lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
MPKK Jangan Pilih Kasih
Oleh : Saifullah JusohBESUT - Semua ahli jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) khususnya di Kuala Besut diminta supaya jangan sesekali pilih kasih terhadap rakyat di bawah jagaan mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menyeru kepada semua AJK MPKK menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak meminggirkan mana-mana pihak yang layak mendapat pembelaan."Pihak MPKK tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih seperti yang diamalkan oleh pihak kerajaan yang terdahulu supaya semua rakyat dapat menikmati hasilnya."Semua MPKK di setiap kampung perlu turun ke rumah-rumah penduduk bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana kita mudah untuk menyalurkan bantuan ataupun sumbangan yang selayaknya mereka dapat daripada pihak kerajaan," katanya.Azbi berkata demikian ketika menziarahi penduduk yang menderita sakit kronik dan uzur di Kampung Teluk Bayu dan Kampung Pengkalan Atap, di sini, 10 Oktober 2018. Turut hadir, AJK MPKK Kampung Pengkalan Atap dan Kampung Teluk Bayu.
10 Oct 18
100
Empty Image
21 Pesakit Hospital Setiu Disantuni
Oleh: Abd MuhaiminSETIU- Seramai 21 pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Setiu menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman di hospital itu, 9 Oktober.Beliau mengunjungi pesakit berkenaan sambil bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan mereka yang sedang ditimpa ujian Allah SWT."Seramai 21 orang pesakit telah kita santuni hari ini yang mana terdiri dari pelbagai lapisan umur dan sedang dirawat di Wad Lelaki Hospital Setiu."Dalam pada masa yang sama, sedikit sumbangan telah kita hulurkan bagi meringankan beban pesakit di sini."Saya doakan semoga tuan semua di kurniakan kesihatan yang lebih baik dari Allah, dengan ucapan (Syafakallah). Untuk masa akan datang, insyaAllah kita hadir lagi bagi pertemuan dengan pesakit di wad lain,"katanya.Turut mengiringi beliau Ketua Jururawat, Azlina Harun, Ketua Hal Ehwal Masyarakat DUN, Tuan Hassan Basari Wan Omar dan Setiausaha Kerja DUN, Arman Nulamir Wahab.
10 Oct 18
916
Empty Image
Asyura Pengikat Ukhuwah Warga Seberang Takir
Haji Fazil (kanan) mengacau bubur Asyura ketika ditemui di program ‘Kuca Sure’ peringkat DUN Seberang Takir. Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Bubur Asyura sinonim dengan kedatangan tahun baru Islam iaitu awal Muharram yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim para penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, beliau berasa senang hati melihat keramahan dan kerjasama yang ditonjolkan oleh para peserta."Ianya dapat merapatkan lagi hubungan untuk saling kenal antara satu sama lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program ‘Kuca Sure’ peringkat DUN Seberang Takir anjuran Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Seberang Takir dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kawasan tersebut di Pusat Khidmat DUN, Kampung Duyung (6 Oktober).Menurutnya, program ini merupakan program tahunan DUN.“Kita sentiasa adakan program ini setiap tahun."Cuma, berbeza sedikit pada kali ini kerana kita buat selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya menawan kembali Negeri Terengganu ini," ujarnya.Program ini juga mendapat kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa Kuala Nerus.Turut hadir sama, Pengarah i-MiTS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah  Daerah Kuala Nerus, Haji Zulwislan Awang, dan Pengarah MTD Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang.
10 Oct 18
192
Empty Image
i-MiTS Turun Padang Rasai Denyut Nadi Masyarakat
KUALA NERUS - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turun padang bersama rakyat untuk merasai sendiri setiap denyut nadi dalam segmen kehidupan masyarakat.Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, ianya untuk mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat.“Perlawanan persahabatan Bola Sepak Blind Futsal di antara i- MiTS dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu untuk meraikan golongan istimewa agar tidak terasa asing bersama masyarakat awam normal.“Sukan sebagai penghubung segenap lapisan  masyarakat dan merasai sejenak kesukaran hidup yang dilalui golongan tiada penglihatan,” katanya.Beliau yang juga Ketua Pemuda Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media,  8 Oktober.Kamaruzaman berkata, program tersebut diadakan pada 6 September lalu di Dewan Futsal Telaga Daing Seberang Takir, Kuala Nerus.Tambah beliau, 'Blind Futsal' bersama warga Pertis Wilayah Terengganu merupakan satu aktiviti perlawanan untuk merapatkan silaturahim.
09 Oct 18
133
Empty Image
Penduduk Bimbang Ancaman Beruang Matahari
Oleh:  Mohd Adli MohamadDUNGUN- Penduduk Kampung Bukit Besi di daerah ini menjalani kehidupan yang tidak tenteram apabila kawasan kampung mereka menerima ancaman beruang.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata, kehadiran dua ekor beruang yang dipercayai Beruang Matahari mendatangkan perasaan gusar dan cemas kepada komuniti kampung."Sudah beberapa malam penduduk terserempak dengan beruang tersebut dan mendatangkan kerisauan kepada komuniti disini."Dikhabarkan oleh penduduk yang ternampak beruang itu didapati dua beranak, dipercayai ibu dan anak kerana yang jantan biasanya berjalan seekor," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui meninjau kawasan yang dipasangkan perangkap beruang berkenaan bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negerj (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di Kampung Bukit Besi (9 Oktober). Katanya, beliau amat menghargai tindakan cepat Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang segera menghantar perangkap.Menurut beliau, hasil maklumat Perhilitan dipercayai Beruang Matahari tersebut sebelum ini berada di kawasan Hulu Dungun dimana tempat yang terdapat banyak buah-buahan.“Beruang ini mula masuk pada penghujung Ogos lalu ke Bukit Besi kerana pada masa itu musim buah-buahan dan berkemungkinan kehadirannya untuk mencari buah sebagai makanan."Saya mohon buat masa ini penduduk berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga dan diharapkan dengan adanya perangkap yang dipasang Perhilitan ianya mampu memerangkap beruang tersebut," katanya.Katanya, sebagai Pengerusi MPKK Bukit Besi, beliau bertanggungjawab dan perlu prihatin terhadap keselamatan orang kampung dan bertindak sebagai pemudahcara untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan komuniti kampung.
09 Oct 18
250
Empty Image
Habitat Anak Tuntung Dipelihara
Ustaz Alias Abd Hamid melepaskan anak Tuntung sebagai gimik perasmian di di Sungai Pasir Gajah, Kemaman, baru-baru ini.Oleh : AminjiKEMAMAN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih mengadakan program `Majlis Pelepasan Anak Tuntung' bersama Turtle Conservation Society of Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman menyajikan satu pengalaman menarik bagi golongan muda apabila dapat melihat, memegang dan melepaskan haiwan itu ke dalam air.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid berkata program ini merupakan salah satu  aktiviti kesedaran masyarakat bagi meningkatkan apresiasi dan kecintaan terhadap warisan alam dan haiwan eksotik yang kian diancam kepupusan. “Kita alu-alukan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usahasama untuk memelihara habitat anak tuntung ini terutama di Pasir Gajah.“Ini juga merupakan salah satu usaha yang baik kerana Islam juga menggalakkan untuk kita berbuat baik kepada binatang,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelepasan Anak Tuntung di Sungai Pasir Gajah, di sini, 6 Oktober.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Haji Ab.Razak Ibrahim, kakitangan i-MiTS DUN Air Putih, Penghulu dan  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Gajah.Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, demontrasi membuat kuih tradisional, memanah, persembahan silat, derma darah dan lain-lain lagi bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Sementara itu, Ab. Razak berkata, bagi menjaga haiwan eksotik ini, operasi penyedutan pasir sungai secara haram perlu dihentikan kerana aktiviti ini dapat menjejaskan habitat berkenaan.“Aktiviti itu perlu dihentikan segera bagi mengelakkan kemusnahan ekologi kawasan terbabit menjadi lebih serius berikutan ia adalah lokasi pendaratan tuntung."Pengambilan pasir ini dikhuatiri menjejaskan alam semula jadi, seterusnya memberi kesan kepada jumlah pendaratan haiwan ini," ujarnya.Menurut Ab. Razak lagi, projek memelihara tuntung ini sudah bermula pada Februari 2011 dan terkini, sebanyak 100 anak tuntung berjaya dilepaskan.
08 Oct 18
645
Empty Image
MPKK Perlu Tubuh Jawatankuasa Kerja Hadapi Banjir
Oleh: Mohd Adli MohamadDUNGUN- Semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah ini disaran menubuhkan jawatankuasa kerja bagi memudahkan tindakan dilakukan semasa menghadapi bencana banjir yang berkemungkinan melanda Terengganu November ini.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, persiapan menghadapi bencana banjir perlu bermula dari sekarang berikutan mengikut kajian taburan hujan 'Forecast' didapati November menunjukkan taburan hujan yang tinggi."Persiapan menghadapi musim banjir di DUN Bukit Besi khususnya mesti dimulakan dari sekarang, dan MPKK yang mana kampungnya terlibat dengan banjir mesti segera menubuhkan jawatankuasa banjir,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai persiapan banjir selepas meninjau beberapa kawasan yang berpotensi banjir di daerah itu (8 Oktober).Menurut beliau, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir."Tempat yang dipilih adalah antara yang sesuai dijadikan penempatan sementara penduduk yang terlibat banjir dan yang penting lokasi itu mestilah senang untuk diagihkan bekalan makanan dan ianya tidak terputus perhubungan.  "Kita akan cuba memberi kerjasama terbaik kepada agensi-agensi yang menguruskan banjir seperti APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi dan jabatan berkaitan," ujarnya.Katanya, sebanyak 65 buah bot turut disediakan untuk menjalankan operasi bantuan menyelamat mangsa ketika banjir.Ghazali berkata, beberapa kawasan yang berisiko termasuk di Mukim Jengal (Kuala Jengal, Rantau Panjang, Jongok Batu, Kampung Syukur dan Kampung Pasir Raja).“Mukim Besol (Kampung Besol, Ladang Gajah Mati, serta Pinang Mas) serta Mukim Jerangau (Kampung Lentang, Jerangau, Dendang, Kampung Tepusa dan juga Kampung Wa),” ujarya.
08 Oct 18
40
Empty Image
Litar Lumba Gong Badak Sesuai Untuk Aktiviti Permotoran
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA NERUS- Kompleks Sukan Negeri Gong Badak mempunyai kemudahan yang banyak termasuk litar lumba yang sesuai untuk sukan permotoran.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, penganjuran Cub Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus baru-baru ini mengambarkan kerajaan negeri mengambil berat tentang sukan permotoran.“Terengganu yang mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara Cub Prix Petronas kali ini, malah lebih membanggakan apabila   anak jati Terengganu memenangi salah satu acara dipertandingkan,” ujarnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Sukan Cub Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus (6 Oktober).Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamudin Abdul Karim.
08 Oct 18
645
Empty Image
ADUN Lawat Mangsa Kebakaran Di Kampung Atas Tol
Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggan selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Atas Tol, di sini, 7 Oktober.Dalam kejadian jam 3 petang itu, menyebabkan kediaman milik Rahmah@Lijah Abdul Rahman, 78, bersama lima ahli keluarganya musnah, dengan anggaran kerugian hampir RM400,000.Menurut seorang penghuni rumah itu, Rozana Akma Alias, segala barangan keperluan rumah dan peribadi seperti barangan eletrik, wang dan barang kemas tidak dapat diselamatkan berikutan kejadian yang berlaku begitu pantas ketika keluarga mangsa tiada di rumah.Ketika kejadian, dia menghantar anak menyertai aktiviti larian di sekolah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah sempat menziarahi keluarga mangsa selepas tragedi itu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, kejadian itu menyebabkan kira-kira 90 peratus rumah berstruktur kayu itu hangus terbakar.“Saya turut bersimpati dengan apa yang telah menimpa kepada mangsa serta keluarga semoga mereka tabah menempuhi dugaan ini,” katanya.Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah dengan ketangkasan pasukan penyelamat terutama bomba yang berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.Mohd Nor berharap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dapat mengambil langkah yang segera bagi membantu mangsa dengan memaklumkan kepada agensi terlibat bagi meringankan beban mangsa.
08 Oct 18
1872
Empty Image
Terapkan Budaya 'Kuca Bubur Sure'
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Masyarakat diminta menerapkan  budaya 'kuca bubur sure' setiap kali menjelang Muharam bertujuan mewujudkan semangat bekerjasama dan maufakat  yang kini  dilihat semakin pudar.Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Abang,  Alias Harun berkata melalui acara tradisi masyarakat itu pastinya mampu menjadi tarikan tanpa mengira muslimin dan muslimat , berganding bahu menyedia dan menyiapkan makanan kegemaran ramai itu."Jadi selepas ini, sebarang aktiviti akan dirancang akan mendapat perhatian terutama sekali daripada muslimin, muslimat, pemuda, muslimat muda di situ. ", ujar beliau yang berasa teruja dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan.Alias berkata demikian ketika diminta mengulas Program Bubur Asyura yang dianjurkan oleh tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Padang Pulut, Bukit Merah dan Burung Baru bertempat di Tapak Pasar Minggu Padang Pulut di sini pada 6 Oktober."Nanti bila habis acara kacau sure(bubur asyura), MPKK boleh buat program gotong royong atau program lain dan orang ramai akan turut bersama-sama macam hari , " katanya
07 Oct 18
300