Artikel "Komuniti" Terkini
Bajet 2019 : `Mandi Orang Mati Pun Dapat' - Juru Mandi
Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU, 26 November - Bajet 2019 berjumlah RM2.015 bilion sebagai 'bajet berimbang' yang diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam, memberi kegembiraan kepada semua golongan. Bajet berkenaan turut tidak melupakan perkhidmatan juru mandi jenazah dan pembantunya apabila menyediakan elaun bulanan RM100 sebulan kepada golongan itu.Manfaat turut dinikmati juru nikah apabila menerima kenaikan elaun kepada RM200 sebulan.Seorang juru mandi jenazah, Mohamad Chek,74, berkata inisiatif itu mendorong lebih ramai terlibat untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah serta boleh menarik golongan muda sebagai pelapis bagi menggantikan 'orang lama' ."Terima kasih kerajaan. Kita sangat hargai pengumuman elaun bulanan ini, ini kerja fardu kifayah. Alhamdulillah, semua dapat dari Bajet 2019 ini...mandi orang mati pun dapat," katanya yang sudah menjadi juru mandi jenazah di Kampung Lingai, Batu Rakit sejak 1994.Sementara itu, seorang lagi juru mandi jenazah wanita, Fatimah Abdullah 63, dari Perumahan Wakaf Tengah turut melahirkan perasaan gembira dengan pengumuman tersebut."Terima kasih kepada kerajaan dan kebimbangan kita dalam melahirkan pelapis untuk melakukan tuntutan ini nampaknya akan dapat diatasi atas usaha murni kerajaan ini," katanya yang berkhidmat sebagai juru mandi sejak lima tahun lalu.Selain itu, bajet negeri tahun depan juga menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat melebihi lima tahun dan RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang dari lima tahun.
26 Nov 18
192
Pusat Khidmat Bergerak Mudahkan Penduduk Buat Aduan
Oleh- Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 25 November- Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Setiu dan DUN Permaisuri dibuka buat kali pertama bagi membolehkan masyarakat setempat menyuarakan hasrat dan membuat aduan. Antara perkhimataan yang disediakan, kaunter Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM), kaunter e-Kasih MAIDAM dan Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS).Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, dengan adanya pusat perkhidmatan itu penduduk terutama golongan warga emas bukan sahaja boleh menyalurkan aduan berkaitan permasalahan setempat, malah mendapat maklumbalas lebih pantas.“Seperti hari ini, pusat khidmat yang bergerak ke kawasan PPRT Lembah Bidong, nyata membolehkan penduduk di kawasan itu membuat aduan, mendapat maklumat yang sepatutnya dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pejabat Bergerak Ahli Parlimen Setiu dan Penyelaras Dun Permaisuri di penempatan PPRT Lembah Bidong, Merang.Turut bersama pada program tersebut Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari A Rahman.Menurut Ustaz Zul bhari, pusat khidmat bergerak turut memberi peluang kepada masyarakat setempat berinteraksi dengan pelbagai agensi kerajaan, boleh mendaftar E-Kasih dan menyemak status semasa permohonan mereka sebelum ini."InsyaAllah kita akan cuba bantu setakat kemampuan kita, dan program seumpama ini kita akan teruskan lagi di masa hadapan.“Pusat khidmat bergerak sama turut disediakan di DUN Langkap pada Oktober yang lepas, dan kemungkinan DUN Batu Rakit turut menerima perkhidmatan sama pada Disember ini,”katanya.
24 Nov 18
39
Gangguan Air Di Kampung Pasir Gajah Akibat Paip Pecah
Oleh:Syed Ajizuddin Kemaman, 25 November- Gangguan air yang berlaku di Kampung Pasir Gajah ketika ini adalah akibat kejadian paip pecah ekoran kerja-kerja menaiktaraf jalan raya dari Kampung Pasir Gajah ke Binjai yang sedang giat dijalankan. Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Tuan Haji Ab Razak Ibrahim berkata, masalah bekalan air bersih terputus disebabkan paip pecah yang menyukarkan urusan harian penduduk Kampung Pasir Gajah dan kawasan sekitar telah diambil tindakan sewajarnya oleh Syarikat Air Terengganu ( SATU). Katanya, beliau bersama-sama dengan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Gajah, Razali Omar bergegas ke tempat kejadian selepas selesai program ziarah dan menyampaikan bantuan kepada rakyat di Kampung Jabur Perasing untuk melihat sendiri kerja-kerja pembekalan air sementara dan pembaikpulihan yang sedang diselenggarakan oleh pihak SATU. “Kejadian paip pecah yang berlaku disebabkan kesan daripada tekanan tanah yang ditambun untuk meninggikan paras jalan agar dapat mengatasi masalah banjir yang berlaku saban tahun di kawasan itu. “Setakat ini pihak SATU sedang berusaha untuk menggantikan paip-paip yang pecah dengan harapan masalah ini dapat diatasi dalam jangka masa dua tiga hari lagi,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin. Menurut beliau, pihak SATU telah membekalkan tangki bergerak untuk meringankan masalah yang dihadapi oleh sekitar 400 buah keluarga di kawasan sekitar. “Gerakan bersepadu juga di dilakukan melibatkan Pejabat Daerah, BOMBA dan SATU dengan menggunakan tangki-tangki yang dibekalkan oleh pihak BOMBA di tujuh lokasi tertentu termasuk di Masjid Pasir Gajah,” ujarnya. Beliau juga mengharapkan agar penduduk dapat menggunakan air yang dibekalkan dengan berjimat-cermat agar dapat digunakan oleh semua penduduk.
24 Nov 18
395
Tradisi Perkahwinan Percuma Terus Dapat Sambutan Di Setiu
Oleh : Hidayah / Ariss / DzakariaSETIU 25 November- Wang tunai RM1,000 dan jamuan untuk 100 tetamu antara insentif disediakan kepada peserta Majlis Walimatulurus di negeri ini bagi meringankan beban pasangan dan keluarga terutama yang berpendapatan rendah, selain mempermudahkan urusan pasangan dalam melangkah ke fasa baharu kehidupan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata rakyat negeri Terengganu yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai karnival perkahwinan dengan pelbagai intensif yang ditanggung oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu."Kerajaan negeri yang baharu menukar syarat permohonan dari 18 tahun hingga 35 tahun kepada 18 tahun untuk menyertai karnival ini dan ia mendapat sambutan baik dari penduduk terutama bagi yang berhasrat melangsungkan perkahwinan dan menepati syarat yang diberikan.“Ini akan membantu semua golongan asalkan menepati syarat seperti pemohon mestilah bakal berkahwin buat kali pertama dan pendapatan isi rumah tidak melebihi tiga ribu sebulan," katanya ketika merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana Peringkat Parlimen Setiu 2018 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini semalam.Turut hadir Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir; Pegawai Daerah Setiu Tuan Rosdi Awang; Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof; Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari Abd Rahman; Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, ketua-ketua jabatan dan keluarga pesertaSeramai 13 pasangan telah diraikan pada karnival ini yang merupakan siri ketiga dilaksanakan pada tahun ini.Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi, berkata pembinaan institusi rumah tangga adalah penting bagi membina daerah, negeri dan ummah agar keluarga benar-benar menjadi hamba Allah untuk mendapat keberkatan."Bila berkat sikit jadi mencukupi, bila tidak berkat banyak mana sekalipun ia tidak akan mencukupi dan salah satu matlamat kerajaan negeri adalah untuk permudahkan urusan segala yang mungkin,”ujarnya lagi. Sementara itu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir dalam ucapannya berkata perkahwinan akan dapat menjaga kehormatan seseorang."Barang siapa antara kamu yang sudah mampu maka kahwinlah kamu kerana perkahwinan itu dapat menghalang pandangan dan kehormatan."Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa itu menjadi pelindung," katanya.
24 Nov 18
167
16 Pasangan Program Walimatul Urus Perdana 2018 Dirai Di Hulu Terengganu
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU 24 November- 16 pasangan pengantin baharu diraikan penuh meriah sempena program perkahwinan Walimatul Urus Perdana 2018 Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, kuala Berang, di sini semalam.Semua pasangan terbabit sebelum itu diijab qabulkan secara serentak di Masjid Kampung Buloh, Kuala Berang sebelum mereka diraikan dalam majlis perkahwinan secara beramai-ramai.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, program ini merupakan inisiatif kerajaan yang peka dan sentiasa mendengar keluhan dan denyut nadi rakyat.“Program ini diadakan bagi meringankan beban rakyat yang tidak berkemampuan untuk berkahwin oleh kerana kos kenduri yang mahal pada masa sekarang.“Saya juga nak ucapkan tahniah atas kejayaan pihak penganjur yang menyatukan 16 pasangan pengantin pada hari ini,”katanya ketika merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana 2018.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, ADUN Manir, Hilmi Dato' Harun; Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamed dan Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Wan Humaidi Wan Ismail.Tambah beliau , pasangan yang baru berkahwin ini diingatkan supaya belajar menerima gaya hidup baru pasangan masing-masing serta belajar cara bergaul dengan keluarga pasangan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain."Ingatlah bahawa apabila kita menerima pasangan kita sebagai teman hidup, maka ini juga bermakna kita menerima keluarga pasangan kita itu seluruhnya. Janganlah kita abaikan keluarga pasangan kita dan janganlah kita juga terlalu cepat mengambil hati di atas nasihat dan teguran yang bakal diberi."Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan kapal yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah SWT,” Ucap beliau yang memetik pesanan Luqman Al-Hakim.Dalam pada itu, Nur Nadiah Mohd, 22, yang berasal dari Kampung Payang Kayu, bersyukur selamat disatukan dengan pasangannya, Mohamad Farith Ibrahim, 28, yang lumpuh bahagian kaki selepas terbabit kemalangan lapan tahun lalu.“Alhamdulillah, saya bersyukur kami selamat dinikahkan dan lebih manis ia diadakan secara percuma kerana ditanggung kerajaan negeri.“Wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk majlis kenduri bolehlah saya gunakan untuk keperluan kami terutama selepas mengikut suami yang bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya,” katanya yang berhasrat membuka kedai jahit di sana (Putrajaya) nanti.
24 Nov 18
713
Kelab Ibu Tunggal Tempat Membina Kekuatan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 November- Ibu tunggal digalak menjadikan Kelab Ibu Tunggal(KIT) sebagai tempat untuk membina kekuatan diri dalam meneruskan kehidupan yang mencabar bersama anak-anak. Setiausaha Kehormat Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS (Khairunnisa’), Hajah Zarani Othman berkata, golongan ini diharap dapat manfaatkan KIT sebaiknya bagi mendapat informasi dan panduan serta memotivasi diri. "Tidak dinafikan sebagai ibu tunggal, kitalah emak, kitalah ayah, kita banyak masalah jadi kita mesti berkongsi, maka di sinilah kita berjumpa kawan-kawan yang dapat memotivasikan diri kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Kelab Ibu Tunggal Daerah Dungun di Dewan Terbuka Arena Square, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita di Pejabat Menteri Besar Terengganu, Hajah Khairiah Mokti.Menurut isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu itu, ibu tunggal bukan sahaja memerlukan kekuatan spritual iaitu hubungan yang dekat dengan Allah tetapi juga kekuatan fizikal.“Apatah lagi ibu-ibu tunggal perlu kepada sokongan daripada keluarga, masyarakat dan juga NGO untuk mencari redha Allah,” ujarnya.Beliau juga melahirkan harapan yang tinggi agar setiap ibu tunggal bersedia untuk berubah cara hidup yang lebih produktif, lebih berani dan sanggup menghadapi segala cabaran. "Semangat lebih positif untuk menghadapi cabaran...hubungan kita dengan Allah mesti kuat, hubungan kita dengan keluarga dan masyarakat mesti kita bina bagi merangsang kekuatan di dalam diri,” ujarnya.Katanya, Khairunnisa’ sentiasa bersedia untuk membantu KIT dalam usaha membina individu muslim."Kita berhasrat untuk membina keluarga muslim, masyarakat muslim dan seterusnya kita nak bina negeri dan negara muslim,” ujarnya.Malah katannya, kerajaan negeri juga akan sentiasa membantu bukan sahaja dari segi moral bahkan dari segi ilmu dan sebagainya untuk memantapkan diri ibu tunggal di negeri ini." Insentif yang diberikan bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi ilmu supaya kita tahu matlamat untuk membina keluarga yang sejahtera, " ujarnya.
24 Nov 18
291
200 Kanak-Kanak Berkhatan Beramai-Ramai Di Besut
Oleh: JusmawariBESUT 25 November– Bermulanya cuti persekolahan yang panjang pada penghujung tahun, seakan bermulanya pula musim berkhatan bagi kanak-kanak sebagai permulaan memasuki alam dewasa. Kini menjadi kebiasaan juga apabila majlis berkhatan diadakan secara beramai-ramai, suatu pendekatan yang dilihat dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan ibu bapa di samping menggembirakan kanak-kanak.Semalam, seramai 200 orang peserta kanak-kanak khatan menyertai acara khatan beramai-ramai anjuran Penyelaras Parlimen Besut bertempat di Kompleks Pendidikan Annur Besut, Alor Belanga Jertih , Terengganu.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Jertih Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, berkata, majlis terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan pihaknya akan meneruskan majlis seperti itu pada masa depan. "Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dan menyokong Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang masih memberikan kita nikmat iman dan masa."Saya juga mohon supaya acara menyuap pulut kuning atau pulut semangat" tidak disalah anggap dan bukan bertujuan untuk pemujaan tetapi sekadar menaikkan semangat peserta-peserta khatan katanya,”katanya ketika merasmikan majlis tersebut.Turut hadir, Ketua Pemuda Besut, Mohd Asriazwa Husin dan dibantu oleh anggota amal bagi memastikan majlis berlangsung dengan jayanya.Majlis bermula dengan perarakan dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang diiringi pelajar Tahfiz Annur Besut bersama ibu bapa peserta dan dimeriahkan lagi dengan semburan air paip dari jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut,Sementara itu, Ustaz Doktor Riduan Mohamad Nor selaku Pengarah Program yang dibantu oleh 10 orang doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia(PAPISMA) berkata program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa sekaligus meringankan beban kos mereka dalam perbelanjaan kos berkhatan.
“Jadi, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi pemimpin dengan rakyat,”ujarnya.
24 Nov 18
68
Wanita Digalak Bersukan, Jaga Syariat
Ghazali menyampaikan pesanan kepada peserta Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi sebelum bermulanya pertandingan.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 November- Bersukan amat digalakkan dalam Islam, bahkan ianya juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Aktiviti sihat itu bukan semata-mata dikhususkan untuk lelaki, ianya juga untuk wanita, namun perlu mengikut garis panduan Islam agar terjaga syariat.Pegawai Penyaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga tidak menghalang wanita melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan bagi menjadikan diri sihat dan memupuk gaya hidup sihat."Malah amat digalakkan wanita bersukan. Apa yang perlu dijaga adalah etika pemakaian mengikut syariat serta aktiviti itu juga perlu ada batasan iaitu diadakan di tempat yang khusus, jauh dari pandangan lelaki kerana perlu menjaga aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita."Sebagaimana kejohanan bola jaring yang diadakan ini dengan memilih tempat yang kita rasa selamat dan terjamin, jauh dari pandangan awam yang boleh menimbulkan fitnah dan aib sesama kita," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada upacara penyampaian hadiah Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS) diadakan di sini, semalam.Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi Cawangan Perumahan muncul sebagai juara dalam kejohanan julung kali itu.Dalam pada itu, Ghazali juga berharap, pertandingan yang sihat seumpama itu akan terus dianjurkan supaya bukan sahaja menjadikan fizikal dan emosi peserta sihat, malahdapat merapatkan ukhuwah antara wanita di DUN Bukit Besi."Di samping itu, peserta juga dapat menguruskan emosi agar tidak tertekan dengan rutin harian yang menumpukan pada kerja semata-mata. Otak akan penat jika bekerja sahaja dan perlunya pada aktiviti beriadah dan bersukan," jelasnya.
21 Nov 18
174
Wujud Urusetia Khas Bantu Golongan Wanita Di Terengganu
Hanafiah Mat. KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa urusetia wanita bagi menjaga kedudukan golongan berkenaan meliputi semua daerah di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kebanyakan jawatan tinggi pada hari ini dipegang oleh wanita dan ia merupakan tanggungjawab portfolionya bagi memastikan wanita sentiasa berada di hadapan bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi dalam pentadbiran dan juga politik.“Insha Allah pada bulan Disember ini, kita akan wujudkan urusetia wanita bagi membantu portfolio saya dan juga merancang satu sambutan khas untuk wanita yang diberi nama Hari Aisyah sempena nama isteri Rasulullah SAW sekitar bulan dua nanti.“Pemilihan nama Aisyah dibuat dengan mengambil kira negeri Terengganu sebagai negeri ilmu dan Aisyah merupakan tokoh wanita dalam keilmuan. Sambutan tersebut akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan konvesyen, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu, Muhammad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zuhami Omar dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri, Asma Mahidin.Tambahnya lagi, sebuah lagi tanda kecaknaan kerajaan negeri untuk golongan ibu tunggal bakal beroperasi pada bulan Mac tahun hadapan.“Kompleks Ibu Tunggal yang telah siap dibina di Kampung Bukit, Chendering akan beroperasi sepenuhnya untuk menjaga kebajikan lebih 32,000 golongan ini yang berdaftar di negeri ini.“Ia bakal beroperasi sebagai tempat yang akan menguruskan segala hal berkaitan ibu tunggal bagi memastikan kecaknaan dan penjagaan dari segi perundangan serta sara hidup berada dalam keadaan baik. Kita juga akan adakan seminar perundangan kerana sebahagian wanita apabila mereka bercerai, mereka tidak tahu pasal hak nafkah,” ujar Hanafiah.Menurutnya lagi, antara pengisian di kompleks itu nanti, pihak berkaitan akan adakan cara untuk menjalankan perniagaan dan menyalurkan bantuan dari Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) supaya ibu tunggal dapat berdikari dan bekerja menanggung kehidupan harian mereka.
21 Nov 18
701
Kawasan Pendaratan Helikopter Di Bukit Besi Diceroboh
Ghazali meninjau Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau, di Kampung Tepus, yang dijadikan sebagai lokasi pendaratan helikopter apabila musim banjir berlaku di kawasan itu. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 November- Tempat pendaratan helikopter di Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau di Kampung Tepus, Bukit Besi, di sini sekiranya terputus hubungan apabila banjir, dipercayai diceroboh oleh syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan.Malah, kawasan yang dibangunkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkenaan juga didapati turut dibina rumah kongsi untuk pekerja syarikat pembalakan berkenaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, tindakan itu tidak wajar berikutan tanah yang menjadi hak milik kerajaan sepatutnya tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya."Kawasan pendaratan helikopter ini memainkan peranan penting apabila berlakunya bencana banjir yang besar apatah lagi jalan-jalan yang menjadi perhubungan utama di kawasan ini terjejas dan terputus hubungan."NADMA akan memainkan peranan dengan menggunakan helikopter untuk menyalurkan bantuan serta menjadikan kawasan dataran itu sebagai tempat pendaratan," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau, di Kampung Tepus, di sini, semalam.Ghazali berkata, perkara itu (pencerobohan) tidak boleh dipandang remeh kerana dataran berkenaan perlu sentiasa terkawal dan berkeadaan baik serta siap siaga bagi menghadapi bencana yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja."Kita sekarang ini berada dalam keadaan musim tengkujuh, sebelum ini kita telah mengadakan rundingan dengan syarikat berkenaan. Malangnya mereka menyatakan bahawa bersedia menerima apa jua risiko sekiranya semasa helikopter mendarat mendatangkan kerosakan dan kerugiaan harta benda dan rumah kongsi yang dimiliki mereka. "Mereka lebih melihat dari sudut yang mereka hadapi, tanpa memikirkan bahawa helikopter tidak akan mendarat dengan mudah jika tiada ruang yang sesuai untuk mendaratkan helikopter," tegasnya,"katanya.Beliau turut menerima aduan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tepus, yang syarikat berkenaan turut memakirkan lori di dataran khas untuk mendaratkan helikopter.Pada masa yang sama, pihaknya juga mahu syarikat berkenaan membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap nasib penduduk sekiranya bencana banjir melanda kawasan itu.
21 Nov 18
134