Artikel "Komuniti" Terkini
PERHILITAN, MPKK Jalin Kerjasama Atasi Ancaman Khinzir
Perangkap KhinzirOleh:Safwan SyakirKUALA NERUS, 23 Disember – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu menjalin kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Tunggal bagi mengawal khinzir dari terus menganggu kawasan yang didiami penduduk setempat.Pengarah PERHILITAN negeri, Rahmah Illias berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan berkenaan hidupan liar antaranya seperti gajah, musang, kera dan lain-lain lagi termasuk masalah khinzir di kawasan perumahan.“Faktor pengurusan sampah juga adalah penyumbang kepada banyak haiwan khinzir ini berkeliaran di kawasan kediaman, pastikan tong sampah di kawasan rumah tertutup bagi memastikan tempat itu tidak dicerobohi."Untuk tahun ini sebanyak 95 aduan melibatkan khinzir dan pihak kami telah membuat siasatan dan melancarkan operasi bagi menangkap khinzir itu,"katanya.Rahmah IlliasBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyerahan Perangkap Khinzir kepada MPKK Bukit Tunggal.Turut hadir, Timbalan Pengarah PERHILITAN negeri, Ahmad Kamsul Alias, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Hj Zaharudin Zahid dan MPKK Bukit Tunggal.Tambahnya lagi, kerjasama daripada pihak DUN, MPKK dan masyarakat untuk kesejahteraan penduduk kampung khususnya.Zaharudin ZahidSementara itu, Zaharudin berkata, DUN Bukit Tunggal merupakan kawasan pertama yang menerima sumbangan perangkap khinzir. “Antara punca haiwan ini berkeliaran ialah kerana pembangunan yang semakin rancak seperti pembinaan rumah-rumah baru yang menyebabkan haiwan ini ‘berhijrah’ ke kawasan perumahan,”ujarnya.
23 Dec 18
184
128 Anak-Anak Anggota Peladang Sertai Kem Tahfiz
Ariffin Deraman (tengah) bersama para peserta Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang kelmarin.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG, 23 Disember - Seramai 128 orang peserta telah menjayakan Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang yang terdiri daripada anak-anak Peladang sekitar kawasan Bukit Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, al-Quran sangat penting dan berperanan sebagai petunjuk kepada umat Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.Justeru, katanya, mempelajarinya merupakan suatu kewajipan kepada semua umat Islam. Menghafaz al-Quran adalah termasuk fardu kifayah."Di dalam solat, ada rukun Qouli iaitu bacaan dalam solat. Untuk sempurna solat, bacaannya mestilah dilakukan dengan betul.“Di sini timbul wajibnya mempelajari al-quran kerana di dalam solat, kita wajib membaca ayat suci al-quran terutamanya surah al-Fatihah," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang, Bukit Payung, Marang kelmarin.Dalam pada itu, ketika ditemui, Ketua Fasilitator, Hajah Nor Aini Anuar berkata, kem itu bertujuan untuk mendidik anak-anak mendirikan solat secara sempurna serta mendekatkan diri mereka kepada al-Quran.“Semasa sesi pembelajaran kem tahfiz ini, ianya terdiri daripada tiga modul iaitu hafazan, solat dan tilawah. Kem ini diadakan selama 20 hari bekerja bermula 25 November sehingga 20 Disember 2018. Sehinggalah majlis penutup diadakan pada hari ini," katanya.Beliau juga berharap agar para peserta dapat memperoleh ilmu semaksima mungkin untuk direalisasikan dalam kehidupan dari segi penjagaan solat secara sempurna dan berterusan dan ayat-ayat hafazan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
22 Dec 18
88
Sukan Eratkan Silaturahim
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Disember - Sukan mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.Penolong Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Terengganu, Hamidi Jusoh berkata, tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan atau secara individu.“Bersukan bukan hanya sekadar mengisi masa lapang sahaja tetapi juga sebagai pengerat ukhuwah sesama penduduk.“Oleh sebab kesibukan kerja masing-masing, kita sesama sendiri tidak kenal rapat antara kita ini,jadi dengan penganjuran acara seperti ini,kita saling kenal mengenali antara kita,”kata beliau ketika merasmikan majlis penutup bagi kejohanan badminton tertutup Taman Permint Perdana, di Dewan Serbaguna, Kampung Batin, semalamKejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana,Kampung Batin melibatkan sebanyak 38 regu iaitu 76 orang pemain yang rata-ratanya penduduk setempat dan penyewa dewan tersebut.Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata, penganjuran ini membolehkan penduduk melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyegarkan tubuh badan.“Dengan program seperti ini,kita dapat menyihatkan tubuh badan dan tidak membuang masa dengan lepak di sambil berbual kosong sahaja,”ujarnya lagi.Tambahnya, kegiatan seumpama itu menjadi tanggungjawab bersama yang akan mendorong penglibatan ahli-ahli di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas menerusi aktiviti sukan.
22 Dec 18
241
Sumbang Untuk Tabung Khairat
Pengerusi MPKK Tasek Rizan Ali menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian, Haji Nordin Abu Hassan.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG, 23 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman menyerahkan sejumlah sumbangan kepada Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Tasek, di sini semalam.Timbalan Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Tasek, Mohamad Salleh Yusof berkata, sumbangan ini memperkuatkan lagi pertubuhan dan ia dimasukkan ke dalam tabung untuk pengurusan kematian."Saya amat berbesar hati menerima sumbangan ini yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.“YB Ariffin amat murah hati dan sangat prihatin terhadap masyarakat setempat dan Kampung Tasek tidak asing lagi bagi beliau," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kampung Tasek di Dewan Terbuka Masjid Kampung Tasek, Marang, Terengganu.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek, Rizan Ali, mewakili Ariffin Deraman menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian, Tuan Haji Nordin Abu Hassan.
22 Dec 18
124
Kem Anak Soleh Bakal Jadi Acara Tahunan
Belajar solat merupakan antara pengisian dalam kemOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU 22 Disember-Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kampung Mengabang Tengah Masjid mengambil inisiatif untuk menjadikan program Kem Anak Soleh ini sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti.Pengarah Program,Ustaz Harun Hitam berkata, program kem anak soleh ini untuk menarik minat pelajar-pelajar dan setakat ini sasaran penganjur telah tercapai.“Kita sasarkan 100 peserta untuk kem dan syukur setakat ini kita telah mempunyai 95 orang peserta serta mencapai sasaran.“Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur antara enam hingga 12 tahun merupakan penduduk setempat dan keputusan untuk jadikannya acara tahunan setelah berbincang dengan pengerusi MPKK.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di program Kem Anak Soleh di Bangunan PASTI Al-Khauthar, Mengabang Tengah, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Mengabang Tengah Masjid, Aziz Salleh dan seluruh ahli jawatankuasa program.Tambah beliau, penerimaan ibu bapa terhadap program amat membanggakan bagi mengisi masa lapang anak-anak yang dalam ‘mood’ cuti sekolah.“Sambutan memang luar biasa yang diterima dan ibu bapa memang mencari peluang untuk menghantar anak-anak ke kem ini bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan ini.“Saya rasa tahun depan mungkin kita kena buat lebih besar dan meriah, untuk itu kita akan bentangkan kertas kerja lebih awal bagi memastikan kem ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik,"ujarnya lagi.Menurut Harun, matlamat program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya solat jemaah dan suasana berjemaah ketika menunaikan solat dalam kehidupan seharian.
22 Dec 18
381
Kontijen Terengganu Cipta Kejayaan Di SKIP
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 22 Disember - Kontinjen Negeri Terengganu berjaya memperolehi pungutan pingat terbanyak bagi acara olahraga Sukan Institusi Psikiatri 2018 (SKIP) di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dari 7 hingga 9 Disember laluKeseluruhan jumlah pingat yang diperolehi sebanyak lapan pingat emas, 10 pingat Perak dan enam pingat gangsa.Pengarah Kesihatan negeri, Dr Haji Mohd Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sukan kali ini."Tanpa kerjasama ini tidak mungkin kita akan berada ditahap ini dan membawa pulang pingat, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet dan jawatankuasa yang telah berpenat lelah membawa balik pingat-pingat tersebut."Saya mengharapkan kita dapat bekerjasama seperti ini dimasa akan datang supaya dapat mengekalkan kejayaan ini, kerana apabila kita berjaya pihak lawan akan berusaha untuk mengatasinya ,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Atlet SKIP 2018 di Sumai Hotel, di sini baru-baru ini.Turut hadir Pegawai Khas Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Mohd Ikhwan.Dalam majlis tersebut, Azhar Ismail diumumkan olahragawan terbaik bagi Sukan Institusi Psikiatri(SKIP) kontinjen Terengganu 2018 manakala olahragawati pula ialah saudari Ong Pei Yin.Menurut Mohd lagi, kriteria pemilihan bukan sahaja di nilai dari segi pungutan pingat terbanyak, malah diambil kira dari aspek sikap positif yang ditonjolkan oleh atlet tersebut serta kerjasama yang diberikan sepanjang SKIP dijalankan.Program sukan ini diadakan untuk mengubah stigma masyarakat bahawa pesakit mental boleh menjalani hidup normal dan bersukan sebagai sebahagian amalan gaya hidup sihat.SKIP boleh juga disifatkan sebagai satu program pemulihan psikososial bagi menggalakkan pesakit psikiatri mencapai tahap kefungsian berdikari dalam komuniti dan menikmati kualiti hidup lebih baik.
22 Dec 18
57
Rehlah Tarbawi Erat Silaturrahim
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 Disember - Program Rehlah Tarbawi sangat bermanfaat kepada semua terutamanya bagi golongan muda supaya dapat beriadah dan mengeluarkan peluh bersama-sama.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad menyifatkan Rehlah Tarbawi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anak muda."Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita."Selain dapat menjaga kesihatan fizikal, kita juga dapat mengisi rohani kita dengan mendengar tazkirah serta taujihad daripada ustaz-ustaz yang dijemput."Saya berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hapadan kerana ia sangat memberi manfaat kepada kita semua," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata sewaktu menyampaikan ucapan dalam Program Rehlah Tarbawi dan Hiking Bukit Keluang, Besut di Pantai Bukit Keluang Besut, semalam.Program tersebut dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut bersama-sama dengan Jabatan Amal dan Ameerah Besut. Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin.
22 Dec 18
387
Program Gunting Rambut Dapat Sambutan
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 Disember-Hampir 120 pelajar pelbagai latar belakang telah mengambil peluang menggayakan rambut baru secara percuma sempena kembali ke sekolah.Program ini di anjurkan oleh Kelab Sahabat Batu Buruk Sejahtera (SAHABAT),Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dewan Undangan Negeri(DUN)Batu Buruk dan Kedai Gunting Rambut HOTOH.Pengarah Program,Che Muhammad Khari Che Ali berkata, program gunting rambut yang diadakan ini mencapai target apa yang diinginkan oleh penganjur."Meskipun nilainya dari pandangan sesetengah pihak adalah kecil namun bagi golongan memerlukan khidmat sebegini sudah tentu amat diperlukan.“Alhamdulillah setakat ini berjalan dengan lancar dan setakat ini hampir 30 orang peserta dalam lingkungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Alhamdulillah bermungkinan jumlah tersebut akan bertambah lagi,"ujarnyaBeliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)di Program Gunting Rambut Dun Batu Buruk di Dewan Serbaguna Hujung Jambatan, Kuala Ibai disini, hari ini.Turut sama,Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Hujung Jambatan, Haji Wan Mohd Danin, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah dan seluruh ahli jawatankuasa program.Beliau juga berkata penerimaan masyarakat setempat terhadap program ini amat baik dan memberangsangkan.Walaupun belanja gunting rambut tidaklah sebesar mana berbanding kos menyediakan kelengkapan persekolahan namun program itu tetap membantu.“Komitmen masyarakat pada program ini alhamdulillah,program ini percuma, dan sekolah hampir buka jadi sambutan agak baik.“Penerimaan masyarakat dibawah kerajaan baru tempat yang lebih selesa,kalau dahulu kita buat sebelum tempat terbuka,panas dan sekarang mempunyai fasiliti yang baik," katanya.
21 Dec 18
259
Gotong Royong Terjemahan Konsep Kerajaan Berkebajikan
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 Disember - Komuniti setempat merupakan struktur sosial yang penting untuk menghubungkan rakyat dengan kerajaan melalui program yang dilaksanakan.Program gotong-royong adalah salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan kesedaran umum untuk menjaga kebersihan komuniti seterusnya mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tanggungjawab antara rakyat dan kerajaan negeri mampu membina hubungan yang terbaik."Hubungan harmoni dan kerjasama merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.“Tapi bila kita nak amalkan konsep negara berkebajikan,kita juga mahu ‘ta’awun’(tolong menolong) daripada rakyat di bawah supaya kita rasa satu tanggungjawab bersama”.ujarnyaBeliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam program gotong royong perdana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Raja Baran dan Batu Putih di Balai Penghulu Chendering, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi MPKK Raja Baran,Tuan Ngah Tuan Ahmad; Pengerusi MPKK Batu Putih,Tuan Annuar Tuan Salleh; Penghulu Mukim Chendering, Ayub Mamat dan seluruh penduduk setempat.Justeru itu, Muhammad Khalil juga berkata nilai-nilai murni boleh dipupuk bagi mewujudkan suasana yang aman dan damai.“Ianya boleh memupuk perkara-perkara lain yang positif seperti ukhuwah islamiyah, semangat persaudaraan, semangat tolong menolong dan lain-lain lagi.“Tahniah kepada MPKK yang terlibat dan juga penghulu yang sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat demi untuk menunjukkan satu hubungan diantara rakyat di bawah dan kerajaan di atas supaya kita sama-sama membina negeri Terengganu selaras dengan slogan Maju, Berkat dan Sejahtera,"ujarnya.
21 Dec 18
72
Ular Sawa Ditemui Di Pasar Payang
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU 20 Disember - Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter ditemui ketika kerja gotong royong dijalankan di Pasar Payang, Kuala Terengganu, semalam.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh sekumpulan peniaga yang terlibat dengan program gotong royong di pasar berkenaan."Saya terkejut apabila diceritakan tentang seekor ular sawa oleh sekumpulan peniaga yang melakukan kerja gotong royong itu."Ular berkenaan berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah dihubungi oleh peniaga-peniaga kerana takut ular sawa tersebut membahayakan nyawa orang ramai," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemu ramah di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penjaja, Haji Zakaria.Program gotong royong itu dijalankan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Disember 2018 turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menyediakan peralatan dan tempat pengumpulan sampah bagi menyempurnakan kerja-kerja pembersihan.Tambahnya, program gotong-royong ini merupakan antara program yang selari dengan dasar kerajaan negeri, iaitu ‘Terengganu Bersih’ lebih-lebih lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong.
21 Dec 18
377