Artikel "Komuniti" Terkini
Nasib Empat Beranak Tinggal Di Bangsal Daif Terbela
Keadaan bangsal yang menjadi tempat berlindung bagi empat beranak di Kampung Seri Kemunting, Kuala BesutOleh : Saifullah JusohBESUT - Kesempitan hidup empat beranak memaksa mereka tinggal di dalam sebuah bangsal kecil diperbuat daripada daun-daun kayu, barang-barang terpakai dan berlantaikan tanah di Kampung Seri Kemunting, Kuala Besut sejak lima tahun lalu.Lebih menyayat hati apabila bangsal itu sangat terdedah kepada hujan serta ancaman binatang berbisa sentiasa menghantui kehidupan penghuninya terutama musim tengkujuh menjelang.Mohd Zainizam Man, 29, berkata, dia dan isterinya Noor Aznie Adinie Majid, 25 serta dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun tidak mempunyai pilihan lain kecuali tinggal di bangsal berkenaan kerana tidak mempunyai tempat tinggal tetap."Kehidupan kami sekeluarga tidak menentu dan malah saya sendiri tidak ada pekerjaan tetap untuk menanggung keluarga serta tidak mampu nak bina kediaman yang selesa untuk mereka berlindung."Saya amat berharap agar pihak berwajib dapat membantu kami bagi mendapat tinggal yang lebih selesa kerana saya sangat bimbang dengan keselamatan anak-anak kami yang masih kecil,"ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.Menurut Mohd Zainizam, isterinya merupakan Orang Kurang Upaya(OKU) juga tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak seberapa untuk menguruskan perbelanjaan rumah.Kisah keluarga ini mendapat perhatian pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas mendapat aduan daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Kemunting, Ustaz Basri.Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir dan Penolong Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Napisah Ismail bersama-sama dengan pihak Majlis Agama Islam Dan Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melakukan lawatan ke rumah keluarga malang berkenaan bagi melihat bentuk bantuan yang perlu disalurkan.Ustaz Zulkifli Kadir berkata pihaknya dengan kerjasama MAIDAM akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera bagi menjamin keselesaan dan keselamatan keluarga tersebut."Difahamkan pihak MAIDAM akan menanggung sewa rumah sementara menunggu proses permohonan rumah MAIDAM ataupun rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),"katanya.
06 Nov 18
112
Jabatan Amal Bantu JKM Agih Bantuan Banjir
Oleh: Abd MuhaiminSETIU, 5 November - Seramai sembilan orang anggota Jabatan Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri turun ke lapangan bagi membantu proses pengagihan barangan keperluan bekalan di 23 pusat pemindahan di Permaisuri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Pegawai JKM Setiu, Amizan Che Aziz berkata, barangan tersebut adalah sebagai persediaan awal bagi menghadapi musibah banjir."Ini adalah sebagai persediaan kerana kita khuatir pihak keselamatan akan terkandas akibat laluan yang tidak boleh dilalui."Barang akan dihantar ke pusat operasi bekalan di lima mukim dalam daerah Setiu melibatkan 23 pusat pemindahan di DUN Permaisuri. Barangan ini sebagai persediaan awal bagi menghadapi banjir," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, mengulas tentang operasi banjir di pejabat JKM Setiu, kelmarin.Menurutnya lagi, barang yang diagihkan adalah barang mentah masakan serta tikar dan selimut. Barangan ini akan diagihkan mengikut keperluan semasa di pusat pemindahan."Kita juga akan menempatkan pegawai bagi menguruskannya di setiap pusat pemindahan yang terdiri daripada wakil JKM, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan bantuan sukarelawan dari Khidmat Malaysia Permaisuri serta Unit Amal," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Khidmat Malaysia Setiu, Mohd Nor Hamid memberitahu, beliau menerima panggilan dari Pejabat Penyelaras DUN Permaisuri supaya mengerahkan anggota Jabatan Amal untuk hadir bagi membantu proses pemunggahan barangan tersebut di JKM Setiu."Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama membantu agensi kerajaan seperti JKM dalam menjadi sukarelawan khusus bagi membantu mangsa banjir di Permaisuri ataupun di peringkat daerah Setiu," tambahnya.Turut hadir menghulurkan khidmat sukarelawan, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Wahab dan Setiausaha Khidmat Malaysia Daerah Setiu, Fahmi Izzuddin Hasim.
04 Nov 18
807
Khairunnisa' Sokong Usaha Tambah Jumlah Pusat Jagaan Kanak-kanak
Khairunnisa sokong tindakan Kerajaan Persekutuan menambah jumlah pusat jagaan kanak-kanak.KUALA NERUS, 5 November - Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menyokong tindakan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menambah 50 pusat penjagaan kanak-kanak di bangunan kerajaan.Timbalan Pengerusi Khairunnisa', Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ianya bertepatan denganhasrat kerajaan negeri sebagaimana dalam manifesto PAS untuk membuka pusat nurseri di jabatan kerajaan.“Ianya adalah langkah ke hadapan untuk mengenal pasti sumbangan wanita kepada tenaga kerja."Dan memberi peluang kepada wanita bekerjaya untuk sentiasa dekat dengan anak mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Mujahidah 5.0 di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ), kelmarin.Menurutnya, pusat nurseri yang ditubuhkan di setiap agensi kerajaan akan dapat mengurangkan masalah ibu bapa yang bekerja seperti penderaan terhadap kanak-kanak."Ibu bapa yang bekerja akan rasa lebih selesa di tempat kerja tanpa rasa bimbang dengan penjagaan anak-anak mereka."Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka."Tambahan pula, dengan kemudahan ini, mereka dapat menyusukan sendiri anak-anak sesuai dengan kempen yang menggalakkan bayi minum susu ibu," jelasnya.
04 Nov 18
46
Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia Corak Hala Tuju Belia - Wan Sukairi
PU Amin (tengah) ketika menjawab soalan daripada hadirin yang hadir.KUALA TERENGGANU, 5 November - Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia memberikan pendekatan terbaik dalam mencorak hala tuju golongan belia di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, golongan belia merupakan aset negara pada masa depan."Forum perdana yang diadakan malam ini adalah usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan penglibatan anak muda dalam kegiatan ekstremisme."Forum ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan belia dan pemahaman berhubung konflik dan masalah ekstremisme," katanya ketika merasmikan penutup program jelajah itu di Kompleks Paya Bunga Square, semalam.Turut diadakan pameran interaktif, temuduga terbuka dan 'Focus Group Season' yang merupakan sebahagian aktiviti daripada program itu.Forum perdana bertajuk Islam Agama Syumul itu menampilkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali Pencetus Ummah (PU) Amin.Seramai kira-kira 100 penonton terdiri daripada orang awam dan pelajar mengambil peluang mendengar pengisian daripada forum tersebut.
04 Nov 18
44
Rumah Empat Sekeluarga Ranap Ditimpa Pokok
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 4 November - Empat sekeluarga menghadapi detik cemas apabila kediaman mereka dihempap pokok ketika hujan lebat serta angin kencang melanda Kampung Kubang Kurus, Chukai, di sini Jumaat lalu.Mangsa, Ismail Ibrahim, 57, berkata ketika kejadian kira-kira jam 5 petang, cuaca hujan lebat serta angin kencang, dia dan dua anaknya Noor Ismallyana Nadhierah, 24, dan Muhammad Ismasyafiq, 17, berada di ruang tamu, manakala isterinya, Roslina Idris, 68, berada di dapur sedang memasak.Katanya, tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat, menyebabkan isterinya bergegas berlari ke ruang tamu."Setelah memeriksa di luar kediaman, saya dapati sebatang pokok mempelam telah tumbang ke atas atap kediaman menyebabkan kesemua atap dan sebahagian dapur rosak teruk. Air mencurah-curah memasuki dalam rumah apabila hujan," katanya lagi.Menurut Ismail, biarpun sebahagian rumah rosak, mereka sekeluarga terpaksa terus berada di rumah itu sehinggalah mereka mendapat bantuan untuk membersihkan kawasan itu serta memulihkan kerosakan rumahnya.Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam kejadian pertama kali itu. Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Kurus, Nor Azam Ismail, berkata susulan insiden itu, pihaknya melaporkan kejadian kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk diambil tindakan segera.Katanya, kerja-kerja memotong pokok tumbang dilakukan sekumpulan petugas Flying Squad MPK, semalam.Manakala, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus turut mengunjungi kawasan kejadian dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa.Turut Hadir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/Mulitmedia dan Media Baharu i-MiTS Muhammad Azizi Zakaria, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki, dan Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS, Hamka Hashim.Khairuddin memberitahu, pihaknya akan membantu menyemak dan memproses maklumat untuk memohon menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan membaik pulih rumah berkenaan.
04 Nov 18
108
JPS Perlu Ambil Tindakan Segera Atasi Banjir Kilat Di Tok Kah
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN 4 November - Jabatan Parit Dan Saliran(JPS) perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan banjir kilat yang melanda kawasan berhampiran persimpangan jalan masuk ke Kampung Tok Kah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, beliau kesal dengan insiden banjir kilat akan yang sentiasa berulang sekiranya tiada tindakan diambil kerana masalah ini berlaku setiap kali hujan lebat. “JPS perlu melihat sistem perparitan di seluruh kawasan berhampiran banjir termasuk alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku sejak sekian lama di kawasan ini terutama bila tiba musim tengkujuh."Air bertakung di pintu masuk ke Tok Kah, air hujan yang tak dapat keluar ke longkang yang ada, menyebabkan ia melimpah, dan tidak bergerak," ujar beliau dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas meninjau tempat tersebut di sini pada 3 November.Beliau yang yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, pihaknya pernah mencadangkan supaya menebuk jalan utama untuk membuat saliran air sebagai satu cara mengelakkan banjir kilat berlaku." Kena tebuk jalan utama untuk mengalirkan air ke sebelah kilang industri kerana di sana ada longkang yang boleh mengalirkan air ke sungai.“Memang disediakan longkang daripada pintu masuk ke Tok Kah iaitu di Alur Rekam keluar ke Bemban tapi kaedah dia buat dok (tidak) kena, air dok turun ke sana, ke Sungai Bemban, menyebabkan air mari balik ke pintu masuk simpang ke Tok Kah."Sepatutnya kalau dia buat betul-betul, air akan terus ke Sungai Bemban tetapi dok, itu menyebabkan 'balik air' (air bertakung balik)," jelasnya lagi. Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap penduduk-penduduk sekitar yang terpaksa menanggung kesukaran ini akibat tidak ada tindakan bersungguh-sungguh daripada pihak yang bertanggungjawab.
04 Nov 18
96
Kelab Warga Emas, Tanda Kerajaan Cakna
Ghazali beramah mesra bersama warga emas.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 November - Penubuhan Kelab Warga Emas melalui Yayasan Pembangunan Keluarga, menjadi tanda kecaknaan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghargai golongan berkenaan.Perkara itu dinyatakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ketika ditemui pemberita, semasa hadir ke penubuhan Kelab Warga Emas, yang diadakan di Balairaya Bukit Besi, kelmarin.Ghazali Sulaiman berkata, kehadiran 100 orang warga emas di seluruh DUN Bukit Besi, menjadikan ia berjaya direalisasikan."Menyedari hakikat bahawa warga emas tidak boleh disia-siakan, pengalaman yang mereka ada boleh membantu dalam memajukan negeri."Penubuhan kelab ini menjadi medan untuk mereka bersuara kerana kebanyakannya merupakan pesara kerajaan yang memiliki pendapat dan idea yang baik untuk kemajuan bersama," ujarnya.Kelab yang ditubuhkan di seluruh DUN itu juga akan menjadi platform untuk warga emas bersosial serta berperanan dalam masyarakat."Mereka tidak boleh disisihkan, segala jasa dan keringat mereka di masa yang lampau harus dihargai. Disebabkan itu, saya amat menyokong penubuhan kelab ini."Mereka permata yang berharga dalam masyarakat," ucapnya.Warga emas berkumpul menyokong penubuhan kelab.Pada perjumpaan kali pertama itu, jawatankuasa kelab telah ditubuhkan untuk membantu kelab berkenaan agar lebih berfungsi.Dalam pada itu, Seramai 106 penghuni Rumah Ehsan (RE) turut diraikan masyarakat dalam Hari Bersama Pelanggan dan Temu Murni di bandar Al Muktafi Billah Shah, baru-baru ini.Majlis itu diadakan sempena Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang diisytiharkan pada 1 Oktober setiap tahun sebagai menghargai golongan itu.Pelbagai program dilaksanakan agar wujudnya interaksi di antara penghuni RE dengan masyarakat selain membuktikan kehadiran mereka dihargai oleh masyarakat.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Oktober, antaranya program mengacau bubur Asyura anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), solat hajat, tahlil dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan Pusat Giatmara Al Muktafi Billah Shah dan Paka.Kelab Warga Emas mampu sumbang idea kepada negeri.
04 Nov 18
554
Kempen Derma Darah Galak Rakyat Menyumbang
Derma darah satu usaha murni.KUALA TERENGGANU, 4 November - Lebih 50 penderma terdiri daripada kakitangan Yayasan Terengganu dan orang awam menghadiri Kempen Derma Darah yang diadakan di Dewan Besar Yayasan Terengganu, hari ini.Kempen yang dianjurkan oleh Kelab Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Kolej Kemahiran YT dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) itu telah bermula sejak tahun 2010.Yang Dipertua Kelab YT, Amiruddin Arifin berkata, kempen itu diadakan bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat terutama kakitangan kerajaan untuk menderma darah.Amiruddin galakkan kempen derma darah di kalangan kakitangan."Tahun demi tahun, kempen ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Usaha sebegini sebenarnya sangat membantu hospital mendapat bekalan darah mencukupi," katanya.Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan, Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Yusnira Mohamad Yusof memaklumkan bekalan darah di Terengganu adalah mencukupi."Bagaimanapun, pengumpulan darah perlu sentiasa dilaksanakan kerana penggunaan darah bagi negeri ini adalah sekitar 40-60 beg darah sehari."Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Biasanya musim ini, jumlah bekalan darah akan menurun kerana kurangnya penderma."Ini disebabkan masyarakat lebih tertumpu kepada perkara lain di samping waktu cuti bagi penuntut universiti yang mana mahasiswa antara penyumbang besar bank darah," katanya.Setiap bulan Unit Transfusi Darah biasanya menerima sekitar 1,200 hingga 1,500 penderma melalui kempen-kempen yang diadakan.Pengumpulan darah perlu berterusan.
04 Nov 18
164
Ibu Bapa Anak Istimewa Diseru Manfaatkan Kemudahan Kerajaan
Ibu bapa anak istimewa diseru manfaatkan kemudahan kerajaan.
KUALA TERENGGANU, 4 November - Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas diseru untuk menggunakan ruang dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu.
Isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan anak-anak istimewa mereka.
Antaranya program pemulihan dalam komuniti (PDK) merupakan 'one-stop centre' yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kemudahan infrastruktur dan program pemulihan untuk kanak-kanak atau orang kurang upaya.
“PKD juga berperanan sebagai tempat intervensi awal OKU, merupakan sumber maklumat OKU, pusat rujukan dan advokasi program-program berkaitan.
“Di Terengganu sahaja terdapat sebanyak 47 buah PDK yang beroperasi bagi membantu seramai 1,146 orang klien di pusat PDK dan 405 orang klien di rumah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Program Ilmu Keluarga @ LPPKN “Anak istimewa Satu Anugerah sempena program TePat (Terengganu Parenting Tour 2018) di Dewan Teater ,Wisma Darul Iman, hari ini.
Justeru itu, Hajah Zarani yang juga Setiausaha Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') mengucapkan terima kasih kepada LPPKN Negeri Terengganu kerana menjemput beliau merasmikan program pada hari ini.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, Muhamad Noh Abdullah.
04 Nov 18
206
Contohi Etika Pemakanan Rasulullah
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 4 November- Masyarakat diseru agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengikut tatacara pemakanan Rasulullah SAW bagi membebaskan diri daripada kanser yang menjadi pembunuh nombor satu masa kini.Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa), Siti Zaleha Mohamad berharap etika terpuji itu perlu menjadi ikutan orang ramai selain tidak terleka dengan kesibukan tugas seharian sehingga terlupa kepada kesihatan diri."Berubahlah daripada kebiasaan gaya hidup sebelum ini dengan mempraktikkan ajaran agama Islam juga dapat membantu mengekalkan kesihatan jasmani dan rohani."Dalam kita melakukan sembahyang lima waktu, membaca al-Quran, berzikir memberi ketenangan diri, dapat menghindar dan menyembuhkan penyakit," katanya.Isteri Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika merasmikan Majlis PenutupKesihatan Klinik, Klinik Kesihatan Kuala Dungun 2018 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), di sini, baru-baru ini.Siti Zaleha berkata, mengubah gaya hidup dengan menjadikan amalan pemakanan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dapat menjamin keberkatan serta manfaat daripadanya, sekali gus membentuk akhlak yang terpuji."Rasulullah akan celup jari ke dalam garam dan hisap sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan keracunan makanan."Biasakan diri berpuasa sunat, selain bersedekah dengan penuh keikhlasan juga meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta menyerlahkan keceriaan di wajah,"katanya.
03 Nov 18
32