Artikel "Komuniti" Terkini
Ahmad Amzad Turun Padang Dengar Keluhan
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim giat turun padang mendekati penduduk Kuala Terengganu dalam usaha mengenal pasti permasalahan mereka.Terbaru, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Syah Muhamad, wakil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) serta Persatuan Peniaga Pasar Besar Kedai Payang telah bertemu peniaga pasar itu, semalam.Masalah kebocoran atap setiap kali hujan lebat antara yang diutarakan para peniaga kepada wakil rakyat itu.Menurut Ahmad Amzad, beliau akan mengadakan perbincangan bersama pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah berkenaan yang sudah lama berlaku.“Diharapkan para peniaga dapat bersabar sementara proses perbincangan dan membaik pulih dijalankan.“Selepas membuat perbincangan, proses membaik pulih akan segera dijalankan. Saya berharap agar peniaga semua dapat bersabar buat masa sekarang," ujarnya kepada pemberita selepas lawatan tersebut.
12 Sep 18
34
Misteri Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terjawab
Lokasi penemuan mayat Said SamahDUNGUN-Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya di dalam sebuah longkang di hadapan rumahnya di Felda Kerteh 5, Kemaman, petang semalam.Mayat Said Samah , 73, ditemui pada pukul 3.50 petang dalam keadaan terbaring dalam longkang selepas kali terakhir warga emas itu dilihat keluar dari kediamannya pada pukul 7.30 petang.Ketua Polis Daerah, Superitenden Bahrudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan tersebut."Mangsa dikatakan menghidap penyakit nyanyuk telah keluar dari rumahnya ketika hujan lebat sedang turun dan keluarganya menyedari kehilangannya tidak lama selepas itu."Sebelum ini mangsa sering dilihat merayau di sekitar kawasan terbabit dan sering dihantar pulang oleh anggota polis dan orang ramai apabila tidak mengingati jalan pulang," katanya.Jelas Baharuddin lagi, selepas usaha pencarian oleh keluarga mangsa menemui jalan buntu, anak perempuan mangsa kemudiannya cuba mencari di sebuah longkang yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya dan menemui mayatnya terbaring di dalam longkang sedalam kira - kira 0.5 meter."Sejurus menerima panggilan dari keluarganya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Ketengah Jaya bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap mayatnya tidak menemui sebarang unsur - unsur jenayah."Mayat warga emas terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengebumian,"katanya.Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
11 Sep 18
100
Lagi Ribut Kencang Landa Bukit Besi
Haji Ghazali (dua dari kiri) meninjau kerosakan rumah mangsa.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sekali lagi dilanda bencana ribut kencang.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian ribut pada jam 4 petang itu telah mengakibatkan sembilan buah rumah tercabut atap."Ini merupakan gelombang keenam dalam kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini."Yang paling kritikal sebelum ini adalah apabila pokok menghempap atap rumah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menziarahi rumah mangsa ribut, semalam (10 September).Beliau segera menziarahi rumah mangsa ribut usai Majlis sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah."Saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar bencana ribut yang melanda seluruh kawasan Terengganu baru-baru ini termasuk di DUN Bukit Besi tidak berterusan dan tidak lagi berulang," katanya.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perumahan Bukit Besi, Abas Ghani berkata, kejadian petang tadi telah diambil tindakan segera oleh komuniti setempat dan telah dimaklumkan kepada pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad."Pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad telah mengalihkan pokok-pokok yang tumbang."Tenaga Nasional Berhad juga turut mengambil perjalanan memeriksa tiang-tiang elektrik di mana ada pokok yang tumbang serta terkena wayar elektrik," ujarnya.Beliau menyatakan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
10 Sep 18
30
Cuti Keluarga Berakhir Tragedi Di Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU-Kegembiraan sekeluarga bercuti di atas rumah bot di Sungai Lasir, Tasik Kenyir, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia 68 tahun maut, selepas bot dinaiki mereka terbalik, 10 pagi tadi.Dalam kejadian itu, mangsa, Ali Ahmad yang juga pesara Jabatan Pertanian dan berasal dari Jalan Mutiara Rini, Skudai, Johor menaiki rumah bot bersama isteri dan ahli keluarganya.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata sebaik sampai di Sungai Lasir, mangsa menaiki sebuah bot kecil bersama enam lagi ahli keluarganya daripada rumah bot ke Air Terjun Lasir untuk mandi manda, sebelum bot kecil tersebut terbalik.Katanya, berdasarkan laporan isteri mangsa, Noraini Mohamad, 61, selepas meninggalkan rumah bot itu pada jarak lebih 30 meter, tiba-tiba bot dinaiki suaminya terbalik menyebabkan semua penumpang terjatuh ke dalam air."Tujuh penumpang termasuk enam kanak-kanak dan pemandu bot sempat diselamatkan petugas rumah bot yang berada di kawasan berdekatan kecuali mangsa yang didapati telah lemas ,” ujarnya ketika dihubungi.Katanya lagi, mayat mangsa kemudian ditemui oleh petugas rumah bot itu tidak jauh daripada lokasi dia terjatuh dan mayat mangsa dibawa ke Sungai Chemor sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.“Siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” ujar Mohd Adli.
10 Sep 18
218
Anggota Tentera Maut Kemalangan Di LPT2
Keadaan kereta yang mengorbankan seorang tentera di LPT2 pagi semalamHULU TERENGGANU - Seorang anggota tentera maut, manakala rakan sejawatannya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 409.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dari Kuala Terengganu ke Bukit Besi sebelum susur Ajil, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 pagi itu, mangsa, Nur Shahrul Romli, 21, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah selepas tersepit di bawah kenderaannya yang terbabas ke dalam longkang.Mangsa yang menaiki kereta Proton Waja itu dipercayai terbabas sebelum terperosok ke dalam longkang sedalam tiga kaki ketika cuba mengelak seekor kerbau yang berhenti di tengah jalan.Empat rakannya iaitu Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23, Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21, Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21 dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23, yang juga anggota tentera pula mengalami kecederaan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Suprintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, kesemua lima mangsa yang menaiki kereta Proton Waja dan empat rakan mereka menaiki sebuah Perodua Viva di hadapan dalam perjalanan pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bharu, Kelantan."Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja dipandu Nur Shahrul cuba mengelak seekor kerbau yang berada di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas."Kereta itu telah memasuki parit di tepi lebuh raya yang setinggi kira-kira 0.91 meter sehingga remuk teruk," katanya.Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital yang sama untuk rawatan.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
10 Sep 18
180
Sukan Nadi Kesihatan Ummah
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS - Bersukan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kesihatan diri sekaligus kesejahteraan masyarakat.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, masyarakat perlu meluangkan masa untuk bersukan.Katanya, ia demi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan."Masyarakat perlu mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk mendapatkan kesihatan yang bermutu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan acara menyampaian hadiah Program Sukan Merdeka Komuniti anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah dan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Padang Futsal Banggol Binjai, Tepoh, semalam (9 September).Menurutnya, program ini terbuka kepada semua peringkat umur (wanita sahaja) dan juga kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah."Antara aktiviti dan acara menarik yang dipertandingkan termasuk pertandingan futsal, kukur kelapa, mengupas epal, mewarna (untuk kanak-kanak) dan lain-lain," ujarnya.Program ini telah disertai oleh kira-kira 200 wanita DUN Tepoh, termasuk kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh DUN Tepoh.Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, Pegawai i-MiTS DUN Tepoh dan pimpinan masyarakat setempat.
09 Sep 18
151
Bersatu Bangsa Capai Matlamat
Ahmad Amzad (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta yang hadir.Oleh: Syed Mohamad Kamal Rizuan KUALA TERENGGANU - Rakyat harus bersatu tidak mengira bangsa mahupun agama untuk mencapai matlamat Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa elemen yang berkait dengan kesedaran moral termasuk kebersihan dan disiplin diri perlu diutamakan bagi mencapai matlamat demi kepentingan bersama.Katanya, usaha dalam membangunkan negeri sepatutnya menjadi usaha yang kolektif iaitu secara bersama."Bukan orang Melayu sahaja, bahkan bukan juga tugas orang Cina dan India sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB sempena Program Mencegah Wabak Denggi di Perkarangan Pasar Kampung Tiong, semalam (9 September)."Justeru, ianya memerlukan penyatuan dan kesepaduan dalam kalangan kita," tambahnya.Beliau sempat melawat dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang berniaga di pasar tersebut.Program yang bermula jam 8:30 hingga 11.30 pagi itu bertujuan untuk menimbulkan rasa prihatin masyarakat tentang kebersihan.Seramai kira-kira 60 orang awam hadir memeriahkan majlis tersebut.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tiong, Jefry Chua dan pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu.
09 Sep 18
53
Rakyat Perlu Angkat Nilai Perpaduan
Baharin dan Burhanuddin bergambar bersama peserta basikal berhias.KUALA TERENGGANU - Masyarakat perlu meletakkan satu nilai yang tinggi terhadap perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pada hari ini.Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris berkata, perselisihan dan perperangan akan meragut nilai kemanusiaan."Dalam suasana perang, manusia hanya berfikir bagi diri sendiri untuk terus hidup. Ketika itu, tiada lagi persaudaraan dan kasih sayang."Jadi, kita harus meletakkan harga yang tinggi dalam mengekalkan perpaduan. Datuk Baharin Idris."Ramai hari ini terlupa akan nilai ini sehingga lebih cenderung mengetengahkan perbezaan dan perselisihan," katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang, Alur Limbat semalam.Beliau hadir merasmikan program Perpaduan di Hatiku anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tebakang.Program itu dihadiri lebih 200 penduduk dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna dan pertandingan basikal berhias.Baharin juga menegaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh rukun tetangga dalam menjaga dan mengeratkan keharmonian dalam kalangan penduduk adalah sangat baik.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Terengganu, Burhanuddin Daud.Meraikan warga emas yang sempat merasai perit penjajahan.
09 Sep 18
45
Peniaga Warga Emas Diacu Pisau, Rugi RM30 Ribu
Fatimah Latih(Mangsa Samun)DUNGUN - Seorang peniaga warga emas menghadapi detik mencemaskan selepas diacukan sebilah pisau di perutnya dalam satu kejadian samun di gerai miliknya di Persimpangan Santong, Bandar Paka, baru-baru ini.Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Fatimah Latih, 63, atau lebih dikenali sebagai 'Mok Teh' kerugian hampir RM 30 ,000 setelah wang tunai , kereta dan barang kemas miliknya dan anak saudaranya Hanisah Maeen, 36, dilarikan empat lelaki Melayu ketika sedang berniaga.Ketika kejadian, tiada pelanggan yang berada di gerainya dan dua orang daripada suspek telah datang menaiki motosikal pada awal paginya untuk membeli nasi dan kuih."Selepas itu, datang pula sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti berhampiran gerainya sebelum empat lelaki termasuk dua orang suspek yang datang ke gerainya pada awal pagi meluru ke arahnya."Saya kenal salah seorang daripada mereka kerana selalu datang ke kedai saya untuk membeli makanan tapi saya tidak tahu namanya, dan salah seorang dari mereka mengacukan pisau ke perut saya dan suruh saya senyap sebelum kami berdua dipaksa melutut di atas lantai di belakang gerai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerainya, semalam.Gerai jualan tempat berlakunya kejadian samunMenurut Fatimah, salah seorang dari perompak kemudiannya bertanyakan sekiranya dia memakai barang kemas dan dia menyatakan bahawa tidak memakai sebarang barang kemas sebelum perompak tersebut merampas gelang tangan dari anak saudaranya itu."Perompak itu mengacah-acah pisau ke perut saya dan mengarahkan saya supaya tidak bising sekiranya tidak mahu ditikam sebelum menyelak tudung saya untuk mencari rantai emas."Kemudian mereka mengambil beg plastik yang mengandungi wang RM1000 hasil daripada jualan makanan sebelum melarikan sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam milik anak saudara saya dan melarikan diri ke arah Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS )," ujarnya lagi.Menurut Fatimah, kejadian itu menyebabkan dia dan anak saudaranya menjadi trauma kerana ini merupakan kejadian yang pertama berlaku terhadap dirinya sepanjang 22 tahun berniaga di kawasan tersebut.Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Pihaknya sedang melakukan gerakan mengesan keempat-empat suspek lelaki Melayu yang berusia lingkungan 30 hingga 50 an itu.Menurut Baharudin, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kesemua suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 098482222.
09 Sep 18
49
Rumah Hangus, MPKK Salur Bantuan Segera
Keadaan kediaman mangsa yang musnah dijilat api.MARANG- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 9, di sini berusaha menyalurkan bantuan segera berupa keperluan makanan, penempatan sementara dan pakaian kepada mangsa kebakaran di kampung itu, kira-kira 9.45 pagi ini.Pengerusi MPKK, Mamat Jusoh berkata pihaknya akan menyediakan kelengkapan asas kepada mangsa Hasbullah Bakar dan keluarga bagi meringankan beban mereka.Mamat Jusoh."Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan telah menyalurkan maklumat mangsa kepada pihak berwajib."Tetapi, kita faham bantuan kerajaan akan memakan sedikit masa. Oleh itu, kami bertindak menyelaras penempatan dan kemudahan keluarga ini sehingga bantuan itu dapat disalurkan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.Kediaman Habullah, 33, hangus dijilat api semalam, ketika beliau keluar berkerja. Kejadian disedari anak lelakinya yang berusia empat tahun yang menjerit memanggil isterinya ketika melihat api mulai marak.Hasbullah.Kebakaran bermula dari sebuah bilik dipercayai akibat litar pintas itu menyebabkan rumahnya hampir 100 peratus musnah.Hasbullah yang tiba di rumah sekitar jam 10 pagi berkata, beberapa peralatan dapur berjaya diselamatkan walaupun api terlalu marak."Bahagian dapur agak jauh dari punca api, jadi saya dan jiran sempat mengeluarkan beberapa barang. Tetapi, keseluruhan bahagian hadapan musnah," katanya.
06 Sep 18
35