Artikel "Komuniti" Terkini
'Kucar' Bubur Asyura Rapatkan Ukhwah
Oleh : Saifullah JusohBESUT- Penganjuran Karnival Pertandingan Bubur Asyura menjadi medium merapatkan silaturrahim antara penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata aktiviti ini merupakan medan terbaik untuk pemimpin merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan masyarakat setempat."Saya sangat gembira dan bangga dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di DUN Kuala Besut pada hari ini. Saya harap program ini dapan menjadi medium untuk merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain."Kita akan pastikan acara sebegini dijadikan acara tahunan bagi penduduk Kuala Besut supaya kemeriahan dan kegembiraan ini dapat dinikmati oleh semua tidak kira siapa pun,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Karnival Pertandingan Bubur Asyura Peringkat DUN Kuala Besut di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Oktober 2018.Selain pertandingan Bubur Asyura, karnival ini juga megadakan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, iaitu Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan untuk memberi ilmu agama yang berguna kepada masyarakat.Pihak penganjur telah menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah bagi pengunjung yang datang ke program ini termasuk bagi kanak-kanak serta jamuan rakyat kepada semua yang hadir.Pertandingan Bubur asyura ini telah dimenangi oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lay Out Tok Has yang membawa pulang hadiah sebanyak RM1500.
13 Oct 18
154
Kesedaran Awal Kanser Bawa Kesejahteraan Masyarakat
Ir Saiful Azmi Suhaili ketika berucap merasmikan Program Bicara Wanita 'Hidup Sihat Tanpa Kanser' di Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare Kampung Labohan, Kerteh, semalam (13 Oktober).Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Kesedaran awal tentang cara mencegah, punca dan akibat kanser perlu ditiupkan kepada masyarakat untuk menjamin kehidupan yang bebas daripada penyakit kronik.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, jika kesedaran awal tentang kanser timbul dalam diri, masyarakat akan hidup dalam keadaan sejahtera."Yang paling penting adalah kesedaran, dan kalau kita (dapat) tahu awal, insya-Allah kita dapat berusaha untuk selamatkan nyawa dan peluang yang ada lebih cerah," ujarnya.Beliau menyeru masyarakat agar mengambil tindakan dalam membuat pemeriksaan awal untuk mencegah penyakit kanser."Kalau kita tidak ambil inisiatif untuk buat pemeriksaan awal, maka akan menjadi bertambah buruk."Bagi pesakit yang berusia 40 tahun ke atas yang menghidapi kanser tahap 1 dan 2, dapatkanlah pemeriksaan percuma di hospital kerajaan," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Wanita 'Hidup Sihat Tanpa Kanser', anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan Swasta (JKS) serta Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kemaman di Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare Kampung Labohan, Kerteh, semalam (13 Oktober).Ir Saiful yang juga ADUN Kemasik turut berharap agar semua orang dapat membantu dan memberi kesedaran antara satu sama lain demi kebaikan keluarga serta masyarakat.Turut hadir, Pegawai Perubatan Kanan Hospital Kemaman, Dr Hj Matnoh Karim, Pendakwah Bebas, Ustazah Faridah Yahya, Pengerusi serta Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Labohan, Pekan Kemasik serta Perumahan Panelex.
13 Oct 18
52
Kaunter Bergerak DUN Bukit Besi Cetus Dimensi Baru
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Idea Institut Modal Insan Sejahtera ( i-Mits) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mencetuskan dimensi baru mewujudkan kaunter bergerak sebagai jambatan menghubung seluruh penduduk DUN itu.Penyelaras DUN itu, Ghazali Sulaiman berkata, inisiatif itu disambut baik dan mula beroperasi sejak 9 Oktober lalu."Kaunter bergerak ini telah dimulakan sejak 9 Oktober yang lalu sebagai insiatif jentera i-Mits bagi memudahkan segala urusan penduduk DUN."Alhamdulillah hari pertama beroperasi ianya telah disambut baik oleh seluruh penduduk DUN Bukit Besi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau kaunter bergera i-Mits, yang hari ini berada di Kampung Minda, di sini, 11 Oktober.Ghazali berkata, tujuan program itu antara lain supaya perhubungan yang erat antara penduduk dapat terjalin serta segala aduan dan permasalahan yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan secara berperingkat."Secara tidak langsung ianya akan memberi imej yang positif bahawa kerajaan amat cakna rakyat."Pada kesempatan ini, mereka (penduduk) boleh mengisi segala borang permohonan seperti permohonan e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rancangan Tanah Berkelompok dan juga mengisi borang permohonan bantuan persekolahan melalui 'online'."Kehadiran saya di sini adalah bagi menzahirkan bahawa saya sentiasa sedia menjadi mata dan telinga kepada masyarakat," ujarnya.Di samping itu beliau juga menziarahi dan menumpukan kebajikan penduduk yang tidak berupaya, uzur dan sakit yang melarat serta ditimpa musibah."Inilah masanya untuk saya memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat."Walau sesibuk manapun, saya akan cuba bagi mendekati masyarakat atau penduduk di sini bagi mendengar segala keluhan dan permasalahan, supaya saya tidak terlepas pandang dalam menggalas tugas sebagai penyelaras DUN Bukit Besi ini," ujarnya.Di akhirnya beliau berharap dapat melihat keberkesanan i-MiTS untuk mengadakan kaunter bergerak dapat diteruskan secara berkala supaya dapat membentuk perhubungan yang harmoni dengan i-MiTS sebagai agen membantu masyarakat melahirkan perhubungan yang harmoni ke arah maju, berkat dan sejahtera.
12 Oct 18
132
MPKK, i-MiTS Mak Lagam Ziarah Pesakit Kronik
Oleh:Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mak Lagam turun padang menziarahi masyarakat di sekitar kampung itu, 10 Oktober.Isteri ADUN Cukai, Hajjah Zahiyah Abdul Rahman turut serta dalam ziarah berkenaan bersama kakitangan i-MiTS.Zahiyah berharap semua pesakit memohon Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) seperti lampin pakai buang dan susu bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka."Semoga dengan ziarah ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi oleh mereka,"katanya.Antara pesakit yang dikunjungi, Mohamad Noor Mohamad, 64 yang mengalami sakit strok sejak tiga bulan lalu.Seorang lagi pesakit, Muhammad Aqif Darwish Mohd Nasir, 3, buta kedua-dua mata akibat kemalangan ketika berusia lapan bulan.Bagaimanapun Mohamad sudah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, manakala Aqif juga sudah menerima RM350 sebulan.
12 Oct 18
245
Tabung Darul Iman Terus Berbakti
Cikgu Alias Harun menyampaikan sumbangan susu kepada kakak Ahmad Nizam.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Tabung Darul Iman(TDI) dengan beberapa penambahbaikan oleh kerajaan baharu terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.Pembantu Pegawai Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar, berkata sumbangan tersebut yang terbahagi kepada beberapa kategori mampu meringankan beban penerima dan keluarga yang terbabit."Sumbangan ini terbahagi kepada dua kategori musibah iaitu bantuan rumah terbakar, banjir, bencana alam dan kategori kedua melibatkan perubatan."Sumbangan perubatan berbentuk barangan iaitu lampin pakai buang dan juga susu ataupun dalam bentuk cek,"ujar beliau ketika dihubungi pada 11 Ogos di sini.Muhammad Muaz Menurut Muaz lagi, sejak bulan Ogos, seramai tiga orang menerima sumbangan barangan dan 11 orang menerima sumbangan berbentuk cek."Semua orang boleh memohon dan borang boleh diambil di pejabat DUN," katanya.Terbaharu, penerimanya di DUN Rantau Abang ialah Adik Abdul Rahman Abdul Fattah, 11, seorang kanak-kanak kelainan upaya(OKU) kronik.Abdul Rahman telah menerima sumbangan berupa lampin pakai buang dan susu yang disampaikan oleh ADUN Rantau Abang, YB. Alias Harun di rumahnya di Pulau Serai pada 10 Oktober.Cikgu Alias turut menyampaikan barangan yang sama kepada seorang lagi penerima, Ahmad Nizam Bin Salleh, 35, juga seorang OKU yang tinggal di Kampung Gong Pasir.
12 Oct 18
77
MPKK Sendi Kepada Kerajaan Negeri
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi sendi kepada kerajaan negeri bagi menyampaikan dasar dan polisi kepada rakyat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri melantik MPKK untuk menjadi perantara bagi menyampaikan dasar dan polisi yang digubal di peringkat negeri dapat disampaikan kepada rakyat dengan jelas dan tepat.“Ini adalah sendi yang sangat penting supaya setiap dasar dan polisi yang dibuat di peringkat negeri sampai kepada rakyat, jika sendi ini tidak berfungsi dengan baik maka akan berlaku perkara yang tidak dingini dan tidak sampai maklumat kepada rakyat dengan baik," katanya.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pertemuan Antara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Buruk Bersama-sama Agensi Kerajaan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, 11 Oktober .Turut sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu, Khairul Anuar Mohd, Pengurus Seketeriat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Fahmi Wan Mohd, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh dan Ahli Jawatankuasa MPPK berkenaan.
11 Oct 18
61
Kesedaran Masyarakat Basmi Wabak Denggi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN – Orang ramai perlu sentiasa menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong secara aktif sama ada di kawasan kediaman atau di tempat kerja untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes.Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fauzi, berkata kesedaran masyarakat terhadap wabak denggi harus ditingkatkan sentiasa supaya dapat mencegah daripada wabak itu menular.Katanya, setiap ahli dalam komuniti harus memainkan peranan agar wabak dapat dielakkan terutama musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang terutama kebersihan rumah masing-masing."Sangat perlu bagi setiap orang luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bagi membersihkan persekitaran agar dapat dipastikan tiada tempat takungan air untuk jentik-jentik membiak dan menjadi lava dan akhirnya bertukar menjadi nyamuk aedes."Pastikan tidak ada air yang bertakung dalam pasu bunga, perangkap air peti sejuk, tempat minum burung atau haiwan kesayangan, bekas menyimpan air dan juga bekas bunga didalam rumah manakala persekitaran rumah pula ialah tayar buruk, palong hujan, tangki air, tempurung kelapa, tin-tin minuman dan juga septik tank," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir didalam program gotong-royong membasmi nyamuk aedes di Felda Jerangau pada Khamis 11 Oktober.Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu, Mohd Azani Hj Md Noor, Penolong Pengurus Felda Jerangau, Mohd Zuhdi Wan Ahmad, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda Jerangau, Mahsuri Abdul Ghani, Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razeet Noordin dan wakil Majlis Perbandaran Dungun.Menurut Tengku Muhammad Fakhruddin, cara untuk mengenali nyamuk aedes ialah kakinya adalah berbelang hitam dan putih dan kitaran dari telur menjadi nyamuk adalah selama tujuh hari.Sementara itu, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung Felda Jerangau Cawangan B, Anuar Omar berkata, adalah menjadi harapannya agar program ini mampu menyuntik semangat kepada penduduk setempat supaya bertanggungjawab dalam menghindari wabak ini dari berlaku."Sebelum ini, sudah beberapa orang penduduk (disini) telah terkena demam denggi dan Doktor pun sudah memberi nasihat jika demam terus ke Klinik.agar dapat dirawat, dan dapat dicegah dari berlarutan sekiranya ada tanda-tanda awal terkena demam ini,”katanya.
10 Oct 18
75
Penduduk Seberang Takir Bersiap Siaga Hadapi Banjir
OLEH: Hailmey MansorKUALA NERUS –Penduduk di daerah ini, terutama mereka yang tinggal di Seberang Takir diminta bersedia lebih awal dengan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya bagi menghadapi kemungkinan banjir dijangka akan melanda Terengganu pada awal November ini.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir Mohd Fazil Wahab, berkata umum sedia maklum, musim tengkujuh akan berlaku pada akhir tahun, jadi sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk bersedia dalam segala aspek untuk membantu masyarakat dalam menghadapi bencana ini.“Saya berharap semua yang terlibat dalam jawatankuasa ini bersedia daripada segi mental dan fizikal kerana musim tersebut tidak menunggu kita walaupun sesaat pun,” katanyaBeliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawantankuasa Pengurusan Bencana (Banjir) peringkat Seberang Takir di Balai Raya Teluk Ketapang petang semalam (10 Oktober).Mesyuarat itu turut disertai oleh semua agensi kerajaan seperti Bomba,Jabatan Kerja Raya dan sebagainya yang berada disekitar Seberang Takir termasuk Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat dengan kawasan yang berpotensi terkena bencana banjir ini.
10 Oct 18
37
BAKIP Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran
Ghazali menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaranOleh : Adli MohamadDUNGUN - Peniaga air tebu yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada September lalu menerima sumbangan daripada wakil kakitangan Petronas melalui Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), hari ini.Pengarah Majils Tindakan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata bantuan itu telah disumbangkan melalui wakilnya (BAKIP)Katanya, pihaknya berterima kasih kepada wakil BAKIP yang menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan mangsa."Sumbangan ini adalah atas rasa simpati yang dihulurkan melalui kakitangan Petronas Ethylene dan Polyethele."Akibat peristiwa itu, mangsa Mohd Nasri Taat telah kehilangan tempat kediaman apabila rumah yang disewa mangsa terbakar." ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menziarahi mangsa bersama wakil BAKIP pada Selasa, 10 Oktober.Menurut Ghazali buat masa ini mangsa mendiami rumah kuartes Balai Polis Al Muktafi Billa Shah (AMBS)."Kebetulan ayahnya merupakan anggota polis, jadi bolehlah untuk buat penempatan sementara sebelum rumah dipulihkan semula."Dapatlah Isteri bersama anaknya mendiami buat sementara waktu," ujarnya.Ghazali berterima kasih diatas ziarah kebajikan yang dilakukan oleh BAKIP, semoga derita yang dihadapi mangsa dapat dikurangkan serta dapat memulihkan kembali semangat mangsa bagi meneruskan kehidupan.
10 Oct 18
77
Program Uji Cuba Infrastruktur Tangani Kebakaran Tanah Gambut
Oleh : Afiq M.ZaidBESUT - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu melaksanakan Program Uji Cuba Infrastruktur Tanah Gambut bagi menyelesaikan masalah kebakaran tanah gambut apabila tiba musim kemarau di Kampung Paya Rawa, Besut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kawasan tersebut akan menghadapi masalah air untuk memadamkan kebakaran tanah gambut apabila tiba musim kemarau."Berbeza di tempat Kampung Paya Rawa ni apabila musim kemarau, memang tiada sumber air. Jadi pihak Jabatan Geologi dan Jabatan Alam Sekitar serta Pihak bomba telah bermesyuarat dan telah memilih kawasan ini bagi menyelesaikan masalah itu apabila musim kemarau. banyak berlakunya kebakaran tanah gambut ni yang sukar dipadamkan", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Uji Cuba Infrastruktur Tanah Gambut bersama Komuniti Kampung Paya Rawa, Besut anjuran Jabatan Alam Sekitar Terengganu, di sini, 9 Oktober. Turut hadir, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, Haji Azemi Haji Eki.Tambahnya, program ini boleh menampung dan menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada masalah bomba untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran ketika musim kemarau."Jadi dengan adanya 'check dam' (pengendali dam) dan 'tube well' (sumber air bawah tanah) ini saling lengkap melengkapi untuk menyelesaikan masalah (ketiadaan air) itu dan tadi pun pihak bomba ada buat 'checking', buat ujian dengan sumber air yang keluar tu memang sangat-sangat mencukupi, dengan stok air yang ada di dasar tanah itu disedut keluar, boleh menampung dan menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada masalah bomba untuk memadamkan api di situ." ujarnya lagi."Pihak kami diperingkat Dun Kota Putera ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar dan jawatankuasa kerana memilih Kampung Paya Rawa sebagai tempat perlaksanaan projek ini dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah tanah gambut terbakar ni dimusim kemarau ni,"katanya.
10 Oct 18
58