lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Dua Sekawan Mangsa Lemas Selamat Dikebumi
Oleh : Ariss AliasSETIU -  Jenazah dua mangsa lemas selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Felda Chalok pada jam 11.30 pagi, pada 1 Oktober.Mangsa, Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam dan Nur Hafizatul Nabihah Mohd Jaafar lemas ketika sedang mencari kepah bersama dua orang lagi rakan mereka di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap, di sini, semalam.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Azmi Maarof bersama ahli keluarga mangsa menunaikan solat jenazah di Masjid Felda Chalok yang turut disertai oleh guru-guru dan rakan-rakan mangsa, Rakan mereka Nur Ain Najihah Abd Ghani dan Nur Aisyah Syakirah Ishak turut lemas namun sempat diselamatkan oleh anggota bomba dan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian.Nur Aisyah Syakirah ditempatkan di Hospital Setiu manakala Nur Ain Najihah Abd Ghani dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.Mangsa merupakan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat yang baharu selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Khamis lalu.Dalam pada itu, Azmi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta bersabar dengan ujian Allah SWT. "Saya turut terkesan kerana mereka merupakan anak kepada jiran-jiran saya."Terima kasih kepada agensi yang terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Skuba, Unit Amal PAS dan orang ramai yang menjayakan misi mencari dan menyelamat."Perbincangan peringkat daerah akan dibuat bersama Pegawai Daerah Setiu dan Penyelaras DUN Permaisuri agar tindakan diambil untuk menjaga keselamatan pengunjung dan mengatasi kes seperti ini berulang, " ujar beliau lagi.
01 Oct 18
332
Empty Image
130 Pendaki Sahut Cabaran Rukah Bukit Apu
Oleh : Ariss Alias SETIU - Seramai 130 peserta berjaya menyahut cabaran mendaki Bukit Apu sempena program Jom Rukah Bukit Apu bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap merangkap Pengarah Majlis Tindakan Daerah (MTD) DUN Langkap Azmi Maarof, pada 30 September.Objektif program bagi memberi peluang kepada para peserta pengalaman menjalani aktiviti luar seperti mendaki bukit dan meningkatkan jati diri peserta untuk tidak mudah mengalah dalam mengharungi apa jua keadaan.Peserta dilihat teruja dapat mendaki bersama Pegawai Penyelaras DUN Langkap dan menawan puncak Bukit Apu yang bertinggian 200 meter dari paras laut.Azmi  berkata program dianjurkan untuk memperkenalkan Bukit Apu sebagai destinasi aktiviti 'hiking' dan 'jungle trekking' kepada warga tempatan dan warga luar."Aktiviti ini amat sesuai untuk semua golongan dan program ini telah menerima peserta bermula usia lima sehingga 58 tahun yang terdiri daripada warga Kampung Rahmat, Chalok Kedai, Permaisuri dan Jabi."Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran, InsyaAllah kita akan meneruskan program seperti ini di maa depan," tambah beliau lagi.Turut serta, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Ab Wahab, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rahmat Nordin Hamid; Pengerusi MPKK Sri Rahmat Nordin Jusoh dan Pengerusi MPKK Banggol Setar, Halim Muda.Azmi turut sempat menyampaikan hadiah berupa hamper kepada 10 pemenang cabutan bertuah.Program anjuran Pemuda PAS Kampung Rahmat itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan di kalangan peserta.
30 Sep 18
1122
Empty Image
Persiapan Kemaman Hadapi Banjir
Sebahagian dari bangunan pentadbiran dan penempatan DITC Pupuk Semangat di Teluk Kalong, Kemaman.KEMAMAN - Daerah Kemaman sedang mempersiap-siaga menghadapi bencana banjir dengan menjadikan 22 unt rumah di Darul Iman Training Center (DITC) Pupuk Semangat Teluk Kalong, sebagai pusat penempatan mangsa banjirnya.Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim…sedia jadikan DITC sebagai pusat penempatan banjirSehubungan itu, Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim berkata beberapa bangunan banglow dan rumah teres dijadikan penempatan mangsa banjir, demi keselesaan kepada semua mangsa yang dipindahkan.Menurutnya, sebelum ini mangsa banjir ditempatkan di sebuah dewan besar pusat latihan DITC walaupun kurang selesa.“Kita biasanya akan pindahkan penduduk (mangsa banjir) di dewan besar (DITC). Kita mencadang dengan CEO, kita nok tempatkan dia (mangsa) di bahagian belakang bangunan (banglow) yang lama itu. Sebab itu, kita buat lawatan hari ini untuk tengok kesesuaiannya.“Sebab dalam dewan itu kurang selesa, dia buat khemah pula. Jadi dengan kemudahan paip air yang sedikit itu juga jadi kurang keselesaan. “Kita ada 10 buah rumah banglow, 11 rumah Semi D dan satu lagi rumah (bekas) pengetua yang lama, yang staf (DITC) kita bersih dan baiki. “Kita akan melihat kos pembaikian itu melalui penilaian juruteknik JKR (Jabatan Kerja Raya) negeri yang akan menilai kos-kos tersebut dan buat masa sekarang ini, kita tidak boleh putuskan (umum) lagi,” ujarnya kepada wakil media.Beliau berkata demikian selepas Majlis Gotong Royong dan Kenduri DITC Pupuk Semangat, Teluk Kalong, Kijal, Kemaman pada 28 September lalu.Namun, katanya persiapan bagi menghadapi bencana banjir berjalan lancar mengikut jadual.“Kita cuba persiapkan untuk guna tahun ini, Insya’Allah. Kita (Kemaman) telah bersedia dan peringkat negeri (Terengganu) telah bermesyuarat beberapa hari lalu. Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu sudah bermesyuarat dan di peringkat daerah kena buat mesyuarat masing-masing.“Pengkalan Hadapan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) telah menyusun dan akan menghantar bekalan makanan sebagai persiapan itu. Kita (Kemaman) ada 32 buah tempat Pengkalan Hadapan bagi seluruh daerah Kemaman,” jelasnya. Speaker Dun Terengganu, Yahaya Ali…kerajaan negeri Terengganu dalam persiapan hadapi banjirYang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali turut mengesahkan, kerajaan negeri dan jabatan-jabatan terbabit kini dalam persiapan menghadapi banjir.Katanya, musim tengkujuh setiap hujung tahun selalu berlaku kejadian banjir yang tidak menentu di beberapa daerah.“Di peringkat kerajaan negeri dengan penyelarasan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, sedang bergerak ke arah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir, sebagaimana persiapan tahun-tahun sebelum daripada ini,” ujarnya ketika mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DITC, Mohd Shuhaimi Embong juga memaklumkan kapasiti mangsa banjir boleh dimuatkan di penempatan DITC itu seramai 700 orang.“Saya kira-kira rumah banglow itu boleh muat dalam 500 orang, rumah Semi D itu dalam 200 orang lebih, lebih kurang 700 orang boleh duduk dalam kapasiti untuk penempatan mangsa-mangsa banjir di sini. “Kita cuba elak dari guna dewan besar itu lagi kerana kurang selesa. Sebab, dengan rumah itu mereka lebih selesa dengan bilik air, tandas untuk yang berkeluarga,” ujarnya. Menurutnya, hampir 100 orang lebih terlibat dengan gotong royong yang melibatkan sukarelawan pelajar TATI, Majlis Perbandaran Kemaman dan penduduk kampung sekitar ini. “Kita tebang pokok-pokok lama, rumput yang panjang dan semak samun yang terbiar. Kita bersih dahulu dewan-dewan lama, stor dan sebagainya. Sebelum kita nilai balik untuk dibaik-pulih mana-mana yang rosak itu,” jelasnya.Sebelum ini, daerah Kemaman mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan apabila persiapan menghadapi bencana itu yang terbaik di seluruh negara.
29 Sep 18
449
Empty Image
MPKK Duta Pentadbiran Kerajaan
Haji Yahaya Ali (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Ahli MPKK yang terpilih. Foto: Solahuddin Al-IdrusOleh: Aslam WiraMARANG - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertanggungjawab sebagai duta kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, ini kerana imej pengurusan dan kebajikan kerajan negeri akan dinilai berdasarkan prestasi yang dimainkan oleh MPKK.Menurutnya, MPKK perlu membudayakan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), dalam pentadbiran di peringkat akar umbi."Kita harus membantu rakyat tanpa melihat warna parti dan menjauhkan diri daripada politik balas dendam," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Sivik, Kampung Darat Pak Chan (29 September).Katanya, MPKK mesti bergerak sebagai satu pasukan di mana mereka juga mesti menjadi 'telinga dan mata' kerajaan."MPKK perlu meningkatkan usaha dalam pembangunan, keselamatan, kebersihan dan perpaduan serta usaha-usaha di peringkat kampung masing-masing."Bahkan, MPKK perlu membina daya kepimpinan supaya mereka tahu dari segi hubungan di antara kerajaan dan jabatan-jabatan supaya dapat menyelesaikan masalah berbangkit dari masa ke semasa.“Saya berharap dengan penyerahan watikah perlantikan ini, mereka dapat melaksanakan tanggungjawab seperti kerajaan tekankan," ujarnya.Majlis yang diadakan itu bermula 11:00 pagi melibatkan semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK daripada 36 buah MPKK di seluruh Kawasan Rhu Rendang.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Marang, Haji Mat Azmi Arshad, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rhu Rendang, Cikgu Daud Jusof, Penghulu Kanan, Ibarahim, Pegawai Pembangunan DUN, Harun Yusof dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri, Wahad Osman.
29 Sep 18
112
Empty Image
Masjid Nadi Masyarakat Islam
Sultan Mizan berkenan menandatangani plag perasmian Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul AzlamKEMAMAN - Masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam dan merupakan pusat pembangunan modal insan, sama ada daripada aspek rohani, sahsiah, akhlak mahupun kehidupan bermasyarakat.Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah, masjid dibaratkan sebagai nadi kepada sebuah masyarakat.Kata baginda, masjid juga merupakan jambatan yang memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan, keilmuan dan menjadi tempat kemegahan umat Islam.“Rasulullah SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mendirikan Masjid Quba’ untuk dijadikan sebagai pusat ibadat, disamping sebagai pusat penyatuan ummah, pusat pendidikan dan tempat bermesyuarat, ke arah melahirkan generasi umat Islam yang cemerlang,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman (28 September).Sultan Mizan ketika bertitah merasmikan Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman.Justeru, kata Tuanku Sultan Mizan, bagi menjadikan masjid sebagai institusi yang dinamik ke arah membangunkan modal insan, ia perlu diurus dengan sebaik mungkin dari segi organisasi, aktiviti, prasarana, perkhidmatan dan sebagainya.Oleh yang demikian, menurut baginda amat wajar masjid ini diuruskan dan ditadbir dengan baik agar ia benar-benar mampu membangunkan modal insan yang berkualiti seiring dengan perkembangan zaman, serta dapat mendepani cabaran yang mendatang.“Masjid bukan sahaja lambang kemegahan yang membayangkan status kedudukan agama Islam dari segi tempat, bangunan dan kelengkapan sahaja. Tetapi hendaklah menjadi lambang kemegahan umat Islam yang dipenuhi dengan aktiviti dan pengisian program penghayatan Islam.“Dalam usaha mengembalikan  dan memperkasakan fungsi masjid agar terus diimarah dan dapat ‘hidup’ di tengah-tengah masyarakat khususnya untuk umat Islam.“Beta menasihati supaya Jawatankuasa Masjid, Pegawai Masjid, Da’ie dan sebagainya hendaklah mengambil langkah-langkah memperluaskan fungsi masjid,” titahnya kepada lebih 1,500 hadirin.Selain itu, kata Tuanku Sultan, masjid bukan hanya sebagai tempat ibadat sahaja tetapi boleh juga dijadikan sebagai pusat dalam bidang penyebaran ilmu.Menurut baginda, budaya ilmu itu bukan hanya berbentuk ceramah atau kuliah semata-mata, tetapi perlu dalam versi yang pelbagai seperti kelas tambahan akademik, pusat asuhan kanak-kanak, perpustakaan dan sebagainya.Sultan Mizan mencemar duli bersalaman dengan rakyat selepas Majlis Perasmian Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman.“Masjid hendaklah dijadikan tempat mesra masyarakat termasuk kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), dengan mengadakan program berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis akad nikah, korban dan aqiqah yang berpusat di masjid.“Masjid juga hendaklah dijadikan tempat yang aman, selamat dan sejahtera serta tidak berpihak kepada mana-mana perbezaan fahaman dan sebagainya.“Selain daripada itu, masjid perlu berada di tahap yang terbaik dalam semua aspek meliputi kebersihan, keceriaan, kekemasan serta mampu menarik minat orang ramai untuk mengunjunginya,” jelas Sultan Mizan.    Tuanku Sultan Mizan juga menyarankan agar pihak pengurusan berkenaan dapat mewujudkan dan mengukuhkan sumber kewangan masjid.Katanya, sumber kewangan itu penting bagi perbelanjaan pengurusan, membiayai program, mengaturkan bantuan kewangan dan sara hidup kepada yang memerlukan serta membantu gerakan dan usaha membangunkan Islam.Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ A Rahman Yahya, Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim dan ramai lagi.
29 Sep 18
579
Empty Image
Solat Bukan Ketika Peperiksaan Semata-mata
Ustaz Mohd Nor Hamzah mengimamkan solat jemaah dan mendoakan kejayaan calon-calon PT3 dan SPM 2018.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Amalan solat sunat hajat yang sebati dengan fatrah peperiksaan tidak harus diamalkan oleh para pelajar dalam tempoh ini semata-mata.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, apa yang paling penting adalah solat fardu (yang wajib ditunaikan) dan solat sunat menjadi amalan dan kebiasaan.“Tiada makna solat sunat hajat didirikan tetapi solat fardu tidak dijaga,” ujarnya.Menurut beliau, solat hajat bukan hanya dilakukan oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan sahaja, namun ibu bapa perlu menunaikannya bersama."Ibu bapa mesti mengambil peranan menjadi pendorong kejayaan anak-anak mereka selain pihak sekolah.“Doa yang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah doa daripada ibu bapa dan janganlah kecewa jika ditakdirkan oleh Allah (bahawa anak kita) tidak berjaya dalam peperiksaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ibu bapa dan calon PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Majlis Solat Hajat Perdana sempena Peperiksaan PT3 dan SPM 2018 di Surau SMK Sultan Mansor, Pekan Kedai Buluh (27 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung memuji usaha pihak sekolah dan guru dalam mengadakan majlis ini.Tambahnya, program keagamaan seumpama ini menunjukan sikap ambil cakna dalam menjamin kejayaan anak didik mereka.Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 400 orang yang terdiri dari ibu bapa dan pelajar.
28 Sep 18
57
Empty Image
Pengusaha Bot Penambang Wajar Dibantu
Oleh : Nizam at-TakirKUALA NERUS – Pendapatan pengusaha bot penambang di Seberang Takir dikatakan dalam keadaan sangat tidak menentu dan perlu dibantu segera supaya dapat meningkatkan ekonomi masing-masing.Pendapatan yang diperolehi mereka kini hanyalah antara RM15 hingga RM20 sehari dan keadaan ini sangat membebankan kehidupan golongan itu.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengusaha bot penambang meluahkan kebimbangan dengan situasi semasa itu kepada beliau supaya dapat ditangani.Dr Khairuddin berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai perlesenan, keperluan tambahan pelampung keselamatan dan bilangan pengunjung yang semakin merosot.Beliau berkata demikian selepas menikmati sarapan pagi di warung berhampiran Jeti Bot Penambang bersama Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, di sini, pada 27 September.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan pegawai-pegawai i-MiTs serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir Pantai.
27 Sep 18
253
Empty Image
Manfaat Bangunan Sedia Ada, Elak Terbiar
Ustaz Satiful Bahri membawa sampah yang dikumpul untuk dibuang.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Bangunan sedia ada di bawah seliaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat dan tidak boleh dibiarkan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, MPKK mestilah memaksimakan penggunaan semua aset dan harta kerajaan sedia ada."Asalnya mereka mohon bangunan ini untuk kegunaan orang ramai tetapi akhirnya dibiarkan begitu saja."Semua ini adalah hasil daripada duit rakyat, jadi kita cuba untuk manfaatkan dewan- dewan sedia ada untuk kegunaan ramai," ujarnya.Menurutnya, banyak aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan di bangunan-bangunan ini."Ada beberapa tempat yang kita akan baiki, antaranya ialah bangunan balai raya di Pinang Merah untuk kelas jahitan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Program Gotong Royong Perdana bertempat di Kampung Nyior (27 September).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menggesa semua MPKK menganjurkan Tuisyen Rakyat kepada penduduk setempat."Hasrat kita, setiap MPKK boleh menggunakan balai raya masing-masing dengan menganjurkan tuisyen ini kepada penduduk setempat sekaligus membantu mereka dalam bidang pendidikan."Saya juga mengucapkan tahniah kepada MPKK Nyior kerana menganjurkan gotong-royong pada hari ini dan berharap kerjasama MPKK menjaga bangunan dan kemudahan sedia ada," tambahnya.Turut hadir Pengerusi MPKK, Ustaz Busra Muda, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Anggota Bomba Paka dan penduduk setempat.
27 Sep 18
91
Empty Image
Agenda Sejahterakan Rakyat DUN Bukit Besi Jadi Keutamaan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Agenda mensejahterakan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menjadi keutamaan seiring komitmen kerajaan negeri yang mahu membawa perubahan berteraskan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menyambut baik hasrat Yayasan Islam Daerah Dungun yang merancang program bersama masyarakat kampung supaya lebih menghayati aktiviti yang boleh membawa kepada fahaman agama yang baik."Kehadiran wakil dari Yayasan Islam Daerah Dungun pada hari ini bagi mengatur program yang menjurus kepada kesejahteraan masyarakat."Kita sambut baik usaha memmbawa kebaikan seiring dengan hasrat negeri bagi mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dikujungi wakil dari Pejabat Yayasan Islam Daerah Dungun, pada 27 September.Ghazali berkata, antara perbincangan yang mencapai kata sepakat adalah menyusun atur Kelas Fardu Ain, Kelas Mengaji Al-Quran dan Kelas Pengajian Berkitab agar penduduk setempat mendapat manfaat dan kebaikan dunia dan juga akhirat."Di samping itu, antara perkara yang diperbincangkan adalah mengenai surau-surau yang perlu diperbaiki dan dibaik pulih. Antara surau yang dikenal pasti dan perlu dibaik pulih adalah Surau Kampung Besol," katanya.Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih surau akan dijalankan bersama penduduk setempat agar dapat membentuk tanggungjawab penduduk supaya menghargai dan sama-sama mengimarah surau berkenaan."Saya menyambut baik segala agenda dan perancangan yang ingin dilakukan oleh Yayasan Islam terutamanya dalam mewujudkan kelas keagamaan kerana selama ini kelas-kelas agama hanya bertumpu di bandar-bandar, sedangkan di kampung-kampung di DUN Bukit Besi masih lagi kurang dengan kelas keagamaan."Semoga usaha ini akan membawa kebaikan kepada seluruh penduduk Bukit Besi serta majlis ilmu akan subur dan berkembang mekar,"katanya.
26 Sep 18
50
Empty Image
Perangi Aedes Elak Mudarat - Hanafiah Mat
Penduduk setempat membersihkan kawasan sekitar untuk memastikan tiada tempat bertakung yang menjadi punca pembiakan aedes.Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN - Kerajaan mengambil berat dan memandang kesihatan sebagai aspek penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, mengulas tentang Program Gotong Royong Gempur Aedes anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Dato' dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Polis Diraja Malaysia Kemaman di Jalan Dato' (25 September).Sementara itu, Ahli MPKK Jalan Dato', Razeman Abdul Aziz mengajak penduduk tempatan bersama-sama menjaga pesekitaran perumahan masing-masing.Katanya, program ini bertujuan untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa usaha yang kecil sebenarnya boleh membawa perubahan yang besar dalam membantu untuk membasmi dan mengurangkan penyakit ini."Semua lapisan masyarakat boleh menyumbang kisah, pengalaman dan cara mereka membanteras dan menuju ke arah gaya hidup sihat tanpa denggi pada hari ini," ujarnya.Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan aktiviti gotong royong ini.Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah kawasan longkang tersumbat dan kawasan pembuangan sampah di sekitar Jalan Dato'.
26 Sep 18
27