lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kerja Keras Untuk Pastikan Bantuan Tidak Tercicir
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang bekerja keras untuk memastikan semua rakyat yang layak menerima bantuan tidak tercicir daripada mendapat hak mereka.Pembantu Hal Ehwal Kemasyaratan,  Muhammad Muaz Anuar memberitahu, mereka mensasarkan golongan yang sepatutnya menerima bantuan di DUN tersebut akan mendapat paling kurang  salah satu bentuk bantuan."Samada bantuan berkala atau bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) , Tabung Darul Iman (TDI) atau bantuan langsung dari  Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," ujar beliau.Beliau berkata demikian  selepas mengiringi ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyerahkan keperluan dan cek sumbangan TDI di bawah skim bantuan pesakit kronik kelmarin."Hari ini  kita ziarah sehari suntuk mengiringi ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun  ke rumah keluarga penerima yang terlibat."Iaitu di Kampung Alor Tempoyok, Kampung Gong Pasir, Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Serdang, Kampung Padang Pulut serta Kampung Seberang Pintasan," jelasnya lagi.Menurutnya, cek sumbangan berkala dengan pelbagai nilai dari RM500 sehingga RM800 adalah berdasarkan situasi pesakit yang menerima.
25 Dec 18
32
Empty Image
Islam Utamakan Gaya Hidup Sihat
Oleh: Ahmad MawardiHULU BESUT , 26 Disember - Islam merupakan addin yang amat menitikberatkan kesejahteraan umat merangkumi gaya hidup sihat yang berkait rapat dengan kesihatan jasmani, mental, emosi dan rohani. Timbalan Pengerusi Pertanian Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, kesihatan merupakan aset yang amat bernilai dalam kehidupan setiap manusia dan perlu sentiasa dijaga serta diberi perhatian dengan sebaik mungkin."Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperoleh dengan melakukan ibadah khusus seperti berwuduk, solat, puasa dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Gaya Hidup Sihat di Masjid Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Besut, di sini, semalam.Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad, Penghulu Hulu Besut, Riduan Zaki dan Pengerusi  MPKK Lubuk Kawah, Chik HarunAgensi lain yang hadir sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK).Hilmi yang juga ADUN Manir berkata, program berkonsepkan kerohanian dan jasmani seperti itu perlu sentiasa diadakan di persekitaran masjid supaya masyarakat lebih rapat dan sam-sama mengimarahkan rumah ibadat.
25 Dec 18
62
Empty Image
YB ‘Mudoh Kire’
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 26 Disember- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong bersama isteri meluangkan masa menziarahi seorang penduduk Kampung Temiang yang telah meninggal dunia.Allahyarham Mohd Noor Bin Adam, 56, meninggalkan enam orang anak setelah meninggal dunia akibat serangan strok.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Temiang, Muhammad Shafie Muda berkata, Ustaz Sulaiman merupakan antara wakil rakyat yang cakna terhadap kebajian penduduk dibawah jagaannya. "Beliau sentiasa cakna kepada rakyat di sekitar DUN ini. Jika ada kematian, beliau mudah untuk ziarah walaupun dalam keadaan jadual yang padat. Yang berhormat (YB) memang mudoh kire,” ujarnya. Dalam pada itu, Sulaiman bersama isterinya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
25 Dec 18
91
Empty Image
Piala Monsun Imbau Tradisi Lama
Oleh: Ariss AliasSETIU, 26 Disember- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkap menganjurkan pertandingan bola sepak secara tradisional bagi mengembalikan minat masyarakat terhadap permaian tradisi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, Kejohanan Bola Sepak Piala Monsun Enam Sebelah anjuran MPKK Langkap bersama Persatuan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) itu telah menarik penyertaan 16 pasukan yang terdiri 126 peserta.“Pertandingan sebegini mengimbau kenangan orang kampung dalam bermain bola sepak secara tradisional. Kumpulan ditentukan secara undian dan wajib bermain tanpa kasut di padang basah,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Monsun Enam Sebelah di Padang Bola Kampung Langkap,” baru-baru ini.Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Langkap Hassan Karim dan Penolong Pegawai Kemasyarakatan i-MiTS Ahmad Mohd Nor.Katanya, menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menutup aurat."Penganjur perlu cakna mengenai pakaian peserta, kena tutup aurat begitu juga bab solat. Bila masuk waktu pastikan peserta ada masa untuk solat"."InsyaAllah lepas ni kita akan buat pertandingan futsal peringkat DUN Langkap yang akan diuruskan oleh pemuda,” ujarnya.
25 Dec 18
284
Empty Image
Kem Hafazan Lahir Generasi Huffaz
Sebahagian kanak-kanak yang mengikuti Kem Hafazan Surah Lazim Siri 1/2018, Masjid Kampung Bukit Perah, baru- baru ini. Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU 25 Disember- Kem hafazan merupakan salah satu interaktif terbaik bagi meningkatkan ingatan serta hafalan untuk melahirkan generasi huffaz pada masa akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, kem ini merupakan satu kaedah untuk menarik minat anak- anak untuk menghafal ayat- ayat suci Al- Quran."Alhamdulillah kem hafazan ini merupakan satu cetusan idea yang sangat bagus untuk mempersiapkan diri anak- anak kita semua dengan hafalan surah- surah lazim."Ini merupakan satu daripada proses latihan untuk melatih diri mereka menghidupkan ayat-ayat Al- Quran dalam diri mereka dengan bukan sekadar dibaca tetapi dihafal dan diulang untuk memberi manfaat jangka masa panjang untuk diri sendiri," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika merasmikan penutup Kem Hafazan Surah Lazim Siri 1/2018 bertempat di Masjid Kampung Bukit Perah, baru- baru ini.Menurutnya, anak- anak muda terutamanya remaja kurang meminati serta menghadirkan diri dalam program sebegini kerana malu untuk berdepan dengan masyarakat."Rata-rata anak muda sekarang ini kurang minat kepada proses pembelajaran dan hafalan Al- Quran kecuali mereka yang berada di pusat- pusat  yang menghidupkan ilmu Al- Quran seperti di sekolah- sekolah agama dan madrasah."Jadi kita perlu ‘upgrade’ terutamanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Ahli Jawatankuasa Masjid perlu berusaha menarik orang- orang muda supaya minat dengan kem seumpama ini kepada peringkat- peringkat menengah."Sebab itu kerjasama yang jitu antara MPKK serta Jawatankuasa Masjid sangat penting bagi merealisasikan slogan negeri ini bagi mewujudkan Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera,”katanya lagi.Sementara itu, MPKK Kampung Bukit Perah, Abdul Karim Abdullah berkata penyertaan peserta melebihi jangkaan iaitu seramai 75 orang serta berharap dapat diteruskan pada tahun hadapan."Alhamdulillah kita mendapat penyertaan yang begitu ramai sehingga ada yang mahu turut serta pada saat- saat akhir."Kita juga berharap ibu bapa sentiasa memastikan anak- anak mereka mengulangi hafalan supaya dapat memantapkan bacaan mereka," katanya.
25 Dec 18
260
Empty Image
Rawai FC Bawa Pulang Piala YB ADUN Alur Limbat
Ariffin bersama pasukan rawai FC yang berjaya membawa pulang piala YB ADUNOleh : Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU 25 Disember – Pasukan Rawai FC muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Binjai Bongkok FC  pada kejohanan bola sepak 11 sebelah tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan membawa pulang Piala Yang Berhormat Ariffin Deraman, semalam.  Ketua jurulatih pasukan Rawai FC, Malik Abdullah, berkata perlawanan sengit ini  tamat pada minit 60 dengan keputusan penuh seri 1-1 dan pengadil terpaksa membuat keputusan mengadakan sepakan dari penalty lima lawan lima dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Rawai FC 5-4.“Pada separuh masa yang pertama kita telah mendahului satu gol, namun di separuh masa kedua, pasukan rawai agak kepincangan menyebabkan pasukan lawan dapat menjaringkan gol di 10 minit akhir.“Walau bagaimanapun keputusan penalti telah berpihak kepada kami iaitu pasukan Rawai FC dengan keputusan 5-4 dan saya sangat bersyukur serta berbangga dengan pasukan saya yang agak serba kekurangan ini telah menjuarai kejohanan kali ini. Tahniah dan syabas kepada pemain-pemain Rawai FC,”ujar beliau kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika ditemui selepas perlawanan di padang bola, Banggol Katong.Dalam pada itu, Ahmad Sukeri Repin, 38, telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang juga merupakan ketua pasukan Rawai FC menyifatkan kemenangan kali ini adalah milik bersama.“Kejayaan Rawai FC bukan terletak pada saya seorang, malah ianya kerjasama satu pasukan dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat seperjuangan kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang bagus ketika perlawanan akhir ini“Alhamdulillah, saya berasa bangga walaupun diusia sebegini masih lagi diberi peluang untuk menerima anugerah ini,”katanya lagi.Kejohanan ini mengambil masa dua bulan dengan 39 perlawanan di setiap hujung minggu yang diadakan di empat padang iaitu padang bola Belukar Sukai, padang bola Banggol Tok Ku, padang bola Banggol Katong dan padang bola Rawai yang dianjurkan oleh Pejabat DUN dan Pemuda DUN Alur Limbat.
25 Dec 18
110
Empty Image
Wanita Seiring Majukan Terengganu
Oleh: Nooreni Abu Bakar KUALA TERENGGANU, 25 Disember - Peranan wanita-wanita Terengganu bukan hanya untuk memberi khidmat semata-mata tetapi juga mengutarakan teguran dan pandangan yang baik di dalam memajukan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, kesungguhan ini dapat dilihat dengan pelantikan wanita di posisi-posisi penting di dalam kerajaan."Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri kerana perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar dan juga wakil wanita daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Terengganu. Ini adalah kesungguhan dan perhatian kepada wanita Terengganu," ujar beliau.Alias yang juga ADUN Rantau Abang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Hi Tea dan Dialog Wanita Terengganu Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sebuah hotel di sini baru-baru ini (22 Disember)."Jadi kita mesti letakkan, tujuan kita pada petang ini, untuk sama-sama membina negeri Terengganu yang maju, malah negara Malaysia yang sejahtera," tambahnya.Menurutnya, kemajuan yang sepatutnya diperlukan oleh masyarakat bukan sahaja berbentuk kebendaan."Bukan kita hanya memikirkan kebendaan sahaja, kita kena berjalan serentak, cari kebendaan  dan dalam masa yang sama majukan diri kita dalam mentaati perintah Allah," jelas beliau lagi.Justeru itu, katanya, kerajaan negeri meletakkan penyelesaiannya ialah penyelesaian Islam yang tidak mendiskriminasikan warna, politik, kaum dan jantina.Beliau sebagai ahli panel di majlis itu turut bergandingan bersama ADUN Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor. Turut hadir, Pegawai Khas Wanita di Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti dan Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman.
25 Dec 18
84
Empty Image
Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera Rentasi Sempadan Kaum
Oleh: AminjiKEMAMAN, 23 Disember - Slogan 'Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera yang diamalkan oleh kerajaan negeri dapat dirasai oleh setiap anggota masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam menerima bantuan sekiranya layak."Pertemuan ini membuktikan bahawa tiada benteng pemisah diantara kaum di negeri ini."Kita mahu masyarakat yang berbilang kaum ini hidup harmoni, aman damai dan tiada yang ketinggalan daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan."Saya juga berharap agar pertemuan ini menjadi titik tanda persaudaraan dan persahabatan antara kita."Ini bertepatan dengan kehendak kerajaan supaya masyarakat berkasih sayang yang diterapkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pentadbirannya," katanya ketika berucap dalam Program Bantuan Perayaan Deepavali di Perasing Jaya, semalam.Seramai 99 penerima bantuan terdiri daripada kaum India menerima sumbangan wang tunai RM250 seorang.Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban sara hidup majoriti peserta yang berkerja di ladang berdepan keadaan cuaca tidak menentu.Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr. G. Balachandran dan wakil masyarakat hindu Jabor Estate, Sivakumar.
24 Dec 18
38
Empty Image
TDI Bantu Lima Pesakit Kronik
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 23 Disember: Golongan yang tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila lima daripada mereka menerima bantuan dari sekretariat Tabung Darul Iman (TDI) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani berkata penerima-penerima bantuan tersebut terdiri dikalangan pesakit buah pinggang dan kencing manis kronik.“Antara pesakit yang menerima cek tersebut ialah penduduk dari Kampung Kubang Ikan, Kampung Aur, Simpang Empat Chendering dan Taman Permin Jaya."Semoga dengan adanya sumbangan ini daripada pihak kerajaan dapat meringankan sedikit beban mereka."Kami berdoa semoga mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya ketika ditemubual wartawan di Chendering, semalam.Cek bernilai RM300, RM500 dan RM800 setiap seorang itu diberi berdasarkan kadar keperluan yang dinilai TDI.Penyerahan tersebut disampaikan Abdul Fattah dalam Program Ziarah dan Serahan Bantuan TDI yang turut dihadiri Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) DUN Batu Buruk, Mohd Kazman Ishak serta Mohd Hanafi Ismail.
24 Dec 18
27
Empty Image
Pasangan Kembar Terima Anugerah Kecemerlangan PPSR Daerah Setiu
Pasangan kembar menerima anugerah kecemerlangan daripada Ahli Parlimen Setiu, Shahrizukirnain Abd. Kadir.Oleh : Ariss AliasSETIU, 23 Disember- Sepasang kembar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Bidong, Muhammad Harith Iskandar Nazri dan Muhammad Syahmi Zulkirnain Nazri  menerima Anugerah Kecermerlangan Peperiksaan Pentaksiran Sekolah Rendah(PPSR) di sini, semalam.Keduanya juga memperolehi  6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini.Nazri Bahrom dan Masrina Hamzah, ibu-bapa pasangan kembar tersebut yang berasal daripada Kampung Lembah Bidong teruja dengan kejayaan si kembar dalam kedua-dua peperiksaan."Kami bangga dengan pencapaian kedua mereka, bahkan SK Lembah Bidong melahirkan tiga orang lagi murid yang cemerlang dalam PPSR, dan teramai bagi daerah Setiu,"Rasa syukur sangat apabila kedua anak kami  berjaya mendapat tempat ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Bentong," ujar Masrina.Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan PPSR Tahun 2018 Yayasan Terengganu Peringkat Daerah Setiu di Dewan Sivik Gong Terap.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shahrizukirnain Abd. Kadir.Seramai 25 orang pelajar daripada 20 buah sekolah di Setiu menerima anugerah bersama ibu-bapa masing-masing. Setiap pelajar menerima sumbangan RM300 setiap seorang beserta sijil penghargaan bagi meringankan bebanan ibu-bapa untuk memulakan sesi persekolahan awal 2019.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kewangan Yayasan Terengganu, Hajah Noriah Jusoh; Ketua Penyelia i-MiTS Setiu, Ustaz Fauzi Muda; Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof; Penyelia i-MiTS DUN Langkap, Haji Hassan Karim dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu (Kemanusiaan) Haji Rozalan Adam.Sementara itu, Shahrizukirnain berkata kerajaan negeri  memperuntukkan sebahagian besar bajet 2019 untuk pendidikan."Di dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini, saya telah mencadangkan agar sebuah Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dibina di Setiu ini."Salah satu manifesto kita ialah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang akan dibuka di setiap daerah, bagi daerah Setiu InsyaAllah akan dibuka bermula awal tahun 2020", tambah beliau lagi.PPSR bagi tahun 2018 yang diumumkan baru-baru ini meletakkan Daerah Setiu antara yang cemerlang dari segi pencapaian..
23 Dec 18
534