lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Tiada Diskriminasi Sebagai MPKK
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyampaikan amanat kepada hadirin.Oleh: Siti Ainum AmijudinMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu bertindak sewajarnya selaku wakil kerajaan yang berkhidmat untuk semua rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, MPKK mestilah bersikap telus dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk memudahkan urusan masyarakat.“Tiada diskriminasi kepada rakyat dalam berkhidmat. Amanah mestilah dilaksanakan tanpa mengira latar belakang parti.“Sekiranya ada rakyat yang datang untuk meminta bantuan dan MPKK berkira tentang parti, maka MPKK itu tidak layak untuk memegang jawatan ini.” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sesi 2018/2020 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, hari ini.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Turut hadir, Penyelaras Dun Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera mengingatkan supaya jangan menzalimi rakyat yang memerlukan bantuan biarpun berbeza ideologi parti.
07 Aug 18
29
Empty Image
Salur Bantuan E-Kasih Secara Cekap Dan Berkesan
Oleh: Mohd Asraf Ikhwan AzaharKepimpinan PAS harus memastikan pengurusan pemilihan dan penyaluran bantuan E-Kasih kepada rakyat  dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi membela nasib golongan yang memerlukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, bantuan perlu diagihkan secara sama rata tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan parti. “Apabila kita fokus kepada kawasan tertentu sahaja, kadangkala ada tempat atau golongan lain yang mungkin terlepas pandang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Pengagihan Bantuan E-Kasih pada Isnin, 6 Ogos.Katanya, walaupun kita berada dalam zaman kegawatan ekonomi, tidak sepatutnya ada pihak atau golongan tercicir daripada menerima bantuan. “Kalau semua berpakat pergi tempat A, janganlah ke situ semuanya. Kita kena pergi ke tempat B dan C juga.“Maka bantuan akan diagihkan secara sama rata dan saksama,” katanya.Turut hadir, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Setempat (MPKK) setempat, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), dan beberapa agensi dari kerajaan seperti Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
06 Aug 18
67
Empty Image
'Mobile Team' Paka Inisiatif Bantu Rakyat
Oleh: Muhd LukmanPusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Paka terus komited dan prihatin dalam membantu masyarakat. Dengan adanya 'Mobile Team' yang bergerak secara aktif, ianya diharap dapat berjalan dengan baik dan mendekatkan rakyat dan pemimpin.Muhd Wirdan Shahidan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, khidmat kumpulan ini berkonsepkan lawatan rumah ke rumah."Kita akan mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian terhadap peserta terpilih dan akan berusaha menghulur bantuan secepatnya melalui agensi kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu lawatan ke rumah salah seorang pemohon Program 'Mobile Team' di Kampung Nyior hari ini.Ahmad Al-Hafiz Abdul Rahman, 32, mempunyai tanggungan isteri dan 3 orang anak. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan gout.Al-Hafiz hanya bekerja sendiri manakala isterinya sebagai tukang sapu di sekolah rendah. Sumbangan berbentuk makanan diagihkan kepada beliau daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Program ini dihadiri oleh wakil JKM, Khairul Mubin Abdullah, wakil E-Kasih, Syuriati Abdullah, wakil Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu, Asrulkhamal Mohd Suhaimi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ustaz Busra Muda.Pihak yang terlibat berjanji akan menyelesaikan permohonan ini dalam masa terdekat melalui mesyuarat yang akan datang. Muhd Wirdan Shahidan mengharapkan permohonan ini diluluskan supaya dapat mengurangkan beban keluarga pemohon yang terlibat.
06 Aug 18
83
Empty Image
Terengganu Mampu Bersaing Dengan Bandar Raya Lain
Oleh : Azizah MahmoodDraf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035  mahu menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mampu berdaya saing dengan bandar raya lain di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap apa yang dirancang menjadi sumber rujukan pada pihak berkuasa tempatan."Draf rancangan tempatan akan menentukan keberhasilan sebuah daerah untuk hidup berdaya huni dan beberapa pembangunan lainnya dalam konteks Terengganu maju berkat dan sejahtera,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perundingan Bersama Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Dewan Gamelan Hotel Primula pada Ahad, 5 Ogos.Menurutnya, amat penting mendengar taklimat dan memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan untuk melangkah setapak demi tapak ke hadapan.Seramai 20 orang ahli majlis hadir dalam taklimat dalam program tersebut.
05 Aug 18
58
Empty Image
MPKK Diingatkan Bersifat Adil
Oleh: Adli MohamadAhli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diingatkan supaya bersifat adil  dan jangan melakukan hal yang sama seperti pemerintahan yang lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pemimpin jangan sesekali mengamalkan politik yang berasaskan dendam kerana ia tidak berkesudahan.Katanya, jangan dibezakan di antara satu sama lain kerana pemimpin yang telah dipilih adalah pemimpin rakyat bukan pemimpin khusus untuk mana-mana parti."Ada mak cik datang jumpa saya dan bertanya adakah bantuan untuknya akan disekat kerana mengundi Barisan Nasional. “Dulu setiap permohonan melalui surat diasingkan melalui dua peti iaitu peti hijau dan satu peti biru. Biasanya surat dalam peti hijau tidak akan dilayan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 peringkat daerah Dungun di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai pada Sabtu, 4 Ogos. Menurutnya, peralihan kuasa di Terengganu telah berlaku dalam keadaan yang tenang dan keadaan ini akan memberi harapan serta potensi untuk menarik lebih ramai orang.“Suatu titik persamaan perlu diwujudkan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat. Sepanjang tiga bulan memerintah, tiada seorang pun kakitangan kerajaan disingkirkan, dan keadaan yang diamalkan ini telah menyebabkan negeri lain memberi pujian yang positif kepada Kerajaan Negeri Terengganu," tegasnya.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Terengganu antara negeri yang paling cepat berlaku peralihan kuasa berbanding negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan.
05 Aug 18
94
Empty Image
Kerja Berpasukan Mestilah Bersifat Rabbani
Oleh: Aziz HambaliGerak kerja berpasukan harus didasari dengan hubungan ikatan yang teguh di antara rakyat, pemimpin dan Tuhan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, golongan munafik sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan ikatan mukmin. Justeru, umat Islam harus menjaga hubungan supaya tidak mudah untuk dirungkai ikatan oleh musuh Islam."Hindari sifat kufur nikmat Tuhan. Kita diberi jawatan untuk bekerja mengabdikan diri kepada pencipta. Kita diuji sedikit ujian dengan jawatan yang dikurniakan Tuhan untuk menguji keimanan dan keikhlasan", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Liqa' Fikri PAS Kawasan Marang di Dewan Pejabat PAS Kawasan Marang, Kampung Rusila semalam.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung berharap supaya semua yang dilantik menjadi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dapat menggalas tugas dengan sebaiknya, katanya. "Bekerjalah dalam pasukan yang bercirikan sifat rabbani. Kita juga harus melihat orang lain dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan berusaha menghulurkan bantuan,” tegasnya.
05 Aug 18
35
Empty Image
MPKK Perlu Peka Rungutan Masyarakat
Oleh: Asraf IkhwanMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta agar sentiasa peka dengan rungutan orang kampung dan berusaha menyelesaikannya dengan segera mengikut saluran yang betul.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, ahli MPKK perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin serta bersedia melakukan pembaharuan di setiap kampung masing-masing."Kita mahu MPKK sentiasa mendengar rungutan dan turun padang menemui penduduk kampung. Biar ada beza dengan ahli MPKK terdahulu,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Kursus Kem Jati Diri MPKK Sejahtera 2018 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Kursus yang melibatkan seramai 276 orang peserta di kalangan ahli MPKK Daerah Dungun dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Program Kem Jati Diri, Ustaz Raja Arizal Raja Arif merangkap Timbalan Pengarah i-MiTS.Sementara itu, Dr Azman yang juga ADUN Jabi ketika berucap berharap ahli MPKK yang dilantik  bersemangat menjalankan amanah  seterusnya membawa imej yang baik kepada kerajaan negeri yang membawa slogan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera."Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta kursus yang sanggup menunggu dari awal kem sehingga ke acara terakhir walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk beberapa hari," ujar beliau.
04 Aug 18
201
Empty Image
Rumah Usia 23 Tahun Musnah Terbakar, Diganti Baharu
Nasib malang lima sekeluarga yang kehilangan rumah didiami sejak 23 tahun lalu di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, terubat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, hari ini membawa khabar gembira untuk keluarga itu.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri mengunjungi mereka di tapak rumah yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini untuk bertanya khabar dan menyampaikan bantuan RM3,000 bagi mengurangkan bebanan mangsa.Mangsa, Rohaya Sidek 45, yang mempunyai empat cahaya mata berusia 12 hingga 23 tahun itu bersyukur dengan keprihatinan Hanafiah serta kerajaan negeri yang turut berjanji membina rumah baharu untuk mereka secepat yang mungkin.Menceritakan kejadian malang itu, pada hari kejadian tiada siapa yang berada dalam rumah berkenaan dan dia juga tidak memasak pada hari tersebut.“Pada hari itu kira-kira jam 8 pagi saya keluar dari rumah untuk menolong sepupu memasak dekat Kuala Kemaman. Lepas itu, saya terima panggilan orang cakap rumah saya penuh asap tebal.“Saya terima banyak panggilan daripada jiran-jiran, saya cakap mungkin salah tengok rumah dan mungkin itu cuma asap bakar getah tetapi waktu tu saya mula rasa cemas kemudian saya bergegas balik rumah apabila sampai saya lihat rumah saya dah terbakar sepenuhnya,” katanya.Rohaya berkata, dia terharu kerana tragedi itu mendapat perhatian ramai serta pemimpin setempat juga cepat bertindak membantu menyelesaikan masalah mereka sekeluarga.“Tidak lupa juga kepada jiran-jiran dan pihak yang membantu kerana menyumbang peralatan rumah seperti peti sejuk, kipas, mesin parut kelapa, mesin basuh, dapur gas dan lain-lain,” katanya.Rumah baharu itu dijangka siap dalam masa tiga bulan serta dilengkapi dengan kemudahan eletrik dan bekalan air.
04 Aug 18
100
Empty Image
MPKK Perlu Ubah Dilabel Negatif
Oleh : Rohayati  RipinKonotasi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif  apabila ianya dikaitkan dengan amalan 'kronisme', kaki projek dan 'pilih kasih'.Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Marang, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa mengambil duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak..Bagaimanapun bukan semua JK3 dulu lagu (macam) itu tapi biasalah ada yang buat perangai maka terpalit semuanya.“Kalau selama ini kita gambarkan  J3K sebelum ini negatif pada dari pandangan , maka kita nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga di kalangan masyarakat. Inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insyaAllah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan pada kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront Kuala Terengganu, semalam.Wan Ahmad Zuki berkata, semua penjawatan terdahulu dalam J3K akan diguna pakai bagi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu.“Maka apa yang kita (MPKK) buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran kita.“Kita diberi amanah memerintah Negeri Terengganu takkanlah Menteri Besar nak turun kampung…nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.Menurutnya, pemimpin PAS yang dipilih dan diberi amanah untuk memimpin masyarakat di peringkat asas akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan komited dan ikhlas.“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita adalah pelaksana bagi dasar pemerintahan.“Jadi tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K (MPKK) adalah satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat.“Sebaliknya kita mewakili rakyat di peringkat bawahan maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakat kampung,” ujarnya.Justeru itu, katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tidak kira dari mana-mana parti pun termasuk PAS, UMNO, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah di bawah pengurusan pentadbiran negeri.
04 Aug 18
50
Empty Image
MPKK Perlu Tahu Asas Kendali Kebakaran
Zulkifli mengendalikan slot khas kepada Ahli MPKK.Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memiliki ilmu mengendalikan kebakaran dan menggunakan pemadam api supaya mampu mengelak tragedi yang  boleh memusnahkan harta serta mengancam nyawa.Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Zulkifli Md Akhir berkata, mereka disaran mendalami asas mengendalikan sebarang situasi kecemasan kebakaran dari semasa ke semasa.Peserta melakonkan cara pengendalian pemadam api.  Melalui pengalaman pihak bomba, ramai ingin membantu pihak bomba ketika kecemasan berlaku namun tiada ilmu untuk mengendalikannya. "Oleh itu, kerjasama antara MPKK dengan balai berdekatan sangat membantu. "Mereka boleh mengadakan latihan dan praktikal dalam memperkukuhkan pengetahuan supaya dapat bertindak terlebih dahulu ketika kecemasan kebakaran sebelum bomba sampai," katanya ketika mengendalikan slot khas dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Slot pengendalian kebakaran merupakan satu-satunya slot khas yang diadakan untuk MPKK daerah yang berkursus di akademi tersebut.Anggota bomba yang terlibat membantu peserta kem.
04 Aug 18
349