Artikel "Komuniti" Terkini
Rumah Sewa Hanifah Hangus Dalam Kebakaran
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 26 Disember -Satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah sewa di tepi jalan utama Kampung Rantau Abang telah berlaku petang semalam.Penyewa tersebut, Hanifah Abdullah, 62 berkata ketika kejadian beliau dan isterinya, Hafsah Ibrahim,58 tiada di rumah."Dua tahun doh sewa rumah ni, kebakaran bermula daripada bahagian belakang rumah dan mungkin disebabkan litar pintas," katanya.Beliau yang merupakan seorang peniaga itu akan tinggal di sebelah rumahnya yang terbakar itu kebetulan kosong tiada penyewa, di mana tuan rumah berkenaan telah bermurah hati membenarkan Hanifah tinggal di situ. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang bergegas ke tempat kejadian telah menghulurkan sedikit sumbangan peribadi ."Mintak buat laporan polis dan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) esok bagi memdapat sebarang bantuan yg sedia ada oleh JKM," pesan Cikgu Alias kepada mangsa.
26 Dec 18
47
Petronas Pergiat Usaha Bantu Masyarakat
Oleh : Khalid Abdullah KEMAMAN - Petronas akan terus menggiatkan usaha membantu masyarakat di Terengganu termasuk masyarakat berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pelbagai program telah dilaksanakan dab akan menetuskan usaha itu dengan memikirkan program yang lebih bersesuaian."Buktinya sekali lagi hari ini, program kolabrasi DUN Kemasik dengan Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) menyerahkan sumbangan kepada pelajar asnaf bagi tujuan pembelian kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan alat tulis."Kami berharap dengan sumbangan ini dapat adik-adik pelajar membuat persiapan sempena sesi persekolahan 2019 yang bakal menjelang," ujar beliau.Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat BAKIP di Dewan Sivik Kertih, di sini pada Isnin.Datuk Wan Mohd Hasnan turut memberitahu Bakip memperuntukkan sebanyak sumbangan RM900,000 untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Katanya, BAkip yang dilantik untuk mengagihkan wang zakat kakitangan Petronas bagi tahun 2018 dengan kerjasama Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."Seramai 1,163 pelajar di wilayah timur iaitu negeri ini, Kelantan dan Pahang dipilih sebagai penerima, Negeri Terengganu mendapat jumlah terbesar sebanyak 600 penerima,”katanya.
26 Dec 18
62
Ta'min Hadhanah, Kecaknaan Kerajaan Kepada Ibu Tunggal Teraniaya
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Disember - Kerajaan negeri mengambil cakna golongan ibu tunggal yang tiada tempat bergantung selepas perceraian dengan memperkenalkan Ta’min Hadhanah (insurans).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, insurans tersebut bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian. "Dalam masa yang sama dapat menjaga kebajikkan ibu tunggal dan anak-anak", ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sumbangan Kepada Asnaf di Dewan Sivik Kampung Baru, semalam.Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, perlaksanaan insurans tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan terbabit."Sebelum ini kalau bercerai, serah kepada ibu-ibu bekerja keras untuk menanggung makan pakai anak, ayah lepas tangan."Cuma saya berharap apa-apa yang terjadi kepada wanita yang diceraikan maklumatnya sampai kepada Pejabat Agama ataupun agensi di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri supaya mereka yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya,” ujarnya.
26 Dec 18
216
MPKK PAKR Jabi Cakna
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 26 Disember - Persiapan anak-anak untuk memasuki sesi baharu persekolahan perlu dititikberatkan bukan sahaja dari segi pakaian, peralatan, mental malah fizikal juga penting untuk keselesaan menuntut ilmu.Tindakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Jabi yang mengadakan Program Gunting Rambut Percuma kepada pelajar sekolah sekitar mendapat pujian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim.Dr Azman mengucapkan tahniah dan berbangga dengan usaha murni meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan itu."Syabas diucapkan kepada MPKK PAKR di atas penganjuran program sebegini."Ini menunjukkan kecaknaan sebagai pemimpin dan inilah yang kita inginkan. Mampu berdiri di atas kaki sendiri dan ia boleh dijadikan contoh kepada kampung lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Tanah Merah, di sini, malam ini.Sementara itu, Pengerusi MPKK PAKR Jabi, Mohd Rezuan Md Lazim berkata, program sepanjang seminggu itu memberi peluang mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dalam menguruskan persiapan persekolahan."Kita cuba bantu semampu mana kita boleh. Yang penting anak-anak kita nampak kemas dan selesa untuk ke sekolah," jelasnya.Menurutnya lagi, lebih 100 kupon diedarkan di sekitar taman perumahan kepada pelajar lelaki untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma bermula 23 sehingga 30 Disember ini."InsyaAllah, kita akan meneruskan program seperti ini pada masa akan datang,"kata beliau lagi.
26 Dec 18
57
300 Pelajar Gunting Rambut Percuma
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 25 Disember - Seramai 300 murid dan pelajar yang berumur antara tujuh hingga 18 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menyertai program gunting rambut percuma, bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik memaklumkan inisiatif itu dapat menampung sedikit perbelanjaan keluarga yang kurang berkemampuan terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah menjelang sesi persekolahan baru.“Kita mendapati ada keluarga mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan mereka terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk menggunting rambut sahaja sedangkan masih banyak perbelanjaan yang perlu digunakan untuk perkara lain.“Melalui program gunting rambut ini, kita memberikan perkhidmatan secara percuma sahaja yang mana sedikit sebanyak menceriakan ibu bapa mereka,” katanya.Beliau berkata demikian sempena program sehari anjuran Pemuda PAS DUN Sura, di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sura, di sini, semalam. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, berkata pihaknya akan meneruskan program itu berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.“InsyaAllah kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan dalam usaha membantu keluarga yang berpendapatan rendah yang masih mempunyai anak bersekolah,” katanya.Sementara itu, Pengarah Program, Wan Mohd Azhar Wan Deraman berkata, permintaan daripada ibu bapa supaya diadakan program itu amat menggalakkan sejak awal cuti persekolahan lalu.“Kami mendapat panggilan dan pertanyaan dari ibu bapa hampir setiap hari tentang bila program ini akan diadakan. “Dengan itu kita membuat keputusan untuk mengadakan program sepertimana hari ini sempena cuti persekolahan yang akan tamat minggu depan, " katanya.
26 Dec 18
172
Terengganu Tanggung Tunggakan Cukai Pintu RM44 Juta
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 23 Disember -Kerajaan Terengganu menanggung kos tunggakan cukai pintu kira-kira RM 44 juta selepas Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman berkuat kuasa 1 Januari 2019.Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.Langkah itu dilaksanakan bagi memenuhi janji manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pengecualian itu adalah untuk rumah yang diduduki sahaja, melainkan rumah itu didiami oleh keluarga isteri kedua, manakala rumah dibina atau dibeli bertujuan untuk disewa tetap akan dikenakan cukai kerana dikira berniaga.“Cukai pintu tidak boleh dihapus tetapi diturunkan kepada kadar kosong peratus kerana ia tertakluk dibawah akta Kerajaan.Tempatan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Duyong 2018 bertempat Di Dewan Sivik Pulau Duyong semalam.Seramai Dua murid berjaya memperolehi keputusan 6 A dan tiga murid berjaya mendapat 5A daripada 67 murid yang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah itu, baru-baru ini.
26 Dec 18
214
Kem 3S Isi Masa Senggang Dengan Ilmu Bermanfaat
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 25 Disember - Kem Solat, Soleh, `Success' atau dikenali sebagai Kem 3S, di Bukit Payung, di sini, mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa untuk mengisi masa senggang musim cuti sekolah anak-anak dengan ilmu yang bermanfaat.Program sehari itu mendapat sambutan luar biasa daripada ibu bapa apabila menerima 196 penyertaan melibatkan 103 perempuan dan 93 lelaki berusia 7 hingga 12 tahun.Pengarah Program Kem 3S, Wan Muhamad Akid Wan Mohd Zulkifli berkata, program yang menerangkan lebih terperinci apa itu solat, praktikal wuduk, tayamum dan solat serta motivasi kejayaan melalui solat berjaya memberi pendedahan berguna kepada peserta kewajipan sebagai hamba Allah SWT seawal usia kanak-kanak. "Didikan agama di peringkat awal (kanak-kanak) penting untuk membendung anak-anak daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Kebanyakan jenayah remaja yang dapat dilihat pada hari ini berpunca kerana tidak mendapat didikan agama sejak kecil."Jika didikan semasa kecil sudah tidak betul. Maka, kita bakal akan menemui insan-insan yang tidak baik pada masa akan datang. Ingatlah pepatah ada mengatakan, `melentur buluh biarlah dari rebungnya'," katanya kepada media ketika ditemui dalam program di Masjid Gong Kubur, Paya Resak, Bukit Payung, semalam.Majlis penutup program itu disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mat Ghani Jusoh. Hadir sama, Penghulu Mukim Bukit Payong, Zafiri Ahmad Zaki.
25 Dec 18
344
Kerajaan Bersedia Tambah Baik Program Bantuan Pakaian Sekolah
ADUN Kemasik bersama semua penerima bantuan persekolahanAdd captionOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Kerajaan negeri bersedia menambah baik program bantuan agihan pakaian sekolah supaya semua golongan sasar dapat menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan itu.Timbalan Pengerusi Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program komuniti terbesar yang menelan belanja sebanyak RM12 juta di seluruh negeri termasuk hampir 4,300 penerima yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik itu banyak meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan."Sebagai permulaan, kita (kerajaan negeri) mampu memberikan bantuan lengkap bagi dua orang anak untuk satu keluarga."Dalam masa yang sama, sebarang aduan daripada pelbagai pihak juga akan dipertimbangkan dalam membuat penambahbaikkan pada masa akan datang demi kepentingan semua dan kebajikan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,"katanya.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmibersalaman dengan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah.Add captionIr Saiful Azmi berkata demikian ketika merasmikan Program Back to School 2019 anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Badan Amal Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), di Dewan Sivik Kertih, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik.Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menjelaskan mengenai kepentingan program komuniti kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri ini sentiasa terpelihara."Impak program sebegini bukan sahaja kepada orang yang bekerja di kawasan DUN Kemasik, malah juga kepada rakyat di Terengganu secara keseluruhannya," kata beliau lagi.
25 Dec 18
220
Suburkan Jiwa Cintai Ilmu Agama
Oleh : Norekwan MamatHULU BESUT, 25 Disember - Setiap insan perlu menyuburkan jiwa untuk mencintai ilmu agama ketika masih ada hayat ini, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Menurut beliau, semua umat tanpa mengira latar belakang perlu berusaha untuk hadir ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid atau pun surau berdekatan tempat tinggal masing-masing bagi membaiki diri supaya menjadi insan lebih baik dan bertakwa."Setiap umat Islam tidak cukup hanya dengan menyatakan keislamannya tanpa memahami dan belajar serta terus mengamalkannya. "Ilmu bukan sahaja untuk dipelajari malahan juga untuk diamalkan supaya menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT, "katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Gaya Hidup Sihat di Masjid Kampung Lubuk Kawah Hulu Besut anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Besut, di sini, semalam.Agensi yang turut hadir di program ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan(AADK).Mat Daik juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bagi menjayakan program itu.
25 Dec 18
52
Liga Futsal Bakal Jadi Acara Tahunan DUN Tepoh
Pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS 25 Desember- Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mukim Tepoh 2018, Daerah Kuala Nerus bakal diteruskan bagi mengisi kalendar tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tepoh pada tahun-tahun akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya akan mempergiatkan lagi penganjuran liga di peringkat DUN Tepoh.“Penganjuran liga seperti ini samada bola sepak futsal atau padang akan dirancakkan di peringkat Dun Tepoh dalam usaha mengukuhkan persaudaraan di samping menjadi satu usaha penting dalam membentuk bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.“InsyaAllah, 2019 penyusunan semua liga samada futsal atau padang akan dibuat sebaik mungkin dan dijadualkan dalam acara tahunan Tepoh,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di Futsal Jeram, semalam.Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mu'kim Tepoh 2018 Daerah Kuala Nerus kali ini melibatkan seramai 16 pasukan yang mewakili kampung berentap bagi merebut kejuaraan tersebut menyaksikan pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan pada kali ini.Pertandingan Anjuran Penghulu Mukim Tepoh dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Mukim Tepoh ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.
25 Dec 18
264