Artikel "Komuniti" Terkini
Forum Perdana Semarak Maal Hijrah
Oleh: Aslam WiraMARANG– Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang telah menganjurkan program forum perdana bagi menyemarakkan sambutan Maal Hijrah di perkarangan Masjid Kelulut, semalam.Seawal jam 8:30 pagi, orang ramai mula membanjiri perkarangan masjid itu untuk mengikuti program keilmuan yang dimoderatorkan oleh Ustaz Arif Arifin dan dua ahli panel iaitu Ustaz Zulkhairi Ngah dan Ustaz Wan Mohd Zuki Wan Ismail.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Rhu Rendang, Ustaz Kamaruzaman Abdullah mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana bersesuaian dengan program Maal Hijrah yang disambut saban tahun, penganjuran program berkenaan menandakan semaraknya penyusunan masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah.“Saya berharap tuan dan puan, cuba lihat dimensi, posisi, dan tempat mana yang ada vakum kosong untuk disumbatkan tenaga kepada jalan Allah. Ini kerana tidak ada lagi pahala Hijrah selepas pembukaan Kota Makkah yang ada hanyalah usaha dan tenaga kita yang dikerah untuk memajukan agamaNya,” kata Ustaz Kamaruzaman.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian forum perdana tersebut bagi mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Daud Yusof dan Penyelaras I-MiTS Rhu Rendang, Mohamad Embong.
22 Sep 18
201
Kerajaan Puji Usaha JHEAT Kekang Maksiat
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyokong usaha dan langkah drastik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang melakukan serbuan ke atas dua pusat hiburan yang berkonsepkan ‘disco ala pantai’ di Pulau Perhentian, Besut, baru-baru ini (16 September).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, serbuan dan tangkapan JHEAT adalah selari mengikut undang-undang.“Kita menyokong mana-mana usaha jabatan atau agensi yang mendatangkan manfaat kepada rakyat selagi mana tertakluk kepada undang-undang.“Mereka boleh mengambil tindakan kepada pihak yang melanggar undang-undang tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (22 September).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan tidak menghalang sebarang program atau aktiviti para pelancong asalkan mengikut garis panduan dengan sewajarnya.“Melancong adalah salah satu aktiviti yang sangat digalakkan oleh kerajaan negeri.“Bahkan, kita dapat mempromosikan Terengganu sekaligus menjana pendapatan.“Namun, pelancong haruslah mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan,” jelasnya.Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 10 remaja tempatan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang asyik berpesta arak dicekup selain turut dirampas beberapa botol minuman keras dipercayai baki minuman yang diminum mereka.
22 Sep 18
43
Sudah Bersara Pun Masih Berkhidmat
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuan (PSSB) kepada ahli Veteran ATM yang terpilih.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila kebanyakan mereka masih berkhidmat kepada masyarakat seperti menjadi ketua kampung, imam dan bilal walapun selepas bersara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ATM merupakan badan yang utuh kerana kesatuan di antara ahli di dalamnya."Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."Begitulah semangat yang harus diambil dan dicontohi untuk kebaikan bersama," ujarnya.Menurutnya, program ini bertujuan untuk menghargai tugas dan tanggungjawab ahli Persatuan Veteran ATM."Mereka terus berbakti serta menyumbang tenaga sukarela dalam masyarakat walaupun sudah bersara," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pewakilan Tahunan Ke-60 Persatuan Veteran ATM mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini (22 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2018 yang terpilih.Antara 10 anggota yang menerima pingat ini adalah Mohamad Embong, Ramli Yusof, Abdul Rahman @ Ahmad Dato’ Mohd Salleh, Mejar Mohamat Isa Hassan, Pauzi Ibrahim, Md Ali Mohammad, Wan Affandi Wan Sulong, Noraiha Omar, Saudah Saleh dan Liza Abu Bakar.Persatuan Veteran ATM Negeri Terengganu, yang dianggotai bekas tentera menghargai jasa-jasa ahlinya setiap tahun dengan mengadakan persidangan pemilihan serta penyampaian anugerah pingat kepada ahli yang layak.
22 Sep 18
110
Peniaga Air Tebu Hilang Tempat Berteduh - Ghazali Sulaiman
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Seorang peniaga air tebu hilang tempat berteduh selepas rumah sewanya hangus terbakar di Taman Madani, Almuktafi Billah Shah, di sini, semalam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah serta semua kelengkapan penting."Kejadian berlaku pada 11.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Nasri Taat, yang menyewa rumah kehilangan tempat tinggal dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam.Menurut Ghazali, mangsa mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah."Saya mendoakan agar mangsa tabah dan diberi kekuatan berdepan ujian ini."Saya juga berharap agar ada yang sudi menghulurkan bantuan supaya bebanan ymangsa dapat diringankan," ucapnya.Ghazali turut berterima kasih kepada anggota penyelamat yang cepat bertindak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
21 Sep 18
162
Patuhi Arahan Keselamatan Di Tempat Kerja - Wan Hapandi
Wan Hapandi Wan Nik menziarahi salah seorang penduduk yang sedang sakit di DUN Sura.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN - Setiap pekerjaan yang dilakukan baik di rumah mahupun ditempat kerja, haruslah berpandukan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik menasihatkan kepada orang ramai tentang pentingnya mematuhi akta keselamatan di tempat kerja.“Biar apa pun kerja yang kita lakukan, pastikan kita mematuhi peraturan-peraturan yang telah digariskan.“Kalau berada di tapak kerja, mesti mengikut arahan dari pegawai keselamatan yang bertugas agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini”, jelasnya mengulas kecederaan salah seorang mangsa kemalangan di tempat kerja yang diziarahinya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kebajikan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura Bersama YB di beberapa buah kampung termasuk Kampung Padang Jambu, Kampung Alur Tembesu dan Kampung Sura Tengah, semalam (18 September).Menurutnya Wan Hapandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, walaupun pekerjaan tersebut dilakukan di rumah, namun aspek keselamatan haruslah diambil perhatian yang serius.“Bertukang di rumah sendiri pun perlu patuh kepada aspek keselamatan biarpun tiada yang mengawasi," ujarnya.Program ziarah tersebut yang bermula selepas solat Asar menghimpunkan seramai 15 orang pemuda untuk bersama sama menziarahi mereka yang sakit.Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Ustaz Ahmad Mukrim Adnan dan timbalannya serta Pemuda-pemuda PAS DUN Sura.
18 Sep 18
199
Rakyat Adalah Amanah - Azbi Salleh
Azbi Salleh mendekati kanak-kanak yang menderita sakit kronik.Oleh: Saifullah JusohBESUT - Rakyat adalah amanah kepada pemimpin yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kerajaan akan berusaha memastikan beban dan masalah rakyat dapat dikurangkan."Rakyat memberi amanah kepada kita dengan kuasa yang ada supaya kita dapat menjaga dan membela nasib mereka."Justeru, kita tidak boleh buat acuh tidak acuh dengan masalah dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat kerana rakyat adalah tanggungjawab kita," ujarnya.Beliau berkata ketika demikian ketika ditemui pemberita semasa menziarahi pesakit-pesakit kronik di Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh dan Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam (18 September).Azbi Salleh turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.Rata-rata pesakit yang ditemui menghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga mereka.Turut hadir dalam ziarah tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Jejawi, Mohd Seli dan Pengerusi MPKK Kampung Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusoff.
18 Sep 18
83
Bapa Terkorban Selamat Anak
MAYAT mendiang Peter Haw Tah Ming yang lemas ketika mandi di Pantai Teluk Tanjang Jara, dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.DUNGUN - Demi kasih kepada anak, seorang bapa terkorban nyawa ketika cuba menyelamatkan anaknya yang hampir lemas dalam kejadian di Pusat Peranginan Tanjung Jara, di sini, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Peter How Tah Ming, 54, cuba menyelamatkan anaknya, Matthew How, 25 yang dilihat terkapai-kapai di dalam air.Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa hanyut dan lemas sebelum beberapa orang pekerja pusat peranginan tersebut turun ke dalam air untuk menarik mangsa ke tepi pantai termasuk bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang juga pengunjung resort, dan kemudian dikejarkan ke hospital.Namun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.Isteri Peter, Pang Siew Cheng, 53, berkata, sewaktu kejadian, dia dan suaminya berkelah di tepi pantai manakala dua anaknya, Metthew Haw dan Daniel Haw, 20, sedang mandi-manda di pantai pusat peranginan tersebut."Suami saya bergegas ke pantai sebaik mendengar suara Metthew meminta pertolongan kerana hampir lemas akibat dihanyutkan arus deras tetapi dia pula hampir lemas ketika berenang untuk menyelamatkan anak kami."Pekerja pusat peranginan menolong menarik anak ke darat tetapi suami masih terkapai-kapai dalam air dan mereka pergi selamatkan suami saya pula dan cuba bagi bantuan pernafasan," ujarnya lagi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Suprintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.Katanya, mayat mangsa yang menjalani bedah siasat diserahkan kepada keluarga mangsa jam 10 malam tadi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.
17 Sep 18
33
Jauhi Sifat Permusuhan
Oleh: Saifullah JusohBESUT - Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menyeru kepada semua umat Islam agar menjauhi sifat permusuhan.Katanya, umat Islam seharusnya mengambil pengajaran dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah di mana orang-orang Ansar sanggup menerima dan membantu orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke Madinah. “Walaupun golongan Muhajirin bukan dari kalangan ahli keluarga mereka dan puak-puak mereka, namun mereka tetap menyambut dengan hati yang terbuka demi memastikan umat Islam terus berkembang. "Dalam situasi negara kita Malaysia sekarang, umat Islam seharusnya bersatu padu bagi memastikan agama Islam terus terbela daripada ancaman musuh Islam yang menganggu hak-hak umat Islam di Malaysia,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Talkshow Hijratul Rasul yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MiTS) DUN Kuala Besut di Masjid Haji Yaakob Kampung Tok Saboh, Besut, semalam.Antara ahli panel program keilmuan itu termasuk Pengarah Muslim Care Malaysia, Sheikh Dr Abu Ayesh Alnajjar dan Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Ustaz Ahmad Rashdan. Turut hadir, Unit Belia (i-MiTS) Dun Kuala Besut, Hafiz Yusoff.Menurut Dr Riduan, umat Islam sepatutnya fokus kepada usaha membanteras gejala-gejala yang lebih besar mudaratnya kepada agama Islam yang semakin hari semakin menjadi-jadi di negara kita seperti LGBT, liberalisme, pluralisme dan bermacam lagi daripada terus bertelingkah terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada Islam..
17 Sep 18
309
Jalur Gemilang Terbesar Pulau Tenggol Cipta Malaysia Book Of Records - Ariffin Deraman
Sekumpulan penyelam berkemahiran meletakkan Jalur Gemilang terbesar di dasar laut Pulau Tenggol. Foto - Asraf IkhwanOleh: Ahmad FadhilahDUNGUN - Kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu mencetuskan kejutan apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kibaran Jalur Gemilang terbesar di dasar laut.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa saiz Jalur Gemilang tersebut ialah 16 meter lebar dan 9 meter panjang."Ianya sekaligus mencatat rekod terbesar dan telah memasuki Malaysia Book of Records 2018.“Bendera ini adalah tempahan khas yang berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak bersesuaian dengan tempat diletakkan dalam laut yang mempunyai arus serta gelombang yang kuat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media sempena kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol di Ulek Beach Resort, semalam (16 September).Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program tersebut di Pulau Tenggol.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong dan ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.
17 Sep 18
78
Enam Penerima Anugerah Tokoh Istiqamah
Dr Abu Bakar Abdullah antara penerima Anugerah Tokoh Istiqamah Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Foto- Syaiful MustafaKUALA NERUS - Muktamar Tahunan PAS Kali ke-64, yang bersidang pada 15 dan 16 September lalu, telah menganugerahkan “Tokoh Istiqamah” kepada enam penerimanya di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.Tokoh-tokoh itu dipilih dari pelbagai latar belakang dan peranan penting bersama perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), antaranya seperti berikut.Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok kini menetap di Sungai Merab, Selangor. Keluarga asalnya dari keturunan beraja Bugis, Sulawesi, Indonesia. Ayahnya allahyarham Raja Ibrahim atau lebih dikenali Daeng Mariok merupakan seorang Putera Raja yang ditabalkan di Kalimantan, Indonesia.Beliau lulusan pengajian Islam dan pernah belajar di Kolej Islam Malaya. Beliau menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir hingga ke peringkat PhD dan sekembalinya ke Malaysia, beliau mengajar di Kolej Islam Kelang.Apabila UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) ditubuhkan dan Kolej Islam Malaya diserap menjadi Fakulti Pengajian Islam, beliau menjadi pensyarah di UKM tersebut.Jawatan yang pernah disandang dalam PAS iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS sejak 2015 hingga sekarang. Naib Presiden PAS (1989 hingga 1997), Ahli Jwatankuasa Kerja PAS Pusat (1976 hingga 1989), Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ahli Majlis Syura Ulamak, Pengarah Urusan Harakah PAS dan Pengerusi Pemilihan PAS (2007). "ORANG LAMA" Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok menerima cenderamata daripada Presiden PAS. Dr Daeng Sanusi pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Kelantan selama dua penggal iaitu 1990 - 1995 dan 1995- 1999. Penerima anugerah kedua, Allahyarham Prof Dr Mohd Khazani Abdullah, dilahirkan pada 1968 di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada tahun 1981 hingga 1983. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan (1984-1985), Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari University of Missouri, Rolla USA pada tahun 1991 sehingga 1993. Menamatkan Ijazah PhD di Universiti Malaya pada tahun 1999.Dr Khazani merupakan aktivis PAS semenjak zaman belajar dan merupakan seorang pakar dalam bidang Fiber Optik. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara pada tahun 2001, dengan pelbagai sumbangannya dalam bidang Fiber Optik. Allahyarham antara tenaga pemikir dalam Jemaah PAS bersama-sama dengan Profesor Dr Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu pakar aero angkasa Malaysia. Selepas kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tahun 2004, beliau lebih serius membantu Tuan Guru Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) membangunkan kembali kekuatan PAS terutamanaya di Terengganu. Dr Khazani terlibat dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perantau Terengganu dan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Presiden Perantau Terengganu. Allahyarham juga antara pengasas NGO Ilmuan iaitu sebuah wadah yang menghimpunkan para cendikiawan yang mempuyai fikrah Islam. Manakala, di peringkat kepimpinan PAS Pusat pula, beliau dilantik AJK PAS Pusat untuk sesi 2015-2017, dan menjadi pemikir utama untuk memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).Kejayaan beliau juga dengan menjadi pemikir utama dalam PAS di bilik strategic ISP dan badan pemikir PAS ini juga merangka Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan merangka ‘road map’ PAS ke arah kejayaan PRU14 lalu. Tokoh Istiqamah ketiga diberikan kepada Haji Noh Ahmad, 59, berasal dari Pangkor, Perak. Mempunyai seorang isteri, Puan Sepiah Shaharom dan tujuh orang anak. Beliau kini keuzuran kerana diserang penyakit angin ahmar. Pendidikan tertingginya, ijazah dalam Pengurusan Pendidikan UPSI. Pengalaman bekerja sebagai Guru dan Guru Besar Sekolah Kerajaan serta telah bersara pada tahun 2015.Pengalaman dalam PAS iaitu AJK DPP (Dewan Pemuda PAS) Pusat sebagai Pengarah Pasti Pusat pada tahun 80-an dan 90-an. Setiausaha dan Ketua DPP Perak. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Lumut. Anugerah Tokoh Istiqamah keempat, To’ Puan Ustazah Fatimah @ Zainab Ibrahim, 66, yang lahir pada bulan Oktober 1952 di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu. Beliau anak kedua dari 10 orang adik-beradiknya. Ustazah Fatimah @ Zainab lebih dikenali dengan panggilan Kak Nab. Beliau merupakan isteri kepada Allahyarham Dato’ Harun Taib dan mempunyai lima orang anak terdiri dari dua lelaki dan tiga perempuan.Jawatan dalam parti iaitu Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu dari tahun 1997 hingga 2011, Ketua Muslimat PAS Hulu Terengganu (1985-2013), Ketua Muslimat PAS Pusat (2001-2003) dan AJK PAS Pusat (2003-2005).Selain itu, beliau adalah Pengerusi Persatuan Khairunnisa (2000 hingga 2003), Nazirah UPI Hulu Terengganu (2000-2004), Ahli Lembaga Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) tahun 2000-2004.Hajah Shopiah Ahmad, 69, pula menerima anugerah Tokoh Istiqamah kelima sempena Muktamar Tahun PAS kali ke-64. Suaminya, Allahyarham Mohd Hussin Paiman. Beliau berasal dari Jasin, Melaka.Pendidikannya, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1966 serta mendapat Diploma Ilham pada tahun 1998. Pengalaman kerjayanya, Guru Madrasah As-Sunnah Terentang (1970-1985) waktu pagi. Guru Tadika Belia 4B (1970-1975) waktu petang, dan Guru Tadika anjuran Risda dan Kemas dari tahun 1975 hingga 1984.Pengalaman dalam PAS bermula sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) pada tahun 1967-1970. Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua DMPNM (1970-1975), Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua DMPNM (1975-1980), Timbalan Ketua DMPNM (1980-1984), Ketua DMPNM (1984-2001), Timbalan Ketua DPMNM (2001-2007) dan Naib Ketua DMPNM dari tahun 2008 hingga sekarang. Manakala, Tokoh Istiqamah keenam diberikan kepada Dr Abu Bakar Abdullah, yang lahir pada 29 Mei 1952 di Kampung Gemuruh, Kuala Nerus. Beliau mula mendapat Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh pada tahun 1959 hingga 1964. Kemudian ke Sekolah Agama Jamiah Diniah Tok Jiring dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abdin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Selepas itu melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang (1971) dan menyambung pengajian peingkat Ijazah dan Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1980 dalam bidang Pengajian Islam. Ustaz Abu Bakar mendapat Ijazah Sarjana Muda (MA) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas serta Diploma Pendidikan pada tahun 1983. Manakala, Ijazah Kedoktoran (PhD) diperolehi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Allahyarhamah Tengku Aminah Tengku Ali dikurniakan seramai 13 orang anak.Jawatan dalam PAS yang pernah disandangnya sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, YDP PAS Kawasan Kuala Nerus dan Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Tepoh.Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh untuk beberapa penggal sebelum ini. Dr Abu Bakar Abdullah kini keuzuran setelah diserang angin ahmar sejak lebih setahun lalu.
17 Sep 18
946