lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
20 Mangsa Banjir Berpindah Di Pemaisuri
Oleh: Dzakaria Mohd SallehBESUT, 17 Disember- Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri menjadi DUN kedua selepas Langkap yang kini dilanda banjir memaksa kepada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).Sehingga jam 12.30 tengah hari ini laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat JPBD APM Daerah Setiu seramai 20 mangsa membabitkan 4 keluarga   ditempatkan di tiga PPS dan Bilik Gerakan Bencana Daerah telahpun diaktifkan pada 9.30 pagi tadi.PPS yang dibuka setakat ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuloh, Balai Raya Taman Hijrah dan Sekolah Kebangsaan Telaga Papan.Mangsa adalah tiga lelaki dewasa, tiga lelaki perempuan, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.Sementara itu Pengarah Khidmat Setiu, Mohd Nor Hamid telah pun mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa banjir Setiu untuk panggilan bantuqn kecemasan pada bila-bila masa.Berkaitan Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shahatizukirnain Abd Kadir dijangka akan meninjau kawasan banjir dan PPS petang ini bersama Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari serta sukarelawan parti termasuk Unit Amal.
17 Dec 18
73
Empty Image
Hujan Tambah Lagi Cabaran Buat Peserta
Oleh: Adli Mohamad & Ahmad Fadhilah DUNGUN, 16 Disember- Terpaksa meredah trek yang licin dan dipenuhi air akibat hujan lebat sebaik perlumbaan bermula sedikitpun tidak menghalang lebih 300 peserta Rainforest Endurance Park, Bukit Besi, untuk mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan yang berlangsung semalam dua hari di Bukit Besi, bermula semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman, berkata kejohanan yang dianjurkan Alam Perkasa bersama Terengganu Four Wheller Team turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri.“Hujan lebat menjadikan kejohanan itu mempunyai cabaran yang agak unik dan lebih menguji para peserta.“Ianya melibatkan 70 kenderaan untuk kategori Endurance Motorcross, Hardcore 4 x 4, Litecore 4 x 4,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang media program berkenaan, disini, semalam.Katanya, penganjuran program tersebut diharap akan menaikkan lagi imej pelancongan Negeri Terengganu."Saya mewakili kerajaan Negeri Terengganu mengalu-alukan program seumpama ini dan mengharapkan ianya dijadikan sebagai program tahunan dan InsyaAllah kerajaan negeri akan terus memberi sokongan," ujarnya.
17 Dec 18
39
Empty Image
Dana Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Rakyat
Ustaz Mat Daik Mohamad menyerah beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang layak menerima Dana Bantuan Persekolahan di Hulu Besut Oleh : Norekwan MamatHULU BESUT  17 Disember -Dana Bantuan Persekolahan yang mula diagihkan bermula hari ini mampu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad, berkata bantuan dana ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan kerana persiapan untuk memasuki penggal persekolahan yang baharu juga adalah kos yang perlu difikirkan."Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menyediakan bantuan I-DANA walaupun tidak sebesar mana tetapi ianya satu pemberian yang perlu kita syukuri.“Bantuan yang diberi kerajaan negeri ini membuktikan keprihatinan terhadap bidang pendidikan agak anak-anak keluarga kurang berkemampuan ini dapat memasuki sesi persekolahan baharu dengan pakaian lengkap sama seperti anak yang lain,” katanya ketika Majlis Perasmian I-DANA di Dewan Sivik Kampung Pasir Akar, di sini hari ini.Beliau juga mengucapkan penghargaan  kepada pihak Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Dun Hulu Besut kerana bertungkus lumus dalam membuat persiapan untuk program ini. Untuk rekod, kerajaan Pas meneruskan pemberian Dana Bantuan Persekolahan yang sudah menjadi tradisi tahunan semasa kerajaan terdahulu dengan memperuntukkan RM12 juta bagi sesi persekolahan 2019.Dianggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.
17 Dec 18
241
Caj Wad Kelas Ketiga Percuma Mulai Tahun Depan
Caj Wad Kelas Ketiga Percuma Mulai Tahun Depan
    Dr Haji Alias ketika bercakap di sebuah stesen radio di Kuala Terengganu hari ini. KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan akan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi hari ini.   Menurut beliau, mulai tarikh tersebut pihak hospital kerajaan dijangka akan membuat tuntutan kepada Pejabat Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar di Wisma Darul Iman di sini setiap bulan bagi caj berkenaan yang tidak berbayar.   Katanya, segala caj berkaitan akan dibayar kerajaan mengikut peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2019 sebagaimana dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.   Bagaimanapun katanya kerajaan negeri sedang menyiapkan draf perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) bagi membolehkan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) itu dilaksanakan.   "Draf cadangan MoU itu berada di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri di Wisma Darul Iman dan dijangka akan diluluskan dalam bulan ini juga," jelas beliau. Dalam Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM17 juta termasuk untuk menyediakan perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan.   Sementara itu ketika bercakap di sebuah stesen radio Terengganu di sini hari ini beliau berkata kerajaan negeri memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membayar caj tersebut.   Katanya, ini seolah-olah kerajaan menjadi panel kepada pesakit dari kalangan seluruh rakyat Terengganu yang dikenakan caj wad berkenaan.   "Kos caj rawatan untuk semua rakyat Terengganu sama ada miskin atau kaya dari wad berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri," jelasnya lagi.   Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri tiada hak (kuasa) untuk menghapuskan bayaran caj tersebut tetapi boleh membayarnya bagi pihak pesakit kerana bayaran itu ditetapkan oleh KKM.   "Cuma apa yang kerajaan negeri boleh buat ialah kerajaan membayar bagi pihak pesakit yang dikenakan caj berkenaan di hospital kerajaan.   "Jumlah yang kerajaan anggarkan untuk memberi kemudahan bagi seluruh rakyat Terengganu yang dimasukkan ke wad kelas ketiga percuma ialah sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun," ujarnya.    
16 Dec 18
58
Empty Image
Set Lampu Portable Untuk Kubur Kg Seri Kenangan
Oleh: Ariss AliasSETIU,16 Disember - Tenaga National Berhad (TNB) cawangan Terengganu menghadiahkan set lampu 'portable' bernilai RM2,000 untuk dipasang di kawasan tanah perkuburan Kampung Seri Kenangan, di sini.Kemudahan itu diserahkan kepada Pengerusi MPKK Seri Kenangan Ustaz Mohd Abdullah Pada Majlis Tenaga National Berhad (TNB) bersama Komuniti, Dewan Terbuka di sini  hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd KadirTurut hadir, Pengurus (Business Partner) TNB YM Raja Hishamuddin bin Raja Arif, Penolong Pegawai Daerah Setiu Che Razak Che Wail, Pegawai Penyelaras DUN Langkap Ybhg Azmi Maarof, Penghulu Hulu Nerus Satu Marzuki Zahid dan wakil-wakil MPKK DUN Langkap.Majlis sama, TNB turut menyerahkan 100 set bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Guntong yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan anak yatim.Ketua (Perkhidmatan Pelanggan Terengganu) TNB Tuan Mohd Nazri Putih berkata lampu 'portable' akan memudahkan urusan pengkebumian dan majlis keraian dalam Kampung Seri Kenangan."Pihak TNB juga telah memasang bekalan elektrik di wakaf kubur untuk kemudahan penduduk."Manakala bantuan persekolahan pula bertjuan meringankan beban ibu-bapa dalam sesi persekolahan 2019 yang bakal dibuka tidak lama lagi,"katanya.
16 Dec 18
134
Empty Image
Syarikat Perlombongan Janji Bayar Ganti Rugi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 17 Disember - Sebuah syarikat perlombongan bijih besi, di sini berjanji akan membayar kerugian yang dialami penduduk berikutan banjir lumpur akibat kolam takungan kerja perlombongan milik syarikat itu pecah, semalam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Cawangan  Perumahan Bukit Besi, Abas Ghani berkata, pihaknya mengunjungi syarikat itu bagi menyiasat perkara sebenar sebalik isu yang berlaku.Katanya, hasil pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat, mereka berjanji akan membayar ganti rugi kepada pemilik tiga rumah yang terjejas akibat banjir lumpur itu."Hasil pertemuan itu, pengurus syarikat, Mr Khoo memberitahu bahawa apa yang terjadi adalah di luar jangkaan dan pihaknya berjanji membayar ganti rugi serta meminta supaya mangsa membuat nilai tafsiran jumlah kerugian sebenar."Kita datang ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak.Selama 60 tahun tidak pernah lagi terjadi banjir lumpur sedemikian. Ini adalah pertama kali dalam sejarah di Bukit Besi,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas pertemuan dengan pengurusan syarikat itu, di sini, semalam.Menurutnya, takungan air yang digunakan membasuh bijih pecah disebabkan kelajuan kepala air serta menyebabkan limpahan banjir lumpur ke kawasan sekitar."Kita mengharapkan agar syarikat berkenaan mengotakan janji demi kebaikan penduduk setempat yang terjejas akibat kejadian itu," katanya lagi.Kejadian itu juga menyebabkan satu gelanggang futsal turut rosak dan syarikat berkenaan turut berjanji untuk membaik pulih semula kemudahan sukan kepada orang ramai itu.Penjaga dewan futsal, Ibrahim Jusoh berkata, kemudahan sukan itu menjadi platform anak muda sekitar mengadakan aktiviti sukan dan riadah terutama berfutsal pada setiap hari terutama hujung minggu sehinggakan kutipan sewa gelanggangnya mampu mencecah sehingga RM400 sehari."Jadi kerja baik pulih itu perlu disegarakan supaya tidak menjejaskan aktiviti .anak muda di Bukit Besi ini," katanya.
16 Dec 18
103
Empty Image
70 Asnaf Terima Sumbangan Banjir
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 17 Disember- Seramai 70 orang asnaf di daerah ini yang terjejas banjir menerima sumbangan beras disampaikan Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor di Perkarangan Masjid Kampung La.Menurut  Dr. Riduan, selain asnaf  di Kampung La, sumbangan keperluan dapur itu turut diagihkan kepada asnaf dari Kampung Panchor dan Kampung Berangan, Hulu Besut.“Hujan yang berlarutan sejak seminggu lalu menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya banjir di kawasan Hulu Besut ini yang selalu dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh."Kita akan memastikan semua penduduk yang layak akan menerima bantuan sepatutnya tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung terbabit, kelmarin.Turut hadir, Ahli Majlis Hulu Besut, Razak Laboh dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari ketiga-tiga kampung tersebut.
16 Dec 18
50
Empty Image
Kejohanan Bola Jaring Terap Patuh Syariah
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyambut baik keputusan kerajaan negeri supaya mengamalkan pemakaian sukan patuh syariah apabila menerapkan budaya itu dalam pertandingan sukan bola jaring yang dianjurkan, kelmarin.Wakil Beliawanis i-MiTS DUN Rantau Abang, Husni Nabilah Dzulkefli berkata, peserta pertandingan menerima dan mematuhi syarat menutup aurat sebagai mengikut syariat sepanjang kejohanan itu."Sedangkan ada di antara mereka yang tidak memakai tudung atau pakai tudung tetapi berlengan pendek, tetapi untuk menyertai program sukan ini, mereka akur mengikut keputusan kerajaan demi menjaga kemuliaan agama Islam," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Pertandingan Bola Jaring DUN Rantau Abang anjuran i-MiTS DUN tersebut di Dewan Majlis Sukan Negeri, Kampung Paya, di sini, kelmarin.Turut hadir, isteri ADUN Rantau Abang yang juga Ketua Muslimat PAS DUN Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood.Dalam pada itu, Husni berkata, pertandingan juga berlangsung dalam suasana sihat  dan  turut menjadi medan berdakwah."Jadi kita berdakwah secara tidak langsung, selain tempat yang tertutup dan tidak dibenarkan orang lelaki masuk," katanya.Menurut beliau lagi, sambutan untuk menyertai pertandingan itu amat menggalakkan, bagaimanapun penganjur terpaksa mengehadkan penyertaan kepada enam kumpulan sahaja serta perlawanan secara 'round robin'."Satu 'team' lapan orang dan main selama tujuh minit, rehat seminit, pastu main tujuh minit lagi," jelasnya lagi.Dalam pertandingan itu, kumpulan Dangsuria muncul johan dan membawa pulang sijil, medal, wang tunai serta hamper.
16 Dec 18
198
Empty Image
Bersukan Tanpa Abai Solat
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 16 Disember - Dalam kita berseronok melaksanakan aktiviti sukan, jangan lupa tunaikan perkara wajib  sebagai umat Islam, kata Ketua Penyelaras Pemuda DUN (PPD) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab.Menurutnya, aktiviti sukan antara kegiatan atau hobi yang menjadi kegemaran ramai golongan muda-mudi sehingga ada yang sanggup melupakan perkara-perkara lain bagi menjayakannya bersama rakan sebaya."Pun begitu, jangan dilupakan perkara wajib iaitu solat kita. Jangan sesekali kerana sukan seperti futsal ini, kita lupa tanggungjawab kepada Yang Esa."Saya juga mahu mengingatkan peserta bahawa tujuan kesukanan ini bukan kerana medal dan satu kemenangan atau bergelar juara pertandingan. Apa yang utama adalah tali silaturahim sesama kita,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda Bukit Tok Beng, di sini, semalam.Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah.Kejohanan di Gelanggang Futsal Telaga Daing melibatkan persaingan di antara 12 pasukan.Dalam pada itu, beliau juga ke majlis penyampaian hadiah program yang sama dianjurkan oleh Pemuda Kampung Baru di Gelanggang Futsal Kampung Baru.
16 Dec 18
65
Empty Image
Keceriaan Mereka, Kegembiraan Saya - Amzad Hashim
Haji Amzad membantu salah seorang penerima bantuan mencuba saiz kasut.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 16 Disember - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim meluahkan kegembiraannya ketika melihat wajah ceria anak-anak yang memilih seragam sekolah baharu.Katanya, beliau gembira apabila melihat air muka kegembiraan anak-anak yang mendapat Bantuan Pakaian Sekolah yang diagihkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu."Saya sendiri menyaksikan riak wajah keceriaan dan keterujaan anak-anak ini semasa memilih pakaian sekolah. Program ini sangat baik dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membantu golongan kurang berkemampuan."Banyak respon positif yang saya terima daripada ibu-bapa yang datang atas komitmen kerajaan dalam membantu rakyat. Tambahan pula, barisan tenaga kerja di setiap DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu tidak berhenti bekerja dari awal pagi hingga ke lewat petang," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bandar baru-baru ini (12 Disember).Oleh kerana musim hujan yang melanda sekarang, beliau turut memberi lebih 200 batang payung kepada keluarga yang datang.Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar. Sekitar lebih 10,000 orang menerima bantuan ini di seluruh kawasan Kuala Terengganu.
16 Dec 18
108