Artikel "Komuniti" Terkini
Ibu Bapa Risau, Ambil Langkah Berjaga-jaga Kekang Wabak HFMD
Segelintir ibu bapa masih membawa anak - anak beriadah di tempat terbuka biarpun timbul kegusaran terhadap penularan wabak HFMDPenularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 41,798 kes jangkitan wabak itu di seluruh negara setakat ini, termasuk melibatkan dua kes kematian kanak-kanak iaitu di Pulau Pinang dan Sarawak.Pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan sehingga 1 Ogos lalu, sebanyak 849 kes baru HFMD dilaporkan di seluruh negara dengan berlakunya peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding sebelum ini.Dengan peningkatan ketara wabak tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran ibu bapa terhadap keselamatan kesihatan anak mereka kerana kebanyakan ibu bapa yang bekerja terpaksa menghantar anak mereka ke pusat asuhan.Tinjauan yang dibuat di Kawasan Rekreasi Kemaman Waterfront hari ini, mendapati meskipun wujud kebimbangan berkenaan jangkitan penyakit tersebut, ibu bapa masih membawa anak-anak mereka untuk keluar bersiar-siar di kawasan terbuka pada waktu petang Ibu bapa yang ditemui menyatakan bahawa mereka sedar bahawa penyakit tersebut boleh tersebar melalui pelbagai cara dan mengambil beberapa langkah pencegahan ketika berada di rumah bagi mengelak jangkitan penyakit tersebut.Ermi Mat YamanBagi seorang sukarelawan sebuah pusat jagaan kanak-kanak, Ermi Mat Yaman, 33, peningkatan penyakit itu membuatnya mengambil beberapa langkah pencegahan di pusat jagaannya dan langkah pencegahan berkenaan turut dipraktikkan di kediamannya bagi mengekang penularan wabak tersebut terhadap dua anaknya yang masih kecil."Memang bimbang kalau nak bawa pergi ke tempat-tempat terbuka dan tambah risau apabila ada yang meninggal dunia akibat HFMD."Langkah pencegahan yang saya buat di rumah ialah dengan menjaga kebersihan contohnya air tu saya guna air tapis, elakkan anak dari menggunakan air kotor dan sekiranya pergi ke tempat permainan terus saya mandikan serta pakaian dia tu saya akan basuh dengan air panas," katanya.Rukiah DollahBagi seorang warga emas, Rukiah Dollah , 58, dia mengetahui berkenaan penyakit tersebut melalui pembacaan surat khabar dan merasa bimbang apabila mengetahui ia boleh merebak melalui pelbagai cara."Bimbang jugalah sebab sekarang benda itu merebak dan paling takut bila pergi ke pasaraya apabila guna troli kerana kanak-kanak tabiatnya suka menggigit pemegang troli dan itu yang makcik paling takut bila pergi ke pasaraya sekarang," katanya.Chan Kem KeeBagi seorang pekerja swasta, Chan Kem Kee ,51, aspek penjagaaan kebersihan di kediamannya menjadi satu keutamaan apabila dia akan memastikan kebersihan persekitaran dan dalaman sentiasa dipantau bagi mengelakkan jangkitan berlaku kepada dua orang anaknya."Memang ada bimbang sikit kerana anak saya masih bayi lagi dan memang cepat merebak dan saya ada terbaca di dalam suratkhabar bagaimana ianya merebak jadi bila anak-anak berada dirumah saya akan pastikan kebersihan diri mereka menjadi perkara yang penting bagi saya," katanya.Malah, katanya apa yang diharapkan oleh ibu bapa ialah supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan wabak HFMD dari terus merebak agar anak-anak mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana sebelum ini.
04 Aug 18
51
20 Wanita Perkasa MPKK Daerah Dungun
Peserta wanita turut melakukan aktiviti.Seramai 20 wanita memberi komitmen untuk memperkasakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, semalam.Kebanyakan mereka dilantik sebagai bendahari dan setiausaha mewakili kampung masing- masing.Faridah Mamat.Seorang peserta, Faridah Mamat, 43, yang merupakan bendahari MPKK Kampung Rantau Panjang menyifatkan kem itu banyak mengajarnya asas dan keperluan dalam pengurusan desa."Pengisian yang diberi amat baik. Kita sebagai orang yang dilantik akan menjaga penampilan sebagai mana disarankan dalam berkhidmat kepada masyarakat."Sebagai Muslim, kita kena mempamerkan personaliti Muslim itu dengan baik," katanya.Sahabat beliau yang merupakan setiausaha Kampung Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid, 28, turut mengakui program yang diadakan membantu beliau mengatasi rasa bimbang.Nor Zakirah"Perasaan bimbang warga kampung tidak dapat menerima pandangan dan pimpinan orang muda seperti saya tetap ada. Tetapi, pertolongan pengerusi ahli yang lain akan banyak membantu ketika berkomunikasi dengan penduduk," katanya.Dalam pada itu, Tengku Anisahuri Tengku Mahmud, 49, bendahari MPKK Kampung Syukur berkata, penerangan daripada jabatan berkaitan memberi pendedahan berkaita .antuan yang boleh dipohon untuk keperluan penduduk.Tengku Anisahuri.Beliau turut berterima kasih kerana program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu membuka ruang dan idea untuk memajukan kampung. Program itu berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan penglibatan 250 peserta.
04 Aug 18
70
Projek Pembangunan Air Bersih Atasi Masalah Air Di Pengkalan Berangan
Sulaiman Sulong.Projek pembangunan air bersih dan penggantian paip baharu akan dilaksanakan bermula tahun depan dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Pengkalan Berangan dan sekitarnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, pelaksanaan projek itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu."Masalah air sekian lama di kawasan ini sebenarnya berpunca daripada paip-paip lama yang tidak dapat diganti berikutan kos tinggi dan kurang efektif," katanya ketika menjawab soalan dalam Majlis Soal Jawab Isu di Bukit Payung, Marang, hari ini.Sulaiman menjelaskan, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang merangka tindakan lebih efisien sebagai penyelesaian."Pihak SATU telah menaikkan tekanan air bagi kawasan terlibat. Bagaimanapun, paip tidak dapat menampung tekanan menyebabkan paip sering pecah dibeberapa kawasan."Jadi kita harap pelan tindakan yang akan dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah ini," jelasnya lagi.Majlis anjuran Dewan Muslimat PAS Marang itu dihadiri lebih 50 orang yang mengutarakan soal jawab isu-isu pada Sidang DUN yang lalu.
04 Aug 18
77
Maklum Segera Jika Ada Musibah - JKM
Ghazali Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu melaporkan sebarang bencana dalam kawasan mereka kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan segera.Penolong Pengarah JKM Terengganu, Ghazali Awang berkata, ia bertujuan supaya bantuan dapat disalurkan dengan mudah dan lancar."JKM telah dilantik sebagai urusetia pengurusan bencana di peringkat daerah. Bermakna, segala penyiasatan, pengumpulan maklumat dan penghantaran maklumat akan dilakukan oleh pihak kami," katanya ketika memberi penerangan kepada ahli MPKK Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, hari ini.Kem tersebut dihadiri 250 peserta yang didedahkan dengan modul berkaitan pengurusan dan pentadbiran desa.Ghazali memberi penerangan bersama wakil Maidam dan wakil Pejabat Pembangunan Persekutuan.Ghazali turut memaklumkan bantuan rumah bernilai RM40,000 dan bantuan musibah berjumlah RM25,000 diluluskan jika berlaku bencana melibatkan kehilangan rumah."Bantuan ini akan disalurkan melalui Tabung Darul Iman (TDI). Namun, ia berpandukan dokumentasi siasatan dan laporan daripada JKM," katanya.
03 Aug 18
68
Kem Jati Diri MPKK Usaha Baik Kerajaan Negeri
Embong Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu Sejahtera merupakan usaha baik yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dalam memperkasakan peranan MPKK.Penghulu Kanan Pejabat Daerah Dungun, Embong Mohd Zin berkata, langkah itu penting supaya ahli jawatankuasa MPKK tahu dan memainkan peranan sebagai pentadbir kampung."Langkah mendahulukan pendedahan dasar dan polisi kepada MPKK memudahkan mereka untuk memenuhi matlamat kerajaan ketika berkhidmat kepada masyarakat."Paling penting, mereka dapat memahami peranan jabatan yang ada dan disediakan untuk berkhidmat kepada rakyat mengikut peranan masing-masing," katanya ketika hadir meninjau 250 peserta MPKK daerah Dungun dalam Kem Jati Diri Siri satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang hari ini.
03 Aug 18
58
Tiga Tionghua Turut Sertai Kem Jati Diri MPKK
Oleh: Suhaimi TaibSeramai 337 orang orang Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) termasuk tiga daripada mereka kaum Tionghua menyertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera bagi Daerah Kemaman, sepanjang tiga hari berakhir esok.Pengarah kem tersebut, Ustaz Muhammad Ramlan Mahmood berkata, dari jumlah itu seramai 298 peserta lelaki manakala selebihnya (39 orang) adalah peserta perempuan.“Tiga orang Tionghua dari MPKK Kampung Cina, Chukai Kemaman termasuk Pengerusinya, Lip Woon Chang, Setiausahanya Low Jin Lee dan Bendaharinya, Lee Hwa Jee.“MPKK Kampung China mempunyai 16 ahli jawatankuasa termasuk dua orang berketurunan India, seorang Melayu dan selebihnya kaum Tionghua,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.Muhammad Ramlan berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman dan motivasi diri ahli MPKK berdepan dengan kerenah masyarakat di samping menjaga imej kerajaan di peringkat akar umbi.Katanya, program tersebut dipenuhi dengan enam slot khusus termasuk Slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa, Budaya Politik Matang dan Sejahtera.“Selain itu ada slot Pengurusan Kewangan, Pembinaan Imej dan Hubungan Seranta, Komunikasi Awam, Pengurusan Kebajikan Rakyat (1) dan Pengurusan Kebajikan Rakyat (2).“Ia diselang seli dengan kuliah Maghrib, kuliah Subuh, qiamullail dan riadah bermotivasi dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan perunding yang dilantik,” kata beliau lagi.Katanya, kem selama tiga hari itu akan berakhir pada tengahari esok. (Sabtu)
03 Aug 18
165
Lelaki Ditahan Miliki Senapang Patah
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri yang disimpan di bahagian bonet belakang kereta selepas ditemui dalam keadaan yang mencurigakan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek berusia 28 tahun yang memandu Produa Kancil, ditahan di persimpangan Kampung Dusun, Hulu Terengganu oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Hulu Terengganu.Menurutnya, suspek diminta memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum pemeriksaan dijalankan dan sebaik membuka bonet kereta itu polis menemui sehelai kain sarung bewarna hijau."Sebaik membuka kain itu, kita menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama sembilan biji peluru bewarna ungu dan hijau."Dari hasil siasatan polis, didapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan dan hasil ujian air kencing adalah negatif," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, pihaknya difahamkan bahawa suspek memperoleh senapang itu daripada individu berasal dari negara jiran dua tahun lepas dan menggunakannya untuk pemburuan haram.Suspek yang berasal dari Kampung Kuala Dura ditahan dan direman selama empat hari bermula 31 Julai hingga 3 Ogos 2018 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 manakala senjata terbabit dihantar ke makmal forensik PDRM untuk tindakan lanjut.
02 Aug 18
92
Kumpulan Samun Geng Dek Tumpas Di Hulu Terengganu
Mohd AdliPolis berjaya menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan penahanan empat anggota termasuk ketua bersama isterinya, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Telemong dalam satu serbuan pada jam 5 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga daripada anggota geng itu yang berumur antara 29 dan 37 tahun berasal dari sekitar daerah ini manakala seorang lagi dari Besut."Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dandikehendaki kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun, pecah rumah dan ugutan jenayah di sekitar daerah ini pada Jun lalu.“Dalam serbuan pada jam 5 pagi, Geng Dek yang baru dihidupkan semula itu selepas ketuanya Dek dibebaskan dari penjara awal tahun ini, cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan suspek wanita cuba merayu dengan alasan mengandung tiga bulan,Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit dan kereta Toyota Vios yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, dipercayai kereta klon yang diseludup dari negara jiran.
02 Aug 18
995
Program Smart Ibadah Haji Anak Kemaman
Seramai 572 pelajar daripada 20 tadika swasta diberi pendedahan mengerjakan ibadah haji melalui program Smart Haji Anak Kemaman.Pengarah Program Smart Haji Kemaman, Hilmi Ismail berkata, peserta yang menyertai program pada kali ini didedahkan dengan suasana sebenar mengerjakan haji seperti di Makkah."Program hari ini kita buat sebagaimana jemaah haji lalui semasa menunaikan rukun Islam kelima bermula dari awal berangkat dengan menaiki bas seumpama menaiki kapal terbang ke Makkah dan prosedur yang sama juga dilakukan untuk mengerjakan haji.“Seperti pengalaman pagi tadi jemaah dilepaskan dengan bacaan doa dan laungan azan, bersalaman, berpelukan sehingga ada yang beremosi sampai menangis walhal ia cuma praktikal,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Haji Anak Kemaman di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman hari ini.Menurut Hilmi, melalui program tersebut bukan sahaja memberi pendedahan pembelajaran secara praktikal kepada pelajar-pelajar ini malah turut memberi peluang ibu bapa untuk belajar bersama.“Untuk program ini kita juga melihat ramai ibu bapa dalam kumpulan Whatsapp bertanya cara memakai pakaian ihram, berapa kali nak tawaf? berapa biji batu yang kutip untuk melontar jamrah? dan ini adalah merupakan gambaran kejayaan program ini bukan sahaja untuk pelajar malahan juga ibu bapa,”katanya.Sementara itu, program berkenaan adalah program ketiga sejak tiga tahun lalu dengan kali pertama dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu dan kedua di Kemaman.Hilmi berkata, ekoran kejayaan pelaksanaan program ini, pihaknya merancang untuk meluaskan lagi penglibatan kanak-kanak pada program berikutnya.“Kami mensasarkan penyertaan pada tahun hadapan seramai 2,000 kanak-kanak dari lebih banyak tadika swasta dan kerajaan seperti Tadika Perpaduan, Tadika Kemas dan prasekolah,” katanya.
01 Aug 18
674
Kontraktor Satu Ditahan Kemuka Tuntutan Palsu
suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu Seorang kontraktor Jabatan Syarikat Air Terengganu (Satu) direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu berjumlah RM11,060, pada Disember tahun lalu.Suspek yang berusia 50 tahun, disyaki mengemukakan tuntutan palsu tersebut kepada Satu bagi satu projek pengubahsuaian bumbung garaj Depoh Agihan Satu di Gong Badak, Kuala Nerus yang sebenarnya tidak disiapkan.Semalam, suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 5.30 petang.Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
30 Jul 18
58