lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
10 Buah Rumah Rosak Dilanda Hujan Ribut - Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim (kanan) meninjau keadaan rumah yang rosak akibat hujan ribut.BESUT, 19 Oktober - Hujan dan ribut yang melanda Jabi kira-kira jam 10 malam kelmarin menyebabkan 10 buah rumah di Kampung Tempinis, Bukit Tanah, Tasik Tok Lebai dan Pondok Paku mengalami kerosakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau kebetulan berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco yang diadakan di Kuala Lumpur."Saya terus bergegas balik apabila dimaklumkan Jabi dilanda musibah ujian Allah."Pagi ini sempat menyantuni semua mangsa ribut dan tindakan pemulihan kerosakan rumah akan dilakukan segera."Terdapat rumah yang atapnya diterbangkan angin dan ada yang dihempap pokok tumbang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam keadaan bertongkat sewaktu kunjungan ke rumah yang terlibat (18 Oktober).Dalam pada itu, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengarahkan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengambil tindakan sewajarnya."Semoga semua mangsa ribut bersabar dengan ujian Allah dan Pusat Khidmat ADUN Jabi akan bersama membantu," jelasnya.
19 Oct 18
49
Empty Image
Pelajar AKMAL Cipta Sejarah Hafazan
Pelajar Hafizah Cemerlang, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafazannya dalam masa lima bulan 10 hariMARANG, 19 Oktober - Seorang pelajar tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu melakar sejarah manis tersendirinya, apabila berjaya menamatkan 30 juzuk hafazan al-Quran kurang dari tempoh satu tahun.Apa yang lebih membanggakan pihak pengasas dan pengurusan AKMAL Terengganu, apabila pelajar berkenaan berjaya menghabiskan hafalannya dalam tempoh lima bulan 10 hari sahaja.Pengasasnya, Husin Ismail berkata, sistem hafalan di AKMAL ini ‘target’ boleh tamat 30 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun.“Sistem pengajian di AKMAL ini, pelajar yang berumur 10 hingga 12 tahun dari sekolah biasa (kerajaan), dia ‘berhenti’ (cuti) setahun untuk masuk kelas hafalan di sini.“Insya-Allah, dalam masa satu tahun pelajar tadi yang ada minat al-Quran boleh tamat 30 juzuk dan ini terbukti, ada (pelajar) boleh tamat dalam masa lima bulan 10 hari sahaja, alhamdulillah.“Apa yang penting, sokongan kuat dari ibu bapa bagi memberi semangat motivasi kepada anak-anak mereka,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pusat Pengajian Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu, Kampung Tebakang, Alor Limbat pada 17 Oktober lalu.Pengasas AKMAL Terengganu, Husin Ismail berucap menyampaikan motivasinya kepada para pelajarKata Cikgu Husin, pengalaman beliau mendidik sembilan orang anak yang kesemuanya hafiz dan hafizah, mendorong inspirasi itu membuka kelas akademi tersebut.Pelajar terbabit, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafalannya dalam masa lima bulan 10 hari.“Saya masuk belajar ke sini (AKMAL) pada 1 Mei 2018 lalu dan tamat (hafizah) al-Quran ini pada 10 Oktober 2018.“Saya anak kelima dari lapan adik-beradik dan bercita-cita untuk menjadi seorang Ustazah Hafizah di masa akan datang, insya-Allah,” ujarnya.Menurut Sofia, dia suka belajar di akademi ini kerana seperti berada di rumah sendiri bersama kawan-kawan yang lain.Guru hafizah sepenuh masa mampu mendidik pelajarnya hafal 30 juzuk al-Quran setahunAKMAL Terengganu kini mempunyai pelajar seramai 21 orang terdiri dari 13 lelaki dan lapan perempuan, dengan tiga orang guru hafiz sepenuh masa.Setiap kelas hafazan terhad untuk lapan hingga 10 orang sahaja dan sesi pembelajaran antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Apa yang menjadi kelainan di AKMAL ini, tidak ada hukuman fizikal kepada para pelajarnya yang buat salah serta melanggar peraturan. Namun, hukuman tetap ada tetapi dalam bentuk ilmiah.Pelajar yang buat kesalahan akan dikenakan denda tambah masa (hafalan) belajar dan denda menulis al-Quran atau tulisan jawi.Mengikut jadualnya, jam 8.00 hingga 8.45 setiap pagi adalah waktu motivasi. Jam 12.30 tengahari itu waktu wajib tidur setengah jam sebelum waktu Zohor dan tidur seawal jam 9.30 malam serta bangun awal untuk solat Subuh.
19 Oct 18
1118
Empty Image
Tawaran Tempat Berteduh Istimewa
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan Karnival Jom Ke Masjid Kali Ke-7. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid akan mendapat tempat berteduh yang tiada galang ganti iaitu mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Negeri Terengganu menyeru rakyat Terengganu khususnya untuk memakmurkan masjid sekaligus merealisasikan agenda Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Katanya, program seumpama ini bertujuan untuk memahamkan masyarakat tentang peranan masjid yang bukan berfungsi sebagai tempat untuk solat semata-mata."Bahkan masjid berperanan besar untuk menyatukan ummah dan mendekatkan masyakarat kepada asas pembinaan masjid iaitu takwa."Orang yang memakmurkan masjid memiliki sifat-sifat terpuji termasuk dia beriman kepada Allah yang merupakan asas kepada keimanan."Di samping itu, dia yakin kepada hari akhirat. Orang yang sibuk dengan dunia akan menjadikan kita lupa tentang adanya perhitungan dosa dan pahala, tentang ganjaran syurga dan balasan neraka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jom Ke Masjid Kali Ke-7 di Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu (18 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengucapkan tahniah kepada penganjur yang menyusun program ini setiap tahun."Program seumpama ini adalah dakwah, seruan kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera dan hidup dalam keberkatan."Mudah-mudahan program ini diteruskan kerana masjid mendekatkan diri kita dengan al-Quran dan majlis ilmu."Justeru, marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah ini," katanya.Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian karnival tersebut.Antara aktiviti menarik yang dilangsungkan semalam adalah Forum Perdana melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Haslin dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah selaku moderator.Ribuan hadir memeriahkan tapak karnival di Masjid Jamek Pengadang Baru, semalam.Turut diadakan gerai jualan dan aktiviti-aktiviti akan terus berlangsung sehingga Sabtu 20 Oktober.Antaranya adalah pertandingan mewarna, sukaneka muslimat, sukaneka pemuda, persembahan nasyid dan sebagainya.Majlis penutup akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Sabtu ini.
18 Oct 18
98
Empty Image
MPKK Saluran Pertama Aduan Rakyat
Wakil pusat khidmat, MPKK dan i-MiTS bergambar bersama salah seorang pesakit.Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 18 Oktober - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diwujudkan bertanggungjawab menyampaikan pemasalahan rakyat kepada kerajaan.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Zahiyah Abdul Rahman berkata, masyarakat perlu bekerjasama dengan MPKK supaya setiap masalah penduduk kampung dapat disalurkan kepada pusat khidmat masyarakat untuk sebarang tindakan."Setiap maklumat yang dilaporkan membolehkan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai menyusun jadual lawatan dan menyediakan bentuk bantuan yang diperlukan," katanya ketika menziarahi lima keluarga di empat buah kampung yang mempunyai ahli keluarga terlantar sakit.Kampung yang terlibat iaitu Kampung Dusun Nyior, Kampung Tengah, Kampung Geliga dan Kampung Geliga Pantai diziarahi pusat khidmat bersama MPKK kawasan masing-masing dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Chukai.Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS Chukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, setiap MPKK akan menyampaikan maklumat mengenai penduduk yang terlantar sakit sebelum program ziarah diadakan."MPKK perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya kerajaan tidak terlepas pandang permasalahan rakyat. Ini kerana mereka adalah saluran pertama aduan rakyat,” katanya.Program ziarah memudahkan keperluan dan bentuk bantuan dapat dikenal pasti.Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai turut memberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi.
17 Oct 18
56
Empty Image
Khairunnisa Sedia Bela Nasib Ibu Tunggal
Oleh : Zhahirah ZahidDUNGUN - Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu(Khairunnisa') bersedia untuk membantu memulihkan nasib ibu tunggal di seluruh Terengganu.Ahli Jawatankuasa Khairunnisa', Siti Zaleha Mohamad  berkata, sesetengah ibu tunggal yang tidak bekerja atau yang baru kehilangan suami atau suami yang terlantar sakit dan tidak mampu memberikan nafkah kepada keluarga memerlukan perhatian dan bantuan sepatutnya bagi mengurangkan bebanan itu.Siti Zaleha "Khairunnisa' akan sentiasa memantau kelab tersebut untuk memastikan ahli-ahli benar-benar mendapat manfaat sewajarnya."Kita mengambil berat soal kesihatan mereka dan perihal anak-anak mereka,"katanya ketika menghadiri Majlis Taklimat Kelab Ibu Tunggal Parlimen Dungun di Dewan Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Dungun, di sini, 16 Oktober.Siti Zaleha berkata, di samping ibu sibuk mencari nafkah untuk menanggung keluarga, ramai di kalangan mereka juga pada masa yang sama tidak mengabaikan anak-anak mereka.
17 Oct 18
68
Empty Image
Gotong-Royong Komuniti, Pasukan Beruniform Erat Silaturahim
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU - Kerjasama masyarakat bersama anggota tentera merupakan satu usaha terbaik bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan menggerakkan kegiatan komuniti dengan pasukan beruniform di negara ini.Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ahmad Furqan Ismail berkata, sikap murni masyarakat dalam menjayakan kerja amal jariah sangat baik dan perlu sentiasa ditingkatkan supaya memupuk perpaduan dan kasih-sayang di kalangan komuniti setempat."Alhamdulillah kita tengok hubungan masyarakat dengan anggota tentera sukarela sangat rapat seperti keluarga, semangat sebegini harus dipupuk dalam jiwa setiap orang," katanya.Beliau berkata kepada pemberita di Majlis Jiwa Murni Felcra In - Situ Hulu Berang bersama anggota Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin Kuala Terengganu bertempat di perkarangan Masjid Kampung Betong, di sini,16 Oktober.Majlis dilaksanakan dengan kerjasama Pengurusan Felcra, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Betong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Keselamatan Negeri Terengganu disertai seramai 176 pegawai dan anggota rejimen.Sementara itu Ketua Cawangan Latih Rejimen 512 Wataniah Kem Padang Midin, Mejar Mohd Khairi Abu Bakar berkata, tujuan program ini adalah untuk mendekati masyarakat serta mengajak bersama- sama untuk menjadi anggota sukarela." Harapan kita mahukan program sebegini supaya rapat dengan  masyarakat dalam masa yang sama  dapat mempromosikan bahawa kita ini wujud serta boleh berinteraksi untuk mengeratkan hubungan dengan mereka," ujarnya lagi."Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan seperti mengecat masjid, menyapu sampah, mencuci longkang dan menebas pokok liar di persekitaran Masjid Kampung Betong,"katanya.
17 Oct 18
120
Empty Image
Sampah Jadi Rezeki Jurukimpal
Nasaruddin Samsudeng (kiri) menziarahi Wan Wan Ahmad Fadzil Wan Zakaria di rumahnya di Taman Kalongan Mas, Medan Jaya Rusila.Oleh: Aslam WiraMARANG, 18 Oktober - Wan Ahmad Fadzil Wan Zakaria, 30, yang berasal dari Telok Kalong, kini terpaksa hidup berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.Menurut Fadzil, beliau pernah dipanggil orang yang tidak berakal kerana memungut barang di dalam tong sampah, tetapi tidak diendahkan bagi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.Fadzil yang dulunya seorang jurukimpal di sebuah syarikat minyak dan gas kini bekerja sebagai pengutip barang terpakai dan besi buruk di kawasan tong sampah dan tempat pelupusan.Setelah berstatus OKU, Fadzil juga mengambil upah membuat pelbagai kerja seperti membasuh bangunan, membersih rumah dan upah-upah lain untuk menampung kehidupan isteri dan 4 orang anaknya.Isterinya, Che Ku Aziana, 29, adalah seorang suri rumah sepenuh masa kerana menjaga 4 orang anaknya yang masing-masing berumur 8, 6, 4 dan 2 tahun.Fadzil yang kini menetap di Taman Kalongan Mas, Medan Jaya Rusila terpaksa hidup berpindah randah kebelakangan ini kerana menghadapi masalah kesesakan hidup.Kerjanya diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kerana pendapatannya sehari lebih kurang RM10.00 sahaja bergantung kepada barang-barang yang diperolehinya.Dalam keadaan fizikalnya yang tempang, Fadzil tidak mempedulikan tentang tohmahan orang sekililing.“Bagi saya walaupun berstatus OKU, ianya bukan bermaksud ‘orang kurang upaya’ tetapi ia bermaksud ‘orang kuat usaha’ pada diri saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya (17 Oktober).Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, lawatan dibuat sejurus mendapat maklumat mengenainya.“Kami memandang serius dan sedaya-upaya menyelesaikan masalah Fadzil berkaitan perpindahan rumah termasuk status bil-bil yang tertunggak.“Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut dan satu mesyuarat bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Ru Rendang telah ditetapkan bagi menyelesaikan masalah ini,” tambahnya lagi.Kisah Ahmad Fadzil ini juga telah mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri iaitu Dr Alias Razak.
17 Oct 18
116
Empty Image
Status Tanam Semula Padi Di Paya Kepian Belum Diputuskan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Status kegiatan penanaman semula padi di Paya Kepian, Pasir Raja, di sini, masih di peringkat perbincangan sama ada menyerahkan kepada pemilik tanah untuk mengusahakan tanaman itu sendiri atau diserahkan kepada syarikat pemaju yang bertauliah.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sekiranya tanah itu diserahkan untuk diusahakan kepada pemilik tanah, mereka perlu menunjukkan semangat, minat dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mengusahakan penanaman padi semula berkenaan.Katanya, dalam Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pernah disebut mengenai Paya Kepian dan diwartakan sebagai kawasan penanaman padi."Hasil tinjauan ke kawasan Paya Kepian baru-baru ini, ia ditumbuhi pokok-pokok yang besar selepas terbiar kira-kira 18 tahun.Tidak lagi kelihatan paya atau kawasan yang sesuai bagi penanaman padi."Walau bagimanapun ianya boleh diusahakan asalkan peserta menunjukkan minat dan usaha yang tinggi bagi memastikan usaha menghidupkan semula Paya Kepian dengan menanam semula padi dapat direalisasikan.Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh penduduk kampung bagi mengusahakan dan memberi sinar kepada penduduk Paya Kepian ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada perjumpaan kali pertama di antara jabatan dan agensi yang terlibat bersama peserta tanah Paya Kepian, di Rumah Rehat Pasir Raja, di sini, 15 Oktober.Sehubungan itu, menurut Pegawai Pertanian Daerah Dungun, Nur Shazwani Mohd Salleh untuk memulakan balik penanaman padi ianya memerlukan modal yang agak besar."Oleh itu orang kampung sama-sama kena usahakan jangan dibiarkan menjadi hutan lagi (setelah dibersihkan). Kehadiran ramai peserta hari ini telah membuktikan peserta bersemangat, cuma tinggal nak usahakan saja."Kolam yang telah dimiliki Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah), tidak boleh dibuat t apa-apa berikutan lapisan tanah telah diceroboh," katanya lagi.Menurutnya buat masa ini peserta diminta menentukan setiap lot tanah yang dipajakkan untuk diusahakan kelak.Dalam pada itu, menurut Nur Shazwani lagi, Jabatan Pertanian Negeri serta agensi tertentu tidak boleh membantu sepenuhnya bagi membangunkan semula kawasan itu.Justeru itu, pihaknya amat berharap peserta bersedia untuk mengeluarkan sedikit modal bagi memastikan projek itu dapat dijana semula."Peserta perlu fikir sama ada sepakat nak buat sendiri, atau sepakat untuk serah kepada syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan," katanya.Tambah beliau lagi, bagi memastikan peserta dapat membuat keputusan yang terbaik secara muafakat satu perjumpaan bersama syarikat pemaju berkenaan akan diadakan pada masa terdekat bagi mendapat maklum balas serta manfaat yang akan dinikmati oleh peserta projek itu.
17 Oct 18
40
Empty Image
Koperasi Jana Ekonomi Rakyat DUN Pengkalan Berangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan bakal menubuhkan koperasi di DUN berkenaan tidak lama lagi, sebagai platform menjana ekonomi dan sumber terutama tanah yang boleh dimajukan di kawasan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, berkata pihaknya mahu hasrat kebanyakan penduduk sejak sekian lama untuk menubuhkan koperasi dapat direalisasikan, sekali gus memberi manfaat kepada peserta. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas dilaksanakan bagi memperincikan hasrat penubuhan koperasi itu yang bukanlah satu perancangan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sebaliknya dirancang sejak sekian lama."Kita harap supaya koperasi ini mampu untuk menampung kekurangan atau kelemahan yang ada pada kita, untuk memastikan tanah ataupun apa jua aset yang kita ada ini, masih lagi berlegar di kalangan kita dapat diselesaikan dan memberi manfaat pada semua."Jadinya, kita benar-benar mengharap koperasi ini akan menjadi satu pemangkin untuk menggerakkan agenda ekonomi dan juga menjadi satu tempat untuk kita mempertahankan tanah ataupun tempat-tempat yang dikatakan istimewa,"katanya.Beliau berkata demikian ketika perjumpaan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merchang, di sini, malam tadi. Perjumpaan itu dihadiri beberapa Ahli Majlis Daerah Marang, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS ) serta Pengerusi dan Jawatankuasa MPKK dari beberapa kampung.Dalam perbincangan tersebut turut mencadangkan beberapa nama untuk koperasi tersebut sebelum diakhiri dengan ucapan penutup oleh ADUN berkenaan.
17 Oct 18
160
Empty Image
Rakyat Perlu Beri Pandangan Rancangan Pembangunan Negeri
Dr Alias bersama Datuk Bandar MBKT merasmikan draf RT.KUALA TERENGGANU - Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dinasihatkan dapat mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan (RT) bagi kedua-dua daerah tersebut dalam tempoh publisiti ia dibentangkan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, sebarang maklum balas dapat membantu kelancaran projek pembangunan kerajaan di kawasan tersebut."Draf RT akan dipamerkan selama empat minggu bermula semalam (15 Oktober) sehingga 16 November 2018."Jadi, kita amat berharap agar semua pihak terutama tuan tanah, pemaju, pengusaha dan penduduk yang tinggal di dua daerah ini dapat membuat semakan. "Langkah ini perlu supaya tidak berlaku kerumitan selepas ia diwartakan nanti," katanya ketika merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035 di Dewan Tunku Abdul Rahman, semalam (16 Oktober).Pameran draf diadakan di beberapa lokasi memudahkan orang ramai.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang orang awam meneliti dan memahami pelan perancang tempatan.Draf RT secara umum mencadangkan pembangunan 10 projek di kedua-dua daerah bagi meningkatkan imej dan pengukuhan pembangunan kawasan itu.Semakan RT boleh dibuat di empat lokasi tetap iaitu di lobi Menara Permint (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu), tingkat empat Wisma Negeri (PLANMalaysia Terengganu), lobi utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu serta lobi utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.Hebahan dan notis akhbar turut disiarkan selain semakan bergerak akan mengunjungi 10 lokasi di Kuala Terengganu dan tujuh di Kuala Nerus.Dr Alias mengingatkan semakan ini penting selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 di mana pembangunan sosial dan ekonomi hendaklah melalui penglibatan rakyat dan kerajaan negeri."Kerjasama semua diperlukan bagi menjamin kesejahteraan pembangunan. Semoga dengan kerjasama semua pihak akan menjadikan kedua-dua daerah ini menjadi bandaraya warisan pesisir air yang dinamik, berdaya huni dan mampan," katanya.Sebarang maklum balas boleh dibuat secara rasmi melalui borang yang disediakan atau melalui surat rasmi kepada Datuk Bandar MBKT  atau Pengarah PLANMalaysia (Terengganu).Laman sesawang dan laman Facebook PLANMalaysia Terengganu, MBKT, pejabat daerah dan PLANMalaysia turut memaparkan maklumat berkenaan RT untuk memudahkan orang ramai.Publisiti bertujuan mendapatkan maklum balas rakyat terhadap perancangan kerajaan.
16 Oct 18
79