lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Hanya 20 minit solat sunat tarawih lapan rakaat dan witir yang dilakukan di Masjid Buluh Gading menjadi tumpuan dan pilihan rakyat untuk menunaikan ibadat terbabit setiap kali Ramadan. Imam Masjid Buluh Gading, Muhammad Hafiz Abdul Halim berkata, 22, berkata sepanjang Ramadan tidak kurang dihadiri 500 jemah yang bersama-sama mengambil kesempatan untuk melakukan solat sunat tarawih dan witir yang dimulakan pada jam 8.45 malam dan berkahir jam 9.05 malam. "Solat tarawih yang ringkas ini antaranya bagi mengalakkan golongan yang uzur supaya sama-sama dapat menunaikan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan. "Dekat sini tiada tazkirah, dari segi bacaan pula kita baca surah pendek untuk memendekkan masa sebab tak nak bagi jemaah tunggu lama terutama jemaah uzur," katanya. Jemaah masjid tersebut, Mohd Shukri Salleh, 48, berkata kaedah yang dilaksanakan itu telah menarik ramai golongan muda dari kampung di sekitar untuk sama-sama menunaikan solat tarawih tersebut. "Solat tarawih kat sini cepat sebab imam akan baca surah pendek sahaja, dia tahu orang tua ramai di sini tak mahu penat, sebab itu dia (imam)baca surah pendek," ujarnya. Bagi Muhammad Shahir Shaari, 30. pula berkata dengan kaedah yang dilaksanakan itu menjadikan ramai yang memilih untuk melaksanakan solat tarawih di Masjid Buluh Gading. "Dengan sedikit ruang masa yang ada selepas tarawih itu membolehkan untuk mereka menyelesaikan pelbagai urusan lain bersama keluarga," katanya.
31 Mar 24
410
292 Anak Yatim Rhu Rendang Terima Sumbangan Aidilfitri
292 Anak Yatim Rhu Rendang Terima Sumbangan Aidilfitri
Oleh : Hibatul Jihadi MARANG, 31 Mac- Seramai 292 anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang gembira apabila menerima sumbangan wang dan cenderahati daripada Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman. Tuan Faizah berkata sumbangan berkenaan bertujuan bagi mengembirakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. katanya, memuliakan anak yatim itu merupakan satu perkara yang sangat mulia selain mereka memiliki kedudukan istimewa dalam Islam sebagaiman yang tercatat dalam sejarah. "Ramai tokoh-tokoh hebat dalam dunia Islam antara mereka merupakan anak yatim, namun mereka dikenali sehingga ke hari ini kerana keilmuan dan ketokohan mereka antaranya ialah Imam As-Syafei, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Ghazali dan jungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan anak yatim," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sumbangan Sinar Kasih  Anak Yatim itu di Tok guru, Rusila, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu Tuan Faizah berharap agar rakyat negeri ini mengambil kesempatan pada bulan penuh keberkatan ini dengan melakukan pelbagai perkara kebaikan termasuk meningkatkan keprihatinan terhadap anak yatim. "Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kekuatan dan kejayaan kepada anak-anak yang ada bersama dengan kita pada hari ini. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia, pusat Khidmat DUN Rhu Rendang dan sudah tentu kepada tetamu yang kita raikan pada hari ini, anak yatim. "Terima kasih atas kehadiran semua memeriahkan majlis kita pada hari ini," katanya.
31 Mar 24
199
2,000 Pengunjung Gemakan Sorakan Harimau Malaya di Selepek Sahur
2,000 Pengunjung Gemakan Sorakan Harimau Malaya di Selepek Sahur
KUALA TERENGGANU, 27 Mac- Sempena aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung semalam, seramai 2,000 penyokong Harimau Malaya berkumpul di Selepek Sahur Payang Walk bagi menyaksikan perlawanan antara pasukan kebangsaan menentang Oman, malam tadi. Pengurus Payang Walk, Mohd Rafi Kori menzahirkan rasa teruja dengan program yang diadakan pada saat-saat akhir itu. "Sangat teruja dan terkejut apabila kita adakan kelainan sempena memeriahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukan Harimau Malaya menentang Oman di sini, malam ini. "Kebiasaannya kurang lebih akan ada sekitar 500 hingga 1,000 pengunjung yang bertandang, tetapi malam ini saya rasa melebihi 2,000 pengunjung yang hadir. "Kami gembira khususnya bagi para pengusaha gerai jualan kerana kehadiran ramai memeriahkan Selepek Sahur dan paling menarik, para pengusaha turut menawarkan baucer makanan dan pelbagai tarikan di gerai jualan mereka bagi menyokong program malam ini," katanya ketika ditemui di program berkenaan, semalam. Tambahnya, jadual perlawanan pada jam 10.00 malam juga memberi kesempatan orang ramai menunaikan solat tarawih terlebih dahulu. "Malam ini juga kita selitkan dengan cabutan bertuah, aktiviti kanak-kanak dan kuiz bola dan respon diterima amat baik. "Walaupun Malaysia kalah, semangat penyokong tidak berbelah bahagi, seronoknya malam ini ramai yang pakai jersi Harimau Malaya, mafla seperti pergi ke stadium," katanya. Mohd Rafi turut memaklumkan, Selepek Sahur akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang baki bulan Ramadan yang menarik dan mempelawa orang ramai membawa keluarga bersantai di lokasi tersebut.     
27 Mar 24
246
Al Fateh Hidupkan Ramadan
Al Fateh Hidupkan Ramadan
Oleh : Nasuha KUALA NERUS, 26 Mac- Akademi Kepimpinan Al- Fateh tidak melepakan peluang bagi menghidupkan sambutan Ramadan pada kali ini dengan mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di daerah ini. Pengurus Akademi Kepimpinan Al Fateh, Ahmad Mukrim Adnan berkata, melalui kerjasama Masjid Al-Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat telah berjaya melaksanakan program berkenaan. "Tujuan kita adalah bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan berkongsi rezeki kepada masyarat setempat dan program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). "Dengan harapan agar ia dapat menghubungkan jalinan antara Akademi Kepimpinan Al-fateh, komuniti setempat dan alumni Program Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) agar Ramadan pada kali ini lebih bermakna," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di program agihan bubur lambuk berkenaan, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, sejak dari pagi pihaknya bersama AJK masjid telah menyediakan bubur lambuk istimewa itu. "Program ini dijalankan secara one off bermula pada pukul 8 pagi sehingga lima petang dari proses membeli, menyediakan bahan, memasak dan agihan. "Seramai 30 orang yang terlibat secara langsung dalam program ini dan lebih bermakna Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Buluh Gading turut bersama, " ujarnya.
26 Mar 24
122
164 Anak Yatim Terima Sumbangan Batu Rakit Care
164 Anak Yatim Terima Sumbangan Batu Rakit Care
KUALA NERUS, 26 Mac – Batu Rakit Care menyampaikan sumbangan kepada 164 orang anak yatim Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, baru baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang ditemui selepas merasmikan program agihan berkenaan, merakamkan penghargaan buat pihak penyumbang-penyumbang atas inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO) Batu Rakit Care.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program yang sangat baik ini. “Alhamdulillah, sebanyak RM16,400 telah disumbangkan kepada 164 orang anak yatim dengan masing-masing menerima RM100," katanya. Dalam program yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras itu turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Batu Rakit, Mohd Irwami Abdul Wahab, Azman Omar.
26 Mar 24
162
PERKESO Prihatin Terengganu Kesan Pencarum Meninggal Dunia
PERKESO Prihatin Terengganu Kesan Pencarum Meninggal Dunia
Oleh : Hibatul Jihadi MARANG, 25 Mac - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak perlu menunggu waris atau majikan bagi mengesan maklumat pencarum sebaliknya melalui platform media sosial hasil perkosngsian orang ramai turut membantu bagi agensi itu untuk mengambil tindakan susulan. Pegawai Skuad PERKESO Prihatin Terengganu, Farihah Che Husin berkata, ia sebagaimana hasil maklumat daripada perkongsian melalui laman media sosial facebook ‘ Rhu Rendang Sejahtera Official’ membabitkan kematian seorang lelaki di Rusila, Marang pada 17 Mac lalu membantu pihaknya mengambil tindakan proaktif. Katanya, perkara itu membantu PERKESO bagi menyemak kelayakan dan mengesan waris kepada si mati.  "Hasil daripada semakan dan siasatan oleh PERKESO, arwah Muhammad Sufian Fazlillah Mat Lazim, 32, merupakan pencarum aktif semenjak tahun 2010 sehingga Februari 2024 dan pekerjaan terakhir beliau adalah di sebuah syarikat kontraktor Telekom Malasyia, Berjasa Murni Trading. "Daripada bayaran caruman tersebut, ianya melayakkan waris kepada arwah menuntut Faedah Pencen Penakat dari PERKESO," ujarnya ketika PERKESO hadir ke rumah pewaris, di sini, semalam.  Turut hadir, Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Najmuddin Rani Mengulas lebih lanjut katanya,Sufian yang berasal dari Taman Kalongan Mas, Kampung Rusila telah disahkan meninggal meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Pusat Kesihatan Daerah Marang akibat serangan jantung. "Dia telah meninggalkan seorang balu, Nur Amirah Syafiqah Mohamad Isa, 25 tahun yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang. "Dalam kes ini (kematian Muhammad Sufian Fazlillah ), pihak kami terus menyalurkan Faedah Pengurusan Mayat (Khairat Kematian) berjumlah Rm2000.00," ujarnya.
25 Mar 24
221
Masyarakat Tanjung Teruskan Tradisi Edar Makanan Percuma
Masyarakat Tanjung Teruskan Tradisi Edar Makanan Percuma
KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Masyarakat Tanjung di daerah ini masih meneruskan tradisi mengedar 200 bungkus makanan iftar percuma kepada orang awam sekali gus memupuk semangat hidup dalam komuniti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata usaha PAS Cawangan Tanjung wajar dipuji kerana mereka mengambil inisiatif mencari dana, bergotong-royong memasak dan mengedarkan juadah berbuka puasa tanpa sebarang upah. “Kebiasaanya mereka dapat menyiapkan 170 hingga 200 bungkus lauk pauk beserta kuih muih.  “Kesemua juadah ini diedarkan kepada tiga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terdekat iaitu Kolam Nesan 4, Tanjung Pantai dan Paya Bunga,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika melihat persiapan PAS Cawangan Tanjung menyediakan juadah berbuka puasa di Kampung Tanjung di sini petang semalam. Tambah Ahmad Shah, program tersebut diadakan bagi membantu meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan. “Di samping, mengajak orang ramai membuat kebaikan yang setiap amalan akan dilipat gandakan pada bulan ini. "Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk juadah berbuka puasa boleh terus salurkan ke akaun, 563064177285 (MAYBANK) pemilik Pusat Dakwah Al-Huda," ujarnya.
24 Mar 24
696
Perkampungan Moreh Dungun Meriah, Luar Biasa
Perkampungan Moreh Dungun Meriah, Luar Biasa
DUNGUN, 22 MAC- Perkampungan Moreh di Daerah Dungun yang berlangsung di Pantai Teluk Lipat di sini semalam berlangsung dengan cukup meriah. Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim ketika ditemui selepas majlis perasmian perkampungan moreh berkata, ramai pengunjung datang termasuk dari luar daerah Dungun. "Sepanjang perhatian saya, program yang telah berlangsung dalam tempoh seminggu ini mendapat sambutan yang cukup meriah sekali. "Ramai pengunjung yang datang bukan sahaja dari kawasan Dungun malah luar kawasan Dungun turut sama-sama merasai suasana program tersebut," ujarnya. Turut hadir pada program semalam, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli serta pegawai-pegawai Agensi Kerajaan. Jusman berkata, aktiviti perkampungan moreh ini akan dijadikan acara tahunan dan ia telah dimasukkan dalam 'Calendar Of Event' ataupun kalendar tahunan bagi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. "Saya mengharapkan perkampungan moreh ini akan diteruskan dan mendapat sambutan daripada orang ramai," jelasnya. Jusman berkata, program itu juga akan menjadi tanda kenangan pada dirinya di mana ia telah membantu menambahkan pendapatan ekonomi penduduk setempat.  
23 Mar 24
3440
ADUN Batu Rakit Santuni Petugas Barisan Hadapan
ADUN Batu Rakit Santuni Petugas Barisan Hadapan
KUALA NERUS, 24 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersama NGO Sahabat Cakna menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program itu bermula pukul 3 pagi di Balai Polis Batu Rakit. "Kemudian kita bergerak menemui pengawal keselamatan di sekolah, Klinik, jurujual Kedai Serbaneka Seven E serta penjual burger. "Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja siang dan malam. "Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan. Dalam program tersebut, sebanyak 100 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.
23 Mar 24
142
Zuraida Cipta Kelainan, Iftar di Rumah Rakyat
Zuraida Cipta Kelainan, Iftar di Rumah Rakyat
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Bulan Ramadan kali ini turut dimanfaatkan dengan aktiviti menyantuni masyarakat melalui Program Iftar Insani atau berbuka puasa di rumah penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata Iftar Insani adalah salah program di bawah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Ladang bagi memenuhi taqwim Ihya' Ramadan DUN Ladang kali ini. "Iftar Insani adalah program anjuran PKM ADUN Ladang, di mana kami berbuka puasa di rumah penduduk yang terpilih, mereka ini terdiri daripada kalangan asnaf. "Kami bawakan juadah berbuka puasa dan berkongsi rezeki bersama-sama, pada masa yang sama kami turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf tersebut", ujarnya. Zuraida menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah. Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin. "Kami sudah masuk ke siri kedua Program Iftar Insani ini, sebelum ini kami berbuka puasa di Bukit Besar dan kali ini di Ladang Titian "Insya-Allah kami akan teruskan lagi program ini, menyantuni lebih ramai asnaf dalam DUN Ladang," tambahnya lagi. DUN Ladang telah merencana beberapa program di bawah program induk Ihya' Ramadan DUN Ladang 1445H, antaranya termasuklah Iftar Insani, Ladang Bertadarus, Zikir Munajat dan lain-lain. Zuraida ketika berbuka puasa bersama-sama keluarga tuan rumah.  
22 Mar 24
436