Artikel "Komuniti" Terkini
Sinar Harapan Menjelang Tua
Haji Ghazali Sulaiman menyapa mesra salah seorang penghuni Rumah EhsanOleh: Adli MohamadDUNGUN - Waktu meniti usia tua, tiada yang diharapkan melainkan sinar harapan agar masih ada sekelumit kebahagiaan sebelum mata tertutup.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, tujuan lawatan adalah bagi memberi semangat bagi warga Rumah Ehsan."Rumah ini bukan semata-mata berfungsi sebagai rumah jagaan orang tua."Tetapi ianya juga sebagai rumah pesakit melarat yang tidak mempunyai pewaris," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Rumah Ehsan, Bukit Besi, baru-baru ini (21 Ogos)."Masih ada masyarakat yang prihatin terhadap nasib mereka," jelasnya.Menurutnya, mereka yang sakit melarat akan dirawat sehingga ke akhir hayat."Mereka akan dijaga dengan lebih terperinci dan mendapat rawatan rapi."Kebajikan mereka akan diberi perhatian dan dijaga penuh kasih sayang oleh doktor-doktor dan kakitangan di sini," ucapnya.Menurutnya, sesiapa yang hadir menziarahi rumah ini pasti akan merasa kagum kerana ada di antara penghuni itu menghabiskan waktunya dengan menghasilkan kraftangan, rantai tasbih, menjahit bantal dan sebagainya."Dalam keadaan sakit sebegitu, mereka masih mampu membuat hasil tangan yang kreatif."Walaupun dalam keadaan lumpuh sebelah, ada yang masih mampu melukis," ujarnya.Bahan-bahan yang digunakan itu disediakan oleh kakitangan. Hasil tangan mereka itu selalu dibeli oleh pelawat."Rumah ini sentiasa relevan dengan fungsinya agar penghuninya dijaga sepanjang masa, kebajikan pekerja dijaga dan program pengurusan stress adalah perlu."Selain itu, pekerja juga perlu disuntik motivasi kerana pekerjaan di Rumah Ehsan itu adalah kerja yang mulia dan mendapat pahala," tambahnya.Kunjungan ke Rumah Ehsan akan dijadikan aktiviti berkala dan bagi memastikan setiap keperluan Rumah Ehsan akan dapat diusahakan dengan sewajarnya.Sementara itu, Ketua Unit Pembangunan Sosial, Rosdi Hitam berkata, warga Rumah Ehsan itu disediakan kuliah agar jiwa mereka terisi dengan agama."Sudah lumrah, ada kalanya mereka akan diselubungi kesedihan."Justeru, pengisian agama amat diperlukan."Cuma sekarang tenaga pengajar yang ada tidak sepenuh masa, hanya datang sebulan sekali bagi mengajar," jelasnya.Menurutnya, menjaga warga Rumah Ehsan ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana akan berhadapan dengan pelbagai kerenah.Tambahnya lagi, Rumah Ehsan itu selalu dikunjungi Pelajar Politeknik bagi membaiki katil-katil penghuni."Kita memerlukan katil yang baru kerana yang lama sudah rosak."Buat masa ini kita terpaksa memakai khidmat pelajar politeknik Dungun bagi membaik pulih katil-katil penghuni," ujarnya.Turut hadir, wakil Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi.Timbalan Pengetua Rumah Ehsan, Puan Thani Ali berterima kasih dan mengharapkan agar kunjungan itu akan menjalinkan kerjasama yang bermanfaat pada masa akan datang.
23 Aug 18
576
Kenduri Perdana Kuala Nerus Meriah
Dato'Dr Khairuddin Aman Razali berbual mesra dengan wakil Rejimen Askar Melayu yang hadir.Oleh: Mohd Fairul NizamKUALA NERUS - Kenduri Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Kuala Nerus.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ini merupakan program tahunan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus."Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan membantu rakyat yang susah."Serta menjadi hadiah kepada orang yang berkeupayaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Kenduri Perdana Kuala Nerus di Padang Bola, Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, kelmarin (22 Ogos).Turut hadir, wakil Rejimen Askar Melayu Diraja dan badan-badan kerajaan.
23 Aug 18
41
Ibadah Korban Rapatkan Ukhuwah Tanpa Mengira Fahaman Politik
Maliaman bersama sebahagian petugas dan peserta korban pada kali iniHULU TERENGGANU:Ibadah Korban dapat merapatkan ukhuwah tanpa mengira fahaman politik malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong-royong dalam kalangan umat Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ibadat korban diadakan bersempena peristiwa Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail yang begitu banyak menyumbang pengajaran sekiranya ia dihayati.“Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juga hubungan sesama insan dalam masyarakat. Ibadat korban ini juga peluang baik untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain."Pada hari ini, sempena majlis korban yang dilaksanakan, kita dapat merapatkan hubungan ukhuwah tanpa mengira fahaman politik kerana kita jemput semua untuk bertugas tanpa mengira latar belakang mereka."Kerjasama sebegini sangat penting supaya dapat mewujudkan satu jaringan kerjasama dalam kalangan masyarakat walaupun dari latar belakang politik yang berbeza," katanya kepada pemberita di Majlis Korban Sempena Aidil Adha di kediamannya di Kampung Peroh, Ajil, di sini hari ini.Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dan dagingnya akan diagihkan di persekitaran sini termasuk di masak untuk hidangan orang ramai.Tambah Maliaman, penglibatan masyarakat amat menggalakkan dan membantu kelancaran program yang dianjurkan pada kali ini."Insha Allah pada tahun hadapan, kita akan buat dengan lebih baik, mungkin ada penambahan jumlah lembu dari lapan kepada 10 ekor supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas dan lebih ramai penduduk dapat merasainya.Sementara itu salah seorang peserta korban, Zakaria Mohammed dari Kampung Ajil berkata, tahun ini merupakan kali kelima beliau melaksanakan ibadah korban di kediaman Ustaz Maliaman dan amat berpuas hati dengan kelancarannya."Saya sudah lima tahun melakukan korban di sini kerana urusannya sangat mudah dari segi penyembelihan dan melapah pula dilakukan oleh petugas yang dilantik khas untuk melaksanakan kerja ini."Cuma yang berbeza pada tahun ini, Ustaz Maliaman bergelar ADUN tetapi ia tidak menjejaskan program tersebut malah merasa teruja kerana dapat bersama-sama beliau melaksanakan ibadah korban dalam suasana yang berbeza,"ujarnya.
23 Aug 18
75
Ibadah Korban Menjaga Hubungan Sesama Insan
Oleh:Norekwan MamatHULU BESUT- Ibadah korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatkan diri pada Allah bermula pada hari Adiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.Pegawai Penyelaras Ustaz Mat Daik Mohamad berkata “ Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juaga hubungan sesama insan dalam masyarakat”.Katanya, ibadah korban memberi peluang terbaik untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain.“Malah, hikmah korban termasuk memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.Beliau berkata ketika selesai upacara korban di pondok Ubudiyyah kampung Pasir Akar. sebanyak empat ekor lembu dikorbankan untuk adiladha tahun ini.Beliau merupakan pengasas mundir di pondok tersebut.
23 Aug 18
51
Berkorban Pertahankan Agama Islam
Oleh:Fidee AzizKUALA TERENGGANU- Berkorban bukan sahaja korban lembu, kambing dan kerbau malah lebih berkorban untuk mempertahankan agama Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Bukit Depu, Batu Buruk, di sini, hari iniBeliau memberitahu demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program ibadah korban anjuran Surau Bukit Depu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu.“Korban ini ialah ibadah kepada Allah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu, Zakaria Hamat, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gelong Gajah, Mohd Nasir Mohd Rusidi dan semua Ahli Jawatankuasa MPKK Bukit Depu.Program tersebut turut dihadiri kira-kira 40 orang penduduk kampung dan peserta yang menyertai korban lembu yang jenisnya Chevrolet.Muhammad Khalil menjelaskan antara cabaran paling besar bagi umat Islam di negara kita sekarang ialah cabaran Islam liberal, Islam plurisme dan Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama Islam tetapi hakikatnya mereka ingin membuang ajaran Islam.“Antara cabaran yang paling besar di negara kita ialah cabaran Islam liberal, cabaran Islam plurisme dan cabaran Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama islam tetapi hakikatnya mereka nak buang ajaran islam," katanya lagi.Sehubungan dengan itu, beliau juga menyatakan mereka yang bercakap tentang Islam dalam masa sama mempertahankan LGBT dan menjaga hak-hak bukan Islam lebih daripada hak-hak orang Islam.
23 Aug 18
154
Penyelaras DUN Langkap Laksana Korban Bersama Masyarakat
Azmi Maarof (tiga dari kiri) melapah daging bersama petugas.Oleh: Ariss AliasSETIU - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof turun padang menghadiri Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat.Menurutnya, program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Surau Haji Salleh ini amat baik kerana pengurusan ibadah qurban pada hari ini lebih sistematik dan teratur."Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat, hari ini (22 Ogos).Majlis bermula pada jam 9.30 pagi sejurus solat sunat Aidiladha.Sebanyak 3 ekor lembu ditumbangkan dan semua yang hadir terus menjalankan aktiviti melapah dan pembahagian daging.Beliau sendiri turut membantu melapah daging bersama penduduk kampung.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Rahmat, Nordin Jusoh dan Pengerusi MPKK Kampung Rahmat, Nordin Hamid.
22 Aug 18
93
ADUN Kemasik Laksana Korban Di Tiga Lokasi
Oleh: Ahmad Syahid AdnanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menyempurnakan ibadah korban di tiga lokasi yang berbeza."Alhamdulillah, di hari yang penuh dengan barakah ini, saya diamanahkan untuk menjadi penyembelih haiwan korban di tiga lokasi berbeza, satu di Masjid Lama Kampung Baru, satu di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Kerteh dan di Kampung Baru Kemasik", ujarnya.Beliau berkata demikian setelah selesai melaksanakan tugasnya pada 10.30 pagi tadi di salah satu lokasi penyembelihan, iaitu di Gelanggang Futsal Kampung Baru Kemasik.I"Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang melibatkan diri dalam menghidupkan ibadah dalam memperingati pengorbanan kekasih Allah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s", tambahnya.Turut hadir, semua MPKK Kampung Baru Kemasik, serta Kampung Baru Kerteh.
22 Aug 18
85
20 Rumah Rosak Akibat Ribut
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Dalam keghairahan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha penduduk Jerangau telah dikejutkan dengan angin yang kencang sehingga mengakibatkan 20 rumah rosak.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN ), berkata kejadian ribut di kampung itu berlaku kira- kira jam 4.30 petang sehingga mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk dan bekalan elektrik terputus."Kita telah memaklumkan pada Tenaga Nasional Berhad yang berdekatan agar menyegerakan untuk diambil tindakan segera, " katanya.Sementara itu, menurut Mohd Zuki Ali yang merupakan Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di mana rumahnya turut dihempap pokok yang besar serta terkena atap rumahnya kejadian yang berlaku itu disedarinya kerana mendengar angin yang kencang dan melihat pokok sekeliling bergoncang dengan kuat." Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat diatas bumbung rumah saya kerana dihempap pokok dan telah mengakibatkan atap rumah telah pecah," jelas beliau.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Arfan Tahir menyatakan kemudahan berkomunikasi melalui media sosial (whatsapp) memudahkan penduduk kampung berhubung dan segera serta cepat mengetahui rumah yang telah terkena musibah."Apabila mengetahui maklumat rumah mana yang menjadi mangsa kejadian,"Saya segera pergi mengambil keterangan mangsa dan profil peribadi mangsa agar tindakan untuk melaporkan pada pihak polis," katanya.Menurutnya beliau bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Penyelas Dun Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman yang cepat bertindak, serta penduduk kampung yang segera membanting tulang agar segala proses membersihkan pokok yang tumbang, serta melihat keadaan rumah mangsa dengan jumlah yang begitu banyak menjadi mudah dan senang."Kesungguhan yang diberikan oleh penduduk adalah diatas rasa tanggungjawab berada didalam satu komuniti,"Lebih-lebih lagilah esok (hari ini) merupakan Hari yang bermakan buat umat islam iaiti hari Raya aidiladha," ucapnya..
22 Aug 18
34
Agihan Daging Korban Utamakan Golongan Asnaf
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Ibadah korban yang dilakukan serta dikhususkan pada Hari Raya Aidiladha akan lebih bermakna sekiranya daging agihan korban itu dipastikan agihan sampai pada Asnaf yang memerlukan.Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi menyifatkan Ibadah korban akan dapat mendidik jiwa Umat Islam akan lebih prihatin dan lebih kasih kepada golongan yang memerlukan."Mereka sudah tentu sukar untuk menikmati akan kelazatan dan keenakan daging lembu atau kambing sebagaimana mereka yang mampu," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Agihan Daging Korban di Surau Seren, Bukit Besi pada Rabu 22 Ogos.Menurutnya, di antara hikmah melakukan sembelihan korban yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia dapat memperlihatkan serta menzahirkan Islam islam adalah agama yang mengajar penganutnya agar saling sayang meyanyangi diantara sesama umat Islam." Sudah tentu akan terlahir rasa syukur kepada penerima dan bertambahlah pahala bagi orang yang memberi diatas keikhlasanya," katanya.Beliau turut menambah Ibadah Korban yang dilakukan setahun sekali itu biarlah bererti jangan hanya daging itu berlegar sesama ahli keluarga dan sanak-saudara yang mempunyai kemapuan, adalah lebih baik jika ianya benar-benar sampai kepada yang memerlukan, " katanya."Bagi memastikan daging ini benar-benar sampai kepada asnaf,"Kita telah mempunyai data e-Kasih dalam simpanan, di mana kita semak data tersebut untuk kita agihkan kepada mereka," ucapnya.Beliau berharap agar pada tahun akan datang penyertaaan korban akan lebih bertambah agar agihan akan dapat dilakukan dengan menyeluruh dan jumlah yang diagihkan akan semakin bertamabah," ucapnya lagi.
22 Aug 18
365
Penyelaras DUN Permaisuri; Perutusan Hari Raya Aidiladha
Ustaz Zul Bhari A RahmanAssalamualaikum wbtلَبًَيْكَ الهُمَّ لَبَّيّكَ . لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ .اٍِنَّ الْحَْمْدَ وّالنِّعمَۃَ لَكََ والْمُلْكَ لَا شَرِ يّكَ لَكَAku datang memenuhi panggilan Mu Ya AllahAku datang memenuhi panggilan Mu.Aku datang memenuhi panggilan Mu tidak ada sekutu bagiMu.Aku datang memenuhi panggilanMu.Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik Mu.Tidak ada sekutu bagi Mu.Salam AidilAdha untuk semua warga Daerah Setiu Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri khususnya dan seluruh Warga Darul Iman amnya juga seluruh umat Islam.Bersempena dengan ketibaan 10 Zulhijjah yang penuh dengan keberkatan ini, saya mengambil kesempatan daripada bumi Haramain Makkah Al-Mukarramah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban.Mudah mudahan, Aidil Adha pada tahun ini akan memantapkan lagi semangat perjuangan mempertahankan agama Allah SWT dengan mengambil ibrah sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail alaihissalam.Semoga dengannya akan mewujudkan semangat kerja jamaie dalam usaha mempertahankan kemenangan dan berusaha membawa negeri Terengganu Darul Iman kearah mencapai hasrat "Maju Berkat dan Sejahtera", maka marilah sama-sama kita memulakan langkah untuk melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan sebanyak yang termampu, agar kita tergolong di kalangan hamba Allah yang bersyukur.Mudah mudahan kita semua akan diberi keutamaan dan kelebihan, juga diberi kemudahan dalam semua urusan yang menuntut pergorbanan yang tidak kecil daripada kita semua.Selamat Hari Raya AidiladhaSalam Perjuangan.Wassalam.Zul Bhari A Rahman07 Zulhijjah 143919 Ogos 2018Makkah Al-Mukarramah
22 Aug 18
274