Artikel "Komuniti" Terkini
Mahu Beri Perkhidmatan Terbaik - Dr Azman
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 21 November- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim mahu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memastikan agenda pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.Katanya, beliau yakin 33 jabatan dan agensi yang berada di bawah portfolionya akan membawa Negeri Terengganu berada pada satu tahap dan kedudukan yang terhormat.“Ianya adalah satu portfolio yang besar dari sudut bilangan jabatan dan agensi dimana ada pertanian, perikanan, veterinar, peladang, Fama, Felcra, Mardi, Risda, Bernas dan lain-lain yang berada didalam satu pentadbiran."Bila kita sebut pertanian dan industri asas tani, kebiasaannya diceburi dan dimiliki oleh orang Melayu dan kerajaan negeri memberi pandangan yang serius terhadap anak muda yang masih tidak ada kerja dan projek-projek negeri ini yang terbengkalai,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepetang Bersama Dua EXCO Sempena Karnival Maulidur Rasul yang diadakan di Arena Merdeka (Square), kelmarin.Menurut beliau, Allah telah mengurniakan satu keadaan semulajadi geografi yang baik di Negeri Terengganu untuk dimanfaatkan."Kita di Terengganu ada laut yang paling panjang di semenanjung Malaysia iaitu daripada Kemaman sehingga ke Besut, 244 kilometer. "Ada 14 muara sungai disamping itu juga ada 12,000 hektar tanah yang terbiar. Dalam masa yang sama, kita ada orang muda yang sihat dan pelbagai bantuan dan agensi kerajaan yang menyokong termasuk pelbagai kursus-kursus kemahiran untuk kita pastikan rakyat kita mempunyai kemahiran dan ilmu yang mencukupi," ujarnya.
20 Nov 18
59
Masalah Banjir Di Laluan Utama Kuala Berang Akan Diatasi-Dr. Mamad
Dr Mamad PutehOleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU 19 November -Kerajaan negeri sedia membantu menyelesaikan masalah laluan utama Kuala Berang yang sentiasa terputus hubungan dengan laluan dari kedua-dua arah dinaiki air apabila hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata kerajaan negeri telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana laluan yang bermasalah ini merupakan jalan persekutuan dan menjadi tanggungjawab JKR persekutuan."Cadangan dari pihak JKR adalah dengan menaikkan aras jalan di laluan Kampung Batu 24 dan membuat jambatan baru di Sungai Getang dengan anggaran kos kasar sekitar RM20 juta."InsyaAllah kita akan usahakan perkara ini dengan sebaik mungkin kerana kerajaan persekutuan juga sedang mengalami masalah kewangan,”ujar beliau ketika berucap dalam Program Permata Maulidur Rasul bagi Daerah Hulu Terengganu di Hospital Hulu Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu merangkap Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid; ADUN Ajil, Maliaman Kassim; Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu dan Pegawai Agama Hulu Terengganu, Tuan Junaidi Tuan Ismail.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata masalah ini berlaku setiap kali musim banjir apabila penduduk dari Ajil selalu tersekat untuk ke hospital dengan kenaikan air di Sungai Getang, manakala penduduk dari Kuala Berang dan Telemong selalu tersekat di laluan Kampung Batu 24.Dalam masa yang sama, juga beliau berharap agar semua kakitangan di sini (hospital) dapat bertugas dengan baik, sabar dengan kerenah orang yang sakit dan sikap pelawat walaupun terpaksa berhadapan pelbagai ragam.Dr. Mamad juga berharap dengan adanya program tahunan seperti ini dapat mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena kelahiran beliau dan dalam masa yang sama juga, dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan negeri, kakitangan hospital serta pesakit.
20 Nov 18
119
Vaksin, Antara Mitos Dan Realiti
KUALA TERENGGANU, 20 November - Ada di kalangan ibu bapa pada hari ini menolak pengambilan vaksin kepada anak-anak akibat mempercayai dan merujuk mitos kesan buruk yang didorong oleh teori dan spekulasi terhadap kaedah imunisasi pencegahan penyakit itu semata-mata. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, antara dakwaan yang dikemukakan adalah vaksin yang dihasilkan daripada bahan yang haram dan merupakan agenda Yahudi malah, sehingga menyebabkan ada segelintir ibu bapa yang sanggup menyerahkan tahap kesihatan anak mereka kepada ketentuan Allah SWT.“Perkara ini perlu diambil perhatian serius koleh ibu bapa bagi mengelak penyakit yang merebak dan sukar dibendung (akibat tiada pengambilan vaksin). Pemikiran masyarakat hari ini, kononnya vaksin ini dibuat dari sesuatu yang najis, agenda Yahudi dan sebagainya perlulah ditangkis.“Antara kesannya ialah para ibu bapa akan gagal mengikuti jadual imunisasi yang ditetapkan pada setiap kanak-kanak dan merisikokan kanak-kanak tersebut terdedah kepada penyakit berjangkit dan akan menjangkiti kanak-kanak lain pula,"katanya.Beliau berkata demikian dalam satu ceramah kesihatan penyakit berjangkit demam campak anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading di Dewan Sivik Kg Buluh Gading, kelmarin.Turut hadir, Pakar Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Zuraizi Jaafar.Ridzuan berkata, Islam sangat mengambil berat soal kesihatan kerana Allah SWT turut mengingatkan supaya umatnya sentiasa menjaga diri dan keluarga dari perkara-perkara yang membawa kebinasaan dan kemusnahan.“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda jika sesuatu tempat itu dilanda taun, penduduknya dilarang keluar dari kawasan tersebut dan orang luar juga dilarang masuk.“Inilah konsep kuarantin di zaman Rasulullah SAW yang masih dipraktikkan sehingga sekarang,"katanya.Beliau juga mengingatkan semua masyarakat hari ini supaya lebih bijak dan mempergiatkan usaha mengambil langkah pencegahan awal terhadap setiap penyakit berbanding merawat.
20 Nov 18
53
Pesara Disaran Aktif Berpersatuan
Dr. Alias bersalaman dengan pesara sempena Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Kuala Nerus, di Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Nerus.Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 20 November – Pesara kerajaan dinasihatkan agar memanfaatkan masa terluang dengan menyertai aktiviti yang dapat mengekalkan kecergasan dan kesihatan mental serta fizikal melalui penyertaan dalam persatuan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pesara mestilah mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh persatuan seperti aktiviti senaman atau riadah yang sesuai dengan peringkat umur supaya kekal berbanding dengan mereka yang mensia-siakan masa terluang.“Program seperti ziarah dapat memberi motivasi yang positif kepada para pesakit yang mana bagi mereka sudah tiada harapan untuk sembuh di samping dapat memberi harapan dan keceriaan untuk menempuhi hari-hari mendatang tanpa putus asa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Kuala Nerus, di Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua PPKM Bahagian Negeri Terengganu, Dato’ Syed Abu Bakar Syed Abdullah.Sehingga kini terdapat kira-kira 2,400 anggota PPKM di seluruh Terengganu.Dr Alias berkata, interaksi antara golongan pesara juga dapat membuka minda mereka mengenai dunia luar serta dapat melihat kebesaran Allah SWT melalui program lawatan ke tempat menarik dan bersejarah selain dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota.“Kerajaan sentiasa menyokong program-program yang bermanfaat untuk persatuan dan akan menyumbang dana yang sewajarnya bagi menampung kos aktiviti program, ianya juga sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pesara yang dahulunya berkhidmat sebagai penjawat awam,” katanya lagi.Sementara itu, menyentuh mengenai manifesto pada Pilihan Raya Umum yang lalu, kerajaan akan mengecualikan cukai pintu rumah kediaman dengan kadar sifar dan melupuskan segala tunggakan yang terdahulu serta menyediakan bantuan kewangan kepada pesakit kronik melalui Tabung Darul Iman.
20 Nov 18
56
Aduan Ibu Muda Dapat Perhatian MAIDAM
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 20 November - Aduan Nur Asyikin Jamaludin, 26, bantuan susu anaknya yang tidak diterimanya, disiarkan kelmarin mendapat tindakan segera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Hari ini, kakitangan MAIDAM Dungun telah berkunjung ke rumah beliau bersama bekalan susu tersebut. "Alhamdulillah, terima kasih kepada MAIDAM kerana bertindak mengikut jadual, " ujar Hajah Rugayah Mahmood, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang dihubungi Teganukita.Ibu muda itu yang telah berjumpa dan mengadu kepada Rugayah atau mesra disapa sebagai Kak Long berkenaan bekalan susu khas untuk anaknya tidak diteruskan, disiarkan menerusi Teganukini.Kak Long yang juga ahli jawatankuasa KHAIRUNNISA berkata sebagai isteri wakil rakyat, mereka juga menjadi tempat rakyat mengadu."Jadi kami mesti tahu saluran-saluran yang perlu untuk rujukan mereka bagi menyelesaikan masalah seperti Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS), " katanya yang menjadikan ziarah sebagai rutin mingguan bersama Lajnah Kebajikan dan IMITS Muslimat DUN.Sementara itu, Asyikin melahirkan kesyukuran kerana bantuan susu untuk anaknya Nur Afifah Zulkifli telah diterima kembali dan berharap tidak akan terhenti lagi."Alhamdulillah, lega rasanya, farmasi yang membekalkan susu tersebut telah menelefon, minta ambil susu, " katanya yang dihubungi di rumahnya di Balai Besar di sini.
19 Nov 18
92
Kursus Pengurusan Jenazah Dedah Ilmu Seiring Syariat
Oleh: Abd MuhaiminSETIU, 19 November - Kursus pengurusan jenazah mampu memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada peserta untuk menguruskan jenazah dengan tepat serta seiring dengan syariat Islam, selain memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam menjalani keidupan seharian.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Uztaz Zul Bhari A Rahman berkata, dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada setiap individu itu akan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain jika berlaku sebarang kematian di kalangan saudara mara dan jiran tetangga."Alhamdulillah, kita tengok sambutan yang membanggakan dengan jumlah penyertaan 125 orang, jadi selepas ini jika mahu urus jenazah atau solat jenazah sekali pun kita sudah tidak perlu mencari orang luar."Kalau bukan kita yang melibatkan diri dalam program seumpama ini, siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menyumbang kepada masyarakat di dalam kampung kita kerana ianya merupakan tuntutan fardu kifayah,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pengurusan Jenazah di Masjid Kampung Telaga Papan, Permaisuri, di sini, kelmarin.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Telaga Papan, Bistaman Arifin, Pengerusi Masjid, A Rahman Taib dan moderator kursus, Ustaz Sa'atdurusalam Awang.Program itu turut disertai 125 orang peserta di kalangan warga belia dan komuniti setempat.Zul Bhari berkata, umat Islam seharusnya tahu tanggungjawab dengan tidak memandang ringan peranan yang perlu dimainkan apabila berlaku kematian dan mampu melancarkan urusan pengurusan jenazah terutama apabila melibatkan keluarga terdekat.Beliau juga berharap semua peserta mendapat ilmu yang bermanfaat serta pahala dan rahmat di sisi Allah SWT.
19 Nov 18
116
Karnival Maulidur Rasul Meriahkan Sambutan Peringkat Dungun
Ghazali (kanan) ketika mengikuti Program Karnival Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Dungun, di Arena Merdeka Square, Dungun, baru-baru ini.Ustaz Foto oleh POk Mang JROleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 November- Program Karnival Maulidur Rasul yang diadakan sepanjang lima hari, berakhir 20 November ini di Arena Merdeka Square, di sini, mampu memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Dungun.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, program yang bermanfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, khususnya di seluruh Dungun itu mampu menyemarakkan semangat semua lapisan masyarakat bagi memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan mencontohi sifat Baginda."Baginda Rasulullah menjadi model dan teladan yang relevan untuk dicontohi sepanjang zaman, dalam membentuk keperibadiaan diri yang baik. Pada sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, marilah sama-sama kita kenang kembali perjuangan Baginda."Rasulullah yang meninggalkan sejarah agung. Kerana perjuangan Baginda, kita pada masa kini menikmati cahaya Islam.Perjuangan kita pada hari ini, adalah agar Islam yang syumul dikembalikan pada pemerintahan negara, agar pemerintahan yang adil, telus dan saksama dapat dijayakan. Kerana itulah hasrat Kerajaan Negeri masa kini membangunkan negeri tercinta ini berasaskan prinsip Terengganu, Berkat, Maju dan Sejahtera,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir sempena perasmian karnival itu, di sini, baru-baru ini.Ghazali berkata, masyarakat perlu sedar, segala kepincangan yang berlaku pada masa kini adalah kerana kegagalan melaksanakan syariat agama dan mencontohi sifat mulia Rasulullah SAW dalam segenap ruang kehidupan.Sehubungan itu beliau berharap agar masyarakat tidak melepaskan peluang untuk hadir pada setiap malam sepanjang karnival itu bagi mengikuti segala program yang bermanfaat.Dalam pada itu, pada setiap malam juga, pengunjung berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa motosikal."Tahniah kepada Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kerana merealisasikan program sebegini yang berlangsung dari 16 sehingga 20 November ini,"katanya lagi.
18 Nov 18
52
Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu
Memanah merupakan antara tugasan yang diterima peserta. Foto - Che Ku Zuhilmi Che Ku Shamsuddin.KUALA TERENGGANU, 18 November - Seramai 450 peserta Konvoi Musafir Maulid berhimpun di Muzium Negeri Terengganu sempena sambutan Maulidul Rasul, semalam.Konvoi bermula dari kesemua lapan daerah itu menampilkan kumpulan bermotosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang tiba sejak jam 11:00 pagi.Para peserta kemudian diarahkan untuk menyelesaikan perlumbaan 'Memburu Khazanah' yang disediakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT).Dalam perlumbaan ini, peserta terpaksa melakukan beberapa tugasan iaitu memanah, membuat serunai tradisional daripada daun nyiur dan menyelesaikan kuiz berkaitan sejarah Islam dan Terengganu.Zakaria sambut baik acara Musafir Maulid.Penolong Pengarah LMNT, Zakaria Abdul Hadi merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) kerana memilih muzium sebagai salah satu lokasi Musafir Maulid."Sempena Maulidur Rasul, setiap tahun pihak LMNT mengadakan pameran berkaitan maulid nabi dan sejarah Islam Terengganu."Jadi, hari ini peserta diberikan tugasan meneliti pameran tersebut dan juga tugasan menyiapkan permainan tradisi yang semakin dilupakan iaitu 'serunai nyiur' sebagai tambahan," katanya.Beliau turut berharap lebih banyak program seperti itu diadakan di muzium."Ini dapat membangkitkan nostalgia generasi dahulu kepada generasi masa kini selain memberi pendedahan pelbagai perkara berkaitan sejarah kepada mereka," katanya.Acara sambutan Maulidul Rasul akan menutup tirai pada 20 November dengan perarakan dan pengisian gilang-gemilang di ibu negeri itu.
18 Nov 18
259
Penyertaan Aktiviti Sukan Pupuk Semangat Ukhuwah
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 18 November- Penyertaan golongan muda khususnya dalam kegiatan sukan amat penting bagi memupuk semangat ukhwah di kalangan mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, selain untuk kecergasan fizikal, persahabatan yang terjalin menerusi aktiviti sukan antara langkah terbaik untuk memantapkan ukhwah di kalangan belia.“Mengambil contoh sukan bola sepak, penyertaan mereka (belia) bukan bertujuan untuk memburu piala semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah dapat merapatkan hubungan sesama mereka.“Malah aktiviti riadah seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan dan memantapkan ukhuwah antara pemuda yang berlainan cawangan disamping dapat menjalinkan hubungan sosial antara masyarakat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yang Berhormat ADUN Bukit Tunggal di Padang Sintetik Tok Jiring, hari ini.Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Dewab Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohammad Nasiruddin Wan Ahmad dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Bukit Tunggal, Wan Fauzi Wan Harun.Sementara itu, Dr. Alias berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan tapak cadangan bagi pembinaan padang bola sepak yang dikemukakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Tunggal. “InsyaAllah usaha ke arah mewujudkan prasarana padang bola seumpama disini boleh dibangunkan di kawasan Bukit Tunggal dan pihak MPKK setempat yang bersifat proaktif akan diberi peluang mengemukakan cadangan lokasi tersebut,” ujarnya.Kejohanan saban tahun diadakan itu telah memihak kepada pasukan Batu Enam sebagai juara keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM 1,200, hamper serta pingat manakala pasukan Bukit Tok Ris sebagai naib juara.
18 Nov 18
970
Ramai Tidak Tahu Jaga Persekitaran Rumah
ADUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah bersama Ustaz Wan Sukairi di Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam. Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU , 18 November - Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak menjaga kebersihan persekitaran rumah sehingga berisiko menyumbang kepada penularan wabak denggi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed.Menurutnya, banyak rumah yang dikunjungi dalam operasi gotong-royong bersama jabatan kesihatan, semalam berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan penularan kes demam denggi dalam masyarakat."Rumah yang disewa bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan kerana sebagai adab berjiran yang baik, kebersihan perlu dititikberatkan," katanya ketika merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam. Turut hadir merasmikan program itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Ahmad Shah juga menyeru agar semua dapat bekerjasama dalam membersih dan menjaga persekitaran rumah masing-masing supaya kehidupan lebih terjamin dan sihat tanpa sebarang penyakit berjangkit yang memudaratkan orang ramai.
17 Nov 18
48