Artikel "Komuniti" Terkini
15 Pesakit Kronik Terima Dana TDI
Dr Azman Ibrahim (kanan) menyampaikan cek sumbangan TDI kepada salah seorang penerima.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Disember - Seramai 15 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima cek sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) di bawah skim bantuan pesakit kronik.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, cek sumbangan berkala diberikan dengan pelbagai nilai dari RM500 sehingga RM1,000 berdasarkan keadaan pesakit."Tersentuh hati saya melihat penerima yang menitiskan air mata saat menerima serahan cek. Betapa bantuan sebegini membawa makna yang besar bagi mereka," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan cek sumbangan kepada penerima kelmarin.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, sumbangan itu akan memastikan rakyat yang berhak mendapat bantuan berkala atau bulanan samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Tabung Darul Iman atau bantuan langsung dari Pusat Khidmat Adun tidak akan tercicir."Hasrat kita ialah untuk memastikan tiada berlaku keciciran bagi yang berhak mendapat sebarang bantuan dan kita akan berusaha gigih ke arah pelaksanaannya," katanya.
12 Dec 18
223
Agihan Bantuan Persekolahan Berjalan Lancar
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU,12 Disember- Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Dana Bantuan Pakaian Dan Alatan Sekolah menerusi Bajet 2019.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pengagihan bantuan tersebut dijalankan dengan baik dan lancar di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri Terengganu.“Ia adalah pelaksanaan kepada apa yang kita janji kepada rakyat setelah diungkapkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini.“Pembahagian ini secara umumnya berjalan dengan baik malah sekiranya terdapat sebarang masalah-masalah teknikal ianya akan diselesaikan oleh pihak pengurusan dengan penerima pada tarikh yang ditetapkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 DUN Batu Burok bagi pemegang baucer dari Kampung Rajawali Chendering,Pantai Pandak Chendering,Kampung Aur Chendering dan Kampung Gong Pok Maseh di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Burok, Ustaz Abu Bakar Salleh.Menurut Muhammad Khalil, sebahagian daripada penerima di dalam DUN Batu Burok telah menerima bantuan tersebut.“Saya difahamkan seramai tidak kurang dari 800 orang penerima untuk hari ini, semalam seramai 1400 orang dan bakinya akan dibahagikan esok,” ujarnya.Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada para petugas kerana memudahkan rakyat untuk menerima bantuan berkenaan.Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu berjalan lancar dengan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh para petugas yang mengagihkan bantuan berupa pakaian, kasut dan beg sekolah.
12 Dec 18
78
4,320 Terima Bantuan Pakaian Persekolahan Di Alur Limbat
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 12 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat merekodkan seramai 4,320 penerima Bantuan Pakaian Persekolahan membabitkan nilaian sebanyak RM432,000.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun lepas.Katanya, setiap keluarga yang berpendapatan rendah layak menerima tidak melebihi dua baucer pakaian sekolah dengan nilaian RM200 bagi setiap keluarga.“Kali ini kerajaan negeri mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan daripada bentuk tunai kepada baucer barangan,” katanya.Seorang ibu, Zaidah Mohd Tahar, 48, berkata, pada awalnya, dia teragak-agak untuk menerima pakaian sekolah yang diagih kerana bimbang tidak muat untuk anaknya.Namun katanya, berbeza dengan hari ini, pihak urusetia terlebih dahulu mengukur saiz badan anak dan penerima lain sebelum mengagihkan pakaian.“Saya bukan sahaja berpuas hati dengan menerima barangan berjenama Canggih malah kaedah pengagihannya,”katanya.Agihan bantuan pakaian sekolah yang diadakan di Dewan Kampung Kepong, Alur Limbat berlangsung selama tiga hari, bermula semalam dan berakhir esok (13 Disember).
11 Dec 18
336
Nasib 'Mek La' Akan Terbela
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 10 Disember - Isu wanita kurang siuman yang dikenali sebagai 'Mek La' di kalangan penduduk Kampung Jalan Lembah yang dikatakan tidak mendapat perhatian sewajarnya menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik.Wan Hapandi yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun berkata, masalah itu sudah berbangkit sejak sekian lama dan bagi memastikan kebajikan mangsa terus terbela pihaknya sudah memanjangkan kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Apa yang lebih menyedihkan perempuan itu dipercayai telah dianiayai dan ditiduri oleh seseorang yang mengambil kesempatan terhadap kekurangan dirinya."Jadi kita telah mengambil tindakan untuk mencegah perkara yang tidak baik ini dari berlarutan,"katanya kepada pemberita di terakhir pembahagian dana bantuan persekolahan di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun (MPD), di sini, semalam.Wan Hapandi turut memberitahu hasil mesyuarat dengan pihak JKM, mereka juga bersetuju untuk menghantar mangsa ke pusat pemulihan di Mersing, Johor.Bagaimanapun, menurut beliau, penghantaran mangsa ke pusat itu hanya akan dibuat segera apabila terdapat kekosongan."InsyaAllah bila mana (ada) kekosongan di pusat itu akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat," ulasnya.Beliau juga mengharapkan masyarakat turut memahami situasi sebenar dan bekerjasama membantu meringankan bebanan mangsa."Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengadu dan mengambil berat akan permasalahan ini," katanya.
10 Dec 18
39
Jelajah Belia Bentuk Peribadi Positif
Oleh: Wan Luqman Hakim BESUT 6 Disember- Program Jelajah Belia yang pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan negeri bakal melahirkan generasi belia yang sihat minda dan mempunyai peribadi positif.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri prihatin dengan keperluan belia dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian.Jelasnya, golongan belia perlu bertindak bijak menggunakan segala peluang dan kemudahan yang wujud di persekitaran mereka untuk memajukan diri."Kita nak orang berkata golongan belia kita bersifat positif, oleh itu kita perlu melakukan lonjakan paradigm dan sudah tentu ia bukanlah suatu perkara yang senang untuk dilaksanakan."Kita hendaklah mengambarkan sifat peribadi semangat kerja yang tinggi, rendah diri, rajin dan banyak sifat positif dalam setiap kita,”katanya ketika menghadiri Program Jelajah EXCO Bersama Belia Terengganu Sejahtera di Kompleks Rakan Muda, Besut, di sini baru-baru ini.Tambahnya lagi, Besut menjadi lokasi pertama untuk siri jelajah dan bakal diadakan di setiap jabatan supaya golongan belia mengetahui program-program yang boleh mereka sertai.“Kita nak supaya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) mengambil bahagian dalam program belia ini supaya mereka menghindari sifat-sifat yang negatif.“Ini membolehkan mereka mengalami, menghayati dan merasai dengan sepenuhnya setiap kegiatan dilakukan sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat serta tidak membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah tidak bermoral untuk menjadi generasi lebih matang dan bijak,” katanya.
08 Dec 18
38
Jadilah Umat Islam Yang Mencintai Agama - Mufti Terengganu
Oleh: Saifullah JusohBESUT 8 Disember -Setiap perkara yang ingin kita lakukan hendaklah dipimpin oleh agama agar kita tidak lari dan tersasar dengan kehendak Allah dan Nabi SAW, kata Mufti negeri Terengganu, Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifly Muda.Beliau berkata, orang Islam perlu menjadi orang yang mencintai ilmu agama terutamanya anak-anak muda yang mana akan menjadi pemimpin pada masa hadapan."Sempena menyambut hari Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW, saya menyeru kepada semua ummat Islam supaya menyahut seruan pertama yang diterima oleh Baginda, iaitu 'Iqra' yang bermaksud bacalah." Saya menyeru kepada semua supaya janganlah kita hanya menyatakan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW di bibir mulut sahaja...kita perlu melakukan setiap perkara yang disuruh dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Baginda SAW sebagai tanda sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW yang sebenar," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Besut di Dewan Kota Putera Square, di sini baru-baru ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Haji Nurkhuzaini Ab Rahman.Seramai 2000 orang daripada badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan serta parti-parti politik hadir pada majlis tersebut.Tambahnya, kini orang Islam dipandang rendah kerana orang Islam itu sendiri telah meninggalkan ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW."Dan ingatlah mulianya kita hanya dengan Islam maka kembalilah kepada ajaran yang sebenarnya, "ujar Zulkifly.
07 Dec 18
111
Setiap Masa Perlu Ingat Rasulullah- YB Mohd Nurkhuzaini
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 6 Disember- Hakikatnya memperingati Rasulullah SAW bukannya terletak pada hari tertentu sahaja tetapi perlu sentiasa disemai dalam hati memberitahu setiap Muslim sama ada melalui iktikad atapun perbuatan sebagai bukti kasih dan cinta terhadap Baginda.Adun Kota putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawana, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman perginya Bulan Maulidur bukanlah bermakna umat Islam tidak lagi mengingati Nabi SAW, sebaliknya perlu mengingati nabi sepanjang masa lebih- lebih lagi pada hari Jumaat. “Marilah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan petunjuk supaya kita mengikutinya dengan sepenuh hati,"katanyaBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah di Kota Putera Square, Kampung Raja, di sini hari ini.Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Besut untuk mengingati peristiwa kelahiran nabi SAW.Katanya, pada masa sama, marilah kita mengubah diri kita supaya seiring kearah kebaikan. Kita berada dalam situasi sekarang dimana islam sedang dihina, tetapi kita mendengar janji Allah SWT suatu hari nanti Islam akan menang. “Tujuan sambutan ini untuk meletakkan kecintaan kita setinggi-tingginya kepada Nabi SAW sama ada kalah atau menang, kita tetapkan Nabi SAW adalah matlamat dan pimpinan ikutan kita.“Janganlah kita meletakkan sedikitpun kekecewaan kita terhadap perjuangan islam, jadilah sirah-sirah Nabi SAW sebagai motivasi atau onak dan duri dalam perjuangan islam. Istiqamah dalam perjuangan islam,”katanya
05 Dec 18
85
61 Kanak-Kanak Lelaki Sertai Program Khatan Beramai-Ramai DUN Kemasik
Ir Saiful Azmi Suhaili menyembur air pili bomba kepada kanak-kanak sebelum berkhatan.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN 6 Disember – Seramai 61 kanak-kanak lelaki diraikan dalam Majlis Khatan Perdana Beramai-ramai Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik di di Balai Raya Rumah Murah Kemasik, di sini hari ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata program ini merupakan program sulung dianjurkan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kemasik dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rumah Murah Kemasik.“Program khatan merupakan salah satu program terbesar di kampung-kampung pada suatu ketika dahulu dan saya berharap agar dapat menghidupkan kembali peristiwa tersebut."Dalam masa program sebegini dapat menyatukan masyarakat, kita juga dapat menjadikan satu peristiwa manis yang dapat dikenang terutamanya kepada anak-anak kita," katanya ketika merasmikan Program Khatan Perdana DUN Kemasik.Hadir sama, Jawatankuasa MPKK Rumah Murah Kemasik, Pekan Kemasik serta Pasukan Bomba Kerteh.Katanya, majlis seperti ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya ibu bapa kerana membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh mereka.
05 Dec 18
153
Pusat Pemindahan Banjir Besol Ditutup
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 6 November- Pusat pemindahan mangsa banjir di kampong Besol, di sini, ditutup jam 8.30 pagi hari ini.Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komunti Kampung(MPKK), Mohd Nasharudin Mohd Salleh selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Bagaimanapun katanya, penduduk di minta terus berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir akan berulang ekoran cuaca dan musim tengkujuh di negeri ini. “Air telah pun mulai surut sejak semalam.Cuma semalam kita tak bagi balik terus, sebaik langkah bersedia kerana.risau, hujan yang tidak menentu, akan mengakibatkan air naik lagi."Malam tadi pun dah ada yang pulang ke rumah, cumanya pagi tadi hujan agak lebat, walau bagaimanapun air tidak baik seperti semalam, dan pagi tadi baru pusat pemindahan banjir ditutup," ujarnya kepada pemberita, semasa dihubungi pagi ini.Beliau juga berterima kasih kepada pihak yang memberi kecaknaan dan.segera bertindak iaitu Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus sejak pusat berkenaan dibuka.
05 Dec 18
31
Tujuh Keluarga Di Kampung Besol Berpindah
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Disember - Hujan lebat yang berlarutan sejak petang semalam menyebabkan seramai 31 orang dari tujuh buah keluarga di Kampung Besol, di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan kampung itu hari ini.Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol menerima aduan daripada penduduk yang terlibat kira-kira jam 4 pagi tadi dan mengambil tindakan segera memindahkan mereka di kawasan selamat.“Enam daripada 20 rumah di kampung itu yang terlibat banjir berada berhampiran sungai,”katanya kepada Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) , semasa meninjau kawasan dinaiki air, hari ini.Katanya, sehubungan itu, pihaknya menasihatkan agar ibu bapa awasi anak-anak di musim banjir ini, jangan biarkan bermain banjir tanpa diawasi oleh orang dewasa."Banjir bagi anak-anak memang menyeronokkan, tapi jangan sampai keseronokan bertukar menjadi tragedi kerana sikap cuai ibu bapa," tegasnya.Disamping itu juga, beliau menasihatkan agar pengguna jalan yang melalui jalan hadapan Bukit Besi berwaspada kerana, air deras mula melintasi jalan."Sekarang masih boleh dilalui, tapi perlu memandu dalam keadaan berhemah.Manakalan tumpuan di kawasan lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih dalam keadaan biasa. .“Bagaimanapun, langkah bersedia adalah perlu kerana didapati paras beberapa sungai sudah mula dinaiki air, kerana taburan hujan lebat bermula semalam,”katanya.
05 Dec 18
182