lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Punca Air Melintas Hadapan JPJ Bukit Besi Disiasat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 4 November- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman mengambil cakna permasalahan air melintas di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan Bukit Besi yang berlaku apabila hujan lebat.Katanya, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Dungun telah mengambil jalan penyelesaian awal sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh."Pada hari ini saya bersama-sama pegawai JPS meninjau saliran dan perparitan di sekitar sini."Kebiasaannya apabila hujan, air melintas jalan dan pengguna tidak boleh melalaui jalan utama ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa meninjau kawasan perparitan berkenaan, semalam.Menurut beliau, beberapa langkah akan diambil oleh JPS termasuk dengan meninggikan jalan atau menambah jejari pada saliran air di tempat berkenaan."Untuk tujuan itu, maka kita perlu angkat permohonan peruntukkan bagi menyegerakan mekanisme ini agar kebaikan pengguna jalan raya terjamin dan ini adalah tanggungjawab kita kerana segala perkara berkaitan orang awam perlu disegerakan," ujarnya.
04 Dec 18
206
Empty Image
MPKK Imej Kecekapan Kerajaan Negeri
 Ir Saiful Azmi SuhailiOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN 4 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)menjadi cermin utama kepada imej kerajaan negeri melalui gerak kerja mereka.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) memainkan peranan penting dan kerjasama mereka memberi kesan besar kepada peringkat DUN, daerah serta negeri Terengganu."Kita (MPKK) merupakan pihak tengah yang akan menerima dan menyampaikan maklumat secara dua hala, daripada peringkat atas ke bawah dan sebaliknya."Dan jikalau ada peringkat yang terputus, maka akan menjadi sukar untuk salurkan maklumat kepada orang kampung dan pihak atasan, disinilah MPKK berperanan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Taklimat dan Penerangan Hal Ehwal Masyarakat MPKK DUN Kemasik anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Kemasik di Auditorium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Petronas, disini hari ini.Turut hadir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Urusan Zakat (MAIDAM) Kemaman, Mohd Andri Abu Bakar, Mohd Noorhadi Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman, Pengurus Sekretariat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Mohd Fahmi Wan Mohd serta semua Jawatankuasa MPKK yang hadir.Ir Saiful Azmi yang juga ADUN Kemasik juga berharap agar setiap 28 MPKK DUN Kemasik dapat memahami dengan lebih jelas serta dapat menyelesaikan skop kerja pada peringkat mereka dengan lancar, dan tidak perlu merujuk kepada Pejabat ADUN."Ikhlaskanlah diri kita dalam mengejar ganjaran Allah, agar dapat memastikan Terengganu menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera."Kitalah yang akan memberikan gambaran betapa bagus dan cekapnya kerajaan negeri sekarang,"katanya.
04 Dec 18
59
Empty Image
`Rasa Macam Kena Gigit Semut Je '
 Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 4 Disember - Berkhatan memberi pengalaman berbeza buat seorang kanak-kanak, Mohd Adib Mohd Jazeri, apabila berdepan dengan proses itu tanpa rasa sakit sebaliknya hanya seperti digigit semut gatal sahaja.Menurut bapanya, Mohd Jazeri Muhammad, anaknya yang akan memasuki Tahun Empat pada sesi 2019 nanti sangat teruja untuk melalui `fasa dewasa' itu dan tidak sabar menunggu waktu dikhatankan."Saya bercerita pada dia perihal bersunat buat dia tak sabar. Saya cakapkan pada dia bila dah bersunat, maka cepat dewasa. Anak saya tidak menunjukkan tanda takut, malah sangat teruja," ujarnya.Mohd Jazeri berkata demikian ketika menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Penyelidik Tanah Persekutuan, Naraza Muda.Beliau berkata, majlis itu dapat merapatkan lagi jurang antara MPKK dengan masyarakat.Menurunya, berkhatan merupakan simbolik kepada anak yang melalui fasa perubahan usia dan menginjak dewasa."Jika dahulu upacara berkhatan ini dilakukan selama dua hari dua malam di Felda ini, seingat saya dulu-dulu. Anak-anak didukung oleh ayah dan diarak sekeliling kampung."Namun itu hanya tradisi, apa yang lebih penting ianya merupakan tuntutan di dalam Islam. Anak-anak sudah menjadi sebahagian masyarakat, jika pergi ke masjid sudah boleh berada di saf orang tua," katanya.
04 Dec 18
101
Empty Image
Selamat Jalani Fasa Dewasa
Oleh : Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 4 Disember- Seramai 100 kanak-kanak di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri selamat melalui `fasa menjadi dewasa'  apabila menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Markas Tarbiah Lukman Nul Hakim Guntung, di sini, semalam.Pengerusi Permaisuri Care, Mohd Nor Hamid berkata, program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Komuniti DUN Permaisuri (Permaisuri Care) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa sekali gus meringankan sedikit beban kos mereka dalam perbelanjaan menguruskan proses berkhatan anak masing-masing.“Sambutan pada hari ini amat meriah kerana lebih 300 masyarakat hadir terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka. Jadi, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi ukhwah sesama kita,"katanya.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman dan Pegawai Kanan II Jabatan Bomba Setiu, Muhammad Izani Zakaria.Sementara itu, Zul Bhari pula berharap supaya anak kecil yang menyertai majlis itu akan mendapat u pengalaman manis dan memanfaatkan waktu sembuh itu dengan sebaik mungkin. "Semoga mereka semua membesar sebagai pejuang dan pembela Agama Allah satu hari nanti," kata Zul Bhari ketika merasmikan program itu.Program kali keempat itu berlangsung meriah dan gegak-gempita dengan sorakan riang peserta yang basah kuyup disiram pili bomba bertukar cemas apabila ada di kalangan mereka mula gementar sebaik sahaja bermula acara berkhatan.
04 Dec 18
255
Empty Image
Penerima Dana Bantuan Persekolahan DUN Sura Meningkat
Wan Hapandi sedang mengambil ukuran salah seorang anak pemohon dana bantuan persekolahan yang berjaya dalam permohonanOleh:Mohd Asraf  Ikhwan AzaharDungun 3 Disember – Seramai 3,572 penerima  di Dewan Undangan Negeri(DUN) Sura layak menerima dana bantuan persekolahan 2019 berbanding 2,330 penerima pada tahun sebelumnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata kerajaan negeri telah menambah bilangan penerima bantuan persekolahan bagi tahun 2018 ini dan ia menunjukkan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan diskriminasi antara rakyat.“ Kita dapat lihat berlaku peningkatan sebanyak 1,242 orang berbanding tahun lepas  dan ini menunjukkan yang kerajaan komited dalam membantu masalah rakyat. “Ini jelas sekali bahawa kita mengamalkan sikap tidak pilih kasih dan yang pasti mereka layak untuk memohon,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun (MPD) disini, hari ini.Tambahnya, beliau sebelum ini dimaklumkan orang kampung datang berjumpa dengannya dan mengadu tidak pernah dapat bantuan ini sedangkan tergolong dalam kalangan yang layak. “Ramai yang datang berjumpa dengan saya mengadu yang dia tidak pernah dapat bantuan persekolahan ini sedangkan dia orang susah dan tiada pendapatan tetap. “Jadi kita ambil pendekatan untuk membantu mereka yang layak yang pernah tercicir nama sebelum ini dengan meminta setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mencari ditempat mereka,”ujar Wan Hapandi.Menurut Wan Hapandi, lima hari tidak termasuk hari cuti diperuntukkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura untuk pembahagian barang barang persekolahan ini bermula 3 hingga 9 Disember ini.
03 Dec 18
61
Empty Image
Baucer Barangan Sekolah Cipta Kelainan
Muhammad Fahmi KamaruddinOleh:Nooreni Abu Bakar.DUNGUN, 3 Disember - Keprihatinan kerajaan negeri terbukti apabila mengambil pendekatan mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan 2019 dalam bentuk baucer barangan  bagi memastikan matlamat penyaluran dana itu tercapai.Penyelia Institut Modal Insan(i-MiTS)Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin berkata, ia merupakan satu kelainan daripada kerajaan terdahulu yang menggunakan baucer tunai untuk bantuan ini.“Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional memberi RM100 baucer tebus tunai dan hanya dapat menebusnya untuk sepasang uniform sekolah sahaja  tetapi kali ini penerimanya dengan baucer nilaian sama dan mendapat enam atau lima barangan. "Kalau budak lelaki dapat lima barangan selain baju, seluar, kasut, stoking dan beg sekolah manakala budak perempuan enam barangan tambahan tudung," katanya. Fahmi berkata demikian ketika  ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika  Agihan Bantuan Persekolahan DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor di sini, semalam.Lebih  5000 penerima yang layak mendapat mendapat bantuan tersebut di DUN Rantau Abang bagi tahun ini.Katanya lagi, barangan yang boleh ditebus mempunyai jenama dan tahan lama."Barangan juga, bukan 'cap ayam ', uniform sekolah barang berjenama, begitu juga kasut sekolah, maknanya boleh tahan lama. "Kita agih secara berperingkat-peringkat mengikut Majlis pengurusan Komuniti Kampung(MPKK), bermula hari ini sehingga hari Ahad minggu depan,”kata Fahmi.
03 Dec 18
250
Empty Image
Bajet 2019 Terima Respon Positif Rakyat
Norzilawati sedang melayan pelanggan di Pasar Besar Kedai Payang.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Bajet Negeri Terengganu 2019 berasaskan kepada kepentingan dan keperluan rakyat yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini mendapat respon positif daripada orang awam.Rata-rata mereka yang ditemui wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini menyifatkan Belanjawan 2019 itu sebagai berimbang, komprehensif dan memberikan banyak insentif kepada rakyat terutamanya golongan sasar.Bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’, ianya memfokuskan kepada segenap lapisan rakyat melalui pelbagai pendekatan yang diyakini mampu memberi impak terus kepada mereka yang secara tidak langsung mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan tahap kesejahteraan serta kemajuan negeri.Bagi peniaga, Norzilawati Che Ali, 32, rakyat negeri ini mendapat pelbagai faedah daripada bajet berjumlah RM2.015 bilion yang dibentangkan.Katanya, intipati Bajet 2019 itu juga dilihat seimbang dan terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.“Kerajaan negeri sangat cakna terhadap rakyat negeri ini kerana prihatin terhadap kehendak semua golongan tidak kira peniaga, bukan peniaga, orang tua, orang muda, semua diambil kira.“Justeru, saya mengharapkan kerajaan terus kekalkan bajet yang berteraskan keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan ini di samping terus melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kepentingan rakyat,” ujarnya yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang.Azhar WahidSementara itu, bagi pemilik Kedai Emas Succie, Azhar Wahid, 59, Bajet 2019 bagi negeri ini dalam sektor keusahawanan yang mencecah RM21 juta memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk memacu usaha mencorak budaya negeri keusahawanan di Terengganu.Katanya, kerajaan negeri begitu bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat termasuk peniaga muda dengan menyediakan banyak dana keusahawan untuk golongan ini menceburi bidang perniagaan.“Sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM2 juta bagi bantuan menerokai pasaran atas talian sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak muda yang aktif dengan perniagaan online.“Dengan adanya dana untuk peniaga muda ini, mereka tidak terus berharap dan bergantung kepada makan gaji malah dapat menggalakkan golongan belia berdikari dengan sokongan kerajaan,” ujarnya.Syarifah HaslindaSyarifah Haslinda Syed Nor, 32, pula berpendapat, Bajet 2019 yang menyeluruh termasuk peruntukan berjumlah RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat merupakan berita paling menggembirakan untuk rakyat negeri ini memenuhi impian memiliki kediaman sendiri.“Saya sebagai rakyat Terengganu amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat dengan menyediakan rumah mampu milik dan sebagainya.“Dengan adanya pemberian subsidi rumah oleh kerajaan ini secara tidak langsung dapat membantu kami penuhi impian untuk miliki rumah idaman,” ujarnya.Muhamad Rafizi AmirulSeorang bekas pelajar Politeknik Hulu Terengganu, Muhamad Rafizi Amirul Abd Rashid, 23, turut menyifatkan Belanjawan 2019 sangat menyeluruh kerana menitikberatkan semua aspek termasuk agama Islam, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pendidikan, belia, keusahawanan, sukan, kebajikan, nelayan, penternak dan pertanian, pelancongan, penjawat awam, wanita serta perumahan.“Menyentuh sukan sebagai contoh, Terengganu merupakan negeri yang terkehadapan dalam bidang ini termasuk mempunyai ramai atlet ternama seperti jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa.“Justeru, usaha kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk pembangunan sukan negeri ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat golongan belia untuk serius dalam bidang ini,” ujarnya.
03 Dec 18
83
Empty Image
264 Adik-Adik Boleh Sunat Free
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 2 Disember - Seramai 264 orang kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telah menerima khidmat berkhatan secara percuma.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh merasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk DUN Kuala Besut."Tahun lepas Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Besut telah menganjurkan program sebegini dan telah mendapat sambutan seramai 100 orang peserta, manakala tahun ini sambutan yang kita dapat telah bertambah dengan seramai 264 orang peserta."Walaupun Kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tampuk pimpinan, namun pihak kami tidak akan sesekali memilih latar belakang politik untuk membantu rakyat," katanya.Azbi berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Khatan Perdana Percuma DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiyyah Kampung Bharu baru-baru ini (28 November).Majlis tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Besut dengan kerjasama pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut dan MTD Kuala Besut."Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang agar rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat daripadanya," tambahnya.Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
02 Dec 18
234
Empty Image
MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 2 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa untuk menubuhkan tabung khairat kematian untuk menjaga kebajikan penduduk kampung.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, khairat kematian adalah salah satu agenda ke arah negeri berkebajikan iaitu tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya dari kerajaan tetapi bermuafakat untuk mengurus hal kebajikan yang berkait dengan masyarakat.“Konsep negeri berkebajikan adalah di mana semua pihak terlibat dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk syarikat korporat, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga MPKK," tambah beliau.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kematian Tanjung Sabtu Kali Pertama yang dianjurkan oleh MPKK Tanjung Sabtu di balairaya kampung berkenaan kelmarin.“Syabas dan tahniah diucapkan kerana mengambil langkah dan inisiatif yang sangat baik ini.“Ini bukan suatu kerja yang mudah kerana tidak banyak MPKK yang berjaya mewujudkan khairat kematian ini.“Ada yang berjaya wujudkan, tetapi tidak aktif pula," ujar beliau lagi.Beliau berdoa agar jawatankuasa tersebut akan terus bergerak dengan lebih berkesan dalam usaha untuk menjaga kebajikan masyarakat khususnya dalam hal-hal yang melibatkan kematian dan memperluaskan sumbangan kepada bantuan persekolahan untuk keluarga si mati.“Kerajaan negeri sangat menggalakkan program kebajikan seperti ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 Negeri Terengganu baru-baru ini dengan memasukkan 12 dari 20 manifesto yang dijanjikan.“Antaranya RM17 juta diperuntukkan untuk kad sejahtera dan wad percuma kelas ketiga hospital kerajaan, RM14.7 juta untuk menampung kos daripada pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan RM50 juta untuk bantuan pakaian dan alatan sekolah," tambahnya.Beliau juga berpesan agar tidak lupa kepada kematian walaupun sibuk menguruskan kematian orang lain dan berharap agar semua MPKK mempunyai tabung khairat kematian suatu masa nanti.
01 Dec 18
48
Empty Image
Cahaya Sejahtera Di DUN Bukit Besi
Haji Ghazali (dua dari kanan) mendengar rintihan dan keluh kesah penduduk.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 November - Projek Cahaya Sejahtera merupakan projek yang diilhamkan bagi memberi manfaat kepada penduduk Bukit Besi.Dengan peruntukan sebanyak RM238,200 yang disalurkan oleh kerajaan negeri, Penyelaras Dewan Undagan Negeri (DUN), Bukit Besi, Ghazali Sulaiman akan memastikan ianya dapat dirasai oleh setiap rakyat yang memerlukan.Menurutnya, projek itu dirangka khusus setelah mendapati banyak rumah lama yang pendawainya tidak berapa baik dan tidak selamat."Kerana itulah, maka kita jadikan peruntukan yang kita dapat dijadikan Projek Cahaya Sejahtera."80 orang telah menerima sumbangan ini, yang telah pun dikenalpasti, merupakan golongan yang susah," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas mengunjungi rumah-rumah yang terpilih menerima bantuan Cahaya Sejahtera, di sini semalam.Menurut Ghazali, apa yang diharapkan dari pendawaian semula mengantikan pendawaian elektrik yang lama melalui projek berkenaan adalah memastikan kediaman berkenaan selamat diduduki penghuni."Ianya supaya tidak berlaku sebarang pintar lintas yang mengundang kepada kebakaran elektrik, dan juga pelbagai perkara yang tidak diingini," jelasnya.Sehubungan itu, beliau menjanjikan akan memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat, agar kebajikan setiap penduduk terjaga dan diperjuangkan."Kita akan membantu penduduk sedikit-sebanyak dalam tempoh lima tahun."Apa sahaja bantuan yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang diputuskan dalam Belanjawan 2019 akan dipastikan disampaikan secara adil dan saksama kepada setiap penduduk."Agar tiada yang ketinggalan, diagih secara saksama. Setiap maklumat yang memberi manfaat akan dipastikan sampai kepada rakyat, tanpa disembunyikan," tegas beliau.
30 Nov 18
67