lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Perlu Singkir Pandangan Negatif Terhadap Ibu Tunggal
Zakiah Alias (tengah) berkongsi pandangan dengan ahli mesyuarat.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Ibu tunggal sering dipandang negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah mereka golongan yang hina. Justeru, pandangan dan tanggapan negatif tersebut perlu disingkirkan dari pemikiran masyarakat.Penolong Penyelia Institus Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Zakiah Alias menyatakan bahawa ibu tunggal perlu kuat dan tabah menjalani kehidupan dalam bermasyarakat."Ibu tunggal sendiri perlu bangkit, jangan lagi merasa malu dan merendah diri."Buktikan bahawa kamu semua setanding dengan ibu-ibu di luar sana malah lebih baik lagi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu Mesyuarat Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal di Pusat Khidmat DUN Bukit Besi, kelmarin (20 Ogos).Menurutnya, melalui penubuhan persatuan itu, pelbagai insiatif dan bantuan bakal diperoleh melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mewakili kerajaan negeri."Nama yang tersenarai utama dalam E-kasih, akan diberi dorongan dan semangat untuk berdikari, malah disediakan kelas jahitan dan anak-anak akan dibantu dari sudut persekolahan."Ibu tunggal akan turut berperanan di dalam menyusun atur segala program bersama masyarakat."Mereka akan dapat menangani dan menguruskan tekanan permasalahan yang dihadapi," jelasnya.Zakiah juga turut menyatakan bahawa menjadi ibu tunggal bukan pilihan tetapi telah ditakdirkan oleh Allah di atas segala rahsia kebaikan yang tidak diketahui."Kita mengharapkan agar masalah mereka dapat diselesaikan," ujarnya.Beliau turut berharap supaya hasrat kerajaan negeri ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera  dapat direalisasikan.Malah akan turut menjadi penyumbang tenaga ke arah mencapai kemajuan."Ianya kerana pelbagai bidang yang boleh diceburi oleh ibu muda seperti meniaga, menjahit dan sebagainya," katanya.Menurut beliau, ibu tunggal yang hadir pada hari ini telah ditapis dan disaring, yang dilihat boleh bergiat aktif mengerakkan persatuan ibu tunggal ini."Yang hadir hari ini kesemuanya berumur 35 tahun kebawah yang dipilih dan berpotensi untuk menggerakkan persatuan ini," tambahnya.Sementara itu,  Penyelia i-MiTS, Khaziman Khalik mengharapkan agar persatuan ini akan berjaya dan tidak menjadikan gelaran sebagai ibu tunggal melemahkan diri, tetapi akan bangkit di meneruskan kehidupan."Ibu tunggal berhak untuk mengecap kebahagian dan hidup sempurna."Oleh itu, diharapkan dengan penubuhan persatuan ini, ahlinya akan disibukkan dan meningkatkan taraf kehidupan," tegasnya.Beliau memaklumkan bahawa pertemuan dengan ibu tunggal secara meyeluruh adalah pada 28 Ogos dan dimaklumkan telah mendapat penaja.Sehingga hari ini, terdapat 700 orang ibu tunggal berdaftar di dalam DUN Bukit Besi sebagaimana data yang dikeluarkan oleh YPK.
22 Aug 18
114
Empty Image
MPKK Mata Dan Telinga Kerajaan
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (empat dari kiri) menyampaikan ucapan kepada hadirin.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT - Menjadi tanggungjawab Majlis Komuniti Kampung (MPKK) untuk menjaga masyarakat apabila sesuatu terjadi dalam kawasan setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, segala rungutan rakyat akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya."Segala maklumat dan penjelasan perlu disampaikan kepada rakyat kerana ini merupakan tugas kita."MPKK memainkan peranan di peringkat masing-masing untuk menjaga Kerajaan Negeri Terengganu agar rakyat mendapat maklumat, penjelasan dan pembelaan."Kita tidak mahu mendengar MPKK hanya duduk bersahaja kerana sikap ini akan merosakkan nama baik kerajaan."Jentera kita mesti menjiwai kehendak kerajaan iaitu menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelantikan MPKK Seberang Jerteh di Pejabat Al-Aqsa, Seberang Jerteh, baru-baru ini (18 Ogos).Pelantikan ini diadakan untuk memenuhi saranan kerajaan agar semua rakyat mendapat penjelasan dan maklumat kerajaan.Selain itu, Ahli Jawatankuasa MPKK juga disarankan untuk menunaikan solat di masjid kerana ia merupakan tempat untuk menyebarkan maklumat sekaligus mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.
22 Aug 18
71
Empty Image
Tarian Melayu Senaman Dalam Seni
Wakil Ameerah menyerahkan cenderahati kepada jurulatih tarian.MARANG - Tarian Melayu yang semakin dilupakan sebenarnya boleh dijadikan satu senaman buat mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat.Sehubungan itu, Beliawanis dan Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri menganjurkan Bengkel Asas Tarian Melayu, baru-baru ini.Bengkel setengah hari itu dikelolakan jurulatih tarian dari Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berlangsung di Dewan Sivik Merchang, di sini.Penganjuran bengkel itu bertujuan memperkenalkan masyarakat kepada seni tarian Melayu yang memiliki banyak rahsia dan falsafah.Peserta bengkel tarian Melayu Selain, bertujuan mendedahkan alternatif senaman kepada masyarakat yang biasa dengan senaman zumba dan sebagainya untuk mencuba kelainan dengan tarian Melayu.Seramai 25 peserta terdiri daripada belia dan penduduk setempat hadir menyertai bengkel tersebut.
22 Aug 18
41
Empty Image
Dua Sahabat Mati Lemas
Muhammad Hafiz AsranMuhammad Arif Haikal AmranDUNGUN : Kegembiraan 15 sahabat mandi manda di Air Terjun Lubuk Kain Kampung Syukur, di sini, sempena cuti persekolahan berakhir dengan tragedi selepas dua daripada mereka lemas ditarik oleh arus deras ke dalam lubuk tersebut, semalam.Kedua-dua pelajar terbabit, Muhammad Arif Haikal Amran 16, dari Padang Kemunting dan Muhammad Hafiz Asran, 16, dari Kampung Pak Payu  lemas ketika mandi di situ,  kira-kira jam 1 petang.Jaswari Awang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Jaswari Awang,  berkata sepasukan enam anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.Menurutnya, sebelum kejadian,  Muhammad Hafiz dikatakan terjun dari sebuah batu yang tinggi di situ,  sebelum terkapai-kapai meminta tolong kerana ditarik arus."Seorang lagi rakan mangsa, Muhammad Arif Haikal yang menyaksikan kejadian itu terjun untuk memberi bantuan menyebabkan dia turut lemas," katanya.Tambah Jaswari, melihat kepada keadaan tersebut, rakan mangsa yang lain bertindak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung, sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat."Anggota bomba bersama polis dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebelum berjaya menemui Muhammad Arif Haikal,  kira-kira jam 2 petang."Seorang lagi mangsa,  Muhammad Hafiz ditemui di dasar sungai setengah jam selepas itu," katanya.Mayat dua sahabat  dibawa keluar sebelum dibawa ke unit forensik. Pada masa yang sama Jaswari turut mengingatkan orang ramai supaya dapat berhati-hati dan peka terhadap persekitaran kawasan tempat perkelahan bagi mengelak perkara yang sama berulang."Orang ramai perlu peka terhadap papan tanda amaran yang telah diletakkan di setiap kawasan perkelahan dan kawasan kejadian kerana lokasi yang sama sudah banyak berlaku kematian sebelum ini," katanya.Kedua - dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan untuk urusan pengebumian.
21 Aug 18
468
Empty Image
Derita Pesakit Kanser Kronik Terubat
Oleh : Saifullah JusohBESUT-  Derita seorang ibu yang berdepan penyakit kronik kanser payudara tahap tiga sedikit terubat apabila menerima bantuan daripada kerajaan negeri untuk menangggung perbelanjaan perubatannya itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh meluangkan masa menziarahi pesakit berkenaan, Nik Maa Ismail, 41, di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, di sini, hari ini.Beliau menyerahkan cek bantuan itu sambil melihat perkembangan kesihatan Nik Maa.Menurut Azbi, kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan satu tabung untuk membantu pesakit kronik di Terengganu yang dinamakan Tabung Darul Iman bagi membela nasib mereka yang memerlukan perhatian. "Inisitif ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan keluarga yang terlibat."Kerajaan negeri juga tidak mendiskriminasi rakyat yang berbeza fahaman politik yang layak menerima bantuan ini. Semua hak rakyat dibela dan dijaga dengan sebaik mungkin bagi memastikan kehidupan rakyat lebih selesa dan sejahtera,"katanya.
20 Aug 18
65
Empty Image
Tiada Pilih Kasih Bantuan Tabung Darul Iman
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Asraf IkhwanDUNGUN - Kerajaan akan memastikan tiada pilih kasih yang berlaku dalam pengagihan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) demi manfaat rakyat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau bersyukur kerana semua yang mencukupi syarat berjaya menerima bantuan TDI.“Kerajaan Negeri Terengganu akan terus memastikan bantuan sebegini sampai kepada rakyat tanpa mengira agama, latar belakang parti, bangsa atau warna kulit, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bantuan TDI kepada mereka yang layak, semalam (20 Ogos).Menurut Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, kerajaan negeri berjanji akan memudahkan segala urusan permohonan bantuan dan akan memastikan karenah birokrasi tidak akan timbul lagi.“Kita nak memudahkan semua masyarakat untuk mendapat bantuan.“Isi borang dan cukup syarat, bantuan akan sampai secepat yang mungkin," katanya.Turut hadir, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Miang, Mohd Yusoff Ismail dan Pengerusi MPKK Lembah, Ridzuan Mohammad Noor dan wakil dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
20 Aug 18
64
Empty Image
Peristiwa Hari Arafah Simbolik Kepada Kesempurnaan Islam
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN-  Hari Arafah yang menjadi simbolik kepada kesempurnaan Islam merupakan hari yang bermakna kepada umat islamKetua Pemuda PAS kawasan Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi menyatakan hari Arafah juga dikenali hari kesempurnaaan agama islam yang dinyatakan melalui Khutbah Perpisahan dari junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W."Ayat yang menyatakan telah sempurnanya agama islam dari surah Al-maidah merupakan ayat yang terakhir."Diturunkan pada hari Jumaat dan bertepatan dengan hari Arafah, kerana itu ianya menjadi hari yang istimewa dan agung kepada umat Islam," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena penghayatan Arafah di Masjid Muhajirin Felda Jerangau, semalam.“Melalui peristiwa itu maka umat islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha sebagaimana yang difahami merupakan hari raya yang kedua tersebar selepas hari raya Aidilfitri."Turunnya ayat ini maka agama islam telah lengkap mencakupi segala perkara, agama islam, agama yang cukup sempurna berbanding agama yang lain yang datangnya dari Zat Allah," Jelasnya.Menurutnya ialah telah sempurna bukan hanya sekadar dibicarakan tentang ibadah, malahan mencakupi soal ekonomi, pemerintahan, akidah, dan juga menjadi sistem perlembagaan bagi kehidupan manusia."Semuanya telah terkandung di dalam Al-Qur'an tugas kita beramal dengannya. Orang islam wajib menunaikan segala aspek yang disuruh Allah," tegasnya.Menurutnya Hari Arafah yang menjadi rukun kesempurnaan ibadah haji merupakan hari untuk memohon keampunan. "Bagi mereka yang mengerjakan Ibadah Haji sudah tentu akan dapat melakukan amal ibadah yang baik bertepatan hari Arafah,"Namun bagi yang tidak mengerjkan haji disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijah," jelasnya Beliau turut menambah, bahawa Hari Arafah juga mempunyai ibrah dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang diturunkan di padang Arafah kerana telah terpedaya dengan bisikan Iblis.Kuliah Maghrib penghayatan Arafah itu telah dianjurkan oleh Institutu Modal Insan Sejahtera ( I-MITS) kawasan Dungun bagi menjadikan pengisian kepada Masjid-masjid kerajaan di Sekitar DUN Bukit Besi. Turut hadir wakil I-Mits DUN Bukit Besi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat , Hanif Safwan Mansor, Ketua Belia I-MITS, DUN, Fikri Ibrahim, Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Cawangan Tangki Air, Mohd Zali Kassim, serta Setiausaha MPKK cawangan 1, Roslan Jusoh.
20 Aug 18
328
Empty Image
Pendapatan Nelayan Terjejas Akibat Hakisan Pantai
Ustaz Mohd Shafizi meninjau keadaan hakisan pantaiOleh: Mohd HelmiKUALA NERUS- Kejadian hakisan yang berlaku di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus semakin membimbangkan penduduk sekitar sehingga  menjejaskan sumber pencarian hasil laut nelayan di kawasan terbabit.Bagi memantau keadaan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail turun padang, baru-baru ini bagi meninjau  sejauh mana tahap kehakisan yang berlaku.Hasil tinjaun itu, Mohd Shafizi memberi keyakinan kepada penduduk setempat bahawa beliau akan bantu sedaya mungkin dengan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.Sementara itu, seorang wakil penduduk, Mohd Tahar Ali, berkata  dia ada menyuarakan kebimbangan masalah itu kepada pihak berkaitan sebelum ini untuk diambil tindakan sewajarnya.Katanya, umum mengetahui kejadian hakisan pantai di kawasan itu sudah lama berlaku dan lebih membimbangkan semakin hari semakin teruk sehingga mengakibatkan pelbagai kemudahan rosak.“Masalah ini dipercayai berpunca daripada projek penambakan laut untuk pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di mana turut mengakibatkan Pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot turut mengalami nasib yang sama.“Dia berharap pihak berwajib di bawah pimpinan Kerajaan PAS hari ini dapat membela nasib penduduk terutama golongan nelayan tempatan,”katanya
20 Aug 18
115
Empty Image
Lawatan Mobile Team Marang Kenal Pasti Bantuan Untuk Golongan Sasar
Oleh: Ahmad FadhilahMARANG – Kerjasama tiga agensi kerajaan melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjaya menggerakkan ‘Lawatan Mobile Team' Daerah Marang.Program berkonsepkan lawatan dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian untuk peserta terpilih yang boleh diagihkan dengan kadar segera.Timbalan Penyelia Institut modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Fatimah Mohamad berkata, seramai tiga peserta dari DUN berkenaan terpilih, masing-masing ialah pesakit strok Ghazali Deris dari Kampung Padang Pak Wan dan Zaimas Mohd dari Kampung Pak Madah serta golongan asnaf, Maini Che Mat dari Kampung Wakaf Dua, Tasek.Katanya, antara maklumat dan bantuan yang boleh diberikan melibatkan bantuan sara hidup, bantuan perubatan, bantuan lampin pakai buang, bantuan penjaga pesakit terlantar, bantuan sewa rumah dan bantuan kanak-kanak."Bantuan ini juga sejajar dengan program yang kita lancarkan dengan kerjasama tiga agensi ini , sekali gus dapat mengurangkan bebanan rakyat yang miskin serta memerlukan," katanya.Turut serta, Ahli Jawatankuasa MPKK setiap kampung berkenaan.Dalam pada itu, petugas dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempat menyediakan sumbangan berupa keperluan harian yang disampaikan oleh Puan Fatimah kepada peserta.
20 Aug 18
75
Empty Image
Iman Care Jalin Hubungan Antarabangsa Dengan UBJP
Foto : Saifullah MustaffaKUALA NERUS – Badan bukan kerajaan, Iman Care menjalinkan hubungan antarabangsa dengan United Bangsomoro Justice Party (UBJP) dalam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.Ketua Delegasi rombongan Iman Care, Dr Suhazeli Abdullah berkata, selain daripada melaksanakan amanah korban, Iman Care turut membuat khidmat komuniti rawatan kesihatan kepada penduduk di Basilan.“Objektif kita yang pertama sekali adalah ibadah korban dan akikah serta dalam masa yang sama kita akan buat khidmat komuniti.“Kita akan bagi al- Quran dan juga barang-barangan yang melibatkan sekolah  tahfiz,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas Meraikan delegasi Kemanusian program korban di Mindanao anjuran warga cakna dan Iman Care di Nr Café Tok Jembal, di sini, kelmarin (19 Ogos).Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengimbas nostalgia beliau ketika menyertai misi korban ke luar negara pada tahun-tahun sebelumnya.Namun beliau tidak dapat lagi untuk bersama-sama mana-mana misi korban kerana perkhidmatan sebagai pemimpin dan juga Exco Kerajaan Negeri.“Dulu selepas je raya Aidilfitri hari-hari kepala mikir pasal lembu (lembu korban) sebab nak capai sasaran untuk membolehkan perbelanjaan perjalanan dapat diatasi,“hari-hari hantar whatApss pasal lembu… kalau pergi pejabat saya duduk dalam kereta saya takkan keluar kereta masuk pejabat sehinggalah saya dapat tempahan korban seekor lembu,” jelasnya.Sehubungan itu, Dr Suhazeli yang juga Pakar Kesihatan Keluarga berkata, UBJP adalah salah satu daripada parti yang bergabung membentuk kerajaan sementara Mindanao.“Kali terakhir menaburkan khidmat di Marawi berhampiran dengan Basilan ialah kira-kira tujuh tahun yang lalu,”katanya.
20 Aug 18
313