Artikel "Komuniti" Terkini
ADT Untuk Melebarkan Dakwah
Foto : Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Terengganu berhasrat untuk membangunkan sebuah akademi dakwah bagi melebarkan dakwah di kalangan penduduk negeri ini dengan lebih berkesan.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz kamaruzzaman Abdullah berkata, bagi tujuan itu, 10 kakitangan lelaki dan wanita akan dipilih dari setiap Dewan Undangan Negeri untuk menggalas amanah tersebut.“Ada satu agensi atau akademik yang diberi nama ADT maksudnya Akademi Duat Terengganu, petugas ini tidak perlu bekerja mengikut masa 8 pagi hingga 5 petang.“Untuk memperkasakan dakwah sampai ke akar umbi dan ia perlu diambil perhatian,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Para Pegawai Baru i-MiTS di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Menurutnya, seramai 375 kakitangan baru i-MiTS dari setiap parlimen turut membaca ikrar aku janji sebagai penjawat awam.Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berharap mereka yang dilantik supaya bekerja bersungguh-sungguh. “Tuhan telah beri kita peluang untuk memerintah dan mentadbir negeri ini jadi kita kena kerja bersungguh- sungguh bagi mengisi kemenangan,” tambah beliau.Sebelum ini i-MiTS mengambil kakitangan seramai 22 orang yang memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos yang lalu.Menurut Kamaruzaman, mereka akan membantu menjana kekuatan kerajaan supaya menepati moto Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
16 Aug 18
52
Dua Lesbian Didenda RM3,300 Dan Enam Sebatan
Mahkamah Syariah Terengganu - Gambar Hiasan. KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah 12 Ogos lalu memutuskan dua wanita lesbian dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.Berita dalam talian Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.Keputusan dibuat Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah."Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada kamu berdua serta masyarakat umum hari ini," katanya.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun.Pasangan berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.Pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap 'terlanjur'.Dalam serbuan itu juga, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.
16 Aug 18
321
43,269 Ibu Bapa Tunggal Seluruh Terengganu
Haji Hanafiah Mat berucap semasa ditemui pemberita dalam majlis tersebut. Foto - Harish Fadzillah Oleh: Atiyyah SakinahKUALA TERENGGANU - Bilangan ibu dan bapa tunggal yang direkodkan di Terengganu adalah seramai 43,269 orang sehingga Jun 2018 ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, kerajaan mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang telah melangsungkan perkahwinan.“Dalam surah ada mengatakan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dengan jenis-jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram dan Dia menjadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan,” katanya.Menurut Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, isi-isi keluarga adalah unit asas yang terpenting dalam asas pembentukan masyarakat."Jika baik sebuah keluarga, maka akan sejahtera dan bahagia generasi yang dilahirkan dalam masyarakat seumpama ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal dan Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YKPT), semalam (15 Ogos).Turut hadir , Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa.Sementara itu, Shamsuddin Talib, 70, yang menetap di Kerteh Kemaman berkata, dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT yang menjalankan majlis ini kepada ibu dan bapa tunggal.Ibu dan bapa tunggal akan merasa terbuka hati untuk mendirikan perkahwinan dengan bantuan daripada kerajaan ini.Beliau bersama isterinya , Che Halijah Che Ismail, 67, telah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua pada 13 Mac tahun ini.
15 Aug 18
179
258 Ibu Bapa Tunggal Terima Insentif Perkahwinan
Add captionOleh : Rohayati RipinFoto: Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Seramai 258 ibu bapa tunggal menerima insentif perkahwinan sebanyak RM258,000 bagi fasa keenam untuk tahun ini.Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Tuan Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, ianya melibatkan pemberian insentif kepada seramai 258 ibu bapa tunggal di seluruh Negeri Terengganu.“Sesungguhnya sebagai seorang manusia yang normal, kita sentiasa perlukan kawan atau rakan dan teman hidup yang akan sentiasa bersama dengan kita ketika dalam kesenangan dan kesusahan.“Teman untuk bercakap, teman ketika berjalan, teman di waktu makan dan teman tempat mengadu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Saguhati Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal Dan Pinjaman Modal Program Jati Diri (PJD) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT) di Jalan Sultan Omar di sini, semalam (15 Ogos). Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit.Sehubungan itu beliau berkata, seramai 60 orang menerima cek pinjaman modal yang berjumlah RM563,000.Program Pinjaman Jaya tersebut adalah merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT yang memberi ruang dan peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memajukan diri dan keluarga mereka di dalam bidang keusahawanan.”Program PJD seumpama ini bukan sahaja sebagai saluran bantuan dan pinjaman kepada rakyat miskin.“Bahkan ia juga dilaksanakan dengan pemantauan dan penyeliaan yang berterusan."Tahun 2018 ini sahaja, sehingga bulan Jun, YPKT telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM4.9 juta ringgit melibatkan 465 orang penerima,” ujarnya.Justeru, beliau berpesan agar ibu dan bapa tunggal berdoa agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.“Kepada penerima pinjaman modal jaya diri pula, saya berharap agar penerimaan modal ini akan dapat merealisasikan impian perniagaan anda.“Jadikan pinjaman yang kecil ini sebagai permulaan kepada suatu perniagaan yang besar.“Berusahalah dengan seikhlas yang mungkin, berjual belilah dengan setulus yang mampu dan tanamkanlah niat untuk berjaya di dalam hati setiap hari sewaktu melakukan urusan,” tambah beliau.
15 Aug 18
30
Kerajaan Lahir Petani Penyambung Generasi
Dr Azman Ibrahim berinteraksi dengan para petani dalam taklimat tersebut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU - Anak muda berpotensi tinggi untuk membangunkan bidang pertanian terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di bawah Program Sumber Rezeki Baru.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kemajuan bukan hanya untuk perindustrian dan bandar baru tetapi haruslah tidak lupa berpijak di bumi nyata."Ianya kerana masih banyak tanah yang boleh dimajukan dalam sektor pertanian."Pertanian ialah perniagaan. Pertanian bukan sahaja bercerita tentang ekonomi malah ia merupakan sumber makanan dan kita boleh maju ke hadapan dengan pertanian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Peluang-peluang Pertanian Untuk Belia dan Beliawanis di Balairaya Kampung Tok Dor, kelmarin (13 Ogos).Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifli Harun, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Haji Abdul Munim Abd Razak, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Imran Tajul Arifin untuk memberi penerangan berkaitan jabatan masing-masing kepada para petani.Program Agropreneur Muda membuka peluang kepada belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.Antara skop yang terdapat di bawah program ini adalah Pembangunan Industri Kopi, Tanaman Kluster Bunga dan Tanaman, Ladang Organik dan banyak lagi.Selain itu, 'Transformasi Graduate Programme' akan diteruskan bagi membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dalam sektor ini.Pelbagai info tentang kursus dan latihan boleh didapati secara online melalui portal Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.Sementara itu, Nik Nur Naeimah, 26, lepasan Master Bioteknologi Pertanian berkata, taklimat sebegini harus diadakan lagi bagi memberi penerangan jelas dan membuka minda pelajar lepasan universiti yang menganggur.Kehadiran belia memenuhi ruang dewan membuktikan minat sebahagian anak muda kepada pertanian dan kerajaan akan membantu mereka untuk memajukan bidang ini.
14 Aug 18
121
MPKK Muslimat Paka Sedia Khidmat Telus
Ustaz Satiful Bahri berucap dalam program tersebut.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) muslimat berperanan penting dalam menggerakkan aktiviti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, mereka perlu menyampaikan maklumat dengan tepat kepada Pejabat DUN dalam melaksanakan agenda kerajaan negeri dan membantu rakyat khususnya di DUN Paka."Saya memberikan kepercayaan penuh kepada semua ahli MPKK serta mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan."Kita tahu muslimat ini mempunyai sifat lemah lembut, mudah menyantuni masyarakat setempat."Jadi, muslimat perlu sama-sama turun padang untuk mendengar aduan, rungutan daripada masyarakat setempat untuk memudahkankan kita menyalurkan bantuan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pertemuan Muhibbah Bersama MPKK Muslimat DUN Paka di Bilik Seminar Masjid Pinang Merah, semalam (13 Ogos).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka mengharapkan golongan yang berkelayakan mendapat semua bantuan daripada kerajaan."Muslimat perlu menjalankan tugas yang diberikan dengan adil dan telus tanpa mengira parti politik kerana semua rakyat berhak mendapat bantuan yang sepatutnya dari kerajaan."Kita tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih terhadap rakyat," tegasnya.Menurutnya, muslimat juga perlu melaksanakan program-program yang berfaedah dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.Sementara itu, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka, Rafidah Ramli berkata, setiap permasalahan setempat mestilah melalui MPKK dan disalurkan kepada pejabat DUN."Kita perlu memastikan segala maklumat yang diperolehi tepat dan telus."Kita juga perlu cakna dengan masalah masyarakat setempat, ujarnya.Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh, Timbalan Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA'), Sabariah Ilyas, Ahli Jawatankuasa KHAIRUNNISA' serta wakil-wakil muslimat MPKK DUN Paka.
13 Aug 18
33
i-MiTS Bukit Besi Ziarah Mangsa Rumah Terbakar
Wakil i-MiTS meninjau keadaan rumah mangsa kebakaran baru-baru ini. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengunjungi mangsa yang menerima nasib malang apabila rumahnya terbakar di Kampung Minda, Bukit Besi pada jam 4:45 petang baru-baru ini.Wakil i-MiTS DUN Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila melihat buku-buku persekolahan terbakar."Saya merasa sebak apabila mengenangkan nasib anak-anak mangsa yang mengalami kesusahan untuk meneruskan persekolahan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita sewaktu lawatan ke rumah mangsa, semalam (13 Ogos).Wakil i-MiTS memberikan sumbangan keperluan makanan dan keperluan persekolahan anak mangsa serta saudaranya.Sementara itu, menurut mangsa, rumahnya telah dua kali menghadapi musibah kebakaran ini.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Minda, Zakaria Maadan berkata, rumah asal mangsa masih belum lagi pulih, malah rumah kedua pula terbakar.Menurutnya, semasa kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang waktu Asar itu, mangsa yang merupakan seorang buruh dan isterinya seorang pekerja ladang sedang bekerja.Walau bagaimanapun, punca kejadian masih lagi di dalam siasatan."Kita berharap agar mangsa sekeluarga sabar menerima ketentuan Allah," ujarnya.Turut hadir, Pembantu Penyelia Latihan i-MiTS DUN Bukit Besi, Malek Abdul Ghani, wakil Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) yang turut memberikan bantuan kewangan, barang makanan dan lain-lain keperluan.
13 Aug 18
82
Kerajaan Sedia Salur Bantuan Kepada Petani
Mohd Nor Hamzah menyeru orang ramai menceburi industri asas tani. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinPelbagai jabatan dan agensi yang mewakili kerajaan negeri bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam bidang pertanian.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri khususnya membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan hasil mereka melalui bantuan-bantuan yang disediakan."Kita ada banyak agensi kerajaan yang sedia membantu. Cuma para petani kurang pendedahan kepada perkara tersebut."Justeru, kerajaan negeri membuka laluan kepada petani dan bakal petani untuk melihat peluang yang tersedia melalui pertemuan-pertemuan dengan petani di lapangan," katanya.Petani memberi respon yang baik dalam sesi soal jawab. Beliau berkata demikian ketika ketika berucap dalam Majlis Santai Bersama Petani anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Undang dan Tok Rimau di Dataran Undang, Bukit Payung, semalam.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, kita mengetengahkan peluang-peluang untuk memulakan kerjaya dalam pertanian dan menjawab permasalahan semasa petani.Beliau berharap pertemuan itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat akan menceburi bidang pertanian."Pendedahan ini diharap membuka lebih banyak peluang rakyat untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya," katanya.Seramai kira-kira lebih 200 orang petani hadir dalam majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan jamuan pelbagai jenis buah-buahan.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim serta wakil agensi-agensi yang tertumpu kepada bidang pertanian.Jamuan buah-buahan sumbangan para petani.
12 Aug 18
70
Kerajaan Galakkan Orang Ramai Berbakti Pada Tanah
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik mendengar taklimat daripada usahawan tani tempatan.Oleh: Asraf IkhwanKerajaan Terengganu dapat berbangga pada tahun ini kerana dapat memasarkan pelbagai buah-buahan tempatan ke seluruh negara dengan jumlah yang banyak.Timbalan Pengerusi Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, kemeriahan pesta buah buahan tempatan di Negeri Terengganu masih dirasai hingga ke hari ini."Raja buah iaitu durian pula mencatatkan peningkatan pengeluaran hasil di Negeri Terengganu pada tahun ini berbanding tahun tahun sebelumnya."Kita merasa sangat gembira dengan pengeluaran hasil buah-buahan tempatan sekaligus dapat dipasarkan ke seluruh negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita di tapak Pesta Buah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Arena Merdeka, semalam.Menurut Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura turut menggalakkan masyarakat agar dapat mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan."Kita amat menggalakkan orang ramai khususnya rakyat Terengganu yang mempunyai tanah terbiar untuk mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan."Bila tiba musim buah, mereka dapat menjual hasil tersebut bahkan dapat menambah pendapatan," ujarnya.Tambahnya, mereka yang berbudi pada tanah pasti dapat merasai keuntungan yang sesuai.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Fauzi Mohamed berkata, Terengganu berjaya mengeluarkan kira-kira 1,000 metrik tan durian untuk tahun ini."Ini adalah satu permulaan yang positif bagi usahawan tani durian di Terengganu untuk terus memasarkan buah ini pada tahun-tahun akan datang."Selepas ini musim duku pula dan dijangka duku akan turut memberi pulangan lumayan."Pihak FAMA sudah bersiap sedia untuk memasarkan buah kebanggaan negeri itu ke seluruh negara," tambahnya.Terengganu ialah antara negeri yang kaya dengan pelbagai buah-buahan tempatan.
12 Aug 18
51
Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam
Mohd Norkhuzaini menyampaikan ucapan dalam forum tersebut.Oleh: Siti Ainum AmijudinHak asasi manusia perlu berperanan selari dengan syariat Islam yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Kita beri peluang untuk rakyat menyuarakan pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan perniagaan dan hak asasi manusia khususnya isu-isu setempat," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum "Mempromosi dan Mengaplikasikan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan" di Duyung Marina Resort, semalam.Mohd Norkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara objektif utama forum ini adalah untuk memperkenalkan Prinsip Panduan PBB mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan (UN Guiding Principles on Business and Human Rights)."Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap UNGP dan bagaimana ianya boleh diaplikasikan."Selain itu untuk mengenal pasti dan mempromosi amalan baik dalam pelaksanaan UNGP," ujarnya.Matlamat forum juga adalah untuk menyediakan peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pertubuhan masyarakat.Beliau berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dapat terus meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri pada masa akan datang untuk memberi kesedaran berkaitan hak asasi kepada rakyat.
12 Aug 18
54