lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Program Kenali Ubat Anda Beri Manfaat Kepada Pelajar
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN- Penganjuran Program Kenali Ubat Anda yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 banyak memberi manfaat kepada pelajar.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, program terbabit diadakan khusus untuk pelajar tahun enam yang baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Katanya, objektif utama adalah  memastikan pelajar memperolehi ilmu termasuk dalam mengenali jenis ubat-ubatan, cara menggunakannya, cara menyimpannya dan juga mengenali tanda alahan ubat."Memandangkan mereka tiada lagi terlibat dengan aktiviti pembelajaran di kelas maka bolehlah mereka (pelajar) mendapat manfaat dari program ini."Program ini diadakan dalam bentuk santai dan yang penting dapat memberi ilmu serta pengetahuan kepada mereka tentang ubat-ubatan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Kenali Ubat Anda yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 (14 Oktober).Beliau yang juga merupakan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billal Shah (AMBS) berkata, program itu telah menarik minat 50 orang pelajar menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan."Pada awalnya bagi menguji sejauhmana mereka mengenali jenis-jenis ubat, maka mereka diminta agar membentuk kumpulan dan memberi nama kumpulan mereka berdasarkan nama dan jenis ubat-ubatan."Dan terbentuklah kumpulan Paracetamol, Antibiotik, Vaksin, Vitamin A dan juga kumpulan Antiseptik," ujarnya.Menurutnya,  bagi memastikan pelajar dapat mengikuti sepenuhnya program itu maka pelbagai aktiviti disusun, seperti menjawab soalan mengenai ubat, permainan bentuk puzzle mengenai jenis-jenis ubatan."Mereka juga diminta membentangkan hasil aktiviti bagi melatih mereka petah bercakap dan memiliki kemahiran membuat pengucapan awam serta memupuk keberanian dan keyakinan diri," jelasnya.
14 Oct 18
500
Empty Image
Hati-Hati Musim Banjir - Mat Daik
Ustaz Mat Daik (kanan) mengambil peluang menderma darah.Oleh: Norekwan MamatBESUT - Rakyat Negeri Terengganu diingatkan supaya berwaspada dengan musim tengkujuh yang bakal menjelang.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, penduduk Hulu Besut khususnya perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga bagi menghadapi bagi menghadapi musim banjir ini."Kita perlulah saling membantu sesama jiran apabila berlaku sesuatu musibah, tidak kira musibah bencana dan sebagainya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di pusat pengajian miliknya di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut semalam (13 Oktober).Dalam pada itu, menurut Ustaz Mat Daik yang juga Mudir Pondok Ubudiyyah, sikap dermawan ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia."Saya dan seluruh warga pondok berterima kasih kepada semua, terutama penyumbang-penyumbang dan tenaga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pada hari ini," ujar beliau.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Hospital Tengku Anis, Pasir Putih yang diketuai oleh Pegawai Perubatan UD44, Siti Nadirah Mohd Razif yang hadir sama menjayakan program derma darah sebagai salah satu pengisian dalam majlis tersebut.Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di Hulu Besut  di sini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
14 Oct 18
218
Empty Image
Zakat Model Terbaik Laksana Sistem Percukaian Malaysia - Dr Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus konsisten mahu menjadikan zakat sebagai model terbaik untuk melaksanakan sistem percukaian di Malaysia. Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Pusat berkata, sebanyak 2.5 peratus cukai patut dikenakan ke atas pegangan saham di Bursa Malaysia."Apabila sebanyak 2.5 peratus cukai dikenakan ke atas pegangan saham, akan meningkatkan pendapatan negara sehingga berbilion-bilion ringgit," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kuliah Dhuha Mingguan di Surau Ayah Itam Wan Ali, Kampung baru Seberang Takir, di sini, 12 Oktober.Program itu dijadikan sebagai majlis ilmu secara mingguan yang berlangsung pada setiap Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar dan  Seberang Takir untuk menimba ilmu agama daripada beliau.
13 Oct 18
29
Empty Image
Penganjur Akur Arahan Kerajaan
Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah.KUALA TERENGGANU - Penganjur Island Music Festival 2018 yang dibatalkan permohonannya oleh Kerajaan Negeri Terengganu, akur dengan arahan tersebut.Namun, tinjauan mendapati pihak penganjur meneruskan aktiviti sampingan lain yang hanya melibatkan orang bukan Islam.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah berkata, kerajaan negeri telah melarang dengan tidak mengeluarkan permit dan penganjur juga ada menampal notis makluman pembatalan itu.“Pada hemat saya, penganjur akur dan oleh kerana tempahan bayaran (tiket) telah dibuat oleh peserta. Jadi, dibuat juga oleh penganjur secara tertutup dan khas kepada orang bukan Islam sahaja.“Meskipun ada rayuan, saya difahamkan Kerajaan Terengganu tetap berpegang kepada prinsip dan tidak membenarkan pesta itu diadakan.“Saya rasa tindakan kerajaan itu yang terbaik kerana kekal dengan prinsip yang halal dan haram itu nyata,” tegasnya ketika ditemui selepas membuat pemantauan itu di Long Beach, Pulau Redang, 13 Oktober lalu.Island Music Festival yang dijadualkan pada 12 hingga 14 Oktober 2018, telah mendapat kecaman rakyat Terengganu terutama netizen, apabila satu klip video iklan yang berunsur lucah diviralkan di media sosial.Ustaz Azmi turut menasihatkan pihak penganjur di masa akan datang sama ada dari dalam atau luar negeri agar mematuhi peraturannya.“Suka saya nasihatkan kepada penganjur sama ada dari dalam atau luar negeri Terengganu, supaya mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dalam negeri ini, dengan dasar-dasar baru yang diambil dan dibuat untuk mengekang gejala sosial daripada terus berkembang di Negeri Terengganu. “Saya harap kerajaan negeri mempunyai suatu sikap yang tegas dengan tidak membenarkan apa jua bentuk pencabulan terhadap hak-hak Allah dalam perkara halal dan haram,” jelasnya.Menurutnya, pemantauan itu dibuat oleh Penguatkuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).“Anggota-anggota yang kita bawa adalah untuk memastikan program itu tidak berjalan dan jika melibatkan orang-orang Islam, kita akan ambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.“Lebih 20 orang Penguatkuasa JHEAT bersama dengan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terlibat untuk operasi ini. Saya difahamkan, pihak polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pun ada sama,” jelasnya.Kata beliau, pihak penganjur juga telah menggerakkan para petugasnya sendiri agar tidak ada orang Islam yang terlibat dengan program tersebut.
13 Oct 18
244
Empty Image
Penguatkuasa Pantau Pulau Redang
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius agar gejala sosial dapat dibendung dengan menyekat sebarang aktiviti yang menjurus kepada kemaksiatan.Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail berkata, pemantauan pihak penguatkuasa syariah dibuat bagi membendung gejala tidak sihat di Pulau Redang.Katanya, pemantauan dibuat ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival di media sosial.“Pada malam ini, bahagian penguatkuasaan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Daerah Kuala Terengganu seramai 24 orang telah datang ke Pulau Redang ini untuk membuat pemantauan ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival. “Hasil pemantauan ini, kita dapati tidak ada aktiviti yang diiklankan itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang akur dan patuh kepada arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan penganjuran ini dibuat. “Kerajaan negeri hari ini tidak mahu rakyatnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang kita jangkakan, sekiranya aktiviti program itu diadakan sudah tentu ramai daripada orang-orang Islam sendiri terutama di kalangan belia akan turut serta berpesta,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan di lokasi Island Music Festival, Long Beach Pulau Redang, di sini, 13 Oktober lalu.Ketika ditanya, jika program itu diteruskan bagaimana tindakan pihak berkuasa agama, katanya terdapat dua peruntukan undang-undang berkait perkara tersebut.“Kita ada dua peruntukan, pertama di bawah Seksyen 22 iaitu meminum minuman yang memabukkan. Jika ada orang Islam yang minum minuman keras, kita akan buat tangkapan.  “Kedua, kita lihat kepada pakaian yang tidak sopan dan peruntukan di bawah Seksyen 35. Mana-mana orang Islam yang memakai pakaian yang tidak sopan boleh diambil tindakan,” tegasnya. Namun, kata Nik Zulhaiza, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Beliau mengingatkan pihak penganjur pada masa akan datang agar dapat membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jika mahu dibuat sebarang penganjuran hiburan.“Saya nasihatkan kepada mana-mana pihak yang hendak mengadakan apa-apa aktiviti dan program yang berbentuk hiburan, sama ada di pulau atau di mana-mana tempat di negeri Terengganu, perlu memohon kepada pihak PBT. Sekiranya permohonan ditolak, hendaklah akur,” ujarnya.  
13 Oct 18
228
Empty Image
Kaunter Bergerak i-MiTS Rantau Abang Pemudah Cara
Orang ramai sedang berurusan dengan kakitangan I-MITS di Surau Kampung Pinang Baru.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang mewakili kerajaan negeri turun ke pedalaman sebagai pemudah cara untuk melicinkan urusan komuniti setempat demi memastikan kesejahteraan rakyat.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Tuan Shafie Tuan Agil  berkata, ianya bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di dalam  menghadapi penggal persekolahan anak-anak akan datang."Kerajaan negeri tidak mengabaikan golongan sasar dalam memberi bantuan."Saya berharap agar usaha murni ini akan mengeratkan lagi hubungan rakyat dengan kerajaan," ujar beliau.Tuan Shafie berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam (13 Oktober), mengulas tentang kaunter bergerak i-MiTS untuk membantu penduduk yang tinggal di tiga kampung iaitu Pinang Mas, Pinang Baru dan Kampung Wa mengisi i-dana secara dalam talian.Sementara itu Penyelia i-MiTS DUN Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin berkata, kaunter bergerak yang dibuka pada 12 Oktober itu bertujuan untuk memastikan maklumat sampai secara menyeluruh."Maklumat tersebut perlu disampaikan kepada semua golongan lebih-lebih lagi orang-orang kampung yang jauh dari bandar," jelasnya.Menurut Fahmi, untuk kali ini, pihaknya membuka dua kaunter iaitu di Surau Kampung Pinang Baru yang melibatkan penduduk-penduduk Kampung Pinang Baru dan Kampung Pinang Mas."Satu lagi di Masjid Kampung Wa melibatkan penduduk Kampung Wa," katanya.Kaunter bergerak di Delong dan Tok Kah akan dibuka pada hari Jumaat depan.Program yang mendapat kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) masing-masing itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat."Hari Jumaat  ramai orang, kita sediakan borang, maklumat yang kita dapat lebih 'detail'," sambungnya lagi.Seramai 12 orang kakitangan i-MiTS DUN Rantau Abang terlibat dalam menjayakan program yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang itu.
13 Oct 18
300
Empty Image
Generasi Celik IT Warisi Kepimpinan
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Golongan muda bakal mewarisi kepimpinan Negeri Terengganu dan Malaysia. Rakyat atau pemimpin akan datang mestilah di kalangan yang sentiasa cemerlang dan pintar IT (teknologi maklumat), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Sehubungan itu, menurut Ir Saiful lagi, ibu bapa perlu memastikan anak-anak muda memiliki kemahiran dan menguasai pelbagai kepakaran ilmu serta teknologi moden masa kini."Seperti yang dinyatakan dalam Islam, kemuliaan seseorang di dunia (adalah) dengan ilmu, di akhirat (juga) dengan ilmu. Jadi, sesiapa yang nak kemuliaan untuk kedua-duanya pun adalah dengan ilmu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jalinan Mesra Komuniti, Pusat Internet Felda Kerteh 5, Kemasik, di sini, 12 Oktober.Turut hadir, pengurus program, Azmawani Mohd Radzi dan Pengerusi serta Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya masyarakat sentiasa memanfaatkan dan melibatkan diri dalam pelbagai program ilmu sebegini pada masa akan datang.Di majlis yang sama, pelbagai aktiviti turut disediakan kepada orang ramai termasuklah kempen derma darah, sukaneka dewasa dan kanak-kanak, pemeriksaan mata, perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mobile dan lain-lain.
13 Oct 18
59
Empty Image
130 Peserta Sertai Kursus Pra Perkahwinan
Oleh: Ahmad FadhilahMARANG - Seramai 130 peserta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menyertai  Kursus Pra Perkahwinan Pejabat ADUN Alur Limbat dengan kerjasama Pejabat Agama Kuala Terengganu.Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) itu disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan julung kali diadakan di DUN Alur Limbat selepas pentadbiran kerajaan baru. Program ini berlangsung selama dua hari  berakhir 13 Oktober ertempat di Dewan Mas’ud Kolej Al-Quran Terengganu, Kampus Padang Midin.Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga. Ia diharap dapat dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.Penyelia Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMiTS) DUN, Ustaz Wan Ahmad Zuki berkata, kursus tersebut pertama kali dianjurkan selepas petadbiran kerajaan baru itu mendapat sambutan luar jangkaan apabila lebih 50 orang mahu menyertainya.“Mengambil kira faktor itu, pihaknya dengan kerjasama pihak berkaitan bercadang meneruskan program sama akan supaya lebih ramai terutama pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tanga dapat menyertainya,”katanya  “Kursus selama dua hari ini bukanlah tempoh mematangkan kita  untuk melayari bahtera rumahtangga  sebaliknya sebagai asas kehidupan  di alam baharu.Apa yang penting,  belajarlah daripada orang-orang lama termasuk kedua ibu bapa kita dalam melayari kehidupan berumahtangga,”katanya.
13 Oct 18
38
Empty Image
Cakna OKU Dan Warga Emas Ketika Banjir
Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas sewaktu musim tengkujuh perlu diutamakan, terutama berkaitan urusan permindahan ke tempat selamat.  Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, OKU  perlu dibantu semasa berlaku banjir agar urusan pemindahan ke pusat pemindahan banjir dapat disegerakan."Dahulukan mereka, jangan tunggu sehingga air naik ke paras yang tinggi kerana akan mengalami kesulitan."Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan terkena banjir harus memainkan peranan bagi memastikan golongan kurang upaya ini berpindah dahulu," katanya.Beliau berkata demikian ketika perjumpaan dan taklimat pengkalan hadapan Mukim Jengai, di Balai Raya Jongok Batu, pada Jumaat, 11 November.Ghazali berkata, sebagai tindakan kesiapsiagaan, terlebih dahulu dikenalpasti golongan yang dikategorikan OKU, warga emas dan ibu mengandung."Apabila perkara ini tidak diberi perhatian maka nanti apabila berlakunya bencana banjir, suasana akan menjadi kelam kabut, pastinya golongan yang sepatutnya dibantu dan diberi keutamaan akan keciciran," katanya lagi.Tambah Ghazali lagi, di pusat pemindahan banjir itu nanti pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) akan memberi tumpuan khusus kepada golongan yang perlu dibantu ini.Turut hadir pada perjumpaan dan taklimat bersama wakil MPKK dari setiap kampung yang berada di Mukim Jengai itu ialah, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Naufal Yusoff, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Imran Mohd Zanyuin, Penghulu Mukim Jengai, Mohd Khairul Nizam.Perjumpaan dan taklimat kali pertama itu adalah bagi memperkemaskan kerangka kerja semasa menghadapi banjir.Sehubungan itu, Penyelaras DUN Bukit Besi turut memaklumkan akan ada satu simulasi khas yang akan dijalankan bagi memberi latihan agar dapat menguruskan bencana banjir pada hari sebenar agar berjalan baik dan lancar.
13 Oct 18
33
Empty Image
Hulu Terengganu Simpan Khazanah
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) ketika berucap dalam forum yang bertajuk "Kegemilangan Islam Di Hulu Terengganu" sempena Program Jejak Pejuang yang diadakan di Masjid Kampung Dura, semalam (13 Oktober).Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Hulu Terengganu khususnya di Telemong banyak memiliki peninggalan sejarah Islam yang tidak diketahui oleh orang ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antaranya Kerajaan Temir yang pernah menjadi pusat Kerajaan Terengganu pada abad ke-14 dahulu."Makam Sheikh Syarif Muhammad Al-Baghdadi yang merupakan pendakwah Islam pada zaman dahulu juga berada di Hulu Terengganu."Tidak dilupakan, sejarah peristiwa Padang Kachung yang telah mengorbankan seramai 12 orang pahlawan dalam mempertahankan hak mereka."Kita mesti ambil cakna dengan sejarah Hulu Terengganu, tentang ulama'-ulama' terdahulu yang sekarang makamnya berada di Hulu Terengganu."Bangkitkan kisah perjuangan mereka dalam mempertahankan agama sehingga ada yang terkorban kepada generasi baru."Sedarkan generasi sekarang betapa susahnya orang dahulu dalam ikhtiar menyebarkan Islam kepada kita," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum yang bertajuk "Kegemilangan Islam Di Hulu Terengganu" sempena Program Jejak Pejuang yang diadakan di Masjid Kampung Dura, semalam (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut mengingatkan agar mengambil peluang yang ada sekarang untuk mendalami agama dengan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau."Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan aktiviti kuliah ini agar masyarakat mudah untuk memahami Islam."Dalam dunia tanpa sempadan ini, kita haruslah berhati-hati dalam mengambil sesuatu maklumat agar tidak menjadi agen penyebar fitnah dan menyebarkan maklumat yang salah."Maklumat yang diterima mestilah dipastikan dahulu kesahihannya."Dapatkan sumber-sumber rasmi agar mendapat maklumat yang tepat."Marilah kita sama-sama mendokong dan mempertahankan kerajaan yang berusaha untuk mendaulatkan syariat Islam ini (Kerajaan Terengganu)."Ini kerana masyarakat luar sentiasa memerhatikan kita (Terengganu & Kelantan)."Pihak musuh juga sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan kerajaan kita," tambahnya.Serama kira-kira 100 orang masyarakat setempat hadir memeriahkan majlis ini.Turut hadir sama, Pendakwah Bebas, Hagia Sofia Mohamad yang menjadi panel forum tersebut.
13 Oct 18
206