Artikel "Komuniti" Terkini
Empat Pesakit Kronik, Warga Emas Terima Bantuan Tabung Darul Iman
MARANG, 23 Oktober – Nasib empat penduduk yang kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, di sini, terbela apabila menerima bantuan menerusi Tabung Darul Iman (TDI). Bantuan berbentuk barangan seperti lampin pakai buang itu disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman di rumah semua penerima berkenaan sekitar DUN itu.Penerima berkenaan, dua kanak-kanak yang juga pesakit kronik, Nor Emilia Natasha Mohd Fadli,13, dan Muhammad Airil Haimi Ismail, 12, serta seorang remaja orang kelainan upaya (OKU), Nurul Izzati Mohd Sofi, 18, dan warga emas, Zaimas Abdullah, 72, yang menghidapi strok.Ariffin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, penerima sumbangan yang menerima bantuan itu adalah di kalangan warga emas, OKU dan pesakit kronik yang tidak mampu menguruskan diri sendiri."Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan seperti TDI yang mampu membela nasib mereka yang kurang berkemampuan serta memerlukan perhatian pihak berwajib. "Adalah diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan penerima dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa,"katanya sejurus menyampaikan semua sumbangan tersebut.Sementara itu, anak Zaimas, Siti Khairani pula berterima kasih kepada TDI yang menerima serta meluluskan permohonan ibunya untuk mendapatkan bantuan itu. "Dengan adanya sumbangan ini dapat meringankan bebanan kami untuk menguruskan emak yang tidak berupaya kerana menghidapi strok.“Terima kasih juga diucapkan kepada YB Ustaz Ariffin kerana sudi menyampaikan sumbangan serta menziarah ibu saya yang sedang sakit ini,"katanya.
24 Oct 18
179
MPKK Felda Jerangau Bantu Selesai Pokok Tumbang
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Felda Jerangau bersama komuniti setempat berganding bahu membersihkan kawasan pokok tumbang akibat angin kencang petang semalam. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Mohd Sidek Muhammad berkata jalinan kerjasama di antara MPKK dan Komuniti Felda Jerangau menjadikan kerja yang berat menjadi mudah."Alhamdulillah, semua pihak mengambil perjalanan selesaikan masalah pokok tumbang yang telah menghalang laluan orang ramai."Kejadian berlaku petang semalam, diyakini pokok besar ini tumbang berpunca dari angin kencang," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman UPDI, pada Rabu, 24 Oktober.Beliau turut berterima kasih kepada Pengurus Felda Jerangau, yang turut serta hadir membantu."Semoga jalinan kerjasama ini, akan berterusan serta yang hadir membantu diganjari pahala," ujarnya
23 Oct 18
112
Mangsa Ribut Petir Dapat Perhatian ADUN Cukai Dan i-MiTS
Ghazali menunjukkan bahagian luar rumahnya yang di sambar petir ketika kejadian ribut melanda Kampung Geliga, KemamanOleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 21 Oktober - Tiga beranak menghadapi detik cemas apabila kediaman mereka disambar petir sebanyak tiga kali ketika kejadian ribut yang melanda Kampung Geliga Besar, Kemaman, semalam.Ghazali Awang Hitam, 59, berkata semasa malam kejadian ribut petir, dia dan isteri Noriam Ibrahim, 50 serta cucunya Nur Qalesya Umairah Nor Hisham,8, sedang lena didalam bilik tidur.“Masa tu saya tengah tidur ketika terdengar satu letupan kuat dan bila bangun, saya tengok atap rumah tembus manakala dinding bilik tidur isteri dan cucu sudah hangus tetapi syukur mereka berdua tidak mengalami kecederaan.“Lepas itu, terdengar pula letupan kedua di ruang tamu dan saya nampak kotak suis utama dah terbakar dengan marak menyebabkan saya mengambil risiko untuk memadamkannya bagi mengelakkan ia melarat ke tempat lain. “Ingatkan itu sahaja, rupanya berlaku lagi panahan petir kali ketiga yang telah menyambar pokok di tepi rumah menyebabkab satu sudut mula terbakar dengan marak tetapi syukur saya dapat padamkan dengan segera,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di kediamannya di sini, hari ini.Tambahnya lagi, kejadian petir ini merupakan kali pertama dia dan keluarga hadapi setelah 40 tahun menetap di situ dan sehingga kini trauma bila terdengar bunyi petir terutama cucunya.“Kejadian itu merupakan pengalaman pertama dan pastinya tidak dapat dilupakan.Untuk keselamatan kami sekeluarga selepas ini saya akan menukar pendawaian baru bagi mengelakkan ia berulang lagi memandangkan yang ada sudah terlalu lama dan perlu diganti,“Namun saya rasa bersyukur peristiwa yang berlaku ketika hujan lebat itu hanya menyebabkan rumah, pendawaian dan peralatan elektrik rosak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang menimpa saya sekeluarga,”ujarnya.Kejadian malang itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai , Hanafiah Mat dengan memberi sedikit peruntukan bagi menukar kotak suis utama dan sumbangan lain bagi meringankan beban Ghazali sekeluarga yang mengalami kerugian hampir RM1000.Manakala isteri kepada ADUN Cukai, Hajjah Zahiyyah Abdul Rahman bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN yang prihatin dengan kejadian tersebut turut meluangkan masa dengan melakukan lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa .“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dan pihak kami akan mengambil tindakan segera untuk baik pulih rumah berkenaan bagi mempermudahkan segala urusan keluarga berkenaan,’’katanya.
23 Oct 18
51
YDSM & Repsol Perkasa Ekonomi Keluarga Nelayan
Dato' Mohd Fadzli menandatangani plak perasmian diperhatikan wakil Repsol dan Perikanan.MARANG, 23 Oktober - Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dengan tajaan Repsol Oil and Gas Malaysia Limited (Repsol) menyumbang sebanyak RM100,000 untuk pemerkasaan keluarga nelayan di daerah Marang.Program pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan sejak setahun lalu itu bertujuan meningkatkan taraf hidup keluarga nelayan ke arah lebih baik.Ahli Lembaga Pengarah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata, program seumpama itu adalah yang pertama dilaksanakan pihak yayasan untuk golongan nelayan.“Seramai 10 ahli Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) iaitu isteri-isteri nelayan telah menyertai kursus pembuatan Surimi dan produk berasaskan ikan di Akademi Perikanan Malaysia (APM), Chendering. “Mereka yang terdiri daripada golongan asnaf merupakan kumpulan pertama dipilih oleh persatuan nelayan tempatan yang akan dibangunkan sebagai usahawan,” katanya ketika merasmikan pelancaran Program Pemerkasaan Sosio Ekonomi Keluarga Nelayan di Kampung Gong Balai, hari ini.Peserta program menunjukkan hasil usaha mereka kepada penganjur dan penaja.Program itu mengetengahkan dua produk iaitu bebola ikan dan Krispi Ikan Selayang serta mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (Perikanan) dan APM.Pengarah Perikanan, Zawawi Ali memaklumkan bahawa pemilihan kawasan Gong Balai sebagai lokasi kerana sumber bahan mentah iaitu ikan yang diperlukan lebih mudah diperolehi.“Pembuatan bebola ikan memerlukan ikan dengan isi putih dan ia hanya boleh didapati pada waktu tertentu sahaja. Kita berharap dengan pelaksanaan program ini, bekalan bahan mentah tidak akan putus berikutan nelayan tahu bagaimana untuk mendapatkannya.“Selain itu, pasaran bebola ikan amat luas dan bekalan di Terengganu sahaja tidak mencukupi. Kami yakin dengan penjagaan mutu dan kebersihan, ia dapat dipasarkan secara meluas.Dalam pada itu, Repsol terpanggil untuk menyumbang tajaan kepada rakyat Terengganu sebagai usaha pembangunan modal insan mereka.Pengurus Perhubungan Pemegang Sahamnya, Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata, mereka telah menaja lebih 140 keluarga sebagai salah satu teras tanggungjawab korporat dan sosial syarikat.“Disebabkan kami ada beroperasi di luar pantai Terengganu, kami terpanggil untuk menyumbang kembali kepada rakyat di sini.“Bagi program ini, kami akan melakukan pemantauan selama setahun bersama pihak penganjur. Selepas itu, Repsol akan menilai perkembangan mereka dan membantu untuk menjadikannya lebih baik,” katanya.Bantuan peralatan dan kursus banyak membantu peserta menghasilkan produk.
23 Oct 18
298
Terkesan Dengan Ucapan Dr E’krima
Oleh: Sulaiman HafiziDUNGUN, 23 Oktober - Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin, Sheikh Dr E‘krimah Sa’eed Sabri memberikan satu semangat supaya umat Islam memberikan perhatian kepada kepentingan perjuangan saudara seagama yang berada di Palestin.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata hasil daripada itu, timbul satu semangat baru perjuangan untuk umat Islam memberikan perhatian kepada soal jihad dan perjuangan.Katanya, beliau bersyukur selepas daripada tahanan ummah oleh pihak tentera Zionis Israel maka Dr telah dibawa ke negeri Terengganu juga di daerah Dungun.”Pesanan itu memberi kesan kepada hadirin dan peserta Pidato Solidariti Ummah Palestin.“Program itu bukan sahaja mampu memberi sumbangan kewangan yang diberikan pada malam ini tapi juga satu sumbangan kepada kesinambungan perjuangan yang telah mula meresap masuk ke dalam kefahaman kepada pendengar pada malam ini” ujarnya ketika ditemuramah selesai program.Turut hadir Adun Paka,Saiful Bahri Mamat dan juga Ahli Parlimen Kuala Nerus,Dr Khairudin bagi menjayakan lagi program yang diadakan ini.InsyaAllah kita akan panjangkan pada masa akan datang dengan izin Allah bawa kembali Dr dan mudah-mudahan kita dapat memberikan sumbangan lebih banyak dan lebih baik bagi kita bersama dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mempertahankan Masjidil Aqsa Dan Palestin.
23 Oct 18
39
Sifar Jenayah Di Felda Jerangau
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 23 Oktober - Suatu program mengurangkan kadar jenayah akan diadakan di Felda Jerangau bagi membanteras jenayah yang berleluasa di Negeri Terengganu dan Malaysia amnya.Setiausaha Program Penerangan Keselamatan, Kejiranan Dan Sosial Felda Jerangau, Natasha Nor Amieza Azumi, berkata usaha tersebut bertujuan untuk menjadikan Felda Jerangau kawasan sifar jenayah."Program yang bakal diadakan ini, antara lain bagi memastikan Felda Jerangau komuniti di sini berada dalam keadaan aman dan tenteram."Untuk menjayakannya, sudah tentu memerlukan usaha dan komitmen dari semua pihak,” katanya.Agensi-agensi yang bakal terlibat ialah FELDA, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di Felda Jerangau, semalam.Natasha Nor turut mengharapkan agar semua orang dapat hadir pada Program Penerangan Keselamatan, Kejiranan Dan Sosial yang akan diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau pada Sabtu, 27 Oktober ini."Program dijangka bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Dungun," ucapnya.
22 Oct 18
142
Program i-Suri Jamin Masa Depan Wanita
Ustaz Ahmad Shah Muhamed Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 23 Oktober 2018 - Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dilihat sebagai inisiatif yang dapat menjamin masa depan golongan wanita daripada sudut kewangan agar sentiasa bersedia menghadapi suasana terdesak di masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ini merupakan salah satu platfom yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat mampu menyimpan kewangan mereka di dalam KWSP melalui program i-Suri.“Mereka yang telah mendaftar melalui program e-Kasih layak untuk mengikuti program i-Suri ini dengan mendaftar terus melalui pejabat KWSP atau boleh ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bandar untuk kita bantu daftar.“Sambutan yang baik dari masyarakat menandakan rakyat sentiasa menantikan kebajikan dari kerajaan dalam suasana tekanan kos sara hidup,perbelanjaan persekolahan anak yang tinggi serta pendapatan isi rumah yang kurang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Taklimat I-Suri anjuran i-MiTS Dun Bandar yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Tanjung Paya, di sini semalam.Hampir 50 orang di kalangan suri rumah yang hadir mendengar taklimat yang diadakan oleh wakil Pegawai KWSP itu.Sebelum ini, KWSP dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran i-Suri dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai pencarum dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.Menurut KWSP, suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan e-Kasih boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.Kenyataan itu berkata statistik e-Kasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.Untuk maklumat lanjut mengenai e-Kasih, orang ramai boleh layari www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP di seluruh negara.
22 Oct 18
66
Kolokium Dedah Ketokohan Umara Dan Ulama
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Kolokium Umara dan Ulama Terengganu memperkenal dan mendedahkan ketokohan ulama iaitu Sultan Zainal Abidin lll dan Tok Ku Paloh yang terbukti bukan sahaja di Asia Tenggara, bahkan di dunia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, program seumpama ini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengetahui dan memahami serta menghargai sumbangan besar dalam mengembangkan pemikiran Islam di rantau ini.“Pihak kerajaan mengalu-alukan program seumpama ini bagi memberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang sangat berguna. Begitu juga kita mendalami pengetahuan yang berkait dengan para ulama dan juga umara supaya kita dapat mendepani isu-isu yang berlaku pada masa sekarang ini.“Penganjuran kolokium seperti ini amat bertepatan serta sudah tentu amat bermakna bukan sahaja bagi pihak muzium malah yang lebih penting memberi faedah yang berskala mega kepada negeri dan negara secara keseluruhannya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolokium Umara dan Ulama Terengganu di Dewan Batu Bersurat Muzium Negeri Terengganu, semalam.Sebahagian peserta yang hadir. Katanya, penganjuran program tersebut adalah satu usaha yang sangat proaktif dengan membawa dan mengumpulkan pakar dan tokoh akademik yang hadir membicarakan ketokohan ulama dan umara yang tersohor terutamanya dari segi aspek perundangan Islam.“Tradisi intelektual Islam yang diasaskan kedua-dua tokoh ini perlu dinyatakan dengan meluas dalam satu perspektif keilmuan agar ia dapat dihayati dan seterusnya diperjuangkan oleh generasi akan datang.“Penyebaran secara meluas mengenai pemikiran para umara, ulama dan ilmuan Islam perlu dibuat secara serius agar tradisi dapat diteruskan oleh generasi akan datang.“Ianya bertujuan supaya gabungan kepimpinan yang mentadbir negeri Terengganu ini sejajar dengan perundangan dan syariat Islam,” ujarnya.Menurut beliau, usaha untuk memartabat dan mengangkat nilai sejarah dan nilai budaya sesuatu bangsa bukan satu kerja yang mudah.Arifin Deraman (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Muzium Negeri,Che Muhamad Azmi Ngah (kanan).Tambahnya, ia menuntut segenap kudrat dan keringat yang ada pada diri termasuk pengaruh serta budaya asing ke dalam diri anak-anak yang muktahir ini semakin serius dan semakin membimbangkan.“Mereka seolah-olah hanyut dengan dakyah ciptaan barat yang semakin melekakan, dengan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini begitu membimbangkan anak-anak kita.“Kecintaan dan kepekaan serta kecaknaan mereka terhadap fakta dan nilai sejarah warisan sendiri semakin terabai dan terhakis,” jelasnya.Justeru, katanya, program seumpama ini merupakan salah satu langkah ‘serampang dua mata’ yang mampu memberikan nafas kesedaran kepada generasi pelapis pada hari ini agar menjadi insan yang kenal sejarah dan tahu asal usul mereka. Sehubungan itu, Kolokium Umara dan Ulama Terengganu diadakan semalam bagi memperingati 100 tahun pemergian dua tokoh besar Negeri Terengganu yang telah mengajar erti sebenar perjuangan yang memperjuangkan kemerdekaan dan membentuk pengisian sebagai sebuah negeri bebas yang berdaulat mengikut acuan sendiri.
22 Oct 18
87
RAK, TSTC Adakan Latihan Hadapi Bencana.
Latihan menyelamat dalam air merupakan antara pengisian dalam persediaan menghadapi bencana di Kemaman, baru-baru ini.Oleh : Pyang MamatKEMAMAN 20 Oktober 2018 - Persatuan Radio Amatur Kemaman (RAK) dengan kerjasama Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd (TSTC) telah mengadakan Latihan Persediaan Bencana sebagai persiapan bagi menghadapi musim banjir nanti.Timbalan Presiden RAK, Zawawi Mohamed berkata, latihan seperti ini dilakukan setiap tahun bagi melahirkan ramai sukarelawan yang mahir dalam membantu orang kampung dan juga pihak berkuasa.Katanya, latihan ini diadakan bagi melatih sukarelawan di Kemaman untuk menjadi petugas yang terlatih dan berilmu dalam membantu masyarakat termasuk pendedahan serta kemahiran yang diajarkan termasuk menyelamat di air, menyelamat di tempat tinggi, komunikasi radio dua hala, rawatan pertolongan cemas dan rawatan pemulihan pernafasan kepada mangsa lemas (CPR)."Banjir besar pada tahun 2013 yang menenggelamkan sebahagian daerah Kemaman telah menyedarkan semua pihak dalam usaha membantu dan menyelamat mangsa banjir dan sebagainya termasuk kami"Untuk latihan kali ini, jutaan terima kasih kepada jurulatih yang terlibat siang dan malam selama dua hari ini tanpa mengira penat dan lelah, terutama pihak pengurusan TSTC diatas kerjasama mereka dalam menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan dalam latihan ini semoga Allah sahaja yang dapat membalas khidmat ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Latihan Persediaan Bencana di Kemaman, di sini baru-baru ini. Latihan yang diadakan selama dua hari tiga malam itu turut dihadiri oleh 20 sukarelawan yang terpilih di daerah Kemaman manakala majlis penutup dan pembahagian sijil telah disempurnakan oleh Jurulatih Kanan TSTC, Shalbi Mustafa.
21 Oct 18
462
MPKK Perlu Laksana Amanah
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG, 22 Oktober - Amanah yang telah diberikan perlu kepada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dilaksanakan kerana akan dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, jawatan bukan satu kemuliaan tetapi amanah besar yang perlu dipikul.“MPKK bertanggungjawab dalam membantu penduduk kampung dalam permohonan bantuan dan juga melakukan tindakan susulan."Semua ahli MPKK mesti mengambil peranan, bukan hanya pengerusi."Apa yang dilakukan ini adalah satu tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk terutama yang memerlukan bantuan serta bukan bergantung semata-bergantung kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung di Dewan Sivik Bukit Payung, kelmarin.Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh sebahagian MPKK dalam DUN Bukit Payung memperuntukkan hari khas untuk membantu penduduk kampung berkaitan permohonan iDANA atas talian."Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli MPKK berkaitan saluran bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri," jelasnya.Dianggarkan kira-kira 200 peserta dari wakil MPKK di dalam DUN Bukit Payung hadir.Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti Jabatan Kebajika Masyarakat Negeri Terengganu, Ghazali Awang dan Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Ustaz Mohd Aiman A Rahman.
21 Oct 18
209