lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Belanja Secara Berhemah, Pasti Berkat
Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Walaupun peruntukan kerajaan negeri adalah terhad, tetapi jika diuruskan dan disalurkan dengan berhemah ianya akan melimpahkan keberkatan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, kesedaran tersebut penting sebagai hamba Allah yang mengharapkan keberkatan daripada rezeki yang dikurniakan Allah. "Apabila ianya berkat, keberkatan ni tak semestinya banyak", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan (3 Oktober). Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, MPKK yang dilantik perlu menyelesaikan permasalahan di komuntiti masing-masing dengan sebaik mungkin."Dengan meletakkan penanda aras yang telah diletakkan oleh kerajaan baru ini, kita menggerakkan semua dasar kerajaan."Sumber kita tidak boleh lari daripada Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias", jelas beliau lagi. Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu telah dihadiri oleh setiap MPKK dalam kawasan tersebut.
04 Oct 18
28
Empty Image
Dekati Golongan Belia Melalui Aktiviti Sukan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Usaha dan program bagi membangunkan belia tidak pernah terhenti dan disemarakkan bagi membentuk belia yang sihat, berwawasan, berakhlak dan cemerlang menerusi pelbagai aktiviti sukan.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, golongan pemuda merupakan aset kepada negeri dan menjadi pemangkin kepada kemajuan untuk pembangunan modal insan yang lebih cemerlang dan membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.“Ini adalah kerana belia merupakan pemimpin masa akan datang jadi kita kena corakkan mereka dengan pendekatan yang baik melalui pasarana yang disediakan dan saya berharap agar kejohanan ini akan menjadi permulaan anak muda kepada beberapa program negeri yang akan diatur dalam masa terdekat. “Pihak kami akan membantu para belia untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi mendekati golongan tersebut supaya anak muda sejahtera akan dapat dilahirkan dan paling penting mereka tidak akan terjebak dengan perkara negatif yang tidak berfaedah kerana pemuda yang sejahtera merupakan aset yang begitu berharga dan bernilai bagi kemajuan sesebuah bandar dan luar bandar,” beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika hadir pada program undian penentuan kumpulan pasukan bola Sepak, di sisni, 3 Oktober.Sebanyak 18 pasukan bola sepak akan berentap dalam acara bagi merebut Piala Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi yang bakal berlangsung di Padang Jerangau, tidak lama lagi.Antaranya Besol A, Besol B, Jerangau A, Jerangau B, Kuala Jengal A, Kuala Jengal B, Polis FC, Minda FC, Padang Ping, UTTJ FC, Syukur A, Syukur B, AMBS A, AMBS B, Talong FC, Dendang FC dan Pasukan Polis FC yang mewakili Balai Polis Jerangau bagi memberi saingan kepada pasukan yang lain akan  diadakan secara tertutup pada peringkat DUN Bukit Besi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Jerangau, Arfan Tahir berkata, pertandingan bola sepak itu akan dijayakan dengan baik dan penuh gilang gemilang sekali gus menjadi medan kepada anak muda supaya lebih dekat dengan kepimpinan kerajaan negeri."Kita mahu dengan pertandingan ini golongan belia akan merasa sentiasa dicakna dengan meraikan minat mereka terhadap sukan bola sepak termasuk merapatkan ukhwah di antara satu sama lain. "Apa yang menarik pada kejohanan ini adalah peserta perlu berpakain menutup aurat, jika tidak mematuhi arahan maka penyertaan mereka akan terbatal,”ujarnya lagi.Menurut beliau, johan perlawanan itu akan memenangi wang tunai RM1,000 bersama piala dan medal, naib johan RM700 bersama medal, ketiga memenangi wang tunai RM400 bersama medal, kelima sehingga kelapan mendapat saguhati wang tunai RM100.
03 Oct 18
355
Empty Image
Program Ketengah Bersama Komuniti, Medan Suarakan Isu Setempat
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengadakan program bersama komuniti setempat sebagai program tahunan bagi menjalin hubungan dengan masyarat setempat, serta mendengar keluh kesah komuniti kampung.Pengurus Kanan Korporat Ketengah, Zainuddin Md Zaki berkata, program itu bakal menjadi platform terbaik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar menerusi pelbagai program yang bermanfaat."Pada tahun ini kita adakan program ini dengan mengacau bubur asyura, sempena memperingati hari penting di dalam kalendar umat Islam."Di samping itu kita dapat mengetahui apakah lagi pembangunan yang komuniti mahukan dan juga apakah permasalahan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman di Al Muktafi Billal Shah (AMBS),  di sini, 4 Oktober.Program itu diadakan serentak di Kampung Serdang, Lubuk Lesung dan di AMBS melibatkan Kolej Ketengah dan Pusat Giatmara Ketengah.Turut serta, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mewakili penduduk setempat iaitu MPKK Taman Indah, Taman Madani dan Taman Mulia Selesa.Zainuddin berharap agar program ini akan dapat merapatkan jurang antara Ketengah dengan komuniti setempat seterusnya merealisasikan hasrat memajukan kawasan luar bandar.Sehubungan itu, Pengerusi MPKK Taman Indah, Zakiah Alias berkata, program seumpama itu menjadi jambatan penghubung bagi rakyat untuk bersuara mengenai isu semasa dan juga setempat."Saya mewakili MPKK berharap agar ianya akan menjadi acara berterusan bagi memberi manafaat kepada komuniti setempat mengadu segala hal permasalahan."Ianya juga akan dapat menghubung jalin hubungan yang harmoni ke arah kebaikan dari semasa ke semasa," ucapnya.
03 Oct 18
92
Empty Image
Politeknik KT Bantu Terangi Rumah Mohamad
Oleh: Aslam WiraMARANG - Kisah hidup penoreh getah,  Mohamad Othman sekeluarga yang viral di media sosial kerana bergelap dan hanya berlampukan lilin setiap malam akibat kekangan hidup mendapat perhatian dan simpati orang ramai.Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wahad Osman mengunjungi keluarga berkenaan bersama sukarelawan yang ingin membantu lima sekeluarga itu bagi pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka, di Kampung Tertak Batu, Rhu Rendang, di sini, 3 Oktober. Menurut Wahad, kisah sedang dihadapi Mohamad, isteri dan tiga anak berusia tiga hingga 11 tahun yang viral itu mendapat perhatian Politeknik Kuala Terengganu yang diketuai Kaunselingnya, Fathi Omar."Encik Mohd Fathi akan bersama-sama pensyarah dan pelajar-pelajar beliau akan menyegerakan bantuan menyiapkan kerja pendawaian secepat mungkin untuk keselesaan keluarga ini,"katanya.Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.Mohamad dikatakan berpindah ke rumah baharu yang dibina berdekatan rumah lamanya sejak pertengahan tahun lalu dan berdepan masalah untuk menyambung bekalan elektrik kerana pendapatan yang tidak menentu.
03 Oct 18
234
Empty Image
Ketepikan Pendapat Di Gelanggang, Jangan Jadi Samseng
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kanan) menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Perbezaan ideologi dan pendapat politik haruslah diketepikan dalam aktiviti sosial bagi mengekalkan kehidupan yang harmoni dalam bermasyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengharapkan pembukaan Gelanggang Silat Batu 9 dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama masyarakat."Bersilatlah dengan baik walaupun kita berlainan pendapat dan parti."Saya harap anak muda yang menyertai silat ini mempunyai tujuan murni iaitu mempertahankan diri dan bukannya menjadi samseng.“Syabas pihak penganjur yang mengadakan program ini yang bertujuan supaya anak muda tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,” tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat Batu 9, di Gelanggang Silat Arwah Pok Hassan Batu 9, Padang Mengkuang (2 Oktober).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Bukit Payung turut memukul gong sebagai gimik perasmian dan menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Beliau juga menyampaikan pulut kuning kepada pengajar silat dan menonton persembahan silat  dari Persatuan Seni Silat Sri Rama Harimau.Antara yang turut hadir adalah Penghulu Mukim Bukit Payung (Pekan), Zafiri Ahmad Zaki, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Ismail serta penduduk Kampung Batu 9.
02 Oct 18
230
Empty Image
Muslim Perlu Yakin Dengan Islam - Wan Hassan
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (tiga dari kiri) bersalaman dengan kumpulan silat yang mengadakan persembahan di Karnival Hijrah DUN Paka.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Orang Islam perlu yakin dengan Islam, bukannya ragu-ragu dengan agama yang kita anuti ini.Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Rasulullah telah meninggalkan dua perkara sebagai sumber rujukan iaitu Al-Quran dan Sunnah."Kita sebagai Muslim perlu yakin, rasa mulia dan hebat dengan Islam serta mengikut ajaran dari Al-Quran dan Sunnah Nabi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Hijrah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Masjid Al-Azim, Felda Kerteh 3 (29 September)."Jangan sesekali kita lari dari ajaran Rasulullah dan Al- Quran kerana Allah boleh memberikan hambanya peringatan pada bila-bila masa sahaja."Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang dahsyat di negara-negara luar seperti gempa bumi, hujan air batu dan sebagainya."Jadi itu tandanya peringatan daripada Allah kepada umatnya supaya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam," ujarnya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka kerana menganjurkan program sebegini.Sementara itu, pengarah program, Ustaz Mohd Kamal Mohd Shah berkata, perkarangan masjid dipilih sebagai tempat karnival untuk menyeru masyarakat hadir dan cinta akan masjid.Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh, Pengerusi Masjid Felda Kerteh 3, Haji Ghazali Mohd, Pengerusi  Masjid Felda Kerteh 2, Haji Mohd Ibrahim, kakitangan i-MiTS DUN Paka dan masyarakat setempat.
02 Oct 18
119
Empty Image
Pertandingan Bubur Asyura Perpaduan Eratkan Ukhuwah
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Pertandingan Bubur Asyura Perpaduan yang diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengeratkan ukhuwah dan jalinan kerjasama yang baik di antara setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, objektif mengadakan pertandingan itu bukan semata-mata untuk merebut kejayaan apa yang paling penting adalah menonjolkan elemen positif diantara penduduk setempat."Pertandingan Bubur Asyura Perpaduan ini dilakukan di MPKK masing-masing secara serentak dan akhirnya dihantar ke Balairaya Al-Muktafi Billal Shah untuk diadili dan ditentukan juaranya."Diantara kriteria bagi menjadi juara bukan semata-mata rasa sedap, aspek keselamatan yang diamalkan turut diberi markah, dan MPKK yang berjaya menghimpunkan ramai ahlinya akan mendapat markah yang tinggi, lebih-lebih lagilah jika berjaya menarik mereka yang dari Parti Barisan Nasional untuk sama-sama menyertai pertandingan Bubur Asyura Perpaduan pada hari itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pertandingan Bubur Asyura Perpaduan yang diadakan di DUN Bukit Besi (28 September).Katanya, program tersebut berjaya sebagaimana yang diharapkan apabila melihat keterlibatan yang baik diantara penduduk."Alhamdulillah, apabila wakil kita yang dipilih dari anggota i-MiTS yang juga bertindak selaku juri dihantar untuk meninjau setiap MPKK di DUN Bukit Besi, dapat dilihat wujud persefahaman di antara penduduk."Kejituan semangat diantara penduduk dizahirkan menerusi aktiviti bergotong-royong, saling sepakat dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan bubur asyura itu layak dipertandingkan," ujarnya.Menurut Ghazali, pada pertandingan itu tempat pertama telah dimenangi oleh MPKK Besol, tempat kedua MPKK Bukit Besi, serta MPKK Tepus di tempat ketiga.Katanya, Program Pertandingan Bubur Asyura itu diharapkan sebagai pembuka jalan, untuk diterap dan diserapkan semangat 'kekitaan' dan jalinan muhibbah agar berada dalam keadaan harmoni."Dan juga amat diharapkan agar ianya akan memjadi permulaan, agar program-program selepas ini akan sentiasa mendapat sambutan yang baik,” ujarnya.
02 Oct 18
269
Empty Image
Pemimpin Perlu Jaga Kebajikan Rakyat
Oleh : Saifullah JusohBESUT - Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah mengingatkan agar mereka yang dilantik sebagai pemimpin termasuk kepimpinan di peringkat kampung perlu menjaga kebajikan rakyat.Katanya, sebagai ketua juga seseorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat baik yang boleh dicontohi anggota masyarakat."Apabila kita dipilih sebagai pemimpin, kita tidak boleh ada tiga sifat ini. Yang pertama sifat kedekut untuk menggunakan duit atau harta kita bagi membantu rakyat yang ada di sekeliling kita,""Yang kedua ialah kita tidak boleh ada sifat cintakan dunia yang akan menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita yang sebenar iaitu menjaga kebajikan rakyat."Kemudian sifat ketiga yang tidak boleh ada pada kita ialah terlalu mengikut hawa nafsu. Sifat ini akan merosakkan kita yang dikurniakan sedikit jawatan di atas muka bumi ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Pengurusan dan Peranan Penyelaras i-MiTS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Dewan Serbaguna Taman Seri Seratus, Kuala Besut (28 September) Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Besut, Shalahudin Jaafar, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut,  Haji Azbi Salleh dan Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
02 Oct 18
119
Empty Image
Bantuan Disalur Kepada Yang Berhak
Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT - Bantuan perlu disalurkan kepada yang berhak demi mensejahterakan rakyat bersesuaian dengan kehendak kerajaan, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada surirumah atau isteri sebagai mengiktiraf dan menjaga kebajikan golongan wanita.“ Ini adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan oleh pihak berwajib untuk membantu rakyat dalam soal menyalurkan bantuan kepada yang berhak."Hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk mendapatkan hak masing-masing. Jika rakyat berhak menerima maka kita akan bagi. Kita ambil pendekatan untuk mengembalikan hak kepada mereka yang layak. "Kita tidak mahu ada rakyat yang terkecuali serta dinafikan hak mereka. Rakyat mempunyai hak untuk memohon bantuan melalui pihak yang telah ditetapkan."Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program taklimat KWSP kepada penerima i-Suri bertempat di Dewan Gong Kemuntong Jerteh, di sini, pada 2 Oktober.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama KWSP Cawangan Jerteh bagi memberi kesedaran kepada suri rumah mengenai caruman KWSP.Wan Azhar berkata, kesejahteraan rakyat perlu tanpa mengira latar belakang politik sekali gus merealisasikan matlamat kerajaan untuk melihat suasana aman serta keadilan kepada semua.“ Antara pendekatan lain ialah menyalurkan maklumat agama kepada masyarakat. Oleh itu, program kuliah dhuha akan diadakan secara berpusat semoga masyarakat memperoleh manfaat bersama,"katanya lagi.
02 Oct 18
44
Empty Image
Bantuan Bukan Hak Mutlak
Ustaz Mohd Nor Hamzah berucap dalam Majlis Penyampaian Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payung.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Sebarang bantuan adalah bukan hak mutlak tetapi bersifat sementara kerana ianya bergantung kepada kelayakan penerima.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebarang bantuan akan dihentikan jika seseorang tidak lagi layak menerima bantuan seperti ibu tunggal yang telah berkahwin, kematian dan sebagainya."Kita berusaha memberi bantuan kepada pihak yang layak seramai mungkin dengan sewajarnya."Sebarang masalah boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung."Kami cuba sedaya upaya memudahkan urusan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payung (2 Oktober).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berharap supaya masyarakat juga memberikan kerjasama  yang baik ketika berurusan dan melengkapkan butir yang diperlukan."Pemohon juga perlu bersabar kerana ianya memerlukan beberapa prosedur," jelasnya.Beliau turut menyerahkan bantuan wang tunai kepada sepuluh orang penerima dari penduduk DUN Bukit Payung.Antara yang turut hadir dalam majlis ini adalah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Zalina Sulong dan Azrul Hisham A Kadir serta Penyelia i-Mits DUN Bukit Payung, Haji Mat Noh Ismail.
01 Oct 18
298