Artikel "Komuniti" Terkini
RM200 Ribu Sasaran Bantuan Kemanusiaan Yaman
Ustaz Nasaruddin Othman.KUALA NERUS, 17 November - Tabung Dana Kemanusiaan Yaman mensasarkan kutipan sebanyak RM200 ribu untuk dihantar ke negara yang sedang dilanda konflik itu pada bulan Disember ini.Ia adalah ikrar dan muafakat empat badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengurangkan penderitaan dan kelaparan yang sedang melanda penduduk di negara itu.Ahli Jawatankuasa Sekretariat Misi Kemanusiaan Yaman, Ustaz Nasaruddin Othman berkata, setiap NGO yang terlibat mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50 ribu.“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan hantar sendiri bantuan yang dikumpulkan dalam setahun ini, kemungkinan besar pada bulan Disember.“Tapi tarikh belum ditentukan dan jumlah kita sasarkan melebihi RM200 ribu,” katanya yang juga anggota NGO Yemen Care.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Yaman di Sabasun 2, Gong Badak, semalam.Katanya, sumbangan tersebut adalah untuk membekalkan keperluan hidup yang sangat dibutuhkan mereka. Antaranya adalah makanan asasi, sumber air dan pendidikan di samping ubat-ubatan kerana ada penyakit yang melarat di sana.“Kita fokuskan juga kepada pendidikan selain makanan dan air bersih khususnya di kawasan pelarian,” ujarnya. Bekas Presiden Persatuan Pelajar Yaman itu memberitahu, sektor pendidikan menjadi kepentingan yang akan diberi perhatian kepada misi yang dijangka bermula pada hujung Disember.“Kita lihat pendidikan terkebelakang, kita nak tumpukan pelarian demi masa depan anak anak pelarian itu,” jelasnya.Justeru itu, beliau menyeru semua pihak yang prihatin agar dapat menyumbang kepada tabung kemanusiaan Yaman melalui NGO yang terbabit seperti Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI), Sabasun, Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees) dan Iman Care.
16 Nov 18
171
Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura
Bantuan keperluan ringankan beban penduduk.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 17 November - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mengagihkan bantuan bulanan berupa beras dan barang keperluan harian membabitkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, peruntukan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan. “Kita berusaha memastikan peruntukan setiap bulan mencukupi RM10,000 untuk diagihkan kepada mereka yang layak dan selain sumbangan, jumlah itu diperoleh daripada potongan sebahagian gaji saya sendiri," katanya. Sumbangan itu diagihkan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan Fakir Miskin DUN Sura bagi bulan November di Masjid Lama Kampung Sura. Seramai 60 penduduk menerima sumbangan dalam majlis itu daripada jumlah keseluruhan 180 penerima yang menerima baki agihan di tiga lagi pusat agihan.Wan Hapandi memaklumkan, bantuan sebegini sudah lama dilaksanakan semenjak beliau dilantik sebagai wakil rakyat. "Program bulanan hasil inisiatif kita sendiri ini tetap berjaya dilaksanakan dengan jumlah peruntukan bulanan yang sama."Disebabkan itu, kita tetap meneruskan program ini apabila menjadi kerajaan pada hari ini," katanya.Majlis tersebut turut dihadiri wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, wakil cawangan PAS Dun Sura serta ahli jawatankuasa yang terlibat.
16 Nov 18
94
Pesakit Tambah Ramai, Perlu Tambah Hospital
Dr Alias Razak di sidang media selepas merasmikan Lexicon Fiesta Closing Ceremony.KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan Terengganu menafikan wujudnya kekurangan bilangan doktor di negeri ini, sebaliknya mengakui jumlah pesakit semakin bertambah.Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berharap dua buah hospital yang sedang dibina dapat disiapkan segera.Katanya, sesebuah hospital itu dibina dengan kapasiti menampung 800 katil, dan tidak boleh ditambah tenaga kerjanya.“Sekarang bukan doktor tak cukup tapi pesakit ramai sangat. Sebab hospital sudah dibuat dengan kapasiti (tertentu), kalau tak silap saya 800 katil.“Di hospital tidak ditambah jawatan lebih daripada kapasiti (ditetapkan), sebab itu kita buat hospital baru. Contohnya Hospital di Dungun dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bila dah siap nanti dengan sendirinya jawatan ada di situ dan ada pesakit yang akan mendapatkan rawatan,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Lexicon Fiesta Closing Ceremony di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, masalah tidak dapat diselesaikan secara drastik kerana ‘pesakit berulang’.“Yang biasa ramai kat klinik ini sakit yang terpaksa datang berulang. Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung, jadi (pesakit) berulang-ulang.“Kadang-kadang sebulan dua kali, minggu ini jumpa doktor pakar perubatan sebab ada masalah kesihatan darah tinggi atau kencing manis.“Minggu depan (pula) untuk rawatan susulan,” tegas beliau.Oleh itu, Alias berpesan agar semua penduduk negeri ini mengamalkan gaya hidup yang sihat.“Sebab itu kita kempen pada hari ini mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, kena jaga kesihatan, ‘exercise’ (bersenam), jaga pemakanan, jangan makan lebih, kurangkan garam supaya kuranglah sikit penyakit kronik,” tambahnya.
16 Nov 18
125
Karnival Cinta Rasul Semarak Cinta Kepada Baginda
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada penerima.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinHULU TERENGGANU, 16 November - Karnival Cinta Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu merupakan satu usaha kerajaan negeri untuk menggarap dan menyemarakkan cinta kepada Rasullah dalam diri rakyat Terengganu khususnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mencintai Rasulullah SAW adalah suatu lanjutan cinta kepada Allah SWT."Ini kerana kita sebagai umat Islam dituntut untuk menyayangi baginda, bahkan kita telah bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan juga merupakan Rukun Iman yang kedua selepas beriman kepada Allah.“Di akhir zaman ini, kita berhadapan pelbagai ujian, godaan dan fitnah yang berkemungkinan mengheret untuk jauh dari agama dan sunnah Rasullah,” ujar beliau ketika merasmikan Karnival Cinta Rasul di Dataran Kuala Berang, semalam.Tambah beliau, program seumpama ini diharapkan dapat menanam perasaan cinta kepada Allah dan Rasul dalam jiwa masyarakat."Justeru, kita dapat memotivasikan diri agar mengamal dan menghidupkan sunnah Rasullah lantas meninggalkan segala larangan," katanya.Dalam perkembangan sama, Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu kepada empat orang penerima.Salah seorang penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu ialah Abidin Abd. Samad yang telah berkhidmat sebagai jurunikah Mukim Jenagor serta Imam di Masjid Kampung Temir, Kuala Berang sejak tahun 2001.Selain itu, penerima anugerah Tokoh Jurunikah Peringkat Daerah Hulu Terengganu adalah Ramli @ Mustaffa Ahmad, Tokoh Bilal Peringkat Daerah Hulu Terengganu, Ismail Jalaluddin dan Tokoh Imam Peringkat Daerah Hulu Terengganu, Md Yunus Hassan.Turut hadir dalam majlis perasmian itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Haji Mamad Puteh, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Zainal Abidin Mohamed, Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid serta Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Safari Abu.
16 Nov 18
259
56,277 Hidap Diabetes Di Terengganu
Dr. Mohd Jusoh melakukan senaman sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran.
KUALA TERENGGANU15 November -Seramai 56,277 pengidap diabetes didaftarkan di negeri ini dari 2010 sehingga Oktober 2018, melibatkan penduduk yang berumur 18 tahun ke atas dan sebahagian besarnya merupakan golongan wanita.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohd Jusoh berkata, sehingga Oktober 2018, seramai 1,523 orang pesakit diabetes didaftarkan dan dari jumlah tersebut didapati 61.5 peratus juga adalah wanita.
Jelasnya, World Health Organization (WHO) meramalkan bahawa diabetes akan menjadi satu daripada tujuh punca utama kematian pada tahun 2030.
“Sehubungan itu juga, fokus diberikan kepada golongan itu dalam menyedarkan dan membimbing mereka yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitus - GDM) bagi mengawal penyakit itu di negeri ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Kasemani Embong.
Tambahnya lagi, sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi yang boleh menyebabkan penyakit jantung koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan.
Menurut Dr. Mohd, jumlah pesakit diabetes yang kronik sehingga terpaksa menjalani amputasi juga terus meningkat saban tahun.
"Pada tahun 2015, seramai 88 pesakit diabetes telah menjalani amputasi, disusuli 226 pada tahun 2016 manakala sehingga September lalu, bilangannya telah mencecah seramai 222 orang.
“Sebab itu, tema pada tahun ini ‘ Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin’ menjurus kepada peranan keluarga pesakit iaitu menambah kesedaran mengenai impak penyakit diabetes dan peranan mereka dalam perawatan, pecegahan dan pengetahuan tentang penyakit ini," ujarnya.
Menurut Mohd, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 776 kes pada tahun 2017 yang melibatkan 59.6 peratus lelaki dan 40.3 peratus wanita manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 388 kes baharu dicatatkan (65.9 peratus lelaki dan 34 peratus wanita) telah dicatatkan di negeri ini.
15 Nov 18
309
Perjuangan Kerajaan Negeri Berteraskan Islam
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 15 November- Perjuangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, antaranya mengamalkan pentadbiran dengan berlandaskan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan. "Dalam memimpin, hidup berkomuniti, pendidikan, kebajikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan apa sahaja yang ada dalam kerajaan tidak boleh lari daripada Islam kerana dasar perjuangan kita adalah Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Exco di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, kelmarin.Turut hadir, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti. Majlis sumbang saran itu telah berjaya menarik kehadiran lebih 200 peserta.Katanya, pentadbiran kerajaan negeri pula digerakkan dengan budaya politik matang dan sejahtera.“Melalui budaya politik ini kita tidak mengamalkan politik tergopoh gapah dalam mengambil setiap keputusan. “Bagi menjawab persoalan tentang projek-projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh pentadbiran dahulu kerajaan akan lakukan kajian terperinci sebelum memutuskan sesuatu keputusan terhadap projek-projek tersebut. " Prinsip dia apa, kalau yang dulu comel (elok) kita teruskan, kalau yang dulu comel tapi ada benda yang tak molek kita hentikan, " ujarnya.
14 Nov 18
33
Tabung Darul Iman Bantu Keluarga Urus Pesakit Kronik
Ir Saiful Azmi Suhaili cuba berinteraksi dengan Ramli Muda yang terlantar sakit kronik.Oleh: Khalid Abdullah KEMAMAN, 14 November - Pesakit kronik diberi perhatian serius dan akan dibantu Kerajaan Terengganu melalui bantuan sara hidup Tabung Darul Iman (TDI).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bantuan sara hidup pesakit kronik perlu dimanfaat sepenuhnya terutama untuk menjaga serta mengurus ahli keluarga mereka yang sakit."Keluarga atau pesakit boleh ke pejabat ADUN untuk mendapatkan borang bantuan TDI, bersama surat sokongan pihak hospital dan dengan syarat-syarat utama yang mudah," ujar Ir Saiful Azmi.Beliau ditemui ketika menyerahkan bantuan TDI kepada pesakit kronik terlantar, Ramli Muda, 61, di Kampung Cabang Kertih, di sini, semalam.Sementara itu, isteri pesakit kronik tersebut, Mahsuri Abdul Rahman, 58, cukup terharu menerima kunjungan ADUN Kemasik yang datang sendiri menyerahkan sumbangan TDI."Suami diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu, walaupun mendapat bantuan kewangan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan anak-anak, namun bantuan yang diterima hari ini sangat bermakna."Inilah kali pertama kami menerima bantuan susu dan pampers dari TDI, ianya dapat meringankan beban kewangan terutamanya harga susu yang sangat mahal."Terima kasih kepada wakil rakyat yang datang berkunjung ke rumah, melawat suami dan menyerahkan bantuan susu dan pampers hari ini," kata Mahsuri lagi.
14 Nov 18
969
Jago Ma Molek, Kito Nok Gi Doh
Ibu mertua mangsa memanjatkan doa untuk menantunya.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 14 November - "Jago ma molek, kito nok gi doh," itulah kata-kata terakhir Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya kepada kakaknya, seakan-akan membayangkan dirinya akan pergi buat selama-lamanya.Kata-kata tersebut disampaikan mangsa ketika pulang bertemu keluarganya pada 1 November yang lalu.Khadijah Daud, ibu mertua mangsa ketika ditemui pemberita memberitahu mangsa juga sempat meminta untuk mencium dan memeluk ibunya sendiri semasa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan."Dia beritahu nak cium dan peluk ma (ibu mangsa) sebelum kembali bertugas di Balai Polis Paka."Saya terkejut apabila mendapat makluman dari abang ipar mangsa tentang hal ini dan mengajak ahli keluarga untuk menunaikan solat hajat agar mangsa selamat dan ditemui pihak keselamatan," katanya.Khadijah bersama keluarga bertolak ke Paka pada malam kejadian dan singgah di Kuala Terengganu untuk mengambil isteri mangsa yang belajar di Kolej Kejuruwatan Kuala Terengganu.Beliau turut memaklumkan ibu dan bapa kandung mangsa tidak dapat hadir ke lokasi kejadian disebabkan masalah kesihatan.Satiful hadir memberi sokongan kepada keluarga mangsa.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat turut hadir ke lokasi kejadian menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, semalam.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengetuai bacaan doa di lokasi kejadian bersama semua anggota keselamatan dan juga penduduk setempat yang hadir menghulurkan bantuan."Kita harap orang ramai turut mendoakan dan melakukan solat hajat agar operasi pencarian mangsa oleh anggota keselamatan dipermudahkan oleh Allah," katanya.Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu anggota polis, Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, terus dipergiatkan meliputi jarak lebih 10 kilometer.
13 Nov 18
174
Padat Bantu Operasi Mangsa Polis Lemas
Oleh:Muhd Lukman DUNGUN, 14 November - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (Padat) menyumbang tenaga bagi membantu pihak keselamatan meneruskan operasi mencari mangsa polis lemas di Sungai Paka, Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, di sini. Presiden Padat, Wan Mohd Adib Wan Zain berkata, seramai 15 orang sukarela dari kelab itu berkampung untuk memberikan bantuan semampu yang boleh khususnya dalam penyediaan makanan sejak Sabtu lalu. "Kita sedia maklum pihak keselamatan memikul tugas berat dalam meneruskan operasi ini. "Jadi, kita turut sama hadir menyumbang tenaga bagi meringankan beban mereka," ujar beliau ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam. Beliau juga berkata, dana Tabung Padat dikumpul daripada sumbangan ahli untuk membantu mangsa jika berlakunya kecemasan atau bencana. Mohd Adib berkata, pada mulanya, dana tabung berkenaan bertujuan membantu mangsa banjir, bagaimanapun ekoran kejadian ini, pihaknya memutuskan untuk menggunakan wang terkumpul berkenaan untuk memasak dan menyediakan makanan kepada pihak keselamatan. Selain Padat, anggota dari Unit Amal Paka, ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Durian Mentangau dan Felda Kerteh Tiga turut membantu dalam operasi ini. "Alhamdulillah, kita juga mendapat bantuan daripada mereka yang turut bersengkang mata, berpenat lelah serta memberikan kerjasama yang baik dengan pihak keselamatan. Wan Mohd Adib yang juga merupakan Presiden Terengganu Adventure Group (TAG) turut mengalukan sumbangan orang ramai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam menyediakan bahan mentah dan keperluan bagi menyediakan makanan sepanjang operasi ini. Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan bantuan kewangan melalui akaun Maybank Padat 563082118113. Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu anggota polis, Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, terus dipergiatkan meliputi jarak lebih 10 kilometer.
13 Nov 18
171
Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat
Unit K9 digunakan untuk mengesan bau mangsa.DUNGUN, 14 November - Penduduk Kampung Durian Mentangau berusaha membantu pihak berwajib menjalankan tugas mencari dan menyelamat (SAR) dalam pencarian Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, sebaik mungkin.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mahadi Kasim, 57, berkata, penduduk kampung itu dan sekitar hadir memberikan bantuan keperluan untuk anggota penyelamat yang bertugas.Mahadi dan penduduk kampung turut membantu SAR."MPKK dengan kerjasama penduduk kampung menyediakan bekalan makanan untuk anggota yang bertugas."Kami bergotong-royong memasak sarapan pagi dan tengahari. Bagi makan malam pula, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PADAT yang sediakan."Sebagai penduduk yang lebih arif dengan kawasan di sini, penduduk kampung membantu penyelamat sebagai penunjuk arah selain menyediakan lebih kurang 10 bot untuk kerja-kerja SAR," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharuddin Abdullah memaklumkan operasi pencarian yang berakhir sekitar lapan malam tadi melibatkan 75 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Agensi Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.Anggota penyelamat bergabung tenaga laksana SAR."Sebanyak 16 bot digunakan dan dua anjing pengesan unit K9 Bomba turut melakukan SAR," katanya.Memasuki hari keenam pencarian hari ini, keluarga mangsa memohon doa orang ramai agar mangsa berjaya ditemui segera.Jumaat lalu, Arif yang bertugas di Balai Polis Paka terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar suspek kes samun, Zam Ayam yang bersembunyi di Kampung Durian Mentangau.Mayat suspek yang turut jatuh bersamanya bagaimanapun ditemui kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dua hari lalu.
13 Nov 18
226