Artikel "Komuniti" Terkini
Terengganu Bina Momentum Baharu, Kerjasama MPKK-JKKR
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 14 November - Kerajaan Terengganu bergerak ke arah momentum baharu apabila menjalin persefahaman dengan Felda untuk melibatkan penyertaan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) berkuat kuasa serta merta.Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Felda Wilayah, Mohd Helmi Fahkzan Abdul Wahab dan Pegawai Khas Menteri Besar bagi Hal Ehwal Tanah Persekutuan, Naraza Muda.Dr. Azman berkata, pihak pengurusan tertinggi Felda telah bersetuju supaya Pengerusi MPKK menjadi anggota JKKR yang sebelum ini dianggotai ketua-ketua blok dan dipilih secara demokrasi oleh peneroka tanah rancangan tersebut.Katanya, kedua-dua keanggotaan itu berfungsi untuk menjaga kepentingan peneroka termasuk dalam hal kebajikan, pembangunan dan keperluan setempat.Menurutnya, MPKK adalah struktur pentadbiran negeri yang berada di peringkat paling bawah untuk menjadi agen penyampai kerajaan negeri."Struktur pentadbiran Felda pula berbeza dengan pengurusan kampung biasa sebab Felda ada pentadbiran sendiri yang dipanggil JKKR," jelasnya.Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan Felda perlu diselaraskan supaya tidak ada ruang kosong berlaku sehingga menimbulkan masalah kepada peneroka."Jadi kalau MPKK bergerak satu hala, JKKR pula bergerak ke arah satu hala yang lain, di situ dia akan tinggalkan satu ruang kosong."Ruang kosong ini kita mahu tiadakan dengan cara kita libatkan MPKK ke dalam JKKR," jelasnya lagi.Justeru, beliau mengharapkan kerjasama itu memberi manfaat kepada kira-kira 7,459 orang peneroka dan 60,000 isi rumah di 21 tanah rancangan Felda seluruh negeri Terengganu.Sementara itu, Mohd Helmi Fahkzan menyokong penuh jalinan kerjasama itu sambil berkata, kedua-dua belah pihak perlu memanfaatkan perkara positif untuk kebaikan peneroka Felda dengan mengenepikan fahaman politik.Terdapat 50 MPKK yang terbabit dengan tanah rancangan Felda dan akan bekerjasama dengan 20 JKKR seluruh negeri Terengganu.
13 Nov 18
79
Premis Kerajaan Jadi Pusat Menghubung Rakyat
Ghazali (tengah) bergambar bersama pegawai yang hadir sempena taklimat i-Suri, di Dewan Sivik Kuala Jengai,Bukit Besi, di sini, kelmarin. Add captionOleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 November- Bangunan dan premis kerajaan seperti dewan sivik dan dewan orang ramai mampu berperanan sebagai pusat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kemudahan yang disediakan kerajaan itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai tempat untuk menyampaikan segala dasar dan polisi kerajaan kepada rakyat."Di samping itu boleh juga diadakan program yang berbentuk dialog, diskusi dan pelbagai program kemasyarakatan lain yang boleh mendatangkan faedah pada semua lapisan masyarakat dan komuniti setempat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program taklimat i-Suri yang diadakan di Dewan Sivik Kuala Jengai, Bukit Besi, di sini, kelmarin. Ghazali berkata, dewan serbaguna itu berfungsi dan berperanan sepenuhnya sebagai tempat penyatuan masyarakat."Gunakanlah ianya seoptimun yang mungkin sebagai perantaraan bagi mewujudkan keharmonian perhubungan di antara masyarakat dan kerajaan. Ianya juga sebagai tempat untuk rakyat bersuara," kata beliau.Menurutnya, tanpa penggunaan yang seoptimun mungkin, ianya akan menjadi satu pembaziran, apatah lagi dibangunkan dengan menggunakan duit rakyat dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.Mengulas mengenai dana i-Suri, Ghazali menyambut baik pelaksanaan manifesto berkenaan yang disifatkan membantu kebajikan wanita di seluruh negara dengan caruman sukarela menerusi insentif khas kerajaan untuk surirumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
13 Nov 18
61
Ibu Bapa Disaran Daftar Anak OKU Dengan JKM
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 11 November- Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) disaran mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan anak mereka menikmati pelbagai manfaat dan kemudahan yang disediakan kerajaan.Ahli Jawatankuasa Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS(Khairunnisa’), Hajah Rugayah Mahmood berkata, ibu bapa seharusnya mengikis perasaan malu bagi memastikan anak istimewa dianugerahkan Tuhan itu mendapat pembelaan sewajarnya.“Tidak semua ibu bapa atau penjaga yang mahu mendaftar anak-anak OKU mereka dengan JKM."Sedangkan jika berdaftar dengan JKM, anak istimewa ini akan dilatih mengikut tahap mereka sehingga ada yang lebih pandai berbanding insan biasa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas Khairunnisa’ mengadakan ziarah prihatin ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Rantau Abang dan Sura, semalam.Rugayah berkata, lawatan itu bertujuan melihat lebih dekat dan mengenalpasti kerjasama yang boleh dijalinkan oleh Khairunnisa’ dengan PPDK di DUN masing-masing. "Antaranya adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan prasarana dan kemudahan di PPDK untuk keselesaan pelatih-pelatih,” ujarnya.Sementara itu , Penyelia PPDK Bandar Dungun, Noor Azita Ismail berkata, PPDK tersebut ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah seliaan JKM Daerah Dungun. "Kini pelatih OKU disini adalah seramai 85 orang yang mana 50 orang hadir ke PDK dan 35 orang mengikuti program lawatan susulan di rumah,” ujarnya.Beliau yang telah 13 tahun mencurah bakti di situ dibantu lapan guru yang gigih dan berdedikasi dalam menunjuk ajar pelatih-pelatih selain ahlijawatankuasa yang sangat mengambil berat terhadap pelatih di PPDK itu. Manakala PPDK Bukit Merah di DUN Rantau Abang yang mempunyai 29 pelatih pula diselia oleh Yusmanifariza Mohamad.Menurut Yusmanifariza, pihaknya hanya membuat lawatan ke tujuh buah rumah pada setiap Khamis dan pelatih yang lain mampu hadir ke kelas.“Memandangkan di PPDK ini pelatih OKU hanya yang mempunyai masalah pembelajaran, ada yang datang sendiri tanpa perlu dihantar oleh penjaga,” ujarnya.
11 Nov 18
1070
Contohi Rasulullah Santuni Ibu Tunggal
Kamaruzzaman Abdullah.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 12 November - Rasulullah SAW melazimi amalan menziarahi janda atau ibu tunggal untuk membantu mereka.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah berkata, tindakan Rasulullah SAW itu dilakukan kerana golongan ibu tunggal mengalami kesusahan akibat hilang tempat bergantung."Golongan ibu tunggal perlu dibantu, mereka mengalami kesusahan kerana pelbagai faktor. Ini antara tindakan yang perlu dicontohi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Masjid, Imam dan Bilal Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, pagi ini.Hampir 2,000 peserta yang hadir terdiri daripada MPKK, Jawatankuasa Masjid, dan Imam dan Bilal seluruh daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
11 Nov 18
113
Ahmad Shah Pelawa Orang Ramai Ke Pusat Khidmat & i-MiTS DUN Bandar
ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed meraikan warga DUN Bandar dengan jamuan tengahari.KUALA TERENGGANU, 12 November - Orang ramai terutama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, dipelawa menggunakan Pusat Khidmat Masyarakatnya jika ingin mendapat maklumat semasa tentang Kerajaan Negeri Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, komitmen beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih mahu berkhidmat tanpa mengira kaum dan agama.Malah, menurutnya, para pengundi di DUN Bandar boleh memberi pandangan serta cadangan demi kepentingan rakyat.“Kita harap kepada masyarakat pengundi di DUN Bandar dapat menggunakan Pusat Khidmat ini sebagai tempat untuk saluran mendapat maklumat antara rakyat dengan kerajaan. “Mereka (rakyat) boleh datang untuk memberi cadangan dan pandangan, dan apa-apa permasalahan kita cuba selesaikan, insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Pembukaan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, 7 November lalu.Katanya, komitmen kerajaan baharu Terengganu ini lebih matang dan tidak melakukan diskriminasi kepada rakyat umum.“Kita mahu berkhidmat kepada rakyat, tidak kiralah mereka itu dari parti mana dan agama apa. Mereka yang jadi pengundi di sini adalah rakyat Terengganu yang perlu disantuni.“Jika rakyat ada masalah datanglah mengadu ke pejabat DUN Bandar ini dan kita akan cuba selesai mengikut saluran kerajaan,” jelasnya.Menjawab persoalan mengenai sebarang kemungkinan berlaku banjir di Terengganu, katanya tindakan dan persiapan negeri umumnya dalam keadaan bersiap-siaga.“DUN Bandar ini tidak bermasalah sangat dengan banjir. Sebab kita di tempat yang agak tinggi dan jika berlaku masalah banjir pun kerana air (laut) pasang besar. “Biasanya berlaku di sekitar Kampung Losong melibatkan beberapa buah rumah penduduk berhampiran Sungai Kuala Terengganu. Kita (kerajaan) juga telah membuat persediaan untuk menghadapai sebarang kemungkinan itu,” ujarnya.Hadir sama meraikan majlis itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri iaitu Muhyidin Abdul Rashid, veteran PAS, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan ramai lagi.Sempena majlis kesyukuran itu, turut diadakan jamuan rakyat yang dihadiri hampir 2,000 orang dari pelbagai peringkat umur dan jantinannya.
11 Nov 18
134
Manfaat Masa Di Alam Persekolahan Dengan Ilmu
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN 11 November- Pelajar-pelajar disaran menggunakan masa sewaktu berada di alam persekolahan dengan memantapkan kefahaman dalam pelbagai bidang ilmu yang bermanfaat.Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Alias Harun berkata ilmu Al-Quran mestilah menjadi agenda utama ketika menuntut ilmu." Mantapkan ilmu, ke tepikan sebarang fahaman-fahaman 'isme' barat yang cuba memesongkan kita daripada Islam. " Pelajar hari ini adalah penyambung kepada perjuangan Islam jadi, anda adalah aset yang amat penting kepada Islam, " ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di majlis Graduasi Tingkatan Lima Sekolah Menengah Islam Darul Bayan di sini, baru-baru ini. 45 orang pelajar telah menerima sijil masing dan lima orang pelajar telah dianugerahkan pelajar cemerlang di majlis tersebut.Tambah Alias, yang merupakan mantan guru, mereka(pelajar) perlu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya berjaya menyambung ke universiti. "Ingat, jasa ibu dan ayah, hargai pengorbanan mereka dan gembirakanlah mereka, " ujar beliau.
11 Nov 18
224
Bangsal "Nyadat" Mampu Tarik Pelancong
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 10 November - Industri 'nisan' (manisan) di Kampung Jenang mampu menjadi salah satu produk pelancongan menarik setelah diberi nafas baharu sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini. Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut antara yang menjadi keutamaan ialah dengan menyediakan pelbagai prasarana bagi keselesaan pengunjung.Katanya, memandangkan Kampung Jenang juga terkenal dengan perusahaan tradisional, beliau yakin industri ekopelancongan mampu dikembangkan untuk menjana ekonomi penduduk.“Pelbagai aktiviti seperti menyusuri sungai Marang juga perlu turut dihidupkan semula."Kita mengharapkan supaya Mr Alex selaku Timbalan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu untuk memberi satu penekanan dan kesungguhan untuk menghidupkan semula program "River Cruise" ataupun menyusuri Sungai Marang kerana kita memiliki banyak produk warisan di sepanjang sungai ini.Beliau yang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Amal Kekalkan Warisan Gula Nisan (Manisan) anjuran Amanah Raya Berhad di Kampung Jenang,semalam.Turut hadir Ketua Bahagian Hal Ehwal Koporat Amanah Raya Berhad Nik Sarina Nik Idris.Sementara itu Nik Sarina Nik Idris berkata, program yang diadakan itu merupakan salah satu inisiatif untuk mendekati masyarakat khususnya golongan yang memerlukan. “Sumbangan yang diserahkan adalah bagi membantu kerja-kerja pemuliharaan dan menaiktarafkan kawasan bangsal agar warisan berkenaan dapat diteruskan selain mampu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Terengganu khususnya ke Kampung Jenang.Pada majlis itu, Amanah Raya menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada pengusaha dan pemilik bangsal tersebut, Azman Husein, 48, yang lebih dikenali sebagai Pak Man.
11 Nov 18
95
Ulat Bungkus Ancam Tanaman Sawit
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 9 November- Beberapa kawasan tanaman kelapa sawit terutamanya di Felda Kertih 5, di sini, adalah antara kawasan serius diancam ulat bungkus.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Abd Hamid berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pokok sawit terlibat antara 30 dan 50 peratus."Masalah ini melibatkan sejenis ulat parasit (ulat bungkus) yang hinggap serta menyerang pokok kelapa sawit. "Walaupun bersaiz kecil, ia boleh menjejaskan keseluruhan pelepah sawit daripada pokok ke pokok dengan merosakkan daun hijau sehingga kering."Serangan ulat bungkus yang memakan daun sawit menjejaskan keluaran tandan dan menyebabkan pendapatan para peneroka akan terjejas," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.Sementara itu, Pengurus Felda Kertih 5, Mohd Faisal Fauzi ketika memberikan taklimat kepada Che Alias berkata, serangan ulat bungkus boleh merosakkan permukaan daun sawit sehingga menjadi kering dan reput. "Ulat bungkus merebak melalui angin, daun sawit yang bersentuhan dan bawaan jentera ladang."Masalah ini berlarutan apabila terdapat ladang dan peneroka yang tidak mengambil langkah-langkah kawalan terhadap serangan ulat bungkus di peringkat awal menyebabkan serangan merebak dan mengancam pengeluaran hasil sawit," katanya.Justeru, Ustaz Che Alias bercadang membawa isu ulat bungkus ke Parlimen dan berharap kerajaan dapat membentangkan cadangan komprehensif dalam menyelesaikan masalah ancaman serangan ulat bungkus bagi jangka pendek dan panjang.
10 Nov 18
777
Ibu Bapa Perlu Dapatkan Suntikan Vaksin Kepada Anak-Anak
Oleh : Ahmad FadhilahMARANG, 10 November - Kerajaan negeri mahu masyarakat lebih peka untuk mendapatkan suntikan vaksin kepada anak-anak dari semasa ke semasa bagi memastikan penyakit berjangkit termasuk demam campak yang kian menular dapat dikekang dengan serius.Tiga daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Setiu mencatat 101 kes demam campak atau measles sejak Januari lalu hingga kini, berbanding hanya 17 pada sepanjang tahun lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, tanpa suntikan vaksin mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko penyakit berkenaan."Masyarakat dinasihatkan terus mendapatkan suntikan imunisasi sebagai inisiatif mengurang dan menghalang pelbagai penyakit berjangkit khususnya demam campak yang sedang merebak di kawasan Marang sejak September lalu."Ibu bapa jangan bersikap negatif sehingga tidak mahu dan tidak membenarkan anak mereka untuk mengambil suntikan vaksin,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI )selepas Majlis Perasmian Program Ceramah Kesihatan Penyakit Berjangkit iaitu Demam Campak di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini, semalam.Program tersebut dianjurkan oleh kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (iMiTS) DUN Alur Limbat dan IMiTS DUN Bukit Payung serta Klinik Kesihatan Marang.
10 Nov 18
37
Pelajar Perlu Manfaat Masa Sertai Program Komuniti
Azbi memasang plak sebagai simbolik merasmikan Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut.Oleh : Saifullah JusohBESUT, 11 November - Pelajar perlu memanfaatkan masa dengan menyertai program bersama masyarakat sekeliling sebagai mengimbangi keperluan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pelajar perlulah menggunakan masa muda ini untuk berkhidmat kepada komuniti yang mampu menjadi antara jihad dalam agama Islam."Selain berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik, para pelajar juga perlu menitik beratkan tentang ilmu agama. Hal ini kerana dengan adanya ilmu ataupun asas-asas agama dalam diri, pelajar tidak akan mudah terjerumus dalam perkara-perkara yang mendatangkan mudarat kepada diri dan masyarakat,"katanya.Beliau berkata ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut, di sini, semalam.Turut hadir dalam program itu, Pengarah Kolej Vokasional Besut, Abdullah Zawawi Yahya, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun, Nik Ma Nik Adek dan Pengerusi MPKK Sri Penag,a Nik Amri Abdullah.Program sehari itu anjuran Kolej Vokasional Besut dengan kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun dan Kampung Sri Penaga.
10 Nov 18
111