Artikel "Komuniti" Terkini
Paras Air Sungai Dungun, Pasir Raja Hampiri Paras Berjaga-jaga
Sungai Dungun Di Pasir RajaOleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 3 November- Sungai Dungun Di Pasir Raja kini berada dalam paras berjaga-jaga ekoran hujan lebat mulai semalam.Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman, berkata paras air Sungai Pasir Raja menjadi penentu berlakunya bencana banjir termasuk tindakan segera pada kampung-kampung bersebelahan."Pada kebiasaanya, apabila berlakunya banjir di Pasir Raja, yang berada pada Mukim Besol menjadi pemula kepada berlakunya banjir pada kampung bersebelahan, Mukim Jengai juga Mukim Jerangau."Maka amatlah diharapkan agar komuniti setempat, serta komuniti kampung yang berdekatan yang berada di Mukim Besol, dan Mukim Jerangau segera berpindah, " jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita pada pagi ini, di sini, pada Sabtu, 3 November.Menurutnya lagi, catatan bacaan Sungai Dungun Pasir Raja, paras normalnya adalah 34.00 meter(m) tinggi dan paras sungai berkenaan menunjukkan bacaan pada 35.57 m lantaran taburan hujan lebat dalam masa singkat."Bacaan yang dicatat menghampiri paras jaga-jaga, bacaan paras jaga-jaga bagi Sungai Dungun, di Pasir Raja, catatannya ialah 36.00."Jika keadaan berterusan, maka perlulah bagi setiap Pengerusi Majlis Komuniti Kampung memainkan peranan, agar komuniti yang terlibat dengan banjir segera ke Pusat Pemindahan Banjir," ujarnya.Walau bagaimanapun beliau berharap agar hujan tidak berterusan, selain itu dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku beliau berharap agar wujudnya jalinan kerjasama yang baik, agar memudahkan segala urusan dan perkara yang tidak diingini berlaku.
03 Nov 18
1068
Kesedaran Jaga Kesihatan Tanggungjawab Bersama
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 3 November- Semua pihak perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun berkata, penjagaan kesihatan perlulah menggunakan kaedah yang dituntut oleh Islam dan cara yang diredhai oleh Allah untuk mengelak kemudaratan yang lebih besar lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan penyakit berjangkit."Firman Allah SWT, tanyalah mereka yang berilmu dalam bidang mereka sekiranya kami tidak tahu. Dalam bidang perubatan tanyalah pakar dan ahlinya tentang nasihat mereka kerana mereka mempunyai ilmu berkenaan dengannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan merasmikan Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Manir yang bertema "Anak Sihat, Keluarga Bahagia" bertempat di Dewan i-MITS Manir, Pulau Bahagia, di sini, semalam.Hilmi berkata, dalam al-Quran ada menunjukkan bahawa Allah SWT membenarkan hambaNya mencari ikhtiar yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit."Masyarakat haruslah lebih peka dengan wabak penyakit-penyakit yang menular atau berjangkit seperti terbaru demam campak untuk terus membuat rawatan di pusat kesihatan yang terdekat secepat mungkin,"katanya.Lebih 250 orang mendaftarkan diri untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menyertai cabutan bertuah, manakala seramai 55 orang kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna.Turut diadakan Forum Kesihatan yang menampilkan dua tokoh ilmuwan yang hebat dari cabang ilmu yang berbeza, iaitu pakar di bidang farmasi, Dr Suhazli Abdullah dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Panelis mengupas penggunaan vaksin dalam aspek perubatan dengan mendalam dan hujah yang mampu menyanggah persepsi songsang terhadap penggunaan vaksin dari sudut teknologi dan syarak atau fiqh Islam.Kupasan yang menarik bersandarkan fakta, kaji selidik dan nas-nas yang sangat jelas berkaitan keperluan vaksin membuka minda peserta berikutan masih ramai yang keliru dengan penggunaan vaksin.
03 Nov 18
118
92 Manfaat Pemeriksaan Kesihatan Percuma - Wan Sukairi
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) berbual dengan orang ramai yang hadir.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 1 November - Seramai 92 orang masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur memanfaatkan peluang pemeriksaan kesihatan secara percuma di Masjid Tok Jamal, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program sebegini perlu diadakan untuk masyarakat mengenal pasti tahap kesihatan mereka."Kesihatan adalah penting dalam kehidupan untuk melancarkan lagi kehidupan kita seharian."Jika kesihatan terbantut, ia akan menyukarkan kelancaran kerja-kerja seharian."Begitu juga dengan ibadah, jika kita sakit mungkin menyukarkan kita untuk beribadah," tambah beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pusat Khidmat Bergerak di Masjid Tok Jamal, Wakaf Mempelam, hari ini.Dalam perkembangan sama, menurut Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, program ini dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat ADUN Wakaf Mempelam, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan KT Medical Team.Doktor yang bertugas antaranya ialah Dr Amiruddin, Dr Diana, Dr Haneim dan Dr Fadhilah yang membuat pemeriksaan kepada masyarakat setempat yang hadir.Hadir sama, Pegawai Perhubungan Parlimen, Haji Zulkifli Wahab yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
31 Oct 18
160
i-MiTS DUN Bukit Besi Teruskan Khidmat Masyarakat
Zakiah bertanya khabar kepada salah seorang warga emas sempena Program Hari Bersama Pelanggan dan Temu Murni Penghuni Rumah Ehsan, di Rumah Ehsan Al-Muktafi Billal Shah, hari ini.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 1 November- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan meneruskan khidmat untuk masyarakat sebagaimana fungsi penubuhannya oleh kerajaan negeri.Penolong Penyelia i-MiTS, Zakiah Alias berkata, program seumpama ini bertepatan untuk i-MiTS hadir sebagai satu latihan dan pendedahan agar ia lebih berperanan di dalam masyarakat."Disamping itu, ianya akan memberi satu pengalaman buat i-MiTS dan menyedari hakikat bahawa di sebalik kehidupan yang ditempuhi ini, ada golongan yang perlu diberi perhatian khusus.“Seperti hari ini, Rumah Ehsan mengadakan hari bersama pelanggan dan temu murni penghuni bersama masyarakat setempat, serta kepada semua yang prihatin kepada warga emas dan i-MiTS turut hadir memeriahkan sambutan khas yang diadakan bagi menzahirkan keprihatinan terhadap warga emas disini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Program Hari Bersama Pelanggan dan Temu Murni Penghuni Rumah Ehsan, di Rumah Ehsan Al-Muktafi Billal Shah, di sini, hari ini.Menurut Zakiah lagi, pihaknya hadir dengan penuh rasa kecaknaan dan berharap dapat mengeratkan perhubungan diantara Rumah Ehsan dan masyarakat yang hadir."Oleh kerana itu, di peringkat i-MiTS DUN akan menjadikan ziarah ke Rumah Ehsan secara berkala, akan menjadi aktiviti yang akan dilakukan jika tidak terlalu kerap pun dalam setahun, kita akan cuba untuk hadir, sekurang-kurangnya dua kali setahun, sebagai ziarah yang bermotifkan kebajikan."Secara tidak langsung, akan mengalir perasaan sayang, prihatin serta kasih pada warga emas akan dapat diwujudkan," katanya.Terdahulu, sebanyak 49 helai tudung telah diagihkan kepada penghuni wanita Rumah Ehsan sebagai tanda kenangan."Terlihat aliran airmata yang penuh kesyahduan, betapa mereka suka dengan kehadiran kami ( i-MiTS), semoga kita akan kekal menjadi warga prihatin, meletakkan warga emas golongan yang berada di tempat tertinggi, mereka amat perlu dhargai," ujar Zakiah.
31 Oct 18
471
MB Terengganu Bantu Tunai Hasrat Samsani
Kunjungan Pejabat DUN banyak membantu menyelesaikan permasalahan rakyat setempat. Oleh: Aziz HambaliMARANG, 31 Oktober - Sekumpulan sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu diketuai pensyarah, Mohd Fathi Omar melaksanakan pemasangan pendawaian elektrik dalam kunjungan ke rumah Samsani Mohamad, 45, di Kampung Rahmat, semalam.Projek ini merealisasikan hasrat ibu tunggal itu yang inginkan keperluan elektrik sejak berpindah ke rumah itu baru-baru ini.Projek pendawaian elektrik merupakan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang diwakili pegawai khasnya, Sabri Zakaria dalam kunjungan kali ketiga ke rumah wanita itu sejak sebulan lalu.Samsani sebelum ini pernah mengadu tentang ketiadaan bekalan elektrik yang disambung ke rumahnya akibat masalah status tanah yang tidak berkesudahan.Kegembiraan terpancar di wajah Samsani apabila permasalahan yang membebaninya kini berjaya diselesaikan setelah Dr Samsuri melanjutkan permasalahan tersebut kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).Terdahulu, wanita yang memiliki tujuh orang anak itu dikunjungi Sabri pada bulan lepas yang berjanji memberikan bantuan ADUN dalam perkara itu.Kunjungan kali ini turut disertai Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuala Tengah, Abdan Awang.
31 Oct 18
45
Bilik Gerakan Dan Pusat Perpindahan Main Peranan Ketika Banjir
Mesyuarat Bencana Banjir Sektor Jerangau diadakan di Balairaya Kampung Dendang, semalam.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 Oktober - Fungsi bilik gerakan dan pusat perpindahan amat penting semasa berlakunya bencana banjir.Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar berkata, Bilik Gerakan Balai Polis Jerangau akan digunakan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Ianya akan turut berperanan sebagai operasi bencana bagi Sektor Mukim Jerangau."Pusat Kawalan Operasi ini akan diketuai oleh Penolong Pentadbiran Tanah Daerah Dungun."Ketua Polis Balai Jerangau telah dilantik sebagai Ketua Komander."Manakala Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah telah dilantik sebagai Timbalan Komander, dan saya sendiri (Penghulu Mukim) telah dilantik sebagau setiausaha bagi Pusat Kawalan Tempat Kejadian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bencana Banjir Sektor Jerangau, di Balairaya Kampung Dendang, semalam.Menurut Abdul Ghafar, bagi Pusat Kawalan Bencana (PKOB), ianya telah dipilih dan ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Daerah Dungun."Bagi pusat ini, ianya akan dikendalikan oleh urusetia dan petugas, di mana mereka akan menerima laporan dari pusat perpindahan serta orang ramai, bagi mengetahui keadaan semasa mengenai banjir."Maklumat yang didapati itu akan disalurkan kepada Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Daerah, untuk diambil tindakan secepatnya berkaitan perbekalan dan keperluan utama," katanya.Sehubungan itu, semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta agar menubuhkan jawatankuasa kecil pengurusan banjir komuniti masing-masing yang terlibat banjir.Dalam perkembangan sama, tambahnya, mangsa-mangsa yang berada di pusat perpindahan perlu dilaporkan dari masa ke masa di samping keadaan semasa banjir juga perlu dilaporkan."Segala perbekalan, penyediaan bekalan makanan dan pengangkutan yang digunakan perlu dilaporkan semasa di pusat perpindahan."Selain itu, keadaan kebersihan penginapan, kesihatan mangsa perpindahan, keselamatan mangsa dan pemulihan selepas banjir hendaklah dilaporkan," tegasnya.
31 Oct 18
1332
MPKK Felda Jerangau Tebang Pokok Berusia, Elak Kemalangan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 OKTOBER - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau memutuskan supaya semua pokok besar dan berusia di kampung itu ditebang bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.Pengerusi MPKK Felda Jerangau, Mohd Sidek Muhammad berkata, keputusan mesyuarat berkaitan perkara itu telah diputuskan dan dalam masa yang terdekat akan diadakan gotong-royong.Katanya, pihaknya telah memaklumkan kepada pengurusan FELDA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengambil tindakan yang sepatutnya."Kita sedia maklum, tidak lama lagi dijangka angin kencang akan melanda apabila tibanya musim tengkujuh."Risau ianya akan terkena rumah penduduk yang akan mengundang risiko yang tinggi dan melibatkan nyawa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, mengulas mengenai keputusan yang dibuat baru-baru ini dalam Mesyuarat Khas Keceriaan dan Keselamatan, di Felda Jerangau.Menurutnya, MPKK yang dilantik perlu bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan komuniti dan orang ramai."Setiap apa yang menimpa komuniti, MPKK harus bertanggungjawab."Menyedari akan hakikat itu, maka keputusan menebang pokok yang berusia puluhan tahun segera diambil kerana ia dikhuatiri akan tumbang,” katanya.
31 Oct 18
71
MPKK Perlu Bantu Kerajaan Kumpul Maklumat Banjir
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 31 Oktober- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan mengumpul data dan maklumat penduduk kampung selengkapnya di kawasan masing-masing sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan bencana banjir.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, MPKK yang baru dilantik perlu bersedia bagi memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai mewakili kerajaan."Perlu bagi MPKK mempunyai data dan maklumat penduduk khususnya pesakit melarat dan ibu mengandung supaya golongan ini diutamakan sekiranya berlaku bencana banjir," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri mesyuarat persiapan banjir bagi sektor Jerangau yang diadakan di Balairaya Kampung Dendang, Bukit Besi, semalam.Katanya, MPKK juga diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebaik mungkin kerana apa yang dilakukan termasuk keupayaan dalam mengurus bencana banjir akan dinilai rakyat. “Jangan terlalu cemas walaupun kita baru kali pertama berperanan sebagai kerajaan. Setiap kritikan, teguran serta pandangan perlu diterima bagi menjadikan kita (kerajaan) dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."Jika sebelum menjadi kerajaan kita banyak melakukan kerja di belakang tiba masanya untuk kita berada di lapangan. Apabila menjadi kerajaan maka banyaklah perkara yang perlu kita pelajari dan diharapkan wujudnya jalinan kerjasama diantara pihak kerajaan dan semua agensi yang terbabit bagi memantapkan peranan bagi menguruskan banjir di Peringkat DUN Bukit Besi ini," ujarnya.
30 Oct 18
114
Rakyat Diseru Terima Tawaran Hebat Allah SWT
Ustaz Sulaiman Sulong berucap merasmikan program pendaftaran i-Suri di Dewan Sivik Merchang.Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 31 Oktober - Rakyat bukan sahaja dapat menikmati sebahagian daripada inisiatif yang di tawarkan oleh pihak kerajaan, malah turut diseru untuk menyahut tawaran oleh Allah SWT, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.Menurutnya, tawaran yang diberikan oleh Allah SWT cukup istimewa sepertimana dinyatakan dalam al-Quran Nul Karim."Bersegeralah kamu untuk memohon keampunan daripada Tuhan kamu, kerana Allah menjanjikan kepada kita syurga yang luasnya di antara seluas langit dan bumi. Ini adalah satu motivasi yang cukup-cukup istimewa kepada kita semua.Peserta sedang mendengar ucapan serta taklimat daripada para pegawai."Apa sahaja taraf kehidupan ekonomi kita, tapi Allah SWT tidak meletakkan itu sebagai kayu ukur kepada apa yang dijanjikan oleh Allah SWT," katanya.Sulaiman berkata demikian ketika berucap sempena perasmian program pendaftaran i-Suri di Dewan Sivik Merchang, di sini, semalam.Peserta yang sedang mendaftar kehadiran.Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Fadlee Alwi dan Pegawai Kaunselor Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alias Mat Ali.Kira-kira 500 peserta di kalangan suri rumah menyertai program tersebut.
30 Oct 18
34
Abe Kemah, Mek Comel, Anok Jujuk Usaha Kerajaan Bentuk Keluarga Sejahtera
Mohd Nor Abdullah (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Khairiah Mokti (kanan).
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha membentuk keluarga yang sihat sejahtera dan harmoni seiring dengan dasar Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) iaitu maju, berkat dan sejahtera.
Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program keibubapaan yang diharapkan dapat memberi impak kepada ibu bapa khususnya di negeri Terengganu.
"Setiap insan berkeinginan untuk membina keluarganya sendiri iaitu melalui sebuah perkahwinan. Pada asasnya, perkahwinan adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan sebahagian daripada hukum Allah. Melalui perkahwinan ini, maka terbentuklah sebuah keluarga yang mana setiap pasangan tersebut mengimpikan sebuah keluarga yang dilengkapi zuriat yang sihat lagi menceriakan.
"Namun begitu, ketentuan Ilahi kadangkala mengatasi segalanya. Ada yang mudah mendapat zuriat dan ada yang terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk memiliki zuriat. Usaha tanpa putus asa memungkinkan keajaiban berlaku selaras dengan doa pasangan tersebut kepada Yang Maha Esa.
"Dianggarkan sekitar 10 hingga 15 peratus pasangan di seluruh dunia menghadapi masalah untuk hamil. Isu subfertiliti pernah diketengahkan semasa International Conference on Population And Development (ICPD, 1994). Justeru dalam Program Tindakan ICPD, subfertiliti merupakan salah satu komponen penting dalam penjagaan kesihatan reproduktif dan isu subfertiliti ini perlu ditandatangani oleh semua negara," ujarnya.
Katanya, subfertiliti atau ketidaksuburan adalah sesuatu yang kompleks dan ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti masalah berkaitan sistem reproduktif wanita atau lelaki. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, permakanan tak seimbang, pencemaran alam sekitar dan tekanan hidup merupakan antara pencetus kepada terjejasnya tahap kesuburan seseorang manusia.
"Penurunan kesuburan pada hari ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti melewatkan perkahwinan, peningkatan wanita dalam institusi pengajian tinggi dan pasaran pekerjaan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi antara punca utama pasangan melewatkan pembentukan keluarga dan menambah bilangan anak.
"Ini dibuktikan apabila penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati, tiga alasan utama mengapa penduduk bujang melewatkan perkahwinan adalah disebabkan oleh masalah kewangan, kesukaran mencari pasangan yang sesuai, dan kemajuan kerjaya," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti dalam Program Terengganu Parenting Tour 2018 (TePaT) atau Jelajah Keibubapaan Terengganu 2018, Ilmu Keluarga@LPPKN "Abe Kemah, Mek Comel, Anok Jujuk" di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, dari segi pendidikan dan pekerjaan, pemanjangan tempoh pendidikan hingga ke tahap tertiari dan memberikan lebih tumpuan terhadap kemajuan kerjaya menjadikan wanita lebih cenderung untuk melewatkan perkahwinan.
"Menangguhkan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun. Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa muda pada hari ini.
"Penemuan kajian Fertility at The Crossroad: Children Now, Later or Never yang dijalankan oleh LPPKN pada 2011 mendapati peningkatan kos pendidikan dan kedudukan kewangan semasa keluarga adalah antara faktor utama dalam menentukan keputusan isteri untuk menambah bilangan anak. Bagi ibu bapa muda pada hari ini, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar di peringkat tertinggi.
"Oleh yang demikian, amatlah digalakkan pada mana-mana pasangan yang masih belum menimang cahaya mata untuk mencuba beberapa kaedah dan rawatan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Klinikal Subfertiliti, Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur atau mana-mana hospital atau pusat rawatan yang bertauliah sama ada di Negeri Terengganu atau di luar Negeri Terengganu," tambahnya.
Sementara itu, beliau juga mengharapkan supaya perubahan terhadap tahap kesejahteraan keluarga ke arah yang lebih baik dapat berjalan dengan baik.
"Saya ucapkan tahniah kepada LPPKN Negeri Terengganu, semua jabatan kerajaan serta individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakannya. Semoga usaha murni LPPKN Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu membina keluarga sejahtera di Malaysia amnya dan Terengganu khasnya mendapat barakah Ilahi," katanya.
Seramai kira-kira 210 peserta memeriahkan program tersebut.
Khairiah Mokti turut menyempurnakan gimik perasmian program tersebut.
Turut hadir, Pengarah LPPKN Terengganu, Muhamad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Asma Mahiddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Haji Gahfar Mamat dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Nasuha Yaakob.
30 Oct 18
484