lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
MPKK Pengkalan Arang Sepakat Bersih Kubur
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 21 Disember - Agama Islam sangat menuntut umatnya agar menjaga kebersihan samada kepada diri, keluarga, masyarakat mahupun alam sekitar.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Arang, Mohd Khairusan Musa berkata, amalan gotong-royong merupakan salah satu amalan menjaga kebersihan dalam sebuah komuniti.“Aktiviti ini akan dijadikan sebagai program bulanan kita dan ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara seluruh penduduk kampung yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas selesai aktiviti gotong-royong membersih kawasan kubur Kampung Pengkalan Arang.MPKK Pengkalan Arang turut menyerahkan sumbangan berupa peralatan iaitu mesin rumput untuk kegunaan orang ramai membersihkan kawasan tersebut.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Pengkalan Arang, Haji Che Wan Taqwa Che Wan Abu Bakar berkata, aktiviti ini selari dengan slogan Kerajaan Terengganu yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.“Saya menyeru kepada semua penduduk kampung ini khususnya agar sama-sama kita kembali kepada agama dengan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid,” ujarnya.Hadir sama, Pengerusi MPKK Pak Katak, Mohd Jailani Mamat dan penduduk kampung setempat.Tambah beliau, antara pengisian majlis ilmu tersebut adalah mengenai akidah, fekah, dan pengenalan tasawwuf selain daripada kelas fardhu ain untuk kanak-kanak yang dijadualkan setiap minggu pada hari Sabtu.
21 Dec 18
1007
Empty Image
Pengisian Rohani Indikator Kecemerlangan Pelajar
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 Disember - Pengisian rohani serta menitikberatkan didikan agama dalam setiap program antara indikator yang mampu menghasilkan kecemerlangan dalam akademik.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, setiap kejayaan seorang pelajar bukan setakat diukur dengan kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata."Kecemerlangan di akhirat adalah paling utama. Apabila pelajar sedar tentang Islam, maka akan semangat untuk cemerlang. Kerana agama amat mementingkan pendidikan kerana itu umat terdahulu telah merintis kecemerlangan dan menjadi umat yang hebat serta perlu dicontohi."Jadi anak-anak yang masih muda ini perlu diterapkan dengan pembentukan jiwa berasaskan elemen Islam, agar mereka yang merupakan peneraju kepimpinan di masa akan datang, mencukupkan syarat bagi memastikan Malaysia terus kekal terpelihara sebagai negara Islam, yang benar-benar syumul, dan disuluhi cahaya Islam," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir di program kem motivasi untuk pelajar berumur 10 hingga 15 tahun anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung gabungan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Besi, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang merasmikan penutup program berkenaan.Program selama dua hari bermula 15 Disember memerlukan peserta bermalam di masjid itu.Menurutnya, pihaknya yakin silibus yang disusun merangkumi isu semasa dari pandangan pihak berkuasa seperti polis, berkaitan pelajar sekolah masa kini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar."Dunia pada masa kini memang penuh cabaran apabila seawal usia mereka telah didedahkan dengan pelbagai gejala disebabkan perasaan ingin mencuba kerana itu suntikan dan kesedaran terhadap agama perlu menjadi fokus utama."Semua pihak harus berperanan dalam berusaha menjadikan Islam sebagai teras kepada kehidupan. Apabila cemerlang agama, maka cemerlanglah segalanya," ujarnya.
19 Dec 18
300
Empty Image
Jangan Tunggu Suruh, Baru Buat
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kem.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU , 20 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan anak-anak agar tidak bergantung kepada suruhan ibu bapa mereka untuk mendirikan solat."Selepas ini, jangan tunggu emak ayah suruh dulu baru buat. Adik-adik kena tanamkan sikap bahawa ini adalah perintah Allah SWT. Jangan tunggu disuruh," pesannya.Katanya, solat merupakan perkara wajib dilaksanakan semua umat Islam sebagai hamba-Nya yang bersyukur dengan kurniaan nikmat dan rezeki yang melimpah."Antara tujuan program ini dijalankan adalah supaya kita lebih memahami ilmu solat dan berdisiplin melakukan ibadah solat. Ilmu ini perlu dipelajari dengan lebih terperinci dan mengikut kehendak syarak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kem Solat Remaja 1.0 anjuran Pejabat Parlimen Kuala Terengganu di Masjid Kubang Ikan semalam.Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan,Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berpesan kepada peserta agar tidak meninggalkan solat dan menanamkan rasa khusyuk melakukan solat walau dalam apa jua keadaan.Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pengurusan masjid, ahli jawatankuasa program, penceramah, ibu bapa dan peserta-peserta yang menjayakan kem itu.Seramai 107 peserta menyertai program tersebut. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Ikan, Azmi Yusof dan Ahli Jawatakuasa Masjid Kubang Ikan.
19 Dec 18
48
Empty Image
Jabatan Amal, APM Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir
Oleh: Aslam WiraMARANG 20 Disember - Anggota Jabatan Amal Marang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) tampil mengerah keringat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat di Taman Desa Darul Iman, Kelulut yang terlibat banjir, baru-baru ini.Seramai 16 orang anggota amal dipimpin oleh Timbalan Ketua Operasi Bencana Jabatan Amal Kawasan Marang, Mohd Shahrul Azmi Othman dan 20 orang anggota APM yang diketuai oleh Pegawai APM Marang, Kapten (PA) Zabri Abd Razak.Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata kerjasama baik antara dua jabatan ini diutamakan demi memberi khidmat  terbaik kepada rakyat dan penduduk yang terjejas banjir.“Selepas Pusat Perpindahan Sementara ditutup, kita terus fokus kepada penyelarasan kerja berkaitan pembersihan rumah yang terjejas teruk akibat banjir ini dan turut disertai oleh pejabat Dun Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kelulut.“Pusat khidmat DUN akan terus berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Pertahanan Awan, Polis Diraja Malaysia,  Bomba dan sebagainya,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui sewaktu proses pembersihan rumah di taman berkenaan, baru-baru ini.Menurutnya, pejabat DUN akan terus memaklumkan kepada jabatan amal untuk membantu penduduk dalam kerja-kerja pembersihan termasuk membantu agensi bertanggungawab.“Dari sudut MPKK pula, mereka sentiasa bersedia memantau serta memberi maklumat sekiranya memerlukan bantuan daripada agensi terbabit,”katanya lagi.Tambahnya, jabatan amal adalah satu jentera yang selalu bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas tanpa mengira masa dan suasana.
19 Dec 18
823
Empty Image
Kem Smart Huffaz Lahirkan Generasi Cinta Al-Quran
Oleh : Jusmawari JusohBESUT, 19 Disember- Bagi melahirkan generasi huffaz, Pengasas Tahfiz An-Nur Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengadakan Kem Smart Huffaz pada musim cuti persekolahan yang bertempat di Kompleks Pendidikan An-Nur Besut, Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, di sini. Dr. Riduan yang juga Penyelaras Parlimen Besut menjemput Mudir Pusat Dakwah Serantau, Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi membimbing peserta program ilmu itu supaya menjadi remaja lebih baik dan celik al-Quran.Sementara itu, menurut Misbahul, semua peserta perlu bertakwa dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT."Semoga anak-anak semua dirahmati Allah SWT dan menjadi huffaz satu hari nanti. Menjadi umat yang sentiasa mencintai al-Quran."Alhamdulillah, kami para pendidik akan teruskan dan kekal program-program seperti ini apabila tiba musim cuti supaya mampu memberi manfaat kepada remaja-remaja agar tidak terus lalai dengan arus teknologi gajet dan sebagainya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada 120 peserta Kem Smart Huffaz 2018, semalam.Dalam pada itu, Tahfiz An-Nur Besut turut menempatkan 30 pelajar dan selepas ini, pusat pengajian agama itu merancang untuk mengambil peserta di kalangan warga emas.
19 Dec 18
920
Empty Image
Tidak Perlu Sering Panggil `YB' - ADUN Pengkalan Berangan
Oleh : Khairan Mat Jusoh MARANG, 19 Disember -Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong mahu mewujudkan hubungan lebih erat dan tiada sempadan antara wakil rakyat dengan masyarakat."Suka untuk saya maklumkan di sini, sebenarnya saya lebih suka mewujudkan hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat sepertimana dikatakan tiada garis sempadan."Dari segi penghormatan, tidak perlulah terlalu hormat sehingga sering menggunakan panggilan `YB' (Yang Berhormat) sepanjang masa yang sememangnya kita sudahlah jarang berjumpa kerana faktor bilangan 49 MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) di DUN Pengkalan Berangan ini. Situasi ini sedikit menyebabkan saya rasa jauh dengan masyarakat," katanya lagi.Add captionBeliau berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook ketika merasmikan Program Anak Soleh di Kampung Bukit Perpat, di sini, baru-baru ini.Bagaimanapun, menurut Sulaiman lagi, panggilan YB itu boleh jika sesuai dengan keadaan terutama di  majlis rasmi yang mempunyai protokol tertentu."Begitu juga dengan orang-orang yang dah biasa dan mengenali saya sebelum ini, usahlah terlalu formal. Jika ada urusan untuk diselesaikan, laluilah semuanya itu dengan saya seperti biasa kita berurusan sebelum ini. Kerana saya ingin lebih dekat dengan kalian semua dan mewujudkan hubungan yang lebih sejahtera dengan masyarakat. Insyaallah." katanya lagi.
19 Dec 18
216
Empty Image
Umat Islam Dilarang Sambut Hari Natal
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 20 Disember - Umat Islam diperingatkan agar tidak menyambut Hari Natal kerana mempunyai unsur-unsur syirik sekaligus bertentangan dengan ajaran Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sambutan Hari Natal pada 25 Disember depan melibatkan perbuatan yang mensyirikan Allah dengan mendakwa kononnya Nabi Isa adalah anak Tuhan atau satu unsur dari tiga sifat ketuhanan."Hari Natal akan disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun .Hari Natal merupakan hari kebesaran bagi penganut agama itu yang bertentangan dengan aqidah Islam.“Mereka(Penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini benda ini dan mereka mendakwa Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan," jelas beliau.Ustaz Muhammad Khalil berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Pantai Batu Buruk di sini semalam.Justeru katanya,ada ulama yang mendakwa gempa bumi banyak berlaku pada bulan ini.“Ada ulama’ berpendapat perayaan atau hari kebesaran orang bukan Islam, tidak boleh diraikan oleh orang Islam kerana melibatkan pengangan dan kepercayaan agama yang salah sebaliknya ia diizinkan jika melibatkan budaya boleh diraikan”.katanya lagi.“Sebagai contoh,perayaan Tahun Baru Cina itu budaya bukan agama tapi yang melibatkan agama,contohnya Hari Deepavali, kita tidak boleh sambut.”Muhammad Khalil juga menyatakan perayaan ini boleh diraikan dengan kadar yang terhad dan hanya kepada orang-orang yang penting sahaja“Ada juga ulama’ berkata demi nak merai masyarakat majmuk, maka dizinkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja dalam ruang lingkup yang sempit,” jelas beliau.
19 Dec 18
72
Empty Image
Bina Hubungan Persaudaraan Tanpa Rasa Dendam
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 19 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Jabi, Dr Azman Ibrahim menasihatkan masyarakat setempat terutama yang beragama Islam untuk tidak mengamalkan politik dendam sebaliknya perlu membina ukhuwah sesama insan.Katanya, penstrukturan semula persaudaraan disemai tanpa perlu berdendam dan mengulangi perilaku buruk pada masa lalu.“Kehidupan ini ibarat putaran roda, perlu ada sempadan selain sentiasa muhasabah diri kerana aturannya tidak selalu di atas dan tidak selamanya berada di bawah."Aturan Allah tiada siapa yang dapat menduga, umpamanya  enam tahun dulu pengikut parti PAS dihalang memasuki kawasan Felda Selasih, sebaliknya kini kita  dijemput berada di atas pentas, melebarkan persaudaraan dan ukhuwah bersama peneroka Felda," tambahnya lagi.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Peneroka Felda Selasih semalam."Alhamdulillah, Allah telah mengatur bila masa yang tepat untuk kita layak diberikan kemenangan."Terimalah kemenangan dengan tasbih dan istighfar serta sebarkan kasih sayang. Tiada luka dan dendam," ujarnya mengakhiri ucapan.
18 Dec 18
63
Empty Image
1,000 Mangsa Banjir Terima Bantuan
 Haji Ahmad Amzad Hashim menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjirOleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU 17 Disember –Hampir 1000 mangsa banjir sekitar kawasan Kuala Terengganu di sini yang terlibat dalam banjir kilat menerima sumbangan makanan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen.Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim khusus kepada penduduk yang  berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana mengalami banjir akibat hujan lebat yang direkodkan melanda beberapa stesen di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus, dua hari lepas.Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya mengagihkan kira-kira 1000 beg bantuan yang berisi bahan mentah kepada semua keluarga mangsa banjir terbabit bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.“Antara kandungannya ialah beras 5 kilogram (kg), minyak masak 2 kg, tepung gandum, gula, maggi dan biskut yang merupakan makanan asas."1000 itu jumlah keseluruhan, yang kami sempat agihkan hari ini dalam 100 beg, ada 900 beg yang perlu diagihkan lagi. Jika tidak mencukupi Insha Allah, saya akan usahakan penambahan lagi demi kemudahan mangsa-mangsa banjir", ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)ketika ditemui  di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan(SK) Chendering, semalam.Menurutnya, kejadian banjir kilat yang berlaku pada Isnin lalu, di luar jangkaan pihaknya dan menyebabkan beberapa taman perumahan terjejas."Pemberian bantuan ini bukan saja sebagai usaha menyantuni penduduk yang menghadapi masalah akibat bencana alam tetapi juga bagi membantu kerajaan meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.“Semua mangsa gembira ketika agihan bantuan tadi dan ada yang datang memeluk saya sebagai tanda berterima kasih,”katanya.
18 Dec 18
87
Empty Image
Pindah Segera Jika Diarahkan - Fazil Wahab
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 18 Disember - Semua penduduk yang terlibat di dalam situasi banjir diingatkan agar mematuhi arahan untuk berpindah jika dikeluarkan oleh pihak berkuasa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab juga mengharapkan agar ibu-bapa penjaga mengawasi anak-anak mereka ketika musim banjir.“Saya harapkan penduduk yang terlibat agar mendengar arahan berwajib sekiranya apa keadaan yang berlaku. Lebih-lebih lagi ibu bapa tolong tengok anak-anak takut mereka bermain di kawasan yang tidak sepatutnya," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal semalam.Dalam tumpuan sama, Haji Fazil yang juga Ketua Pemuda PAS DUN Seberang Takir memberitahu, para penduduk perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dengan apa jua situasi yang berlaku dan mendengar apa jua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.Seramai 31 keluarga yang membabitkan 131 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut semalam. Penduduk yang terbabit dengan pemindahan ini terdiri daripada Kampung Pak Tijah atau Kubang Badak dan Taman Uda ekoran hujan yang tidak berhenti sejak pagi semalam. Bagaimanapun keadaan beransur baik hari ini dengan kesemua pusat pemindahan di Kuala Nerus telah ditutup.
17 Dec 18
43