lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kafe Bas Jana Ekonomi Masjid Al-Muktafi Billah Shah
Kafe Bas MAMBS galak masyarakat membeli sambil mendermaKUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) memperkenalkan Kafe Bas sebagai usaha menggalakkan masyarakat bersama-sama menjana pendapatan masjid sekaligus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.Pengerusi MAMBS, Datuk Wan Mohd Albakri Wan Md Nor berkata, pembukaan Kafe Bas juga bertujuan menyemarakkan lagi fungsi dan peranan masjid. “Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia juga berperanan sebagai pusat komuniti, tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjurus kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan selain turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kafe Bas di MAMBS, hari ini.Katanya, pembukaan kafe tersebut juga turut memberi peluang kepada para usahawan yang terlibat dalam industri makanan untuk mempromosikan produk masing-masing.“Kita akan membantu mereka dari aspek pembungkusan dan penjenamaan supaya para usahawan yang terlibat ada identiti tersendiri, malah kita juga sedang mencari golongan asnaf yang dapat menyediakan makanan berkualiti untuk dijual di Kafe Bas yang sekali gus dapat membantu golongan ini menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.Tambah beliau, pembukaan Kafe Bas juga diharap dapat membudayakan sikap membeli sambil menderma di kalangan masyarakat.“Keuntungan daripada hasil jualan di kafe ini akan dimasukkan terus ke tabung masjid dan kita juga mengharapkan lebih banyak syarikat korporat serta individu yang ingin bersedekah boleh menyumbang makanan untuk kita jual dan keuntungan akan pergi kepada tabung masjid,” ujarnya.Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, beliau berkata, bas yang diubah suai menjadi kafe itu adalah sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.“Manakala, lain-lain termasuk peralatan, kelengkapan dan sebagainya adalah antara sumbangan syarikat korporat serta orang perseorangan,” ujarnya.Katanya, kafe tersebut menyediakan menu sarapan pagi seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, kuih muih tradisional serta juadah minum petang seperti keropok lekor, popia goreng dan sebagainya yang menawarkan harga berpatutan.“Kafe ini akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan akan berhenti seketika waktu operasinya antara pukul 12.30 tengahari sehingga 1.30 petang,” ujarnya.Dalam perkembangan sama katanya, MAMBS juga akan membuka kedai gunting awal tahun hadapan dan buat permulaan memberi peluang pekerjaan sebagai tukang gunting kepada empat orang anak asnaf.“Ini merupakan salah satu lagi usaha kita untuk menjana ekonomi masjid di samping membantu golongan yang memerlukan.“Jika sebelum ini golongan belia ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid, diharap dengan adanya aktiviti sebegini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekaligus dapat menggalakkan golongan belia untuk datang.“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekaligus sedikit sebanyak dapat menarik mereka untuk turut bersama-masa mengimarahkan masjid,” ujarnya.
29 Oct 18
402
Empty Image
Kerajaan Komited Jaga Alam Sekitar
Ir Saiful Azmi Suhaili.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 30 Oktober - Kerajaan Terengganu akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan alam sekitar yang diamanahkan Allah terpelihara untuk kepentingan generasi akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program sebegini sangat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dalam menitik beratkan kepentingan ekosistem sedia ada supaya dijaga dengan baik."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah penghubung terdekat dengan agensi-agensi kerajaan serta swasta, dan merekalah (yang) akan menyampaikan iltizam kepada (masyarakat) kampung masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bengkel Pengurusan dan Pentadbiran MPKK bersama Jabatan dan Petronas, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Pusat Pendidikan Alam Sekitar (EcoCare), Kampung Labohan, Kerteh, semalam.Dalam perkembangan yang sama, Ir Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memaklumkan bahawa kenderaan seperti motosikal di bandar Wuxi, China telah ditukar kepada kuasa elektrik ataupun 'hybrid' bagi menjamin kelestarian alam sekitar."Insya-Allah, Negeri Terengganu terutamanya Kemasik akan menjadi bertambah baik dengan penggunaan teknologi hijau pada masa akan datang," tambahnya.Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Hasnan Abdullah, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Sarjan Major Mohd Raduan Yusof,  Pengurus Pengurusan Media, Lokman Hakim Othman selaku Ketua Pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), serta semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.
29 Oct 18
119
Majikan Disaran Sokong Amalan Penyusuan Ibu Di Terengganu
Majikan Disaran Sokong Amalan Penyusuan Ibu Di Terengganu
Tuan Faizah Tuan Ab Rahman. Foto ihsan - Media MB KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Majikan disaran melaksanakan perlindungan materniti dari segi masa, ruang  dan sokongan  yang merupakan tiang asas kepada tempat kerja yang mesra penyusuan susu ibu dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu di Negeri Terengganu.   Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, keperluan pusat penjagaan anak yang berhampiran dengan tempat kerja, atau sekurang-kurangnya disediakan kemudahan untuk memerah dan menyimpan susu perahan termasuk persekitaran kerja perlu sentiasa bersih dan selamat daripada bahan kimia atau bahan buangan yang merbahaya kepada kesihatan mereka.   “Sebagai salah satu sokongan kepada para ibu, perlindungan materniti yang disediakan di tempat kerja perlu dimaklumkan kepada mereka termasuk maklumat mengenai penjagaan kesihatan semasa mengandung dan menyusukan bayi supaya mereka boleh bekerja dan menjaga bayi secara serentak tanpa menjejaskan prestasi kerja.    “Sikap positif terhadap penyusuan susu yang ditunjukkan oleh rakan sekerja, pihak atasan dan pihak pengurusan juga merupakan salah satu bentuk sokongan kepada ibu-ibu kerana mereka memerlukan keselamatan pekerjaan dan tidak didiskriminasikan atas sebab mereka adalah wanita, hamil, melahirkan anak dan mengamalkan penyusuan susu ibu,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Ibu Sedunia peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.   Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Haji Mohd Jusoh dan Pengerusi Puspanita Cawangan negeri, To’ Puan Hajah Kamsiah Dollah.   Tuan Faizah berkata, semua usaha dan sokongan ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti mereka dan akan menguntungkan semua pihak secara tidak langsung atas kebaikan yang diperolehi dari penyusuan susu ibu.   “Penyusuan susu ibu adalah langkah penyelesaian bagi menghindari masalah kelaparan dan ketidak seimbangan nutrisi bagi bagi bayi. Tanpa bebanan pendapatan keluarga, penyusuan merupakan kaedah pemakanan berkos rendah dan boleh menyumbang kepada pengurangan masalah kemiskinan dan ia bertepatan dengan tema pada tahun ini yang menekankan kepentingan untuk menghadapi kemelut ketidaksaksamaan secara global, kemiskinan dan kebolehdapatan asas makanan,” ujarnya.     Menurutnya lagi, anak-anak merupakan generasi masa hadapan negara dan  makanan terbaik perlu diberikan kepada mereka sejak lahir lagi, iaitu susu ibu kerana ia dapat melindungi bayi daripada pelbagai penyakit semasa mereka masih kecil seperti risiko kegemukan, hiperkolesterolemia dan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis-2 dan hipertensi apabila dewasa.   “Maka sangat tepatlah polisi kerajaan yang menyatakan bahawa bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja, iaitu penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga berumur enam bulan, dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.   “Ini termasuklah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Kesihatan Negeri dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu di Terengganu iaitu Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) dan  Inisiatif Klinik Rakan Bayi (KRB) yang bertujuan  membantu para ibu memulakan penyusuan susu ibu semasa di hospital dan semasa mendapatkan penjagaan lanjut di klinik klinik kesihatan selepas bersalin.   “Inisiatif ini telah dimulakan semenjak 1993, dan sehingga kini terdapat enam buah hospital di Negeri Terengganu yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, dan semua klinik kesihatan dalam Negeri Terengganu telah menjalankan perkhidmatan Klinik Rakan Bayi menggalakkan penyusuan susu ibu,” ujarnya.      
29 Oct 18
107
Empty Image
Pesakit Kronik Dikunjungi Isteri Pemimpin Setempat
Siti Aminah yang terlantar sakit menerima lawatan isteri pemimpin setempat yang berkunjung di rumahnya di Kampung Pasir Raja, DUN Bukit Besi.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 29 Oktober - Derita seorang ibu, Siti Aminah Ismail, yang lumpuh separuh badan akibat pendarahan dalam saraf tunjang, di Kampung Pasir Raja, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, mendapat perhatian pemimpin setempat, baru-baru ini.Ziarah prihatin yang disertai isteri ADUN Paka, Hajah Sabariah Ilyas, isteri ADUN Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood, isteri ADUN Sura, Hajah Roslina Harun dan isteri Penyelaras DUN Bukit Besi, Hajah Zakiah Alias menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan dapur untuk meringankan bebanan pesakit berkenaan.Siti Aminah, 53, yang tidak dapat berjalan sejak 13 tahun lalu terharu kerana nasibnya itu terus mendapat perhatian pemimpin apabila isteri-isteri wakil rakyat dan Penyelaras DUN di Parlimen Dungun itu mengunjunginya untuk bertanya khabar dan melihat sendiri kekurangan dirinya selepas menderita sakit itu.Menurutnya, ujian kehidupan adalah lumrah, namun dia perlu kuat dan nekad menempuhinya dengan tabah apabila pancainderanya secara tiba-tiba tidak mampu berfungsi sekali gus mengubah kehidupan sebagai ibu dan isteri."Tiba-tiba tidak boleh jalan, sampai sekarang dan sudah 13 tahun. Masa mula-mula kena, saya tak boleh bergerak langsung. Jika hendak bangun, empat anak bergilir-gilir dengan suami membantu saya. Kira-kira empat bulan juga langsung tidak mampu duduk dan bergerak. Lepas menjalani rawatan secara tradisional dan urutan, Alhamdulillah, saya boleh duduk sampai sekarang,"katanya.Ibu empat anak itu menerima bantuan am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah  RM300 untuk penjaga dan RM200 untuknya yang sakit terlantar.Menurutnya, suaminya akan mengurus dirinya sebelum keluar ke kebun untuk menampung kehidupan harian, selain anak-anaknya turut bekerja untuk menyara kehidupan masing-masing.Siti AminahSementara itu seorang warga emas, Rabiah Mat Isa, 62, menderita penyakit saraf selepas kematian ibunya turut terpilih dalam program ziarah prihatin berkenaan.Rabiah yang juga seorang kelainan upaya berdepan masalah penglihatan tinggal berseorangan di rumah yang uzur, hanya sesekali ditemani kakak angkat dan adiknya untuk menguruskan kehidupan seharian."Saya boleh bergerak dengan mengensot perlahan-lahan, walau terbatas. Syukur walau tidak nampak dan tidak mampu berjalan seperti orang lain, saya masih mampu bergerak. "Dalam keadaan uzur ini, ada pihak prihatin kerana sudah lama menerima bantuan kebajikan (JKM) RM200 setiap bulan. Bagaiamanpun, bantuan itu tidak mencukupi sebab hendak beli lampin pakai buang, makanan dan urusan lain lagi,"katanya.
29 Oct 18
122
Empty Image
Amalan Bersukan Perlu Patuh Syariah
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 29 Oktober -  Sukan adalah aktiviti sihat yang sentiasa digalakkan oleh Islam asalkan pelaksanaannya tidak melanggar batas-batas syariah yang ditetapkan oleh agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata semua jenis sukan boleh dilakukan dengan syarat atlet dan pesertanya menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan akhlak ketika bermain selain sentiasa menjaga solat."Main bola-main bola jugok, tapi solat jangan tinggal, main bola dengan menunjukkan kemahiran kita, bukan tunjuk keganasan,"katanya. Alias berucap demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup ADUN Rantau Abang yang diadakan di Padang Bola Kampung Che Lijah, di sini, kelmarin. Sementara itu, menurut Pegawai Khas, Abdul Halim Nasir, kejohanan dua hari itu yang menyaksikan 28 pasukan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) di DUN Rantau Abang bertarung merebut piala tersebut. Dalam pertandingan itu, menyaksikan Balik Bukit FC telah berjaya mengalahkan Ladang Pinang Mas FC dalam pertandingan akhir untuk muncul juara dan membolot hadiah RM1,000 beserta medal, manakala Ladang Pinang Mas membawa pulang RM700 dan medal serta tempat ketiga dan keempat pula mendapat RM30, masing-masing dimenangi GP FC dan Kampung Baru FC. "Sebanyak lapan pasukan layak ke Grand Final Peringkat Parlimen Dungun pada 16 - 17 November 2018, iaitu Balik Bukit FC, Rantau Abang FC, GP FC, Alor Mak Bah FC, Peladang FC, Kampung Baru FC, Seberang Pintasan FC dan Ladang Pinang Mas FC, "katanya lagi.
29 Oct 18
176
Empty Image
Tabung Khairat Didik Masyarakat
Ustaz Mohd Nor Hamzah merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Rakyat Negeri Terengganu diingatkan agar tidak mementingkan diri dalam hidup bermasyarakat dengan menyertai tabung khairat kerana kematian tidak mengira usia dan pengurusan jenazah adalah satu fardu kifayah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau dimaklumkan bahawa khairat kematian Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya dikumpulkan daripada pencarum yang tinggal di Taman Permin Jaya."Ianya bergantung pada kadar yang ditentukan dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.“Walaupun kita telah menyumbang lebih dari apa kita akan dapat dalam pertubuhan ini, kita akan mendapat pahala kerana telah membantu orang ramai yang memerlukan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya Kali Kesembilan di Dewan Terbuka Taman Permin Jaya, Chendering, Kuala Terengganu, kelmarin.Menurut Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Allah akan mempermudahkan urusan hamba-Nya di dunia dan akhirat jika membantu memudahkan urusan orang lain.Beliau juga sempat menasihatkan kepimpinan pertubuhan ini agar mengembangkan lagi usaha ini dalam menjaga kebajikan penduduk taman ini terutamanya dalam soal pengurusan jenazah.“Pada zaman sekarang, bukan mudah untuk mencari pengurus jenazah serta memerlukan kos yang tinggi.Dengan adanya khairat kematian ini serba sedikit dapat membantu penduduk yang memerlukan,” tambahnya.Seramai lebih 60 orang ahli Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya hadir ke mesyuarat tersebut.Pertubuhan ini telah ditubuhkan 20 tahun lepas iaitu pada 10 Februari 1998.Tujuan pertubuhannya adalah untuk kebajikan khairat kematian penduduk Taman Permin Jaya.Sehingga kini, terdapat seramai 226 orang ahli yang aktif.Hadir sama, Pengerusinya, Tengku Mamat Tengku Bakar, Naib Pengerusi, Mohd Hamdan Idris serta ahli-ahli jawatankuasa.
28 Oct 18
222
Empty Image
Siasat Penerima Bantuan Di DUN Bukit Payung Ikut Kelayakan
Ustaz Mohd Nor Hamzah Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinMARANG 28 Oktober- Satu siasatan terperinci akan dilakukan ke atas semua penerima bantuan mengikut kategori sama ada miskin, layak atau sebaliknya termasuk golongan yang layak menerima bantuan tetapi tercicir di Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Payung.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak beliau akan melakukan siasatan balik dan pemeriksaan secara teliti untuk melihat jika masih ada golongan layak mendapat bantuan tercicir dari senarai.“Tujuannya adalah untuk memastikan kebajikan penduduk DUN Bukit Payung mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat.“Kita laksanakan apa yang perlu demi kebaikan penduduk setempat dalam mendapat hak masing-masing mengikut kelayakan sebenar mereka,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat dan Pendaftaran i-Suri DUN Bukit Payung, di Dewan Sivik Pekan Bukit Payung yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Terengganu, Mohd Sabri Hussin yang dihadiri hampir 600 wanita yang tersenarai dalam e-Kasih hadir dalam dua sesi pada pagi dan petang.Senarai e-Kasih merupakan Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang  diterima.Sebahagian wanita yang hadir bagi taklimat i-Suri di DUN Bukit PayungSementara itu,  Ustaz Mohd Nor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, turut  berpesan kepada semua yang hadir supaya mencari dan merebut peluang  untuk hadir ke majlis ilmu kerana kuliah di surau dan masjid percuma.“Seringkali kita hanya terfikir soal duniawi, kita takut akan miskin di dunia tapi kita lupa hidup kita yang kekal adalah di akhirat. Oleh sebab itu biarlah kita miskin di dunia tapi janganlah kita miskin di akhirat dan ramai yang takut  miskin harta di dunia ini tetapi apa paling menggerunkan adalah miskin pahala dan ilmu kerana pahala akan kita bawa ketika di akhirat kelak.“Jangan jadi orang muflis iaitu orang yang banyak melakukan pahala, namun dalam masa yang sama banyak melakukan dosa sehingga pahala telah terkikis,” ujarnya.
28 Oct 18
113
Empty Image
Rumah Terbakar, Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Rumah Mahusin terbakar seratus peratus  dalam kejadian awal pagi semalamOleh : Saifullah JusohBESUT 28 Oktober– Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Gong Manok di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.Mahusin Ibrahim, 59, berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di tempat kerja terpaksa bergegas pulang apabila dihubungi oleh penduduk kampung yang memaklumkan tentang kejadian malang tersebut.Kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi disedari oleh anak perempuannya, Maslinda Mahusin yang tinggal bersama dua orang anaknya apabila menyedari api mula marak.“Api berpunca dari dalam bilik, dan hanya sempat melarikan diri dengan dua orang anak saya tanpa sempat untuk menyelamatkan barang-barang yang lain.“Saya hanya mampu melihat saja rumah terbakar, dan sedih kerana tidak sempat menyelamatkan apa - apa termasuk semua dokumen penting, pakaian, perabot dan peralatan dapur musnah dalam kejadian itu tapi bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan kami sekeluarga berjaya menyelamatkan diri,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di tapak kebakaran, di sini semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh meluangkan masa menziarahi mangsa dan keluarga di samping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.Katanya lagi, pihaknya akan mengambil tindakan yang segera bagi membantu meringankan beban mangsa dengan menyediakan tempat tinggal baharu manakala pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gong Manok pula mengadakan gotong-royong bagi membina penempatan sementara kepada mangsa dan keluarga.
28 Oct 18
83
Empty Image
Giatmara Bantu Ceriakan Rumah Ehsan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 24 Oktober - Pelajar Pusat Giatmara Paka, Ketengah Jaya dan Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini berpadu tenaga melaksanakan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan Rumah Ehsan di AMBS ceria dan selesa untuk penghuninya.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata,usaha sekumpulan pelajar berkenaan membaik pulih peralatan rosak terutama katil dan perabot serta mengecat siling dan dinding juga bagi meraikan sambutan Hari warga Emas November ini."Alhamdulillah, usaha bagi menceriakan Rumah Ehsan serta memperbaiki segala alatan dan katil yang rosak dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama pelajar Giatmara di daerah ini."Inisiatif ini wajar dicontohi dan dipuji kerana mereka melaksanakan keja murni demi keselesaan warga Rumah Ehsan yang memerlukan perhatian ramai,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika berkunjung ke Rumah Ehsan, AMBS, di sini.Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan Rumah Ehsan berkata, penghuni Rumah Ehsan di kalangan warga emas perlu tinggal dalam keadaan yang kondusif, selesa, ceria dan tenteram kerana ianya membantu serta mewujudkan suasana yang tenang serta harmoni."Rumah Ehsan ini bukan sekadar menempatkan warga emas yang tiada pewaris, tapi turut berfungsi sebagai hospital yang merawat warga emas yang sakit melarat sehingga ke akhir hayat jadi ia perlu sesuai dan selesa untuk pesakit juga,"katanya.Dalam pada itu, beliau juga berharap Rumah Ehsan itu turut disediakan aktiviti seperti kuliah agama secara berkala bagi memantapkan lagi aspek sahsiah dan kerohanian penghuninya.
24 Oct 18
418
Empty Image
Utamakan Projek Pembangunan Untuk Rakyat
Ustaz Ridzuan HashimOleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kerajaan negeri tetap meneruskan projek pembangunan yang mendesak termasuk pembinaan rumah kediaman yang menjadi keperluan utama rakyat dengan mengambil kira keperluan semasa.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, projek-projek pembangunan yang mendesak perlu dilaksanakan untuk kebaikan dan manfaat rakyat pada masa akan datang.“Projek pembinaan rumah kediaman sebenarnya masih menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat sebab itu ia tetap diteruskan.“Tetapi jika ada projek-projek pembangunan yang mendesak, kita akan lihat keperluannya seperti cadangan Tapak Kolam Tadahan Di Kampung Tanjung Bunut seluas 20 hektar  yang merupakan salah satu projek dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Nerus 2035 untuk mengatasi masalah banjir berikutan kawasan kolam tadahan sedia ada telah mula dikomersialkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan taklimat dan penerangan mengenai cadangan tapak kolam tadahan di Kampung Tanjung Bunut yang dianjurkan oleh Plan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu (JPS) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading di Dewan Sivik Kg Buluh Gading, di sini.Turut hadir, Pengarah Plan Malaysia Negeri Terengganu, Hajah Rohaya Abd Kadir, Pegawai Perancang Bandar MBKT, Faizah Ngah dan wakil JPS, Anuar Abu Bakar.Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berkata, taklimat itu sebagai medan terbaik untuk mendapat gambaran sebenar projek supaya penduduk dapat membuat keputusan yang tepat sama ada menerima atau menolak.“Ini merupakan satu tindakan yang baik dan matang apabila semua pihak bersedia untuk berbincang manakala penduduk di kawasan berkaitan bersedia untuk hadir dalam taklimat ini dan selepas ini satu jawatankuasa bertindak akan diwujudkan untuk mewakili penduduk terlibat agar hak dan kebajikan mereka tidak diabaikan.“Saya juga menyarankan agar pihak JPS mengambil kira punca banjir yang lain seperti ketiadaan penyelenggaran tali air dan juga longkang utama yang tersumbat sebelum meneruskan projek kolam tadahan ini," ujar beliau.
24 Oct 18
96