lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Yahudi Musuh Ummat Islam Yang Tidak Boleh Dipercayai
Oleh: Lukman / Asyraf / Adli Mohamad.DUNGUN - Permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah terkenal dan ada sejak dahulu kala  malah telah terakam didalam Al-Qur'an bahawa ahli kitab iaitu bangsa yahudi merupakan bangsa yang tidak boleh dipercayaiAhli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata diantara yang membuktikan bangsa yahudi tidak boleh dipercayai disebut sendiri oleh Allah didalam Al-Qur'an yang membawa maksud."Betapa banyak meja perundingan (dibuat) dicabuli."Kerana mereka menanggap bangsa lain ( adalah) tidak menjadi kesalahan untuk mereka membuat apa sahaja tindakan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pidato Solidariti Ummah Palestin, di Masjid Sura lama pada Sabtu, 20 Oktober.Menurutnya,oleh kerana bangsa Yahudi tidak mengenal bahasa kedamaian, maka lahirnya golongan intifada, yang terdiri dari anak muda Palestin dan apa yang berlaku di Palestin merupakan satu hakikat yang perlu difahami betapa perlunya umat Islam hari ini kembali kepada Al-Qur'an agar menjadi benteng pertahanan kepada agama Islam.Wan Hassan turut mengharapkan agar orang ramai yang hadir pada malam itu memberi sumbangan untuk mempertahankan Palestin.Tambahnya lagi, semoga kehadiran Imam Al-Aqsa yang baru dibebaskan dari penjara rejim zionis (yahudi) dan merupakan pemimpin tertinggi agama Islam di Palestin dapat memberi lebih penjelasan kepada hadirin yang hadir.
21 Oct 18
398
Empty Image
Pusat Khidmat, MPKK Jadi Pemudah Cara Rakyat
Haji Mohd Fazil Wahab ketika berucap dalam program Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Oktober - Pejabat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disarankan menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan masalah masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir,Haji Mohd Fazil Wahab berkata, MPKK dan Pusat Khidmat seharusnya berkerjasama bagi memastikan agenda kerajaan dapat berjalan dengan lancar. Hal itu, katanya agar bertepatan dengan motto kerajaan negeri iaitu Terengganu ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’. “MPKK dan Pejabat Khidmat merupakan orang suruhan kepada penduduk, kerana mereka adalah agensi kerajaan yang berada di kampung-kampung  dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.“Rakyat sedang menilai gerak kerja yang dilakukan oleh agensi itu kerana setiap aduan dan permasalahan diajukan terlebih dahulu kepada mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas program, Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang Takir di Dewan Amber, Scout Inn, Telaga Batin, Seberang Takir, di sini, kelmarin.Menurut beliau, MPKK yang dijenamakan semula daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) ini perlu berperanan lebih baik dari sebelumnya.Hadir sama, Timbalan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Raja Arizal Raja Arif dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang selaku ahli panel dalam program tersebut.
21 Oct 18
531
Empty Image
Umat Islam Perlu Bersatu Selamatkan Bumi Palestin
Oleh: Mohd LukmanDUNGUN- Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu di bawah panji Islam dan mencari jalan membebaskan negara Palestin dari cengkaman regim Zionis Israel.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seandainya umat Islam bersatu maka bumi Palestin akan dapat diselamatkan.“Malangnya umat Islam dihinggapi penyakit waham (cintakan dunia)."Waham umpama penyakit lemah sendi, badan sahaja sihat, tapi takutkan kematian ( kerana kasihkan dunia),’’ ujarnya ketika berucap sempena program Pidato Solidariti Ummah Palestin bertempat di Masjid Lama Sura (20 Oktober).Menurutnya, umat Islam hari ini berjumlah kira-kira 15 bilion di seluruh dunia, berbanding berapa juta sahaja Yahudi yang menjajah bumi Palestin kerana itu umat Islam mampu untuk merampas kembali Palestin jika bersatu."Pada tahun 1915, adalah tahun kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah menyebabkan negara-negara Islam yang berada di bawah naugannya diberikan kepada penjajah."Palestin diberikan kepada British, Syria diberi kepada Perancis, yang telah berlaku 100 tahun yang lalu," ujarnya.Katanya, bagi megembalikan Palestin umat Islam mesti memahami bahawa bumi Palestin adalah bumi jihad."Tidak boleh masuk bumi Al-Aqsa, melainkan untuk berjihad, semasa belajar di Jordan dulu, saya pegang pendapat itu dan (saya) syarah pendapat itu."Jadi saya masih lagi tidak pergi ke bumi itu, kerana (berpegang pendapat) kerana ke bumi itu tidak boleh dengan perkara lain (kecuali) dengan membawa jihad," ujarnya.
21 Oct 18
127
Empty Image
Krisis Syria; Kerajaan Persekutuan Disaran Ambil Inisiatif
Kerajaan Perskutuan disaran ambil inisiatif politik bantu krisis yang berlaku di Syria dengan kebalikan semula keamanan  di sana. Foto - Nor HailmeyKUALA NERUS, 22 Oktober - Kerajaan Persekutuan disarankan  mengambil inisiatif politik untuk membantu krisis yang berlaku di Syria dengan mengembalikan semula keamanan di negara Timur Tengah itu.Ketua Delegasi Kemanusiaan Iman Care, Dr Suhazeli Abdullah berkata, sebagai sebuah badan kerajaan, pihaknya hanya menghantar  bantuan yang tidak  melibatkan politik.“Sebelum ini lebih kurang 6 atau 7 tahun kita terlibat dengan NGO dan kebanyakannya lebih kepada menghantar bantuan yang tidak melibatkan politik.“Ini adalah  langkah yang mungkin agak terkebelakang sedikit dan dengan adanya kerajaan baru dalam negara kita dan di Terengganu sendiri, insya-Allah  boleh  memberi satu inisiatif dari sudut  politik  untuk membantu mereka mengembalikan  semula  keamanan di sana,” jelasnya.Beliau yang juga Pakar Kesihatan Keluarga berkata demikian ketika ditemui bersama Delegasi  Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.Oleh itu kata beliau, pihaknya bersama 14 NGO telah berjaya mengumpulkan dana kewangan sebanyak RM400 ribu  yang akan disumbangkan kepada pelarian di sempadan Turki.“Yang pertama, untuk menyampaikan bantuan  dari sudut barangan selimut  baju sejuk dan juga sedikit perubatan.“Yang kedua, kita akan melakukan kunjungan kepada sekolah anak  yatim yang sebelum ini kita sudah pergi buat lawatan. Mengikut keperluan, kita akan sampaikan juga bantuan kepada sekolah tahfiz. “Yang ketiga, kita insya-Allah akan mengadakan satu simposium yang khusus kepada pelarian Syria  ini bagi mengambil sudut yang lain untuk membantu mereka pada masa akan datang,” kata beliau.Menurutnya, pihaknya akan juga bertemu dengan beberapa NGO tempatan yang berada  di Turki.Keutamaan buat masa ini katanya ialah persedian menghadapi musim sejuk yang melampau sehingga mencecah kosong darjah celcius.“Di sini pentingnya pemanas  di khemah- khemah mereka. Selimut dan baju yang tebal  dan akhir sekali pemakanan. Sebab  bila  musim sejuk tak dapat keluar mencari rezeki,” katanya.Katanya, sebahagian derma yang disampaikan kepada NGO di sana adalah bagi membeli keperluan yang akan diagihkan nanti.
21 Oct 18
34
Empty Image
Belia Wajib Jauhi Najis Dadah
Oleh: Saifullah JusohBESUT - Belia wajib menjauhi najis dadah yang boleh merosakkan kehidupan, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Selaku pemimpin di Kuala Besut, beliau menyeru kepada semua belia agar tidak mencuba walau sekali kerana akibat terjerumus boleh menyebabkan kesan ketagihan yang kuat dan sukar untuk keluar dari gejala yang merosakkan hidup itu."Kita lihat statistik jenayah dadah di Besut sangat membimbangkan kerana apabila seseorang terlibat dengan dadah, maka sudah pastinya mereka akan melakukan jenayah-jenayah lain seperti mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bersama Belia dan Agensi Kerajaan di Kampung Seri Kemunting, Kuala Besut, di sini, 20 Oktober Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superitendan Badrul Hisham Jaafar dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.Sementara itu, Ketua Penyiasatan Jenayah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Besut (AADK)  Besut, Encik Yusmadi Jusoh berkata, jenis dadah yang paling banyak digunakan oleh penagih di daerah itu seperti jenis methaphetamine atau dikenali sebagai pil kuda."Hal ini sangat membimbangkan kerana ia akan merosakkan kehidupan anak muda dan juga masyarakat sekeliling."Semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras masalah sosial ini supaya kita dapat mengurangkan kadar jenayah di Besut. Ibu bapa perlu mengawal gerak-geri anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam penyalahgunaan najis dadah,"katanya.Di majlis itu, Azbi juga tidak melepaskan peluang menyertai pertunjukan seni mempertahankan diri.Acara  yang diadakan pada program tersebut ialah pertunjukan seni mempertahankan diri seperti pencak silat, taekwondo dan tomoi.
20 Oct 18
361
Empty Image
Lebih 300 Meriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
SETIU- Lebih 300 orang memeriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat negeri yang diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Bukit Tanah Jabi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau berbesar hati apabila penganjuran sambutan itu diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu kerana memilih Dun Jabi sebagai tuan rumah Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini.“Kebetulan kampung Bukit Tanah ialah kampung kelahiran saya. Kita mahu budaya membaca dan budaya ilmu disemaikan sehingga ke peringkat yang paling bawah dalam masyarakat. Biar kita kaya dengan ilmu kerana ilmu akan menjaga kita berbanding kaya harta yang perlu kita jaga.“Apatah lagi Kampung Bukit Tanah telah melahirkan ramai bijak pandai yang berbakti dalam pelbagai bidang kepada masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan. (20 oktober).Katanya, acara sambutan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk melibatkan masyarakat setempat.
20 Oct 18
36
Empty Image
Bukit Putera Bawa Pulang Piala Penyelaras DUN Langkap
Oleh: Ariss AliasSETIU- Pasukan Bukit Putera muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap setelah menewaskan pasukan Merbau Menyusut 1-0 sekali gus berjaya membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang tunai.Tempat ketiga pula disandang Pasukan Kampung Rahmat yang menewaskan pasukan Desa Jaya melalui tendangan penalti. Walaupun sekadar di tempat keempat pasukan Desa Jaya membawa pulang anugerah pasukan 'fair play' kejohanan.Che Annuar Che Ngah dari pasukan Bukit Merah menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol manakala penjaga gol terbaik kejohanan menjadi milik Zamani Bustaman dari pasukan Merbau Menyusut manakala Muhammad Robi dari pasukan Bukit Putera pula dianugerahkan pemain terbaik kejohanan.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof dan Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain menyampaikan hadiah kepada pemenang.Sementara itu Azmi berkata, PAS tidak menghalang penganjuran sukan malah amat menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan orang muda namun penjagaan aurat dan solat harus dititikberatkan.Ustaz Shaharizukirnain yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu pula berkata, sukan akan terus menjadi keutamaan dan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk terus menjadi kuasa sukan di Malaysia."Kejohanan bola sepak, futsal dan sepak takraw peringkat Parlimen Setiu akan diadakan namun tarikh akan ditentukan semula mengikut kesesuaian disebabkan kemungkinan banjir yang bakal melanda tidak lama lagi" ujarnya kepada pemberita. (20 Oktober).Kejohanan ini merupakan anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap dan Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ). Kejohanan diadakan di Padang Bola Chalok Kedai dan telah disertai oleh 28 pasukan yang mewakili MPKK dalam DUN Langkap.
20 Oct 18
482
Empty Image
Mangsa Ribut Di Kuala Besut Akan Dibantu Segera
Mohd Sulaiman meninjau keadaan rumah mangsa yang dilanda ribut.Oleh : Saifullah JusohBESUT - Kerajaan negeri akan memastikan  semua rumah penduduk yang terjejas akibat bencana ribut di Kuala Besut pada Rabu lalu akan dibaikpulih secepat mungkin.Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Mohd Sulaiman berkata, semua mangsa yang terlibat diminta membuat laporan berhubung kejadian itu supaya bantuan untuk membaiki rumah dapat disalurkan dengan secepat mungkin."Kepada penduduk yang terlibat perlu melaporkan kepada setiap pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing agar pihak kami tidak terlepas pandang," katanya.Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke rumah yang terjejas di Kampung (Kg) Lampu, Kg Tok Saboh dan Kg Gertak Seratus, di sini,  18 Oktober.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
19 Oct 18
63
Empty Image
Pasar Mukmin Bakal Beri Manfaat - Satiful Bahri
Pasar Mukmin Pinang Merah bertempat di Perkarangan Masjid Pinang Merah.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 20 Oktober - Pasar Mukmin Pinang Merah, yang mula dibuka semalam, 19 Oktober bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk berniaga mahupun membeli.Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kedudukan pasar tani tersebut terletak di lokasi strategik yang mana ianya berada di hadapan Masjid Pinang Merah."Tapak pasar ini dipilih berhadapan dengan masjid agar dapat menarik penduduk termasuk para pelajar dari Pondok Darul Bayan dan sekolah menengah untuk membeli barangan keperluan mereka."Ianya sekaligus dapat mengimarahkan masjid ini. Hari Jumaat adalah hari ilmu di sini.“Dengan adanya pasar mukmin ini, penduduk setempat tidak perlu risau untuk ke pasar di samping dapat mendengar kuliah dhuha pada setiap hari Jumaat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pasar Mukmin Pinang Merah bertempat di Perkarangan Masjid Pinang Merah (19 Oktober).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, sambutan daripada para peniaga juga sangat memberangsangkan.“Tempahan tapak perniagaan telah dibuka dua minggu lalu dan setakat hari ini sebanyak 44 tapak telah dibuka oleh para peniaga," katanya.Tambahnya, antara objektif Pasar Mukmin di bawah pantauan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pinang Merah adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat berniaga dan menambahkan pendapatan mereka.“Kita harap penduduk setempat sekitar kawasan ini mengambil peluang untuk berniaga serta bersama-sama berkumpul di sini pada setiap pagi Jumaat," jelasnya.Pelbagai barangan basah atau kering boleh didapati di sini termasuk ikan segar, sayur-sayuran, kuih-muih dan sebagainya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Pihak Masjid Pinang Merah dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Paka yang turut bekerjasama menganjurkan pasar ini.Turut diadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin.
19 Oct 18
32
Empty Image
MPKK Perlu Bergerak Selari Hasrat Kerajaan
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta melaksanakan gerak kerja selari dengan hasrat kerajaan dan berusaha meningkatkan imej kerajaan hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, semua ahli jawatankuasa MPKK ditagih memberi komitmen mentadbir urusan rakyat di kampung masing-masing tanpa pilih kasih."Marilah kita semua berkerjasama bagi membangunkan Negeri Terengganu dengan memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya dari pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat."MPKK juga perlu berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti politik,"katanya.Beliau berucap demikian di Majlis Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa MPKK DUN Tepuh, di sini, 19 Oktober.Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Tepuh itu dihadiri 28 pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK di seluruh DUN itu.Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Mohamad Nazir.Sementara itu dalam ucapan terdahulu, Mohamad berkata, MPKK berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat dan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan tepat kepada sasaran.
19 Oct 18
26