Allah S.W.T, bukan kerana populariti, dan terus memandang ke hadapan kerana jati diri yang kuat, perlu dalam perubahan ini.Juga kepada golongan muda yang baru mahu berjinak jinak untuk menjadi maknyah beliau merayu agar tidak sekali-kali mencubanya.
29 Jul 18
240
Empty Image
50 Tahun Setia Jual Hasil Belantara
Isa Seman menunjukkan sebahagian akar kayu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggannya.Jika dilihat pada wajahnya, mungkin ramai tidak menyangka warga emas yang sudah melewati usia 66 tahun ini masih gagah mencari rezeki dengan menjual akar kayu yang sering digunakan dalam kaedah perubatan tradisional.Isa Seman, datuk kepada enam cucu yang berasal dari Kampung Kuala Dura, Telemong tetap bersemangat menjual akar kayu kepada penduduk setempat kerana yakin terhadap khasiatnya dalam perubatan cara lama.Katanya, ada yang memandang negatif dan memperlekehkan tetapi dia tetap dengan keyakinannya terhadap hasil hutan yang dikatakan sangat bernilai dan tidak ramai mengetahuinya tentang rahsia yang terkandung dalam setiap tumbuhan yang wujud di muka bumi ini.Jelasnya lagi, dia membeli akar kayu daripada orang tengah yang mendapatkannya daripada masyarakat Orang Asli dan perlu melalui proses menjemur sehingga satu minggu sebelum dijual."Pak cik dah jual akar kayu sejak 50 tahun yang lalu dan ada juga orang luar dari sini datang mencarinya selepas mencuba sendiri khasiat akar kayu yang pak cik jual."Antara akar kayu yang biasa pakcik jual adalah akar penarik yang boleh digunakan untuk rawatan resdung, tunjang bumi untuk penyakit darah tinggi dan cendawan hutan," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kuala Dura, Telemong, baru-baru ini.Beliau yang juga seorang petani menjaja akar kayu tersebut menggunakan motosikalnya ke kedai-kedai makan termasuk menjualnya di rumah kepada pelanggan yang datang dari jauh."Kalau dahulu pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan, sekarang sekitar RM500 saja sebab sambutan dah jauh berbeza berbanding dulu mungkin perubatan moden lebih dipercayai, tetapi kerana minat, pakcik tetap jual juga."Isteri pakcik, Fatimah Abdullah, 60, turut membantu dengan menghasilkan minyak kambing gunung dengan campuran tertentu seperti kunyit emas putih, emas merah dan rempah ratus tertentu yang mempunyai khasiat tersendiri,"ujarnya lagi.Isa berkata, niatnya di samping ingin mengisi masa lapang kerana kudrat yang semakin terbatas, dia juga ingin memberi pendedahan kepada masyarakat kini mengenai kelebihan perubatan tradisional yang diamalkan masyarakat dulu dengan menggunakan akar kayu sebagai penawar.“Walaupun anak pernah menasihati saya berhenti menjual akar kayu, tetapi kerana minat saya teruskan berikutan masih ramai yang menggunakan akar kayu sebagai kaedah alternatif merawat penyakit,” katanya.
28 Jul 18
230
Empty Image
J3K Ambil Tahu, Salur Masalah Penduduk Setempat
Ahmad Nizam menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada wakil J3K DUN Ajil sempena majlis Penyampaian Watikah Perlantikan J3K DUN Ajil, di Dewan Sivik Pekan Ajil.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) merupakan mata dan telinga kerajaan negeri dengan mengambil tahu permasalahan penduduk setempat untuk disampaikan kepada wakil rakyat atau pihak yang berkenaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, J3K mempunyai bidang kuasa tersendiri dalam membantu kerajaan.Katanya, mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat kerajaan malah membantu dalam kepelbagaian yang membawa kepada kemakmuran kemajuan dan keselamatan."Maka, segala aduan dan pemasalahan yang dihadapi rakyat perlulah disampaikan kepada kerajaan negeri untuk dibantu dan diselesaikan."Jika seorang pengerusi J3K dan jawatankuasanya dapat melaksanakan tugas dengan baik sudah pasti mereka dapat membantu rakyat, sekali gus mereka tentu disenangi dan dihormati."Baik J3K, baiklah kerajaan negeri, buruk J3K, buruklah kerajaan negeri yang memerintah negeri ini," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan J3K Dun Ajil di Dewan Sivik Pekan Ajil, hari ini.Seramai 46 pengerusi J3K yang baharu bagi DUN Ajil menerima watikah pelantikan mereka yang turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa masing-masing.Maliaman turut mengingatkan bahawa J3K yang diberi kepercayaan pada kali ini bercakap bukan lagi sebagai pembangkang tetapi wakil kepada kerajaan yang ada sekarang dan J3K berperanan penting bagi menampung kekurangan dan kelemahan yang ada."Oleh sebab itu, semua pihak perlu perbetulkan hati ke arah perjuangan gerak kerja yang ikhlas demi Allah Taala untuk memajukan kampung dan realisasikan hasrat kerajaan baru yang ada kerana apa yang kita dapat hari ini adalah hasil kepercayaan rakyat yang memilih."Fahami lah kerajaan dan jika timbul berita yang tak jelas terutama dalam media sosial, jangan cepat melatah, jangan ulas sembarangan tetapi cari penyelesaian terbaik kerana kita tidak mahu jadi kerajaan yangg tidak adil..mahu jadi adil dan sebolehnya berlaku adil,"katanya.Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Masyarakat), Ahmad Nizam Abd Karim memberi taklimat hampir sejam sebagai motivasi kepada pengerusi J3K agar mereka lebih memahami tugas dan peranan mereka yang sebenar.
28 Jul 18
51
Empty Image
Teruja Saksi Fenomena Gerhana Bulan
Jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang melihat gerhana melalui teleskop.Rata-rata jemaah dan pelajar yang menyaksikan gerhana bulan penuh di Masjid Kampung Padang Mengkuang, Binjai Rendah Marang, pagi semalam mengungkap rasa teruja dengan fenomena itu.Hassan Husaini.Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu, Hassan Husaini Mahmud, 17, menyatakan keseronokan beliau yang kali pertama melihat lebih jelas gerhana bulan penuh."Kemudahan yang disediakan membantu saya melihat lebih jelas proses gerhana. Saya harap, ini satu permulaan untuk saya mencari lebih pendedahan dalam dalam ilmu astronomi," katanya.Manakala Raihana Mahmud Shukri, 18, pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu  gembira dapat melihat proses gerhana dari awal hingga ke akhir.Raihana."Ini kali pertama. Saya dapat rasa kehebatan Allah SWT yang menciptakan gerhana dan berharap saya dapat mendalami ilmu falak pada masa akan datang untuk melihat lebih banyak keajaiban alam," katanya dalam program Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh anjuran Jabatan Mufti Negeri itu.Abdullah Salleh.Dalam pada itu, pengerusi masjid, Abdullah Salleh, 65, berpendapat program itu bagus terutama dan memberi pendedahan kepada orang ramai terutama ahli qariah mengenai gerhana."Dulu orang banyak persepsi khurafat apabila berlaku gerhana, sekarang kita dapat tahu proses gerhana dan melihat dengan jelas. Semoga akan ada lagi program-program baru yang boleh dilaksanakan di masjid ini," katanya.Beliau turut bersyukur dapat mengimarah masjid dengan kehadiran ramai orang untuk solat sunat gerhana.
28 Jul 18
44
Empty Image
Jabatan Mufti Bawa Masyarakat Teropong Gerhana Bulan
Pegawai Jabatan Mufti memberikan penerangan kepada pelajar yang hadir.Jabatan Mufti Negeri Terengganu menganjurkan program Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh di Masjid Kampung Padang Mengkuang, Binjai Rendah, Marang bermula jam 1 hingga jam 6.45 pagi tadi.Pelbagai aktiviti diadakan seperti solat sunat gerhana, Qiamulail dan teropong bulan menggunakan teleskop.Mufti Terengganu, Dato' Dr. Zulkifly Muda berkata, penting untuk masyarakat menyaksikan keajaiban alam yang berlaku termasuk gerhana bulan."Sebahagian orang mungkin anggap perkara biasa, tetapi kita disaran untuk menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT melalui kejadian-kejadian ini. Kita juga diperintahkan solat untuk merasai kehebatan Allah SWT," katanya.Solat sunat gerhana diimamkan Mufti.Beliau memaklumkan, jabatan mufti sering mengadakan program seperti itu untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapat pendedahan dan pengetahuan mengenau kejadian alam."Masyarakat juga berpeluang melihat proses gerhana dengan lebih jelas menggunakan peralatan yang kami bawa hari ini," katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Pengakalan Berangan turut hadir menyampaikan slot tazkirah kepada jemaah.Program tersebut menyaksikan kehadiran lebih 300 ahli qariah dan pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Kolej Al-Quran Terengganu, SMA Khairiah, dan SM Sains Hulu Terengganu.Gerhana Bulan Penuh yang berlaku malam tadi adalah gerhana paling panjang di abad ke-21 di mana fasa gerhana berlaku selama 1 jam 43 minit.Pegawai masjid bergambar bersama pemimpin tempatan dan mufti.
28 Jul 18
60
Empty Image
79 Mat Rempit Subuh Secara Berjemaah
Superitenden Mohd Said Ibrahim.Seramai 79 Mat Rempit dibawa menunaikan solat Subuh secara berjemaah selepas ditahan kerana melakukan kesalahan berlumba haram dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman, semalam.Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir pada jam 8 pagi tadi dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata, operasi diadakan hasil aduan orang ramai berkenaan kegiatan mat rempit yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk mereka melakukan aktiviti haram tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna jalan raya.Menurutnya, seramai 41 orang anggota polis termasuk empat pegawai terlibat dalam operasi tersebut dengan menumpukan laluan sepanjang Jalan Chukai - Air Putih, lokasi utama golongan tersebut berlumba dan melakukan aksi merbahaya.Mohd Said berkata, kesemua 79 pesalah yang ditahan terdiri dari pelajar Melayu dan pekerja swasta berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun."Mereka yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej menjadikan hari Khamis sebagai hari untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan seterusnya melakukan aksi merbahaya di jalan raya sebelum berlumba," katanya.Menurut beliau, antara kesalahan yang dilakukan ialah menunggang motosikal secara merbahaya, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan yang tamat tempoh, tiada cermin pandang belakang dan beberapa kesalahan lain lagi.Mat rempit yang ditahan di bawa ke masjid untuk solat subuh berjemaah.Mohd Said berkata, kesemua 79 Mat Rempit yang ditahan terlebih dahulu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk diambil keterangan sebelum kesemuanya dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah untuk solat  Subuh secara berjemaah dan membaca Surah Yasin ."Selepas bacaan Yasin, kesemua mereka telah diberikan sedikit tazkirah oleh imam yang bertugas sebagai memberikan kesedaran dan membuka minda supaya tidak melakukan aktiviti sedemikian pada masa yang akan datang," katanya.Mat Rempit yang ditahan  diminta  solat Subuh secara  berjemaah.Tambahnya, perkara ini menjadi satu pendekatan yang baru dilakukan oleh polis dalam mendidik dan memberi kesedaran berkenaan bahayanya kegiatan mereka selain menimbulkan rasa takut dan tidak senang kepada orang ramai."Selain saman, kita juga hendak memberi pendekatan dari segi rohani kepada golongan ini dan pendekatan ini akan kita teruskan untuk masa yang akan datang," katanya.Aktiviti bacaan Yasin diadakan selepas solat subuh berjemaah.Mohd Said juga turut mengingatkan kepada ibu bapa supaya dapat memantau pergerakan anak-anak pada waktu malam supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan berlumba motor secara haram.Dalam operasi itu, seramai 115 orang penunggang motosikal diperiksa dan sebanyak 135 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiga orang penunggang motosikal ditahan selepas  ujian air kencing didapati positif dadah jenis Metaphetamin.Polis juga menyita sebanyak 45 buah motosikal kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk membuat pengubahsuaian tidak menepati spesifikasi yang dibenarkan.
27 Jul 18
321
Empty Image
Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian
Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyuarakan hasrat itu ketika sesi dialog bersama lebih 100 pengusaha kebun durian Parlimen Marang, di Pasti Al- Jannah, Kampung Jerung Surau, semalam.Pegawai Pertanian daerah, Siti Aishah berkata, isu utama yang diutarakan pengusaha adalah menaik taraf jalan yang digunakan pekebun selain kursus dalam meningkatkan kualiti buah dan merawat penyakit pokok serta cara terbaik mengatasi musuh tanaman."Jalan diakui merupakan masalah utama pekebun. Ini kerana, bagi jalan mendaki yang menghampiri (menegak) 90 darjah, material yang perlu digunakan adalah simen supaya lebih selamat. InsyaAllah, ia akan diselesaikan segera," katanya.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong juga menyambut baik usaha itu."Sambutan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha kebun durian sangat baik. Cadangan dan pendapat yang diberikan akan dipertimbangkan pelaksanaannya," katanya.Majlis berkenaan dimeriahkan dengan jamuan makan durian dan pulut durian secara beramai-ramai.
25 Jul 18
34
Empty Image
IPD Kemaman Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir yang kebiasaan melanda daerah itu pada bulan November dan Disember setiap tahun.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, persiapan yang dilakukan kini sudah 100 peratus daripada segala aspek termasuk dari segi latihan, keanggotaan dan kekuatan aset."Kita buat persediaan awal dan setakat ini kita sudah berada dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya dalam menghadapi bencana banjir setiap tahun di daerah ini."Kita akan menggerakkan jentera penyelamat bersama Pejabat Daerah Kemaman dan kita harapkan dapat lakukan yang terbaik dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir nanti," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan dan menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Peringkat IPD Kemaman di pekarangan IPD Kemaman, hari ini.Sementara itu, Mohd Said berkata, IPD Kemaman juga melakar kejayaan membanggakan sepanjang enam bulan pertama tahun ini apabila berjaya menurunkan sebanyak 37 kes berbanding tempoh tahun lalu.“Kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga Jun lalu adalah sebanyak 138 kes berbanding 173 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu."Penurunan kes ini berkat kerjasama antara masyarakat dan juga pihak polis dan kita harapkan kerjasama ini semakin erat lagi pada masa akan datang," katanya.Tumpuan khusus diberikan kepada polis dalam membendung kes pecah rumah dan curi motosikal yang menyumbang kepada indeks jenayah daerah.Menurut Mohd Said, beliau berharap masyarakat memberikan kerjasama dalam memastikan keselamatan motosikal dengan mengunci motosikal masing-masing."Untuk mencegah kes pecah rumah pula, pastikan rumah dikunci dengan baik dan pencahayaan juga baik bagi elakkan rumah terutama yang ditinggalkan dalam keadaan gelap.“Selain itu, pemilik rumah juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran-jiran agar kita dapat saling mengawasi rumah masing-masing," katanya.
25 Jul 18
857
Empty Image
Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM
Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman.Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak  tanpa kebenaran dari pihak berkuasa dalam operasi Khas di perairan Kemaman.Ketua Zon Maritim Kemaman, Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, dalam operasi berkenaan APMM dapat mengesan dua buah kapal minyak yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel.“Kapal Kargo Minyak yang bernama Edy Aman dan YTC TUG IX ditahan kira-kira jam 11 malam tadi, dengan jarak jauh lebih kurang empat batu nautika dari Kuala Kemaman.“Semasa kapal Edy Aman tersebut ditahan bersama seorang kepten kapal warganegara Malaysia berumur 39 dan tiga orang krew kapal warganegara Indonesia berumur lingkungan 28 hingga 30 manakala kapal YTC TUG IX bersama seorang kepten kapal dan lima orang krew kesemuanya warganegara Indonesia berumur 26 hingga 46 dan kesemuanya direman selama tujuh hari,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan kapal minyak diesel di perkarangan Maritim Kemaman, hari ini.Menurut Mohamad Rezal, nilai keseluruhan minyak diesel yang dirampas tersebut kira-kira RM23,000 dengan harga RM2 bagi seliter.“Hasil pemeriksaan lanjut, kedua-dua kapal didapati tiada dokumen kebenaran dan permit bagi melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel di laut.“Dengan itu kapal tersebut boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyalahgubakan Lesen Perkapalan negeri di bawah Lembaga Perlesenan Perkapalan Negeri 1981 dan melakukan kesalahan di bawah Lembaga Pelabuhan Kemaman,” katanya.Mengulas berkenaan minyak diesel tersebut, Mohamad Rezal berkata, anggaran keseluruhan minyak hasil rampasan kapal Edy Aman membawa minyak sebanyak 1,500 liter manakala kapal YTC TUG IX pula membawa sebanyak 10,000 liter.“Kedua-dua kapal ini ditahan hasil risikan APMM Kemaman dimana kapal ini sedang melakukan pemindahan minyak berdasarkan minyak yang berada dalam tangki dan hose yang masih berada didalam saluran minyak semasa pemeriksaan.“Kegiatan pemindahan minyak dari kapal secara haram kebiasaannya dilakukan pada waktu tengah malam sehingga waktu subuh,” katanya.
24 Jul 18
665