lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Isteri ADUN Cukai Jadikan Rutin Ziarah Golongan Tidak Bernasib Baik
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN - Kunjungan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian serta pembelaan masyarakat sekitar terutama kepimpinan setempat diteruskan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, sebagai rutin tanpa mengira masa.Isteri Hajah Hanafiah Mat, Hajjah Zahiyah Abdul Rahman meneruskan tanggungjawab menziarahi masyarakat sekitar Kampung Gong Limau, Jabur Kubur dan Bakau Tinggi, di sini, 15 Oktober.Beliau bertemu beberapa pesakit termasuk Rohani Ali, 68,  Mohd Zamri Sulong, 50, Zakaria Hussain, 58 dan Halimah Mamat, 92."Sebahagian mereka telah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) berjumlah RM1,000 setahun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 sebulan."Namun begitu, pihak DUN Cukai akan cuba mengusahakan supaya mereka mendapat bantuan Tabung Darul Iman (TDI) bagi meringankan beban mereka,"katanya.Turut hadir, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Cukai dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
16 Oct 18
187
Empty Image
Karnival Maulidur Rasul Bakal Tampil Kumpulan Nasyid Tersohor
Oleh : Zhahirah ZahidDUNGUN –  Penganjuran Karnival Maulidur Rasul di Dewan Arena Merdeka, di sini bakal menampilkan beberapa kumpulan nasyid tersohor, antaranya Rabbani, UNIC dan In-Team.Karnival yang  turut  mempersembahkan Bicara Ulama' itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 20 November.Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang.Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli, berkata beliau berharap penganjuran program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan penduduk antara pemimpin.Katanya, pelbagai pengisian program berbentuk ilmiah seperti forum dan sembang santai akan diadakan. Paling utama  Malam Kesenian Islam yang akan menampilkan kumpulan nasyid hebat iaitu Rabbani, UNIC dan In Team"Pada awal perancangan hnya dua hari, tapi Alhamdulillah, di saat-saat akhir berlaku perubahan, di mana program ini akan berlangsung lebih lama.“ Saya berharap seluruh warga Dungun dapat meluangkan masa hadir pada program yang berprestij ini,”ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.
15 Oct 18
640
Empty Image
Berdakwah Melalui Seni Dan Budaya
Sulaiman menyampaikan baju seragam kumpulan dikir kepada ketua kumpulanOleh : Khairan Mat JusohMARANG- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyeru kumpulan dikir barat dari Batu 9, Padang Mengkuang menyahut seruan menyampaikan dakwah melalui seni dan budaya. Katanya, Islam tidak menghalang seni asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam dan melanggar norma budaya dan sosial kerana seni dalam pendekatan tertentu boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan dakwah."Hari ini kita membawa Agama Islam. Jadi, bila kita sebut kita adalah daie yang kita bersama dengan Agama Islam, maka kita perlu membawa kebaikan, kelebihan, dan keindahan Islam itu kepada masyarakat. "Kita bertanggungjawab untuk membawa Islam itu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada masyarakat, maka disana ada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis santai sempena penyampaian baju seragam kepada kumpulan dikir tersebut di perkarangan Balai Raya Kampung Batu 9, Padang Mengkuang (15 Oktober).Katanya, kumpulan dikir barat yang terdiri daripada 30 orang ahli itu telah berjanji untuk melakukan yang terbaik bagi membawa imej Islam di dalam bidang seni warisan itu.
15 Oct 18
98
Empty Image
Rakyat Perlu Intai Peluang Kebajikan Dari Kerajaan - Ridzuan Hashim
Ustaz Ridzuan Hashim meninjau kaunter KWSP yang dibuka dalam Program i-SURI Peringkat Daerah Kuala Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Rakyat diminta untuk lebih prihatin terhadap makluman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar tidak tertinggal peluang kebajikan yang ditawarkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, kerajaan sentiasa menyalurkan bantuan secara berperingkat terutamanya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tabung Darul Iman (TDI).Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program i-SURI Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, hari ini (15 Oktober).Peserta yang terpilih berasaskan kepada data e-Kasih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Menurut Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, setiap peserta disyaratkan untuk mencarum sebanyak RM5 manakala pihak kerajaan sebanyak RM40.“Bayaran caruman boleh dibayar di pejabat KWSP, bank-bank terpilih dan juga melalui ‘online banking’ iaitu maybank2u dan Public Bank.“Dalam bajet 2019 nanti, sebahagian manifesto akan ditunaikan. Antaranya caj percuma untuk wad kelas tiga dan kad sejahtera yang bernilai RM500.“Sebanyak RM3.8 juta telah dibelanjakan melalui Tabung Darul Iman (TDI) bermula Januari sehingga Ogos tahun ini untuk bantuan penyakit kronik dan musibah," ujar beliau lagi.Katanya, hampir dua juta ringgit telah berjaya dikumpulkan pada malam tadi hasil sumbangan ‘Government Linked Company’ (GLC) dan orang perseorangan dalam satu majlis makan malam pengumpulan dana Tabung Darul Iman (TDI).“Ada tiga program penting dalam masa terdekat ini iaitu bantuan pakaian sekolah untuk sesi 2019, berkhatan percuma beramai-ramai dan karnival perkahwinan. Ambillah peluang kebajikan ini yang semuanya dibuat untuk rakyat," tambah beliau lagi.Turut hadir, Ketua Perkhidmatan KWSP Kuala Terengganu, Mohd Sabri Hussin, Penasihat Persaraan KWSP Kuala Terengganu, Mohd Fazlee Alwi dan Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah.
15 Oct 18
143
Empty Image
Armalah Perkasa Ibu Tunggal
Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman ketika berucap merasmikan Program Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang sdi Perpusatakaan Awam Daerah Marang, hari ini (15 Oktober).Oleh: Aslam WiraMARANG - Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang bakal menyediakan suatu ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk memajukan ibu-ibu tunggal yang berada dalam kelompok kelab itu sendiri.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, masyarakat mesti peka bahawa melalui pertubuhan Armalah ini, di dalamnya terdapat banyak rangka yang boleh dimanfaatkan."Ianya termasuklah pemerkasaan ekonomi ibu tunggal dalam menjana sumber pendapatan sendiri," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang di Perpustakaan Awam Daerah Marang, hari ini (15 Oktober).Menurut Tuan Faizah yang juga Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Terengganu (Khairunnisa'), ibu tunggal adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah."Istimewanya mereka ini kerana mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan sang suami dengan cerita tersendiri," katanya.Dalam perkembangan yang sama, program tersebut turut membincangkan beberapa perkara berkenaan perancangan yang akan diadakan di dalam kelab ibu tunggal tersebut.Antaranya dari sudut ekonomi termasuk peluang menjana pendapatan sendiri seperti menjahit, memasak dan mencipta produk sendiri.Program yang berunsur rohani dan jasmani juga tidak ketinggalan."Saya berharap dengan penubuhan Armalah ini, ibu-ibu tunggal dapat melibatkan diri secara langsung dengan program dan kursus yang disediakan supaya dapat memajukan diri serta mengambil peluang lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan," tambahnya.Seramai 193 orang hadir ke program ini di mana 163 peserta adalah ibu tunggal dan 30 orang merupakan wakil wanita dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN Ru Rendang.Turut hadir, Pegawai Seranta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Negeri Terengganu, Faridah Omar, Pegawai Seranta Beliawanis i-MiTS Negeri Terengganu, Tengku Fatimah Tengku Hashim, Ahli Majlis Daerah Marang, Wan Mariam Wan Jusoh dan Ketua Halwa DUN Ru Rendang, Azizah Mohd Yusuf.
15 Oct 18
429
Empty Image
i-MiTS Alur Limbat Ziarah Bakal Tetamu Allah
Pihak i-MiTS DUN Alur Limbat menyampaikan sumbangan kepada Fatimah Mamat di kediamannya.Oleh: Ahmad Fadhilah AzmanMARANG - Lima penduduk Kampung Tasek menerima kegembiraan berganda apabila menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman bagi mengerjakan umrah buat kali pertama.Rokiah Mat Amin bersama pasangannya, Omar Abu Bakar, Zabedah Idris, Fatimah Mamat dan Ramlah Sulong menerima kunjungan wakil Ariffin di kediaman mereka, hari ini (13 Oktober).Rokiah turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kesudian rombongan wakil rakyat tersebut menziarahi mereka sebelum berangkat ke tanah suci.Sumbangan disampaikan oleh Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Fatimah Mohamad yang hadir mewakili ADUN bersama ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek. Fatimah Mohamad (kanan) dan AJK MPKK Tasek beramah mesra bersama salah seorang peserta.Fatimah berkata, pihak i-MiTS mendapat maklumat tentang peserta daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK Tasek."Oleh yang demikian, kita adakan program ziarah ke rumah mereka sebagai sebahagian tanggungjawab pemimpin kepada rakyat."Alhamdulillah, saya melihat kegembiraan tergambar di wajah mereka yang akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama. "Selain bertanya khabar, kita turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada ADUN Alur Limbat yang tidak dapat bersama pada hari ini," katanya.Kelima-lima peserta umrah itu bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini dan akan berangkat ke tanah suci Mekah esok.
15 Oct 18
62
Kerajaan Galak Pelihara Kelulut Setiap Rumah
Kerajaan Galak Pelihara Kelulut Setiap Rumah
Dr Haji Alias (kiri) diiringi Encik Fadzli Rahimi  meninjau kawasan pemeliharaan  kelulut di Mardi Terengganu. KUALA NERUS - Kerajaan negeri menggalakkan penduduk seluruh Terengganu, mengadakan satu sarang kelulut di setiap rumah, mulai tahun depan yang bertujuan untuk menambah pendapatan dan mewujudkan persekitaran kediaman lebih kondusif.   Serentak itu, satu bengkel pemeliharaan kelulut untuk menghasilkan madu buat julung-julung kali diadakan oleh Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (Mardi) di Bilik Seminar Mardi Kuala Terengganu di sini, dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.   Dr Haji Alias menikmati madu kelulut di Mardi Terengganu.  Kira-kira 50 orang peserta daripada 25 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN tersebut hadir menyertai bengkel berkenaan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, bermula dari DUN Bukit Tunggal, bengkel berkenaan boleh dikembangkan ke 31 DUN lain kerana potensi menghasilkan madu dari pemeliharaan ternakan tersebut amat besar.   Menurutnya, setiap sarang kelulut berukuran satu kaki persegi dan tiga inci tinggi dengan kos RM400, boleh menghasilkan sebanyak kira-kira 500 milimeter madu dengan nilaian lebih RM100.   "Jika 10 sarang dijaga dengan baik, ia boleh menghasilkan 5 liter madu kelulut dengan purata pendapatan RM750 sebulan," katanya ketika berucap merasmikan bengkel berkenaan di Bilik Seminar Mardi Kuala Terengganu di Kubang jela, (15 Oktober).   Paling penting katanya, dengan adanya usaha pemeliharaan kelulut itu, kawasan rumah terjaga kebersihan dan keindahannya.   Menurut beliau, untuk memelihara kelulut, sekitar kawasan kediaman mesti ditanam dengan pokok bunga dan tidak dilakukan pembakaran terbuka.   "Ini kerana kelulut lemas dengan asap dan akan lari dari sarang masing-masing sekiranya berlaku pembakaran terbuka di sekitar kawasan pemeliharaan ternakan tersebut.   "Jadi, dengan pemeliharaan kelulut di halaman rumah, alam sekitar tidak tercemar, kebersihan dan keindahan halaman kediaman dapat dijaga dengan baik," ujarnya.   Turut hadir berucap di majlis tersebut, Pengarah Mardi Terengganu, Encik Fadzli Rahimi Ismail.   Sementara itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, turut melawat kawasan ternakan kelulut di sekitar pejabat Mardi itu dan dihidangkan dengan minuman madu kelulut selepas selesai majlis perasmian.  
14 Oct 18
267
Empty Image
Ibu Bapa Contoh Terbaik Anak-Anak
Ustaz Ridzuan Hashim ketika berucap merasmikan Program Tautan Kasih Intergenerasi @ Komuniti di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, semalam (13 Oktober).Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Ibu bapa merupakan contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana ianya adalah proses pembelajaran secara langsung yang boleh diperolehi di rumah.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, selain ibu bapa, pihak guru dan kerajaan juga perlu memainkan peranan bersepadu dalam mencorakkan anak bangsa.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Tautan Kasih Intergenerasi @ Komuniti yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Buluh Gading dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, semalam (13 Oktober).Menurutnya lagi, program seperti ini sangat berguna kerana dapat mendekatkan jabatan itu dengan masyarakat.Beliau juga mengalu-alukan pelbagai jabatan lain untuk menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat kepada rakyat DUN Buluh Gading.“Pelbagai program yang dibuat adalah merupakan langkah positif dalam menzahirkan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu supaya maju, berkat dan sejahtera.“Saya berharap agar segala perkongsian dalam program ini dapat memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman kita semua dalam memahami tugas dan tanggungjawab mendidik anak-anak.“Ianya sangat penting kerana anak-anak kita adalah modal insan untuk membina generasi  yang berguna pada masa akan datang," ujar beliau lagi.Katanya, peserta diharap tidak mensia-siakan ilmu dan pengalaman yang diperolehi untuk dihayati di peringkat keluarga masing-masing dan seterusnya menjadi contoh kepada keluarga lain dalam masyarakat.Turut hadir, Timbalan Pengarah JKM Negeri Terengganu, Nor Azman Abdul Manaf, Penghulu Mukim Manir, Mazlan Ismail dan Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah.
14 Oct 18
266
Empty Image
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Exco YB Hj Hanafiah Mat
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 13 Okt 2018 - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan negeri(DUN) Chukai dengan  kerjasama Pemuda Pas DUN Chukai (PPDC) telah menganjurkan perlawanan Bola Sepak di Stadium Mak Chili, di sini, semalam. Perlawanan yang berlangsung selama dua hari bermula jumaat itu disertai 32 pasukan.ADUN Cukai, Yb Hj Hanafiah Mat berkata, perlawanan bola sepak bukan sekadar perlawanan, ia juga merupakan ruang untuk merapatkan hubungan sesama Islam."Bagi yang berjaya, saya ucapkan tahniah, yang tidak berjaya, teruskan pejuangan dalam arena bola sepak ini."Terima kasih dan tahniah kepada penganjur dan urusetia atas jemputan dan anjuran program yang sihat ini," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Stadium Mak Chili, di sini semalam.Turut Hadir, Penyelia i-MiTS Cukai, Dr Megat Suhaimi dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS Chukai, Hamka Hashim.
14 Oct 18
435
Empty Image
Lebih 150 Orang Sertai Jejak Pejuang Siri Ke-3
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU- Lebih 150 orang menyertai program Jejak Pejuang Siri Ke-3 yang diadakan di Makam Syeikh Shariff Muhammad Al-Baghdadi di Kampung Jenagor.Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, program tersebut bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat Islam tentang pentingnya perjuangan para ulama dan pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu hingga terpeliharanya Islam sehingga kini."Program jejak pejuang kali ini membawa peserta menziarahi Makam Syeikh Shariff Al-Baghdadi seorang ulama yang dikatakan antara orang yang mula-mula menyebarkan Islam di Tanah Melayu.“Pengisian program ini turut memberi fokus kepada kesedaran tentang kepentingan sejarah Islam khususnya di Hulu Terengganu dan banyak sebenarnya 'tanda' sejarah tokoh-tokoh Islam yang terdapat di daerah ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Jejak Pejuang Siri Ke-3 yang diadakan di Makam Syeikh Shariff Muhammad Al-Baghdadi di Kampung Jenagor (14 Oktober)Katanya, sempena program tersebut turut diadakan forum khas tentang kegemilangan Islam di Hulu Terengganu yang menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullahdan pakar motivasi Ustaz Hagia Sofia Mohd.Beliau juga berharap program berkenaan dapat membangkitkan semangat Islam dalam kalangan penduduk dan diteruskan pada masa akan datang.Menurut beliau, program itu merupakan anjuran bersama beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Cakna Masyarakat (SCM), PAS Hulu Terengganu,  Advance Team (PAHAT), IMAN care dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong sendiri.
14 Oct 18
132