Artikel "Komuniti" Terkini
Kakitangan i-MiTS Perlu Rekod Program
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 16 Disember –Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) diingatkan merekod setiap program dijalankan untuk tujuan penilaian.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, laporan itu penting untuk memastikan setiap program memberikan impak dan sampai kepada golongan sasar selain mengenalpasti kelemahan.“Penting kita merekod dan menganalisis setiap program untuk melihat kekuatan serta mengenalpasti kelemahan dan cara untuk mengatasinya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat mingguan bertempat di Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh, hari ini.Katanya, perbincangan tersebut bertujuan untuk merancang setiap program yang akan dijalankan agar tersusun dan teratur. Justeru, beliau menasihatikan semua kakitangan Pejabat Penyelaras dan i-MiTS Dun Jerteh agar sentiasa bekerjasama untuk menyampaikan agenda kerajaan negeri.
16 Dec 18
116
Masalah Saluran Tersumbat Kampung Kayu Kelat Diatasi
Azbi Salleh melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, Besut, di sini baru-baru ini. Oleh: Saifullah JusohBESUT 16 Disember– Masalah saluran air yang tersumbat di Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut dapat diatasi apabila tindakan segera dilakukan pada peringkat permulaan bagi mengelakkan masalah air bertakung berulang.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pihaknya melakukan lawatan ke lokasi berkenaan dan mendapati saluran berkenaan tersumbat.Menurutnya, pihak penyelaras DUN Kuala Besut melakukan pembersihan awal bagi memperbaiki saluran terbabit dengan menyewa jentolak untuk menyelesaikannya.“Hujan lebat pada musim tengkujuh menyebabkan air bertakung akibat aliran air yang tidak begitu lancar yang disebabkan saliran yang sedia ada telah tersumbat dan tidak boleh menampung kapasiti air di situ."Saya telah menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Besut dan bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyewa jentolak bagi kerja-kerja membaik pulih,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, di sini baru-baru ini.Turut hadir sama ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kayu Kelat, Shaari.Tambahnya lagi, beliau sentiasa bersedia membantu sekiranya ada dikalangan penduduk yang menghadapi masalah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin."Saya selaku Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut berharap penduduk kampung tidak lagi perlu risau dengan masalah air bertakung di sini kerana pihak kami akan sedia membantu bila-bila masa sahaja supaya masalah ini tidak berpanjangan,” ujar beliau.
15 Dec 18
180
Bentuk Peribadi Anak-anak Sejak Kecil
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 16 Disember - Peribadi anak-anak perlu dibentuk oleh ibu bapa sejak dari kecil lagi bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bertakwa yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan."Saya ingin menasihati para ibu bapa sekalian agar menitik beratkan ilmu agama dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah."Perkara yang paling penting adalah ajarlah anak-anak kita untuk tidak tinggal solat fardu kerana ianya adalah tiang agama," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Kem Jati diri Anak Soleh anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dengir di Dewan Serbaguna Kampung Dengir baru-baru ini (12 Disember).
15 Dec 18
186
Bina Saliran Ikut Spesifikasi Elak Risiko Banjir
Cikgu Alias(kanan) meninjau kawasan yang sering dilanda banjir akibat sistem saliranOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Disember - Masalah saliran menjadi salah satu punca masalah banjir yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Dungun setiap kali tiba musim tengkujuh.ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, masalah banjir yang menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar adalah disebabkan saliran dibina tidak mengikut spesikasi. ”Ini dapat dilihat apabila perumahan-perumahan yang baharu dibina, longkang hanya sekitar itu sahaja. Macam perumahan di Batu Tiong, kebanyakan perumahan ada longkang tetapi dia tidak dapat sampai kepada longkang besar, longkang dikeliling rumah sahaja," jelas beliau.Cikgu Alias berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)berikutan kebiasaan banjir yang berlaku di DUN Rantau Abang, baru-baru ini. Justeru itu, beliau berharap perkara ini diambil berat oleh pihak perancang bandar ketika memberi kelulusan perumahan baharu."Bila nak buat rumah terpaksa tambun(timbus)tanah, bila tambun tanah, yang lama tu jadi macam lekat(air terkepung), " ujarnya.
15 Dec 18
188
Ibu Bapa Bertanggungjawab Bentuk Peribadi Anak
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 16 Disember –Ibu bapa harus berperanan membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, setiap anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah dan semuanya terpulang kepada ibu bapa mereka untuk mencorakkannya sebagaimana yang telah disebut dalam hadis dari Rasulullah S.A.W.“Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa agar anak-anak mereka tidak tergolong dalam kalangan Yahudi, Nasrani atau Majusi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kem Intensif Solat yang diadakan di Masjid Kampung Paya Datu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paya Datu, kelmarin.Turut hadir, Pengerusi MPKK Paya Datu, Mazlan Awang.Disamping itu, beliau mengingatkan para ibu bapa agar menekankan solat kepada anak-anak seawal umur tujuh tahun sebagaimana yang ditekankan oleh agama.Malah katanya, usaha ibu bapa menghantar anak-anak ke kem sebegitu amat digalakkan bagi mendidik permata hati tentang kepentingan solat.“Program seperti ini sangat bagus kerana ianya akan meninggalkan kesan yang baik dalam pembesaran anak-anak khususnya dalam ibadat solat.“Para ibu bapa mengambil satu tindakan yang sangat tepat dengan menghantar mereka ke sini di musim cuti sekolah ini," ujarnya.Beliau juga berharap, para ibu bapa dapat memastikan kesinambungan pengisian kem berkenaan dengan menggalakkan anak-anak mengerjakan solat secara berjemaah pula.“Sememangnya setiap ibu bapa mahukan kecemerlangan akademik setiap anak, tetapi kecemerlangan ilmu akhirat sama sekali tidak boleh diketepikan.“Pastikan amanahNya ini menjadi anak yang soleh dan solehah, cemerlang akhlak, agama, taat kepada Allah dan Rasul, ibu bapa, guru-guru serta agama seluruhnya,” ujarnya.
15 Dec 18
54
Rumah Dinaiki Air, Mangsa Dipindahkan Kali Kedua
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 16 Disember- 31 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Besol terpaksa dipindahkan sekali lagi apabila rumah mereka kembali dinaiki air, semalam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ghazali Sulaiman berkata, pusat pemindahan banjir di kampung itu telah dibuka dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol yang cepat bertindak.Dalam pada itu katanya, masalah air yang melimpah di salah sebuah gelanggang futsal di Bukit Besi dan lintasan air berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dungun juga telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan.Menurut beliau, akibat kepala air dari bukit di kawasan aktiviti perlombongan bertembung dengan air sungai Luwit telah menyebabkan Kampung Bukit Besi turut dilimpahi air sehingga memyebabkan air telah melimpah ke gelanggang futsal dan menjadikannya seumpama kolam ikan."Kita telah pun memaklumkan kepada agensi dan pihak berwajib agar tindakan segera diambil," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan-kawasan yang telah dinaiki air disini, semalam.
15 Dec 18
124
ARC Besut Bantu Hantar Bantuan Persekolahan
Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT, 16 Disember – Kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) Besut mengambil inisiatif membantu kerajaan negeri dengan menghantar barangan Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2019 ke pusat-pusat pengagihan yang ditetapkan bagi daerah itu.Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata, alat kelengkapan seperti pakaian, kasut serta beg sekolah telah selesai dihantar ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Besut.“Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.“ARC Besut ditugaskan untuk mengangkat serta mengagihkan barangan persekolahan mengikut DUN yang terdapat dalam daerah Besut.“Kami selaku tenaga belia akan sentiasa membantu serta melancarkan usaha kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat,” ujarnya kepada pemberita selepas menghantar bantuan persekolahan tersebut di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, baru-baru ini.Mohd Jali berkata, barangan bantuan persekolahan di Daerah Besut akan mula diagihkan Isnin ini (17 Disember) yang membabitkan hampir 16,538 penerima.Katanya, beliau mengharapkan proses pengagihan bantuan persekolahan kepada mereka yang layak itu akan berjalan dengan lancar.
15 Dec 18
105
NADMA-JKM Agih Kit Makanan Bantu Mangsa Banjir
HULU TERENGGANU, 14 Disember - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Terengganu mengagihkan Kit Makanan Permulaan (KMP) kepada 392 keluarga mangsa banjir gelombang pertama di daerah ini.Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti JKM negeri, Ghazali Awang berkata, ianya sebagai langkah awal untuk memastikan kebajikan mangsa terbela dalam menghadapi tekanan akibat banjir yang melanda.Menurutnya, kit ini diisi dengan produk-produk berjenama Agromas yang sedia untuk dimakan segera tanpa perlu dimasak.“Ia diberikan kepada setiap keluarga menerusi ketua isi rumah masing-masing sebelum mereka pulang ke rumah."Keperluan asas ini adalah sesuatu yang amat bernilai kepada mangsa, ia dapat memberi keselesaan kepada mangsa dan keluarga sepanjang operasi membersih rumah dari penyediaan makanan segera yang cepat disediakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu, di sini semalam.Seramai 69 keluarga menerima bantuan KMP dan merupakan antara yang terlibat dengan banjir yang melanda kawasan berkenaan sejak kelmarin.Turut hadir, Pegawai JKM Hulu Terengganu, Norazmy Adenan.Menurut Ghazali, antara produk yang dibekalkan ialah biskut gula, bubur nasi, minuman oat, minuman kopi 3 dalam 1, sardin, sapuan kaya, sapuan bilis, serta barangan keperluan seperti cawan dan sudu plastik.Untuk rekod, NADMA menyediakan sebanyak 50,000 KMP bagi mangsa bencana terutama ketika musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri tahun ini.NADMA sudah membekalkan sebanyak 67,837 kit itu yang bernilai RM4.3 juta sepanjang tempoh empat tahun sehingga tahun lalu (2014 hingga 2017).Semua makanan boleh bertahan selama setahun dan jumlah 50,000 kit yang ditambah tahun ini berikutan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban mangsa bencana.
14 Dec 18
831
Penduduk Kampung Talong Terkepung Banjir
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 Disember- Penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun terkepung setelah kawasan rendah dan jalan utama ke kampung itu dinaiki air sejak semalam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, hujan yang turun dengan taburan yang agak tinggi telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air."Bahaya untuk kenderaan masuk di Kampung Talong buat masa ini dan beberapa kampung berdekatan juga telah dinaiki air termasuk Kampung Minda,” ujarnya ketika dihubungi wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), pagi ini.Menurut beliau, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tersebut bagi memberi laporan mengenai penduduk terlibat, mangsa yang perlu dipindahkan ke pusat pemindahan dan sebagainya.Dalam pada itu, Ghazali turut menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati kerana air turut melintasi jalan di hadapan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dungun tetapi masih boleh dilalui kenderaan.
12 Dec 18
445
Cikgu Alias Rungkai Kekusutan Ibu Hidap Kanser Limfoma
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Disember - Kekusutan seorang pesakit kanser limfoma memikirkan kos pembiayaan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya, akhirnya terungkai apabiladibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Haji Alias Harun.Pesakit berkenaan, Nor Atikah Abdul Kadir, 27, dari Kampung Tok Kah, Rantau Abang, mula mengesan penyakit berkenaan sejak enam bulan lalu perlu merujuk kes berkenaan untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya pada 14 Disember ini. "Saya ke Hospital Putrajaya untuk buat 'pap scan' untuk nak tahu sampai ke mana dah kanser tu merebak." Saya jumpa cikgu (Cikgu Alias) di rumah dia pada Jumaat lepas, dia tolong buat permohonan Tabung Darul Iman, tapi untuk nak segera tidak boleh lagi. Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bulan dua nanti, baru boleh. MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) pulok, dua minggu lagi," kata ibu yang memiliki dua anak kecil itu lagi.Dia dihubungi di rumahnya di sini semalam, selepas berjumpa dengan Alias Harun di Pejabat Institut i-MiTS DUN Rantau Abang di sini. Atikah bersama anak-anaknya.Suaminya, Aswadi Mohd, 36, hanya bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit tidak mampu menanggung kos tersebut apatah lagi pada musim hujan yang menghalangnya untuk bekerja seperti biasa. "Jadi tadi adalah cikgu beri melalui ustaz (Ustaz Wan Hassan menerusi pegawai khas Parlimen), dapatlah menampung perbelanjaan untuk ke Putrajaya."Saya disahkan kanser pada bulan tujuh lepas, sebelum ni doktor kata tiroid, masa buat pembedahan nak buang tu, doktor bagitau kanser," katanya. Dia yang sebelum ini, terpaksa berulang alik sama ada Hospital Kemaman atau Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk mendapat rawatan susulan penyakit itu. " Tadi (hasil pemeriksaan di Hospital Kuantan pada 10 Disember ), doktor bagitau ada darah beku kat tengkuk dan celah kelangkang, jadi 24 Disember ini kena gi Kuantan pula untuk buat `follow up'," katanya lagi .
12 Dec 18
101