lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Salur Bantuan PMR Zon A Kemaman
Haji Hanafiah Mat (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Aliffah Hanisfarhana SuhaidiKEMAMAN - Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan kepada 65 penerima dalam Program Membantu Rakyat (PMR) Zon A Daerah Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau diberi kesempatan untuk membantu rakyat dengan menghulurkan sedikit sumbangan barangan dapur.“Saya berharap dengan sedikit sumbangan yang diberi dapat meringankan beban bagi orang yang kurang berkemampuan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Membantu Rakyat (PMR) yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Chukai, semalam (26 Ogos).Menurut Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, beliau mengambil kesempatan untuk memberitahu beberapa perkara berkenaan janji-janji manifesto sewaktu Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).“Antara yang kita akan bentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Disember ini adalah kerajaan akan membayar sebanyak RM300 bagi remaja dan orang muda yang ingin mengambil lesen motosikal pada tahun hadapan .“Selain itu, pada tahun hadapan juga, warga emas berumur 65 tahun ke atas yang tidak menerima sebarang bantuan serta bukan pesara kerajaan akan menerima bantuan wang sebanyak RM50 sebulan bermula tahun hadapan."Selain itu, pesakit-pesakit yang masuk ke wad kelas tiga tidak akan dikenakan sebarang bayaran perubatan," katanya.Acara program berkenaan dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Haji Hanafiah Mat dan pemberian bantuan yang berupa barangan dapur seperti beras, gula, susu dan lain-lain.Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri Cukai, Ustazah Fainah Mat, Ahli Jawatankuasa DUN Chukai dan Ahli Jawatankuasa Pemuda DUN Chukai serta Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
26 Aug 18
783
Empty Image
Jaga Kebersihan, Bersiap Hadapi Musim Tengkujuh
Petugas sukarelawan bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekitar.Oleh: Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Walaupun wabak denggi sudah terkawal, orang ramai diminta mengambil perhatian dan menjaga kebersihan serta bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah berkata, pada tahun 2016 yang lalu kawasan Bandar paling teruk diserang wabak bawaan nyamuk Aedes itu."Tiga minggu lepas denggi masih terkawal, tidak seperti mana tahun-tahun yang lepas."Tahun 2016 kita paling teruk diserang denggi."Alhamdulillah, tindakan pantas Pejabat Kesihatan dan penduduk setempat menyebabkan keadaan sekarang dah terkawal," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, semalam (26 Ogos).Ustaz Ahmad Shah yang juga Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata, usaha yang diambil oleh cawangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Ku Cabang 3 dengan kerjasama MPKK Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran dan MPKK Masjid Tok Ku  menganjurkan gotong royong adalah sangat terpuji.Oleh itu, beliau menasihatkan masyarakat setempat agar berhati-hati dan memastikan kebersihan rumah masing-masing."Walaubagaimanapun kita mesti berhati-hati kerana nyamuk yang membawa wabak ini masih aktif."Penduduk mesti sentiasa memastikan kawasan rumah tiada air yang bertakung,” kata beliau.Menurutnya, baliau menyarankan agar penduduk mengambil pendekatan mencegah dengan memastikan penyakit tidak merebak pada musim tengkujuh."Saya nasihatkan agar masyarakat setempat mengambil pendekatan mencegah dan bersedia dari segala kemungkinan tertutama dari sudut kebersihan tempat makan dan minum serta di sekitar kawasan rumah."Saya mengharapkan agar semua orang ambil peranan supaya penyakit yang ada tidak merebak," ujarnya lagi.Sementara itu, Pengerusi MPKK Tok Ku Cabang Tiga, Syed Abdullah Syed Agil berkata, penganjuran program gotong-royong perdana itu sebahagian usaha membasmi penularan wabak berkenaan.“Usaha ini menghindarkan masyarakat daripada dijangkiti denggi di samping menyahut seruan kerajaan yang meminta semua agensi kerajaan membantu menghapuskan pembiakan nyamuk aedes."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.
26 Aug 18
84
Empty Image
Pusat Aktiviti Warga Emas Di Hulu Terengganu Bakal Beroperasi
Pegawai JKM, Norazmy bersama pegawainya meninjau tapak bangunan yang sedang dibaik pulih untuk dijadikan Pusat Aktiviti Warga Emas di Kuala Berang.HULU TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Terengganu bakal mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang memberi manfaat dan impak positif kepada warga emas sekitar daerah ini.Pegawainya, Norazmy Adenan berkata, PAWE akan menyediakan aktiviti dan program secara percuma untuk kumpulan sasarnya dalam kalangan warga emas, berusia 60 tahun dan ke atas."Sebenarnya PAWE adalah persediaan dalam menghadapi status negara tua menjelang 2035."Melaluinya, kita tidak mahu menempatkan warga emas di pusat penjagaan orang tua, berikutan kebanyakan mereka masih kuat dan mampu berdikari dan menjadikan pusat ini sebagai pusat integrasi perkongsian ilmu kepada generasi baru."Kewujudan PAWE membantu mengurangkan kemungkinan anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dan pada masa sama, ia dapat mengelakkan warga emas daripada kesunyian dan tidak melakukan sebarang aktiviti di rumah ketika anak keluar bekerja," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat tapak projek di Kuala Berang, di sini hari ini (26 Ogos).Justeru, antara pengisian program di pusat berkenaan akan menjurus kepada aspek keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, pemeriksaan kesihatan dan latihan bersesuaian.Kata Norazmy, ia sesuai dengan objektif penubuhannya bagi memanfaatkan masa terluang dalam kalangan warga emas  menyertai aktiviti berfaedah seperti terapi muzik, senaman dan sebagainya yang boleh dilakukan bersama-sama di pusat itu nanti.Tambahnya, PAWE yang kini dalam proses baik pulih sejak awal Ogos akan beroperasi sepenuhnya pada awal Oktober 2018 dan dijangka boleh memuatkan 40 warga emas dalam satu masa."Pengurusan PAWE akan diuruskan oleh Kelab Warga Emas Kuala Berang yang dipengerusikan oleh Tengah Abu Bakar dengan pantauan pihak JKM  dengan bantuan seorang penyelia dan dua petugas yang bakal ditempatkan di pusat berkenaan."Pihak kami berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang menyumbangkan RM80,000  bagi tujuan pembersihan, pembaikian kecil dan pembelian aset termasuk RM33,000 geran pengoperasian untuk setahun," katanya lagi.Pihaknya juga mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang meluluskan bangunan sedia ada untuk dijadikan pusat asuhan ini dengan kadar segera.
26 Aug 18
1083
Empty Image
i-MiTS DUN Manir Mengorak Langkah
Ustaz Hilmi Harun (kiri) berucap dalam program tersebut.Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan membantu memudahkan kerja-kerja khususnya dalam menjana kekuatan kerajaan supaya menepati moto Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, pegawai dan kakitangan i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir berperanan menjalankan kerja dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti seperti mana yang telah digariskan oleh kerajaan negeri."Ikatan akidah yang kuat perlu ada di antara rakyat dan pemimpin serta Allah.“Saya menaruh keyakinan sepenuhnya semua yang baharu dilantik adalah yang terbaik yang akan memberikan komitmen yang terbaik kepada kerajaan negeri.“i-MiTS merupakan usaha kepada pembinaan modal insan, dan kita akan menggarap jiwa masyarakat bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis,” jelasnya.Tambah beliau, mereka yang terpilih adalah ketentuan Allah supaya mengalas tugas dengan sebaik mungkin dan sewajarnya.“Allah memilih kita sebagai pemimpin kerana hendak memberi pahala atas usaha, pertolongan, bantuan dan khidmat kepada masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Solat Hajat dan Pembukaan Pejabat i-MiTS di Kampung Pulau Bahagia, Manir, semalam (25 Ogos).Sementara itu, Pemangku Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Ustaz Ismail Osman telah menyentuh perihal kewajipan pemimpin menjalankan amanah dan hubung kait dengan dosa pahala yang menentukan syurga atau neraka dalam tazkirahnya.Lebih dari 100 orang hadir dalam program solat hajat ini dengan jemputan terdiri dari seluruh jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN Manir.Selain itu, jemputan juga terdiri daripada imam-imam, bilal-bilal masjid dan penghulu di dalam DUN Manir.Program diakhiri dengan sedikit jamuan kepada hadirin dan semua jemputan.
26 Aug 18
230
Empty Image
Batu Rakit Care Anjur Program Cakna Ibu Tunggal
Oleh: Helmi Abdul SalamBatu Rakit Care dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah menganjurkan Program Cakna Ibu Tunggal DUN Batu Rakit, bertempat di Dewan Serbaguna Maras, Kuala Nerus semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Matberkata, program tersebut bertujuan memberi penerangan berkaitan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan ibu tunggal.“Masih ramai dalam kalangan ibu tunggal yang tidak mengetahui bantuan yang sepatutnya mereka layak untuk mohon. “Antara agensi yang hadir dalam menerangkan hal-hal berkaitan termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Daerah Setiu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu,” ujarnya ketika berucap merasmikan program yang dihadiri kira-kira 235 orang ibu tunggal daerah itu.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pengerusi Batu Rakit Care Pauzi Muda.Hanafiah berkata, rakyat negeri ini tidak perlu bimbang terhadap pemerintahan kerajaan PAS, kerana konsep kerajaan pada hari ini adalah sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat yang berkelayakan tanpa mengira fahaman politik.“Kita tidak akan melakukan pembaziran projek seperti mana pada zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu yang mana terdapat golongan yang berkelayakan tidak mendapat apa-apa bantuan sepatutnya.“ Sebaliknya, kita akan pastikan semua golongan ibu tunggal akan mendapat bantuan yang seadilnya daripada kerajaan sekarang agar semua dapat hidup aman damai," ujarnya.
25 Aug 18
239
Empty Image
Ambil Iktibar Dari Peristiwa Korban
Oleh : Afiq M.Zaid"Pengorbanan yang besar dilakukan oleh Nabi Ibrahim adalah sebagai tanda Ketaqwaan kepada Allah, mari kita bersama mengambil ibrah dan iktibar dari peristiwa tersebut." kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera , baru-baru ini. Program tersebut dihadiri kira-kira 300 orang termasuk penduduk kampung, peserta yang menyertai ibadah korban dan penerima sumbangan.Beliau juga turut mengagihkan sumbangan daging kepada penduduk setempat."Saya sangat berharap semoga Korban Perdana ini dapat meninggalkan sedikit sebanyak kesan yang positif kepada semua yang hadir," ujarnya.Beliau juga menyatakan budaya islam seperti bersedekah, menziarahi dan bantu membantu perlu dipupuk bagi menghayati erti sebenar Hari Raya Korban.
25 Aug 18
102
Empty Image
Jenazah Dua Mangsa Lemas Dituntut Keluarga
Saudara mara dan rakan handai berkumpul di Unit Forensik untuk proses menuntut jenazah.KEMAMAN - Jenazah dua sahabat yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Kalong telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing tengahari tadi. Jenazah Ahmad Daniel Firdaus Zubir dan Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi dituntut oleh keluarga pada jam 2.00  dan 3.00 petang selepas selesai proses memandi dan mengafankan jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman.Suasana pilu dapat dilihat apabila lebih tiga ratus orang ahli keluarga dan sahabat handai dari kedua - dua belah keluarga hadir untuk melawat jenazah dan turut melakukan solat jenazah. Zamzuradi OthmanBapa arwah Khairil Ikmal,  Zamzuradi Othman, 46, berkata dia yang mewakili semua keluarga mangsa berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga kesemua mangsa dan anaknya ditemui. Katanya,  hatinya sangat risau selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui jenazah anaknya,  kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. "Sepanjang pencarian itu,  saya sangat risau dan berdoa serta mengadakan solat hajat agar anak segera ditemui dan mayatnya tidak keluar ke tengah laut. Saya bersyukur arwah ditemui dan saya berpuas hati apabila mendapati jenazah anak saya itu ditemui dalam keadaan baik," katanya. Jenazah kedua - dua sahabat itu ditemui pagi tadi  pada jam 5.30 dan 9.45 pagi ketika operasi pencarian dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di sepanjang kawasan pantai tersebut.Jenazah Khairil Kkmal Danial Zamzuraidi di bawa untuk disemadikan.Jenazah Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kemaman dan jenazah  Ahmad Daniel Firdaus Zubir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok.Dalam kejadian pada khamis lalu , ketiga - tiga sahabat tersebut lemas selepas dihanyutkan ombak  ketika sedang mandi - manda bersama empat sahabat yang lain.Mayat Shahir Aqil Sharun telah ditemui kira - kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pagi Jumaat manakala mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir   telah ditemui pada Sabtu pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa pertama dan mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi  ditemui pada jarak 2.1 kilometer dari lokasi kejadian.
25 Aug 18
109
Empty Image
Tiga Mayat Mangsa Lemas Ditemui
Mayat mangsa ketiga dibawa oleh pasukan penyelamat untuk pengecaman keluarga.KEMAMAN - Susulan tiga remaja pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lemas ketika berkelah di Pantai Peranginan Teluk Kalong di Kemaman Khamis lalu, mangsa ketiga Khairil Ikmal Danial Zamzuradi ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 9.45 pagi tadi.Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu, Penguasa Bomba Saiful Anuar Ali ketika ditemui berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 2.1 kilometer daripada pos kawalan bomba berhampiran pantai berkenaan.“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke khemah operasi untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada polis.“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tujuan bedah siasat serta tindakan selanjutnya,” katanya.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan kira-kira jam 7.00 pagi tadi membabitkan kekuatan seramai enam puluh tiga anggota dari pelbagai agensi.Operasi berkenaan turut melibatkan selaman oleh unit skuba dan pencarian di permukaan air dan di sepanjang persisir pantai berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang khamis lalu tiga sahabat  itu lemas  dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tujuh rakan lain.Mangsa pertama, Shahir Aqil Shahrun ditemui terdampar kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.30 pagi semalam (Jumaat).Manakala mangsa kedua, Ahmad Daniel Firdaus Zubir ditemukan kira-kira jam 5:20 pagi tadi oleh pasukan SAR.Mayat mangsa ditemui terdampar di pesisir pantai berkenaan pada jarak kira kira 100 meter dari lokasi mangsa pertama ditemukan.
25 Aug 18
22
Empty Image
Takziah Buat Keluarga Arwah Shahir
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, istri/suaminya dengan istri/suami yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam surga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur – atau dari siksaan neraka –Mendengar perkhabaran sedih pemergian seorang atlet silat SUKMA Negeri Terengganu petang semalam ketika dalam perjalanan ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada para atlet negeri yang mewakili negara.Ucapan takziah kepada keluarga adik Shahir Aqil bin Shahrun di atas kehilangan anaknda tercinta.Semoga Allah swt memberikan  ketabahan menghadapi saat sulit ini.Kami menyifatkan kehilangan beliau sebagai hilangnya sebutir permata yang sedang digilap bakatnya untuk memacu sukan pencak silat negeri Terengganu ke satu tahap yang boleh membanggakan nama negara khususnya negeri Terengganu.Kepada pasukan SUKMA negeri Terengganu khususnya pasukan silat , saya menyeru supaya berita sedih ini  diterima dengan tabah dan kuatkan semangat pasukan demi matlamat yang dicitakanSemoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambanya yang bertakwa. Amin.Wan Sukairi bin Wan AbdullahExco Pembangunan Belia, Sukan dan NGONegeri Terengganu.
25 Aug 18
490
Empty Image
Aidiladha Hari Penyatuan
Ustaz Ahmad Shah Muhamed menyembelih lembu korban bersama petugas.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU - Ibadat qurban sempena Aidiladha selesai disempurnakan dengan sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, proses pembahagian daging melibatkan sebahagian diagihkan kepada mereka yang layak dan sebahagiannya akan diserahkan kepada penduduk sekitar."Syukur program yang dijalankan pada hari ini berjaya seperti yang telah dirancang."Saya harap ianya akan menjadi salah satu daripada program tahunan kita untuk masa-masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban di Kampung Hiliran, semalam (24 Ogos).Menurut Ustaz Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, apa yang penting daripada ibadat qurban ini ialah kita mahu menyuburkan semangat berkorban dalam kalangan kita."Dalam masa yang sama, mereka yang mempunyai kewangan yang mencukupi juga turut serta dapat menjalankan ibadat qurban yang ganjaran pahalanya sangat besar."Di samping itu, program seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara semua petugas dan penduduk tempatan."Insya-Allah untuk masa akan datang, kita akan melaksanakannya lagi supaya lebih ramai petugas dan penduduk setempat dapat turut serta."Mudah-mudahan apa yang kita buat, diterima oleh Allah SWT", jelasnya.Sambutan yang diberikan amat baik. Petugas-petugas yang turun tidak kurang daripada 40 orang.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Feizal Haladin dan Penghulu Chabang Tiga dan Pulau-Pulau, Mohd Zamari Abu Zain.
25 Aug 18
29