Artikel "Komuniti" Terkini
Persatuan Ibu Tunggal Medium Bantu Rakyat
Oleh: Adli MohamadPersatuan Ibu Tunggal Bukit Besi yang dibentuk baru-baru ini adalah medium berkesan bagi mengurus kebajikan golongan itu.Penolong Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, persatuan ini berperanan mengendalikan segala agenda dan perancangan ibu-ibu tunggal di kawasan berkenaan.“Melalui pembentukan Persatuan Ibu Tunggal Bukit Besi, segala bantuan dari kerajaan negeri akan disalurkan melalui persatuan ini yang akan berperanan sebagai jambatan menghubungkan di antara kerajaan negeri dan ahli persatuan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pertemuan Ibu Tunggal DUN Bukit Besi kali pertama yang dihadiri kira-kira 250 orang yang diadakan di Balairaya Bukit Besi, semalam.Zakiah berkata, kehadiran yang ramai pada majlis tersebut menunjukkan ramai ibu tunggal yang memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan."Kehadiran yang ramai ini menunjukkan bahawa ibu tunggal menyokong hasrat kerajaan negeri bagi membela nasib mereka, dan ianya satu perkembangan positif,’ ujarnya.Menurut beliau, segala bantuan dari kerajaan negeri akan dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga."Melalui Yayasan Pembangunan Keluarga inilah segala bentuk bantuan dari kerajaan negeri akan disalurkan.Saya berharap agar peluang dan kesempatan yang ada ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu tunggal,” ujarnya.Katanya, antara bentuk bantuan yang boleh dimohon termasuklah bantuan untuk memulakan perniagaan yang dikenali sebagi dana dari Program Jaya Diri.“Malah, bantuan Kewangan RM 1,000 kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang berkahwin setiap seorang yang akan diberikan selepas tiga bulan berkahwin juga boleh dimohon,” ujarnya.
29 Aug 18
97
Skuad Sukarelawan AMBS Bantu Mangsa Ribut
Oleh: Adli MohamadSkuad Sukarelawan Kemanusian Bencana AMBS telah menggerakkan bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa bencana ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) , Dungun. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, skuad berkenaan diwujudkan bagi mempercepatkan proses membaiki dan membaik pulih rumah-rumah mangsa serta memindahkan pokok-pokok yang tumbang.“Ianya ditubuhkan bagi memastikan penduduk dapat mendiami rumah dengan keadaan selesa."Kita telah membahagikan skuad sukarelawan ini kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan diangotai oleh empat orang yang diketuai seorang tukang mahir," ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi berkumpul para sukarelawan di Pusat Khidmat Bukit Besi, semalam.Katanya, kira-kira 201 buah rumah terlibat dengan bencana itu."Rumah yang ditimpa bencana ribut di AMBS mengikut taman ialah Taman Indah (36), Taman Madani (26), Taman Abadi (35)."Taman Mulia ( 20), Taman Setia (59), Taman Bakti (23) dan Taman Selesa (2),” ujarnya.Katanya, beliau mengharapkan skuad sukarelawan yang ditubuhkan dapat menyegerakan pertolongan kepada penduduk setempat.Beliau juga berterima kasih kepada pihak-pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa diatas bencana yang berlaku."Kita mendoakan agar bencana ini tidak akan terus berlaku dan semoga ujian ini akan menatijahkan pahala kepada penduduk yang ditimpa dan juga kepada pihak yang telah membantu," katanya.
28 Aug 18
76
Wakil Rakyat Contoh Terbaik Pupuk Perpaduan-YB Maliaman
YB Maliaman bersama sebahagian Masyarakat Cina Ajil sempena Majlis Ramah Mesra bersama mereka baru-baru ini.HULU TERENGGANU - Kepelbagaian kaum, agama dan fahaman politik bukan satu kekangan untuk bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, faktor politik dan perbezaan agama bukan penghalang untuk masyarakat di negeri ini saling mengukuhkan perpaduan dan jalinan ukhwah."Sebagai orang politik yang sentiasa dilihat dan menjadi perhatian rakyat, kita harus memberikan contoh yang terbaik buat mereka."Jangan wujudkan provokasi seperti menyentuh sentimen agama dan sebagainya bagi menjaga perhubungan antara pemimpin dan rakyat,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, di sini, baru-baru ini.Maliaman yang juga ADUN Ajil berkata, peranan ini perlu dimainkan bersama dan rakyat turut bertanggungjawab untuk menjaganya bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian ini."Hormatilah agama masing-masing, bersikap toleransi dan paling penting menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,"ujarnya lagi .Dalam pada itu, Maliaman berkata, DUN Ajil sendiri cukup bertuah kerana semangat perpaduan masih menebal tanpa mengambil kira perbezaan agama dan bangsa."Masyarakat di sini seperti seperti satu keluarga, bersahabat baik dulu hingga kini dan boleh duduk semeja dalam pelbagai hal tanpa masalah."Sebagai wakil rakyat, saya turut turun padang bagi menjaga dan jalinkan hubungan baik antara semua kaum termasuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak secara adil dan telus,"katanya.
28 Aug 18
305
ADUN Ajil Segera Baik Pulih 13 Rumah Rosak Akibat Ribut
ADUN Ajil, Ustaz Maliaman meninjau keadaan salah sebuah rumah yang terlibat yang terlibat dalam kejadian ribut di Felda Jerangau Barat, hari ini.HULU TERENGGANU - Lebih 13 rumah di Felda Jerangau Barat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, rosak akibat kejadian ribut, petang semalam.Seorang mangsa, Razali Ismail,62, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia bersama lima orang anak dan menantu sedang bersembang di balkoni rumah sebelum dikejutkan dengan tragedi berkenaan."Ketika ribut berlaku, saya berada di luar dan apabila tengok angin kuat serta dengar bunyi yang bising, saya merasa takut sebab ia seolah datang menerpa dengan laju."Saya melihat bagaimana angin menerbangkan atap di rumah jiran saya dan terpaku apabila ia meruntuhkan serta menerbangkan atap rumah saya selepas itu dan rumah dibanjiri air selepas atap melayang akibat ribut,"katanya.Razali ditemui pemberita selepas lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim yang mengunjungi rumahnya serta rumah lain yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut di Felda Jerangau Barat, Ajil, di sini, hari ini.Turut hadir, Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Badriah Omar dan Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Terengganu, Norazmy Adenan.Razali memberitahu, sebahagian dari bumbung di hadapan ruang tamu rumahnya tercabut ketika kejadian.Katanya lagi, ini merupakan kejadian kedua sepanjang tinggal di kawasan Felda tersebut.Prihatin terhadap masalah itu, Maliaman yang ditemui berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.Jelasnya, ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membaik pulih keseluruhan rumah-rumah yang terlibat dalam bencana kali ini."Kita akan pastikan empat buah rumah yang rosak teruk akan dibaiki segera dengan peruntukan ADUN dan saya beri jaminan akan diselesaikan dalam masa terdekat kerana kita faham situasi sekarang dengan cuaca yang tidak menentu."Bagi rumah selebihnya,ini akan diambil inisiatif oleh JKM dan Pejabat Daerah melalui kolaborasi antara jabatan,"katanya.Beliau berkata, kerjasama antara jabatan dan agensi ini adalah satu kaedah terbaik untuk selesaikan masalah rakyat secara menyeluruh demi menjamin keselesaan mereka.Sementara itu, Norazmy pula berkata pihaknya meninjau kawasan yang terlibat selepas menerima panggilan itu untuk meneliti tindakan sewajarnya susulan kejadian petang semalam."Hasil tinjauan pasukan unit krisis dan bencana kami, sebanyak 13 rumah terjejas akibat ribut dan jumlah mangsa yang terlibat masih dikenal pasti."Kita juga dah gerakkan pegawai psikologi untuk pastikan mana-mana mangsa yang terkesan dan trauma agar sesi kaunseling dapat dijalankan untuk menghilangkan ketakutan akibat peristiwa tersebut,"katanya.Menurut Norazmy lagi, gerakan bantuan pemulihan dalam bentuk pakaian dan makanan turut dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa.
28 Aug 18
111
Jangan Pilih Bulu, Fokus Kebajikan Penduduk Setempat
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan mengambil tahu dan mendapatkan maklumat mengenai masalah setempat untuk disalurkan ke Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran supaya diselesaikan segera.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri memberikan kepercayaan penuh kepada semua Ahli Jawatankuasa MPKK supaya berkhidmat sebaik yang mungkin dan menumpukan kebajikan penduduk setempat tanpa memilih bulu.Katanya, oleh yang demikian, kerajaan juga memerlukan kerjasama semua pihak supaya bantuan dapat sampai secara menyeluruh dan menumpukan kepada rakyat yang memerlukan."MPKK wajib ambil cakna dan peka dengan masalah penduduk setempat. Janganlah kita gunakan alasan 'warna parti politik' untuk menidakkan bantuan kebajikan kepada yang berkenaan."Kita perlu gunakan saluran sedia ada untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk terutama melalui masjid dan surau. MPKK juga perlu pandai menggunakan media baru seperti facebook, instagram dan twitter," kata beliau.Saiful berkata demikian di majlis penyampaian sijil watikah pelantikan kepada Pengerusi dan semua AJK MPKK DUN Paka di Dewan Masjid Pinang Merah, kelmarin.Kira-kira 250 peserta hadir pada majlis kelmarin.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun,Ustaz Jamaludin Jusoh dan Penyelia i-MiTS DUN Paka,Ustaz Mohd Kamal Mohd. Saiful juga memaklumkan akan wujud dari kalangan MPKK yang dilantik sebagai penguatkuasa syariah atau sukarelawan dalam membantu kerajaan meningkatkan pelaksanaan syariah di negeri ini.Di samping itu, beliau menambah, semua pemimpin setempat perlu melaksanakan segala kerja dengan ikhlas dan meyakini bahawa segala tindakan dan amalan kita disaksikan Allah Taala.
28 Aug 18
76
Kampung Bukit Perlu Bantuan Tingkat Penanaman Jagung
Ahli MPKK kampung bersama pengusaha jagung.KUALA TERENGGANU - Kampung Bukit memerlukan jalan yang lebih lebar untuk merancakkan industri penanaman jagung hybrid yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahmad Buniyamin Razimi, 33, berkata jalan yang sempit menyukarkan jentera dibawa masuk dalam usaha memperbesarkan lagi industri tersebut sebagai perusahaan kampung."Setakat ini, kita ada lapan pengusaha dan hanya mampu mengeluarkan 10,000 tongkol jagung setiap bulan. "Kita harap dengan bantuan yang disalurkan, akan dapat menambah jumlah pengusaha dan mempertingkatkan hasil," katanya ketika ditemui pemberita di kampung tersebut sempena temu mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam program Berbasikal Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, baru-baru ini.ADUN Bukit Payung, Mohd Nor dan pegawai daerah, Azmi Razik menyampaikan palk penghargaan dan sumbangan benih jagung.Dalam pada itu, Salman Muhammad, 34, yang merupakan Bendahari MPKK kampung itu turut memohon supaya bantuan-bantuan memudahkan pengusaha dapat dilaksanakan dengan segera."Sebelum ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung bagi merancakkan industri ini, namun tiada hasil yang tuntas diperoleh. "Kita harap dengan pentadbiran baru ini, sedikit sebanyak masalah dapat diselesaikan segera secara berperingkat," katanya.
27 Aug 18
239
Zakiah, Pengerusi MPKK Wanita Pertama Daerah Dungun
Zakiah Alias.DUNGUN - Zakiah Alias @ Mohd, 51, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Indah, Bukit Besi baru-baru ini menjadikan beliau sebagai pengerusi wanita pertama dan tunggal di Daerah Dungun.Ibu kepada sepuluh orang anak ini telah bergiat lebih 30 tahun dalam arena politik dan menganggap pelantikan itu sebagai peluang untuk memartabatkan golongan wanita di mata masyarakat. "Amanah ini merupakan ruang untuk saya mengetengahkan keupayaan wanita dalam menerajui satu-satu kawasan. "Tidak dinafikan, sebagai pemimpin wanita, kita juga pasti menjadi rujukan dalam isu-isu yang melibatkan kaum wanita dalam masyarakat."Secara tidak langsung, keupayaan dan kebajikan wanita sebagai penggerak masyarakat akan mula mendapat perhatian dari pelbagai pihak," katanya yang merupakan Ketua Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Berpengalaman selama 12 dalam perusahaan kedai kek dan roti, Zakiah berhasrat mempertingkat ekonomi kaum ibu dengan pendedahan pelbagai sektor oleh agensi-agensi berkaitan."Kefahaman agama dan ekonomi penting terutama bagi kaum ibu dalam membina generasi yang cemerlang."MPKK Kampung Taman Indah telah mula bergerak dengan bantuan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan beberapa aktiviti telah mula dijalankan."Pada peringkat ini, kami ingin membina keharmonian dalam kampung bagi membolehkan kita memiliki matlamat yang sama dalam membina kemajuan kampung ini," katanya.
27 Aug 18
112
i-MiTS Bantu JPAM Baik Pulih Rumah Mangsa Ribut
Oleh: Adli MohamadDUNGUN- Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berganding bahu membantu membaik pulih rumah mangsa ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.Pembantu Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS, Mohd Noor Azian berkata, bantuan segera itu bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk berikutan struktur bumbung yang rosak dalam tragedi itu."Kejadian itu menyebabkan 92 buah kediaman rosak teruk dan perlu dibaiki segera. Manakala i-MiTS datang membantu bagi memudahkan kerja JPAM," ujarnya.Menurut beliau, tugas dan peranan i-MiTS bukan semata-mata di dalam pejabat, sebaliknya turun emmbantu ketika berlaku musibah, sejajar dengan fungsi bagi memastikan keselamatan serta mensejahterakan penduduk di samping memperkasakan peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Sehubungan itu Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat i-MiTS, Hanif Safwan Mansor pula memberitahu kaunter aduan bencana banjir sudah beroperasi bagi memastikan maklumat lengkap dan segera dapat dikumpulan untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat kepada penduduk yang terlibat dalam musibah."Dari aduan ini di kaunter khas bencana ini kita terus pergi ke rumah-rumah mangsa. Tinjauan akan dilakukan segala keperluan seperti atap, perambung dan sebagainya disenaraikan bagi dipanjangkan kepada pihak yang akan mengusahakan proses membaik pulih rumah-rumah mangsa," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi.Katanya, selain JPAM dan i-MiTS, bomba, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan MPKK turut menjayakan misi bantuan itu.Selain itu, i-MiTS yang diketuai Zakiah Alias turut menyiapkan makanan yang dimasak secara bergotong- royong dengan penduduk setempat bagi dijamu kepada petugas serta komuniti setempat yang terlibat.
27 Aug 18
180
'Seks Songsang' LGBT, Atasi Dengan Pendidikan Agama
Dr Haji Alias- Foto Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Tidak cukup sekadar penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi masalah aktiviti 'Seks Songsang' bahkan ia perlu digabungjalinkan dengan pendidikan agama dan pemantauan dari ibu bapa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ibu bapa perlu memberi pendedahan kepada anak remaja mereka tentang bahayanya amalam seks bebas.
Katanya, di peringkat jabatan kesihatan juga dibuat kempen penerangan di sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan tentang bahayanya jangkitan penyakit HIV/AIDS dan cara mengatasinya.
"Remaja diberi penjelasan tentang bagaimana bahayanya perbuatan seks songsang ini dari segi kesihatan.
"Dari segi agama satu bab tetapi ia bahaya dari segi kesihatan kerana penyakit ini belum ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pengidapnya seperti biasa," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pantai Batu Burok di sini baru-baru ini.
Sementara itu Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar dilaporkan sebagai berkata, jabatannya memandang serius terhadap peningkatan kes daripada amalan seks bebas ini terutama daripada risiko homoseksual dan biseksual.
Katanya, berdasarkan rekod sejak 1988 hingga Jun lalu, 1,083 kes dikesan berpunca daripada risiko seksual.
“Jumlah itu daripada keseluruhan sebanyak 9,816 kes HIV yang didaftarkan di negeri ini dengan 84.9 peratus berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah.
“Namun begitu kes jangkitan HIV di kalangan pengguna dadah menerusi suntikan telah menunjukkan penurunan agak ketara.
“Jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan trend peningkatan, sebanyak 27.1 peratus kes HIV dilaporkan pada 2017 berbanding 20.1 peratus pada tahun 2010 dan 0.62 peratus pada 2005...ini cukup membimbangkan pihak kami,” kata Mohammad.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 ‘ Eksplorasi Menuju Sifar’ di Dataran Waterfront Kuala Berang, baru-baru ini.
Jelas beliau, melalui Majlis Aids Malaysia (MAC), mereka juga bergerak lebih agresif untuk memberi lebih kesedaran kepada orang ramai terutama pengamal homoseksual mengenai bahaya jangkitan HIV/AIDS dalam usaha mengawal wabak berkenaan daripada terus meningkat.
“Antara inisiatif ialah mendekati golongan ‘mak nyah’ atau pondan di negeri ini dengan memberikan kesedaran kepada mereka di samping anggota masyarakat yang lain agar mencegah aktiviti seks bebas.
“Mereka ini perlu menjauhi semua aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dan aktiviti seks luar tabi’e selain memperkasakan golongan ini untuk mengatakan tidak kepada seks luar nikah,” ujar Mohammad.
26 Aug 18
320
Semua Taska Di HuluTerengganu Beroperasi Secara Sah
Norazmy menunjukkan contoh sijil Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata yang perlu dimiliki oleh pengusaha dan pengasuh taskaHULU TERENGGANU - Sebanyak 11 premis Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang beroperasi di Hulu Terengganu mendapat lesen yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Pegawai JKM Hulu Terengganu, Norazmy Adenan berkata, tiada premis yang beroperasi secara haram di daerah itu berdasarkan pemantauan yang dilakukan dari semasa ke semasa.Katanya, setiap taska yang ada mematuhi Akta Taman Asuhan 2007 dan mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan termasuk melepasi tahap lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang disertai pengasuh yang bekerja di taska masing-masing."Pihak JKM sentiasa membuat pantauan pengendalian operasi semua taska di daerah ini dan bagi taska yang berdaftar, mereka perlu mencapai tahap pemantauan pegawai kami."Sekiranya ada taska yang tidak menepati syarat atau melanggar peraturan maka pemantauan berkala akan dilaksanakan dan tindakan serta merta akan dikenakan antaranya arahan bertulis, penutupan, pembatalan lesen, menyita premis, kompoun dan pendakwaan,"katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan ke beberapa taska di sekitar Hulu Terengganu, di sini, hari ini.Norazmy turut menasihatkan ibu bapa yang bekerja dan yang lebih suka menghantar anak mereka ke rumah pengasuh supaya memilih taska yang berlesen sebagai tempat menghantar anak ketika keluar bekerja sebagai langkah keselamatan."Pihak kami lebih suka anak-anak ini dihantar ke taska yang berdaftar kerana ia di bawah pemantauan JKM dan agensi yang berkaitan."Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kes yang tidak diingini berlaku di taska-taska di daerah ini seperti kejadian penderaan bayi dan mati akibat tersedak susu atau sebagainya," ujarnya lagi.Tambah Norazmy, pihaknya juga akan memastikan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JKM antaranya bilangan nisbah antara pengasuh dan kanak-kanak mestilah pada jumlah yang ditetapkan.Katanya lagi, pengiraan nisbah yang perlu dipatuhi adalah jika umur bayi setahun ke bawah, seorang pengasuh perlu menjaga tiga bayi dan kanak berusia setahun hingga lima tahun pula, minimum lima orang kanak-kanak bagi setiap pengasuh.Justeru itu, pengasuh termasuk pengusaha taska ini perlu mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata untuk mendapat sijil pentauliahan.Namun menurut Norazmy, JKM tidak menyekat mana-mana pihak yang membuka pusat asuhan di rumah tetapi perlu melaporkan kepada JKM untuk pemantauan sekiranya mengasuh lebih dari empat orang kanak-kanak.Beliau turut memaklumkan jika ada orang awam atau ibu bapa yang mengesyaki ada unsur-unsur penderaan dan pengabaian boleh membuat laporan kepada JKM Hulu Terengganu atau terus kepada talian kasih di 15999.
26 Aug 18
605