lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Tiada Yang Terpinggir
Isteri ADUN Chukai, Zahiyah menziarahi Rosmira yang menghidap penyakit fibroid dan menyampaikan sumbangan.  Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 11 November - Masyarakat yang kurang bernasib baik akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada agensi dan jabatan kebajikan kerajaan.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Zahiyah Rahman berkata, pihaknya bersama kepimpinan setempat termasuk Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan turun sendiri melihat golongan masyarakat yang kurang bernasib baik ini."Semoga mereka semua mendapat bantuan sewajarnya daripada agensi-agensi kerajaan tertentu, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)."Seperti biasa juga kami akan turut sertai dalam program ziarah bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Chukai untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir,"katanya.Turut Hadir, Pembantu Hal Ehwal Wanita, (i-MiTS) DUN Chukai, Fatimah Ismail dan Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita, (i-MiTS), Noor Reha Jusoh.Menurut Zahiyah, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar menerusi Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan pembelaan.Sementara itu, dalam lawatan baru-baru ini, beliau mengunjungi Abdulllah Ali, 71, yang mengalami strok sejak tiga bulan lalu lalu, manakala anaknya Mohamad Samsuari, 52, pula sakit batu karang dalam hempedu sejak tiga tahun.Seorang lagi penduduk yang sempat dikunjungi,  Rosmira Omar, 48, mengalami sakit fibroid.Sementara itu, Noor Reha memberitahu kes berkenaan akan segera dipanjangkan kepada JKM dan MAIDAM untuk tindakan selanjutnya.''Saya berharap bantuan dan kunjungan ini sedikit sebanyak dapat membuka jalan penyelesaian dan meringankan beban mereka,"katanya.
10 Nov 18
35
Empty Image
Operasi Cari Mayat Polis Lemas Dipergiat
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 11 November- Operasi mencari dan menyelamat polis yang lemas ketika mengejar suspek yang diburu polis dalam Sungai Penyiram, Durian Mentangau di sini, semalam, terus dipergiatkan.Penguasa Bomba Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu, PGB Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, operasi hari ini (semalam) melibatkan seramai 67 anggota pelbagai jabatan termasuk pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam, JBPM dan penduduk kampung."Hari ini kita buat operasi lebih kepada permukaan sungai disebabkan arus terlalu deras dan juga kedalaman sekitar 4 hingga 5 meter."Namun pihak penyelamat akan turun menyelam sekiranya ada tanda mayat mangsa di mana - mana kawasan sungai,"katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.Kasyfi berkata, operasi akan diteruskan lagi bermula jam 3 petang dengan tambahan bot dan anggota penyelamat.Menurutnya, setakat tengah hari tadi, pasukan penyelamat hanya menggunakan dua buah bot penyelamat, tetapi 10 buah bot lagi akan turut serta dalam operasi pada waktu petang."Kita juga telah pecahkan pasukan kita kepada tiga kawasan menyelamat dan percaya mangsa masih berada sekitar kawasan ini."Saya juga meminta bantuan orang kampung untuk memasang pukat merentangi sungai untuk memudahkan operasi menyelamat hari ini, "tambah beliau lagi.Sementara itu, tinjauan media Urusetia penerangan Darul Iman di lokasi kejadian mendapati keluarga mangsa masih menunggu di bawah khemah khas yang disediakan pasukan keselamatan.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam (9 November) itu, Konstabel Wan Mohd Ariff Wan Yahaya, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka dan suspek berusia 39 tahun, dikatakan tergelincir dari tebing sungai itu.Sebelum kejadian, anggota polis terbabit bersama tiga rakan setugas, Koperal Mohd Sayuti Sani, 35, Koperal Mohd Nor Fazli Ibrahim, 31 dan Konstabel Zazali Omar, 33, sedang dalam operasi memburu suspek.Suspek dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Kampung Limbong di sini, dan melarikan sebuah kenderaan Perodua Kembara, pada 8 November lalu.Berikutan itu, empat anggota terbabit dikatakan membuat risikan dan hasil maklumat mendapati suspek bersembunyi di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.Ketika tiba di rumah terbabit, anggota polis menemui kenderaan yang dilaporkan hilang dan turun untuk membuat pemeriksaan, bagaimanapun suspek melarikan diri, sebelum mangsa Wan Mohd Arif mengejar suspek dan sebaik tiba di lokasi kejadian yang gelap, mereka dikatakan tergelincir dari tebing setinggi lima meter dan terjatuh ke dalam sungai.
10 Nov 18
91
Empty Image
Khidmat Kaunseling Sistem Sokongan Masyarakat
Alias Harun berucap merasmikan Seminar Santai Minda Keluarga.Oleh: Aslam WiraMARANG, 9 November - Bagi memperkukuh dan memartabatkan lagi pembudayaan dan promosi, perkhidmatan kaunseling menjadi salah satu sistem sokongan kepada masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Haji Alias Harun berkata, kesedaran masyarakat mengenai kewujudan kaunselor dan kepentingan perkhidmatan kaunseling profesional dalam masyarakat perlu ditingkatkan."Kesejahteraan psikologi (subjective well-being) merupakan salah satu penanda aras kepada tahap pencapaian kesejahteraan sesebuah negara.“Namun begitu, aspek ini kurang diberi perhatian secara serius oleh masyarakat menjadikan konsep kesejahteraan tidak lengkap dan kurang menyeluruh terutama dari aspek kesejahteraan keluarga," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Santai Minda Keluarga anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu di Bilik Seminar Pusat Khidmat Setempat (PKS) OKU Marang, Sungai Kerak, Marang, semalam.Difahamkan, "Perkhidmatan Kaunseling Profesional Pemangkin Kesejahteraan" telah dipilih sebagai tema sempena menyambut Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2018.Sehubungan itu, menurutnya, program tersebut bertujuan untuk mempromosi, menyebarluas serta membudayakan perkhidmatan kaunseling profesional sebagai usaha terbaharu dalam mendidik dan memberi khidmat sokongan kaunseling kepada masyarakat."Selain itu, ia juga dapat mengurangkan stigma masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling yang terhad dan kepada orang bermasalah sahaja," jelasnya.Turut diselitkan, Forum Bicara Santai yang disampaikan oleh Kaunselor Institut Perguruan Sultan Mizan, Siti Hajar Ahmad dan Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Dr Kamarul Md Shah.Seramai 60 orang peserta menghadiri program tersebut.Hadir sama, Pengarah LPPKN, Mohamad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Asma Mahidin.
09 Nov 18
415
Empty Image
Kerajaan Negeri Timbang Cadangan Jambatan Baru Sri Bayas
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Abd Muhaimin Setiu 9 November-Kerajaan negeri akan menimbang kembali cadangan pembinaan jambatan baru bernilai RM10 Juta oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Saliran (JPS) Setiu yang telah diangkat permohonannya sebelum ini masih belum diluluskan oleh kerajaan terdahulu di Kampung Sri Bayas, Permaisuri, Setiu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamat Puteh berkata beliau hanya mengetahui cadangan pembinaan jambatan yang telah diangkat permohonan ke kerajaan negeri sebelum ini melalui Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir."Jambatan ini memerlukan perbelanjaan yang besar, satu beban juga kepada kerajaan negeri dalam keadaan sekarang kerana kita menghadapi masalah kekurangan bajet, tetapi sekiranya ada bajet yang mencukupi... In Sha Allah kita boleh buat."Alternatif lain bahawa projek ini perlu juga dibawa ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana kita lihat kawasan ini adalah kawasan luar bandar dan kerajaan negeri akan berikhtiar supaya KPLB boleh menimbangkan permohonan daripada penduduk terbabit,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas meninjau masalah yang dihadapi  penduduk Kampung Sri Bayas dan sekitarnya berkaitan laluan utama jambatan yang sering dinaiki air terutama pada musim tengkujuh.Turut  hadir, Pegawai Pejabat Daerah Setiu, Rosdi Awang; Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Wan Sulong; Jurutera Daerah JPS Setiu, Puan Aisyah Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri,  Ustaz Zul Bhari Abd Rahman.Menurut rekod, Kampung Sri Bayas merupakan antara kawasan yang sering dinaiki air ketika musim tengkujuh dan penduduk akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Besut sekiranya paras air semakin meningkat.Perkampungan ini menempatkan seramai 64 keluarga sering terkandas apabila kediaman mereka terputus hubungan kerana jambatan utamanya yang menghubungkan kampung terbabit dengan bandar ditenggelami air setiap kali banjir melanda.Jambatan sepanjang 30 meter itu kerap tenggelam setiap kali air sungai meningkat melebihi satu meter.
09 Nov 18
759
Empty Image
Isteri Ahli Parlimen, DUN Dan Penyelaras DUN Dilantik Sebagai Ibu Angkat Taska Permata
Hajah Rugayah Mahmood (berniqab) selepas menerima sijil pelantikan sebagai salah seorang ibu angkat Taska Permata KeluargaOleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 4 November- Isteri-isteri Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Penyelaras DUN telah dilantik sebagai ibu angkat kepada Taska Permata Keluarga seluruh negeri ini.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood berkata, Taska Permata sebelum ini dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. "Tetapi kini, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu telah melantik kami sebagai penasihat kepada Taska Permata di DUN masing-masing", ujarnya ketika dihubungi pemberita.Rugayah dan beberapa orang lagi telah menerima watikah pelantikan sebagai ibu angka Taska Permata Keluarga di Majlis Hafaz Muqaddam Dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Dungun yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Dungun, baru-baru ini.Menurut Rugayah yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa’), Taska Permata Keluarga Pulau Serai yang menempatkan 21 kanak-kanak adalah satu-satunya Taska Permata yang terdapat di DUN Rantau Abang yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
07 Nov 18
462
Empty Image
MPKK Siap Siaga Hadapi Banjir
Wan Sukairi meninjau kawasan yang berpotensi banjir di DUN Wakaf Mempelam.Oleh: Azizah MahmoodKUALA TERENGGANU, 7 November - Sesetengah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mula melakukan persediaan awal dalam mengelakkan  banjir kilat dan limpahan air ketika hujan lebat dengan mengambil pelbagai langkah dan usaha.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah memuji tindakan MPKK Kampung Wakaf Mempelam yang menyewa mesin 'case' untuk membersihkan aliran longkang dan saliran. "Ini merupakan satu langkah yang amat baik kerana penting bagi setiap MPKK mengawal selia tempat- tempat berpotensi tersekat aliran air,” katanya ketika meninjau beberapa tempat berisiko di dalam DUN Wakaf Mempelam, semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mendapat makluman bahawa MPKK Padang Sena, Gong Pauh dan Kubang Tangga bergabung membersihkan persekitaran perumahan Taman Sri Nilam.Parit yang tidak diselia baik akan menyekat aliran air."Pada cuti perayaan Deepavali ini, beberapa MPKK mengambil kesempatan melakukan gotong royong membersih longkang dan parit tersumbat sebagai langkah pencegahan banjir. Salah satunya di Kampung Losong Atap Zing. Pengerusinya, Saudara Mohd Azhan Haji Suhaili turut mengadakan gotong royong membersih perparitan sekitar Kampung  Losong Atap Zing," katanya.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Wakaf Mempelam, Saudara Azmi Ali berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan kawasan ke Kampung Kayu Tinggi dan sekitarnya, berhampiran jalan utama kampung dikelilingi sawah terbiar. "Di sini, air sering melimpahi jalan apabila hujan lebat. Jadi, kami memperdalam sawah terbiar dan membersihkan perparitan sedia ada bagi mengelakkan air hujan melimpah ke rumah- rumah berdekatan,”  ujarnya. MPKK memulakan langkah mengawal kawasan yang berpotensi dinaiki air.
06 Nov 18
75
Empty Image
Gabungan Jentera Kerajaan Dan Parti Kuatkan Skuad Banjir
Dr. Azman IbrahimOleh: Dzakaria Mohd Salleh,Nurul Robiatul HidayahSETIU 6 November- Gabungan jentera kerajaan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan parti memberi kekuatan kepada skuad banjir  dalam memberikan khidmat terbaik bagi membantu dan menyelamat mangsa yang terlibat pada musim tengkujuh kali ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata gandingan ini akan mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.“Semua agensi kerajaan dan jentera parti perlu sama-sama bantu terutama keadaan musim hujan yang melanda negeri sekarang dan saya difahamkan bahawa perhatian sewajarnya diambil dengan kerja-kerja bagi mengelakkan banjir telah dijalankan sebaik mungkin. “Bagi DUN Jabi sendiri, semua jentera yang terlibat dengan  banjir juga telah bersiap sedia dan berada dalam ‘mode standby’ serta diaktifkan termasuk kawasan berisiko banjir telah dikenal pasti dan pengkalan hadapan untuk bekalan logistik telah bersedia pada bila-bila masa,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika dihubungi.Tambahnya lagi, pusat pemindahan telah disenaraikan bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk yang menjadi mangsa banjir untuk berpindah.Program gotong royong bersama  penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan bagi mengelakkan air bertakung.Beliau turut mengucapkan tahniah diatas sikap penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan yang mengadakan gotong royong mencuci parit bagi memudahkan aliran air bertakung."Kita tak ada kuasa nak elakkan banjir tapi kita buat apa yang patut supaya aliran air lancar dan saya ucapkan terima kasih pada MPKK yang terlibat dalam gotong royong ini telah dijayakan dengan semangat silaturrahim,”ujarnya.
06 Nov 18
57
Empty Image
Kemasik Buat Persiapan Awal Hadapi Banjir
Penduduk bekerjasama mengangkut barang untuk disimpan di pusat pemindahan di Balai Raya Kg Labohan, Kerteh. Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 7 November - Penduduk bersama jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik bergotong-royong mengangkat dan menyimpan barang keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, sejak Ahad lalu.Terdapat lima pusat pemindahan sementara banjir di Kemasik, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung (Kg) Labohan, Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon, Masjid Batu Putih di Kg Batu Putih dan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Chabang.Pengerusi MPKK Kg Labohan, Mohd Nor Abd Samad berkata, pengagihan barang keperluan harian kepada mangsa daripada agensi seperti Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan diagihkan menerusi jawatankuasa MPKK setiap kampung terlibat supaya berjalan lancar."Banjir di Kg Labohan ini adalah (berkadar) serta-merta, jadi dengan bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara  ini, dapat kita berikan kepada yang memerlukan dengan segera," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balai Raya Kg Labohan, Kerteh, di sini, semalam.Mohd Nor berkata, MPKK juga akan segera menghubungi pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang supaya semua mangsa yang terlibat mendapat pembelaan sewajarnya."Ribuan terima kasih juga diucapkan, khususnya kepada YB (Yang Berhormat) ADUN Kemasik (Ir Saiful Azmi Suhaili) dan JKM Kemaman kerana terus komited menjalankan tugas di musim banjir untuk kemudahan penduduk kampung," katanya.Sebelum itu, MPK turut mengagihkan bantuan yang sama di Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon dan Masjid Batu Putih di Kg Batu Putih.Pengagihan barang untuk persiapan awal banjir di Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon.
06 Nov 18
112
Empty Image
Tangani Segera Masalah Kerosakan Lif Flat PPR Hiliran-ADUN Bandar
ADUN Bandar mendengar keluhan beberapa penduduk Flat PPR Hiliran yang terpaksa berhadapan dengan kerosakan lifOleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Hiliran dengan seberapa segera.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bandar, Ahmad Shah Mohamed berkata , aduan mengenai kerosakan lif merupakan permasalahan utama penduduk kerana flat ini bukan hanya melibatkan tiga atau empat tingkat, tetapi ianya melibatkan tujuh belas tingkat.Jelasnya, kerosakan yang sering berlaku pada ketiga-tiga blok rumah pangsa setinggi 17 tingkat tersebut telah menyukarkan kehidupan seharian penduduknya“Fokus kami ialah mengenai kerosakan lif dan beberapa perkara berkait keselamatan dan seumpamanya.“Bagi mereka yang berada di tingkat yang paling atas, sekiranya berlaku kerosakan lif, ianya amat menyukarkan terutama bagi  golongan yang uzur, warga emas dan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan lif untuk urusan turun dan naik ke flat terutamanya waktu pagi ketika masing-masing sibuk untuk urusan ke sekolah dan tempat kerja,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) setelah meninjau keadaan yang berlaku di PPR Flat Hiliran bersama  Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PPR Hiliran dan ahli jawatankuasanya.Menurut Ahmad Shah, beliau telah membuat tinjauan ke kawasan perumahan tersebut apabila mandapat aduan dari penduduk.“Doakan supaya kami dapat menyelesaikan masalah ini dan saya selaku ADUN Bandar bersama-sama rakan-rakan dari MPKK akan berusaha untuk menyelesaikan dan membawa aduan masyarakat kepada pihak yang bertanggungjawab  yang menguruskan Flat PPR Hiliran ini,”katanya.
06 Nov 18
772
Empty Image
Saluran Air Dibina Atasi Banjir Di Kampung Dendang
Kerja-kerja meratakan laluan sebelum diturap sedang rancak dijalankan selain pembinaan saliran air di kawasan terlibat. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 7 November- Kerajaan negeri akan membina saluran air untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering membelenggu penduduk di Kampung (Kg) Dendang, Bukit Besi, di sini, saban tahun apabila tibanya musim tengkujuh.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, masalah yang sudah lama dihadapi itu akan diatasi segera dengan pembinaan kemudahan yang menelan kos kira-kira RM10,000 bagi mengelak air tersekat dan penyebab banjir."Kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah penduduk dan kecaknaan kerajaan untuk mensejahterakan serta memberi keselesaaan kepada rakyat tidak boleh dipandang mudah."Kita akan mendapat peruntukan dari Majlis Daerah Dungun untuk disalurkan kepada DUN bagi membuat saluran air keluar, kerana setiap kali hujan air akan bertakung serta menenggelamkan rumah penduduk di sini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau projek berkenaan, di Kg Dendang, kelmarin.Ghazali meninjau kerja-kerja membersih dan meratakan jalan laluan di Kampung Dendang, kelmarin.Ghazali berkata, selain pembinaan saluran itu, pihaknya juga akan menurap jalan tar di kawasan itu untuk keselesaan penduduk sekitar.Menurutnya, walaupun kos bagi menyediakan kemudahan itu hanya sekitar RM10,000 dan dikategorikan sebagai projek kecil, tetapi manfaatnya begitu besar kepada penduduk."Lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan yang tidak menentu ini, pastinya dapat menghilangkan kegusaran penduduk di sini. Selama ini ianya begitu menyusahkan penduduk, apatah lagi mereka perlu memakir kereta jauh dari kediaman kerana masalah kawasan kediaman yang ditenggelami air apabila hujan lebat. "Kita harapkan agar projek ini akan menjadi bukti bahawa kerajaan serius menyelesaikan masalah rakyat dan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang boleh menyebabkan bencana banjir," kata beliau lagi.
06 Nov 18
186