Artikel "Komuniti" Terkini
Allah Suka Golongan 'Mutatohhirin'
Ustaz Saiful Bahri Mamat (kiri) membersihkan kawasan sekitar dalam Kempen Kebersihan Pantai Paka.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Kebersihan bukanlah sekadar kempen, tetapi seruan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang harus dipatuhi, kerana Allah sukakan golongan 'mutatohhirin' iaitu golongan pembersih.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengingatkan kepada semua jemaah yang hadir agar menjadi Muslim yang suka akan kebersihan dan kesucian.“Kita umat Islam daripada kecil dididik dan dilatih melalui proses 'taharah' yang mambawa makna penyucian dan pembersihan.“Kebersihan ini merupakan etika sebagai seorang Muslim dan melambangkan agama Islam,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan di Pantai Petak, Paka, kelmarin (22 September).Ustaz Saiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengingatkan supaya menjaga kebersihan di tempat awam.“Hari ini pelajar kita di sekolah buang sampah merata-rata kerana mengharapkan tukang sapu yang membersihkannya."Begitu juga masyarakat apabila beriadah di pantai, tempat awam dan sebagainya hanya membiarkan sampah yang dibawa dibuang merata-rata."Sepatutnya, kita kena buang di dalam tong sampah.“Sebenarnya, semua ini bermula dengan etika, budaya masyarakat yang dibentuk dengan jati diri kita," katanya.Beliau menyatakan kadang-kadang orang bukan Islam lebih memahami erti kebersihan."Kalau di Pattani, ada golongan bukan Islam, tetapi mereka menjaga masjid dan surau di sana."Mereka mengalu-alukan kedatangan orang Muslim ke tempat mereka dalam keadaan yang bersih.Beliau turut mengucapkan tahniah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh dan juga Pihak Petronas yang menganjurkan program ini.“Insya-Allah selepas ini, kita harap setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan menganjurkan gotong-royong di kawasan masing-masing,” ujar beliau.Turut hadir ialah isterinya, Sabariah Ilyas, wakil Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Rashidi Wan Suhaimi, kakitangan petronas, wakil i-MiTS dan wakil MPKK Paka.
23 Sep 18
322
Remaja Tulang Bengkok Terima Bantuan TDI
Che Ku Syafiq menunjukkan bahagian kaki kanannya yang terpaksa dibuat pembedahan membetulkan tulang yang bengkok itu.
KUALA TERENGGANU - Badan-badan korporat, anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dan orang ramai digalakkan menyumbang kepada Tabung Darul Iman (TDI), yang ditubuhkan oleh kerajaan Terengganu.
Ini kerana, TDI tidak pernah lekang dari membantu rakyat Terengganu terutama kepada mereka yang ditimpa bencana alam, bantuan sara hidup dan pesakit kronik.
Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menemui, seorang remaja yang mengidap penyakit keturunan melibatkan masalah saraf dan tulang bengkok.
Che Ku Mohammad Syafiq Che Ku Abdillah, 18, dari Taman Permint Perdana, Kapung Batin Seberang Takir menerima bantuan perubatan dari TDI.
Beliau dikesan mengalami penyakit ‘multiple epiphyseal dysplasia’ pada kedua belah kakinya menjadi bengkok.
“Saya sakit kaki ini mula (dikesan) umur 10 tahun lagi. Kedua-dua belah kaki saya makin lama semakin membengkok.
“Pergerakan semakin terhad sehinggalah selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baharu saya buat pembedahan kaki (kanan) ini, Alhamdulillah…selamat,” ujarnya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir (SMKKST).
Menurut beliau, kos pembedahan bagi kedua-dua belah kaki itu mencecah RM15,794.00 dan ditanggung sepenuhnya melalui TDI dan kerajaan negeri.
Che Ku Syafiq menghidapi sejenis penyakit ‘multiple epiphyseal dysplasia’ pada kedua-dua belah kakinya.
UPDI dimaklumkan, kedua-dua belah kaki remaja itu akan dibedah bagi membetulkan semula tulang betisnya yang bengkok.
Bapanya, Che Ku Abdillah Che Ku Ismail, 50, bekerja sebagai pembantu kebersihan di sebuah hotel di Kuala Terengganu.
“Jika harapkan duit sendiri, saya tidak mampu 100 peratus untuk buat pembedahan Che Ku Syafiq ini kerana kosnya yang mahal.
“Ini macam penyakit keturunan juga kata doktor dan selain Syafiq, ada dua orang lagi anak saya yang mungkin menghadapi masalah sama,” ujar beliau ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu dan Tabung Darul Iman (TDI) banyak membantu meringankan beban ini.
Katanya, pembedahan kaki Che Ku Syafiq itu dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian, Kota Bharu pada 2 September lalu.
23 Sep 18
537
TDI Bantu Kos Susu, Lampin Warga Emas
Maznah cuba mengejutkan ibunya Siti Abdullah yang mengidap penyakit angin ahmar sejak hampir tujuh tahun lalu.
KUALA TERENGGANU - Tabung Darul Iman (TDI) mula ditubuhkan ketika pemerintahan kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, satu penggal lalu dari tahun 1999 hingga 2004.
Namun, fungsi dan peranan TDI itu diteruskan ketika negeri diperintah oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas itu.
Peribahasa Melayu, ibarat ‘sirih pulang ke gagang’ tercapai dan Kerajaan Terengganu kini memanfaatkan sepenuhnya peranan TDI kepada rakyat di negeri ini.
Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini (20 September) menemukan salah seorang penerima bantuan warga emas iaitu Siti Abdullah, 85, dari Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu.
Beliau menghidap penyakit angin ahmar yang menyerang seluruh bahagian kanan anggota badannya sejak tahun 2012.
Siti juga sebelum ini merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan yang kini di bawah jagaan anaknya.
Warga emas, Siti Abdullah merupakan penerima bantuan TDI berupa susu dan lampin pakai buang yang bernilai lebih RM1,200 sebulan.
Anaknya, Maznah Mat Amin kini terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu di sebuah sekolah di ibu negara, Kuala Lumpur bagi menjaga Siti Abdullah.
“Ibu saya, Siti Abdullah sakit diserang angin ahmar hampir tujuh tahun lalu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lagi, dan saya masih ingat dia (ibu) tidak dapat mengundi pada tahun itu.
“Saya pula terpaksa berhenti kerja (pembantu sekolah) di Kuala Lumpur semata-mata hendak jaga ibu yang sakit ini,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya.
Menurut Maznah, ibunya itu tidak mampu bergerak sendiri dan hanya dibekalkan minuman susu khas sebagai tali hayat hidup.
Selain itu, katanya kos sara hidup yang diperlukan oleh Siti melebihi RM1,200 sebulan bagi pembelian susu dan lampin pakai buang.
“Setiap hari, ibu saya perlu tukar lampin pakai buangnya antara tiga hingga lima keping sehari dengan harga RM17.00 satu pek, dan 25 tin susu sebulan pada harga RM67.00 hingga 70.00 satu tin.
Justeru, Maznah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman.
“Saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri dan TDI yang sudi membantu keluarga kami, semoga kerajaan rakyat ini terus ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’, insya-Allah,” ujarnya.
Dimaklumkan, melalui TDI ini kesulitan keluarga warga emas itu dapat dikurangkan kerana kos yang ditanggung itu mencecah RM1,240.90 sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Tabung Darul Iman, 563019258034.
23 Sep 18
181
HOPE 1.0 Suntik Motivasi Bakal Doktor
Dr Mujahid menyampaikan ucapan kepada 100 peserta HOPE 1.0 yang hadir.
KUALA TERENGGANU - House Officer Preparatory Course (HOPE) mula mengorak langkah dengan memberikan motivasi dan kemahiran buat para graduan yang bakal bergelar doktor dan akan menjalani tempoh 'housemanship'.
Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Terengganu, Dr Mujahid Fauzi berkata, sebanyak 30 peratus doktor di negara ini mengalami tekanan mental yang serius.
Justeru, HOPE merupakan salah satu inisiatif yang julung-julung kali diadakan oleh PAPISMA.
"Terengganu menjadi negeri terawal dalam jelajah ini.
"Alhamdulillah, kita berjaya menganjurkan HOPE 1.0 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
"Saya cukup berbesar hati dengan komitmen kerajaan negeri dalam penganjuran HOPE kali ini di bawah portfolio Badan Bukan Kerajaan (NGO).
"Ternyata kerajaan serius dalam membantu kami para doktor bahkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Katanya, program ini bertujuan untuk memberi perkongsian kepada bakal doktor tentang pendedahan awal amalan praktikal perubatan di hospital.
"Maklumat disampaikan oleh doktor-doktor pakar dan pegawai-pegawai perubatan yang berpengalaman," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (23 September).
Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Mujahid, peserta-peserta didedahkan dengan kemahiran mengambil darah, ujian air kencing, cara menangani stress dan sebagainya.
"Peserta yang hadir adalah graduan ijazah perubatan dari dalam dan luar negeri termasuk dari Rusia, Mesir, Jordan dan lain-lain.
"Kita menerima respon yang positif daripada peserta.
"Bagi pihak PAPISMA, saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dan mengharapkan kerjasama yang berterusan pada masa hadapan insya-Allah," tambahnya.
HOPE 1.0 berlangsung di Duyung Marina Resort bermula 21 hingga 22 September.
Ianya dirasmikan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Seramai 100 orang peserta menyertai program tersebut.
23 Sep 18
317
Kerajaan Bantu Mangsa Bencana Lombok
MB (tengah) menyaksikan gimik penyerahan check oleh CEO Terengganu Incorperated (TI), Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak kepada Mohd Sanusi (kiri) untuk bantuan kemanusiaan Lombok. -Foto Syaiful Mustafa
Oleh Suhaimi Taib & Farah Mohd Jafar
SEPANG – Kerajaan Terengganu sentiasa menyokong apa jua misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana di seluruh dunia bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, di Pulau Lombok, Indonesia umpamanya, kerajaan melalui anak-anak syarikatnya berkolaborasi (bekerjasama) menyediakan dana untuk tujuan tersebut.
Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 membawa Dana RM100 Ribu.
Kali ini dana itu disalorkan melalui badan bukan kerajaan, PAS Relief yang dapat mengumpul sebanyak RM100 Ribu.
"Saya difahamkan, misi bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua. Kali pertama dibuat pada bulan Ogos dengan dana bantuan dibawa sebanyak RM50 Ribu dan empat orang anggota NGO itu terlibat," jelas beliau.
Kerajaan Negeri Terengganu katanya, menyokong penuh usaha misi kemanusiaan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang mengalami kesulitan akibat bencana dan selainnya.
Menteri Besar berkata demikian di Majlis Perasmian Pelepasan Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 23 September.
Katanya, bantuan kemanusiaan memerlukan usaha yang tinggi dan serius dalam menyampaikan bekalan makanan, minuman dan tempat tinggal.
“Keperluan asas yang diperlukan oleh mereka tentulah banyak. Makanan, minuman, tempat untuk mereka berteduh, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan usaha yang tidak sedikit,” katanya lagi.
Dr. Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa penglibatan pelbagai badan dan agensi dalam misi kemanusiaan ini dapat menambahkan lagi pengalaman dan jaringan sebagai sebuah organisasi NGO dengan negara luar.
Selain bantuan fizikal berbentuk kewangan, kehadiran sukarelawan turut membawa roh semangat rakyat Malaysia buat jiwa-jiwa mangsa yang sedang menghadapi kesukaran supaya lebih kuat dalam mengharungi dugaan kehidupan.
“Saya percaya sedikit sebanyak apa yang cuba dibawa pada hari ini bukan sekadar membawa bantuan kewangan tetapi membawa roh dan semangat rakyat Malaysia.
"Kerajaan Negeri Terengganu secara khususnya bahawa apabila kita berhadapan dengan kesukaran, kita Insya-Allah akan hadir kerana kita tidak tahu satu hari nanti kita juga akan berdepan dengan kesukaran dan di saat itu kemungkinan kita juga mengharapkan rakan-rakan kita daripada luar datang membantu kita.
“Apa yang penting ialah kita meletakkan niat hanya kepada Allah SWT kerana pertolongan daripada Allah itu adalah pertolongan yang paling besar yang kita ini boleh saja merancang, merangka apa jua strategi, kaedah, tetapi akhirnya hendaklah kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Misi Kemanusiaan 2.0 ke Lombok, Indonesia dibuat ekoran gempa bumi yang berlaku pada Julai lalu berskala 6.4 ritcher yang mengorbankan ramai nyawa, mengakibatkan banyak kerosakan dan bangunan runtuh.
Kemusnahan mencatatkan 400 Ribu orang kehilangan tempat tinggal, 80 Ribu buah rumah yang musnah dan 1,000 buah masjid runtuh.
Kesulitan yang dihadapi mangsa seperti ketiadaan air, bekalan makanan yang makin susut dan juga tiada tempat pendidikan untuk anak-anak.
Sehubungan itu, PASRelief berkolaborasi dengan beberapa GLC Terengganu dan NGO menghantar anggota rombongan misi kemanusiaan seramai 31 orang dalam menyampaikan bantuan dan bekalan kepada mangsa.
Dalam misi kemanusiaan kali ini, PAS Relief membawa sebanyak 20 tan makanan.
Majlis Perasmian Pelepasan Misi Kemanusiaan 2.0 turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Pengarah PAS Relief, Haji Mohd Sanusi Md Nor dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik.
23 Sep 18
169
PPRT Kampung Jetit Dipertimbang Tukar Kepada Hak Milik
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG -Selepas 18 tahun menjadi penghuni di kawasan perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Bukit Jetit, kerajaan sedang menimbang untuk menukar status kediaman itu sebagai hak milik.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan mengusahakan supaya tanah serta rumah yang sekian lama didiami itu diubah kepada hak milik masing-masing."Masalah yang dialami oleh penduduk di kampung ini, apabila membuat ubah suai atau membaiki rumah mereka dengan tiada peruntukan oleh kerajaan dan rumah serta tanah tersebut bukan hak milik." Ujar beliau.Beliau menyatakan demikian ketika majlis dialog soal jawab hal semasa dengan penduduk kampung tersebut sempena Program Sehari Bersama Yang Berhormat serta Membuat Bubur Asyura, di kampung itu, semalam.Menurut Sulaiman, beliau akan menyokong dan akan menimbang permohonan yang belum diselesaikan oleh kerajaan terdahulu walaupun setelah sekian lama memerintah.Selain itu, beliau juga sempat menziarahi beberapa buah rumah di kampung itu sambil menyampaikan sumbangan hamper makanan.
23 Sep 18
256
MPKK Perlu Inklusif
Oleh: Dzakaria Mohd SallehBATU RAKIT- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diingatkan agar terus bersama rakyat dalam apa jua aktiviti selain menjadi penghubung kepada kerajaan.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, kebersamaan MPKK bersama masyarakat perlu bersifat inklusif.Katanya, MPKK dan masyarakat perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam mencari penyelesaian apa jua masalah yang timbul untuk menjadikan Terengganu negeri yang Maju,Berkat Dan Sejahtera."Penglibatan MPKK dalam program gotong-royong seperti ini contohnya membuktikan keterbukaan (MPKK) boleh bersama masyarakat walaupun ini bukan program yang dianjurkannya.“Tahniah pada penganjur dan MPKK atas semangat ukhuwah ini,” katanya selepas bersama-sama mengacau bubur asyura anjuran Masjid Al Ukhuwwah, Mengabang Telong,” semalam.Program yang dianjurkan masjid berkenaan telah disertai MPKK Kampung Mengabang Telong, Alor Damat, Pengkalan Maras danTaman Perumahan Wakaf Tengah serta ahli qariah setempat.Sebanyak empat periuk besar bubur asyura telah dimasak secara kerjasama dan diagihkan kepada penduduk serta jemaah masjid yang menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus pada sebelah malamnya.
22 Sep 18
47
PMR Bukit Besi Tepat Pada Masa
Wan Hassan Mohd Ramli (dua dari kiri) dan Haji Ghazali Sulaiman (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima E-Kasih. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Program Membantu Rakyat (PMR) adalah satu insiatif dari kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang berada di dalam senarai e-Kasih.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan program yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi itu tepat pada masanya dalam keadaan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tidak lama lagi."Alhamdulillah, program ini dilihat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh."Dengan perubahan kerajaan yang ada, kita masih dapat meneruskan sumbangan secara berkala kepada penerima E-Kasih," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Membantu Rakyat (PMR) di Balairaya Besol, Dungun, semalam (22 September).Menurutnya, PMR ini membantu penduduk di sini kerana ramai di antara mereka bergantung kepada hasil pertanian."Apabila berlaku musim tengkujuh atau banjir yang memyebabkan hasil terjejas, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat membantu mereka memperoleh bekalan asas," tambahnya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menyifatkan program itu adalah salah satu langkah kecaknaan kerajaan membantu masyarakat."Kerajaan Negeri Terengganu ternyata tidak meminggirkan golongan yang mendapat bantuan E-Kasih."Kita akan sentiasa menambah baik cara pengagihan supaya pelaksanaannya adil dan tiada yang ketinggalan," jelasnya.Beliau turut berterima kasih kepada Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i-MiTS) DUN Bukit Besi kerana sentiasa komited mengatur dan mengadakan program bersama masyarakat.Seramai 51 orang penerima E-kasih telah menerima bantuan dalam majlis tersebut.Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik, Penolong Penyelia i-MiTS, Zakiah Alias, wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol dan MPKK Bukit Besi.
22 Sep 18
36
Kejohanan Liga Bola Sepak Piala ADUN Bukit Payung Buka Tirai
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) menyampaikan baju t-shirt perlawanan kepada ketua-ketua pasukan.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung telah bermula semalam yang berlangsung di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pertandingan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.“Sekurang-kurangnya kita mengharapkan mereka menjauhkan diri daripada tindakan-tindakan yang tidak bermoral dan buruk,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dengan kerjasama Urusetia Belia N18 di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung, semalam (22 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyerahkan jersi kepada pengurus pasukan yang menyertai kejohanan ini.Perlawanan di antara Pasukan Kampung Surau Haji Daud dengan Pasukan Kampung Surau Haji Mat Zin membuka tirai Kejohanan Liga Piala ADUN Bukit Payung.Perjalanan kejohanan liga ini mengambil masa lebih sebulan dengan penyertaan daripada 18 pasukan dari serata kampung di DUN Bukit Payung.Padang Bola Kampung Atas Tol dan Kampung Laut juga merupakan tempat perlawanan selain di Kampung Surau Haji Daud.
22 Sep 18
1405
Cadang Jadikan Lembah Takir Kawasan Rekreasi
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS – Kerajaan negeri bercadang menjadikan Lembah Takir yang merupakan kawasan paya bakau di daerah ini sebagai kawasan rekreasi dalam tempoh terdekat.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kawasan itu memiliki tapak yang sesuai untuk didirikan kemudahan untuk anggota masyarakat termasuk dewan orang ramai.“Datarannya yang cantik sangat sesuai untuk didirikan dewan untuk masyarakat sekitar.“Dewan ini dapat kita dijadikan tempat majlis perkahwinan dan untuk kegunaan-kegunaan lain dan ruangan parkir pun yang luas, dan aliran sungainya kita akan cantikan untuk tujuan riadah masyarakat setempat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjayakan Program Gotong-royong Perdana anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada penduduk sekitar dan pimpinan masyarakat setempat di Lembah Takir, Seberang Takir, semalam.Program itu merupakan kerjasama antara Pejabat Daerah Kuala Nerus, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampungg Baru, Seberang Takir, dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Turut hadir, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fazil Wahab, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zuwislan Awang dan pegawai-pegawai yang lain.
22 Sep 18
90