lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Jangan Masuk Campur Hal Ehwal Agama Orang Islam
Wan Hassan Wan Ramli.Kerajaan Negeri mengecam tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempertikai damempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri yang menjatuhkan hukuman denda dan sebatan syariah terhadap pasangan lesbian yang ditahan baru - baru ini.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dalam satu kenyataan rasminya berkata, tindakan yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu dilihat sebagai salah satu tindakan yang tidak menghormati keputusan mahkamah.Menurut Wan Hassan, tindakan sedemikian adalah satu cubaan untuk memburukkan  undang - undang syariah di negara ini dan tidak menghormati agama islam keseluruhannya."Mereka mempersoalkan hukuman yang dibuat itu telah melanggar hak asasi manusia dan saya lihat perkara tersebut tidak pun melanggar hak asasi manusia kerana hukuman yang dikenakan sikit pun tidak mencederakan dan memudaratkan."Jadi saya lihat tindakan yang dibuat seolah-olah merestui perbuatan yang dilaknat oleh Allah dan ini yang kita risaukan. Seperti ada pihak yang membela dan merestui perbuatan golongan ini," katanya.Menurut Wan Hassan, Negeri Terengganu mempunyai undang -undang yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negeri dan semua pihak harus menghormatinya."Pasangan tersebut sudah mengaku salah dan apabila pengakuan bersalah itu diperolehi, hukuman mesti dilakukan sebagai peringatan kepada mereka yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama," katanya. Justeru itu, Wan Hassan menggesa pengerusi Suhakam mengeluarkan satu permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak menghormati hak asasi orang Islam di negara ini."Islam adalah agama rasmi di negara ini dan itu kenyataannya dan harus dihormati kerana kita tidak mahu perbuatan songsang ini akan merebak dan sekali gus menjadikan ianya satu budaya yang akan menghancurkan bangsa dan agama itu sendiri, " katanya.
20 Aug 18
32
Empty Image
Maut Tangan Tersepit Mesin
DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas putus tangan kirinya akibat  tersepit di besi pedati semasa sedang mengendalikan sebuah 'conveyor' ketika sedang bekerja di kawasan lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun,  malam tadi. Dalam kejadian jam 9.45 malam itu , Ganesh Munisamy, 54, yang putus tangan hingga ke bahu itu disahkan meninggal ketika dalam perjalanan  ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.Ketua Polis Daerah, Supritenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Ganesh Muniasamy.Menurut Baharudin, ketika kejadian  angsa dikatakan sedang mengawasi mesin tersebut  yang sedang bergerak untuk mengasingkan bijih besi. "Ketika mangsa sedang cuba membuang bijih besi yang tersangkut pada pedati itu, tangannya telah digilis pedati itu hingga putus."Rakan mangsa yang mendengar jeritan kuat mangsa bertindak membantu sebelum mengejarkan mangsa dan membawa tangannya yang putus itu ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya. Menurutnya, mangsa disahkan meninggal sejurus tiba di klinik itu akibat mengalami kecederaan yang parah dalam kejadian tersebut.Mayat mangsa dibawa ke unit forensik untuk siasatan lanjut.Baharudin berkata, mayat mendiang kemudiannya dibawa ke Unit  Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. "Isteri mangsa yang tinggal di Lorong Seri Inderapura Kuantan telah dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu,"katanya. 
20 Aug 18
99
Empty Image
Masjid Al Ikhlas Lancar Tabung Korban Perdana
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Masjid Al Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda melancarkan Tabung Qurban Perdana dengan mensasarkan 15 ekor lembu korban menjelang Hari Raya Aidiladha 2019, malam tadi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashimberkata, setiap orang sepatutnya mengambil peluang memanfaatkan  program itu yang tidak membebankan umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim."Inisiatif ini sangat tepat dan wajar direbut semua penduduk beragama Islam kerana ianya tidak membebankan berbanding dengan membayar sekali gus sebagaimana kebiasaan, "katanya.Beliau berkata demikian ketika dijemput memberi kuliah Maghrib mengenai hal ehwal korban dan seterusnya melancarkan Tabung Qurban Perdana 2019 Masjid Al Ikhlas Banggol Tuan Muda, di masjid itu, di sini.Sebanyak 85 unit tabung diedarkan sempena pelancaran itu dengan setiap peserta diwajibkan menabung sebanyak RM2 sehari.Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Gading berkata, dengan adanya program seperti itu, tiada alasan lagi untuk tidak melakukan ibadat korban pada tahun hadapan.
20 Aug 18
204
Empty Image
Golongan Uzur Terima Bantuan Tabung Darul Iman
Oleh : Saifullah JusohBESUT - Golongan yang uzur dan tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila menerima Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) untuk menguruskan perbelanjaan perubatan masing-masing.Bantuan disampaikan menerusi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir ketika menziarahi pesakit kronik di sekitar Kuala Besut, di sini, hari ini.Turut serta, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Nail dan Kuala Beaut. Azbi berkata, Tabung Darul Iman adalah antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Terengganu bagi meringankan beban pesakit-pesakit kronik yang menetap di Terengganu dan tidak berkemampuan bagi menguruskan perbelanjaan perubatan mereka.Katanya, ujian yang diturunkan Allah SWT ini menyebabkan golongan ini akan terbatas pergerakan dan aktiviti sekali gus sukar untuk bekerja seperti biasa bagi menyara kehidupan mereka serta keluarga. "Bantuan ini layak dipohon oleh semua pesakit kronik dengan disahkan oleh doktor akan penyakit itu."Kerajaan negeri akan membantu semua rakyat yang layak menerima tidak kira apa fahaman politik sekalipun di kalangan pemohon berkenaan,"katanya.
19 Aug 18
132
Empty Image
Tak Kisah Projek Kecil Atau Besar, Asalkan Bermanfaat
Haji Ghazali Sulaiman (kiri) meninjau tapak projek kecil di kawasan tersebut. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Rakyat sebenarnya tidak menginginkan projek besar yang tiada manfaat kepada pembangunan kawasan dan masyarakat setempatPenyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, biarlah projek kecil sekalipun, asalkan ianya memberi manfaat kepada rakyat."Tidak boleh ada sebarang kepentingan peribadi dalam menjayakan sesebuah projek. Semuanya untuk kebaikan masyarakat."Apabila projek ini dapat dijayakan dengan sempurna, maka ianya akan memberi gambaran bahawa kerajaan sekarang benar-benar pedulikan rakyat," tegasnya.Beliau berasa amat bersyukur kerana projek kecil di Kampung Nerang, Jerangau yang dimohon sekian lama itu telah diluluskan.Menurutnya, rakyat harus peka akan keprihatinan yang dibuktikan oleh kerajaan negeri.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita di tapak projek kecil di Kampung Nerang, Jerangau, semalam (19 Ogos).Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Arfan Tahir menyatakan, apalah gunanya projek yang menelan jutaan ringgit namun hanya dinikmati dan mengkayakan golongan tertentu tanpa manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat."Alhamdulillah, hari ini telah dimulakan projek membaik pulih longkang atau parit yang tersumbat."Kita akan memperdalam dan membaiki saliran bagi memastikan air tidak bertakung lagi," ujarnya.Menurutnya, projek membaik pulih longkang itu amat penting kerana ianya selalu bertakung akibat banjir kilat.Banjir kilat telah menyebabkan Sekolah Rendah Kebangsaan Jerangau dinaiki air dan turut melibatkan surau yang berada berdekatan.
19 Aug 18
46
Empty Image
i-MiTS Anjur Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana
 Oleh: Helmi Abd SalamSETIU – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i -MiTS) Dewan Undangan Negeri  Batu Rakit menganjurkan Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana di Masjid Al Ukhuwwah,Kampung Mengabang Telong, baru-baru ini..Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail  program yang dirancang i-MiTS  itu  membuktikan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan agendanya.“Kebersamaan ini membuktikan suatu tanda bahawa masyarakat sekarang telah dapat menerima kerajaan baru Yang dipimpin oleh PAS dengan slogan Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera,” Katanya ketika berucap di Masjid itu, Sementara itu Pengarah program Haji Abdul Rahman Yusoff berkata program yang dianjurkan bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mengabang Telong itu akan diteruskan pada masa akan datang."InshaAllah kita akan mengadakan lagi program seumpama ini bersama MPKK dalam mengeratkan lagi ukhwah sesama penduduk qaryah dan sekitarnya sebagai satu usaha membina masyarakat yang berilmu." ujarnya yang juga merupakan pengerusi Masjid Al Ukhuwwah.Untuk rekod program separuh hari meliputi ilmu penerangan berkaitan penyembelian dan praktikal ini adalah kali pertama diadakan di DUN Batu Rakit.
19 Aug 18
87
Empty Image
Sukan Rakyat Erat Hubungan Masyarakat Felda
Oleh : AminjiKEMAMAN- Persatuan Belia Felda Cerul (MBFM) Kemaman mengadakan Karnival Sukan Rakyat di Dewan Sivik Felda Cerul, di sini, berakhir semalam.Program yang berlangsung meriah selama dua hari satu malam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat di Felda tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Ab. Razak Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memainkan peranan untuk menjayakan karnival ini."Adalah menjadi harapan saya agar semua masyarakat di Felda ini dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan di antara masyakat setempat di sini,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat, semalam.
19 Aug 18
102
Empty Image
i-MiTS Dun Ajil Anjur Kem Smart Solat
60 Peserta Kem Smart Solat  bergambar bersama urusetia programHULU TERENGGANU- Unit Latihan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ajil berjaya mengadakan Kem Smart Solat 2018 bagi memberi kesedaran dan penghayatan kepada para peserta tentang kepentingan ibadah dalam kehidupan muslim.Pengarah Program, Mohd Fahimi Suhaimi berkata program ini merupakan salah satu aktiviti seliaannya sempena cuti sekolah."Alhamdulillah, seramai lima puluh sembilan kanak-kanak yang berumur empat tahun sehingga 13 tahun dari penduduk Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Ara dan Kampung Bukit Ara menyertai kem tersebut."Apa yang kami terapkan didalam kem ini adalah cara Smart Solat dan Smart Whuduk, menjadi harapan kami, semoga peserta kali ini menjadi anak yang soleh dan solehah," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim.Katanya lagi, kem seumpama ini perlu diadakan bagi membimbing anak-anak tentang ibadah harian terutamanya ibadah solat disamping menanamkan sifat keperibadian muslim dalam diri setiap peserta."Selagi ada peluang, ia (kem solat) akan diteruskan yang biasanya kita  anjurkan pada masa cuti sekolah sebagai manfaatkan cuti dengan perkara yang berilmu dan berfaedah kepada anak-anak dari terjebak dalam gejala yang tidak sihat,"ujarnya.
19 Aug 18
231
Empty Image
Gotong-Royong Bersihkan Rumah Pesakit Parkinson
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Pelbagai pihak tampil melakukan gotong-royong membersihkan rumah Aisyah Muhamad, 49, yang mengidap penyakit Parkinson di Kampung Batu Tiong, di sini, semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, ianya merupakan tanda keprihatinan kerajaan selain menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan perhatian.“Program gotong-royong terbabit turut melibatkan petugas parti iaitu Lajnah Kebajikan, Skuad Khidmat, Unit Amal, Ameerah dan PAS Cawangan.“Di pihak kerajaan pula membabitkan kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera,(I-MiTS) dan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) yang bekerjasama menjayakan program CSR anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Program CSR Pusat Khidmat Rantau Abang di Batu Tiong, Dungun, semalam.Alias yang juga ADUN Rantau Abang berkata, pemilihan rumah Aisyah dipilih berdasarkan ziarah muslimat yang mendapati penghuninya (Aisyah) dalam keadan tidak terurus.“Wanita malang itu baru saja kematian suami akibat penyakit angin ahmar. Lebih menyedihkan, ibunya Teh Salleh, 80, yang turut tinggal bersama tidak boleh berjalan.“ Mereka dijaga dua orang anak yang masih bersekolah, bergilir-gilir  ke sekolah...hari ini abang ke sekolah, adik jaga, esok adik ke sekolah, abang jaga.” Ujar Alias.Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berharap, kehadiran petugas yang bertungkus lumus membersih dan menceriakan rumah yang didiami Aisyah, ibu dan anak-anaknya dapat memberi keselesaan kepada keluarga tersebut.“Diantara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengecat dalam dan luar rumah, memasang ‘gril’ dan langsir serta menyediakan katil dan tilam baru”, katanya.Sementara itu, pengarah program tersebut, Mohamad Ali berkata, aktiviti gotong-royong itu merupakan program CSR pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa.“ Saya kira program sebegini penting dari sudut membina hubungan parti, kerajaan dan masyarakat, jadi kita merancang untuk mengadakannya secara berkala mengikut zon pantai, darat dan bandar”, katanya.Disamping itu, beliau turut menyeru orang ramai agar menyumbang untuk membantu keluarga Aisyah.“Memandangkan masih banyak yang diperlukan seperti keperluan rumah dan juga persekolahan anak-anak, bantuan dan sumbangan orang ramai amat bermakna buat keluarga ini, ” ujarnya.
18 Aug 18
53
Empty Image
AADK Anjur Gotong Royong Bersama Penduduk
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ), Cawangan Dungun menganjurkan program gotong royong bersama kepimpinan masyarakat Kampung Tanjung Pagar, Dungun, pagi semalam.Program yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir  12 tengahari itu diadakan di Balai Raya Kampung Tanjung Pagar dan  turut disertai 10 bekas penagih yang sedang menjalani pemulihan dadah bersama penduduk kampung berkenaan.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Wan Hapandi Wan Hassan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Nibong, Ismail Awang.Wan Hapandi yang turut sama bergotong royong bersama peserta program berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak AADK amatlah dihargai dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah dan memberi peluang kepada bekas penagih untuk memulakan kehidupan yang baru.“Saya menyokong aktiviti seperti ini di samping dapat mengeratkan sillaturahim di antara masyarakat ianya juga adalah satu aktiviti senaman untuk kesihatan tubuh badan.“Mereka (bekas penagih ) juga adalah manusia dan kita harus memberikan sokongan kepada mereka agar mereka tidak merasa terpinggir dan sekali gus tidak kembali kepada aktiviti lama mereka," katanya.Menurut Wan Hapandi, masyarakat seharusnya menjadi medium kepada usaha yang dilakukan oleh pihak AADK dalam memberikan bantuan dan kesedaran kepada bekas penagih agar mereka merasakan masih ada pihak yang sudi menerima golongan tersebut dalam masyarakat.Tambahnya, setiap manusia harus diberikan peluang kedua dan kesilapan kali pertama itu tidak bermakna masyarakat boleh menghukum mereka untuk selama - lamanya .“Allah tidak akan mengubah nasib seseorang manusia itu  melainkan mereka berusaha untuk merubah diri mereka sendiri dan kita sebagai yang tinggal sebagai satu komunit harus memberikan sokongan moral kepada golongan ini ," katanya.Beliau juga menyokong sepenuhnya sekiranya ada pihak lain yang ingin membantu golongan tersebut, malah kerajaan negeri juga tidak mempunyai masalah untuk membantu agar gejala negatif yang sedang melanda masyarakat itu dapat dihapuskan sepenuhnya."Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong sebarang aktiviti yang dilakukan oleh semua pihak untuk membasmi aktiviti penagihan dadah di kalangan masyarakat pada masa kini dan diharapkan akan lebih ramai lagi pihak yang tampil untuk menyokong usaha tersebut," katanya.
18 Aug 18
162