Artikel "Komuniti" Terkini
Ketua BPJKK Baharu, Muhamad Sukeri
Muhamad Sukeri Hassan menerima watikah pelantikan sebagai Ketua BPJKK IPD Kemaman.KEMAMAN - Bekas Ketua Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Asisten Suprintendan (ASP) Muhamad Sukeri Hassan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang baharu.Muhamad Sukeri, 34, menggantikan bekas Ketua BPJKK IPD Kemaman iaitu ASP Amran Mat yang bertukar ke IPD Pasir Puteh sebagai Ketua Bahagian Pengurusannya merangkap Timbalan Ketua Polis Daerah itu.Ketua Polis Daerah Kemaman, Suprintendan Mohd Said Ibrahim berkata, beliau berharap Muhamad Sukeri dapat memberi komitmen dan membawa pembaharuan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.“Pada masa sama Muhamad Sukeri juga perlu memastikan masyarakat dapat didekati dengan lebih efektif lagi."Kreativiti sangat penting untuk polis mendekati masyarakat seterusnya fokus yang perlu ditekankan adalah cara untuk menangani jenayah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Amran dan Muhamad Sukeri di Rumah IPD Kemaman semalam.Sementara itu, Muhamad Sukeri berkata, kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada beliau akan digalas sepenuh hatinya.“Pengalaman dikutipnya sepanjang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) akan digunakan untuk memberi khidmat terbaik di BPJKK pula."Langkah pertama saya perlu sesuaikan diri dengan komuniti di sini dan akan teruskan usaha merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan polis," katanya.
31 Aug 18
705
Perarakan Hari Kebangsaan Ke 61 Penuh Warna Warni
Lintas langsung perarakan di hadapan pentas, disaksikan Tengku Muhammad Ismail (duduk tengah). - Foto Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Hari Kebangsaan Sempena Kemerdekaan Negara Ke 61 Peringkat Negeri Terengganu disambut meriah bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah seawal 6.50 pagi dan berakhir di Dataran Batu Burok jam 11.15 pagi 31 Ogos.
Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' para peserta bersemangat menyertai kawat perbarisan pasukan masing-masing sehingga selesai.
Sejak awal pagi kontinjen perarakan sudah mula memenuhi ruang stadium mengikut kategori yang ditetap penganjur.
Jam 7.15, pasukan perarakan siap mengambil tempat masing-masing di dalam stadium.
Berikutnya, jam 7.30 pagi Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara, Dewan Rakyat, Pegawai-pegawai Kerajaan serta dif-dif tiba dan mengambil tempat di stadium berkenaan.
Jam 7.45 pagi, Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman tiba di stadium.
Mereka disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A. Rahman Yahya dan Isteri, To' Puan Hajjah Kamsiah Dollah, Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, Encik Arifin Deraman dan Isteri, Puan Arinah Lah.
Turut menyambut, Panglima Markas 8 Briged Infantri Kota Bharu, Brig. Jen. Haji Muhammad Huzaimi Sabri dan Isteri, Puan Rosilawati Ahmad Tajri, Timbalan Ketua Polis Negeri, Dato' Idris Abdullah serta semua Ahli Jawatankuasa Agung Sambutan dan Isteri.
Acara bermula dengan penyerahan Bendera Jalur Gemilang oleh Dr Ahmad Samsuri kepada Encik Ariffin kemudian menyerahkan jalur gemilang itu kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia untuk dinaikkan.
Seterusnya nyanyian lagu 'NegaraKu' secara beramai-ramai, diiringi dengan lagu negeri, 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.
Imam Besar Masjid Negeri, Encik Aizi Saidi Abdul Aziz memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan doa untuk disedekahkan kepada ruh para pejuang kemerdekaan negara.
Sejurus selepas itu Menteri Besar Terengganu, menyampaikan Perutusan Hari Kebangsaan ke 61 yang menegaskan bahawa negara perlu dibebaskan dari belenggu sistem penjajahan untuk merasai kemerdekaan sebenar.
Selepas itu, Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah bergema dengan laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali menandakan kerajaan dan rakyat bersatu hati serta berhasrat mengisi kemerdekaan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Dr Ahmad Samsuri dan isteri beredar dari majlis dan perarakan pun bermula dari stadium itu menuju Dataran Batu Burok dengan perjalanan sejauh 2.8 kilometer untuk acara terakhir.
Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat bersama Tengku Nadhirah Zahrah meraikan majlis tersebut.
Kira-kira 3,262 peserta dari 106 Kontinjen pelbagai kategori menyertai perarakan yang penuh warna warni dengan iringan cuaca yang agak baik.
Sebanyak 84 katogeri perarakan dipertandingkan manakala selebihnya kategori tidak dipertandingkan.
31 Aug 18
958
Pertandingan Memancing Medan Erat Silaturrahim
Azmi Maarof (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut.SETIU - Pertandingan memancing mengumpulkan kaki pancing berentap dalam aktiviti yang sihat dan sangat bermanfaat sekaligus menjadi medan untuk merapatkan hubungan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti ini unik yang mampu menarik perhatian penduduk setempat tidak kira jantina, mahupun tua dan muda."Saya merasa amat teruja melihat kemeriahan pertandingan pada hari ini."Ianya merupakan pertandingan tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan penduduk," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Pertandingan Memancing Joran Tradisional Tertutup 2018 Kampung Kasar anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kasar dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kasar, hari ini (31 Ogos).Pertandingan yang bermula pada jam 8.00 pagi mendapat sambutan hangat warga Kampung Kasar yang mencatatkan kira-kira 97 orang penyertaan terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Ahmad Nor dan Pengerusi MPKK Kampung Kasar.
31 Aug 18
37
Sistem Perparitan Dan Sistem Saliran Punca Air Bertakung
Tinjauan tersebut mendapati air bertakung di luar parit dan kawasan sekitar.Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT - Sistem perparitan dan sistem saliran yang tidak diselenggara merupakan punca berlaku banjir kilat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, terdapat aduan dari penduduk kampung tentang permasalahan yang berlaku."Kami segera turun untuk membuat tinjauan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.Ustaz Wan Azhar (kiri) turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut."Pejabat Penyelaras DUN Jerteh dengan bantuan Pejabat Daerah Besut akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya,," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Gong Terap sehingga Kampung Pak Demalik di Jerteh, kelmarin (29 Ogos).Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Lintah dan seorang jurutera untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.
31 Aug 18
1617
Orang 'Asal' Diminta Beri Kerjasama Saring Darah
Cikgu Haji Ab Razak (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Sungai Putih. Oleh: AminjiKEMAMAN - Susulan daripada lima kes malaria yang menyerang penduduk Orang Asli Kampung Sungai Putih, satu Kempen Kesedaran Malaria telah dianjurkan oleh Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Cikgu Haji Ab Razak Ibrahim berkata, beliau berharap agar orang asli terus memberi kerjasama dalam proses saringan darah yang akan dilakukan dari semasa ke semasa."Ianya bagi memastikan kuman malaria tidak merebak dalam kalangan mereka.“Kesihatan adalah satu aspek yang penting dalam kesejahteraan hidup rakyat."Justeru, usaha yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ini adalah satu langkah terpuji kerana sanggup berkunjung ke kawasan yang jauh di pedalaman bagi menjaga kebajikan masyarakat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Malaria di Kampung Sungai Putih, kelmarin (29 Ogos).Cikgu Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih mengharapkan supaya program seperti ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dua hala antara kepimpinan kerajaan negeri dengan masyarakat Orang Asli di Sungai Putih ini.Saringan darah telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman yang diketuai oleh Ketua Vektor, Dr Faizol Haris.Turut berlangsung, aktiviti ceramah, pameran dan tayangan video tentang malaria di samping penyampaian bantuan keperluan harian oleh Cikgu Haji Ab Razak kepada ketua keluarga 6 buah rumah panjang Orang Asli.Aktiviti gotong-royong membersih kawasan juga dijalankan bersama dengan penduduk setempat.Perbincangan dua hala turut diselitkan bagi mendengar rintihan dan keperluan yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli.Program tersebut mendapat kerjasama yang baik oleh Orang Asli yang diketuai oleh wakil Tok Batin, Amran Putih.Perkampungan tersebut didiami oleh seramai 65 orang penduduk.Turut hadir, wakil Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih.
31 Aug 18
56
Ziarah PAS Tidak Bermusim
Haji Mohd Fazil (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal. Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Budaya ziarah-menziarahi yang diamalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutamanya kepada golongan yang memerlukan bukan hanya di musim pilihan raya mahupun hari raya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, terdapat pelbagai golongan yang memerlukan termasuk mereka yang ditimpa musibah, kurang keupayaan fizikal, mengalami kesempitan kewangan dan sebagainya."Kita tidak perlu tunggu musim pilihan raya sahaja untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang mampu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah ke rumah seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Ketapang bersama wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), kelmarin (29 Ogos).Menurutnya, ziarah hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan daripada Pejabat Penyelaras DUN bagi mengurangkan beban keluarga tersebut."Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, kita turun untuk memberi sedikit sumbangan," ujarnya.Turut hadir, Pengerusi MPKK Teluk Ketapang, Nazir Ismail dan Pegawai Kebajikan dan Kemasyarakatan i-MiTS DUN Seberang Takir, Badarul Inshan.
31 Aug 18
93
Golongan Muda Perlu Semarak Semangat Kemerdekaan
YB Maliaman bersama belia Kampung Jak sempena program turun padang melalui aktiviti sukan yang diadakan setiap masa di Dun Ajil.HULU TERENGGANU - Golongan muda perlu mempunyai cara pengisian baharu bagi menyambut kemerdekaan supaya dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, pada masa kini semangat patriotik di kalangan orang muda agak kurang dan tiada pengisian setiap kali meraikannya hari penting itu."Dia orang (orang muda) sambut hari kemerdekaan dengan berarak menaiki motosikal sambil kibarkan bendera pada malam 31 Ogos setiap tahun."Namun bagi mereka sudah cukup berarak tanpa memahami isi yang tersirat atau terjemahan sebenar erti kemerdekaan..kurang sikit semangat patriotik dalam diri."Jadi sudah tiba masanya, pengisian baharu dalam diri mereka melalui sambutan sangat perlu supaya mereka (orang muda) mempunyai semangat kemerdekaan yang bernas,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Car Boot Sale, di sini, baru-baru ini.Ustaz Maliaman berkata, sambutan yang dimaksudkan bukan sahaja membawa bendera tetapi lebih dari itu dan yang lebih penting dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata, merdeka bukan sahaja membawa maksud bebas daripada penjajah."Sebaliknya juga bermaksud bebas dari pengaruh anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang telah terjalin."Jadikan kisah kehidupan orang-orang dahulu yang hidup penuh harmoni sebagai contoh dan pupuk semangat patriotisme cintakan negara melebihi kepentingan diri sendiri,"ujarnya.
30 Aug 18
154
Sejarah Penting, Melahirkan Rasa Cintakan Negeri
Ustaz Wan Sukairi berucap dalam majlis tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Sejarah adalah merupakan suatu perkara yang sangat bernilai , yang perlu diketahui oleh generasi sekarang ini dan akan datang, yang akan melahirkan rasa kasih sayang kepada rakyat Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peristiwa sejarah yang berlaku dan telah berlaku tidak boleh dipadam dan dinafikan oleh sesiapa pun.“Samada kita suka ataupun tidak, sejarah tetap sejarah dan setiap generasi yang lahir tumbuh di negara dan negeri perlu mengetahui dan juga menguasai tentang sejarah Negeri Terengganu Darul Iman.“Dan kita akan menjadi seorang warganegara yang benar-benar hebat, mempunyai semangat untuk mempertahankan (setiap) seinci pun kedaulatan bumi Terengganu dan Negara Malaysia kita ini,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Asal Usul Terengganu, sempena Bulan Kemerdekaan di Dewan Batu Bersurat, Muzium Terengganu, pada Selasa 28 Ogos.Turut hadir dan menjadi panel Forum tersebut ialah Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Kamaruzaman Yusof dan Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi menyeru seluruh rakyat negeri ini agar meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada sejarah para pejuang kemerdekaan tanah air.“Apabila kita mengetahui sejarah yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan di zaman silam, maka kita sudah tentu akan lebih menghargai mereka.“Adapun begitu, kita juga perlu mengetahui beberapa perkara tentang sejarah yang telah pun diselewengkan ataupun sejarah yang tidak disebut dengan cara yang sebenar,” jelasnya.Menurutnya, antaranya ialah sejarah tokoh kemerdekaan Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong, seorang Tok Guru yang membuka pondok pengajian agama di Hulu Terengganu.Abdul Rahman Limbong yang juga pejuang kepada para petani, dilabel sebagai ‘pengganas’ dan didakwa melakukan pemberontakan.“Hakikatnya Haji Abdul Rahman Limbong ini adalah pejuang yang menentang dan mempertahankan kemasukan Inggeris ke Negeri Terengganu.“Pondok beliau membuka pengajian umum pada setiap Jumaat, ramai anak murid dari seluruh negeri, ada yang bermusafir sehari semalam, datang menuntut ilmu agama,” tambahnya.
29 Aug 18
45
200 Pelajar Ranaco Meriahkan Hari Kemerdekaan
Mohd Ayub Ariffin melawat gerai masakan di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan tersebut.Seramai 200 pelajar dari Ranaco Education And Training Institute (RETI) Kijal menyambut Hari Kemerdekaan bersama Pejabat Penerangan Kemaman.Ketua Eksekutif Ranaco, Mohd Ayub Ariffin berkata, program ini merupakan kerjasama Ranaco dan Pejabat Penerangan Kemaman sebagai kesinambungan menyemarakkan sambutan hari penting negara ini.“Setiap kali program menyambut hari kemerdekaan ini, kami mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan serta pameran yang berunsurkan kemerdekaan.“Antara aktiviti dan persembahan yang dilakukan setiap kali menyambut kemerdekaan adalah pidato, persembahan menyanyi berkumpulan, pameran silat, gerai masakan dan lain-lain lagi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Ranaco bersama Pejabat Penerangan Kemaman yang diadakan di Ranaco Kijal, semalam (29 Ogos).Menurut Mohd Ayub, persiapan program kali ini mengambil masa selama dua hingga tiga hari bagi menjayakan pengisian aktiviti persembahan tema merdeka.“Pada hari ini juga ramai di kalangan Ranaco yang menyumbang tenaga serta idea untuk persiapan program ini sehingga terlaksana program yang meriah.“Saya berharap Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Affendi Ahmad dapat membantu membawa bukti program ini dihantar ke peringkat kebangsaan,” katanya.Sementara itu, Mohd Ayub berkata, pihak Ranaco menghias dan menggantung 100 bendera di dewan dan memberi pelajar 200 bendera. “Kelainan yang kami akan bawa ke peringkat lebih tinggi adalah menonjolkan bakat kulinari pelajar Ranaco untuk menghias bentuk bendera dengan menggunakan makanan dan boleh dimakan selepas dekorasi,” katanya.
29 Aug 18
1206
Kemerdekaan Itu Adalah Kesejahteraan
Oleh: Adli MohamadDalam keghairahan menyambut hari kemerdekaan negara, orang ramai diingatkan agar memahami erti kemerdekaan yang sebenar.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Islam menuntut pada kemerdekaan dan hadirnya Islam adalah untuk memerdekakan manusia dan membawa kepada kesejahteraan.“Walaupun tiada salah menyambutnya (hari kemerdekaan) tapi perlulah difahami akan makna kemerdekaan."Kemerdekaan yang sebenar ialah membawa pengertian kesejahteraan dari sudut akal dan pemikiran, serta mempunyai gaya hidup yang baik mengikut acuan ajaran Islam," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Bukit Besi.Katanya, setiap orang menginginkan kesejahteraan dalam sebuah kehidupan, sebagaimana berhajatkan kehidupan yang sihat tanpa sakit.Tambahnya lagi, pemikiran yang sihat akan menjadikan seseorang itu akan sentiasa berfikiran positif atas apa yang terjadi."Sebagai contoh, sebagaimana yang terjadi pada Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) yang dilanda ribut baru-baru ini, kita harus menerimanya dengan hati terbuka dan menyedari akan hakikat kebaikan disebaliknya yang kita tidak ketahui,” ujarnya.Menurut beliau, apa yang terjadi semuanya mengandungi hikmah.“Justeru itu, terimalah segala ketentuan dengan hati terbuka serta jiwa yang penuh merdeka, merdeka dari mempunyai fikiran negatif yang boleh melemahkan jiwa dan raga, agar pengakhiran nanti kita akan mencapai keredhaan Allah S.W.T ,"katanya.
29 Aug 18
58