lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Tujuh Keluarga Terima Sumbangan
Oleh:Syed AjizuddinKEMAMAN- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim bersama-sama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiST) DUN tersebut telah turun padang mengadakan ziarah kebajikan pada 4 dan 5 September lepas.Menurut Ab. Razak, sebanyak tujuh keluarga telah diziarahi dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan cek bantuan daripada Tabung Darul Iman.“Kali ini kami berkesempatan berkunjung ke tiga buah kampung iaitu Kampung Cheneh, Kampung Cerul dan Felda Neram 2,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan itu.Katanya, beliau juga berterima kasih kepada kakitangan i-MiST DUN Air Putih kerana menyusun progam bersama masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  yang terlibat bagi menjayakan program terbabit.
05 Sep 18
29
Empty Image
Lapan Mangsa Kebakaran Tinggal Sehelai Sepinggang
Keadaan dua buah rumah yang hangus terbakar di Kampung Kekabu, Marang pagi tadiMARANG - Seramai lapan orang mangsa daripada dua keluarga  tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Kekabu, Marang, Terengganu musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.Punca kejadian dipercayai  dari kipas angin yang tidak ditutup suisnya dari salah sebuah rumah terbabit.Menurut salah seorang mangsa,  Norhafida Shamsudin , ketika kejadian jam 9.40  pagi itu, dia berada di ladang  sayur tidak jauh dari rumahnya."Suami saya tiada di rumah kerana keluar bekerja dan yang ada cuma anak lelaki yang berumur empat tahun berada di rumah sementara seorang lagi anak yang berumur lapan tahun berada di sekolah pada ketika itu."Masa kejadian berlaku, anak saya berumur yang empat tahun duduk dalam rumah seorang diri dan apabila dia tengok api menyala dalam bilik abangnya, dia terus panggil saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini (5 September).Tambahnya, dia bergegas pulang ke pulang ke rumah namun tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api sedak marak.Sementara itu, suami Norhafida, Hasbullah Bakar, yang bekerja di sebuah bengkel di Bandar Marang hanya mengetahui kebakaran setelah mendapat panggilan telefon dari isterinya.Seorang lagi mangsa yang ditemui, Adi Ahmad Awang berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya terfikir untuk menyelamatkan isteri dan dua orang anaknya."Masa kejadian tu saya tengah tidur, tiba tiba saya dengar sesuatu meletup dari bilik sebelah kemudian letupan di atas bumbung, terus saya bangun kejutkan anak-anak dan bawa mereka keluar," ujarnya.Pasukan Bomba dan Penyelamat  dari Balai Kuala  Terengganu dan Wakaf Tapai bersama 20 anggota tiba lima belas minit  kemudian  dan mendapati api sedang marak membakar dua buah rumah kayu setingkat itu.Pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran.Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
05 Sep 18
53
Empty Image
Bekas Penagih Dadah, Jangan Tinggal Solat
Cikgu Alias Harun (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada OKP sewaktu ziarah.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Solat yang menjadi perintah Allah mendidik jiwa manusia supaya dapat mencegah  perbuatan mungkar dan memperbanyakkan amal kebaikan. Maka, solat tidak boleh ditinggalkan oleh sesiapa pun yang beragama Islam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, kita harus mengekang nafsu dari menguasai diri.“Biasakan diri solat berjemaah di surau atau masjid supaya tidak kembali ke kancah dadah dan maksiat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada bekas-bekas penagih dadah yang diistilahkan sebagai Orang Kena Pulih (OKP) ketika kunjungan ke rumah mereka sempena Program Ziarah Sejahtera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, baru-baru ini (2 September).Menurut Cikgu Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, program tersebut amat baik dan membuktikan mereka berpotensi dan mampu untuk pulih sepenuhnya dengan usaha yang gigih.Sementara itu,  Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, Roslina Awang berkata, program ini adalah kerjasama antara AADK, Jawatankuasa Pemulihan Daerah Dungun (JKPD) dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.“Yang Berhormat sendiri turun padang berjumpa dengan OKP yang masih di bawah pengawasan AADK dan yang telah tamat tempoh”, jelasnya.Program ziarah berkala ini bertujuan untuk memantau kes-kes pengawasan OKP.“Masih ramai yang sayang kepada mereka."Kali ini, sebanyak empat buah rumah OKP sekitar Tanjung Jara, Kampung Baru Kuala Abang dan Pulau Serai  telah dilawati," tambahnya.
05 Sep 18
95
Empty Image
Penduduk Felda Jerangau Sepakat Bersih Kampung
Oleh: Adli MohamadDUNGUN- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau menzahirkan jiwa patriotik melalui Program Gotong Royong Bersama Penduduk dengan  membersihkan persekitaran  kampung dan kawasan kediaman masing-masing.Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar Bakar berkata program seumpama itu  melambangkan kesepakatan penduduk setempat  yang pastinya cinta kepada kebersihan dan keharmonian."Melalui semangat bergotong royong ini maka dapat dilihat wujudnya sikap bertanggungjawab dan permuafakatan yang membawa kepada semangat saling bekerjasama didalam sesebuah komuniti," ujarnyaBeliau berkata sedemikian ketika ditemui  pada program itu sempena Sambutan Hari Kebangsaan,  di Kampung Felda Jerangau, baru-baru ini.Sementara itu, Pengerusi MPKK Felda Jerangau cawangan II,  Anuar Omar berkata, program itu kali akan kali pertama dianjurkan sejak  MPKK kawasan ini ditubuhkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.Katanya, hampir keseluruhan penduduk yang terlibat, rata-rata mereka bersemangat membersihkan kawasan yang dikenalpasti kotor. “Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama adalah perkarangan masjid, sekolah rendah, sekolah agama rakyat serta seluruh cawangan di dalam Felda Jerangau“Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di mana banyak membantu penduduk membersihkan longkang masjid dan  menebang  pokok, mecantas dahan dan pelbagai kerja-kerja berat .Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razet Noordin melahirkan rasa bangga di atas kerjasama yang dipamerkan penduduk dan  pelbagai pihak yang terlibat.“Saya berharap apa diuasahakan ini berterusan dan dan  akan menjadi budaya di antara komuniti setempat demi memastikan kesejahteraan dan keceriaan kampung ,"'ujarnya
05 Sep 18
653
Empty Image
Lebih 25 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut
Oleh: Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU – Lebih 25 buah rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar rosak akibat dilanda ribut yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, bantuan dan tindakan segera akan diambil untuk membantu meringankan beban penduduk yang terlibat dengan bencana itu.“Kita sempat meninjau beberapa rumah yang terlibat dengan ribut kencang yang berlaku sekitar pukul 4 petang semalam dan kita dapati rumah-rumah yang terlibat ini lebih 25 buah dan setiap rumah tidak kurang daripada lima keping atap rumah yang pecah dan rosak. “InsyaAllah kita akan bagi khidmat yang terbaik untuk rakyat khususnya di DUN Bandar ini dan hari ini ada petugas  dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memastikan rumah yang ditimpa bencana dapat dibaik pulih dengan segera,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.Menurut beliau, antara kampung yang terkesan teruk di DUN Bandar ialah Kampung Losong, Tanjung dan Kampung Hiliran Masjid .“Kampung lain yang terlibat antaranya Kampung Tok Ku Cabang Tiga, dan Kampung Tok Kaya,” ujarnya.
03 Sep 18
119
Empty Image
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Turun Padang Ziarah Mangsa Ribut
Oleh: Syed Kamal RizuanKUALA TERENGGANU- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim turun padang menziarahi beberapa buah rumah di Kampung Kubang Parit dan Kampung Durian Burung yang rosak akibat diserang ribut, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan atap, kebocoran serta litar pintas akibat angin kuat dan hujan lebat.Beliau yang bersimpati dengan musibah yang melanda penduduk berjanji akan menyegerakan bantuan untuk meringankan beban mangsa.“Sedang kita berselimut menikmati kedinginan, ada insan lain yang bermandikan hujan. Berat sungguh ujian yang dihadapi oleh orang kampung, saya turut bersimpati dengan apa berlaku.“Semoga mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi bencana ini. Bantuan susulan juga akan segera kami usahakan bagi pihak Parlimen Kuala Terengganu untuk meringankan beban yang dihadapi,” ujarnya kepada pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga yang ditimpa bencana itu.
03 Sep 18
42
Empty Image
Dato’ Tengku Hassan Adakan Lawatan Kerja Ke Kuala Nerus
Oleh: Syahid Adnan KUALA NERUS- Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Kuala Nerus, semalam.Turut serta dalam lawatan tersebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh dan Ir Saiful Azmi Suhaili.Dato’ Tengku Hassan telah menghadiri perbincangan untuk rancangan dan pembangunan daerah termuda di Terengganu itu di Pejabat Tapak Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.                                                              Sebelum itu, beliau telah diberikan taklimat mengenai pelbagai perancangan dalam membangunkan daerah serta Bandar Baru Kuala Nerus termasuk berkaitan perkembangan keseluruhan pembangunan terkini serta isu-isu berbangkit.Lawatan kerja tersebut juga dihadiri Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Tanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Malaysia)Terengganu.
03 Sep 18
590
Sebat Syarie Sulung Disaksikan 100 Orang Awam
Sebat Syarie Sulung Disaksikan 100 Orang Awam
  Pesalah Musahaqah diiring ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. -Foto Solahuddin Al-Idrus KUALA TERENGGANU - Buat pertama kali hukuman sebat syarie ke atas pasangan lesbian dilaksanakan di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan oleh 100 orang awam.   Mahkamah itu mengambil masa kira-kira satu minit 52 saat untuk menjalankan masing-masing sebanyak enam sebatan ke atas dua pesalah 'musahaqah' (percubaan melakukan seks songsang) pasangan berusia 22 dan 32 tahun itu di dalam dewan perbicaraaan yang penuh sesak.   Dua Pegawai Wanita Penjara Kajang masing-masing menjalankan hukuman tersebut setelah diperintahkan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd supaya berbuat demikian. Pesalah Musahaqah diharap insaf   Turut bersidang ialah Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.   Pesalah pertama disebat enam sebatan selama kira-kira satu minit bermula jam 10.10 minit pagi hingga 10.11 pagi. Manakala pesalah kedua disebat oleh pegawai wanita lain dengan jumlah sebatan yang sama selama 52 saat, bermula dari jam 10.13 pagi.   Pesalah diberi peluang untuk membuat rayuan dan diperiksa kesihatan mereka oleh Pegawai Perubatan Bertauliah sebelum sebatan itu dijalankan.   Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali, Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-Mits) Ustaz Kamarulzaman Abdullah hadir menyaksikan hukuman tersebut. Pengamal Media dan orang awam berpusu-pusu berusaha masuk ke Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu   Turut hadir ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.   Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan sekitar 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia. Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua pasangan lesbian terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. Mereka berdua telah membayar denda berkenaan sebelum hukuman sebat itu dilaksanakan. Sebelum perbiacaraan hakim menyatakan bahawa hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi ia lebih kepada untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat awam supaya tidak melakukan kesalahan jenayah berkenaan. Hakim menasihatkan orang awam supaya tidak memandang hina terhadap pesalah dan menasihatkan mereka terbabit insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
02 Sep 18
2054
Empty Image
Jangan Ada Sifat Dendam- Mohd Nor
Oleh Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menutup buku lama serta kita mulakan dengan buku baru.“Saya harap penyelesaian yang lebih baik dan tiada sifat balas dendam. Namun setiap penyelesaian ada kaedah dan cara yang perlu kita ikuti serta akan memerlukan sedikit masa.“Imam dan bilal harus mengikut peraturan dan enakmen yang ditetapkan oleh pejabat agama. Jangan merasa kita telah menjadi imam yang lama, kita sentiasa betul. Oleh sebab itu, imam dan bila, perlu berlajar secara berterusan, “ujar beliau ketika menghadiri majlis pertemuan yang dibawah profotlio beliau bersama Imam dan bilal, semalamDi dalam majlis itu, beliau sempat memuji kepada imam dan bilal yang masih berkhidtmat walaupun telah disekat elaun bulanan serta berharap usaha itu diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.Antara Imam masih bertugas selepas elaun disekat seramai 12 yang terdiri daripada 7 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 3 orang di Dungun. Manakala bilal pula seramai 10 orang yang terdiri daripada 2 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 6 orang di Dungun.Tujuan perjumpaan bertujuan membincangkan usaha murni yang akan dijalankan oleh kerajaan dan penyelesaian masalah berbangkit telah sekian lama dan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, (JHEAT).Antara yang turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Ustaz Mohd Azam Awi, Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid, Ustaz Haji Mokhtar Salleh, Pegawai Agama Daerah serta Imam dan bilal masjid mukim.
02 Sep 18
85
Empty Image
Telaga Mengkudu Muncul Juara ‘Libas’
Ustaz Ariffin Deraman (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut. Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU - Pasukan Telaga Mengkudu ‘A’muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500, medal dan piala kejohanan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau melihat semangat anak muda yang tinggi sama ada pemain  mahupun penyokong."Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang pertandingan kejohanan sepak takraw."Pertandingan seperti ini bukan untuk mencari siapa yang lebih hebat tetapi untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Tasek, kelmarin (1 September).Sebanyak 16 pasukan berentap dan perlawanan dibuat dalam bentuk liga.Kejohanan tersebut berlansung selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat 31 Ogos sehingga 1 september 2018.Sementara itu, urusetia kejohanan tersebut, Zulhelmi berkata, kejohanan ini adalah program anjuran biro belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Alur Limbat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek.
02 Sep 18
253