lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Budaya `Kuca Sure' Erat Silaturahim
Oleh : Nizam at-TakiriKUALA NERUS –Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir menganjurkan program kemasyarakatan seperti `Kuca Sure' yang mampu mendekatkan pemimpin dengan rakyat.Program ini merupakan kerjasama bersama Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dan pihak Darussyifa Kuala Nerus dengan penglibatan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, program sosial sebegini perlu diperbanyakkan bagi mendekatkan pemimpin masyarakat dengan rakyat.Katanya lagi, ikatan ukhwah antara pemimpin dengan rakyat lebih mesra apabila bersama dalam program yang melibatkan aktiviti-aktiviti santai seperti memasak bubur asyura ini.Program yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, di Markas Tarbiyyah Seberang Takir (MARTIS) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang mendapat sambutan baik apabila disertai 200 orang peserta serta orang ramai.Turut hadir ke program ini, Pengarah i-MiTs Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang merasmikan majlis penutup berkenaan.
07 Oct 18
160
Empty Image
MPKK Sebagai Ejen PDRM
Oleh: Aslam WiraMARANG- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berperanan sebagai ejen membanteras jenayah yang efektif  kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Penyaluran maklumat awal daripada masyarakat mengenai aktiviti yang mencurigakan mampu memberi peluang dan ruang kepada pihak polis membanteras aktiviti jenayah dengan pantas.Penolong Pesuruhjaya Polis, Tuan Ismail Ab Ghani berkata, masyarakat memainkan peranan dengan membantu PDRM mencegah jenayah melalui hubungan yang erat antara komuniti dengan pihak polis yang  mampu menangani jenayah daripada berlaku.“Kita tidak boleh membebankan dan melepaskan tanggungjawab kepada pihak polis semata-mata, sekiranya kita mampu ambilah peranan untuk membantu pihak Polis.“Contohnya kes yang paling tinggi di kawasan Marang adalah jenayah komersial, dan  MPKK tidak perlu ada ungkapan bahawa kita tidak boleh ‘jaga tepi kain orang’ kerana kita perlu saling menasihati dan membanteras segala aktiviti jenayah yang berlaku,” kata beliau.Ismail berkata demikian dalam satu Majlis Taklimat Polis Diraja Malaysia dan Perpustakaan Awam Daerah Marang  bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Perpustakaan Awam Daerah Marang, di sini, 6 Oktober.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar,merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),  Wahad Osman. Terdahulu,Wahab berkata dengan pelaksanaan program penerangan ini masyarakat harus sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam usaha membanteras jenayah di negara kita.“Saya berharap dengan pertemuan ini, ia mampu memberi panduan kepada MPKK untuk memantau isu dan gejala yang berlaku di kawasan masing-masing sebagai mata dan telinga kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah,”ujarnya.
07 Oct 18
68
Empty Image
Duta Besar Amerika Syarikat Teruja Ikuti Aktiviti Tradisional Terengganu
Oleh: Ahmad MawardiKUALA TERENGGANU-  Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Terengganu, Kamala Shirin Lakhdhir bersama delegasi  mengakui  sangat teruja dengan demonstrasi  pembuatan dan permainan wau  yang dipertonton kepada mereka di kampung Tualang Manir petang semalam..Kunjungan delegasi  ke Terengganu itu sempena sesi Lawatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu yang diaadakan selama tiga hari dua malam.Pelbagai aktivi lain diikuti antaranya, mempelajari  adat perkhawinan orang Melayu, lawatan ke lokasi bersejarah dan tidak ketinggalan di bawa ke Pasar Payang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, kewujudan program seperti itu dapat mengekalkan warisan budaya dan menzahirkan kepada dunia luar dan masyarakat setempat terhadap budaya kesenian kita.“Pendwekatan itu penting bagi memelihara tapak atau objek kebudayaan sangat mempunyai kepentingan kepada sejarah atau budaya warisan Terengganu," tambahnya lagi.Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan media manir yang sedang berada di negara Jordan dalam urusan kerja.Turut hadir dalam program tersebut Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid dan Ketua Belia Manir Ustaz Hamdi Dato' Harun yang mewakili ADUN Manir.Program ini berjalan lancar hasil gabungan persatuan Belia Sri Tualang, MPKK Tualang, Persatuan Pelayang Dun Manir Dan masyarakat setempat.
06 Oct 18
152
Empty Image
MPKK Perlu Jadikan Pusat Khidmat Masyarakat Sebagai Sumber Rujukan
Orang ramai yang hadir pada Majlis Pusat Khidmat Dun Bukit Tunggal Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS 6 – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  disaran menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)  yang dilengkapi kemudahan internet sebagai  tempat rujukan, pembelajaran dan penggunaan teknologi maklumat  untuk masyarakat setempat Golongan itu boleh memanfaatkan PKM untuk membantu penduduk mengisi borang bantuan, persekolahan, pengajian tinggi dan sebagainya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal,  Dr. Alias Razak, berkata bagi  dia menyeru agar pegawai PKM  dan MPKK  perlu mahir dalam bidang ITi supaya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan arus perdana yang semakin canggih.Katanya, perkara itu memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling tanpa mengira latar belakang parti memastikan semua kebajikan dan  kepentingan masyarakat terjaga, semua pihak mestilah bekerjasama berganding bahu.“Ini termasuk melaporkan isu-isu berbangkit kepada agensi yang berkenaan seperti Majlis Daerah, Majlis bandaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta banyak lagi agensi berkaitan kerajaan yang lain,”’ katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Tunggal, semalam.Sementara itu, Beliau juga turut mengingatkan hadirin agar menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah sarap di merata tempat. “Budaya ini bermula daripada diri kita, keluarga dan masyarakat agar keindahan alam dapat diwarisi kepada generasi akan datang. “Harapan saya agar semua pihak memainkan peranan sebaiknya agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sempurna disamping mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah,”katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar.
06 Oct 18
92
Empty Image
Peristiwa Besar Islam, Kuatkan Hubungan Dengan Allah
Oleh:Ahmad MawardiUmat Islam dituntut melaksanakan ibadah kerohanian termasuk memperingati peristiwa besar dalam Islam seperti hari ke-10 Muharam, atau di dalam bahasa Arab disebut Asyura supaya dapat memperkuatkan persaudaraan sesama masyarakat dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun berkata, Islam agama yang diredhai oleh Allah SWT dan hasil dari perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW semua umat dapat bersama-sama merasai nikmat persaudaraan Islam ini."Dakwah pedagang Islam dahulu menjadi sejarah melalui sungai Terengganu inilah yang sampai kepada datuk nenek moyang kita dengan memberi perubahan daripada jahil kepada kenal dan diterapkan Islam sebenar," ujarnya."Umat Islam perlu memperbanyakkan program penghayatan peristiwa besar Islam seperti ini dalam memupuk masyarakat memperingati dan memahami pengajaran Islam,"katanya.Beliau berucap demikian ketika majlis penutup Program Jalinan Kasih dan Memasak Bubur Asyura bersama YB Manir di Dataran Sungai Pasir Tebakang Manir, di sini, 6 Oktober.Turut hadir, Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razif dan juga Penghulu Mukim Manir,  Khairol Syahril Othman.Program berjalan lancar bermula 7 pagi  sehingga 5 petang hasil gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pasir Tebakang Manir, Unit Peti Undi Beladau Kolam dan masyarakat setempat.Acara sampingan turut diadakan seperti pertandingan melukis peringkat kanak-kanak, pertunjukan ayam ratu dan pertunjukan seni silat gayung.
06 Oct 18
55
Empty Image
Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Politik - Amzad Hashim
Haji Amzad Hashim (tengah) ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam Kuala Ibai.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU - Wakil rakyat bukanlah wakil parti politik, tetapi wakil untuk seluruh rakyat tidak mengira mana-mana penyokong parti politik.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, wakil rakyat di Terengganu tidak 'memilih bulu', siapa pun yang bersuara akan diangkat."Tidak kiralah suara itu datang dari penyokong parti atau mana-mana bangsa sekali pun."Semuanya akan diangkat dan diambil tindakan sewajarnya."Sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab untuk berlaku adil dan saksama," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam, Kuala Ibai, semalam (5 Oktober).Program tersebut merupakan program bulanan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.Ianya bertujuan untuk meringakan kos perbelanjaan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan di pusat perubatan.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam.Seramai 100 orang kampung menghadiri program tersebut termasuk semua golongan umur dan jantina.
06 Oct 18
772
Empty Image
Bongkar Siapa Rakan Kongsi Strategik Kerajaan
Haji Yahaya Ali (empat dari kiri) mengacau bubur Asyura di Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau). Foto - Harish FadzillahKUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu mengiktiraf rakyatnya sebagai rakan kongsi strategik yang terbaik untuk menjadi 'check and balance' kepada pentabiran negeri.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, semua pihak (stakeholders) khususnya rakyat Terengganu perlu memainkan peranan masing-masing supaya kerajaan yang ditadbir pada hari ini adalah kerajaan yang kuat, disegani dan dihormati.Katanya, rakyat Terengganu tanpa mengira latar belakang perlu memperbetulkan sikap untuk menjadi rakan kongsi yang baik kepada kerajaan negeri."Kita perlu membantu kerajaan negeri dengan menyampaikan sumbang saran, menegur bahkan memperbaikinya bersama-sama kepimpinan."Ianya penting supaya kerajaan negeri yang ada tidak syok sendiri."Lebih-lebih lagi rakyat terdedah kepada kemajuan teknologi melalui platform media sosial."Salurkan pembaharuan dan maklumat kerajaan dari sumber yang rasmi supaya sampai kepada semua golongan rakyat."Dan yang terpenting adalah kerajaan pada hari ini mesti menjadi 'a good listener' kepada rakyat yang prihatin seumpama ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau) di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini (6 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Yahaya Ali yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu berkata, beliau teruja dapat bertemu mata dengan anak-anak Terengganu di perantauan.Menurutnya, majlis dialog sebegini dapat mengukuhkan hubungan kepimpinan dan rakyat dalam ruang yang ada."Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur."Mudah-mudahan, perjumpaan santai ini membuka ruang kepada rakyat Terengganu mendapat pencerahan dan perkembangan terkini perjalanan kerajaan negeri."Pada akhirnya, yang menilainya adalah saudara saudari sekalian," ujarnya.Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti mengacau bubur Asyura oleh ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dan agihan kepada peserta.Para peserta turut mendapat peluang mendapatkan maklumat daripada Kaunter T'Cakna melibatkan agensi dan jabatan kerajaan negeri termasuk Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, T-Mart, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Tanah dan Galian Terengganu dan Jabatan Pelancongan Terengganu.Seramai kira-kira 150 orang menghadiri Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau).Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Hishamuddin Hashim, Presiden Persatuan Anak-anak Terengganu (PESAT), Mohd Sham Aziz Ismail, Presiden Perantau, Prof Dr Kamaruzaman Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC).
06 Oct 18
85
Empty Image
TDI Bantu Kos Perubatan Mangsa Kemalangan
Mohd Aiman menunjukkan keadaan anggota kakinya yang patah tiga akibat kemalangan lebih setahun laluKUALA NERUS - Tabung Darul Iman (TDI) kini semakin dekat di hati masyarakat terutama kepada para penerimanya dari kalangan rakyat berpendapatan rendah.Tinjauan wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) kali ini berkunjung ke rumah seorang pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.Mohd Aiman Masuti, 17, kini masih terlantar di pembaringan akibat kemalangan jalan raya lebih setahun yang lalu.Menurutnya, akibat kemalangan yang tragis itu, anak sepupunya turut terkorban maut.“Sepatutnya, saya ambil peperiksaan SPM tahun ini, tetapi terpaksa melupakan dahulu kerana masih dalam proses rawatan dengan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).“Saya kemalangan pada 14 April 2017 tahun lalu. Saya bersama anak sepupu ketika itu sedang membonceng motosikal daripada Kampung Padang Air ke Tok Jiring ini.“Malangnya, beliau (Allahyarham) anak sepupu saya itu meninggal dunia dan saya masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT,” ujarnya ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Tok Jiring, Tepoh.Kata Aiman, beliau bersyukur kerana Allah masih panjangkan umurnya selepas kemalangan yang kuat antara motosikal dengan kenderaan pacuan empat roda itu.“Alhamdulillah, bersyukur kerana saya masih hidup. Saya patah tiga anggota badan iaitu kaki (betis), peha dan tangan. “Oleh kerana tulang peha tidak tumbuh semula sejak satu tahun lalu, proses kedua ‘menanam’ sejenis baja khas untuk tulang yang menelan belanja RM12,300.“Sumbangan dan bantuan daripada Tabung Darul Iman (TDI) kami terima sebanyak RM11,300. Alhamdulillah, semoga negeri Terengganu ini menjadi lebih ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’ lagi,” jelasnya selaku anak pertama dari lima orang adik-beradik.Menurutnya, pembedahan bagi menanam baja tulang itu dibuat pada 18 September 2018 lalu di HSNZ Kuala Terengganu.Sementara itu, bapanya Masuti Ismail, 52, hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
05 Oct 18
131
Empty Image
Padang Bola Kampung Gong Kubur Akan Dibina
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Kampung  Gong Kubur, Kampung Sena Rendang, Bukit Payung.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Sebuah padang bola di Kampung Gong Kubur akan dibina bagi menggantikan padang bola sementara yang ada.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, padang yang sedia ada sekarang adalah di atas tanah pemilikan persendirian."Bagi menjamin kemudahan penduduk, padang kekal milik kerajaan perlu dibina.“Beberapa perkara perlu dilihat bagi merealisasikan hasrat ini."Namun saya akan berusaha sedaya mungkin menggantikannya kepada padang bola kekal,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Kampung  Gong Kubur, Kampung Sena Rendang, Bukit Payung (5 Oktober).Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, tanah rizab kerajaan yang terhad, keadaan kewangan dan prosedur akan memerlukan jangka waktu panjang.Dalam perkembangan yang sama, beliau turut berharap supaya program yang berorientasikan sukan seumpama ini dapat ditingkatkan.Hal ini kerana program ini bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, meningkatkan semangat berpasukan dan mengisi masa lapang anak muda daripada terjebak dalam masalah sosial yang hangat dibualkan.“Syabas diucapkan kepada penganjur serta anak muda yang menjayakan program bermanfaat kepada penduduk kampung ini,” tambahnya.Kejohanan tersebut disertai oleh lapan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kategori umur.Perlawanan dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Kubur.
05 Oct 18
1185
Empty Image
Pegawai Kerja Keras Bukti TMBS
Ahmad Shah Muhamed ketika ditemui dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk.KUALA TERENGGANU - Para pegawai mestilah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan Kerajaan Negeri Terengganu yang bermotokan "Maju, Berkat dan Sejahtera" betul-betul dapat direalisasikan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, kerajaan akan memastikan tempat peranginan Terengganu yang bersih dan selesa serta dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negeri."Begitu juga kerajaan negeri tidak lupa bahawa kita mempunyai penjaja dan peniaga yang memang sudah sekian lama mencari rezeki di sekitar Pantai Batu Buruk,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk pada hari Khamis, 4 Oktober.Katanya, kerajaan negeri perlu melakukan satu penyelarasan supaya semua pihak dapat berfungsi dengan baik.Tambah beliau, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) perlu melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan baik."Bahkan, penjaja juga perlu bertanggungjawab, bukan sahaja berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata.“Tetapi dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab sosial berkait dengan kebersihan dan pemandangan yang cantik untuk menggamit kehadiran pelancong.“Mereka (para pelancong) dapat melihat (sendiri) Negeri Terengganu sebuah negeri yang disebut Negeri Terengganu Darul Iman yang menjaga kebersihan, keselamatan dan menjaga keindahan alam,” jelasnya.Menurutnya, pihak kerajaan  akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik  supaya para  peniaga dapat berniaga dengan baik dan Pantai Batu Buruk juga sebagai sebuah tempat pengunjung  boleh bersantai dengan pantai yang bersih dan keadaan yang selesa.Selain daripada itu, kerajaan negeri juga berhasrat agar rakyat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak dan rakyat haruslah berusaha sedaya upaya merebut peluang pekerjaan yang disediakan.“Kita akan pastikan peniaga kita dapat berniaga di tempat yang betul  dan mereka boleh mendapat keuntungan yang sewajarnya.“Di samping gerai yang sudah ada, sekiranya kita dapati  hasil perbincangan dalam kerajaan ada keperluan yang kami perlu tambah, tak mustahil kita akan tambah,” ujarnya.Justeru, pihak kerajaan akan memastikan para peniaga memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam peraturan MBKT berkenaan dengan kebersihan, keselamatan dan lain-lain.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Belia Sukan dan NGO Ustaz Wan Sukairi dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
04 Oct 18
215