lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Pertandingan Memasak Erat Silaturahim
Tuan Faezah (tengah) melihat hasil masakan berasaskan ubi keledek yang dihasilkan oleh peserta yang menyertai Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok, hari ini. KUALA TERENGGANU - Usaha berterusan kerajaan negeri dalam mengadakan program kemasyarakatan untuk memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan melalui Pertandingan Memasak anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Penganjuran pertandingan memasak kuih tradisional menggunakan ubi keledek dan lauk berasaskan ikan siakap sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 yang disertai 40 pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu serta Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa').Pengerusi Khairunnisa’, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman berkata, pertandingan masakan sebegini bukan sahaja membolehkan para peserta mengasah bakat masakan, malah dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.“Pertandingan yang diadakan ini juga merupakan salah satu cara mendedahkan kepada kaum wanita, ibu dan anak-anak muda bagi menonjolkan bakat yang terpendam.“Kalau sebelum ini hanya memasak dekat dapur, sekarang ini kita bawa mereka memasak dan menunjukkan kreativiti masakan masing-masing di khalayak ramai supaya kreativiti yang dihasilkan itu boleh dikongsi bersama,” ujarnya ketika berucap di Program Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok (27 September).Turut hadir, Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah serta Setiausaha Khairunnisa’, Zarani Othman.Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata, kreativiti ditunjukkan setiap pasukan yang dianggotai oleh dua peserta itu turut memberikan idea kepada orang ramai dalam mengaplikasikannya ketika memasak di rumah.“Dengan kreativiti yang ditunjukkan di sini juga, kita boleh menjadikannya satu idea memasak sendiri hidangan untuk keluarga kerana air tangan ibu dan isteri adalah makanan terbaik kepada suami dan anak-anak.“Malah, nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pertandingan ini termasuk dari aspek kebersihan juga selari dengan hasrat kerajaan negeri yang menyeru kepada orang ramai mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.
26 Sep 18
2874
Empty Image
Semai Minat, Keikhlasan Dalam Bekerja
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera di minta agar menyemai  minat dan menzahirkan keikhlasan dalam setiap  kerja yang telah diamanahkan.Pengawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata peluang berkhidmat dan bekerja sebagai kakitangan IMITS gunakan sebaik-baiknya."Lakukan kerja dengan penuh minat dan keikhlasan, jangan bekerja sambil lewa."Gunakan peluang yang ada untuk menyumbang dan menguatkan pentadbiran kerajaan negeri," ucapnya.Beliau berucap demikian ketika hadir didalam Program 'brain storming' IMITS di Rumah Rehat Pasir Raja, Dungun, baru-baru ini.Beliau yang juga Penyelaras DUN Bukit Besi turut menyatakan anugerah kemenangan ini adalah dari Allah, di mana ianya disusuli dengan amanah yang mesti dipertanggungjawabkan.Katanya, anugerah ini dari Allah setelah 12 tahun kita menanti,  maka perlu diingat ianya  imbuhan untuk kita bergerak dan bekerja.“Kalau nak difikirkan dahulu kita dalam keadaan susah,namun kita cekal berusaha bagi memastikan PAS mencapai kemenangan (mentadbir kerajaan negeri .“Dalam melakukan kerja didalam IMITS pastikan jangan ada sifat pentingkan diri, jangan ada sifat nak bersaing sebaliknya perlu saling lengkap melengkapi.," ujarnya.
26 Sep 18
62
Empty Image
Penduduk Perlu Jaga Kebersihan Kampung
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN- Penduduk di sekitar daerah ini diingatkan agar sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan kampung masing-masing bagi menjamin persekitaran bebas pembiakan nyamuk aedes.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Dato’, Razeman Abdul Aziz berkata, kerajaan amat mengambil berat dan memandang kesihatan sebagai aspek penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat."Saya mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Marilah kita bersama-sama menjaga pesekitaran kampung dan kawasan rumah ke arah menuju gaya hidup tanpa denggi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Anti Aedes yang telah disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Osmarizal Omar yang mewakili Haji Hanafiah Mat di Jalan Dato’(25 September).Program gotong-royong anjuran MPKK Jalan Dato' itu turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan Polis Diraja Malaysia (Kemaman).Menurut beliau, melalui aktiviti gotong-royong sebegitu dapat membuktikan bahawa usaha yang kecil sebenarnya boleh membawa perubahan besar dalam membantu membasmi dan mengurangkan kes denggi.Katanya, antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk tujuan pembersihan ketika gotong-royong itu termasuklah kawasan pembuatan sampah dan longkang yang tersumbat di sekitar Jalan Dato’.
25 Sep 18
116
Empty Image
Persiapan Musim Tengkujuh ; Usahasama Terengganu Dan Kelantan
Latihan hadapi banjir akan diadakan bersama diantara kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan - Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah HULU TERENGGANU – Satu jawatankuasa menghadapi bencana musim tengkujuh tahun ini  telah ditubuhkan dan akan menjalani latihan usahasama di antara negeri Terengganu dan Kelantan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan merumuskan satu kaedah yang paling efektif dalam menangani isu berkaitan banjir di ke dua-dua buah negeri.“Dalam mesyuarat Exco baru-baru ini kita telah pun mendapat taklimat daripada Pengerusi Jawatankuasa Bencana yang telah pun beri taklimat kepada semua ahli-ahli majlis mesyuarat.“Dan ahli-ahli yang berhormat daripada semua kawasan termasuk daripada pembangkang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang semalam, Isnin, 24 September.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri telah pun membuat dan mempertingkat persiapan dari semasa ke semasa untuk membuat penambahbaikan berdasarkan pengalaman yang lepas.“Di pihak NGO pula  kita insya Allah akan mengumpulkan seberapa ramai  sukarelawan bagi  membantu mana-mana tempat yang berhadapan dengan bencana  ataupun ujian banjir, ribut  dan sebagainya lagi,” ujarnya.Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menyatakan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bermula pada bulan November sehingga Mac pada setiap tahun.Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang seringkali  mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan cenderung banjir.
24 Sep 18
109
Empty Image
Wushu Bawa Berita Gembira Kepada Tiong Hua
Ustaz Sulaiman Sulong (kiri) mengagihkan kuih bulan kepada penduduk setempat.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG - Acara wushu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang baru berlalu telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu emas dan gangsa.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, wushu adalah sukan yang bukan sahaja popular di Negeri Terengganu, namun termasuklah di kalangan kaum Tiong Hua sendiri."Saya mengharapkan supaya selepas daripada ini, kaum Tiong Hua perlu untuk lebih aktif terlibat dalam sukan sama ada wushu, taekwando dan seumpamanya."Ianya untuk memberi nilai tambah kepada kontinjen negeri pada masa yang akan datang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pengagihan Kuih Bulan di Taman Raya Wakaf Tapai , kelmarin (23 September).Menurut Ustaz Sulaiman Sulong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, emas pertama wushu itu dihasilkan Wee Teck Siang, 18, bagi kategori sanda 60 kilogram lelaki selepas menewaskan Tan Xian Jun, dari Selangor menerusi tendangan 'knockout'.Manakala, Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun pula menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya SUKMA 2018.Beliau sempat mengagihkan kuih bulan dari rumah ke rumah di kawasan itu.
24 Sep 18
77
Empty Image
Antara Dua; Dosa Atau Pahala
Shaharizukirnain mengingatkan ahli MPKK supaya amanah dan telus dalam menjalankan tanggungjawab.Oleh: Helmi SalamSETIU - Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertanggungjawab sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, penyaluran maklumat kepada rakyat seperti di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan kerajaan negeri adalah satu amanah."Amanah dan tanggungjawab ini sangat besar dan akan ditanya oleh Allah pada hari kiamat kelak."Insya-Allah dengan kerja amal seperti ini kita akan mendapat pahala di sisi Allah SWT," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan sekitar 60 orang wanita yang memegang jawatan dalam MPKK dalam DUN Batu Rakit di Balai Raya Maras, kelmarin (23 September).Tambah Shaharizukirnain, siapa sahaja samaada lelaki ataupun perempuan, amanah yang dipikul oleh MPKK dalam membela kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan.Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Wan Ramlah Wan Ab Rahman.
24 Sep 18
90
Empty Image
Nasib Pesakit Kronik Dibela - Azbi Salleh
Haji Azbi Salleh (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk.Oleh: Saifullah JusohBESUT - Nasib pesakit-pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus menjadi keutamaan agar terus terbela.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pesakit-pesakit kronik perlu diambil perhatian agar nasib mereka terus terbela kerana ramai di antara mereka yang masih mempunyai tanggungan."Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka bagi menjalani kehidupan seharian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Gong Penaga, kelmarin (23 September).Seorang penduduk yang diziarahi, Raudhatul Husna sedang menderita akibat ketumbuhan di kepala.Beliau tinggal bersama ibunya di Kampung Gong Penaga.Haji Azbi turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.Hadir sama ialah Pengerusi MPKK Kampung Gong Penaga, Mohd Amri.
24 Sep 18
256
Empty Image
Ziarah Tumpuan Utama - Mohd Fazil
Haji Mohd Fazil bertemu Firdaus di Kampung Telaga Batin.Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Ziarah menjadi tumpuan utama dalam memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir terjaga.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fazil berkata, lawatan hari ini menemukan Ahmad Firdaus Abdul Rahman yang ‘viral’ di media sosial akibat bertukar kasut dengan saudaranya untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarganya.“Alhamdullilah sumbangan dihulurkan bagi membantu keluarga adik Ahmad Firdaus ini.“Saya berharap semoga adik Ahmad Firdaus terus berjaya dalam bidang pelajaran.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah di kediaman Firdaus di Kampung Telaga Batin,Seberang Takir, kelmarin (23 September).Tambahnya, beliau mengharapkan Firdaus dapat berjaya pada masa hadapan dan membanggakan keluarga."Semoga Firdaus dapat menjadi anak yang dapat membanggakan keluarganya," ujarnya.
24 Sep 18
128
Empty Image
Kerajaan Komited Kekalkan Kemenangan SUKMA 2020
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bersama para atlet Sukma 2018 melaungkan slogan “Terengganu Hanelang” di Dataran Batu Burok. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha melihat negeri ini terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan atlet-atlet sukan di persada dunia. Ini terbukti, apabila kontinjen Terengganu berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 dari 11 hingga 22 September di Perak, buat kali kelima.Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan, beberapa insentif kepada para atlet SUKMA yang berjaya merangkul pingat. Azreen Nabila Alias (kanan) dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik Sukma 2018, dan Nur Aishah Muhammad Zubir, berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam acara berbasikal.Malah, katanya kerajaan negeri akan menaja Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018, Azreen Nabila Alias ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan insentif-insentifnya. Pemberian RM3,000 bagi setiap pingat emas untuk setiap pemenangnya. Pemberian RM2,000 bagi setiap pingat perak untuk setiap pemenang dan pemberian RM1,000 bagi pingat gangsa untuk setiap orang pemenang.“Bagi Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX 2018, Azreen Nabila Alias, kita (kerajaan) akan hantar mengerjakan umrah. “Kerajaan negeri juga bersetuju memberi tambahan RM100 kepada setiap ahli kontinjen SUKMA dan semua sekali yang terlibat akan menerima insentif itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Kepulangan Wira-Wirawati Juara Sukma 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam (23 September).Hadir sama menyambut kepulangan para atlet itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ R Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.Dr Ahmad Samsuri bangga dengan pencapaian atlet SUKMA 2018 yang mengharumkan nama Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri turut merakamkan ucapan syukur dan tahniah khususnya kepada atlet, yang berjaya memecah rekod SUKMA serta merangkul pingat emas yang banyak.“Syukur kita kehadrat Allah SWT dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu yang telah membawa pulang Piala SUKMA XIX 2018. Pencapaian yang amat cemerlang dan membanggakan.“Tidak ada ucapan yang boleh diberikan kepada seluruh atlet, pengurus, urusetia, ‘bapa angkat’ yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Terengganu. “Kejayaan kita (Terengganu) menjadi juara dan diiringi dengan kejayaan ‘Ratu Pecut’ Terengganu, Azreen Nabila Alias, yang telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018. “Beliau telah memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dalam acara 100m. Emas juga dalam acara 200m dan 4x100m.  Kita juga ada Nur Aishah Muhammad Zubir yang memenangi tujuh pingat emas acara berbasikal.“Harapan saya, SUKMA 2020 nanti kita (Terengganu) sekali lagi menjadi juaranya, insya-Allah,” jelasnya. Detik-detik manis kejayaan Ratu Pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias, sekaligus dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018.Menurutnya, kejayaan paling besar yang menyumbang pingat emas kepada negeri ini adalah acara sukan berbasikal. “Saya suka memberi komitmen yang sesungguh-sungguhnya, bahawa kita akan berusaha untuk memastikan velodrom dapat dijayakan di Negeri Terengganu ini dalam masa terdekat. “Ini kerana sudah lama kita hendak velodrom bagi sukan berbasikal. Kita mahu atlet kita cemerlang di peringkat nasional dan dunia, insya-Allah,” tegasnya di hadapan lebih 1,000 para atlet dan penyokongnya.Dr Ahmad Samsuri ditemani Dato’ A Rahman (kanan) dan Exco Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengadakan sidang medianya di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.Kata Menteri Besar Terengganu, bagi mengekalkan prestasi kemenangan itu, kerajaan negeri akan memasukkan peruntukan khusus bagi pembangunan sukan dan atlet berprestasi tinggi dalam Bajet 2019.“Kita juga akan jaga kebajikan para atlet kita kerana mereka membawa wajah Negeri Terengganu. Ini kerana, apabila cemerlang dan bergelar juara yang turut mendapat hasilnya (cuti) ialah rakyat semua. “Kita (kerajaan) juga bersetuju untuk menyiapkan asrama sukan bagi para atlet kita. Insya-Allah, kita akan bawa atlet kita ini ke peringkat yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini.“Sekiranya mereka memerlukan tempat latihan khusus di tempat-tempat tertentu, untuk melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, kita (kerajaan) akan bawa. Insya-Allah, itu komitmen kita (kerajaan),” jelasnya.  Menurutnya, komitmen kerajaan bukan sekadar mahu mengekalkan kemenangan SUKMA pada tahun 2020, tetapi memastikan nanti orang tengok Negeri Terengganu ini bukan ‘lekeh’ (lemah). Konvoi SUKMA 2018 yang pulang daripada Perak, mula berarak dari persimpangan Kuala Jeneris (Hulu Terengganu) melalui Kampung Matang, Kampung Telaga, Bandar Kuala Berang melalui Mydin Mall, Jalan Gong Kapas hingga berakhir di Dataran Batu Burok sejauh 70 kilometer, kira-kira jam 5.10 petang.  Sebahagian dari atlet Sukma 2018 yang meraikan kejayaan mereka di dataran Batu Burok, Kuala TerengganuSebelum itu, Dr Ahmad Samsuri bersama Dato’ A Rahman (SUK) dan kumpulannya berbasikal sejauh dua kilometer ke lokasi dataran sebagai gimik sambutan.Ketibaan konvoi yang diiringi motosikal berkuasa tinggi itu membawa 160 orang pemenang pingat emas, perak dan gangsa, yang diketuai oleh Ketua Kontinjen SUKMA 2018, Samiun Salleh dan Piala SUKMA tersebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
24 Sep 18
249
Empty Image
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Untuk Bersaing
Tidak ada manusia yang dijadikan sempurna - Ustaz Wan Sukairi   Foto - Solahuddin Al IdrusHULU TERENGGANU - Cacat penglihatan ini bukanlah  suatu perkara yang boleh menyebabkan kita menjadi lemah dan merasa  tidak berpeluang untuk bersaing sepertimana manusia yang lain.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setiap apa yang Allah jadikan ada hikmahnya dan tidak semua manusia itu sempurna.“Setiap kelebihan yang Allah berikan ada kekurangan padanya dan setiap kekurangan yang Allah Taala berikan pasti ada kelebihan.“Kerana itu tidak ada manusia yang sempurna, mesti ada yang lebih dan ada yang kurang dalam setiap seseorang itu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem Jati Diri Persatuan Cacat Penglihatan Terengganu di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang pada hari ini Isnin, 24 September.Oleh itu beliau mengajak semua golongan yang cacat penglihatan agar tidak berasa lemah dan rendah diri serta menjadikan kekurangan itu suatu cabaran untuk meningkatkan prestasi dan semangat.“Bukan sahaja untuk meneruskan kehidupan tetapi untuk menjadi orang yang paling cemerlang semaksimum mungkin bukan sahaja kehidupan di dunia bahkan hidup di hari akhirat.“Banyak contoh-contoh (orang cacat penglihatan) orang yang berjaya (antaranya Allahyarham) Profesor Dr Ismail Salleh seorang ilmuan yang terkenal dan cendikiawan Islam,” jelasnya.Justeru itu beliau berbesar hati dengan program yang dianjurkan oleh Persatuan Cacat Penglihatan  negeri Terengganu.“Saya bagi pihak kerajaan negeri Terengganu sangat mengalu-alukan  dan bekerjasama rapat dengan NGO dan Orang Kurang Upaya sepertimana persatuan ini,” jelasnya.
24 Sep 18
99