lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
100 Pelajar Gunting Rambut Percuma Di Jerteh
Ustaz Wan Azhar menggunting rambut seorang peserta program.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 30 Disember - Seramai 100 pelajar menyertai program gunting rambut secara percuma di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Kampung Padang Luas, di sini, semalam.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, program itu dapat meringankan beban ibu bapa, khususnya mereka yang berpendapatan rendah."Ini juga merupakan persediaan awal bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2019 yang akan menjelang tidak lama lagi,"Inisiatif ini digembeleng bersama antara Pejabat Penyelaras DUN Jerteh dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dalam usaha menjaga kebajikan dan membantu rakyat Jerteh,"katanya.Wan Azhar juga menyifatkan program itu perlu diteruskan setiap tahun sebagai inisiatif membantu rakyat yang kurang berkemampuan terutama ibu bapa yang memiliki ramai anak bersekolah.
29 Dec 18
366
Empty Image
MPKK-JKKR Kerjasama Bangun Felda Jerangau
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Satu, Mohd Sidek Muhammad berkata, penglibatan kedua-dua pihak dalam satu mesyuarat menjadi suatu permulaan yang baik."Ianya menjadi satu kemanisan sebagai penutup pada tahun 2018 ini untuk lebih berperanan pada tahun baru nanti."Jika sebelum ini kita tidak dilibatkan menyebabkan kita keciciran banyak maklumat dari JKKR."Ini menjadi langkah ke arah yang lebih baik, di mana dengan jalinan MPKK dan JKKR di Felda ini kita mengharapkan akan dapat sama-sama menyelesaikan permasalahan yang timbul di Felda," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program gotong royong anjuran JKKR Felda Jerangau di Felda Jerangau semalam.Menurutnya, program gotong royong yang diadakan itu dianjurkan melalui kesepakatan bersama."Ini bukan masanya, untuk mewujudkan kumpulan asingan mengikut warna bendera parti, ini masa untuk sama-sama bekerjasama."Melalui permuafakatan, apa yang berat akan dikendong bersama, dan apa yang berat akan menjadi ringan."Kita bekerja untuk masyarakat dan sewajarnya menghindari dari tercetusnya pergaduhan dan perbalahan yang tidak menguntungkan."Di akhirnya saya berdoa, agar tahun 2019 akan mendatangkan kemanisan dan apa yang masih kurang di tahun 2018, sama-sama kita perbaiki untuk kebaikan MPKK dalam membawa imej Kerajaan Negeri Terengganu," tegasnya.
29 Dec 18
55
Empty Image
Gunting Rambut Percuma, Erat Hubungan Kerajaan-Masyarakat
YM Datuk Tengku Hassan melaksanakan gimik perasmian Gunting Amal Percuma.KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan disetiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi medan mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat bersama agensi kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, YM Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, sambutan masyarakat amat memberangsangkan."Ramai kanak-kanak hadir dari beberapa buah kampung berdekatan."Melalui program ini, mereka diberikan perkhidmatan gunting rambut percuma yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban para ibu bapa, khususnya golongan berpendapatan rendah menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan," katanya kepada pemberita.Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang merasmikan program tersebut di Kampung Ladang, semalam.Seramai 80 orang murid menerima perkhidmatan gunting rambut dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda DUN Ladang dengan kerjasama unit Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) bermula jam 3 petang hingga jam 6 petang.Tengku Hassan menyifatkan aktiviti sebegini mampu menyemarakkan lagi program-program di DUN Ladang, sekali gus menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.“Kita juga akan menjadikan program gunting rambut percuma ini sebagai acara tahunan berikutan sambutan dan manfaat program ini," katanya.
29 Dec 18
84
Empty Image
Pembangunan, Sampah Tidak Terurus Punca Babi Berkeliaran
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 27 Disember: Kemusnahan habitat haiwan akibat pembangunan menjadi antara punca babi liar berkeliaran ke kawasan perumahan penduduk. Pengarah Perhilitan Daerah Kuala Terengganu, Puan Rahmah Binti Alias berkata, walaupun terdapat banyak punca, perkara tersebut merupakan salah satu diantaranya."Kawasan hutan adalah rumah dan tempat mereka mencari makan. Jadi bila ada pembangunan maka tiadalah tempat untuk meraka yang akhirnya keluar ke kawasan perumahan kita."Kita pula mengatakan bahawa haiwan ini yang mengganggu kita, tetapi sebenarnya kita yang mengganggu habitat mereka terlebih dahulu."Selain itu, antara punca gangguan ini ialah cara pengurusan sampah di kawasan perumahan kita. "Jika sampah kita tidak diurus dengan baik, maka semakin banyak babi akan berkeliaran di kawasan rumah kita. "Pastikan sampah ditutup sebelum lori tiba atau pun tanam sampah tersebut, katanya ketika hadir di Majlis Penyerahan Perangkap Khinzir kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Kampung Atap Zin, baru-baru ini.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang merasmikan majlis tersebut melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui satistik penduduk di Kuala Terengganu paling ramai mengadu pasal kes itu,Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata mungkin ia turut disebabkan kurang permintaan terhadap haiwan ini untuk dimakan kerana orang bukan Muslim di Terengganu sekitar 10 peratus sahaja."Anak-anak muda mereka juga sudah tidak makan lagi kerana mereka berfikiran terbuka dan belajar tentang keburukan haiwan ini."Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kesucian sebahagian daripada Iman". Kekotoran akan mengundang penyakit."Oleh itu, salah satu cara untuk kita hidup sihat ialah memastikan kawasan perumahan dan kampung kita mesti bersih," katanya.
29 Dec 18
161
Empty Image
600 Pelajar Kemas 'Dibojeng'
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 29 Disember -  Program 'bojeng' rambut percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka yang  bermula 25 hingga hari ini di lima lokasi berlangsung meriah apabila disertai kira-kira 600 pelajar sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program itu sangat membantu ibu bapa terutama yang mempunyai anak ramai sempena sesi persekolahan yang baru bermula 1 Januari ini."Program sebegini memang kita susun agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat."Ianya juga dijalankan susulan Program Agihan Bantuan Pakaian Persekolahan kepada lebih kurang 5,000 orang pelajar sekitar DUN Paka,"katanya selepas meninjau program itu, di sini, semalam.Dalam pada itu, Ustaz Satiful yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, sebelum ini juga turut dijalankan Program Tuisyen Rakyat secara percuma untuk manfaat pelajar DUN Paka."Kita juga telah berjaya melaksanakan tuisyen percuma kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru - baru ini."Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pemuda PAS DUN Paka, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), DACS Paka serta semua tukang gunting yang terlibat dalam menjayakan program ini, " ujarnya.Dalam pada itu, pengarah program itu, Muhamad Farhan Yaacob turut gembira dengan sambutan daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang itu."Kita amat bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa sebagai persiapan mereka menghantar anak - anak ke sekolah nanti."Alhamdulillah, ibu bapa juga menyambut baik program sebegini dan bersyukur kerana merek tidak perlu bersusah payah ke kedai gunting serta mengurangkan beban kewangan mereka.Program yang berlangsung selama lima hari bermula 25 Disember lalu dijalankan di lima lokasi iaitu di Balai Raya Tebing Tembah, Felda Kertih Tiga, Dewan Sivik Paka, Durian Mentangau dan Ketengah Jaya.
28 Dec 18
53
Empty Image
Gabungan Dua Program Di Manir Dapat Sambutan
Ustaz Hilmi mengunting rambut salah seorang kanak-kanak lelaki yang menyertai program tersebutOleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU 29 Disember - Gabungan program antara derma darah dengan gunting rambut percuma berjaya dilaksanakan  bagi menampung bekalan darah negara dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah.Timbalan Pengerusi Pertanian Asas Tani dan Pembangunan Desa, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, terima kasih kepada semua yang mengambil cuti dan meluangkan masa untuk menyokong acara ini."Dan yang paling penting mereka menawarkan diri untuk menyelamatkan nyawa insan lain."Saya percaya kempen ini pasti membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara akibat bencana banjir di pantai timur dan juga wabak demam denggi baru-baru ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu menghadiri program derma darah dan gunting rambutbertempat didewan serbaguna Institut Modal Insan i-MiTs DUN Manir Pulau Bahagia, semalam.Katanya lagi, program gunting rambut percuma pula adalah inisiatif pihak kami untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan.Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir juga berkata, pihaknya akan meneruskan program berkenaan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar daerah ini.Program anjuran bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dengan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) dan kerjasama dengan i-MiTS Manir bermula seawal jam 9 pagi.Hospital HSNZ telah menyediakan lapan katil untuk tujuan tersebut itu, manakala bahagian gunting rambut percuma anjuran Pemuda DUN Manir menempatkan sembilan orang tukang gunting rambut.Tambah Hilmi, gunting rambut percuma ini dikhususkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di dalam DUN Manir.
28 Dec 18
132
Empty Image
KETENGAH Anjur Gunting Rambut Percuma
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 26 Disember- Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), mengadakan satu program gunting rambut secara percuma sebagai tanggungjawab sosial korporat pihaknya sempena pembukaan semula sesi persekolahan pada minggu depan.Pengurus Besarnya, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, ianya melibatkan seluruh Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu, bagi meringankan bebanan ibu bapa."Program ini disasar dapat memberi manfaat kepada hampir 2,000 orang murid dan pelajar dari sekolah rendah dan menengah."Yang sebahagiannya merupakan anak yatim dan miskin didalam wilayah KETENGAH," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas merasmikan program gunting rambut secara percuma itu, di Pusat Komuniti Desa (PKD), di Al-Muktafi Billal Shah ( AMBS), pada Rabu, 26 Disember.Seramai 200 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Durian Mas, Sekolah Kebangsaan Durian Mas 1, Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 oleh 15 orang usahawan gunting rambut yang dibimbing KETENGAH.Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, beliau menyokong usaha kebaikan yang dilakukan KETENGAH itu."Adalah diharapkan juga terjalin hubungan yang baik diantara pihak DUN dan pihak KETENGAH."Agar dapat sama-sama berkolaborasi dengan baik, agar dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat dan penduduk setempat," ujarnya.Lebih menarik lagi, program berkenaan turut diadakan program 'Free Market' yang menyediakan pakaian secara percuma untuk semua lapisan masyarakat yang terdiri dari kanak-kanak, pelajar sekolah, dan juga golongan dewasa.
27 Dec 18
596
Empty Image
Isteri MB Luangkan Masa Bersama Penduduk
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT 27 Disember – Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa bersama penduduk yang kurang berkemampuan di Jerteh, semalam.Beliau diiringi oleh  Radzilah Abd Razak isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab Rahman dan Nasriah  Awang, isteri Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Program ziarah dimulakan seawal jam 9 pagi di Kampung Paroh dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paroh diikuti Kampung Padang Tapong dan Kubang Siam.Seramai 12 orang penduduk kampung yang sempat diziarahi pada pagi ini yang terdiri dari golongan ibu tunggal dan pesakit kronik.Rata-rata penduduk Kampung Paroh dan Padang Tapong berkerja sebagai penoreh getah yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengalami masalah apabila tiba musim tengkujuh.
27 Dec 18
698
Empty Image
Cegah Awal Perangi Dadah
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 27 Disember- Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak supaya tidak terjebak dengan najis dan pengaruh dadah.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, masalah dadah dalam kalangan remaja sangat membimbangkan serta tidak berkesudahan disebabkan beberapa faktor terutamanya pergaulan bebas serta mempunyai masalah dalaman keluarga."Penyebab kepada masalah dadah ini adalah berpunca dari masyarakat Melayu yang terlalu bebas terutamanya anak- anak muda di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah."Mereka ini bebas keluar dari institusi keluarga tanpa mengira masa sama ada pagi, petang hingga ke lewat malam khususnya di waktu cuti."Jadi kebebasan itulah yang membuka ruang unsur-unsur dadah ini masuk ke dalam diri yang menyebabkan mereka tidak kuat untuk menolak ajakan rakan- rakan yang lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika merasmikan Majlis Pendaftaran Murid Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di Ajil, semalam.Ustaz Maliaman Kassim yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Dadah (JKPD) Hulu Terengganu berkata, masalah pengedar dadah yang ramai merupakan antara punca masalah ini tidak dapat diselesaikan."Pengedar dadah yang bergerak bebas dan berleluasa serta  tidak dapat dikawal menyebabkan penagih dadah semakin ramai.“Disebabkan itu pihak berkuasa perlu menangani masalah ini dengan lebih sistematik serta mencari penyelesaian yang konkrit," jelasnya.Beliau juga meminta ibu bapa mencontohi golongan kaum Cina yang mengehadkan pergerakan anak- anak mereka."Sekarang ini peranan ibu bapa mengawal anak- anak mereka supaya tidak terlalu bebas seperti masyarakat cina yang mengongkong anak- anak mereka."Anak- anak mereka walaupun tidak ke sekolah mereka tinggal di pusat- pusat perniagaan, menjadi tukang paip, jurujual, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kawalan keluarga mereka yang kemas dan mementingkan kualiti hidup."Oleh itu ibu bapa perlu luangkan masa bersama anak- anak ke pusat rekreasi, makan bersama dan sebagainya supaya masalah mereka dapat didengari dan diselesaikan," tegasnya.
26 Dec 18
38
Empty Image
Kanser Mulut Uji Ketabahan Pak Abu
Ghazali melihat keadaan Pak Abu di hospital.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 27 Disember - Setiap insan di dunia mendambakan serta mengimpikan kesihatan yang baik. Namun, ada antara mereka terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi, sebagai mana Johar Hussin atau lebih dikenali sebagai Pak Abu yang menderita kanser mulut sejak empat bulan yang lalu.Anaknya, Norisya Johar, 19, yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Perak, mengambil kesempatan cuti semester bagi menjaga ayahnya.Menurut beliau, Pak Abu sepatutnya telah menjalani rawatan 'kimoterapi' namun mengalami masalah darah rendah."Untuk menjalani rawatan 'kimo' perlu dipastikan tekanan darah pada tahap 10 dan  ke atas, sekarang masih tujuh sahaja."Disebabkan itu, pihak hospital masih lagi tidak menjalankan pembedahan tersebut.Semoga Pak Abu segera sembuh."Dulu doktor kata ayah perlu disembuhkan dengan cara membuang sedikit tulang pipi, dan potong sedikit lidah. Tapi ayah enggan dan kami sekeluarga menurut sahaja kehendak ayah, kerana kasihankannya," ujarnya dengan penuh senyuman cuba sembunyikan kesedihan ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian ketika diziarahi kebajikan Parlimen Dungun yang diketuai oleh Ahli Parlimen, Wan Hassan Mohd Ramli di Hospital Besar Daerah Dungun, semalam.Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan  Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman memaklumkan bahawa pesakit itu ialah penduduk Bukit Besi dari Jongok Batu.Beliau turut menyatakan amat mengenali Pak Abu."Lain sangat Pak Abu sekarang hampir tidak mengenali. Jelas sekali, penyakit yang dialami merubah bentuk tubuh Pak Abu."Saya bersimpati diatas nasib yang menimpa beliau, saya kenal Pak Abu dan banyak kali juga  bertemu dengannya ketika beliau masih sihat," kata Ghazali.Beliau mengharapkan agar semua orang mendoakan kesihatan Pak Abu agar sembuh dan pulih seperti sediakala."Semoga Pak Abu sekeluarga dapat menjalani hidup dengan penuh tabah, diiringi kesejahteraan, serta sentiasa mendapat redha Ilahi," ujarnya pada akhir pertemuan.
26 Dec 18
425