Artikel "Komuniti" Terkini
Hayati Semangat Patriotik Pejuang Tanah Air
Ir Saiful menyambut ketibaan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018. Oleh: Ahmad Syahid AdnanSemangat patriotik perlu dihayati oleh semua golongan tidak kira tua atau muda dalam memartabatkan maruah tanah air tercinta.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kita tidak boleh melupakan hasil keringat yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang tanah air.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 di Pantai Kuala Kemasik, kelmarin.Ir Saiful Azmi Suhaili yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut mengingatkan supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak benar.“Dengan kemudahan sekarang, sangat mudah untuk menyebarkan maklumat di hujung jari.Maka, kita janganlah mudah percaya dan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya”, ujarnya.Sementara itu, beliau berkata, Negeri Terengganu ialah antara yang paling panjang pantainya termasuk Pantai Kemasik.Kerajaan Negeri Terengganu akan berusaha untuk merancakkan program-program ataupun inisiatif-inisiatif pelancongan dengan harta yang berharga dalam negeri ini seumpama pantai yang indah ini", katanya.Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang telah berlangsung hampir seminggu sebelum ini telah selamat tiba di Pantai Kuala Kemasik tengahari kelmarin.Rombongan yang bergerak bermula dari Dungun disambut meriah oleh Ir Saiful dan rakyat Kemasik.Pemberian cenderamata dan bendera Malaysia turut diagihkan kepada semua peserta untuk dikibarkan sepanjang bulan kebangsaan ini.Turut hadir, Pengarah Penerangan Terengganu, Haji Suhardi dan Ketua Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2018, Lim Ah Lek.
12 Aug 18
87
Anak Muda Perlu Berani Ceburi Pertanian
Dr Azman berucap dalam Program Santai Bersama Petani. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinGolongan muda perlu berani dan gigih menerokai dan mengambil peluang dalam bidang pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian.Katanya, bidang pertanian boleh dijadikan kerjaya memandangkan masih banyak ruang yang boleh digunakan."Di Terengganu, masih ada seluas 12,000 hektar tanah terbiar untuk dimajukan. Kita ada peluang pembiayaan, kursus dan tanah pertanian yang boleh dimanfaatkan," katanya.Foto oleh Pegawai Media Dun Bukit Payung.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Santai Bersama Petani di Dataran Undang, Bukit Payung, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga ADUN Jabi, terdapat 33 jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa."Kita cuba minimakan urusan protokol supaya masyarakat boleh berinteraksi secara terus," ujarnya.Dr Azman turut memaklumkan bahawa permintaan penduduk Terengganu kepada keperluan makanan melebihi sumber yang ada di negeri itu."Sekarang kita mendapatkan sumber daging dan sayuran dari negeri lain. Kita mampu meletakkan asas yang kukuh supaya pertanian dapat menjadi industri yang menampung keperluan penduduk di Terengganu ini," tambahnya.
12 Aug 18
35
Mayat Bayi Malang Ditemui Di Hutan
Pasukan penyiasat sedang memeriksa mayat bayi lelaki yang ditanam di sebuah hutan kecil.Seorang lelaki tidak menyangka bahawa timbunan tanah yang digalinya ketika melalui sebuah hutan kecil berhampiran gudang milik kakaknya di Kawasan Perindustrian Santong, awal pagi tadi merupakan satu mayat bayi lelaki cukup sifatnya.Mayat bayi malang itu ditemui kira-kira jam 7.30 pagi oleh Jafmi Mohd, 32, yang secara kebetulan melalui kawasan itu untuk memasuki gudang kerana pintu hadapannya berkunci.Jafmi MohdJafmi berkata, dia datang ke gudang milik kakaknya itu untuk membuat pemeriksaan tetapi tiada pengawal keselamatan yang menjaganya dan pintu berkunci.Dia menemui sebuah beg sukan berhampiran kesan tanah yang masih merah di dalam hutan tersebut."Saya pelik tengok ada beg berwarna biru dan tanah berhampiran kelihatan seperti baru digali dan ditanam benda di dalamnya."Saya masuk ke dalam gudang untuk mengambil cangkul dan terus menggali."Selepas menggali, saya menemui satu bungkusan yang dibalut dengan kain putih dan plastik berwarna biru."Apabila diangkat, saya melihat sepasang kaki dan tangan terkeluar dari bungkusan itu," katanya.Katanya, dia langsung tidak menyangka objek yang ditemui tertanam sedalam kira-kira satu kaki itu adalah mayat seorang bayi dan terkedu sebelum bertindak menelefon pihak polis bagi memaklumkan berkenaan penemuan tersebut.Menurutnya, ini merupakan kejadian yang pertama kali baginya dan tidak menyangka dan sedih kerana ada pihak yang sanggup berbuat demikian terhadap bayi.Anggota polis sedang membawa mayat bayi malang tersebut untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu ditanam dalam keadaan masih hidup atau sudah mati."Berdasarkan kepada keadaan bayi itu, kita percaya bayi itu dilahirkan cukup bulan (sembilan bulan) dan sudah meninggal dunia melebihi 24 jam dan kita telah mengarahkan semua klinik dan pusat kesihatan di daerah ini untuk mengesan suspek," katanya.Menurut Baharudin, kes akan disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan mayat bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah untuk tindakan selanjutnya.
12 Aug 18
418
Sanggup Hilang Kerja Demi Kembara Merdeka
Demi menzahirkan semangat cintakan tanah air, seorang pemandu di sebuah syarikat pengeksport kayu, Azmi Mohamed Nayan sanggup kehilangan kerja semata-mata mahu menyertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018.Azmi, 53, seorang daripada 133 peserta yang menyertai konvoi menjelajah negara bermula dari Pulau Pinang yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia.Azmi berkata, beliau reda dan sanggup berhenti kerja selepas permohonannya untuk bercuti selama sebulan bagi mengikuti program itu tidak diluluskan oleh syarikatnya."Pada awalnya cuti saya tak lulus dan saya nekad berhenti kerja, namun akhirnya pihak syarikat beri kelonggaran dan luluskan cuti saya selama sebulan."Saya anggap ini hikmah kerana niat saya baik untuk semarakkan rasa cinta terhadap Malaysia dalam hati seluruh rakyat dan saya akan lapor diri untuk bekerja semula pada 3 September depan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhenti dan singgah di Masjid Geliga, Kemaman semalam.Azmi berharap agar konvoi itu menjadi dorongan kepada masyarakat terutama generasi muda untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan sekarang.Konvoi itu yang diketuai Lim Ann Teck disertai pegawai penerangan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Finas da persatuan motosikal besar.Turut berkonvoi bersama peserta adalah Pengarah Penerangan Terengganu, Suwadi Guliling dan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Affendi Ahmad.Sementara itu, Suwadi berkata, peserta kembara mengambil masa dua hari untuk melepasi Terengganu sejurus mula memasuki Besut kelmarin."Kelainannya di negeri hentiannya banyak di masjid seiring dengan nama Terengganu Darul Iman malahan lebih istimewa, ketika di Setiu mereka melihat pertunjukan memanah oleh mereka yang mempunyai latar belakang agama."Di Masjid Geliga, Kemaman pula kita sampaikan sumbangan 10 naskah al-Quran kepada pihak masjid.“Kembara itu melangkaui ideologi politik kerana melibatkan penyertaan semua termasuk wakil rakyat PAS yang juga Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang menyambut ketibaan peserta kembara di Kemasik,” katanya.Masjid Geliga merupakan hentian terakhir peserta di Terengganu sebelum mereka meneruskan kembara ke Pahang, petang semalam yang mana pelepasan berkenaan disempurnakan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Azahari Md Azahar.
11 Aug 18
108
Kemasik Jadi Destinasi Singgah Kembara
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 menyerlahkan rasa 'kekitaan' dan kebanggaan terhadap negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program yang turut singgah di DUN itu juga menyerlahkan semangat patriotik dan kemerdekaan yang tertanam dalam diri rakyat."Ini merupakan program bersama kerana kita rakyat Malaysia dan kita bersatu hati.“Pada masa sama, menerusi kembara ini, Dun Kemasik dapat menonjolkan tempat menarik iaitu Pantai Kerteh dan Pantai Kemasik,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan peserta kembara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dataran Uptown Kemasik, semalam.Ketibaan peserta disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh Saiful Azmi serta komuniti setempat.Saiful turut menyempurnakan majlis pelepasan program menuju ke Geliga.
11 Aug 18
34
MPKK Diseru Santuni Penduduk
Oleh: Mohd Haniff AbasMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diseru untuk menziarahi dan menyantuni penduduk kampung supaya dapat mengenalpasti permasalahan individu dalam kampung yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sekiranya MPKK menjalankan tugas seperti yang diamanahkan, maka akan wujud keharmonian dan keamanan dalam kampung tersebut khasnya, dan dalam Negeri Terengganu amnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penyerahan Watikah Perlantikan MPKK Dun Buluh Gading 2018/2020 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Banggol Tok Esah, semalam.Majlis yang dihadiri kira-kira 450 orang ini terdiri daripada ahli jawatankuasa MPKK 32 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.Menurut Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, ahli MPKK perlu peka dan mengambil peluang dengan kewujudan Tabung Darul Iman yang kini perbelanjaan bulanannya mencecah RM1 juta sebulan. Antara penyalur bantuan yang lain adalah tabung MAIDAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dana dari Pejabat Daerah.Dalam keghairahan menjalankan tugas untuk membantu penduduk, MPKK juga tidak perlu mengharapkan dana dari pihak kerajaan sahaja, tetapi perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu antara satu sama lain, ujar beliau lagi.Beliau menutup ucapan dengan harapan supaya dengan khidmat yang cemerlang dan terbaik yang diberi oleh semua peringkat kepimpinan masyarakat akan dapat melahirkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, Penghulu Mukim Belara, Ngah Muda dan Penghulu Mukim Manir, Mazlan Ismail.
11 Aug 18
81
Giant Perintis Pasarayaku Sihat
Pegawai kesihatan menunjukkan langkah sanitasi tangan yang betul.Pasar raya Giant Kijal merupakan perintis pertama yang melancarkan inisiatif Pasaraya Sihat di Kemaman.Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, projek yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pasaraya menyediakan tempat membeli belah yang sihat dari segi penjualan makanan dan risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit.“Projek ini diadakan dengan kerjasama dan panduan yang diberi oleh Pejabat Kesihatan Kemaman dan pihak kami mengambil iniasitif ini berikutan isu HFMD yang melanda di seluruh negara. “Antara isu yang berlaku ialah troli yang tercemar kerana meletakkan kanak-kanak bersama makanan di dalam troli,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Giantku Perintis Pasarayaku Sihat yang disempurnakan oleh wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Khairul Rafizah Hairon di Giant Kijal, pada 9 Ogos.Menurut Khairul Rafizah, antara inisiatif yang dibuat oleh pihak kesihatan adalah menyediakan 13 lokasi tempat sanitasi tangan iaitu di pintu masuk pasaraya, kaunter pendaftaran dan tempat pengimbas harga barang.“Kesemua troli makanan turut disinfeksikan bagi menjamin ianya selamat digunakan kepada orang ramai.“Selain itu, kami juga membuat hebahan kepada pengunjung dan ibu bapa tentang kemudahan cuci tangan dan panduan penggunaan di lokasi yang disediakan serta turut mengedar risalah 7 langkah basuh tangan dengan betul.“Sementara itu Pejabat Kesihatan Kemaman turut mengadakan program kembara pasaraya sihat di pasaraya ini,” katanya.Selain itu ia bertujuan untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak dalam meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan pemakanan secara sihat.
11 Aug 18
408
Kerajaan Usaha Penuhi Hak Asasi Rakyat
Mohd Norkhuzaini berucap dalam majlis tersebut.Oleh: Siti Ainum AmijudinKerajaan berusaha semampu mungkin untuk memastikan hak-hak asasi rakyat dipenuhi sewajarnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kita sentiasa menyalurkan kebajikan kepada orang yang memerlukan dan mengurangkan sentimen kepartian."Siapa saja yang berhak akan menerima bantuan yang sepatutnya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YB ADUN Kota Putera Bersama Warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) Wilayah Timur, pada 6 Ogos."Matlamat perjuangan saya khusus buat rakyat Kota Putera adalah untuk meletakkan Islam di tempat yang selayaknya."Iaitu sebagai perlembagaan dan garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah pentadbiran," ujarnya.Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berpesan kepada semua hadirin supaya cakna dan melaporkan setiap keburukan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tertentu.Beliau turut menyatakan hasrat supaya ILTIM dapat terus bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera pada masa akan datang.
10 Aug 18
39
Jangan Beri Mudarat Pada Orang Lain
Ustaz Wan Sukairi meninjau tempat yang perlu diambil tindakan segera.Oleh: Wan Luqman HakimMasyarakat harus cakna tentang kebersihan dan kesihatan supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri serta orang di sekeliling.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan dan kebersihan ini ialah perkara yang saling berkait antara satu sama lain."Dengan tubuh yang sihat, ianya ialah suatu nilai tambah kepada setiap pekerjaan yang dilakukan."Justeru, kita harus cakna dan prihatin terhadap aspek ini untuk membina masyarakat yang aman dan harmoni seiring dengan pembangunan ekonomi dan modal insan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Basmi Aedes di Kampung Seberang Baroh, semalam."Apabila kita bersih kita akan jadi sihat, bila kita sihat, kita boleh beramal ibadah dengan baik dan sempurna serta sudah tentu akan meningkatkan iman," ujarnya.Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, tidak munasabah orang Islam terbelakang jauh berbanding dengan orang-orang bukan Islam dalam aspek kebersihan.Justeru, semua Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar mengawasi dan menjaga kebersihan kampung masing-masing.
10 Aug 18
116
Orang Muda Tidak Dipinggir
Dr Azman Ibrahim beramah mesra dengan pemain bola sepak dari kedua-dua kumpulan.Oleh: Hidayah AzlinOrang Muda tidak akan dipinggir malah menjadi aset terpenting untuk membangunkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, agenda kita tidak pernah mengetepikan orang muda dan orang muda menjadi keutamaan dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu."Manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya dan kembangkanlah bakat yang ada untuk kesihatan yang terbaik," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kampung Kerandang, semalam.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, seramai 20 pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi."DUN Jabi merupakan DUN pertama menganjurkan kejohanan seumpama ini di Terengganu selepas peralihan kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Sementara itu, Pengarah Kejohanan Bola Sepak Piala DUN Jabi, Nik Mohd Zin Said berkata, kalah menang ialah adat permainan."Dalam merebut juara, pemain haruslah berdisiplin tinggi untuk mencapai matlamat yang disasarkan," tambahnya.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kepala Gajah A FC dengan jaringan 1 gol mendahului Felda Selasih 0.
10 Aug 18
59