Artikel "Komuniti" Terkini
Pusat Khidmat Bergerak Bantu Ringan Beban Masyarakat
Haji Amzad Hashim (kanan) berucap kepada hadirin di Pusat Khidmat Bergerak.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Bergerak yang telah berlangsung kali kedua ini menjadi tumpuan orang ramai.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sukar untuk ke pusat kesihatan atas alasan-alasan tertentu."Jadi, kami mengambil inisiatif ini bagi mempermudahkan golongan-golongan ini membuat pemeriksaan kesihatan secara bergerak dan percuma,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Pusat Khidmat Bergerak di Surau Kampung Ladang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, semalam (24 Ogos).Program ini bertujuan untuk memastikan penduduk setempat yang sukar ke pusat kesihatan agar mendapat kemudahan memeriksa kesihatan yang dijalankan secara percuma serta layanan yang baik oleh pegawai kesihatan yang bertugas.Pegawai kesihatan ini merupakan sukarelawan yang secara sukarela membantu kerja kemasyarakatan di bawah Persatuan Kuala Terengganu Medical Team.Pusat Khidmat Bergerak ini merupakan program bulanan yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu yang setiap 1 bulan akan beroperasi di 1 Dun di dalam Parlimen Kuala Terengganu.Kira-kira 40 hingga 60 orang kampung hadir bagi memeriksa kesihatan secara percuma.Terdahulu, Pusat Khidmat Bergerak ini diadakan di Kampung Tokku. Kali ini pula bertapak di Surau Kampung Ladang atau lebih dikenali sebagai Surau Ustaz Azhar.Turut hadir, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ladang.
25 Aug 18
28
Kampung Makmur Sejahtera
Cikgu Alias Harun (kanan) menyampaikan watikah pelantikan MPKK kepada jawatankuasa.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mestilah sentiasa berusaha menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menjadikan kampung seliaan mereka makmur dan sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, MPKK memikul amanah yang berat dan ianya perlu mendapat kerjasama semua.“Satu kerja tidak boleh dibuat seorang diri, tetapi beramai -ramai, barulah kampung kita aman dan kita akan hidup di dalam kemakmuran,” jelas beliau.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kenduri Qurban 2018 MPKK Alor Mak Bah Batu Putih di Balai Raya Kampung Alor Mak Bah, pada Jumaat, 24 Ogos.Oleh itu, beliau berharap MPPK dan penduduk kampung mestilah sentiasa mengadakan majlis dialog atau perbincangan.“Kita tidak mahu keputusan itu daripada satu kepala semata-mata dan mestilah menjadi orang yang adil kepada orang berhak,” ujar beliau lagi.Di majlis tersebut juga, seramai 15 orang ahli MPKK kampung tersebut telah menerima watikah perlantikan daripada Cikgu Alias Harun.Justeru, beliau mengesyorkan agar setiap kampung menubuhkan skuad cakna bagi menjaga kesejahteraan penduduk.“Selepas ini kita akan minta kampung, setelah diisytiharkan, kita akan minta Skuad Cakna, iaitu skuad jaga (keselamatan) kampung," katanya.Tambahnya, kumpulan prihatin rakyat itu akan memudahkan sebarang masalah serta rungutan masyarakat didengar dan diselesaikan.
24 Aug 18
168
Enam Pasukan Meriahkan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Bukit
Oleh : Ariss AliasSetiuKejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Kampung Bukit, di sini, menarik penyertaan enam pasukan yang diwakili warga belia dan veteran.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit yang bermula semalam berakhir hari ini berjaya merapatkan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan di kalangan peserta."Saya amat gembira melihat sambutan oleh penduduk kampung terhadap kejohanan ini dan insyaAllah kita akan mengadakan kejohanan bola sepak yang lebih besar di peringkat DUN selepas ini,"katanya di majlis penutup dan penyampaian hadiah, hari ini.Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Pusat Khidmat DUN Langkap, Ahmad Mohd Nor, Pengerusi MPKK Kampung Bukit, Zulkifli Mahmood Chen dan Pengerusi MPKK Tayor Tengah, Encik Mazlan Musa.Kejohanan ini menarik kehadiran ramai penduduk kampung yang menyokong pasukan masing-masing.Program turut dimeriahkan dengan pasukan bola sepak remaja Sekolah Sukan Bukit Nenas yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kampung Bukit.
24 Aug 18
281
400 Serikan Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Hulu Terengganu
Ustaz Maliaman berucap kepada para jemaah yang hadir.Oleh: Muhammad Najib IsmailProgram Penghayatan Hari Arafah Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 21 Ogos lalu di Masjid As-Saajidin, Kampung Tok Gebok, Ajil Hulu Terengganu.Kira-kira 400 penduduk sekitar hadir menyerikan majlis tersebut yang dimuatkan dengan aktiviti keilmuan dan keagamaan seperti quran hours, tadarus, munajat, zikir, doa, iftar jamaie, solat Maghrib, takbir raya serta kuliah maghrib.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim dalam ucapannya mengingatkan agar kita memperingati lima pengorbanan yang berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi iaitu pengorbanan pertama yang berlaku pada zaman Nabi Adam yaitu pengorbanan yang dilakukan oleh anak beliau, Habil dan Qabil. Habil mengorbankan seekor kambing yang terbaik, manakala Qabil mengorbankan sayur-sayuran yang tidak elok. Akhirnya korban Habil yang diterima Allah.Pengorbanan kedua yang dilakukan Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail, dan beliau redha dan menuruti perintah Allah itu dengan ikhlas tanpa sebarang ragu-ragu. Akhirnya pengorbanan tersebut digantikan Allah dengan seekor kambing yang besar dan Nabi Ismail tidak terkorban.Pengorbanan ketiga adalah pengorbanan Abdul Mutallib yang bernazar untuk mengorbankan seorang anaknya sekiranya dia mendapat 10 orang anak lelaki. Dan beliau mendapat 11 anak lelaki. Tetapi pengorbanan tersebut telah digantikan dengan 100 ekor unta sebagai ganti nazar beliau.Ujar beliau lagi dalam kuliah maghribnya, pengorbanan keempat adalah pengorbanan para ulama. Contoh paling dekat adalah Abdul Rahman Limbong dalam peristiwa Kampung Padang Kacong, Telemong. 10 orang sahabat beliau telah dibunuh oleh pihak Inggeris kerana mempertahan Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman Limbong.Pengorbanan terakhir adalah pengorbanan yang kita akan laksanakan sekarang untuk melakukan ibadah korban dengan menggunakan duit poket kita sendiri, bukan mengharapkan pengorbanan dari pihak lain."Akhirnya semoga kita dapat melaksanakan ibadah korban pada tahun ini dengan sebaik-baiknya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Bukan sibuk nak buat kenduri untuk keluarga atau sebagainya. Betulkan niat dalam diri kita bahawa bahawa ibadah korban ini adalah untuk dibahagikan kepada orang yang berhak." tegas beliau.Beliau juga turut memperkenalkan sahabat cina yang baru memeluk Islam yang juga peniaga kedai tayar di Pekan Ajil, saudara Lee.
24 Aug 18
88
Rai Aidiladha Bersama Masyarakat Setempat
Ustaz Ariffin Deraman (dua dari kanan) menyembelih lembu korban.Oleh: Ahmad Fadhilah“Apa yang saya lihat hari ini ialah penyatuan umat islam bekerjasama dalam menjayakan ibadah korban. Ramai anak muda turut serta bergotong-royong melapah daging."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput saya serta semua yang terlibat dalam ibadah korban hari ini” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman.Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkesempatan turun padang bagi meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban bersama masyarakat kampung.Ariffin turut melaungkan takbir raya bersama masyarakat di Surau Kampung Banggol Durian dan seterusnya mengimamkan solat sunat Aidiladha serta menyampaikan khutbah raya.Beliau turut melakukan penyembelihan pertama di Kampung Banggol Durian pada jam 9 pagi setelah selesai solat sunat Aidiladha. Seterusnya di Kampung Banggol Katong dan Kampung Baharu Serada. Lebih 10 ekor lembu berjaya dikorbankan.Disamping itu, beliau juga sempat melawat beberapa tempat penyembelihan salah satunya di Kampung Pengkalan Setar dan Kampung Barang.
24 Aug 18
38
Ibadah Qurban PERKIM Bersama Ustaz Ariffin Deraman
Ustaz Ariffin Deraman (tiga dari kanan) menyembelih lembu korban.Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Terengganu telah menjalani ibadah qurban bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Penolong Pegawai PERKIM, Rosnaliza Ahmadiah berkata,sebanyak 5 ekor lembu berjaya disembelih oleh Ustaz Ariffin Deraman."Sebahagian daging qurban akan diserahkan kepada PERKIM untuk agihan manakala sebahagian daging qurban lagi adalah hak milik persendirian."Di samping itu juga, majlis ibadah qurban ini merupakan acara tahunan bagi PERKIM," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban PERKIM di perkarangan Pejabat PERKIM, semalam (23 Ogos).Lebih 100 orang hadir dalam program ibadah qurban PERKIM. Antaranya ialah petugas PERKIM, mualaf, sukarelawan PERKIM dan juga penduduk setempat.Pada Sabtu ini, 25 Ogos 2018, PERKIM dengan kerjasama cawangan Kampung Baharu Serada akan menyempurnakan ibadah qurban sekali lagi di Kampung Baharu Serada dengan binatang korban sebanyak 5 ekor lembu.
24 Aug 18
56
Kerajaan Negeri Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Lemas
Hanafiah MatKEMAMAN - Kerajaan Negeri Terengganu akan menghulurkan bantuan kepada tiga keluarga mangsa yang lemas ketika mandi- manda di Pantai Teluk Kalong bersama empat lagi rakannya yang lain pada hari Khamis (23 Ogos) bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan , Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sumbangan yang diberikan sebagai tanda prihatin kerajaan negeri serta melahirkan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa."Bantuan berupa wang tunai akan diberikan kepada keluarga mangsa sebagai satu usaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa di samping kita akan memikirkan bantuan yang lain untuk meringankan beban mereka," katanya.Hanafiah ( dua dari kiri ) diberikan taklimat berkenaan operasi mencari dan menyelamat oleh pegawai operasi dari PDRM.Hanafiah yang melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut berkata, kejadian yang berlaku sangat mengejutkannya kerana ianya berlaku pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha dan ketika kejadian ketiga - tiga mangsa sedang menghabiskan masa cuti mereka berkelah di pantai tersebut."Ini amat mengejutkan saya kerana di lokasi yang sama pada tiga tahun lepas sudah berlaku kejadian yang sama dan hari ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian lemas dan kali ini ianya meragut nyawa tiga orang," katanya ketika ditemui oleh pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.Tambah Hanfiah, kejadian yang berlaku adalah satu ujian dari Allah dan beliau berharap supaya keluarga tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari kesemua mangsa.Hanfiah ( kiri ) bertemu keluarga mangsa di lokasi kejadian.Pada masa yang sama, Hanafiah juga mengingatkan orang ramai supaya dapat mematuhi amaran papan tanda bahaya yang telah disediakan oleh pihak berwajib di kawasan pantai tersebut dan berharap orang ramai lebih peka dengan keadaan cuaca di kawasan pantai sekiranya mahu melakukan sebarang aktiviti."Banyak papan tanda amaran sudah diletakkan di sekitar pantai tersebut namun masih ada yang engkar dengan amaran tersebut dan pada malam ini sudah berlaku kehilangan nyawa dan kita tidak mahu ada lagi kehilangan nyawa akibat dari sikap tidak acuh ini, " katanya.Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim , Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain. Sehingga jam 12.00 tengah malam tadi, ketiga - tiga mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di sepanjang persisir pantai tersebut sebelum ianya diteruskan pada skala yang lebih besar pada pagi tadi.
23 Aug 18
45
Tiga Sahabat Lemas
Khairil Ikmal Danial ZamzuradiShahir Aqil ShahrunAhmad Daniel Firdaus ZubirKEMAMAN - Kegembiraan tujuh orang sahabat mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian pada jam 6.30 petang, semalam.Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim, Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.Ketika kejadian, kesemua mereka yang tinggal di daerah kemaman datang ke pantai tersebut pada jam 5.00 petang untuk berkelah sempena menghabiskan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan turun untuk mandi di pantai tersebut pada jam 6.00 petang.Ahmad Haikal ZaabaMenurut salah seorang rakan mangsa, Ahmad Haikal Zaaba, 19 , ketika ditemui berkata, ketika sedang mandi- manda, dia terdengar Mohd Daniel Firdaus menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tengah laut sebelum dua lagi mangsa bertindak menolongnya."Mula-mula kawan saya (mangsa) cuba menolong namun dia turut hanyut dan seorang lagi cuba menolong namun turut dihanyutkan ombak dan selepas itu kami cuba menolong namun kami juga hampir dihanyutkan ombak menyebabkan kami berpatah semula ke darat untuk meminta bantuan."Lima minit kemudian penduduk kampung datang untuk memberikan bantuan dan cuba mencari dengan menggunakan dua bot namun ombak besar menghalang bot dari keluar dari situ dan selepas itu ketiga-tiga kawan saya sudah tidak kelihatan," katanya.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai , Penguasa Kanan Bomba, Zailani Mohamad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berkenaan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa orang anggota.Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian " surface " bagi mencari ketiga - tiga mangsa yang lemas.Menurut Zailani, operasi mencari dan menyelamat pada sebelah malam dilakukan di sepanjang persisir pantai bersama kekuatan 55 orang anggota dari pelbagai agensi bermula dari lokasi kali terakhir ketiga-tiga mangsa dilihat ."Operasi kita pada malam tadi diteruskan lagi dengan membuat peninjauan di sekitar .radius lima ratus meter di kanan dan kiri lokasi terakhir dipercayai lemas dan keanggotaan dan operasi pada malam ini dibantu oleh lain-lain agensi seperti pihak polis dan juga dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pihak Maritim Malaysia," katanya.Operasi mencari dan menyelamat di laut dimulakan pada jam 7.00 pagi hari ini melibatkan pencarian di dasar laut pada skala radius yang besar serta aktiviti penyelaman akan dilakukan di sekitar kawasan lokasi ketiga - tiga mangsa hilang.
23 Aug 18
52
91 Ekor Binatang Korban dan Aqiqah Perdana di MDQ
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang turut hadir meraikan Program Korban Perdana di MDQ.Oleh: Aziz HambaliMARANG - Sebanyak 91 ekor lembu telah dikorbankan sempena Aidiladha di tapak perkarangan asrama banin Maahad Darul Quran (MDQ).Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh mengucapkan terima kasih dan syukur kerana dapat menyambut ibadah tersebut bersama orang ramai.“Alhamdulillah, di Maahad Darul Quran hari ini, kita sembelih 46 ekor kambing dan 45 ekor lembu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 91 ekor.“Qurban ini adalah untuk memberi makan kepada anak-anak penuntut ilmu di sini sekitar 1,000 orang lebih," ujarnya.Menurutnya, pembinaan kini sedang giat dilaksanakan bagi menyiapkan bangunan tiga tingkat meliputi dewan memasak dan dewan umum. Anggaran kos yang diperlukan adalah RM15 juta.Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Program Qurban dan Aqiqah Korban Perdana 1439H, anjuran sekolah rakyat itu, semalam (23 Ogos).Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh negara pada hari ini memberikan makna yang besar kepada erti pengorbanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.Sementara itu, Pengarah Program, Ustaz Haji Rozman Awang berkata, program ini dibuat secara tahunan."Konsep yang dibuat oleh pihak maahad ialah peserta akan mendapat saguhati sebanyak 2 kilogram daging dan yang selebihnya akan diagihkan kepada pihak maahad untuk pelajar-pelajar merasai daging qurban yang disumbangkan oleh orang ramai,” jelasnya.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempena perayaan tersebut berkata, hari raya ini kita menyembelih binatang ternakan, ianya tidak sama dengan sembelihan memuja syaitan yang diamalkan oleh penganut agama lain.“Kita menyembelih kerana Allah dan membuat kebajikan sesama kita dengan perintah Allah."Jadikanlah hari raya ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupan di dunia dan keselamatan di akhirat,” tegasnya.Turut hadir, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.
23 Aug 18
264
Program Korban Satukan Ummah
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menyapa petugas korbanOleh: Mohd AsrafDUNGUN - Program Korban Jama’i yang saban tahun diadakan di surau ini dapat mengeratkan hubungan sesama warga kampung.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, Hari Raya Aidiladha yang disambut setiap tahun bukanlah tentang korban binatang ternakan semata-mata."Namun ia melibatkan pengorbanan dalam kehidupan seharian kita termasuklah harta benda dan jiwa raga.“Ianya tentang berapa banyak yang mampu kita korbankan demi agama kerana kita melihat Islam di akhir zaman semakin ditekan dan dihimpit."Maka itulah salah satu pengorbanan yang seharusnya kita rasai," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas semasa Program Korban Jama’i anjuran Surau Haji Wan Ismail di Jalan Melati, Sura Dungun, semalam (23 Ogos).Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Melati, Haji Azahar Mohammad berkata, acara korban jama’i hari ini melibatkan tujuh ekor lembu.“Kita telah membentuk satu jawatankuasa bersama surau bagi memudahkan pengurusan," katanya.Pengerusi Surau Haji Wan Ismail, Haji Saary Awang bersyukur kerana program korban yang diadakan setiap tahun ini semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat.“Kita amat gembira dan bersyukur dengan sambutan acara korban ini kerana setiap tahun semakin meningkat penyertaannya dan berharap program seperti ini akan berterusan demi mengeratkan silaturrahim sesama jiran dan jemaah surau," tambahnya.Sebanyak 50 buah rumah daripada golongan asnaf Kampung Jalan Melati mendapat sumbangan daging yang diagihkan oleh jawatankuasa program tersebut.
23 Aug 18
80