lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
200 Penerima E-Kasih Terima Sumbangan
Ustaz Sharizukirnain (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada peserta e-Kasih.Oleh: Abd MuhaiminSETIU - Lebih 200 orang penerima e-Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri menerima sumbangan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Kompleks Tarbiyah Lukman Nul Hakim (KTLH) Guntung Luar, kelmarin (1 September).Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Sharizukirnain Abdul Kadir berkata, program seperti ini wajar diteruskan tanpa mengira fahaman politik, akan tetapi kita juga mengambil kira tahap kelayakan sebenar penerima agar tidak ada golongan yang berhak yang tercicir."Penerima sumbangan pada hari ini terdiri daripada golongan fakir miskin yang sebahagiannya pernah menerima sumbangan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu."Kita cukup komited untuk menyalurkan segala sumbangan daripada kerajaan negeri untuk rakyat Negeri Terengganu."Panjatkan syukur pada Allah dan kuatkan hubungan kita kepadaNya."Jangan hanya semata-mata bergantung dengan bantuan dan pemberian dari mana-mana pihak."Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Kompleks Tarbiyah Lukman Nul Hakim (KTLH) Guntung Luar, kelmarin (1 September).Sementara itu, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Abdul Wahab berkata, beliau meminta ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah dilantik supaya jujur serta amanah dalam memilih peserta e-Kasih agar matlamat utama program ini sampai kepada sasaran yang sebenar."Insya-Allah bagi pihak Penyelaras DUN Permaisuri, kami akan cuba menyelesaikan permasalahan dengan sewajarnya," ujarnya.Setiap peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian.
02 Sep 18
173
Empty Image
Dokong Bersama Hasrat Kerajaan Negeri: Dr Alias Razak
Dr Alias Razak berucap kepada hadirin dalam majlis tersebut.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Manifesto Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di semua peringkat termasuklah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) peringkat cawangan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, semuanya perlu bertindak selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk melihat segala manifesto yang dijanjikan tertunai dan dapat dinikmati oleh rakyat Terengganu tanpa mengira latar belakang politik.Beliau turut mengulas berkenaan beberapa janji manifesto kerajaan negeri antaranya adalah rumah mampu milik, lesen motosikal percuma, kad Sejahtera, wad kelas 3 percuma, peluang pekerjaan dan pembiayaan perumahan oleh kerajaan negeri bagi pemohon yang layak."Sebahagaian manifesto tersebut ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri umpamanya pemberian 20 meter padu air percuma kepada yang layak, karnival kahwin percuma dan lain-lain lagi."Terdapat juga manifesto yang dalam proses pelaksanaan dan insya-Allah akan ditunaikan daripada semasa ke semasa dalam tempoh 5 tahun ini."Di samping itu, kerajaan negeri juga menyediakan biasiswa bagi pelajar-pelajar cemerlang yang menyambung pengajian di peringkat universiti dan pengajian tinggi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penubuhan empat cawangan PAS yang baru dalam dua majlis yang berbeza, masing-masing di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ), Paya Lima Amas, Batu Enam dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal.Cawangan baru yang ditubuhkan ialah Cawangan PAS Paya Lima Amas, Cawangan PAS Taman Perumahan Bukit Tunggal, Cawangan PAS Taman Perumahan Bukit Datu dan Cawangan PAS Seberang Tuan Chik Haji.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berharap agar masyarakat menjauhi segala jenis masalah sosial seperti penagihan dadah dan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang kian meruncing mutakhir ini."Perkara ini bukan sahaja mengundang kemurkaan Allah malah menyebabkan tersebarnya penyakit yang menular seperti HIV dan seumpamanya," katanya.
02 Sep 18
1038
Empty Image
Saran Pengusaha Naik Taraf CCTV Bagi Elak Kecurian Sarang Burung Walit
Oleh : Ariss AliasSETIU - Pengusaha sarang burung walit di daerah ini disaran menaik taraf sistem pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kes kecurian sarang burung.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kaedah ini perlu bagi memberi amaran yang lebih cepat dan tepat kepada pengusaha.“Pengusaha dinasihatkan agar menaik taraf kepada CCTV yang lebih berkualiti dan tempatkan alat tersebut di tempat tersorok serta memasang penggera yang dapat memberi maklumat terus kepada pengusaha.“Di samping itu, mereka (pengusaha) juga hendaklah tidak mementingkan diri dan saling bekerjasama antara satu sama lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan bersama pengusaha burung walit peringkat Daerah Setiu bertempat di dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, kelmarin.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, satu mesyuarat juga akan diadakan dengan Jabatan Veterinar bagi membincangkan kaedah terbaikuntuk  mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha burung walit.
01 Sep 18
104
Empty Image
Bersama Hayati Kemerdekaan
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU-  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim berkata, erti kemerdekaan perlu dihayati oleh semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.Malah katanya, rakyat juga harus bersatu untuk kemakmuran negeri khususnya dan negara amnya. “Kemerdekaan ini bukan kemerdekaan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja, tetapi kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama. “Kemerdekaan kita yang sebenar bukan hanya dengan tema kemerdekaan, rakyat Terengganu mesti menyahut seruan berjuang demi memajukan lagi negeri ini," ujarnya bagi mengulas mengenai erti kemerdekaan.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Cafe Killiney Shah Bandar Kuala Terengganu, baru-baru ini.
01 Sep 18
52
MB Seru Rakyat Bersatu Hati
MB Seru Rakyat Bersatu Hati
Dr Ahmad Samsuri (tiga, kanan) bersalaman dengan Tengku Muhammad Ismail (dua, kiri) di Dataran Batu Burok Kuala Terengganu Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61 Peringkat Negeri Terengganu.-Foto Harish Fadzillah   KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh  rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu bersatu hati membangun negara dan negeri seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.    Beliau menaruh harapan tinggi kepada rakyat Terengganu agar dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh dengan mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.   "Besar harapan saya agar rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat," katanya ketika berucap di Hari Kebangsaan Ke-61 Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah di sini 31 Ogos.   Turut hadir di majlis berkenaan,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Haji Yahaya Ali dan Isteri,  Hajjah Zaroni Othman, Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61, Encik Ariffin Deraman dan Isteri, Puan Arinah Lah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Isteri To' Puan Hajjah Kamsiah Dollah dan pegawai-pegawi tinggi kerajaan, para kenamaan dan isteri-isteri masing.   Menteri Besar berkata, dengan sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku”  beliau menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.    Katanya, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun.   Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.   Menurutnya, kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah.   "Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.   "Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga," tegasnya.   Namun begitu, katanya hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah.   "Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan.   "Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara," ujarnya.   
01 Sep 18
242
Empty Image
Kemerdekaan Berlandaskan Agama
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Program Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Kemasik, berlangsung meriah dengan penyertaan komuniti setempat dan sekitarnya.Majlis di Dataran Sabasun, Kampung Baru Kemasik, di sini, diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Saiful, semua rakyat terutama penduduk DUN itu perlu mengambil iktibar daripada sejarah negara kita yang sudah 61 tahun mencapai kemerdekaan."Ingatlah, kemerdekaan yang sebenar adalah yang berlandaskan agama,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melepaskan peserta perarakan, kira-kira jam 5.30 petang semalam.Program  bermula dari Dataran Sabasun, ke Bukit Kukuran dan berakhir di stesen Rantau Petronas di Kemasik.
01 Sep 18
43
Empty Image
Awasi Kenderaan Anda
Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Masyarakat digesa supaya menekankan aspek keselamatan kenderaan terutamanya motosikal.Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu berkata, kes kecurian motosikal semakin berleluasa akibat kecuaian pemilik."Kita perlu sentiasa memastikan kenderaan berkunci tidak kira masa dan tempat."Lebih-lebih lagi pencuri sudah berani mencuri pada waktu siang.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).Menurutnya, kerajaan sudah menyediakan ruang parkir motosikal di tempat awam termasuk stesen bas dan sebagainya."Bahkan ada pengawal yang akan bertugas untuk menjaga dan mengawasi sesuatu kawasan."Namun, sangat mendukacitakan apabila ada segelintir pengguna yang tidak memanfaatkan kemudahan yang ada dengan meletakkan kenderaan di tempat yang mudah dicerobohi," ujarnya.Menyentuh tentang kemerdekaan, tambah beliau, kita harus menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah lampau yang berlaku.Beliau turut mengingatkan anak muda bahawa jalan raya bukan pentas untuk beraksi."Patuhi undang-undang dengan sebaiknya dan sambutlah dengan semangat cintakan tanah air," jelasnya.
31 Aug 18
46
Empty Image
16 Pasukan Berentap di Kejohanan Sepak Takraw Alur Limbat
Aksi terbaik dipamerkan untuk menjulang kejuaraan.MARANG - Sebanyak 16 pasukan turun mempamerkan aksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Pusat Komuniti Kampung Tasek, semalam (31 Ogos).Ketua Penyelaras Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Alur Limbat, Mohd Effendi Ab. Razak,40, berkata, program itu dianjurkan sebagai pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.Mohd Effendi."Program ini adalah usaha memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat terutama anak-anak muda. "Kami menyasarkan penglibatan anak muda supaya mereka terdidik untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah," katanya.Kejohanan itu berlangsung selama dua hari dan menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 serta medal untuk johan pertandingan.Manakala, naib johan bakal menerima wang tunai RM300 beserta medal, RM150 dan RM100 untuk tempat ketiga dan keempat.
31 Aug 18
139
Empty Image
Kawat-Ketengah Anjur Explore Race Sempena Festival Kenyir 2018
Peserta Explore Race yang menyertai program kali ini bergambar selepas majlis pembahagian hadiah.HULU TERENGGANU - Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) julung kali mengadakan Program Explore Race sempena Festival Kenyir 2018.Pengarah Program Explore Race Ketengah Kawat, Rozainah Zakaria berkata, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosi Tasik Kenyir melalui aktiviti yang dijalankan."Program yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu  juga dapat merapatkan hubungan antara peserta dengan media melalui cara yang lebih menyeronokkan.“Melalui kerjasama dengan media, pengalaman yang diperoleh tentang produk pelancongan kita mungkin dapat ditonjolkan kepada orang ramai dengan perspektif yang berbeza," katanya ketika ditemui pemberita di Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi, kelmarin (29 Ogos).Penganjuran kali ini turut mendapat hadiah berbentuk penginapan yang disumbangkan oleh Hotel Permai dan Hotel Primula.Kata Rozainah, pertandingan yang hanya mengambil masa sebulan dari segi perancangan, Explore Race  digarap dengan teliti supaya ia turut me­ngandungi elemen yang berkait rapat dengan ahli dan festival yang sedang berlangsung."Saya cukup berpuas hati dengan program kali ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli jawatankuasa Kawat yang bertungkus-lumus menjayakannya dalam masa yang terhad," ujarnya lagi.Mengulas lanjut, Rozainah berkata, dengan kejayaan penganjuran program tersebut diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.“Pihak kami mengalu-alukan  kerjasama daripada pelbagai pihak seperti sektor kerajaan dan swasta yang lain dan mampu membuka lebih peluang untuk pihak lain menyertai dengan pelbagai aktiviti yang menarik,” katanya.Rata-rata para peserta yang terbahagi kepada 17 kumpulan itu amat berpuas hati dengan program yang  telah disediakan pihak penganjur serta amat teruja kerana dapat menimba pelbagai pengalaman walaupun mengambil masa yang tidak lama.Sepanjang program tersebut berlangsung, para peserta berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti menjawab soalan, menyelesaikan teka silang kata, menangkap belut dan berswafoto sebagai tiket untuk mendapatkan cop pasport.Aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama dan sokongan ahli-ahli kumpulan itu telah dapat merapatkan lagi hubungan antara media dengan para peserta.Johan Explore Race, Kelek JB yang berjaya membawa pulang RM500 dan penginapan dua hari satu malam di Hotel PermaiManakala juara bagi Explore Race yang julung kali diadakan ini ialah kumpulan 'Kelek JB' yang berasal dari Jerangau Barat, Hulu Terengganu berjaya memenangi pakej bermalam dua hari satu malam di Hotel Permai dan wang tunai RM500.Ahli-ahlinya yang terdiri daripada Azizie Che Aziz,  Khairil Azmi  Dagang, Mohamad Amiruddin Jusoh dan Mohamad Razman Che Mat. telah berjaya mengutip  markah tertinggi pada kali ini.
31 Aug 18
127
Empty Image
Pasar Tani Kemaman Sambut Bulan Kebangsaan Ke-61
Peserta menggayakan pakaian kreatif bertemakan jalur gemilang.KEMAMAN - Sebanyak 118 buah gerai jualan meletop Pasar Tani Kemaman menyambut kemerdekaan dalam Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 anjuran Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pasar Tani Kemaman.Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kemaman, Mohammad Ismail berkata, program pada hari ini adalah untuk membuat jualan murah samada barang dapur, ikan, ayam, sayur dan lain-lain.“Antara harga jualan murah adalah sayur seikat hanya RM2, petai harga 50sen sepapan, harga ayam juga turun 30sen, ikan patin kurang satu ringgit, ayam gunting pakej dengan sosej RM10 dan banyak lagi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berlangsung program Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Tapak Pasar Tani Kemaman, kelmarin (29 Ogos)..Mengulas berkenaan program tersebut, Mohammad berkata, selain membuat gerai jualan murah, pertandingan buat bubur kacang juga diadakan yang dikacau oleh peserta pasar tani.“Terdapat tiga periuk bubur kacang dan setiap satu periuk boleh dibahagikan kepada 600 bekas untuk diagihkan kepada para pengunjung pasar tani secara percuma.“Dalam pada masa sama, pihak pasar tani menjemput artis sambil menderma untuk membuat persembahan iaitu Izam Eye,” katanya.Seterusnya, terdapat beberapa pertandingan iaitu pemilihan pakaian bertemakan kemerdekaan dan gerai berhias bendera jalur gemilang serta teka kuiz sejarah kemerdekaan.Menurut Mohammad, beliau tidak menyangka bahawa hampir 2,000 pengunjung datang untuk membeli-belah di pasar tani.“Saya berharap program gerai jualan murah seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun bagi membantu rakyat di Kemaman,” katanya.
31 Aug 18
111