Artikel "Komuniti" Terkini
Jenazah Dua Beradik Dituntut Waris
Abdullah YusofKEMAMAN - Jenazah dua beradik yang maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bersama ibu bapa mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan lain di kilometer 304, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) kelmarin, dikebumikan di kampung ibunya, di Kuala Terengganu, semalam.Jenazah Weaam Lukman , 8 bulan dan kakaknya , Wedad Abdullah, 2 tahun 7 bulan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Kepok, Serada, selepas Solat Fardu Asar.Sebelum itu, jenazah baru selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 2 petang bagi mengenal pasti punca kematian.Menurut bapa sepupu kepada kanak - kanak malang tersebut, Abdullah Mohd Yusuf, 25, ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman berkata, dia menerima panggilan pada jam 12.50 tengahari semalam ketika sedang berehat di rumahnya di Kampung Labohan, Kerteh .Abdullah ketika ditemui oleh pihak media di perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman.Menurutnya, selepas menerima panggilan tersebut dia bergegas pergi ke Hospital Kemaman untuk mengecam jenazah kanak-kanak tersebut."Memang terkejut bila dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dan apabila proses pengecaman mayat dilakukan memang benar kedua-dua mereka adalah anak sepupu saya,"katanya.Abdullah berkata, ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Madrasah Tahfiz Al Zahra (Mata), Gelang Patah, Johor, untuk pulang menyambut Aidiladha di kampung bapanya di Yala, Thailand.Menurutnya , bapa dan ibu kepada kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai tenaga pengajar di madrasah tersebut dan kali terakhir dia melihat mangsa ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Yala pada Jun lepas.Tambah Abdullah, ketika kejadian, bapa kepada kanak-kanak itu tidak mengetahu bahawa kedua anaknya sudah meninggal dunia dan dia juga diminta doktor pakar yang bertugas untuk menyampaikan berita sedih itu kepada bapanya."Memang dia (bapa) terkejut sangat bila mengetahui berkenaan perkara tersebut dan saya menyuruhnya bersabar dan menyatakan ini adalah ujian dari Allah untuk mengangkat darjat mereka sekeluarga."Saya sendiri berasa sedih kerana masih lagi terbayang keletah mereka ketika bertandang ke rumahnya dan saya menganggap apa yang terjadi ini ada hikmahnya yang Allah akan beri nanti,"katanya. Dalam kejadian jam 11.15 pagi semalam, kereta Proton Wira yang dinaiki mereka sekeluarga di rempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Axia ketika sedang berhenti di bahu jalan untuk berehat.Akibat dari rempuhan tersebut, kereta Proton Wira itu remuk teruk di bahagian belakang menyebabkan kedua-dua kanak- kanak tersebut tercampak keluar dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan dalaman anggota badan.Rempuhan tersebut turut mengorbankan penumpang Perodua Axia, Haznah Ali, 59, yang duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan jenazahnya dibawa pulang ke Johor untuk dikebumikan.
18 Aug 18
119
Terengganu Negeri Terendah Kes HFMD
Dr Fauziah memberikan penerangan kepada penduduk Kampung Undang.
Sehingga Julai tahun ini, Terengganu menjadi antara negeri terendah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu, Dr Fauziah Mohammad Yusop berkata, walau bagaimanapun berlaku peningkatan kes di negeri itu berbanding tahun lalu.
"Tahun ini, kita mencatatkan 772 kes sehingga 13 Ogos dan jumlah paling tinggi adalah di Kuala Terengganu dengan lima wabak.
"Jumlah ini dijangka akan menurun selaras dengan tindakan dan pencegahan yang telah dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan di program Jelajah Berbasikal ke Dun Bukit Payung di Kampung Undang, Marang, kelmarin (17 Ogos).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah turut turun padang mendekati lima kampung untuk meninjau potensi pelancongan berasaskan alam sekitar.
Mohd Nor menyampaikan cenderahati kepada pengusaha terpilih.
Sementara itu, Dr Fauziah juga mengingatkan ibu bapa supaya terus mengamalkan penjagaan kebersihan dalam menguruskan anak.
"Jika ada simptom, sila bawa ke klinik segera kerana HFMD mudah berjangkit," tambahnya selain memaklumkan bahawa HFMD boleh menyebabkan radang lada selaput otak dan jantung jika berlarutan.
18 Aug 18
126
Jelajah Berbasikal Bukit Payung Erat Hubungan
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) meninjau perusahaan penduduk setempat.KUALA TERENGGANU - Aktiviti turun padang mengukuhkan hubungan masyarakat dan kepimpinan di semua peringkat untuk mencapai hasrat Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya bertujuan untuk mendekati dan menyelami keadaan rakyat.“Ini adalah jelajah berbasikal pertama yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung."Saya amat gembira, ianya secara tidak langsung membolehkan kita melihat perusahaan yang dilakukan oleh penduduk kampung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Berbasikal anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Payung bermula awal pagi di Pejabat Daerah Kuala Terengganu menuju ke persinggahan pertama di Dewan Sivik Kampung Laut, di sini, kelmarin (17 Ogos).Sementara itu, menurut penternak, terdapat 200 ekor lembu tempatan diternak di dalam kandang berasingan di penternakan lembu Kampung Surau Haji Daud."Ada lembu sado yang dimaklumkan dari baka Belgium Blue," ujarnya.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Azmi Razik. Antara jabatan kerajaan yang turut serta adalah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu.
18 Aug 18
37
Tiga Maut Kemalangan Di LPT2
Mayat mangsa dibawa ke bahu jalan oleh pengguna lebuh raya.KEMAMAN - Tiga termasuk bayi dan kanak-kanak perempuan maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di kilometer 304, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini, pagi tadi.Dalam kejadian pada ja. 11.15 pagi itu, Haznah Ali, 59, Weaam Lukman, 8 bulan dan kakaknya, Wedad Abdullah, 2 tahun 7 bulan maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan dalaman.Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian yang berlaku di laluan lurus di atas jambatan lebuh raya tersebut.Haznah AliMohd said berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dipandu Lukman Waeni , 31, seorang warganegara Thailand yang datang dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu berhenti di bahu kiri jalan untuk berehat.Menurutnya, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lagi mangsa bersama tiga penumpang datang dari arah yang sama, merempuh belakang kereta yang dinaiki oleh dua beradik tersebut."Akibat dari perlanggaran tersebut, kedu-dua beradik yang duduk di bahagian belakang bersama ibunya tercampak keluar dan mengalami kecederaan dalaman."Manakala seorang lagi mangsa wanita yang duduk di bahagian belakang penumpang kereta yang berlainan turut mengalami kecederaan parah dalaman badan dan telah dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian,"katanya.Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk selepas dilanggar dari bahagian belakang.Menurut Mohd Said, sepasukan anggota perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Bandi yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kesemua manga sudah meninggal dunia dan membawa yang cedera ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.Keadaan kereta Perodua Axia yang remuk selepas melanggar kereta terbabit.Menurut saksi, Zamri Zaaba , 37 , ketika ditemui di lokasi kejadian berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Bandar Kuantan menuju ke Bandar Paka dan setibanya dilokasi kejadian dia terus keluar untuk membantu mangsa lain yang berada di dalam kedua - dua kenderaan tersebut."Keadaan masa itu memang kelam kabut sedikit dengan orang keluar ramai berhenti untuk membantu dan pada masa itu mayat perempuan masih berada dalam kereta lagi dan orang ramai mengalihkan mayat dua beradik itu ke tepi jalan," katanya.Menurut Mohd Said, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Kesemua mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital yang sama untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian manakala kesemua mangsa yang cedera dilaporkan stabil.
17 Aug 18
600
Daging Dijangkiti TB Tidak Benar
Kuala Terengganu - Maklumat daging gelembung berwarna putih yang didakwa dijangkiti kuman Tuberculosis Bovis (TB) adalah tidak benar.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Ketengah Jaya Dungun, Dr Suhazeli Abdullah berkata, maklumat berkenaan adalah tidak tepat kerana TB yang menjangkiti haiwan terlalu sukar tumbuh di daging atau tulang.
"Setelah saya selidiki dengan rakan-rakan doktor veterinar, maklumat berkenaan adalah tidak tepat.
"Tuberkulosis Bovis yang menjangkiti haiwan terlalu sukar tumbuh di daging atau tulang," katanya dalam satu kenyataan media di sini 17 Ogos.
Minggu ini tersebar secara meluas gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih.
Ada dakwaan mengatakan daging berkenaan telah dijangkiti oleh kuman TB, sejenis kuman yang disamakan dengan penyakit Tuberkulosis di kalangan manusia.
Menurut Dr Suhazeli, Tuberkulosis Bovis, majoriti terdapat dalam paru-paru haiwan berkenaan.
Ia tidak mudah menjangkiti manusia kerana mempunyai struktur biologi berbeza.
Walaupun tambah beliau jangkitan boleh berlaku tetapi terlalu amat jarang.
"Agri-food Veterinary Authority (AVA) Singapura yang bertanggungjawab terus terhadap mutu makanan juga mengulas isu yang sama.
"Mereka menyatakan bahawa hasil penyelidikan makmal AVA, tiada pun daging-daging seumpama itu dijangkiti oleh penyakit merbahaya termasuk kuman TB," jelasnya.
AVA menasihati orang ramai agar tidak terus menyebarkan berita tidak tepat.
Kajian yang dijalankan oleh Meats and Muscle Biology Section, Dept of Animal Science, Texas Agricultural Experiment Station, mendapati punca gelembung itu terbentuk kerana struktur daging rosak.
Pendedahan kepada alam sekeliling dan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan daging tersebut rosak. Ia juga bukan akibat dari bahan kimia plastik pembungkus atau pengawet yang digunakan.
"Pihak berkuasa negara sudah pasti akan memastikan setiap makanan atau daging yang diimport ke dalam negara senantiasa selamat dan halal untuk dimakan.
"Jika anda mendapati daging atau makanan tidak elok, rosak atau basi, tidak perlulah membeli makanan tersebut, " kata Dr Suhazeli lagi.
Katanya, cari makanan yang bersih, berkualiti dan selamat amat penting demi menjamin kesihatan yang optimum.
"Jika terdapat penjual yang menjual makanan tidak berkualiti, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut, " ujarnya lagi.
16 Aug 18
123
Kerajaan Selesai Masalah Kesesakan Hospital
Dr Alias Razak ditemui pemberita selepas lawatan ke booth. Foto - Harish FadzillahOleh: Atiyyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan bertekad menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami oleh pihak hospital di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan sedang membina tiga buah hospital untuk mengatasi masalah tersebut."Pertama Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), kedua Hospital Dungun dan ketiga Hospital Kemaman."Ini adalah antara rancangan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Sultanah NurZahirah) HSNZ di Batu Buruk, pada Khamis 16 Ogos.Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak HSNZ yang berjaya menganjurkan program seumpama ini."Hari Terbuka HSNZ bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan-perkhidmatan terkini yang terdapat di hospital…… supaya tidak timbul salah faham di antara orang ramai dengan pihak hospital.“Kadang-kadang ada yang tidak faham akan keadaan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh pihak hospital. Sedikit sebanyak terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh masyarakat."Justeru, perkara yang berlaku ini amat tidak sihat dalam aspek hubungan antara hospital dengan orang awam,” ujarnya.Sementara itu, Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kes ‘Hand Foot Mouth Disease’ (HFMD) menunjukkan sedikit peningkatan di Terengganu.“Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri cukup agresif membuat penerangan dan pemeriksaan,” katanya.Justeru katanya, akan diadakan pemeriksaan terutama pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di setiap daerah.Ia adalah kerana katanya, ramai di kalangan kanak-kanak yang dikesan dijangkiti ‘virus’ tersebut.
16 Aug 18
47
Tiga keluarga Miskin Bakal Terima Bantuan
Mohd Safari Abu menyampaikan sumbangan sewaktu turun padang membuat tinjauan.Oleh : Shahril AswadHULU TERENGGANU - Tiga keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bakal menerima manfaat bantuan khas, sempena lawatan turun padang Pegawai Daerah (DO) Hulu Terengganu ke DUN Telemong, kelmarin.Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, keluarga yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang sangat memerlukan dan akan diberi perhatian.“Kita akan hantar bantuan secepat mungkin menerusi agensi-agensi berkaitan untuk membantu keluarga terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Turun Padang Bersama DO ke DUN Telemong, pada Rabu 15 Ogos.Safari berkata, keluarga penerima ini membabitkan satu keluarga di Kampung Payang Kayu, satu di Kuala Menjing dan satu di Kampung Chengkering.“Di Payang Kayu, sepasang suami isteri mempunyai penyakit kronik dan sangat uzur dan tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan."Mereka hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).“Manakala di Kampung Kuala Menjing dan Chengkering, terdapat keluarga susah yang mempunyai rumah uzur dan perlu menanggung anak-anak kecil yang masih bersekolah dengan hanya bekerja di kampung."Kerajaan mengambil serius tinjauan pada hari ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," tambahnya.
16 Aug 18
203
Inisiatif ‘Peduli’ Ibu Tunggal
Haji Yahaya Ali berucap dalam majlis taklimat tersebut.Oleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan negeri mengambil berat kebajikan ibu tunggal dengan bantuan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, YPKT ialah institusi dan penghubung kepada golongan ibu tunggal.”Saya sangat menggalakkan supaya program berkaitan pendidikan dan tarbiyah diadakan secara berterusan supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam institusi keluarga.“Dalam konteks kerajaan yang baru, jika mahukan masyarakat yang bahagia, kita perlu memilih pemimpin yang adil yang boleh memikul tanggungjawab sosial, boleh menjadi ketua kepada masyarakat dan perhatian yang sama rata terutamanya kepada golongan 'Mustad’afin'."Ianya bertujuan supaya negeri yang aman, makmur dan sejahtera dapat direalisasikan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Program Jaya Diri Ibu Tunggal di Dewan Tok Guru, semalam Khamis, 16 Ogos.Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada YPKT di atas program yang dijalankan.Sementara itu, Pegawai YPKT Daerah Marang, Halim Mohamad berkata, bilangan ibu tunggal di dalam DUN Rhu Rendang ialah seramai 1,604 orangMenurut beliau, terdapat Kelab Ibu Tunggal di bawah naungan pejabat YPKT di setiap DUN.Beliau menekankan supaya ibu tunggal dapat melibatkan diri di dalam kelab tersebut bagi mengikuti program atau khusus yang dianjurkan YPKT.“Program ini bertujuan untuk membantu golongan ibu tunggal di Terengganu khususnya di Marang.YPKT telah mencari inisiatif seperti mengadakan program dan kursus berkaitan ibu tunggal seperti nenjahit untuk golongan ibu, program warga emas, program potensi diri untuk belia dan beliawanis khususnya anak-anak ibu tunggal,” jelas beliau.Turut hadir, Penolong Pengarah Sektor Ekonomi YPKT, Kamarul Zaman Ahmad.
16 Aug 18
127
Pelbagai Solusi Tingkat Industri Perikanan
Dr Azman Ibrahim meninjau Jeti LKIM Marang.Oleh: Aziz HambaliMARANG - Kerajaan negeri tampil dengan pelbagai solusi bagi membantu mereka yang terlibat dengan industri perikanan agar lebih berdaya saing.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dalam sektor tersebut.Katanya, antara pemasalahan yang bakal dibantu adalah berkaitan bilik sejuk beku untuk simpanan ikan, tempat untuk membaiki bot, muara di sekitar Marang yang cetek dan isu keselamatan enjin bot ‘fiber’.Beliau berkata, tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan isu-su berkait dengan keselamatan di jeti Marang.“Ianya ekoran berlaku beberapa kecurian enjin bot sebelum ini….kita merancang untuk memasang rakaman litar tertutup (CCTV)."Berkenaan dengan tempat simpanan enjin bot, stor perlu dibuat supaya nelayan yang balik dari laut dapat menyimpan enjin bot mereka di tempat yang selamat", ujarnya.Beliau berkata demikian selepas membuat Lawatan Kerja di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, di sini, semalam Khamis, 16 Ogos.Turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud.Beliau memaklumkan, nelayan di daerah itu juga, bakal menikmati bengkel membaiki bot yang bakal dibina memandangkan premis tersebut yang terhad buat masa ini."Kita kira merugikan dan menyusahkan lantaran nelayan di sini terpaksa pergi jauh ke Pulau Duyong untuk membaiki kerosakan bot."Sekadar satu bengkel yang ringkas dengan kos hanya sekitar RM20,000, dijangka dapat memenuhi keperluan nelayan di Jeti Marang yang hanya menguruskan bot-bot bersaiz besar."Isu berkaitan bilik sejuk pula, saya difahamkan Persatuan Nelayan telah mengemukakan cadangan berkaitan pembinaan bilik sejuk ini kepada LKIM."Kita akan masukkan perkara tersebut dalam cadangan bajet tahun 2019," tambahnya.Menurutnya, kerajaan mengambil serius segala permasalahan yang timbul dan berjanji akan menyusun setiap cadangan dan penyelesaian, supaya dapat dilaksanakan secara berperingkat.
16 Aug 18
85
Anak Muda Mesti Bijak Memilih
Dr Alias Razak ceria bersama anak muda yang hadir ke program tersebut.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Anak-anak muda perlu bijak memilih aktiviti untuk memenuhi masa lapang agar tidak ‘terjebak’ dengan kegiatan negatif.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, menceburi seni silat adalah sangat digalakkan."Di negeri Terengganu khususnya, banyak masalah termasuk penagihan dadah, rempit, masalah sosial dan sebagainya."Anak muda harus bijak memilih aktiviti untuk mengisi masa dengan sebaiknya supaya hasrat kerajaan untuk membangunkan minda dan mentaliti rakyat tercapai,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Badan Bukan kerajaan (NGO) Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas di sini, Khamis 16 Ogos.Seramai kira-kira 100 penduduk setempat menghadiri Majlis Perasmian Badan Bukan kerajaan (NGO) Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu juga menyentuh tentang bidang tugas beliau dalam kerajaan, yang membabitkan perlaksanaan manifesto pilihan raya PAS pada PRU-14."Kerajaan negeri telah bersetuju mewujudkan kad sejahtera kepada golongan yang layak untuk menerima insentif ini."Usaha kini giat dijalankan bagi mengenal pasti golongan sasaran. Kad ini boleh digunakan di klinik swasta yang dipilih oleh kerajaan."Berkenaan permohonan rumah mampu milik, semua rakyat Negeri Terengganu yang layak boleh memohon secara online menerusi laman web http://eperumahan.terengganu.gov.my."Keputusan permohonan tersebut akan melalui beberapa proses penapisan sebelum dimuktamadkan," jelas beliau.Sementara itu, Presiden Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas Terengganu, Zamri Ismail berkata, persatuan itu membuka keahlian kepada umum dan mana-mana cawangan lain yang berminat untuk menyertainya.
16 Aug 18
72